Internet of Things (IoT)
M IN G G U S I L ATU RRA H I M
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA
Sesi Akademik
Januari 2023 - Mei 2023
01 Pendahuluan 04
02 Objektif MSR 05
ISI 03 Ucapan Pengarah KKTMPJ 06
04 Ucapan Pengerusi MSR KKTMPJ 10
KANDUNGAN 05 Latar Belakang, Visi dan Misi KKTMPJ 11
06 Piagam Pelanggan 13
07 Sistem Pengurusan Kualiti 14
08 Nombor Telefon 15
09 Peraturan MSR 16
10 Aturcara MSR 19
11 Jadual MSR 20
12 Senarai Kakitangan Pentadbiran KKTMPJ 21
13 Senarai Kakitangan Akademik KKTMPJ 22
14 Senarai Fasilitator 23
15 Ikrar Pelajar 24
16 Lagu Negaraku 25
17 Lagu MARA 26
18 Pendaftaran Sistem Penilaian Prestasi Pelajar 27
19 Penghargaan 28
Pendahuluan
Selamat Datang ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya, kepada semua pelajar baru yang mendaftar untuk pengambilan sesi
akademik Januari - Mei 2023.Tahniah kerana telah berjaya ditempatkan di sini.
Di sini segalanya akan bermula. Manfaatkan segala kemudahan yang disediakan untuk menimba ilmu demi kehidupan yang gemilang.
Minggu Silaturrahim (MSR) mengajar anda untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan dalam komuniti. Berlatih untuk menjadi
warga masyarakat yang aktif dalam mengeluarkan pendapat dan idea.
Jadi MSR Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya sebagai suatu wadah permulaan yang harmoni dalam mengejar cita-cita.Pelbagai aktiviti
yang menarik dan berfaedah telah diatur di sepanjang MSR ini. Oleh itu, komitmen semua adalah sangat diharapkan. Harapan kami adalah
apabila anda selesai menjalani MSR, anda dapat menentukan hala tuju yang baik dalam proses pembelajaran di KKTMPJ.
Semoga Berjaya.
KKTM Objektif
Petaling Jaya Minggu Silaturrahim
IOT Minggu Silaturrahim dijalankan pada setiap pengambilan pelajar baharu.
Objektif program ini adalah untuk:
1 Memperkenalkan Kolej Kemahiran Tinggi MARA
Petaling Jaya (KKTMPJ)
2 Membentuk sahsiah diri dan disiplin pelajar
3 Mewujudkan semangat kerjasama dan persefahaman
antara pelajar dengan warga KKTMPJ
4 Menyesuaikan pelajar dengan suasana kehidupan
dan pembelajaran di KKTMPJ
IOT 5 Mengukuhkan pengetahuan asas Elektronik dan Bahasa
Inggeris bagi menghadapi minggu pembelajaran
Ucapan Pengarah
KKTMPJ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan izinnya para pelajar telah terpilih untuk meneruskan pengajian di Kolej Kemahiran
Tinggi MARA Petaling Jaya (KKTMPJ) bagi sesi Januari – Mei 2023. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar.
Keperluan menuntut ilmu untuk meningkatkan taraf akademik adalah amat penting bagi membolehkan seseorang itu lebih berdaya bersaing dan
menempuh kehidupan dengan lebih berkeyakinan. Justeru itu,bagi memantapkan silibus yang sedia ada, KKTMPJ berkolaborasi bersama beberapa pihak
luar antaranya Akademi CompTIA dan Syarikat Huawei Technologies Co. Ltd. Pihak Akademi CompTIA menyediakan keperluan “Certified Cert” kepada
para pelajar yang mana ianya memberikan nilai tambah terhadap keupayaan dan kebolehan mereka dalam ICT dan IoT. Manakala Syarikat Huawei
Technologies Co. Ltd. telah memberi pengiktirafan kepada TVET MARA melalui KKTMPJ sebagai Huawei ICT Academy. Satu inisiatif global Huawei untuk
memperkasa dan menyokong pembangunan kemahiran ICT dan IoT. Ianya mampu melonjakkan kebolehpasaran pelajar KKTMPJ selaras dengan Industry
Revolution 4.0. Peluang kerjaya selepas menamatkan pengajian adalah terbentang luas. Ia bergantung kepada anda sama ada memilih untuk menjadi ‘global
competent workforce’ atau semi-professional dalam bidang yang diikuti, menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau pun melibatkan diri dalam dunia
keusahawanan. Pilihan ada di tangan para pelajar buatlah pilihan yang bijak.
