The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerita Pak Pandir - Pak Pandir mandikan anaknya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by monicajegang81, 2023-06-08 00:28:58

Pak Pandir

Cerita Pak Pandir - Pak Pandir mandikan anaknya

Hari Bahasa melayu Cerita Pak Pandir Mandikan Anaknya.. PANITIA BAHASA MELAYU SK BANDAR SRI DAMANSARA 3


Pak pandir mandikan anaknya Pada zaman dahulu, ada sepasang suami isteri iaitu Pak Pandir dan Mak Andeh. Mereka dikurniakan Seorang anak lelaki berumur 6 bulan. Pada suatu hari Mak Andeh hendak ke pekan untuk membeli barang keperluan. Jadi, anaknya itu ditinggalkan bersama suaminya, Pak Pandir. Sebelum pergi, Mak Andeh berpesan “ Abang Pandir, nanti apabila tengah hari, mandikanlah anak kita dengan air suam ya!.. Pak Pandir pun bertanya “ air suam itu apa Andeh?” - Cikgu Siti Kosa kata 1. dikurniakan- diberikan 2. . Pekan - bandar


Pak pandir mandikan anaknya Jawab Mak Andeh. “ Air suam itu, air panas yang menggelegak dicampur dengan air sejuk”. Oooh, begitu! Jawab Pak Pandir tanda faham. Baiklah! Jawab Pak Pandir lagi. Mak Andeh pun teruslah ke pekan. Sepermergian Mak Andeh, tinggallah Pak Pandir mengasuh dan bermain dengan anaknya. Apabila tiba waktu tengah hari, tibalah anaknya dimandikan. Pak Pandir pergilah ke dapur menjerang air. - Cikgu Siti Kosa kata 1. Menggelegak – air mendidih dan berbunyi 2. . Mengasuh – menjaga 3. Menjerang-memasak air


Pak pandir mandikan anaknya “Ouuu, panasnya air ini!.. Macam mana hendak mandikan anak aku? Tentu dia menangis ?”. Fikir Pak Pandir di dalam hati. Pak Pandir pun menceduk secawan sahaja air panas lalu dicampurkan dengan sebaldi air sejuk. Lalu dimandikannya anak itu. Setelah dimandikan , Pak Pandir pun mengelapnya, Kemudian disapunya bedak dan dipakaikan lampin serta baju. - Cikgu Siti Kosa kata 1. Menceduk – mengambil air atau lain-lain menggunakan bekas.


Pak pandir mandikan anaknya Sejam kemudian, Mak Andeh pun pulang. Mak Andeh terus mendukung anak itu. Mak Andeh berkata Sambil menguntumkan senyuman. “Kalau macam ini, bolehlah saya tinggalkan lagi anak kita bersama abang Pandir. Pandainya sibapa menjaga anak.” Pak Pandir pun ketawa. - Cikgu Siti Kosa kata 1. Mendukung –membawa anak-anak kecil dengan menyokong punggungnya dengan sebelah tangan di pingang TAMAT


Pak pandir mandikan anaknya PENGAJARAN / MORAL CERITA INI 1. Kita mestilah berfikir sebelum melakukan apa-apa tindakan yang boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri mahu pun orang lain. 2. Kita haruslah menghargai jasa orang lain kepada kita. - Cikgu Siti


Pak pandir mandikan anaknya Tulislah kosa kata yang telah kamu pelajari dalam cerita ini dalam buku kosa kata kamu - Cikgu Siti


Click to View FlipBook Version