The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-51137671, 2023-03-04 07:53:40

BUKU MAC PSSCMCNS 2023

BUKU MAC PSSCMCNS 2023

017 246 4627 013 672 0912 013 672 0912 PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN | 2022 011 3391 0247 013 915 5425 017 666 5808 BUDAYA SILAT WARISAN DUNIA


LAPORAN JABATAN


LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2022 PSSCM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dan rahmat serta kasihNya membolehkan Laporan Tahunan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (PSSCMCNS) ini dibukukan untuk tujuan pembentangan bagi dilaporkan pada Mesyuarat Agung Cawangan PSSCMCNS Kali Ke-29 (MAC-29) pada tahun 2023 ini. Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan juga ahli keluarga baginda kerana dengan syafaat baginda dan dengan kesabaran para sahabat serta ahli keluarga baginda dalam menyebarkan syiar Islam dapat kita kecapi nikmat Iman dan Islam pada hari ini. Juga lafaz setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dizahirkan kepada guru-guru kita kerana dengan keberkatan mereka telah dapat menghimpunkan kita dalam persatuan dan perjuangan ini. Seterusnya penghargaan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa kita kerana dengan keramah dan hikmah mereka yang telah menzahirkan kita ke dunia ini. Laporan ini memuatkan rangkuman aktiviti yang telah dijalankan oleh PSSCMCNS bagi sesi 2022/2023. Laporan tahunan ini memperlihatkan secara keseluruhan perjalanan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Cawangan, program dan aktiviti yang telah dijalankan di peringkat Cawangan, peringkat Jabatan-jabatan dan Kelas-kelas Latihan di Cawangan Negeri Sembilan ini. Ahli-ahli dimohon meneliti dan memperhalusi pelaporan ini agar dapat memberi sumbangan idea dan pendapat bagi kemajuan PSSCMCNS pada masa hadapan sejajar dengan matlamat dan hasrat PSSCM keseluruhannya. 1.0 LAPORAN JABATAN URUSETIA 1.1. Carta Organisasi


1.2 Carta Fungsi Jabatan Urus setia 1.3 Laporan Biro 1.3.1. Biro Pengurusan Mesyuarat 1.3.2. Biro Sukan & Rekreasi Menganjurkan aktiviti bersifat kesukanan, kekeluargaan yang melibatkan semua peringkat keahlian bagi tujuan merapatkan ukhuwah di kalangan ahli. Meskipun tahun 2022 adalah tahun yang sibuk dan rancak dengan program yang tak putus-putus selepas berakhirnya PKP, satu program Santai Badminton Cekak telah berjaya diadakan, iaitu pada malam Selasa, 15 November 2022 bertempat di Gelanggang Badminton Kompleks Belia & Sukan, Paroi. Disertai seramai 15 orang bukan sahaja ahli PSSCMCNS, tapi turut disertai bersama keluarga mereka. Ini merupakan satu langkah permulaan yang baik dalam usaha mengaktifkan semula program bersifat sukan & rekreasi di CNS.


Selain dari itu, di bawah Biro Sukan & Rekreasi, Jabatan Urus Setia PSSCMCNS, terdapat satu kelab, iaitu Kelab Memanah Cekak Negeri Sembilan (KMCNS). Antara Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2022: 9 Januari 2022 – MINI GAME SANTAI KMCNS 1.0 KMCNS menjadi hos lokasi pertandingan sempena pembukaan semula range memanah KMCNS dengan penyertaan secara terbuka. 20 Mac 2022 – MINI GAME SANTAI KMCNS 2.0 Penganjuran pertandingan ini bersempena meraikan Pertandingan “Fateh Kupasi” yang diadakan di Turki. Tujuan pertandingan diadakan untuk memberi pendedahan tentang format pertandingan di sana. Negeri Sembilan berjaya menghantar wakil seramai 3 orang ke Kejohanan di sana. 25 Mac 2022 – MINI GAME KARNIVAL SENI WARISAN D’MUZIUM KEDAH Penganjuran pertandingan di kelola oleh Mahabbah Archery Kedah. KMCNS telah menghantar wakil En.Hj Mohd Amir Bin Ibrahim dan telah menjuarai pertandingan tersebut.


29 April 2022 – JAMUAN BERBUKA PUASA (IFTAR) KMCNS telah menjemput pemanah-pemanah di Negeri Sembilan untuk berbuka puasa bersama. KMCNS juga menganjurkan Mini Game Santai pada hari tersebut. 2 Oct – 13 Nov 2022 – ROAD TO 476 POINT KMCNS telah menganjurkan game format 18 meter menggunakan Fita 40cm. Pertandingan ini hanya terbuka kepada pemanah di bawah naungan PEWARIS sahaja. Januari – Disember 2022– Sewaan lapang sasar memanah Sewaan lapang sasar memanah tertutup di Dewan Datuk Haji Maideen. Lapang sasar dibuka setiap hari (kecuali Khamis malam Jumaat) berdasarkan permintaan. 1.3.3. Biro Pengurusan Fasiliti Sepanjang tahun 2022, Dewan Datuk Haji Maideen (DDHM) telah membuat beberapa siri penambah baikan. Antaranya, pembinaan struktur berbumbung Fasa 4 di kawasan parkir hadapan berkonsepkan wakaf dari ahli-ahli PSSCM seluruh negara, pembinaan tandas baharu yang serba indah & pembinaan dapur berpusat (central kitchen) untuk kegunaan ketika program-program besar peringkat kebangsaan. Selain itu, penyelenggaraan landskap bagi kerja-kerja memotong rumput dibuat secara berkala setiap bulan dan penyelengaraan biasa apabila perlu. 1.3.4. Biro Hubungan Seranta Biro ini diwujudkan bagi membentuk hubungan baik di antara pihak PSSCM Negeri Sembilan dan pihak luar sama ada di sektor kerajaan, swasta, NGO. Berikut adalah beberapa aktiviti biro sepanjang tahun 2022: Menyertai Festival Antarabangsa Silat Warisan Dunia & Kejuaraan Silat Dunia 2022 anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) – 23 Julai 2022 Membuat persembahan silat ketika Pertandingan Akhir Bola Sepak Piasa Adun Paroi – 18 September 2022 Menyertai Program Fit Forever peringkat daerah Kuala Pilah anjuran Pejabat Belia dan Sukan daerah Kuala Pilah – 29 Oktober 2022 Penyampaian surat jemputan Ketua Polis Paroi & Ketua Polis Daerah ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri & surat makluman untuk program-program peringkat kebangsaan yang dilaksanakan di DDHM.


1.3.5. Biro Pengurusan Program Sepanjang tahun 2022, selain dari kelas latihan silat setiap Isnin dan Rabu malam serta Majlis Malam Ibadah setiap Khamis malam Jumaat, terdapat 11 program besar dilaksanakan di Dewan Datuk Haji Maideen, sama ada anjuran Cawangan, mahupun Ibu Pejabat. Berikut merupakan program tersebut: 1.3.6. Biro Kebajikan Sepanjang tahun 2022, beberapa peristiwa melibatkan Tenaga Pengajar dan ahli PSSCM CNS telah direkodkan dan dilaporkan seperti berikut:


1.3.7. Wanita Cekak Negeri Sembilan (WCNS) Di dalam kerancakan pelaksanaan pelbagai program peringkat cawangan Negeri Sembilan dan peringkat kebangsaan tahun 2022, WCNS diberikan kepercayaan untuk menyediakan juadah bagi Guru Utama & VIP. Alhamdulillah, asbab daripada tugasan-tugasan yang penting ini, hubungan ahli-ahli PSSCM CNS menjadi semakin erat hasil dari gotong-royong yang diadakan dalam penyediaan makanan, minuman dan juga hidangan.


