The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN PELAKSANAAN BENGKEL KURSUS LATIHAN DALAM TEMPOH PKPP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadzeffendy, 2020-12-18 02:35:46

PANDUAN PELAKSANAAN BENGKEL KURSUS LATIHAN DALAM TEMPOH PKPP

PANDUAN PELAKSANAAN BENGKEL KURSUS LATIHAN DALAM TEMPOH PKPP

Keywords: PANDUAN

1

PANDUAN PELAKSANAAN
BENGKEL / KURSUS / LATIHAN

DALAM TEMPOH

PKPP

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN

Penulis
HJ. NASRUL EFFENDY BIN HJ. MAT NASIR

JUNAIDAH BINTI JAAFAR

UNIT LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PERLIS

2

TOPIK MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN 3
1.0 PENGENALAN 4
2.0 LATAR BELAKANG
3.0 OBJEKTIF 5
4.0 SKOP PELAKSANAAN
5.0 TAFSIRAN 6
6.0 KEPERLUAN AM (ASAS) 7
7.0 KEPERLUAN KHUSUS 8
8.0 PENGURUSAN TEMPAT BENGKEL / KURSUS / LATIHAN 11
9.0 MEKANISMA PELAKSANAAN BENGKEL / KURSUS / LATIHAN 13
10.0 TEMPOH KUATKUASA
11.0 PENUTUP
LAMPIRAN

Copyright © 2020

HAK CIPTA TERPELIHARA
Tiada bahagian terbitan ini boleh diterbitkan semula atau ditukar dalam apa jua bentuk
dengan apa cara jua sama ada elektroni, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya.
Sistem penyaluran, penyimpanan maklumat dan penyimpanan web tanpa kebenaran
bertulis daripada penerbit.
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau.
Perlis. Cetakan di Perlis.

3

PANDUAN PELAKSANAAN
B E N G K E L / KURSUS / LATIHAN DALAM TEMPOH
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
1.0 PENGENALAN
Panduan pelaksanaan bengkel, kursus atau latihan ini disediakan sebagai panduan
dan rujukan kepada penganjur, urus setia dan peserta yang terlibat berkaitan
prosedur dan keperluan yang perlu dipatuhi untuk menjalankan dan mengikuti
bengkel, kursus atau latihan semasa di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP).

2.0 LATAR BELAKANG
Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula
pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Berdasarkan kepada situasi semasa dalam
membendung penularan jangkitan pandemik COVID-19, kerajaan telah
melanjutkan tempoh PKP bermula 1 April 2020 hingga 14 April 2020. Pada 15 April
2020 hingga 28 April 2020, kerajaan meneruskan tempoh PKP bagi tempoh 2
minggu disebabkan penularan jangkitan pandemic COVID-19. Bermula 12 Mei 202
hingga 9 Jun 2020, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB). Pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020, kerajaan telah
mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mana
berteraskan kepada 7 strategi termasuk kebenaran dalam melaksanakan
mesyuarat, kursus, seminar, latihan, persidangan oleh pihak kementerian dan
agensi kerajaan serta swasta, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP)
yang ditetapkan yang diumumkan pada 17 Jun 2020.

4

3.0 OBJEKTIF
Objektif panduan pelaksanaan ini adalah untuk memastikan :
3.1 Proses bengkel, kursus atau latihan dapat dilaksanakan seperti yang
dirancang dan dalam keadaan selamat.
3.2 Aspek keselamatan dan kesihatan yang perlu diberi keutamaan semasa
sebarang aktiviti bengkel, kursus atau latihan yang dijalankan dalam tempoh
PKPP; dan
3.3 Penganjur, urus setia dan peserta sentiasa mematuhi Prosedur Operasi
Standad (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan jangkitan
COVID-19.

4.0 SKOP PANDUAN
Selaras dengan Prosedur Operasi Standad (SOP) pelaksanaan majlis kerajaan dan
swasta yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian
Pengajian Tinggi dan Guideline for Conducting Face t o Face Training During The
COVID-19 Pendemic oleh Human Resources Development Fund (HRDF).

