The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jannahahmud, 2022-12-04 09:43:51

Alabas Vintage Theme Magazine

Alabas Vintage Theme Magazine

SEPTEMBER 2022

SAINS TEKNOLOGI DAN ICT

MAJALAH

GENERASI
BARU,TEKNOLOGI BARU

KOD KURSUS
MPU23012

DENGAN TEKNOLOGI DAN SISTEM INFORMASI , HIDUP
MENJADI LEBIH MUDAH

PENGAJIAN ISLAM

EMAJALAH@MPU23012

A/M - Project ISI KANDUNGAN

2 SENARAI AHLI KUMPULAN




3 PENGHARGAAN




4-6 PENGENALAN


OBJEKTIF KAJIAN
7
PERANAN ICT TERHADAP PERKEMBANGAN

DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI

8-10 KESAN DAN CABARAN DUNIA SIBER DALAM

PEMBENTUKAN AKHLAK MASYARAKAT

11-13




14-15 PENYALAHGUNAAN ICT, PANDANGAN ISLAM
TERHADAPNYA DAN CARA MENGATASINYA



16-17 KESIMPULAN




18 RUJUKAN




1

DISEDIAKAN
OLEH :

NORSYAHIRA SUAD BINTI
RALIMI

(06DPR21F2008)

NORFAZLINA
(06DPR21F2017)

NURJANNAH BINTI AHMAD
BUNALI

(06DPR21F2030)
HANI NADZIRAH BINTI

HAMDAN
(06DPR21F2045)

2

news september, 2022

Assalamualaikum W.B.T, bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan
rahmatnya, kami dapat menyiapkan tugasan ini. Seterusya, kami sekumpulan mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada pensyarah kami
iaitu Dr Alias Bin Mat Saad yang telah memberi tunjuk ajar dalam pelbagai ilmu kepada
kami dan ribuan terima kasih juga kepada semua badan yang terlibat, kerana telah
memberikan kami peluang untuk menghasilkan satu tugasan e- folio ataupun e- majalah ini.

Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan
terima kasih yang tak terhingga kepada ibu bapa kami yang telah
memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang
tidak terhingga sehingga kami berjaya menyiapkan tugasan
ini. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang
sama-sama menyiapkan tugasan ini sehingga ke
penghujungnya walaupun tidak dapat meluangkan masa
bersama-sama. Akhirnya, kami mengucapkan terima
kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus
ini. Terima kasih

3

TOPIK BULAN INI

Friday, 18 SEPTEMBER 2022

Sains, teknologi dan ICT merupakan tiga
bidang yang sangat penting dalam
membentuk masyarakat pada masa kini,
Ketiga-tiga bidang ini membentuk teras
dan dasar yang memnastikan
kelangsungan hidup pada masa kini.
Namun, dalam masyarakat Islam, tiga
perkara ini agak jauh ketinggalan
berbanding dengan masyarakat lain. Hal
ini berlaku demilan kerana sikap dan
pandangan masyarakat Islam terhadap
ketiga-tiga bidang tersebut. Topik ini
akan membahaskan kedudukan sains,
teknologi, dan ICT menurut pandangan
Islam.

Definisi Sains dari segi Bahasa berasal
daripada bahasa latin iaitu scientia yang
bermaksud ilmu pengetahuan. Secara
asanya, ilmu sains bukan sahaja
bermaksud satu disiplin ilmu yang
berkaitan dengan fenomena alam fizikal,
tetapi ia juga merujuk kepada kaedah
memperoleh ilmu melalui eksperimen dan
pembuktian empirikal. Dengan itu, sains
menolak penjelasan melalui unsur ghaib
yang tidak boleh dibuktikan secara
empirical.