LAPORAN JABATAN KEWANGAN Dengan kerancakan kembali sektor ekonomi sejak Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, hampir semua aktiviti dalam talian kembali kepada bersemuka. Transaksi kewangan juga semakin aktif sehingga memerlukan Jabatan Kewangan mencari inisiatif baru dalam pengoperasian. Bagi kami, pandemik ini telah memberi pengajaran berharga dan, yang paling penting, kami telah mengambil iktibar daripadanya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan – dengan mengukuhkan asas kami, meningkatkan keupayaan dan mempergiatkan usaha demi kepentingan PSSCM CNS. Walau pun kebanyakan AJK Jabatan Kewangan tidak mempunyai latar belakang perakaunan, kewangan mahu pun ekonomi, itu tidak menghalang kami untuk terus mengukuhkan operasi kewangan secara berperingkat. Digitalisasi kehidupan banyak memudahkan dan mempercepatkan sistem pengurusan jabatan. 1. STRUKTUR ORGANISASI 2. RINGKASAN KEWANGAN 5 TAHUN


3. PRESTASI KEWANGAN 2022 4. HURAIAN PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 4.1. HURAIAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 Data Utama Penyata Kedudukan Kewangan Jumlah Aset Bukan Semasa meningkat 257% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. Ini disebabkan oleh pelarasan dan pembelian Aset Bukan Semasa bagi memenuhi keperluan program bersemuka yang mula aktif pascapandemik. Jumlah Aset Semasa meningkat 87% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. Ini disebabkan oleh peningkatan Akaun Belum Terima yang menyaksikan peningkatan aktiviti pembelian dan kutipan yuran Modul Kokurikulum Sekolah Menengah. Jumlah Liabiliti Semasa meningkat 302% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. Ini disebabkan oleh serahan tertangguh yuran Modul Kokurikulum Sekolah Menengah dan pembelian barangan PSSCM yang masih belum berbayar. Hasilnya, Jumlah Aset Bersih dan Dana Terkumpul meningkat 6% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021.


4.2. HURAIAN PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 Data Utama Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Jumlah Pendapatan meningkat 127% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. Ini disebabkan peningkatan hasil kutipan Yuran Ahli dan Sewaan. Jumlah Perbelanjaan juga meningkat 336% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. Ini disebabkan oleh perbelanjaan dan penganjuran program bersemuka yang kembali rancak pascapandemik. Jumlah Lebihan/(Kurangan) Bersih pula menurun 120% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. Jumlah Lebihan/(Kurangan) Bersih Bawa Bawah juga menurun 3% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. Ini disebabkan perbelanjaan yang melebihi pendapatan akibat kerancakan semula penganjuran program. 4.3. HURAIAN PENYATA PERUBAHAN DANA TERKUMPUL BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 Data Utama Penyata Perubahan Dana Terkumpul Tabung Jurulatih (LPT) Negeri dan Tabung Kebajikan Insan meningkat pada tahun 2022. Ini disebabkan pengasingan akaun Tabung daripada akaun operasi bagi persiapan kegunaan masa hadapan. Kutipan pada tahun-tahun sebelum telah digunakan untuk tujuan operasi memandangkan keperluannya yang lebih utama. Namun, kutipan berasingan telah diadakan untuk memenuhi objektif Tabung-Tabung ini seperti perbelanjaan yuran Hari Tenaga Pengajar atau sumbangan kemalangan.


4.4. HURAIAN PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 Data Utama Penyata Aliran Tunai Tunai Bersih daripada Aktiviti Operasi meningkat 446% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. Tunai Bersih daripada Aktiviti Pelaburan menurun pada tahun 2022. Ini disebabkan oleh pelarasan dan pembelian Aset Bukan Semasa bagi memenuhi keperluan program bersemuka yang mula aktif pascapandemik. Tunai Bersih daripada Aktiviti Pembiayaan meningkat pada tahun 2022. Ini disebabkan pengasingan akaun Tabung daripada akaun operasi bagi persiapan kegunaan masa hadapan. 4.5. HURAIAN NOTA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 Data Utama Nota Penyata Kewangan Tunai dan Baki di Bank berkurang 26% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. Ini disebabkan oleh perbelanjaan dan penganjuran program bersemuka yang kembali rancak pascapandemik. Akaun Belum Terima pula meningkat 3,312% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. Ini disebabkan oleh peningkatan aktiviti pembelian dan kutipan yuran Modul Kokurikulum Sekolah Menengah. Akaun Belum Bayar juga meningkat 302% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. Ini disebabkan oleh serahan tertangguh yuran Modul Kokurikulum Sekolah Menengah dan pembelian barangan PSSCM yang masih belum berbayar. Hasil kutipan Yuran Ahli meningkat dengan penganjuran semula 3 kali Majlis Pengijazahan serta pengenalan Modul Kokurikulum Sekolah Menengah pada tahun 2022. Sumbangan pula berkurang 10% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. Hasil Jualan Barangan merosot 122% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021 akibat kenaikan harga belian melebihi harga jualan pada awal tahun. Lebihan/(Kurangan) Program PSSCM pula mencatatkan kerugian pada tahun 2022 disebabkan kami menyumbang atau tidak menuntut lebihan belanja. Lebihan/(Kurangan) Program PSSCM CNS juga mencatatkan kerugian akibat yuran program yang tidak dapat menampung perbelanjaan.


4.6. HURAIAN NISBAH KEWANGAN: NISBAH KECAIRAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 Nisbah Kewangan: Nisbah Kecairan Nisbah Semasa (Current Ratio) mengukur kemampuan untuk membayar liabiliti semasa dengan menggunakan keseluruhan aset. Secara keseluruhan, kemampuan kami untuk membayar liabiliti semasa telah menurun dari tahun 2021 ke tahun 2022. Nisbah Pantas (Quick Ratio) mengukur kemampuan membayar liabiliti semasa dengan menggunakan aset semasa. Nisbah ini dapat memberikan gambaran yang lebih tepat tentang kemampuan sebuah organisasi untuk membayar hutang dengan cepat dibandingkan dengan nisbah semasa yang mencakupi aset bukan semasa. Secara keseluruhan, kemampuan kami untuk membayar liabiliti semasa dengan cepat dan mudah telah menurun dari tahun 2021 ke tahun 2022. Nisbah Kecairan Mutlak (Absolute Liquidity Ratio) mengukur kemampuan untuk membayar liabiliti semasa dengan menggunakan aset yang paling cair, iaitu tunai dan kesetaraan tunai. Secara keseluruhan, kemampuan kami untuk membayar liabiliti semasa dengan menggunakan aset yang paling cair telah menurun secara drastik dari tahun 2021 ke tahun 2022. Nisbah Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi (Operating Cash Flow Ratio) menilai kemampuan untuk menghasilkan tunai dari operasi persatuan. Secara keseluruhannya, peningkatan antara tahun 2021 dan 2022 menandakan bahawa kami telah meningkatkan kemampuan untuk menghasilkan tunai daripada operasi persatuan. Oleh itu, kami perlu mempertimbangkan untuk memperbaiki nisbah kecairan melalui peningkatan aset semasa atau pengurangan liabiliti semasa untuk memastikan kemampuan membayar liabiliti semasa dengan cepat dan mudah serta mengurangkan risiko kebankrapan.


