The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perlembagaan Pertubuhan - PPM-021-14-25111987 DILULUSKAN OLEH ROS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aryahamid2905, 2023-05-25 04:13:07

Perlembagaan Pertubuhan - PPM-021-14-25111987 DILULUSKAN OLEH ROS

Perlembagaan Pertubuhan - PPM-021-14-25111987 DILULUSKAN OLEH ROS

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN IBU PEJABAT MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (KESKIP) (PPM-021-14-25111987) FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN, IBU PEJABAT MINERAL DAN GEOSAINS, MALAYSIA (KESKIP). Selepas ini disebut “KELAB”. (2) Takrif Nama : KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN, IBU PEJABAT MINERAL DAN GEOSAINS, MALAYSIA (3) Taraf Pertubuhan : Lain-Lain FASAL 2 TEMPAT URUSAN (1) Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Aras 8 & 9, Menara PjH No. 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2 62100 PUTRAJAYA Wilayah Persekutuan Putrajaya. dan alamat untuk surat-menyurat adalah Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Aras 8 & 9, Menara PjH No. 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2 62100 PUTRAJAYA Wilayah Persekutuan Putrajaya. atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; (2) Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh 1


diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 MATLAMAT (1) Matlamat-matlamat KELAB ini adalah: (a) Untuk memajukan dan menggalakkan kegiatan jasmani dan olahraga di kalangan ahli-ahli. (b) Untuk menjalin perasaan muhibah dan kebajikan di antara ahli-ahli. (c) Mengadakan dan memelihara rumah-rumah KELAB serta kemudahan dan kelengkapannya untuk ahli-ahli KELAB lain atau orang perseorangan dengan percuma atau dengan bayaran. (d) Merancang dan melaksanakan perkara-perkara lain yang berkaitan serta menggalakkan pencapaian tujuan-tujuan di atas, dengan jalan yang dibenarkan oleh Undang-undang. FASAL 4 KEAHLIAN (1) Pertubuhan ini mempunyai dua kategori keahlian. (a) Ahli Biasa: (i) Seorang Ahli Biasa hendaklah Warganegara Malaysia yang menjadi kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. (ii) Seorang Ahli Biasa hendaklah mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan menurut Undang-undang dan dasar-dasar KELAB. (b) Ahli Bersekutu (i) Seorang ahli bersekutu hendaklah Warganegara Malaysia yang pernah menjadi kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. (ii) Suami, isteri dan anak-anak kakitangan dan bekas kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. (iii)Seorang ahli bersekutu hendaklah mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan menurut Undang-undang dan dasar-dasar KELAB. (2) Seseorang yang berkehendakkan menjadi Ahli Biasa/Ahli Bersekutu hendaklah menghantar permohonan kepada Setiausaha di mana ia berkehendakkan menjadi Ahli dengan menggunakan borang permohonan yang tertentu. 2