Teknologi pula merujuk kepada cara penveles aian kepada masala sebenar dunia

melalui kemajuan dan inovasi ciptaan manusia, dikatakan sejarah teknologi

bermula seawal sejarah manusia sendiri dimana manusia telahpun menggunakan

pelbagai alatan untuk menyelasaikan masalah hidup mereka daripada pelbagai

sudut seperti alat perburuan, pertanian pemahatan dan sebagainya. Setelah itu,

peralatan tersebut telah nerubah menjadi semkain kompleks dan ilmu

pengetahuan tentangnya juga berkembang. Himpunan ilmu pengetahuan tentang

Teknik penciptaan peralatan dan kegunaanya untuk memenuhi pelbagai keperluan

fizikal hidup manusia inilah akhirnya berkembang menjadi satu disiplin ilmu

teknologi seperti diketahui sekarang. 4

TOPIK BULAN INI

Maksud ICT ialah penggunaan teknologi dalam mengurus, mengguna
dan memproses maklumat. Secara tepatnya ICT berkait dengan
penggunaan computer elektronik dan perisian untuk memindah,
menyimpan memproses, memelihara dan memproses dan
memadankan makumat. Bagi masyarakat umum pula, ICT lebih
difahami sebagai kemahiran memanfaaatkan dan menggunakan
Internet untuk tujuan mencari, memindah, menyimpan, dan
memadankan maklumat.

Berdasarkan definisi ketiga-tiga bidang tersebut, jelas kepada anda
bahawa ketiga-tanya merupakan pengetahuan dan kemahiran yang
sangat penting bagi umat manusia, termasuk masyara kat Islam.

Contoh yang sesusai ialah al-Qur'an. Walaupun al-Qur an bukan buku
sains, namun terdapat banyak maklumat sains didalamnya. Umpamanya,
al-Qur' an menjelasakan secara terperinci tentang permulaan kejadian
manusia dari peringakat embrio semasa didalam Rahim'ibunya.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang
berasal) dari tanah,kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih
pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kaml ciptakan air benih itu
menjadi sebuku darah beku. Lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi
seketul daging,kemudian kami ciptakan daging itu menjadilah beberapa
tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah
sempurna kejadian It kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat
keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan
ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

5

SURAH AL-

MU'MUNINUN

(12-14)

ۚ ‫َوَلَق ْد َخَلْق َنا اِاْلْنَس اَن ِم ْن ُس ٰلَلٍة ِّم ْن ِط ْيٍن‬



wa laqad khalaqnal-insāna min sulālatim min ṭīn

ۖ ‫ُثَّم َجَع ْلٰن ُه ُنْط َف ًة ِفْي َق َراٍر َّم ِكْيٍن‬



ṡ umma ja'alnāhu nuṭfatan fī qarārim makīn



‫ُثَّم َخَلْق َنا الُّنْط َف َة َع َلَق ًة َف َخَلْق َنا اْلَع َلَق َة ُم ْض َغ ًة َف َخَلْق َنا اْلُم ْض َغ َة ِع ٰظ ًم ا َف َكَس ْو َنا‬

‫اْلِع ٰظ َم َلْحًم ا ُثَّم َاْنَش ْأٰنُه‬
‫َخْلًق ا ٰاَخَۗر َف َتَباَرَك ُهّٰللا َاْحَس ُن اْلَخاِلِق ْيَۗن‬



ṡ umma khalaqnan-nuṭfata 'alaqatan fa khalaqnal-'alaqata
muḍgatan fa khalaqnal-muḍgata 'iẓāman fa kasaunal-'iẓāma
laḥman ṡ umma ansya`nāhu khalqan ākhar, fa tabārakallāhu

aḥsanul-khāliqīn

Dalam ayat ini, al-Qur' an menjelaskan secara terperinci peringakat kejadian
manusia. Penjelasan ini telah terbukti menepati proses pembesaran janin dalam

Rahim ibunya seperti yang dijelaskan oleh para saintis moden pada hari ini.



Terdapat berpuluh-puluh ayat lain yang menggambarkan betapa rapatnya
hubungan antara al-Qui' an dengan sains. Hal ini bukanlah sesuatu yang

mengejutkan kerana hakikatya semua ilmu datangnya daripada Allah sw.t.
Berdasarkan takrifan yang dinyatakan di atas laitu ilmu sains merujuk kepada
satu bidang ilmu yang berkaitan dengan kajian alam fizikal dna segala fenomena
yang beriaku dalamnya, maka jelas bahawa sains juga bersumberkan Allah s. w.t
yang disampaikan al-Qur'an. Hal ini kerana alam semesta ini merupalan ciptaan

dha milk Allah s.w.t. Maka sudah tentulah ilmu yang berkaitan dengan alam
semesta juga merupakan diptaan dan milk Allah s.w.t.

6

objektif kajian

Kajian ini dijalankan bagi membincangkan isu
Sains Teknologi dan ICT







Peranan ICT terhadap perkembangan dakwah dalam
era globalisasi



Kesan dan cabaran dunia siber dalam pembentukkan
akhlak masyarakat



Penyalahgunaan ICT, pandangan Islam terhadapnya
dan cara mengatasinya.