4.8. HURAIAN NISBAH KEWANGAN: NISBAH KEBERUNTUNGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 Nisbah Kewangan: Nisbah Keberuntungan Nisbah Pulangan Terhadap Aset (Return-on-Asset Ratio) merujuk kepada keuntungan bersih daripada aset yang disimpan/digunakan. Secara keseluruhan, kami memperoleh keuntungan yang baik pada tahun 2021 tetapi mengalami kerugian kecil pada tahun 2022. Nisbah Pulangan Terhadap Dana Terkumpul (Return-on-Equity Ratio) pula merujuk kepada kadar keuntungan bersih daripada dana terkumpul yang disimpan/digunakan, mengambil kira keseluruhan aset dan liabiliti. Secara keseluruhan, pada tahun 2021, penggunaan dana terkumpul memberikan pulangan yang tinggi dan memberikan keuntungan besar kepada ahli. Namun, pada tahun 2022, pulangan dana terkumpul menjadi negatif. Nisbah Perbelanjaan Operasi (Operating Expense Ratio) biasanya digunakan untuk menilai kecekapan pengurusan kewangan sesebuah organisasi. Nisbah ini menentukan berapa banyak pendapatan yang digunakan untuk menjalankan operasi dan berapa banyak yang boleh dikekalkan sebagai keuntungan. Secara keseluruhan, terdapat perbezaan yang ketara dalam nisbah perbelanjaan terhadap pendapatan antara tahun 2021 dan 2022. Pada tahun 2021, kami dapat mengurangkan kos perbelanjaan dan memperoleh keuntungan yang baik. Namun, pada tahun 2022, kami telah meningkatkan kos perbelanjaan, melebihi jumlah pendapatan yang diterima, sehingga mengalami kerugian. Oleh itu, adalah penting untuk kami melakukan penyelidikan yang baik dan mempertimbangkan risiko dan keuntungan sebelum menggunakan aset atau dana terkumpul untuk memastikan mengelakkan kerugian yang besar dan kestabilan kewangan jangka panjang. Kami juga perlu mempertimbangkan semula pengurusan kewangan dan mengambil langkah untuk mengurangkan kos perbelanjaan


5. ULASAN OPERASI 5.1. BIRO PEMBANGUNAN EKONOMI Tempahan Dewan 2022 Sejak peralihan ke Fasa Endemik, sewaan dewan telah meningkat kepada 5 tempahan untuk majlis perkahwinan dan memberikan pulangan sebanyak RM7,700.00. Setakat 31 Disember 2022 juga, terdapat 1 tempahan sewaan untuk majlis perkahwinan bagi tahun 2023. Kadar sewaan juga telah diselaraskan (RM2,500) bagi menggabungkan Dewan Fasa 4 dan Bilik Mesyuarat. Sumber Dana Tabung Jurulatih (LPT) Negeri Pecahan Kutipan Tabung Kebajikan Insan Bagi mengkhususkan dana Tabung Jurulatih (LPT) Negeri dan Tabung Kebajikan Insan, hasil pecahan yuran semasa Majlis Pengijazahan serta terimaan dari sumber lain diasingkan daripada akaun operasi. Hasilnya, beberapa sumbangan berunsur kebajikan berjaya disalurkan tanpa mengganggu akaun operasi. 25% daripada sumbangan keseluruhan Tabung Kebajikan Insan pula dimasukkan ke Tabung Jurulatih (LPT) Negeri bagi meningkatkan dana tersebut. Bagi menambah dana Tabung Kebajikan Insan, hebahan Arahan Tetap (Standing Instruction) secara bulanan telah dilakukan. Hasilnya, 10 orang telah menyumbang kepada Tabung Kebajikan Insan secara Arahan Tetap bulanan.


5.2. BIRO MAJLIS IJAZAH DAN PROGRAM KHAS Peningkatan bilangan penganjuran Majlis Pengijazahan dan program PSSCM serta PSSCM CNS memerlukan kami untuk menguruskan kutipan yuran dengan lebih cepat dan merekodkan dengan lebih terurus. Bermula 2022, pembayaran yuran program secara dalam talian terus ke akaun CIMB PSSCM CNS dikuatkuasakan menggantikan akaun peribadi. Ini bagi meningkatkan kepercayaan ahli kepada kami dan memudahkan urusan individu. Perekodan kutipan yuran juga telah menggunakan perisian awan (Google Drive) agar kami dapat mengemaskini data secara masa nyata menggunakan peranti masing-masing. Yuran Pembelajaran Kelas Latihan Awam dan IPT (Bukan Kokurikulum Berkredit) Yuran Modul Kokurikulum Sekolah Menengah Yuran Kelas Kanak-Kanak dan Awal Remaja (Anak-Anak Orang Awam) Yuran Kelas Kanak-Kanak dan Awal Remaja (Anak-Anak Ahli PSSCM) Yuran pembelajaran bagi tahun 2022 juga telah diselaraskan berdasarkan perubahan daripada PSSCM serta kenaikan kos semasa. Penyelarasan ini bertujuan memudahkan hebahan maklumat dan perakaunan. 5.3. BIRO PENTADBIRAN DAN PEREKODAN Sesuai dengan digitalisasi kewangan pascapandemik, kami telah memohon penggunaan perbankan Internet daripada Malayan Banking Berhad dan CIMB Bank Berhad bagi memudahkan urusan dalam talian dan perakaunan serta mengurangkan caj bank. Hanya permohonan kepada CIMB (BizChannel @CIMB) sahaja diterima buat masa ini. Jadi, segala urusan kewangan operasi dialihkan ke akaun CIMB PSSCM CNS bermula bulan September 2022. Urusan bil juga telah dilakukan secara dalam talian untuk mendapatkan bil dengan lebih awal dan mengelakkan caj lewat bayar. Urusan bil menggunakan aplikasi myTNB untuk bil elektrik, iSAINS untuk bil air, MyMBS untuk cukai taksiran, Maxis dan MyDigi untuk bil internet


Perisian perakaunan awan: GIMBLA (https://gimbla.com/my) Dengan kerancakan transaksi perbankan dalam talian, sistem perakaunan yang lebih baik diperlukan. Bermula pertengahan tahun 2022, pencarian perisian perakaunan dimulakan. Terdapat 2 kriteria utama pemilihan; percuma atau mampu milik dan mempunyai ciri perisian perakaunan awan (cloud accounting software). Setelah beberapa bulan, hanya 1 perisian yang memenuhi kriteria dijumpai: GIMBLA (https://gimbla. com/my). Antara kelebihan lain ialah GIMBLA boleh menjana Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, sebut harga, invois, baucar bayaran dan laporan transaksi. Walau pun GIMBLA tidak menjana Penyata Perubahan Dana Terkumpul dan Penyata Aliran Tunai, namun berpandukan laporan-laporan yang dijana, sudah cukup untuk kami membuat laporan dengan lebih tepat dan pantas.


LAPORAN JABATAN PENERANGAN BIRO PERSEMBAHAN Tugasan bagi biro ini adalah termasuk menguruskan sebarang latihan persediaan demonstrasi Silat Cekak, jemputan silat seni dan sebagainya. Menguruskan ahli demo, pesilat tari & hal ehwal kebudayaan. Sepanjang 2022, aktiviti demonstrasi Silat Cekak Malaysia di Negeri Sembilan telah mula kembali aktif berbanding tahun 2021 hanya sekali sahaja JP mengadakan Demonstrasi Penerangan secara online untuk Program Pengambilan Ahli Baru Kelas Latihan UiTM Kuala Pilah dan UiTM Seremban disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan PKP.


Berikut adalah analisisi aktiviti dibawah kendalian biro ini. Senarai aktiviti boleh dilihat di laporan senarai aktiviti cawangan.


Terima kasih tak terhingga kepada ahli-ahli berikut yang telah menjayakan aktiviti demonstrasi sepanjang 2022. Turut menjayakan aktiviti persembahan Seni Silat Cekak Malaysia di SMK Datuk Mohd Yusof Linggi oleh murid murid Kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia dalam program Pembukaan Hari Sukan Sekolah dan Perasmian Bulan Kebangsaan Sekolah.