Akhir kata Minggu Silaturahim ini merupakan platform untuk memberi pendedahan dan penerangan mengenai pelbagai aspek terutamanya cara menyesuaikan
diri dan menjalani kehidupan di KKTMPJ kepada pelajar-pelajar baharu . Oleh itu, aturlah strategi, belajarlah dengan tekun dan selamat mengikuti pengajian di
kolej ini.
Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Sekian,
“SELAMAT MAJU JAYA”
Ts. DR MOHD NAZIF BIN MOHD BAHARUDDIN
Pengarah
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
Ucapan Pengerusi
Minggu Silaturrahim KKTMPJ
Bismillahirrahmanirrahim. Segala pujian bagi Allah S.W.T.Tuhan sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W.
Sukacita saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada saudara/saudari yang telah berjaya melanjutkan pelajaran Kursus Diploma
Kejuruteraan Elektronik (Objek Rangkaian Internet/IoT) di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya (KKTMPJ) bagi sesi Januari – Mei 2023. Semoga
saudara/saudari dapat merebut peluang yang diberikan ini untuk menimba ilmu dengan sebaiknya.
Saya seterusnya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Jawatankuasa Minggu Silaturahim (MSR) samaada staf mahupun pelajar yang
terlibat bagi sesi Januari – Mei 2023 yang telah bersama-sama berganding bahu dan berkongsi buah fikiran demi menjayakan program yang telah
dirancang ini.
Akhir kata, sekali lagi saya mengalu-alukan kehadiran saudara/saudari sebagai warga KKTMPJ. Semoga tahun ini dan pada tahun-tahun yang akan datang
saudara/saudari terus menjadi aset dan pemangkin kecemerlangan di bidang kemahiran dengan berteraskan akhlak, jiwa dan rohani yang positif demi
mencipta kejayaan bersama.
Sekian, terima kasih.
En Kamarul Nazim bin Abu Bakar
Pengerusi MSR / Timbalan Pengarah (KPHP)
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
Latar Belakang
KKTMPJ
• Ditubuhkan pada tahun 1972 dan dikenali sebagai Institut
Kemahiran MARA Petaling Jaya.
• Kursus awalan yang di tawarkan adalah Rekaan Fesyen dan
Solekan / Hiasan Rambut
1982 – Lukisan Mekanikal dan Lukisan Senibina
1986 – Elektronik Industri & Elektronik Instrumentasi
1991 – Elektronik Radio/TV
1995 – HND in Electronic Engineering (Swansea)
2001 – HND in Electronic Engineering (EDEXCEL)
2011 – Pearson BTEC Level 5 HND Diploma in
Electronic Engineering (PEARSON)
2019 – Diploma in Electronic Engineering (Internet of
Things)
Menjadi organisasi KKTMPJ
pendidikan amanah
Membentuk modal insan TVET yang
yang unggul dan holistic dan berteraskan nilai-nilai
diberkati untuk
mengangkat martabat keusahawanan
bangsa MISI
VISI
Piagam Pelanggan
KKTMPJ berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan dengan tumpuan terhadap perkara-
perkara berikut:
i. Menguruskan pendaftaran setiap pelajar baharu dalam tempoh masa dua (2) jam.
ii. Memastikan pembayaran elaun pelajar disempurnakan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas dokumen
pendaftaran lengkap diterima.
iii. Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa dua (2) minggu selepas
Mesyuarat Senat BKT yang terakhir.
iv. Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa lima belas (15)
minit.
v. Menjawab setiap panggilan telefon dalam tempoh masa tiga (3) deringan.
vi. Membuat pembayaran kepada pembekal dalam tempoh masa empat belas (14) hari bermula dari tarikh
penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap.
vii. Membuat pembayaran tuntutan perjalanan kepada warga kerja dalam tempoh masa empat belas (14) hari
bermula dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
viii. Memberi maklum balas kepada pertanyaan bertulis pelanggan dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh
penerimaan pertanyaan.
ix. Memberi maklum balas aduan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh penerimaan surat atau
aduan pelanggan.
Sistem Pengurusan Kualiti
Pengurusan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya mengamalkan sistem pengurusan berkualiti dalam mengurus dan mentadbir kolej ini.