7

Peranan ICT Terhadap
Perkembangan Dakwah
Dalam Era Globalisasi




Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai Fauget
teknologi yang digunakan oleh individu untuk Magazine
mengumpul data dan menganalisi data
menjadi maklumat berguna dan bermakna Helene Paquet
serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai
bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan Editor-in-Chief
maya. Kesimpulannya, Teknologi Maklumat
ialah satu proses pengaliran, penyebaran,
pemprosesan penyimpanan maklumat
menggunakan perantaraan teknologi.

Tambahan lagi, teknologi maklumat tidak terhad kepada Interner dan komputer
sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon atau telefon mudah alih, fax,
telegram, PDA dan sistem setelit dalam menyampaikan maklumat kepada
penerima. Data dan maklumat dihasilkan bertujuan untuk meningkatkan
pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan individu. Terdapat tiga
asas penting dalam penggunaan Teknologi Maklumat iaitu menggunakannya
hanya untuk mengumpul data, memanipulasikan maklumat dan proses semula
imej dan untuk berkomunikasi.

Perbandingan penggunaan ICT dan bukan menerusi ICT dalam DECEMBER 2022
kegiatan dakwah boleh dilihat ketika era 60'an hingga 90'an
khususnya para pendakwah tidak menggunakan sesuatu media
dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah ke seluruh pelusuk
dunia. Mereka menyampaikan dakwah menggunakan lisan dan
tulisan seperti menyebarkan bahan-bahan tulisan kepada
khalayak ramai sejak dari dahulu lagi.Namun, ada segelintir para
pendakwah menyampaikan dakwah dengan menggunakan filem,
video, kaset dan sebagainya selari dengan zaman
pemodenannya.

8

MEDIA SOSIAL

instagram,twitter,whatsapp,facebook,
wechat,snapchat,youtube dan sebagainya

Kini, negara kita semakin maju dan mempunyai wawasan yang jitu. Oleh yang demikian,
Teknologi Maklumat telah menjadi medium terpenting dalam komunikasi dengan begitu
banyak pembinaan laman web dan blog agama Islam serta agama lain yang memonopoli
jumlah terbanyak berkaitan blog agama. Tegasnya, para pendakwah mestilah membina lebih
banyak laman web dan blog dengan melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan
perkomputeran di samping menangkis segala fitnah dan tomahan kepada agama Islam.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah menggunakan media elektronik seperti radio
dan televisyen sebagai media dakwah sehinggakan begitu popular kerana program-program
yang disiarkan telah mendapat sambutan dan penerimaan yang hangat daripada orang yang
menontonnya. Justeru itu, negara kita telah mewujudkan satu pembinaan yang dikenali
sebagai Koridor Raya Multimedia. Ia adalah suatu lambang dan bukti bahawa Teknologi
Maklumat adalah sangat penting bagi menyampaikan dakwah Islamiyyah dengan mempunyai
kemahiran menggunakan ICT dalam penyampaian mesej dakwah. Secara tidak langsung ia
akan memberikan impak yang cukup besar kepada orang yang menerima dakwah dengan
menggunakan komputer riba, LCD, audio dan pelbagai program komputer seperti power point
dan sebagainya.

9

Tambahan lagi, penggunaan ICT juga telah memberi
kesan positif dalam berdakwah seperti penciptaannya
adalah anugerah istemewa kepada dunia dakwah, tugas

berdakwah menjadi mudah, cepat dan berkesan,
keupayaan menghantar, menerima dan memproses
maklumat dapat diperluaskan, urusan dakwah menjadi
lebih efektif dan efisen, meningkatkan kualiti dakwah
yang disampaikan, semua kerja dapat dijalankan dengan
cepat, membantu meningkatkan kefahaman manusia
dalam soal-soal agama dan dari sudut sosial ia dapat
mengeratkan hubungan antara masyarakat Islam
Malaysia sama ada di dalam negara mahupun luar

negara.

Namun begitu, penggunaan ICT juga mempunyai kesan negatif terhadap
dunia dakwah seperti pengaruh budaya asing, kesahihan maklumat,
pelayaran web negatif, jenayah internet, penyebaran fitnah dan gosip,

pemasalahan remaja, aktiviti perjudian, perubahan gaya hidup, penyemaran
bahasa, penerapan amalan kebendaan dan boleh menjejaskan kesihatan.