BIRO AUDIO VISUAL Tugasan biro ini adalah termasuk menguruskan PA sistem DDHM (Media Cube), kemaskini barang-barang, menguruskan peminjaman barang dan baik pulih peralatan yang berkaitan. Pada tahun 2022, beberapa aktiviti yang telah menggunakan PA sistem DDHM termasuk anjuran cawangan dan program anjuran pusat BIRO HUBUNGAN LUAR Tugasan biro ini adalah menguruskan urusan hubungan luar dan pengurusan acara berkaitan dengan komuniti luar, mengurus dan menyelia media sosial. Berikut adalah statistik media sosial PSSCM CNS


BIRO ARKIB Biro ini bertugas menyimpan dan mendokumentasi sebarang aktiviti cawangan terutama dalam bentuk gambar atau video. Mengemaskini aset di bawah seliaan Jabatan Penerangan. Merekod dan menyimpan gambar-gambar aktiviti di telegram - Gambar-gambar aktiviti telah dikemaskini dengan bantuan ahli-ahli setiap kali aktiviti berjalan Arkib gambar lama - Telah mengimbas gambar-gambar lama dari album fizikal milik Ikmal dan telah mewujudkan group fb secara tertutup untuk ahli-ahli PSSCM CNS bagi melihat gambar-gambar tersebut - Ini adalah termasuk mendokumentasikan kembali sejarah BIRO PENERBITAN Biro ini menyelia penerbitan bahan media, mengurus fotografi, penerbitan buku atau bahan cetak, rekabentuk banner, video interaktif dan penerbitan audio.


LAPORAN JABATAN PERSILATAN CARTA ORGANISASI JABATAN PERSILATAN Ketua : Tuan Haji Hazaidi Bin Hj. Osman Setiausaha : Ahmad Tarmizi Bin Abu Bakar Bendahari : Mohd Razif Bin Abd Razak BIRO PEREKODAN & HAL EHWAL TENAGA PENGAJAR 1. Ahmad Tarmizi Bin Abu Bakar • Merekod data Tenaga Pengajar • Menguruskan perlantikan calon Tenaga Pengajar • Memastikan senarai nama Tenaga Pengajar sentiasa dikemaskini. • Menguruskan perpindahan Tenaga Pengajar. • Menyediakan Laporan Tenaga Pengajar. BIRO BINA INSAN 1. Mohd Khairul Nizam Bin Amil Sarifhudin • Menguruskan program keagamaan & kerohanian seperti : Malam Ibadah, Sambutan Maulidurrasul, Majlis Berzanji,Majlis Tahlil Almarhum Guru, serta lain-lain yang berkaitan. BIRO UJIAN & LATIHAN 1. Mohamad Syafiq Bin Mohammad 2. Zulkifle Bin Hj Nazaludin • Pengurursan Kelas Kemahiran, Ujian Sijil Rendah Praktikal & Teori • Pengurusan penglibatan Sijil Menengah • Kelas Tatacara Tenaga Pengajar • Kelas Ahli Tamat • Menjaga peralatan senjata latihan seperti tongkat, pisau, parang, dan senjata umum yang lain. BIRO HAL EHWAL IPT & SEKOLAH 1. Abu Hassan Bin Salleh 2. Zaisurahidiah Bt Mohd Nasir 3. Mohd Razif Bin Abd Razak • Berkaitan Sejarah Kelas Latihan IPT & Sekolah • Pembukaan Kelas PSSCM di Sekolah-Sekolah • Pembangunan Kelas Latihan • Pengurusan Sekolah Silat, mengikut modul & silibus • Memantau reputasi antara pihak IPT & Sekolah BIRO SEKOLAH RENDAH & KANAK-KANAK 1. Zulkifle Bin Hj Nazaludin (Ketua Pengurusan) 2. Muhammad Amir Rusydan Bin Ahmad (Hal Ehwal Murid) 3. Muhammad Hazwan Bin Shaharin Azhar (Pentadbiran) • Menguruskan perjalanan Kelas Silat Kanak-Kanak. Melibatkan penuntut berumur 7 hingga 13 tahun. BIRO MAJLIS IJAZAH 1. Mohd Ashraf Bin Abdul Rahim • Pengurusan perjalanan Majlis Ijazah • Menjaga peralatan Majlis Ijazah • Pengurusan Borang Keahlian • Menerima Pemulangan kain putih majlis ijazah.