(3) Borang permohonan menjadi Ahli hendaklah ditandatangani oleh yang meminta dan hendaklah dicadang dan disokong oleh dua (2) orang Ahli Biasa. (4) Tertakluk kepada FASAL 4, Jawatankuasa berhak mengadakan peraturan yang tertentu dalam perkara permohonan hendak menjadi ahli. (5) Setiausaha hendaklah membawa segala permohonan menjadi Ahli kepada mesyuarat Jawatankuasa dengan seberapa segera, ataupun dengan diperkelilingkan kepada ahli-ahli Jawatankuasa. (6) Jawatankuasa hendaklah menimbangkan segala permohonan menjadi Ahli dan berhak memutuskan samada diterima atau ditolak ataupun ditangguhkan timbangan sesuatu permohonan itu engan tidak terpaksa memberi apa-apa sebab atas keputusannya itu. (7) Seseorang yang dipecat daripada menjadi ahli tidak boleh diterima kembali menjadi ahli melainkan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Jawatankuasa. (8) Tiap-tiap permohonan apabila telah diluluskan dan bayaran masuk dan yuran bulanannya yang pertama telah dijelaskan maka nama pemohon hendaklah didaftarkan oleh Setiausaha dalam buku daftar ahli sebagai seorang ahli. (9) Tanggungjawab dan hak asasi ahli: (a) Ahli Biasa (i) Adalah kewajipan setiap ahli untuk memegang teguh dasar peraturan KELAB dan melaksanakan tujuan-tujuannya. (ii) Adalah kewajipan setiap ahli mematuhi perintah-perintah dan disiplin KELAB. (iii) Adalah kewajipan setiap ahli memberitahu Setiausaha dengan segera apabila pindah atau bertukar alamat. (iv) Adalah kewajipan setiap ahli membayar yuran-yuran KELAB dengan menepati waktu. (v) Adalah kewajipan setiap ahli menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian kegiatan KELAB. (vi) Adalah kewajipan setiap ahli berkelakuan baik apabila menghadiri mesyuarat KELAB, jika tidak ia akan disuruh keluar oleh ahli-ahli Jawatankuasa atau orangorang yang tertentu yang dilantik oleh Jawatankuasa. (vii) Adalah kewajipan setiap ahli menggunakan hartabenda KELAB dengan baik dan cermat. (viii) Adalah kewajipan setiap ahli mengelak menerbitkan sebarang surat 3


keterangan atau surat pekeliling mengenai KELAB melainkan jika surat keterangan atau surat pekeliling itu telah diluluskan oleh Jawatankuasa dan mengelak mengumumkan sesuatu perkara KELAB kepada orang yang bukan ahli atau kepada lain-lain Pertubuhan atau surat-surat khabar dengan tiada mendapat kebenaran yang tersebut. (ix) Adalah kewajipan setiap ahli menjaga rahsia-rahsia KELAB. (x) Adalah kewajipan setiap ahli memelihara nama baik KELAB. (xi) Adalah kewajipan setiap ahli berhak bercakap dan mengemukakan pendapatpendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat KELAB. (xii) Adalah kewajipan setiap ahli berhak memilih dan dipilih untuk sebarang jawatan dalam KELAB. (b) Ahli Bersekutu (i) Adalah kewajipan setiap ahli memegang teguh dasar dan peraturan KELAB dan melaksanakan tujuan-tujuannya. (ii) Adalah kewajipan setiap ahli mematuhi perintah-perintah dan disiplin KELAB. (iii) Adalah kewajipan setiap ahli memberitahu Setiausaha dengan segera apabila pindah atau bertukar alamat. (iv) Adalah kewajipan setiap ahli membayar yuran-yuran KELAB dengan menepati waktu. (v) Adalah kewajipan setiap ahli mengelak menerbitkan sebarang surat keterangan atau surat pekeliling mengenai KELAB melainkan jika surat keterangan atau surat pekeliling itu telah diluluskan oleh Jawatankuasa dan mengelak mengumumkan sesuatu perkara KELAB kepada orang yang bukan ahli atau kepada lain-lain Pertubuhan atau surat-surat khabar dengan tiada mendapat kebenaran yang tersebut. (vi) Adalah kewajipan setiap ahli menjaga rahsia-rahsia KELAB. (vii) Adalah kewajipan setiap ahli memelihara nama baik KELAB. (viii) Tidak boleh menjadi Ahli Jawatankuasa atau Perwakilan di semua peringkat KELAB. (ix) Berhak keatas segala keistimewaan KELAB ini kecuali mereka tidak layak mengundi atau mengambil bahagian di dalam pengurusan hal-hal KELAB. FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 4