10

isu hangat! 2022

KESAN DAN CABARAN DUNIA SIBER
DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK
MASYARAKAT



Jika dilihat dari sudut yang negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh
golongan remaja terutamanya isu yang berkaitan dengan gejala sosial yang
melibatkan penggunaan siber. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus
semasa, kebanyakan golongan remaja menggunakan siber untuk menjalinkan
hubungan sosial seperti menerusi laman web Facebook, Twitter, Friendster dan
lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang
menarik dan menyeronokkan yang sememangnya menarik minat para remaja
untuk menyertainya. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa laman web
sosial sebegin mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat
berhubung serta membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber, namun
begitu juga keburukannya kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan.
Laman-laman web sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu
menjadi remaja sebagai mangsa mereka. Terdapat juga para remaja mungkin
tidak menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi mereka, ataupun
gambar-gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak
dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber
seperti terlibat dalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan
pemerdagangan manusia.

11

A/M - Project

ANTARA KESAN DAN CABARAN DALAM
DUNIA SIBER IALAH :

KESAHIHAN MAKLUMAT

Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan
kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang
tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan
menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat
yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku
kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi
mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan.

Impaknya, ini akan membuatkan ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari
internet dan menyebabkan berlakunya penyebaran berita palsu oleh kerana tidak melakukan sebarang kajian
atau unsul periksa terlebih dahulu dan menyebarkan maklumat yang tidak pasti sahih ataupun tidak.

PERMASALAHAN REMAJA

ICT adalah salah satu daripada hobi yang paling diminati dikalangan para remaja terutamanya teknologi
internet dan alat komnukasi yang mendorong mereka unutk menghabiskan masa disiber kafe, internet café
dan telefon pintar. Hal ini mencabar pengurusan sekolah di pihak berkuasa dan orang ramai terhadap
masalah pelajar uang mengujungi pusat internet di waktu persekelohan dan selepas perseklolahan.
Program atau mainan seperti chatting , permainan video, sms, mms, 3g dan berbagai- bagai aktiviti akan
menyebabkan kegilaan remaja dan member cabaran terhadap ibu bapa mereka. Misalnya, ramai pelajar
yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku yang diberikan, meminjam wang rakan-rakan bahkan
ada yang sanggup mencuri dan menipu semata - mata untuk mendapatkan wang. Dengan itu ibu bapa
haruslah memberikan tumpuan dan perhatian kepada anak-anak agar mereka dapat menjaga tingkahlaku
dengan baik sama ada di luar atau di dalam rumah.

Kesannya ialah, kurangnya masa bersama keluarga dan pembaziran waktu di tempat-tempat siber kafe.
Tambahan pula, ianya boleh menyebabkan lemahnya minda remaja kerana sering bermain dengan alatan
gadget berbanding membaca buku. Oleh itu, risiko mempunyai kerosakan mata juga mungkin tinggi bagi
remaja-remaja muda yang dari kecil di didik menggunakan gadget. Justeru itu, pihak yang
bertanggungjawab perlu memikirkan solusi dan bertindak segera dalam mengawal aktiviti kunjungan ke
pusat-pusat internet.

12

A/M - Project

MELAYARI LAMAN WEB NEGATIF

Sesetengah orang pasti mempunyai minat untuk melayari laman sesawang yang tidak bermoral dan tidak
berfaedah sehingga ianya memberikan kesan yang negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia.
Ketagihan terhadap laman sesawang yang berunusur negatif akan mencemarkan maruah, memberi contoh
nilai keperibadian yang buruk, melibatkan diri dalam masalah perundungan dan pembaziran wang serta
masa dan terdedah kepada jenayah seksual.

Seterusnya, dengan kewujudan laman sesawang yang negatif akan mudah diakses oleh sesiapa sahaja
termasuk anak-anak sekolah, remaja, dan golongan devasa akan member kesan yang negatif terhadap gaya
hidup masyarakat. Antaranya, mudah untuk menghampiri zina dan melakukan perkara. perkara maksiat.
Contonya membicarakan unsur-unsur seksual antara sat sama lain, melihat pornografi daripada laman
sesawang lucah dan sebagainya. Ini menyebabkan peribada seseorang muslim tercemar dan merebakya
penyakit sosial seperti ketagihan seks seperti penzinaan dan pelacuran, penularan wabak HIV/AIDS,
homoseksual dan lesbian, penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di
kalangan remaja.