Pelantikan Tenaga Pengajar PSSCM Cawangan Negeri Sembilan Bagi Tempoh 1 Muharam 1444 Hijrah - 30 Zulhijjah 1444 Hijrah Bil. Nama Tenaga Pengajar No K/P Status Kejurulatihan Status Kepenyeliaan Sijil Menengah Anugerah/ Akademik Pemegang Parang Lading Taman Bukti (TB) 1 Faisal bin Said 660406-01-6111 Jurulatih Ketua Penyelia Sijil Menengah Anugerah Parang Lading 1 2 Said Mohamad Yusof bin Bichk Koyak 831117-14-6183 Jurulatih Penyelia Sijil Menengah Anugerah 2 3 Abd. Halim bin Haji Nazaludin 800516-05-5033 Jurulatih Penolong Penyelia Sijil Menengah Anugerah 3 4 Bani Amin bin Isha 730129-05-5001 Jurulatih Sijil Menengah Anugerah Parang Lading 4 5 Zulkifle bin Haji Nazaludin 731001-05-5097 Jurulatih Sijil Menengah Anugerah Parang Lading 5 6 Mohd Syakir bin Adnan 830511-05-5365 Jurulatih Sijil Menengah Anugerah 6 7 Md Syukri bin Md Mohidin 830113-05-5167 Pembantu Jurulatih Sijil Menengah Akademik 7 8 Ahmad Fikri bin Mohsin 860529-05-5045 Pembantu Jurulatih 8 9 Zaisurahidiah binti Mohd Nasir 790308-01-5858 Jurulatih Sijil Menengah Anugerah 9 10 Nur Shuhana binti Ahmad Suhaili 850318-14-5746 Jurulatih Sijil Menengah Anugerah 10 Kuala Pilah (KP) 10 Haji Hazaidi bin Haji Osman 671218-05-5037 Jurulatih Penyelia Sijil Menengah Anugerah Parang Lading 1 11 Mohd Khairul Nizam bin Amil Sarifhudin 820826-14-6035 Pembantu Jurulatih Penolong Penyelia 2 12 Mohd Razif bin Abdul Razak 920619-12-6099 Pembantu Jurulatih 3 13 Rozita binti Ismail 690322-05-5380 Jurulatih Sijil Menengah Anugerah 4 14 Nuraidah binti Sukur 860204-23-6956 Pembantu Jurulatih 5 Politeknik Port Dickson (PoliPD) 15 Haji Mohd Amir bin Ibrahim 730623-05-5521 Jurulatih Penyelia Sijil Menengah Anugerah 1 16 Nasrul Aqsar bin Mohd Taharim 850731-04-5183 Jurulatih Penolong Penyelia Sijil Menengah Anugerah 2 17 Mohd Fikrideen bin Haron 850428-05-5493 Jurulatih Sijil Menengah Anugerah 3 18 Muhammad Hazwan bin Shaharin Azhar 841224-05-5235 Pembantu Jurulatih Sijil Menengah Akademik 4 19 Muhammad Syafiq bin Haji Baharudin 930125-05-5373 Pembantu Jurulatih Calon SMA 5 20 Zaimah binti Herman 871212-23-6140 Jurulatih Sijil Menengah Anugerah 6 Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah (UiTM CNS KKP) 21 Zulkarnain bin Haji Abu Hassan 770614-04-5675 Jurulatih Penyelia Sijil Menengah Anugerah 1 22 Abu Hassan bin Salleh 901214-10-5579 Pembantu Jurulatih Penolong Penyelia Sijil Menengah Akademik 2 23 Ahmad Tarmizi bin Abu Bakar 891230-05-5157 Pembantu Jurulatih Sijil Menengah Akademik 3 24 Hani Farahin binti Mohammad Hanafiah 940826-05-5500 Pembantu Jurulatih 4 Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban (UiTM CNS KS) 25 Haji Baharudin bin Mohd Abd Rahim 660824-02-5379 Jurulatih Sijil Menengah Anugerah Parang Lading 1 26 Muhammad Fitri bin Anuar 880909-05-5141 Jurulatih Penyelia Sijil Menengah Anugerah 2 27 Mohd Shamen bin Mohd Salehuddin 920119-04-5209 Pembantu Jurulatih Penolong Penyelia 3 28 Mohamad Taufiq bin A. Aziz 850301-01-6251 Jurulatih Sijil Menengah Anugerah 4 29 Muhammad Amiry bin Norli 910921-05-5173 Pembantu Jurulatih Calon SMA 5 30 Muhammad Amir Rusydan bin Ahmad 960927-06-5511 Pembantu Jurulatih Calon SMA 6 31 Hajah Siti Noraiza binti Nordin 671025-05-5292 Jurulatih Sijil Menengah Anugerah 7 32 Siti Sarah binti Yusof 880411-26-5264 Pembantu Jurulatih 8 Kolej Antarabangsa Unifield (Unifield) 33 Ahmad Faiz bin Mohamed 890426-06-5045 Pembantu Jurulatih Penyelia Sijil Menengah Akademik 1 34 Herry bin Julkarem 931030-12-6583 Pembantu Jurulatih Penolong Penyelia Calon SMA 2 35 Ahmad Dzakwan Nafis bin Abdul Latib 950725-14-9655 Pembantu Jurulatih Calon SMA 3 36 Mohamad Syafiq bin Mohammad 940619-02-5827 Pembantu Jurulatih Calon SMA 4 37 Mohamad Saiful Izwan bin Mohamad Hussin 980625-05-5543 Pembantu Jurulatih 5 38 Muhammad Syamil Aidil bin Zamri 981028-56-6075 Pembantu Jurulatih Calon SMA 6 39 Nor Izzati binti Abdul Rahman 891019-03-5046 Pembantu Jurulatih Sijil Menengah Akademik 7 40 Nur Adlina binti Sahafudin 941212-05-5420 Pembantu Jurulatih 8 41 Nor Azureen binti Azri 980701-43-5020 Pembantu Jurulatih 9 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong (IKTBN CB) 42 Mohd Ikmal Hisham bin Mohd Salleh 751012-13-5517 Jurulatih Penyelia Sijil Menengah Anugerah 1 43 Mohammad Sallehuddin bin Hassan 830707-08-5267 Jurulatih Penolong Penyelia Sijil Menengah Anugerah 2 45 Muhammad Iqbal bin Shaharudin 960715-05-5741 Pembantu Jurulatih 3 46 Zul Izwan bin Khalid 850714-05-5283 Pembantu Jurulatih 4 47 Mohd Ashraf bin Abdul Rahim 860921-14-5053 Pembantu Jurulatih Calon SMA 5 48 Che Wan Noraini binti Che Wan Salim 890219-11-5896 Pembantu Jurulatih 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang (SEMSE) Mohamad Taufiq bin A. Aziz (sambilan) 850301-01-6251 Jurulatih Penyelia 1 Ahmad Dzakwan Nafis bin Abdul Latib (sambilan) 950725-14-9655 Pembantu Jurulatih Penolong Penyelia 2 Muhammad Fitri bin Anuar (sambilan) 880909-05-5141 Jurulatih 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Muhammad Yusof (SMK DMY) Haji Mohd Amir bin Ibrahim (sambilan) 730623-05-5521 Jurulatih Penyelia 1 Mohd Ashraf bin Abdul Rahim (sambilan) 860921-14-5053 Pembantu Jurulatih Penolong Penyelia 2 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) Rozita binti Ismail (sambilan) 690322-05-5380 Jurulatih Penyelia 1 Mohd Razif bin Abd Razak (sambilan) 920619-12-6099 Pembantu Jurulatih Penolong Penyelia 2 Haji Hazaidi bin Haji Osman (sambilan) 671218-05-5037 Jurulatih 3 Mohd Khairul Nizam bin Amil Sarifhudin (sambilan) 820826-14-6035 Pembantu Jurulatih 4 Nuraidah binti Sukur (sambilan) 860204-23-6956 Pembantu Jurulatih 5 Maktab Rendah Sains MARA Serting (MRSM Serting) Haji Hazaidi bin Haji Osman (sambilan) 671218-05-5037 Jurulatih Penyelia 1 Mohd Khairul Nizam bin Amil Sarifhudin (sambilan) 820826-14-6035 Pembantu Jurulatih 2 Mohd Razif bin Abd Razak (sambilan) 920619-12-6099 Pembantu Jurulatih 3 Rozita binti Ismail (sambilan) 690322-05-5380 Jurulatih 4 Nuraidah binti Sukur (sambilan) 860204-23-6956 Pembantu Jurulatih 5 PROFIL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI


PROFIL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 CARTA ORGANISASI 1. PENASIHAT Mohd Zaiham Bin Hamzah 2. YANG DI-PERTUA Afdal Aiman Bin Abu Bakar 3. NAIB YANG DI-PERTUA Muhammad Izzat Bin Noorhan 4. SETIAUSAHA Nur Intan Athirah Binti Mohamad Ramlan 5. BENDAHARI Nur Adyani Binti Raksul 6. KETUA PENERANGAN Siti Nur’ain Syaqirah Binti Zulfarid 7. NAIB SETIAUSAHA Maizatul Syamimi Binti Yusini Amir 8. AJK EKONOMI Normanisya Balqis Binti Abdul Rahim 9. AJK PROTOKOL Nik Naqib Ajmal Bin Nik Badlihisham 10. AJK LOGISTIK Muhammad Hasif Bin Zulhairi 11. AJK MULTIMEDIA Muhammad Aliff Hakimi Bin Nazri 12. AJK KEBAJIKAN Nur Hazlien Binti Pariani PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA POLITEKNIK PORT DICKSON (PSSCM PPD) SEJARAH PENUBUHAN Kelas latihan bagi Politeknik Port Dickson telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan hasil usaha pelajar dan ahli-ahli tamat daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan PSSCM. Kebanyakkan ahli-ahli tamat juga merupakan pelajar daripada Politeknik Port Dickson itu sendiri. Idea penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Politeknik Port Dickson (PSSCM PPD) tercetus apabila seorang ahli tamat iaitu saudara Mohd Raduan Bin Nazaludin telah menyerahkan kertas kerja cadangan penubuhan kelas latihan PSSCM PPD kepada Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan di bantu oleh En. Mohd Nor Maslan Bin Ismail yang merupakan Pegawai Sukan dan Kokurikulum Politeknik Port Dickson pada ketika itu. Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Politeknik Port Dickson dirasmikan oleh pengarah Politeknik Port Dickson ketika itu Tuan Haji Mohd.Ghaus Bin Abdul Kadir bersama dengan Mantan Guru Utama PSSCM iaitu Yang Mulia Tuan Haji Ishak Bin Itam. Antara ahli cawangan yang membantu ketika penubuhan persatuan tersebut ialah En. Zulkifle Bin Nazaluddin yang merupakan tenaga pengajar pada ketika itu. Jawatan Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak PPD pula pada permulaan penubuhan di pegang oleh En. Ahmad Zailani Bin Ahmad. Bagi kelas latihan silat pula sejak awal penubuhannya adalah bertempat di padang bersebelahan dewan kuliah 1, 2, 3. Setiap kali kelas latihan, latihan akan dikendalikan oleh penyelia yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan perjalanan kelas dan dibantu oleh barisan tenaga pengajar En Faizal Bin Said, Zulkifle Bin Nazalidin, En. Abdul Satar dan En. Ahmad Patria. Susulan daripada penubuhan itu, pengambilan ahli-ahli baru telah diadakan buat pertama kali dan seramai 17 orang warga Politeknik Port Dickson telah menjadi kumpulan perintis kepada PSSCM PPD sebagai kumpulan pertama (kelas PSSCMPPD 1). PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN | 2022