5.0 TAFSIRAN
5.1 Bengkel, kursus atau latihan dalam tempoh PKPP bermaksud proses
menganjur dan melaksanakan bengkel, kursus atau latihan dalam tempoh
PKPP. Bengkel, kursus atau latihan harus melibatkan kaedah latihan and
metod yang bersesuaian mengikut keupayaan pengajur dan peserta.
5.2 Platform Online bengkel, kursus dan latihan bermaksud latihan yang
disediakan oleh penganjur dengan menggunakan aplikasi atas talian (online)
seperti Microsoft Team, Zoom, Google Classroom atau aplikasi lain yang
bersesuaian.

5

6.0 KEPERLUAN AM (ASAS)
6.1 Pengesan suhu badan.
6.1.1 Penceramah, tenaga pengajar, peserta dan urusetia perlu
melakukan saringan suhu badan sebelum dibenarkan memasuki
ke bilik seminar / bengkel / makmal komputer.
6.1.2 Bagi penceramah, tenaga pengajar, peserta dan urusetia yang
mempunyai gejala Covid-19 atau suhu badan melebihi (37.5
Celcius) adalah tidak dibenarkan untuk mengikuti bengkel, kursus,
latihan dan dinasihatkan untuk mendapat rawatan segera.
6.1.3 Saringan suhu badan wajib dilakukan ke atas semua yang terlibat
pada setiap hari sebelum sesi bermula. bengkel, kursus atau
latihan.

6.2 Hand Sanitizer
6.2.1 Hand sanitizer perlu disediakan di setiap pintu masuk bilik seminar,
bengkel atau makmal komputer yang digunakan dan perlu
memastikan bekalan hand sanitizer mencukupi sepanjang waktu
bengkel, kursus atau latihan dijalankan.
6.2.2 Peserta perlu membersihkan tangan menggunakan hand sanitizer
setiap kali memasuki bilik seminar, bengkel dan makmal
komputer.

6.3 Pelitup Muka
6.3.1 Penceramah, tenaga pengajar, peserta dan urusetia perlu
memakai pelitup muka sepanjang berbengkel atau berkursus.
Penganjur bengkel, kursus atau latihan adalah bertanggungjawab
untuk menyediakan pelitup muka.

6

7.0 KEPERLUAN KHUSUS
7.1 Bahan cecair disinfeksi (Dettol)
Digunakan untuk mencuci bilik seminar, bengkel atau makmal computer
sebelum dan selepas penggunaan.

7.2 Bakul sampah bertutup
Bakul sampah yang bertutup untuk mengelakkan dari bahan bahaya dari
terdedah dengan udara seperti pelitup m uka, t isu dan lain-lain.

7.3 Electric Mist Sprayer (jika perlu)
Memudahkan proses pembersihan di ruangan yang luas seperti di dalam
dewan, Kawasan ruang makan dan lain-lain.

7.4 Botol Spray
Untuk mencuci bahagian yang kerap digunakan dan disentuh bagi proses
pembersihan 3 kali sehari seperti tombol pintu, rail tangga dan lain-lain.

7.5 Mop Lantai
Mencuci bahagian lantai, bilik seminar, bengkel atau makmal komputer,

7.6 Kain Pengelap
Digunakan untuk di dalam proses pembersihan di setiap Kawasan atau
sudut yang seperti meja, kerusi, tingkap dan lain-lain.

7.7 Tape Awas dan P enanda Arah
Bagi proses penandaan satu meter dan tempat duduk larangan seperti
arahan dan prosedur operasi standad (SOP) yang ditetapkan oleh MKN.

7

8.0 PENGURUSAN TEMPAT BENGKEL / KURSUS / LATIHAN

8.1 TEMPAT LATIHAN
Bengkel, kursus atau latihan boleh dijalankan di bilik seminar Pauh Inn
Educational Training Center (PIETC) atau di bilik kuliah, bengkel,
makmal komputer jabatan.

