The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mariakifflyea5, 2020-11-03 05:15:57

MODUL PEMERHATIAN CG SU

MODUL PEMERHATIAN CG SU

SK KEM TENTERA SANDAKAN
SABAH

MODUL SAINS
KERTAS 2

KEMAHIRAN PROSES SAINS

PEMERHATIAN
DAN

INFERENS

Disediakan oleh;
Sundariana Binti Amin

SKKT Sandakan.

PENDAHULUAN

Syukur Alhamdulillah kerana modul ini dapat dihasilkan.

Kepada guru-guru Sains, diharapkan modul ini dapat membantu anak-anak
didik sebagai latih tubi dalam menjawab soalan-soalan kertas 2, terutama yang
berkaitan dengan soalan pemerhatian dan inferens.
Ucapan terima kasih kepada rakan-rakan guru alam maya yang tidak pernah
berkira dan sentiasa berkongsi bahan untuk panduan dan rujukan guru-guru
sains. Kandungan dalam modul ini adalah hasil dari perkongsian guru-guru
sains.

Semoga modul yang mengandungi beberapa latihan ini sedikit sebanyak dapat
membantu pelajar-pelajar membuat latih tubi bagi menambah kemahiran dalam
menjawab soalan berkaitan dengan pemerhatian dan inferens.

Dengan rasa rendah diri, saya memohon maaf maaf sekiranya terdapat kesilapan
dalam modul ini.

Akhir kata, semoga olahan modul ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa
sahaja yang menggunakannya.

Sekian, terimaksih.

“SABAH HEBAT! KATAKAN TIDAK KEPADA NOMBOR 16”
Suriana Amin SKTTS

PANDUAN

1. Baca nota yang disediakan berkaitan teknik menjawab soalan
Pemerhatian DAN inferens.

2. Fahami setiap teknik yang diberikan.
3. Uji diri anda dengan menjawab soalan-soalan yang diberikan.
4. Ulang menjawab sehingga semua soalan dapat dijawab dengan betul.
5. Pelajar boleh membuat rujukan dari sumber-sumber lain seperti

internet/website atau buku rujukan sendiri.

Pemerhatian

Nyatakan apa yang dapat kamu perhatikan dengan menggunakan 5 organ
deria:-

 Mata –melihat
 Telinga – mendengar
 Hidung – menghidu bau
 Lidah – merasa
 Kulit – sentuhan

CONTOH Mangga masak

Pemerhatian
 Mangga itu berwarna kuning (mata)
 Mangga itu berbau harum (hidung)
 Mangga itu rasanya manis (lidah)
 Mangga itu mempunyai kulit yang licin (kulit)

Pemerhatian
 Anak pokok R lebih tinggi berbanding anak

pokok P
 Daun anak pokok R lebih besar berbanding

daun anak pokok P
 Batang anak pokok R lebih besar berbanding

batang anakpokok P

Anak pokok P Anakpokok R

CARA 1

(kalau perkara dalam PM ada 2 jenis)

Tulis PB pilih PM bandingkan

PM PB

Haiwan Bilangan telur yang dihasilkan

PILIH 8 BANDING

200

Bilangan telur yang dihasilkan oleh penyu lebih banyak berbanding
ayam
ATAU
Bilangan telur yang dihasilkan oleh ayam lebih sedikit berbanding
penyu

CARA 2

(kalau perkara dalam PM lebih daripada 2 jenis)

Tulis PB pilih PM paling
tinggi/rendah bandingkan

PB

PM

Kelajuan kereta mainan pada permukaan jubin paling tinggi
berbanding pada permukaan permaidani, kertas pasir dan simen.
ATAU
Kelajuan kereta mainan pada permaidani paling rendah berbanding
pada permukaan jubin, kertas pasir dan simen.

CARA 3

(kalau PM perkara yang SAMA)
TIP UNTUK MURID LEMAH

Tulis PB semakin bertambah/
berkurang

PB
Berkurang

PM

Keluasan hutan yang tinggal semakin berkurang
PERHATIAN !!!
Boleh juga ditulis sebagai
Keluasan hutan yang tinggal paling sedikit pada tahun
2010 berbanding tahun sebelumnya.

CONTOH-CONTOH SOALAN UPSR

CONTOH 1: (UPSR 1997)

ulan Januari Februari Mac

Tarikh 7.17 7.27 7.27
5 7.19 7.28 7.26
10 7.21 7.29 7.25
15 7.23 7.28 7.24
20 7.24 7.27 7.23
25

Apakah yang kamu faham tentang perubahan waktu matahari tenggelam dalam
bulan Januari?

Jawapan: Waktu matahari tenggelam dalam bulan Januari semakin lambat.

CONTOH 2:

Bahan Makanan Pemerhatian selepas seminggu

P 1. Terdapat tompok-tompok hitam

2. Berbau busuk

Q Tiada perubahan

(UPSR 2002)

Jadual di atas menunjukkan catatan pemerhatian ke atas bahan makanan, P dan

Q selepas seminggu. Berikan dua inferens (sebab) untuk bahan makanan P

berdasarkan pemerhatian dalam jadual di atas.