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 CARTA ORGANISASI 1. PENASIHAT Mohd Zaiham Bin Hamzah 2. YANG DI-PERTUA Afdal Aiman Bin Abu Bakar 3. NAIB YANG DI-PERTUA Muhammad Izzat Bin Noorhan 4. SETIAUSAHA Nur Intan Athirah Binti Mohamad Ramlan 5. BENDAHARI Nur Adyani Binti Raksul 6. KETUA PENERANGAN Siti Nur’ain Syaqirah Binti Zulfarid 7. NAIB SETIAUSAHA Maizatul Syamimi Binti Yusini Amir 8. AJK EKONOMI Normanisya Balqis Binti Abdul Rahim 9. AJK PROTOKOL Nik Naqib Ajmal Bin Nik Badlihisham 10. AJK LOGISTIK Muhammad Hasif Bin Zulhairi 11. AJK MULTIMEDIA Muhammad Aliff Hakimi Bin Nazri 12. AJK KEBAJIKAN Nur Hazlien Binti Pariani PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA POLITEKNIK PORT DICKSON (PSSCM PPD) SEJARAH PENUBUHAN Kelas latihan bagi Politeknik Port Dickson telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan hasil usaha pelajar dan ahli-ahli tamat daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan PSSCM. Kebanyakkan ahli-ahli tamat juga merupakan pelajar daripada Politeknik Port Dickson itu sendiri. Idea penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Politeknik Port Dickson (PSSCM PPD) tercetus apabila seorang ahli tamat iaitu saudara Mohd Raduan Bin Nazaludin telah menyerahkan kertas kerja cadangan penubuhan kelas latihan PSSCM PPD kepada Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan di bantu oleh En. Mohd Nor Maslan Bin Ismail yang merupakan Pegawai Sukan dan Kokurikulum Politeknik Port Dickson pada ketika itu. Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Politeknik Port Dickson dirasmikan oleh pengarah Politeknik Port Dickson ketika itu Tuan Haji Mohd.Ghaus Bin Abdul Kadir bersama dengan Mantan Guru Utama PSSCM iaitu Yang Mulia Tuan Haji Ishak Bin Itam. Antara ahli cawangan yang membantu ketika penubuhan persatuan tersebut ialah En. Zulkifle Bin Nazaluddin yang merupakan tenaga pengajar pada ketika itu. Jawatan Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak PPD pula pada permulaan penubuhan di pegang oleh En. Ahmad Zailani Bin Ahmad. Bagi kelas latihan silat pula sejak awal penubuhannya adalah bertempat di padang bersebelahan dewan kuliah 1, 2, 3. Setiap kali kelas latihan, latihan akan dikendalikan oleh penyelia yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan perjalanan kelas dan dibantu oleh barisan tenaga pengajar En Faizal Bin Said, Zulkifle Bin Nazalidin, En. Abdul Satar dan En. Ahmad Patria. Susulan daripada penubuhan itu, pengambilan ahli-ahli baru telah diadakan buat pertama kali dan seramai 17 orang warga Politeknik Port Dickson telah menjadi kumpulan perintis kepada PSSCM PPD sebagai kumpulan pertama (kelas PSSCMPPD 1). PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN | 2022 BUDAYA SILAT WARISAN DUNIA 1 2 3 4 5 6 CARTA ORGANISASI 1. PENASIHAT En. Zulkifli Bin Zainal 2. PENGERUSI Nur Ayu Nadhirah Binti Yahya 3. NAIB PENGERUSI Nur Adibah Binti Nordin 4. SETIAUSAHA Ummu Habibah Binti Abdul Kadir 5. BENDAHARI Nur Nabilah Binti Razali 6. KETUA PENERANGAN Nurliyana Syamsina Binti Mohammed Reza PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM KAMPUS KUALA PILAH SEJARAH PENUBUHAN Bermula pada tahun 2014 PSSCM didaftarkan menjadi sebuah kelab di UiTM Kuala Pilah. 07 Januari 2014 menandakan tarikh bersejarah PSSCM apabila berjaya ditubuhkan, hasil usaha dan inisiatif ahli-ahli PSSCM cawangan Negeri Sembilan. Serta sokongan utuh daripada penasihat kelab ini iaitu, Encik Ahmad Hafifi Bin Mohamad Nawi dan Encik Zulkifli Bin Zainal merangkap pembantu perubatan di Unit Kesihatan UiTM Kuala Pilah. Setelah melalui fasa migrasi sebahagian besar ahli-ahli PSSCM UiTM Kuala Pilah ke UiTM Tapah, berlaku beberapa perubahan besar seiring dengan tujuan UiTM bagi melahirkan pelajar yang aktif dan berimpak tinggi kepada bukan sahaja rakan pelajar namun, masyarakat sekeliling. Kelas latihan di UiTM ini turut melalui proses yang sama seperti rakan IPT yang lain. Sebagai contoh, melaksanakan Pengambilan Ahli Baru (PAB), menyempurnakan Annual Grand Meeting (AGM) bagi melantik tonggak baharu dan sebagainya. Sehingga kini, tahun 2020 kelas latihan ini didominasi oleh kaum Hawa. Namun, ini tidak sedikitpun menggoyahkan keberanian dan kejituan dalam mempelajari seni bela diri. Mereka sentiasa mengalu-alukan penyertaan semua pelajar mendalami ilmu persilatan di samping meraih ganjaran dunia akhirat. Dengan ketabahan, kesabaran dan keikhlasan pemimpin serta ahli-ahli PSSCM, persatuan atau kelab ini telah berjaya dan semoga terus sukses di masa akan datang.