8.2 BILIK PENGINAPAN
Bilik penginapan pencermah dan peserta disediakan seorang bagi satu
bilik, kecuali yang datang bersama keluarga disediakan mengikut
keperluan,

8.3 BILIK ISOLASI (KUARANTIN)
Bilik isolasi (kuarantin) perlu disediakan kepada peserta yang bergejala
seperti demam, batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas dan segera
menghubungi dan menghantar peserta ke klinik yang berdekatan untuk
pemeriksaan.

8.4 BILANGAN PESERTA
8.4.1 Jumlah maksimum peserta bagi penggunaan dewan adalah
250 orang bergantung kepada kapasiti ruang tempat
penganjuran dengan penjarakan sekurang-kurangnya 1 meter.
8.4.2 Jumlah maksimum peserta bagi satu bengkel, kursus atau
latihan adalah seramai 20 orang bergantung kepada kapasiti
ruang bagi menjamin keberkesanan bengkel, kursus atau latihan
yang dijalankan.
8

8.5 SUSUNAN TEMPAT DUDUK
8.5.1 Kedudukan peserta bengkel, kursus atau latihan perlu ditanda
dan mempunyai jarak 1meter dari setiap orang peserta seperti
di lampiran 2.
8.5.2 Hanya satu jalan masuk dan keluar bagi setiap bilik kursus, dan
setiap bilik seminar, bengkel atau makmal komputer
mempunyai QR kod khusus.

8.6 PROSES PEMBERSIHAN DAN NYAH-KUMAN
8.6.1 Kemudahan tempat kursus perlu dibuat proses pembersihan dan
proses nyah-kuman tiga kali sehari pada setiap permukaan
yang kerap disentuh seperti tombol pintu, pemegang tangga dan
sebagainya.
8.6.2 Melakukan pembersihan ruang dan kawasan sekitarnya termasuk
tandas dan semua ruang sebelum dan selepas penganjuran
program serta nyah kuman sebelum dan selepas.

8.7 RUANG MAKAN
Sebarang penyediaan makanan adalah sama ada secara pack-food,
hidang (served), dome setting atau buffet yang diseliakan oleh pramusaji
untuk mencedok makanan ke pinggan peserta. Peserta juga digalakkan
untuk menggunakan sarung tangan pakai buang (disposable gloves) bagi
mencedok makanan ke pinggan.

9

8.8 BILIK AIR / TANDAS
Penggunaan bilik air / tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas
yang ada pada satu-satu masa.

8.9 SURAU
Surau dibenarkan dengan penjarakan 1.5 meter setiap Jemaah. 2 orang
Jemaah sahaja dibenarkan masuk pada satu masa. Peserta digalakkan untuk
menggunakan sejadah sendiri.

8.10 POSTER / PENANDAAN
8.10.1 Tanda jarak 1 meter di depan pintu keluar/ masuk bilik seminar,
bengkel, makmal dan ruang makan perlu dipamerkan sebagai
peringatan kepada semua peserta untuk mengekalkan
penjarakan sosial.
8.10.2 Poster-poster berkaitan COVID-19 dipaparkan di ruang pintu
masuk sebgai langkah peringtan dan kawalan awal penularan
jangkitan COVID-19,
8.10.3 Laluan masuk dan keluar perlu ditanda dengan jelas.

.

10

9.0 MEKANISMA PELAKSANAAN BENGKEL / KURSUS / LATIHAN

9.1 PENDAFTARAN
9.1.1 Kaunter saringan kesihatan hendaklah diwujudkan di pintu
masuk bertujuan memastikan bilangan kehadiran, membuat
pemeriksaan suhu badan, saringan gejala batuk, sakit tekak,
selsema dan sesak nafas. Peserta dengan suhu badan melebihi
37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.
9.1.2 Penganjur, urusetia dan penceramah juga perlu menjalani
saringan kesihatan.
9.1.3 Petugas di kaunter saringan kesihatan juga perlu memastikan
para peserta membersihkan tangan (hand sanitizer) dan
merekod kehadiran peserta.
9.1.4 Semasa para peserta menunggu giliran di kaunter saringan,
penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1meter mesti dipatuhi.
9.1.5 Jawatankuasa penganjur, urusetia, penceramah dan peserta
digalakkan memakai pelitup muka (face mask).
9.1.6 Mengawal pintu masuk dan kehadiran peserta yang masuk ke
dalam ruang bilik seminar, bengkel atau makmal komputer.
9.1.7 Kehadiran peserta hendaklah tertakluk kepada saiz keluasan
ruang dengan penjarakan sosial.