(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli KELAB hendaklah memberi kenyataan yang bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutang-hutangnya. (2) Ahli-ahli yang berhenti berkhidmat atau bertukar daripada Ibu Pejabat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dengan sendirinya berhenti menjadi Ahli Biasa KELAB. FASAL 6 SUMBER KEWANGAN (1) Yuran Keahlian (a) Ahli Biasa dan Bersekutu dikenakan bayaran berikut: Bayaran Masuk Menjadi Ahli : RM 2.00 Bayaran Yuran (Mengikut gred) Yuran JUSA : RM 20.00 Pengurusan & Profesional (i) Gred 53 - 54 : RM 13.00 (ii) Gred 48 - 52 : RM 10.00 (iii) Gred 41 - 44 : RM 8.00 Sokongan (i) Gred 27 - 40 : RM 7.00 (ii) Gred 22 - 26 : RM 5.00 (iii) Gred 12 – 21 : RM 4.00 (iv) Gred 1 - 11 : RM 3.00 (vi) Kakitangan Sambilan (MySTEP) : RM 4.00 (b) Yuran-yuran bulanan hendaklah dijelaskan tiap-tiap bulan. (c) Ahli yang tidak menjelaskan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan menerima surat ingatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya yang dituntut telah dibayar. (d) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi enam bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli KELAB dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya. (2) Sumbangan Kelab ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan 5


tepat dalam penyata kelab. (3) Kegiatan Ekonomi Kelab ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi. FASAL 7 MESYUARAT AGUNG (1) Pengelolaan KELAB ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurangnya satu perdua daripada jumlah ahli-ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli-ahli jawatankuasa, ikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (korum) untuk mesyuarat. (2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang KELAB dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli-ahli. (3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi KELAB hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah akhir tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 30hb Jun pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah: (a)Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja KELAB di dalam tahun yang lalu; (b)Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; (c)Melantik ahli-ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk dua (2) tahun yang akan datang; (d)Menguruskan lain-lain perkara yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. (4) Setiausaha hendaklah menghantar notis kepada tiap-tiap ahli sekurangkurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat agung diadakan, suatu pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat serta satu agenda (acara mesyuarat) termasuk salinan-salinan peringatan mesyuarat dan laporan-laporan berserta dengan penyata kira-kira KELAB bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di tempat urusan KELAB. Dokumen-dokumen mesyuarat agung boleh diedar melalui dalam talian (email atau whatsapp). (5) Mesyuarat Agung Khas bagi KELAB ini boleh diadakan: 6


(a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau (b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis tidak kurang daripada 1/5 daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya. (6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada suatu tarikh di dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. (7) Pengumuman dan agenda untuk mesyuarat agung khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. (8) Fasal (1) dan (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan mesyuarat agung tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat agung khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh ini mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan. FASAL 8 JAWATANKUASA (1) Jawatankuasa adalah mengandungi: (a) Seorang Pengerusi (b) Seorang Naib Pengerusi (c) Seorang Setiausaha (d) Seorang Penolong Setiausaha (e) Seorang Bendahari (f) Seorang Penolong Bendahari (g) Seorang Setiausaha Biro Kebajikan (h) Seorang Penolong Setiausaha Biro Kebajikan (i) Seorang Setiausaha Biro Sukan (j) Seorang Penolong Setiausaha Biro Sukan (k) Seorang Setiausaha Biro Sosial (l) Seorang Penolong Setiausaha Biro Sosial (2) Pemegang-pemegang jawatan KELAB ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas pengurusan dalam KELAB ini hendaklah warganegara Malaysia. (3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang diatas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh Ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula dua tahun sekali. (4) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 kali 7


setahun. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahliahli tujuh (7) hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada empat (4) orang ahli Jawatankuasa Bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurangkurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. (5) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa dengan surat pekelilingan, Syarat-syarat yang berikutan hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima: (a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang didalam Surat Pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa; (b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu; dan (c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat jawatankuasa kemudiannya disahkan dan dicatatkan didalam peringatan mesyuarat. (6) Ahli Jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan didalam Jawatankuasa. (7) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak didalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah jawatankuasa melantik ahli KELAB yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga mesyuarat agung tahunan diadakan. (8) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan lain-lain pegawai untuk menjalankan urusan-urusan KELAB, dan melantik pengurus-pengurus dan kakitangan-kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai didalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan merosakkan KELAB. (9) Jawatankuasa ini boleh menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan-kewajipan khas kepada sebarang ahli jawatankuasa. FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 8