1 2 3 4 5 6 7 CARTA ORGANISASI 1. PENASIHAT En. Mohd Ikram Bin Mohd Nor Rizan 2. YANG DI-PERTUA Muizzuddin Bin Abd Kadir Jilani 3. NAIB YANG DI-PERTUA 1 Muhammad Iman Bin Saril 4. NAIB YANG DI-PERTUA 2 Muhammad Athif Wajdi Bin Mohd Rizal 5. KETUA PENERANGAN Mohammad Akmal Bin Mohd Sufian 6. SETIUASAHA Nur Husnina Binti Hassan 7. BENDAHARI Nur Athirah Binti Wan Ismail PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM SEREMBAN 3 SEJARAH PENUBUHAN Seni Silat Cekak Malaysia mula bertapak di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban pada tahun 2014. Persatuan ini ditubuhkan dan digerakkan di atas usaha dan inisiatif ahli-ahli PSSCM UiTM Shah Alam yang telah berpindah ke UiTM Kampus Seremban iaitu (Muhammad A’zizul Nizar, Muhammad Aliff, Fatin Rufaidah, Massheila, Zalika, Ku Norfatin, Siti Zuraidah, Siti Intan, Umi Khalida, Putera Muhammed Aqram, Muhammad Rabbani, dan ramai lagi) serta sokongan padu dari PSSCM Cawangan Negeri Sembilan dan penasihatnya adalah Puan Norlaila Md Zin. Pada 11 dan 12 Jun 2014, Pengambilan Ahli Baru (PAB) yang pertama dan Pameran Statik PSSCM UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban telah julung kalinya diadakan di Pusat Kegiatan Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban. Ini sebagai salah satu langkah pertama PSSCM UiTM Kampus Seremban untuk mencari lebih ramai lagi ahli. Melalui pameran tersebut serta rakaman demonstrasi yang telah dipertontonkan, ia telah berjaya menarik perhatian warga kampus untuk mendaftar sebagai ahli. Sebagai bukti, pada 16 Jun 2014 Kelas Latihan PSSCM UiTM 1 dapat dijalankan berbekalkan pendaftaran ahli baru yang ramai. Berkat ketabahan dan keikhlasan pemimpin serta ahli-ahli, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah mampu bergerak maju dan cergas serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat kampus. Hari meniti hari, semakin banyak aktiviti yang dijalankan oleh PSSCM UiTM Kampus Seremban dimana bukan sahaja dapat membuka mata para pelajar UiTM ini sendiri, malahan pihak pentadbiran UiTM Kampus Seremban semakin yakin untuk meletakkan kepercayaan terhadap persatuan kita. Justeru itu, tidak mustahil kesemua program PSSCM UiTM Kampus Seremban berjaya mendapat kelulusan dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) khususnya, dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN | 2022


1 2 3 4 5 6 7 CARTA ORGANISASI 1. PENASIHAT En. Mohd Ikram Bin Mohd Nor Rizan 2. YANG DI-PERTUA Muizzuddin Bin Abd Kadir Jilani 3. NAIB YANG DI-PERTUA 1 Muhammad Iman Bin Saril 4. NAIB YANG DI-PERTUA 2 Muhammad Athif Wajdi Bin Mohd Rizal 5. KETUA PENERANGAN Mohammad Akmal Bin Mohd Sufian 6. SETIUASAHA Nur Husnina Binti Hassan 7. BENDAHARI Nur Athirah Binti Wan Ismail PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM SEREMBAN 3 SEJARAH PENUBUHAN Seni Silat Cekak Malaysia mula bertapak di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban pada tahun 2014. Persatuan ini ditubuhkan dan digerakkan di atas usaha dan inisiatif ahli-ahli PSSCM UiTM Shah Alam yang telah berpindah ke UiTM Kampus Seremban iaitu (Muhammad A’zizul Nizar, Muhammad Aliff, Fatin Rufaidah, Massheila, Zalika, Ku Norfatin, Siti Zuraidah, Siti Intan, Umi Khalida, Putera Muhammed Aqram, Muhammad Rabbani, dan ramai lagi) serta sokongan padu dari PSSCM Cawangan Negeri Sembilan dan penasihatnya adalah Puan Norlaila Md Zin. Pada 11 dan 12 Jun 2014, Pengambilan Ahli Baru (PAB) yang pertama dan Pameran Statik PSSCM UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban telah julung kalinya diadakan di Pusat Kegiatan Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban. Ini sebagai salah satu langkah pertama PSSCM UiTM Kampus Seremban untuk mencari lebih ramai lagi ahli. Melalui pameran tersebut serta rakaman demonstrasi yang telah dipertontonkan, ia telah berjaya menarik perhatian warga kampus untuk mendaftar sebagai ahli. Sebagai bukti, pada 16 Jun 2014 Kelas Latihan PSSCM UiTM 1 dapat dijalankan berbekalkan pendaftaran ahli baru yang ramai. Berkat ketabahan dan keikhlasan pemimpin serta ahli-ahli, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah mampu bergerak maju dan cergas serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat kampus. Hari meniti hari, semakin banyak aktiviti yang dijalankan oleh PSSCM UiTM Kampus Seremban dimana bukan sahaja dapat membuka mata para pelajar UiTM ini sendiri, malahan pihak pentadbiran UiTM Kampus Seremban semakin yakin untuk meletakkan kepercayaan terhadap persatuan kita. Justeru itu, tidak mustahil kesemua program PSSCM UiTM Kampus Seremban berjaya mendapat kelulusan dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) khususnya, dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN | 2022 BUDAYA SILAT WARISAN DUNIA 1 2 3 4 5 6 CARTA ORGANISASI 1. PENASIHAT Puan Nursyafawati Binti Mohd Nawi 2. YANG DI-PERTUA Aiman Danial Bin Zainuddin 3. NAIB YANG DI-PERTUA Ahmad Safwan Bin Ahmad Safiee 4. SETIAUSAHA Ainnur Syafiqah Binti Farook 5. BENDAHARI Nor Julyana Binti Shukri 6. KETUA PENERANGAN Ahmad Jazli Fitri Bin Atan PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA SEJARAH KOLEJ ANTARABANGSA UNIFIELD PENUBUHAN Pada tahun 2011, atas usaha Penyelia Kelas Latihan Advance Technology Centre Alor Gajah Melaka (ADTEC) iaitu Encik Abdul Malik bin Abdul Wahab dan seorang pensyarah Kolej Antabangsa Unifield yang juga bekas pelatih PSSCM Kelas Latihan ADTEC Melaka iaitu Saudari Citra Fariza Binti Idris seramai 8 orang pelajar UNIFIELD telah dapat memulakan latihan Seni Silat Cekak Malaysia di Kelas Latihan Advance Technology Centre Alor Gajah Melaka (ADTEC). Pelajar-pelajar tersebut telah berulang dari Kampus Unifield di A’Famosa resort ke ADTEC sejauh 8 KM demi hendak mempelajari Seni Silat Cekak. Melihat kepada permintaan yang sangat menggalakan dari penuntut-penuntut, satu pertemuan telah diadakan diantara PSSCM Cawangan Melaka dengan pihak Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Unifield yang mana PSSCM Cawangan Melaka di wakil oleh Yang DiPertua Encik Sham Bin Haji Mohd Ghani dan Penyelia Kelas Latihan ADTEC Encik Abdul Malik bin Abdul Wahab manakala pihak UNIFIELD diwakili oleh Encik Suhadi Bin Shari dan Saudari Citra Fariza Binti Idris. Pertemuan tersebut bertujuan untuk berbincang bagi menubuhkan persatuan dan membuka kelas latihan Silat Cekak Malaysia di dalam Kampus Kolej Unifield. Pada tanggal 14 Ogos 2011 kelas Latihan Unifield yang pertama telah diadakan di dewan Parameswara dan seramai 33 orang mengikuti latihan di kelas tersebut. Semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Seni Silat Cekak Malaysia di Kolej Antarabangsa Unifield digerakkan melalui Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UNIFIELD (PSSCM UNIFIELD). Permohonan penubuhan persatuan tersebut telah diluluskan oleh pengurusan UNIFIELD melalui surat yang bertarikh 12 Ogos 2011 Pada Tanggal 13 Ogos 2016, pengurusan Kelas Latihan PSSCM UNIFIELD telah diserahkan kepada PSSCM Negeri Sembilan melalui Yang DiPertua PSSCM Cawangan Negeri Sembilan iaitu Tuan Haji Baharuddin Bin Mohd Abd Rahim. Maka pada tanggal 15 Ogos 2016 kelas latihan telah diadakan di Taman Permainan Damai Ria dan seramai 23 orang yang mengikuti latihan tersebut. Penyelia kelas latihan Unifield ialah Encik Zulkarnain Bin Abu Hassan dan seramai 5 orang tenaga pengajar. Manakala Penasihat bagi kelas latihan Unifield ketika itu ialah Encik Mustaffa Bin Bukhari.