11

9.2 PENDAFTARAN PESERTA MENGGUNAKAN APLIKASI

MYSEJAHTERA DAN REKOD PENGESANAN SUHU BADAN

9.2.1 Semua penganjur mesti mendaftarkan peserta menggunakan

imbasan QR code melalui aplikasi MySejahtera selain daripada

pendaftaran bagi rekod penganjur.

9.2.2 Pengajur, penceramah, urus setia dan peserta perlu mengimbas

QR code Rekod Pengesanan Suhu Badan yang disediakan oleh

pengurusan Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan.

9.2.3 Peserta yang tidak mempunyai telefon pintar direkodkan secara

manual.

9.3 Semua pengajur, penceramah, urus setia dan peserta perlu mematuhi

panduan pelaksanaan bengkel / kursus / latihan ini dan sentiasa mematuhi

Prosedur Operasi Standad (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan

Negara (MKN).

9.4 Pelaksanaan bengkel, kursus atau latihan juga tertakluk kepada

penetapan zon kes COVID-19 seperti berikut:

ZON MERAH Bengkel, kursus, atau latihan tidak dibenarkan.

Bengkel, kursus, atau latihan boleh dilaksanakan

ZON KUNING tertakluk kepada pematuhan panduan pelaksanaan

dan terhad maksimum 4 jam sahaja.

Bengkel, kursus, atau latihan boleh dilaksanakan

ZON HIJAU tiada syarat ditetapkan. (Pematuhan kepada Prosedur
Operasi Standad (SOP) perlu dilaksanakan dan

dipatuhi.

12

9.5 Dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang sebelum atau selepas
selesai bengkel, kursus atau latihan.

9.6 Beratur mengambil makanan secara tertib dalam kedudukan penjarakan
serta tidak berkumpul semasa makan.

9.7 Penganjuran bengkel, kursus, atau latihan di kawasan zon Perintah
Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan.Pelaksanaan
menggunakan Platform Online seperti Micsoft Team, Zoom, Google
Classroom atau aplikasi lain yang bersesuaian amat digalakkan.

9.8 Patient Under Investigation (PUI) dan Person Under Survaillance (PUS)
tidak dibenarkan hadir.

10.0 TEMPOH KUATKUASA
Panduan Pelaksanaan Bengkel / Kursus / Latihan ini terpakai sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

11.0 PENUTUP
Panduan Pelaksanaan Bengkel / Kursus / Latihan dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini diharapkan dapat membantu penganjur, urus
setia dan peserta memastikan proses bengkel, kurus dan latihan yang dianjur dan
berjalan lancar dan semua yang terlibat berada dalam keadaan sihat dan selamat.

13

SUSUN ATUR KEDUDUKAN TEMPAT DUDUK PESERTA
SUSUNAN MEJA “U”

• Kedudukan peserta dalam jarak 1 Meter.
14

SUSUNAN MEJA SEORANG

• Meja berukuran 6”
• Kedudukan peserta dalam jarak 1 meter.
• Jarak antara peserta depan dan belakang 1.5 meter.

15

SUSUNAN MEJA DUA ORANG

• Meja berukuran 4-5”
• Kedudukan peserta dalam jarak 1 meter.
• Jarak antara peserta depan dan belakang 1.5 meter.

16

BILIK SEMINAR SRI PATAWALI
BILIK SEMINAR SRI KANTAN
17

18

19

20

21

22


Click to View FlipBook Version