(1) Pengerusi Pengerusi, dalam masa jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Pengerusi mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Pengerusi hendaklah menandatangani semua cek-cek KELAB bersamasama dengan Setiausaha dan Bendahari. (2) Naib Pengerusi Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan pengerusi semasa ketiadaannya. (3) Setiausaha Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran KELAB mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintah mesyuaratmesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat-surat dan kertas-kertas kecuali kira-kira dan buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tarikh dan tempat lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat tiap-tiap ahli. Setiausaha hendaklah hadir didalam semua mesyuarat dan membuat catatancatatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah menandatangani semua cek-cek KELAB bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari. Setiausaha hendaklah didalam masa 28 hari dari tarikh mesyuarat agung tahunan diadakan mengirim penyata tahunan KELAB kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki dibawah seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966. (4) Penolong Setiausaha Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. (5) Bendahari Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan KELAB. Bendahari hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya. Bendahari hendaklah menandatangani semua cek-cek KELAB bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha. Bendahari bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Tahunan. Bendahari 9


bertanggungjawab keseluruhannya diatas kewangan. (6) Penolong Bendahari Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari. (7) Setiausaha Biro Sukan Setiausaha Biro Sukan adalah bertanggungjawab:- (a) Bertanggungjawab kepada Pengerusi dan Jawatankuasa di atas semua perkara yang berkaitan dengan sukan. (b) Mengelola dan meyelaraskan ke semua kegiatan-kegiatan sukan. (c) Menyediakan anggaran-anggaran perbelanjaan sukan untuk tahunan. (d) Melantik Jawatankuasa Kecil untuk menolong didalam pertimbangan dan/atau pengurusan perkara-perkara mustahak apabila perlu. (e) Menyimpan dengan lengkapnya inventori semua alat-alat sukan. (f) Mengawas seluruhnya tentang penggunaan alat-alat sukan. (g) Bertanggungjawab diatas kelakuan dan tatatertib ahli-ahli yang mengambil bahagian dalam sukan. (h) Mengurus dan menyelenggarakan segala pertandingan sukan. (i) Menyediakan dan membentangkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Kecil pada mesyuarat-mesyuarat tertentu. (8) Penolong Setiausaha Biro Sukan Penolong Setiausaha Biro Sukan hendaklah menolong Setiausaha Biro Sukan menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Sukan. (9) Setiausaha Biro Kebajikan Setiausaha Biro Kebajikan adalah bertanggungjawab:- (a) Bertanggungjawab kepada Pengerusi dan Jawatankuasa di atas semua perkara yang berkaitan dengan kebajikan. 10


(b) Mengelola dan menyelaraskan kesemua kegiatan-kegiatan kebajikan. (c) Menyediakan anggaran-anggaran perbelanjaan kebajikan untuk tahunan. (d) Melantik Jawatankuasa Kecil untuk menolong didalam pertimbangan dan/atau pengurusan perkara-perkara mustahak apabila perlu. (e) Bekerja rapat dengan Setiausaha. (f) Menyedia dan membentangkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Kecil pada mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa. (g) Mengatur dan memberi Pendidikan rohani menerusi agama. (h) Mengelolakan tabung kebajikan untuk ahli-ahli. (10) Penolong Setiausaha Biro Kebajikan Penolong Setiausaha Biro Kebajikan hendaklah menolong Setiausaha Kebajikan menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Kebajikan. (11) Setiausaha Biro Sosial Setiausaha Biro Sosial adalah bertanggungjawab:- (i) Bertanggungjawab kepada Pengerusi dan Jawatankuasa di atas semua perkara yang berkaitan dengan sosial. (j) Mengelola dan menyelaraskan kesemua kegiatan-kegiatan sosial. (k) Menyediakan anggaran-anggaran perbelanjaan sosial untuk tahunan. (l) Melantik Jawatankuasa Kecil untuk menolong didalam pertimbangan dan/atau pengurusan perkara-perkara mustahak apabila perlu. (m) Bekerja rapat dengan Setiausaha. (n) Menyedia dan membentangkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Kecil pada mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa. (12) Penolong Setiausaha Biro Sosial Penolong Setiausaha Biro Sosial hendaklah menolong Setiausaha Sosial menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan 11