PENYEBARAN FITNAH DAN GOSSIP

Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakam untuk kepentingan peribadi.
Gejala utama yang sering dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran
fitnah dan gosip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau
menjatuhkan pihak lain. Fitnah ini, tersebar di laman sesawang. internet, sms,
mms, dan media yang lain. Hal ini akan mencabar etika dan tatasusila hidup
bermasyarakat dan bernegara.

Walaubagaimanapun, menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu
jenayah amat besar dan memberi impak yang negatif jika ianya melibatkan
orang yang terdekat dan di sekeliling kita.
Kesanya, fitnah akan menyebabkan maruah dan kedudukan seseorang individu
serta keluarganya tercemar dan memecahbelahkan hubungan sesama saudara
seislam.

13

A/M - Project

PENYALAHGUNAAN ICT, PANDANGAN ISLAM
TERHADAPNYA DAN CARA MENGATASINYA.

BEBERAPA ISU UTAMA DIKENALPASTI TERMASUKLAH, PENYEBARAN
MAKLUMAT PALSU, GAMBAR-GAMBAR YANG DIPALSUKAN SERTA
GAMBAR GAMBAR YANG TIDAK BERMORAL.

PERKARA INI DILIHAT AMAT MUDAH DIPEROLEH OLEH GOLONGAN REMAJA
YANG TERDEDAH KEPADA PERKARA NEGATIF TANPA KAWALAN DAN
PENGAWASAN. SEKIRANYA TIDAK DIKAWAL, PERKARA INI MEMBERI KESAN
YANG BESAR KEPADA PSIKOLOGI DAN TINDAK-TANDUK REMAJA SEKALIGUS
MEMBAWA KEPADA PERMASALAHAN MORAL YANG LEBIH BESAR.

KESAN YANG MUNGKIN DAPAT DILIHAT IALAH PENINGKATAN
KETERLIBATAN REMAJA DENGAN SEKS LUAR NIKAH DAN MENGAKIBATKAN
KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH. INI SECARA TIDAK LANGSUNG
MENDORONG REMAJA MELAKUKAN PERBUATAN YANG LEBIH BURUK LAGI
SEPERTI MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN MEMBUANG BAYI.

BEBERAPA ISU UTAMA DIKENALPASTI TERMASUKLAH, PENYEBARAN
MAKLUMAT PALSU, GAMBAR-GAMBAR YANG DIPALSUKAN SERTA
GAMBARGAMBAR YANG TIDAK BERMORAL.

Perkara ini dilihat amat mudah diperoleh oleh golongan
remaja yang terdedah kepada perkara negatif tanpa kawalan
dan pengawasan. Sekiranya tidak dikawal, perkara ini memberi
kesan yang besar kepada psikologi dan tindak-tanduk remaja
sekaligus membawa kepada permasalahan moral yang lebih
besar.

Kesan yang mungkin dapat dilihat ialah peningkatan
keterlibatan remaja dengan seks luar nikah dan
mengakibatkan kelahiran anak luar nikah. Ini secara tidak
langsung mendorong remaja melakukan perbuatan yang lebih
buruk lagi seperti menggugurkan kandungan dan membuang
bayi.

14

Isu seterusnya yang dilihat sebagai ancaman kepada perkembangan ICT
adalah penyebaran maklumat kepada orang yang tidak dikenali secara
terbuka dan penuh percaya.

Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi
seseorang mengenali dan berhubung dengan seseorang secara lebih
bebas dan terbuka. Ini bukan sahaja disasarkan kepada golongan remaja
bahkan golongan dewasa dan profesional juga terdedah kepada
permasalahan ini sehingga mungkin boleh mendedahkan perkara-
perkara penting negara sekaligus menyebabkan masalah yang lebih besar
kepada negara.

Kesan kepada remaja boleh dilihat dengan banyaknya laporanlaporan
yang didedahkan terhadap kes-kes kehilangan remaja kesan daripada
penggunaan ICT secara tidak terkawal.

Isu lain yang dilihat kritikal apabila, tersebar luasnya penipuan dalam
bentuk kewangan melalui internet. Penipuan ini telah semakin merebak
dan semakin ramai mangsanya.

Penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan banyak
cara.

Antara contohnya; tawaran hadiah tertentu kepada seseorang kerana
telah terpilih berdasarkan sesuatu sebab (misalnya alamat e-mail anda
bertuah melalui pilihan rambang), kerjasama dalam pengurusan
membawa keluar dana-dana tertentu dalam jumlah yang besar
(misalnya 2 juta USD) dan juga kategori yang lebih kecil jumlahnya
seperti anda telah menerima sebuah kotak hadiah tetapi mesti membayar
(melalui pindahan akaun bank atau kad kredit) sebelum hadiah itu
dapat dihantar dan dituntut.

15

KESIMPULAN

Pada masa yang sama, rakyat Barat terus hidup dalam masyarakat
era media, Islam telah pun maju ke peringkat kemajuan sains dan
teknologi serta pengiktirafan orang-orang kudus Islam sebagai
pemimpin yang sah. Walau apa pun, berikutan penolakan Islam oleh
ummah selepas itu, pembelaan mereka terhadap pengetahuan itu
semakin kuat, dan akhirnya, mereka berkongsi dengan orang Barat.

Hasil sumbangan dan pemikiran cerdik pandai Islam inilah yang
akhirnya member sumbangan kepada kemunculan dan kegemilangan
tamadun Barat seperti yang kita saksikan hari ini. Dengan itu, menjadi
tugas para saintis Muslim pada hari ini untuk bekerja keras untuk
mengembalikan keagungan tamadun Islam seperti yang pernah
dinikmati dahulu.

Tumpuan yang serius mesti diberikan ole masyarakat Islam untuk
mengembalikan keagungan sains dan teknologi Islam.Mempelajar
ilmu sains, teknologi dan ICT sehingga
boleh dimanfaatkan oleh orang lain
merupakan fardu kifayah bagi semua
umat isiam.

MAJALAH ILMU YANG DICARI
PENDIDIKAN ISLAM MEMBANTU DIRI

Editor-TEAMMATE MENJADI SESEORANG
YANG BERJAYA DUNIA

DAN AKHIRAT

16

SPECIAL REPORT ANTARA SEBAB UMAT ISLAM
MESTI MEMBERIKAN PERHATIAN BERAT
KEPADA SAINS, TEKNOLOGI DAN ICT
IALAH KERANA:

1. Dalam dunia hari ini, ternyata sekali bahawa negara yang memiliki kekuatan
dalam bidang-bidang ini adalah negara yang paling berkuasa dan berpengaruh.
Umat Islam mesti memastikan bahawa negara umat Islam menjadi negara yang
paling kuat dan berpengaruh. Hal ini memungkinkan usaha penyebaran dakwah
Islamiyyah bagi memuliakan kalimah Allah dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

2. Sains, teknologi dan ICT bukanlah sesuatu yang asing bagi agama Islam. Semua
ilmu berasal daripada Allah s.w.t termasuk juga sains, teknologi dan ICT. Selain
itu, umat Islam dahulu telah berjaya muncul sebagai pelopor dan peneroka dalam
bidang ini. Maka mat Islam sekarang perlu berusaha untuk mengembalikan status
tersebut.

3. Islam sangat terbula dalam usaha mendapatican
ilmu dan kebijaksanaan. Islam membenarkan para
penganutnya untuk mengambil ilmu walaupun
daripada sesiapa juga. Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:

Hal ini bermakna Islam mengajarkan kita supaya berusaha
untuk mendapatkan ilmu walaupun terpaksa belajar dan
mendapatkannya daripada orang kafir. "Perbincangan ini
jelas menunjukkan bahawa sains, teknologi dan ICT merupakan
sesuatu yang sangat mustahak bagi kehidupan manusia. Islam
sebagai agama yang sangat mementingkan kebahagian hidup
manusia di dunia dan akhirat, sentiasa menggesa umatnya untuk memberi penekanan bagi menguasai
segala bidang ilmu termasuk sains, teknologi dan ICT. Dengan menguasal ketiga-tiga bidang tersebut,
umat Islam boleh menjadi lebih kuat, dihormati dan mudah untuk menyebarkan dakwah Islamivyah
kepada manusia sejagat.

VOLUME II

17

A/M - Project

RUJUKAN

https://newblognurinazifa.blogspot.com/

18


Click to View FlipBook Version