The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ptj51540301lpoktn, 2022-11-11 03:37:42

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

BAB 12

Keywords: RUJUKAN

TERHAD PU 5108

BAB 12

ANUGERAH PERKHIDMATAN
CEMERLANG

TERHAD

TERHAD PU 5108

PUBLIKASI UDARA BAHAGIAN TADBIR
ANUGERAH DAN PENGHARGAAN

BAB 12

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Rujuk:

A. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012.

PENDAHULUAN

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan yang diberi
kepada Pegawai dan Anggota LLP yang telah memberi perkhidmatan cemerlang
disamping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi
tahunan.

SYARAT DAN KELAYAKAN

2. Syarat dan kelayakan bagi pencalonan adalah seperti berikut:

a. Berkhidmat bagi tempoh genap setahun penuh pada terakhir tahun penilaian.

b. Memperoleh markah 85% atau 7.65 layak dicalonkan.

c. Jumlah penerima setiap perkhidmatan adalah 8% daripada jumlah
keseluruhan anggota.

d. Bebas dari tindakan tatatertib.

e. Penilaian kepada Brig Jen TUDM setaraf dan ke bawah.

SYARAT TAMBAHAN PENCALONAN APC TUDM

3. Lembaga Pemilihan APC TUDM telah meletakkan beberapa syarat tambahan dalam
penilaian APC. Syarat tambahan ini boleh berubah mengikut persetujuan dari Lembaga
Pemilihan APC TUDM yang dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara. Antara
syarat tambahan yang digunapakai adalah seperti berikut:

a. Telah berkhidmat 5 tahun ke atas untuk APC yang pertama.

b. Tiada tindakan tatatertib yang didapati bersalah atau masih dalam siasatan
(2 tahun kebelakangan).

c. Pencalonan Pegawai dan LLP BMI mestilah < 27.0. (BMI melebihi 27.0 akan
diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pemilihan).

d. Pencalonan untuk Laskar Udara (LU) yang berkhidmat 5 tahun ke atas akan
diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pemilihan.

e. Tiada pencalonan bagi anggota yang gagal dalam peperiksaan kenaikan
pangkat.

12 - 1 drp 4

TERHAD

TERHAD PU 5108

f. Keutamaan pencalonan bagi anggota yang mengharumkan nama TUDM
seperti berikut:

(1) Pencapaian Kursus.
(2) Sukan.
(3) Anugerah.
(4) Keputusan peperiksaan.

g. Tiada pencalonan bagi anggota yang baru dinaikan pangkat dalam tahun
penilaian.

h. Keutamaan kepada calon anggota yang akan bersara dalam tempoh 2 tahun
(belum terima APC) atau anggota yang belum pernah terima APC.

i. Kuota Pegawai dipindahkan kepada kuota Anggota LLP.

JAWATANKUASA LEMBAGA PEMILIHAN APC TUDM

4. Ahli Jawatankuasa Lembaga Pemilihan APC TUDM adalah seperti berikut:

a. Pengerusi - Timbalan Panglima Tentera Udara.
b. Ahli
- Tred Master Bahagian.
* Sistem Udara.
* Sistem Darat.
* Cawangan Kejuruteraan.
* Cawangan Materiel.
* Cawangan Tadbir.

c. Setiausaha - Pengarah Istiadat.

d. Sekretariat - MTU-Cawangan Istiadat (Seksyen Anugerah).

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL APC PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN

5. Penganjur Majlis Penyampaian APC peringkat Kementerian Pertahanan adalah
BPSM, Kementerian Pertahanan.

6. MTU - Cawangan Istiadat (Seksyen Anugerah) dilantik sebagai pengurus bagi
menguruskan keperluan yang diperlukan oleh BPSM, Kementerian Pertahanan dan senarai
penerima Sijil APC bagi TUDM.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL APC PERINGKAT TUDM

7. Majlis akan dilaksanakan selepas Majlis Penyampaian Sijil APC peringkat
Kementerian Pertahanan.

8. MTU - Cawangan Istiadat (Seksyen Anugerah) akan mengeluarkan Arahan
Pentadbiran (setelah mendapat restu dari Panglima Tentera Udara) sebagai pengarahan
untuk Markas/ Pangkalan mengkoordinasikan Majlis Penyampaian Sijil APC Peringkat
TUDM.

9. Wang Saguhati APC sebanyak RM 1000.00 setiap seorang. Cara pembayaran
Wang Saguhati APC adalah tertakluk pada arahan semasa pihak atasan.

12 - 2 drp 4

TERHAD

TERHAD PU 5108

12 - 3 drp 4
TERHAD

TERHAD PU 5108

Contoh Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Contoh Sijil Penghargaan - Pertabalan Agong

12 - 4 drp 4
TERHAD


Click to View FlipBook Version