Setiausaha Sosial. (13) Tanggungjawab dan Hak Ahli Biasa. (a) Adalah menjadi kewajipan setiap Ahli: (i) Memegang teguh dasar peraturan KELAB dan melaksanakan tujuan-tujuannya. (ii) Mematuhi perintah-perintah dan disiplin KELAB. (iii) Memberitahu Setiausaha dengan segera apabila berpindah atau bertukar alamat. (iv) Membayar yuran-yuran KELAB dengan menepati waktu. (v) Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian kegiatan KELAB. (vi) Berkelakuan baik apabila menghadiri mesyuarat KELAB, jika tidak ia akan disuruh keluar oleh ahli-ahli Jawatankuasa atau orang-orang yang tertentu yang dilantik oleh Jawatankuasa. (vii) Menggunakan hartabenda KELAB dengan baik dan cermat. (viii) Mengelak menerbitkan sebarang surat keterangan atau surat pekeliling mengenai KELAB melainkan jika surat keterangan atau surat pekeliling itu telah diluluskan oleh Jawatankuasa dan mengelak mengumumkan sesuatu perkara KELAB kepada orang yang bukan ahli atau kepada lain-lain Pertubuhan atau suratsurat khabar dengan tiada mendapat kebenaran yang tersebut. (ix) Menjaga rahsia-rahsia KELAB. (x) Memelihara nama baik KELAB. (b) Seorang Ahli berhak bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat KELAB. (c) Seorang Ahli berhak memilih dan dipilih untuk sebarang jawatan dalam KELAB. (14) Tanggungjawab dan Hak Ahli Bersekutu. (a) Adalah menjadi kewajipan setiap Ahli Bersekutu: (i) Memegang teguh dasar peraturan KELAB dan melaksanakan tujuan-tujuannya. (ii) Mematuhi perintah-perintah dan disiplin KELAB. (iii) Memberitahu Setiausaha dengan segera apabila berpindah atau bertukar alamat. 12


(iv) Membayar yuran-yuran KELAB dengan menepati waktu. (v) Mengelak menerbitkan sebarang surat keterangan atau surat pekeliling mengenai KELAB melainkan jika surat keterangan atau surat pekeliling itu telah diluluskan oleh Jawatankuasa dan mengelak mengumumkan sesuatu perkara KELAB kepada orang yang bukan ahli atau kepada lain-lain Pertubuhan atau suratsurat khabar dengan tiada mendapat kebenaran yang tersebut. (vi) Menjaga rahsia-rahsia KELAB. (vii) Memelihara nama baik KELAB. (b) Seorang Ahli Bersekutu tidak boleh menjadi Ahli Jawatankuasa atau Perwakilan di semua peringkat KELAB. (c) Seorang Ahli Bersekutu berhak ke atas segala keistimewaan KELAB ini kecuali mereka tidak layak mengundi atau mengambil bahagian di dalam pengurusan halhal KELAB. FASAL 10 KEWANGAN (1) Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-undang ini, wang KELAB ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan KELAB, termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, pembiayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji, dan upah memeriksa kira-kira, tetapi walau bagaimanapun tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukum di mahkamah. (2) Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM1,000.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama kelab. (3) Segala cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira KELAB hendaklah ditandatangan bersama oleh Pengerusi (Mandatori) dan Setiausaha atau Bendahari. Kerana ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara (Ahli Jawatankuasa) sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang KELAB. (4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM5,000 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM30,000 bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang tidak melebihi RM5,000 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari. (5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan berserta timbangan kira13


kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit mengikut Fasal 11 dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikutan, dan salinan-salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan bagi KELAB. (6) Tahunan Kewangan KELAB ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun. FASAL 11 JURUAUDIT (1) Dua (2) orang yang bukannya pegawai-pegawai KELAB boleh dilantik didalam mesyuarat agung tahunan sebagai Pemeriksa kira-kira /Juruaudit. Juruaudit akan memegang jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula. (2) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira KELAB bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk mesyuarat agung. Juruaudit harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Pengerusi memeriksa kira-kira KELAB bagi manamana masa didalam tempoh jawatan-jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 12 PENTADBIR HARTA (1) Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan. (2) Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung. FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN (1) Di antara mesyuarat-mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan bila mustahak memutuskan perkaraperkara yang tidak terkandung didalam undang-undang ini. (2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat didalam mesyuarat agung. Keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung. FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG 14


Ketua Pengarah merupakan Penasihat Kelab. Timbalan Ketua Pengarah merupakan Penaung Kelab ini. FASAL 15 LARANGAN (1) Sebarang bentuk permainan judi didalam Kelab ini adalah dilarang. (2) Kelab ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Kelab atau pegawai-pegawainya atau jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan. (3) Faedah-faedah seperti yang diterangkan dibawah seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidak boleh diberi oleh Kelab kepada mana-mana ahli Kelab. (4) Seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Kelab kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti berkenaan. (5) Kelab atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga menggangu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan didalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Ordinan Kesatuan Sekerja 1959. FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan hendaklah membuat perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai daripada tarikh perubahanperubahan dan pindaan-pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 17 PEMBUBARAN (1) Kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga-per-lima jumlah semua ahli-ahli yang berhak mengundi. (2) Sekiranya Kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan diatas maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujukan didalam mesyuarat agung. (3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu. FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 15


LOGO (1) Logo ini terdiri daripada sebuah glob yang dilingkari oleh jaluran anak panah dan diatasnya terbentuk tiga gelang yang berkait-kait di antara satu dengan lain. (2) Glob Ditakrifkan sebagai sebuah bumi dan ini secara lansung merupakan imej yang rapat bagi Jabatan. Warna hijau padanya melambangkan kemakmuran dan kesuburan di mana warna ini merupakan simbol kebajikan dan semangat kesukanan. (3) Lingkaran Jaluran Anak Panah Ianya memberi pengertian kepada aktiviti yang berterusan. Warna biru padanya bermaksud kejujuran dan ketulusan ahli kelab menjalankan aktiviti dan warna yang digredkan dari gelap kepada warna terang memberi erti usaha itu membawa kejayaan. (4) Tiga gelang yang berkait-kait Gelang-gelang ini adalah objek yang mewakili tiga AJK yang terdapat di dalam kelab iaitu AJK Sosial, Kebajikan dan Sukan di mana ketiga-tiga AJK ini sentiasa berganding bersama bagi memastikan kejayaan setiap aktiviti kelab. FASAL 19 BAYARAN SAGUHATI UNTUK AHLI KESKIP (1) Pemberian Hadiah Hari Lahir untuk Ahli. (Nilai RM20) (2) Ahli-ahli yang akan bersara/ berhenti kerja/ meletak jawatan adalah layak mendapat sumbangan mengikut tempoh keahlian seperti berikut: 1 tahun hingga 5 tahun : RM80.00 >5 tahun hingga 10 tahun : RM100.00 >10 tahun hingga ke atas : RM150.00 Tempoh keahlian dikira terhenti apabila ahli bersara/berhenti kerja/meletak jawatan/ditukarkan keluar dari Ibu Pejabat. Individu tersebut boleh membuat Pendaftaran Baru sebagai Ahli Bersekutu (jika tidak lagi bertugas di Ibu Pejabat) atau sebagai Ahli Biasa (jika kembali bertugas di Ibu Pejabat) di kemudian hari. Bermula dari pendaftaran yang baru, Tempoh Keahlian dikira bermula dari tahun yang pertama kembali. (3) Ahli-ahli dengan pekerjaan tetap yang akan bertukar keluar daripada Ibu Pejabat atau bertukar sekitar dalam Jabatan yang sama di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan menikmati sumbangan berbentuk cenderamata seperti berikut: (Yuran bulanan X bulan keahlian) X 50/100 Dengan jumlah: 16