KKTMPJ juga dianugerahkan dengan persijilan MS ISO 9001:2015
DASAR KUALITI
Kami beriltizam untuk menjadi peneraju Pendidikan Teknikal dan Vokasional dalam melahirkan modal insan global yang berintegriti, kompeten dan
berinovasi serta berpotensi menjadi teknousahawan dengan mematuhi dan berterusan meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti.
OBJEKTIF KUALITI
Bagi memastikan dasar kualiti dapat dicapai, objektif-objektif kualiti ditetapkan bagi setiap peringkat yang terlibat dalam Sistem Pengurusan Kualiti
iaitu:
i. Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah keseluruhan pelajar semester akhir lulus dan dianugerahkan dengan Diploma.
j. Memastikan sekurang-kurangnya 98% daripada pelajar mencapai Purata Mata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.0 dan ke atas bagi setiap
semester.
iii. Memastikan sekurang-kurangnya 98% daripada pelajar mencapai Purata Mata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.0 dan ke atas bagi setiap
semester.
iv. Memastikan warga kerja menghadiri sekurang-kurangnya tujuh (7) hari Kursus Peningkatan Profesionalisma dalam masa satu (1) tahun.
v. Memastikan sekurang-kurangnya 95% pensyarah mendapat markah 80% dan ke atas dalam penilaian pengajaran oleh pelajar di akhir setiap
semester.
vi. Melaksanakan program keusahawanan pelajar sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.
vii. Menyertai pertandingan/program inovasi dan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.
Nombor Telefon
PENGARAH TIMBALAN PENGARAH KETUA WARDEN WARDEN DALAM (L)
Ts. Mohd Nazif Bin Baharudin KHIDMAT PENGURUSAN &
Encik Mohd Zaini Bin Abdul Majid Encik Firdaus Bin Yahya
019 270 4403 HAL EHWAL PELAJAR 016 213 2172 017 3574857
En Kamarul Nazim Abu Bakar
PENTADBIRAN WARDEN
013 3405484
AKADEMIK
PENTADBIRAN AKADEMIK WARDEN WARDEN DALAM (P)
TIMBALAN KETUA JABATAN KETUA JABATAN Cik Nur Aishah Binti Zainuddin
PENGARAH HAL ELEKTRONIK PENGAJIAN AM 013 9323678
EHWAL AKADEMIK Puan Norashikin Binti Mhd Yatim
En Zaudin Bin Saad Puan Rosani Binti Jusoh
012 3771579 012 2104423
019 7785567
Peraturan MSR
KKTMPJ
1. PENDAHULUAN
1.1 Matlamat diadakan Minggu Silaturrahim bertujuan untuk memupuk sifat
persaudaraan diantara pelajar baru dan seluruh warga Kolej Kemahiran Tinggi
MARA Petaling Jaya
1.2 Untuk menjaga keharmonian di antara pihak Urusetia dengan pelajar, maka dengan
itu perkara-perkara yang akan diterangkan di bawah mestilah difahami dan dipatuhi
oleh semua pelajar.
2. URUSETIA
2.1 Urusetia adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Minggu Silaturrahim (MSR) dan
fasilitator Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya. Urusetia akan membantu
perjalanan Minggu Silaturrahim. Semua pelajar yang menyertai Minggu Silaturrahim
diwajibkan memakai tanda nama yang diberikan dan dipakai pada setiap masa.
2.2 Urusetia juga ada menyediakan bantuan asas kecemasan. Sila laporkan kepada pihak
urusetia jika berlaku sesuatu kemalangan.
3. LARANGAN
3.1 Pelajar tidak dibenarkan melanggar mana-mana arahan keselamatan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa.
3.2 Penjaga/pelawat tidak dibenarkan memasuki kawasan atau tempat di mana
program sedang dijalankan.
3.3 Pelajar dilarang sama sekali menghisap rokok/vape atau mengambil benda-
benda yang mengkhayalkan.
3.4 Semua jenis senjata seperti pisau, parang, senjata api adalah dilarang untuk
dibawa atau disimpan oleh pelajar.
3.5 Dadah dan minuman keras adalah ditegah daripada disimpan atau digunakan
oleh pelajar. Tindakan sewajarnya boleh diambil ke atas mana-mana pelajar
yang melanggar peraturan tersebut
3.6 Semua jenis perjudian atau pertaruhan adalah ditegah ke atas semua pihak
yang terlibat.
4. ARAHAN TETAP
4.1 Semua pelajar yang mengikuti Minggu Silaturrahim adalah tertakluk kepada semua
arahan yang telah ditetapkan dan juga arahan yang akan dikeluarkan dari masa ke
semasa.