CARTA ORGANISASI 1. GURU PENASIHAT Muhammad Hummam Wan Sukri 2. YANG DIPERTUA Mohamad Amirul Hakim Bin Mohd Salleh 3. NAIB YANG DIPERTUA Huzaifah Bin Che Amran 4. SETIAUSAHA Nur Assyaimaa Hawadah Binti Abdul Kadir 5. BENDAHARI Nurazrin Binti Mohd Nafi 6. KETUA PENERANGAN Khairul Anwar Bin Arissen 7. AJK Muhammad Ashidiq Bin Saidol Hisham 8. AJK Mohamad Haikal Bin Mohamad Dzulkifli PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA CHEMBONG SEJARAH PENUBUHAN Pembukaan kelas latihan di IKTBN Chembong telah bermula apabila satu kata sepakat telah diwujudkan dalam sesi kunjungan hormat PSSCMCNS ke IKTBN Chembong pada 23 Januari 2020. Kunjung hormat ini melibatkan wakil PSSCM iaitu YDP Cawangan sendiri iaitu Yang Berbahagia Encik Faisal bin Said, Penolong Setiausaha Encik Ahmad Faiz bin Mohamed, ahli jawatankuasa cawangan Encik Abu Hassan bin Salleh dengan Pegawai Belia & Sukan IKTBN Chembong, Encik Azharizal bin Santib dan juga Encik Muhammad Hummam Wan Sukri. Setelah itu, satu sesi demonstrasi penerangan yang pertama telah diadakan pada 31 Januari 2020 oleh Ketua Penerangan PSSCM Cawangan Negeri Sembilan, Encik Muhammad Fitri bin Anuar. Seterusnya sesi kelas yang pertama telah diadakan pada 3 Febuari 2020 oleh penyelia pertama kelas latihan IKTBN, Encik Ikmal Hisham bin Salleh. Turut bersama dalam kelas yang pertama ini adalah YDP & NYDP PSSCMCNS iaitu Yang Berbahagia Encik Faisal bin Said dan Yang Berbahagia Tuan Haji Hazaidi Bin Haji Osman. 1 2 3 4 5 6 7 8 PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN | 2022


CARTA ORGANISASI 1. GURU PENASIHAT Muhammad Hummam Wan Sukri 2. YANG DIPERTUA Mohamad Amirul Hakim Bin Mohd Salleh 3. NAIB YANG DIPERTUA Huzaifah Bin Che Amran 4. SETIAUSAHA Nur Assyaimaa Hawadah Binti Abdul Kadir 5. BENDAHARI Nurazrin Binti Mohd Nafi 6. KETUA PENERANGAN Khairul Anwar Bin Arissen 7. AJK Muhammad Ashidiq Bin Saidol Hisham 8. AJK Mohamad Haikal Bin Mohamad Dzulkifli PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA CHEMBONG SEJARAH PENUBUHAN Pembukaan kelas latihan di IKTBN Chembong telah bermula apabila satu kata sepakat telah diwujudkan dalam sesi kunjungan hormat PSSCMCNS ke IKTBN Chembong pada 23 Januari 2020. Kunjung hormat ini melibatkan wakil PSSCM iaitu YDP Cawangan sendiri iaitu Yang Berbahagia Encik Faisal bin Said, Penolong Setiausaha Encik Ahmad Faiz bin Mohamed, ahli jawatankuasa cawangan Encik Abu Hassan bin Salleh dengan Pegawai Belia & Sukan IKTBN Chembong, Encik Azharizal bin Santib dan juga Encik Muhammad Hummam Wan Sukri. Setelah itu, satu sesi demonstrasi penerangan yang pertama telah diadakan pada 31 Januari 2020 oleh Ketua Penerangan PSSCM Cawangan Negeri Sembilan, Encik Muhammad Fitri bin Anuar. Seterusnya sesi kelas yang pertama telah diadakan pada 3 Febuari 2020 oleh penyelia pertama kelas latihan IKTBN, Encik Ikmal Hisham bin Salleh. Turut bersama dalam kelas yang pertama ini adalah YDP & NYDP PSSCMCNS iaitu Yang Berbahagia Encik Faisal bin Said dan Yang Berbahagia Tuan Haji Hazaidi Bin Haji Osman. 1 2 3 4 5 6 7 8 PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN | 2022 ALBUM AKTIVITI IPT & CAWANGAN


Nik Sabrini Binti Nik Mohd Nasir GPA : 3.89 Diploma Mikrobiologi PSSCM UiTM Kuala Pilah Nur Nabilah Binti Razali GPA : 3.58 Diploma Pengurusan Halal PSSCM UiTM Kuala Pilah Nur Adibah Binti Nordin GPA : 3.52 Diploma Teknologi Makanan PSSCM UiTM Kuala Pilah Nur Ayu Nadhirah Binti Yahya GPA : 3.88 Diploma Teknologi Makanan PSSCM UiTM Kuala Pilah Ummu Habibah Binti Abdul Kadir GPA : 3.83 Diploma Teknologi Makanan PSSCM UiTM Kuala Pilah 2021


Nik Sabrini Binti Nik Mohd Nasir GPA : 3.89 Diploma Mikrobiologi PSSCM UiTM Kuala Pilah Nur Nabilah Binti Razali GPA : 3.58 Diploma Pengurusan Halal PSSCM UiTM Kuala Pilah Nur Adibah Binti Nordin GPA : 3.52 Diploma Teknologi Makanan PSSCM UiTM Kuala Pilah Nur Ayu Nadhirah Binti Yahya GPA : 3.88 Diploma Teknologi Makanan PSSCM UiTM Kuala Pilah Ummu Habibah Binti Abdul Kadir GPA : 3.83 Diploma Teknologi Makanan PSSCM UiTM Kuala Pilah 2021 2021 Nur Auni Najihah Binti Mohd Nasir GPA : 3.74 Diploma Pengurusan Halal PSSCM UiTM Kuala Pilah Nurliyana Syamsina Binti Mohammed Reza GPA : 3.63 Diploma Pengurusan Halal PSSCM UiTM Kuala Pilah Siti Nuradlina Yusrina Binti Norazizan GPA : 3.60 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengurusan PSSCM UiTM Seremban 3 Ainnnur Syafiqah Binti Farook GPA: 3.78 Diploma In Accountancy Kolej Antarabangsa UNIFIELD Nor Julyana Binti Shukri GPA: 3.80 Technology Management Kolej Antarabangsa UNIFIELD


Facebook Page “Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan” https://www.facebook.com/psscmns/ 2,800 people follow | 2,615 people like Tiktok “Silat Cekak Malaysia N9” https://www.tiktok.com/@cekakmalaysia_n9 1354 followers | 3508 Likes Instagram “silatcekakn9” https://www.instagram.com/silatcekakn9 982 followers Youtube Channel “Silat Cekak Malaysia Negeri Sembilan” https://www.youtube.com/c/SilatCekakMalaysiaNegeriSembilan 103 Subscriber | 1.4k Total View | 68.4 hour total Watch time TEMUI KAMI DI MEDIA SOSIAL : JANGAN LUPA “LIKE”, “COMMENT”, “SHARE” DAN “SUBSCRIBE”


DEWAN DATUK HAJI MAIDEEN, LOT 2424 LORONG TITIWANGSA 2, TAMAN BUKTI SETIA, 70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN


DEWAN DATUK HAJI MAIDEEN, LOT 2424 LORONG TITIWANGSA 2, TAMAN BUKTI SETIA, 70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN


PERSATUAN CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA LOT, 2424, LORONG TITIWANGSA 2, TAMAN BUKTI SETIA, MUKIM AMPANGAN, 70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Click to View FlipBook Version