Minima: RM50.00 Maksima: RM150 (4) Ahli-ahli yang keahlian mereka terhenti atas sebab-sebab urusan rasmi seperti menghadiri kursus panjang atau cuti tanpa gaji dan selepas itu ditukarkan keluar daripada Ibu Pejabat akan juga menikmati kemudahan seperti (2) di atas. (5) Ahli-ahli yang sakit (diwadkan minima 1 hari di Hospital, maksima 1 kali 1 tahun, kecuali Bersalin) akan menikmati sumbangan bernilai RM50.00. (6) Ahli-ahli yang meninggal dunia (melalui ahli keluarganya) akan diberikan peruntukan sumbangan wang tunai sebanyak RM100.00. (7) Ahli-ahli yang mendirikan rumah tangga (perkahwinan kali pertama sepanjang bertugas di Ibu Pejabat) akan diberikan sumbangan wang tunai sebanyak RM75.00. (8) Ahli-ahli yang melahirkan Cahaya Mata Pertama di Ibu Pejabat JMG (kali pertama sepanjang bertugas di Ibu Pejabat) akan diberikan sumbangan wang tunai sebanyak RM50.00. (9) Ahli-ahli dengan pekerjaan sambilan yang akan meletak jawatan akan diberikan sumbangan berbentuk cenderamata mengikut formula berikut: (Yuran Bulanan X Yuran Keahlian) X 50/100 Dengan jumlah: Minima: RM50.00 Maksima: RM150 (10) Anak-anak kepada Ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di sekolah layak mendapat Imbuhan Kecemerlangan Pendidikan mengikut kelayakan seperti berikut: UPSR (Darjah 6) 5A-8A :RM50.00 hingga RM65.00 PT3 (Tingkatan 3) 6A-10A :RM70.00 hingga RM90.00 SPM (Tingkatan 5) 7A-10A :RM100.00 hingga RM115.00 STPM (Tingkatan 6) 3PA-6PA :RM100.00 hingga RM130.00 (11) Garis panduan bagi mendapatkan subsidi daripada Kelab untuk menganjurkan jamuan-jamuan perpisahan / pertukaran / Persaraan bagi ahli-ahli Kelab: (a) Hanya bagi Ahli-ahli Kelab sahaja; (b) Sekiranya ramai ahli yang hendak diraikan dalam sesuatu majlis, subsidi Kelab hanyalah untuk sesuatu majlis itu dan bukan untuk setiap Ahli yang hendak diraikan dalam majlis tersebut; (c) Kelab memberi subsidi berdasarkan kepada 1/3 daripada kos sebenar sesuatu jamuan itu. Ini akan dilaksanakan di peringkat percubaan dahulu dan akan diubahsuai, jika perlu dan; (d) Baki kutipan hendaklah dibuat seperti biasa, iaitu diikuti dari pegawai-pegawai mengikut kategori masing-masing kerana ianya lebih adil dan wajar. 17


LAMPIRAN 1. Bendera - 2. Lambang 3. Lencana - 18


Click to View FlipBook Version