4.2 Demi menjaga dan mengawal disiplin serta perhubungan di antara semua pelajar
program Minggu Silaturrahim dengan pihak Urusetia, perkara-perkara yang akan
diterangkan di bawah hendaklah difahami dan dipatuhi.
4.2.1 Ketetapan Masa
Semua pelajar hendaklah bersiap sedia 10 minit lebih awal daripada masa yang telah
ditetapkan di dalam program Minggu Silaturrahim.
a. Ceramah/Taklimat/LDK/Lawatan
b. Waktu Solat
4.2.2 Peraturan Perbarisan
Semua pelajar dikehendaki berbaris mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh
Urusetia. Perbarisan akan dikelolakan oleh Penghulu yang telah dilantik dan program ini
akan diikuti dengan: b. Lagu Negaraku
e. Lagu Warisan
a. Doa Selamat
c. Lagu MARA
MAJLIS PENUTUP MSR JANUARI - MEI 2023
TARIKH :30 DISEMBER 2022 | JUMAAT
TEMPAT : LECTURE THEATRE
ATURCARA MAJLIS
8:15 pagi : Ucapan Aluan Pengacara Majlis
: Bacaan Yasin Perdana dan Doa
10.30 pagi
10.30 pagi Nyanyian Lagu:
i. Negaraku
ii. Lagu MARA
:Ucapan perasmian & Penutup oleh Pengarah KKTMPJ
:Persembahan Pelajar Baharu
:Montaj
:Bacaan Ikrar oleh Pelajar Baharu
:Penyampaian Hadiah
: Majlis Tamat
: Program UKFA semua pelajar baharu di Dewan Gemilang
SENARAI
K A K I TA N G A N
( P E N TA D B I R A N )
SENARAI
K A K I TA N G A N
(AKADEMIK)
SENARAI FASILITATOR
MSR SESI JANUARI – MEI
2023
IKRAR PELAJAR-PELAJAR BAHARU KKTM PETALING JAYA
SEMESTER JANUARI – MEI 2023
BAHAWASANYA KAMI
PARA PELAJAR BAHARU KKTM PETALING JAYA
BAGI SESI JANUARI – MEI 2023
DENGAN INI
BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN MENUMPUKAN SEPENUH TENAGA DAN ILTIZAM
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DENGAN PENUH MOTIVASI DAN INSPIRASI
KAMI BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN SENTIASA MENJAGA SAHSIAH DAN DISIPLIN DIRI
DENGAN MEMATUHI SEGALA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ
SENTIASA MENJAGA NAMA BAIK KELUARGA, KOLEJ DAN MARA
DI SEPANJANG MASA
KAMI BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN SENTIASA MEMANFAATKAN SEPENUHNYA
PELUANG DAN MASA YANG ADA
UNTUK MENGGAPAI IMPIAN DAN KECEMERLANGAN DIRI,
SEBAGAI AHLI TEKNOLOGIS DAN TEKNOKRAT NEGARA
Lagu Negaraku
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
Lagu MARA
“Amanah Rakyat”
Demi satu keunggulan
Bangsa yang berdaulat
Sebuah lambang menawan puncak jaya
Perkasa di persada dunia
Obor para cendekia
Merentas masa hadapan
Usahawan jaya tercipta bahagia
Maju MARA maju jaya
MARA perkasa,
Menjunjung amanah rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Bersemangat perintis penuh yakin
Demi satu amanah mulia
MARA perkasa,
Menjunjung amanah rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Penuh keyakinan demi satu
Amanah mulia.
Penghargaan
Pengerusi
Dan Ahli-ahli Jawatankuasa
Minggu Silaturrahim Sesi Akademik Januari – Mei 2023
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
Dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada:
Pengarah
Timbalan Pengarah (KPHP)
Timbalan Pengarah (HEA)
Penolong Pegawai Tadbir Kanan
Ketua Program, Ketua Jabatan
Pensyarah dan semua staf
Fasilitator-fasilitator
Penceramah - penceramah Jemputan
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
Yang telah memberi sokongan dan kerjasama secara langsung atau tidak langsung
bagi menjayakan Program Minggu Silaturrahim Sesi Akademik Januari – Mei 2023
IoT
Kolej Kemahiran Tinggi MARA
Petaling Jaya
NO. 12, JALAN TEMPLER,
46000 PETALING JAYA, SELANGOR
TEL: 03-77828971
FAX: 03-77835379