The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by whitelotus1424, 2022-06-09 00:11:14

P.Islam (E-majalah)-1

P.Islam (E-majalah)-1

PENGHARGAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kami dapat
menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan oleh pensyarah dari Jabatan Pengajian
Am dalam subjek Pengajian Islam iaitu Puan Suhaila binti Mustaffa . Selain itu , kami juga
telah memperolehi berbagai maklumat baharu dan menarik justeru pengetahuan yang lebih

mendalam berkaitan isu tugasan kami
iaitu “PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN AL-QURAN ANAK-ANAK .”
Seterusnya , kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang kami menjayakan tugasan yang
diberikan . Sebesar-besar penghargaan dititipkan buat pensyarah kami kerana telah banyak
memberi tunjuk ajar serta bimbingan dalam usaha menyempurnakan tugasan ini. Segala
tunjuk ajar yang telah diberikan amatlah kami hargai dan tanpa sokongan semua pihak ,

tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya .



Sekian , ter
ima kasih .

Uswah Hasanah Jun, 2022

Al Qur’an adalah petunjuk hidup bagi manusia.
Al Qur’an diturunkan oleh Allah sebagai Nur
(cahaya), yang membezakan antara kebenaran
dan kebatilan. Inilah pentingnya Al-Qur’an itu
sebagai pedoman hidup. Al-Quran itu ibarat
permata di celahan pasir, yang mana
kehadirannya sangat bernilai dalam hidup.
Tidak akan pernah jaya ummat ini jika mereka
jauh dari Al-Qur’an.

Dari Mu’adz Al-Juhani, Rasulullah SAW
bersabda, “Barangsiapa membaca Alquran dan
mengamalkannya apa yang terkandung di
dalamnya, maka kedua orangtuanya akan
dikenakan mahkota pada hari Kiamat yang
cahayanya melebihi cahaya matahari
seandainya ada di dalam rumah-rumah kalian
di dunia ini, maka bagaimanakah perkiraanmu
mengenai orang yang mengamalkannya?”
(HR. Ahmad).

Anak yang membaca dan
mengamalkan Alquran, maka
orangtuanya akan dikenakan
mahkota pada hari Kiamat.
Dimana cahayanya melebihi
sinar matahari, seandainya
matahari itu berada di dalam
rumah kita, maka tidak dapat
dibayangkan betapa terangnya
cahaya tersebut.

LIFE Monthly Magazine

APel-nQeurraanng Hati

DIDIKAN AL- Ibnu Khaldun mengingatkan berkenaan pendidikan Al-
QURAN Quran. Beliau berkata "Al-Quran adalah ilmu pertama yang
dipelajari oleh anak-anak kerana mempelajari al-Quran
adalah satu syiar agama yang dipelopori oleh orang-orang
Islam dan diteruskan oleh semua orang Islam di negeri-
negeri mereka kerana al-Quran yang menguatkan iman
dan cara untuk mengasah kebolehan-kebolehan lain."

Jika orangtua pembaca Alquran Diriwayatkan dari Buraidah r.a. bahwa Nabi SAW
akan mendapatkan pahala seperti bersabda, “Barangsiapa yang membaca Alquran dan
itu, maka tidak dapat mengamalkannya, maka akan dipakaikan kepadanya
dibayangkan bagaimana pahala sebuah mahkota yang terbuat dari nur. Dan kedua
pembaca itu sendiri. Tentu akan orangtuanya akan dipakaikan dua pasang pakaian
memproleh derajat yang lebih yang indah tiada bandingnya di dunia ini.
tinggi. Orangtua mendapatkan Orangtuanya akan bertanya kepada Allah, “Ya Allah,
pahala tersebut karena dialah mengapa kami diperlakukan seperti ini?” Jawab Allah,
yang telah melahirkannya dan “Ini adalah pahala bacaan Alquran anakmu.”
mendidiknya.

June Edition | 2022

“Hak anak atas orang tuanya ada
tiga : memilihkan nama yang baik
ketika baru lahir, mengajarkan
Kitabullah (Al-Qur”an) ketika
mulai berfikir dan
menikahkannya ketika dia
dewasa” (HR. Ahmad)

Sudah terang lagi bersuluh bahawa keterangan
Hadits diatas menunjukkan bahwa mengajarkan
membaca Al-Qur’an adalah suatu kewajipan
bagi setiap orang tua terhadap anak-anaknya.

Justeru itu, terdapat pula hadits yg
diriwayatkan Iman Bukhari dan Iman Muslim
iaitu, “sebaik-baik manusia di antara kalian
adalah yang mempelajari Al-Qur’an dan
mengajarkannya”

Bukan sekadar itu, Allah S.W.T juga telah
berfirman sebanyak 4 kali di dalam Al-
Quran iaitu,

‫َو َلَق ْد َيَّس ْرَنا اْلُق ْرآَن ِللِّذْك ِر َف َه ْل ِم ْن ُم َّد ِكٍر‬

“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan
Al Qur’an untuk pelajaran, maka adakah
orang yang mengambil pelajaran?”
(QS. 54 : 17, 22, 32, 40)

USWAH
HASANAH

“Adalah berguna mendidik mendidik anak diwaktu kecil, dan terkadang berguna mendidik anak di waktu
dewasa. Adalah mudah meluruskan ranting yang bengkok dan tidaklah mudah meluruskan jika telah
menjadi batang”

Pendidikan Al Qur’an seyogianya diberikan kepada anak-anak sedari kecil, kerana pendidikan yang
diberikan pada masa kecil pengaruhnya akan lebih kuat, tajam dan lebih berkesan daripada

pendidikan yang diberikan setelah dewasa. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu yakni,
Busur yang Baik akan melengkung penuh jika dilentur dengan sempura.

Hal ini juga membantu anak-anak memperoleh satu anjakan paradigma yang sangat postif dalam
kehidupan mereka. Justeru itu, mereka tidak akan mudah dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang

kerap kali berlaku kini apabila mereka dapat membezakan antara yang benar dan batil.

PAGE THREE | JOURNEY

MUTIARA 1
KATA
AL-QURAN
Jika kamu menjadikan al-quran
sebagai panduan, maka kamu
tidak akan pernah kehilangan
arah.

2

Al-quran hanya akan memberikan
manfaat saat merasuk dan
tertanam kuat di dalam hati.

3

Al-quran adalah Nur yang
membawa cahaya ke dalam
kegelapan.

4

Sebuah hati tanpa al-quran
ibarat kapal tanpa
kompas.


Click to View FlipBook Version