Inferens 1 : Kerana makanan P terdedah kepada udara
Inferens 2 : Kerana makanan P tidak diawet.

Soalan: Nyatakan satu pemerhatian lain yang boleh dibuat untuk menyokong
inferens (sebab) kamu di atas.

Jawapan: Makanan P banyak ditumbuhi kulat.

CONTOH 3:

Cara membajak Masa yang diambil untuk menyiapkan membajak
sehektar sawah / Jam
Traktor 2
Kerbau 24

Soalan:
Tuliskan satu pemerhatian yang boleh kamu kumpulkan berdasarkan keputusan
dalam jadual di atas.

Jawapan :
Masa yang diambil untuk menyiapkan membajak sehektar sawah lebih singkat
jika menggunakan jentera/ traktor

LEMBARAN KERJA – LATIHAN PENGUKUHAN
Nyatakan pemerhatian bagi setiap rajah atau maklumat di bawah

1. Bola ping pong

Bola ping pong kemek Air panas

……………………………………………………………..……………………………………

…..…………………………………………………………..………………………………….

2.

Ayam A Ayam B

……………………………………………………………..……………………………………

…..…………………………………………………………..………………………………….

3.

200 g 2 kg

……………………………………………………………..……………………………………

…..…………………………………………………………..………………………………….

4.

Waktu 10.am 11 am 12.00 1 pm 2 pm 3 pm 4 pm

Panjang bayang- 90 50 20 0 20 50 90
bayang / cm

Arah bayang- Barat Barat Barat Tiada Timur Timur Timur
bayang

……………………………………………………………..……………………………………

…..…………………………………………………………..………………………………….

5.

Selepas 1 hari Selepas 12 hari

……………………………………………………………..……………………………………
…..…………………………………………………………..………………………………….

6.

……………………………………………………………..……………………………………
………………………………………………………..…………………………………………
7.

60 60
50 50
40 40
30 30
20 20
10 10 guli

……………………………………………………………..………………………………….
………………………………………………………..……………………………………….

8.

Length of string Number of swings in 30

Panjang tali seconds

Jumlah ayunan dalam 30 saat

20 cm 28

25 cm 23

30 cm 18

……………………………………………………………..……………………………………
………………………………………………………..…………………………………………

9. Nyatakan pemerhatian berdasarkan graf palang berikut.

Bilangan spesies haiwan
yang pupus (ekor)

1800 1850 1900 1950 Tahun

……………………………………………………………..…………………………………..
…………………………………………………………..……………………………………..

10. Rajah dibawah menunjukkan satu pemerhatian tentang bayang-bayang Ali
pada waktu yang berlainan.

a) Tulis satu pemerhatian tentang panjang bayang-bayang Ali pada jam 1.45 p.m.
___________________________________________________________

-----------------------------------------------------------------------------------------

Inferens

Tip Menjawab

1. Kenalpasti PEMERHATIAN!!!!!

2.Cari punca (sebab) perkara tersebut berlaku
sedemikian (pemerhatian )

3.Membandingkan pelbagai sebab yang logik tetapi
jawapan mestilah di dalam bentuk perbandingan.

Cara Menulis Jawapan

1. Sekiranya pemerhatian telah dinyatakan / ditulis dalam soalan sebelumnya:

Kerana __________________________________________________
(Nyatakan alasan / sebab)

2. Sekiranya pemerhatian tidak dinyatakan / ditulis dalam soalan sebelumnya:

__________________ kerana ________________________________

(Tulis pemerhatian dulu) (Nyatakan alasan / sebab)

CARA 1

Tulis Pemerhatian kerana
(sebab) lihat PM

Mesti hafal !!!

Pemerhatian PM
Inferens PB

1. Carta palang dibawah menunjukkan keputusan penyiasatan tentang
daya yang diperlukan untuk menolak kotak yang berlainan jisim di
atas lantai dengan jarak yang sama.

PB

PM

Pemerhatian : Jumlah daya yang diperlukan semakin
bertambah.

Inferens : Jumlah daya yang diperlukan semakin
bertambah kerana jisim kotak bertambah.

CARA 2

Tulis Pemerhatian kerana
(sebab) fakta sains

1) Rajah dibawah menunjukkan bayang-bayang terbentuk
dibawah matahari

Pemerhatian : Panjang bayang-bayang pada waktu 12
tengahari adalah paling pendek berbanding
waktu lain.

Inferens : Panjang bayang-bayang pada waktu 12
tengahari adalah paling pendek berbanding
waktu lain kerana kedudukan Matahari berada
tegak diatas kayu itu.

2) Sekumpulan pelajar mengumpul maklumat tentang kepupusan
spesies haiwan di kawasan hutan. Carta palang di bawah
menunjukkan maklumat yang mereka perolehi. (UPSR 2004)

Bilangan spesies haiwan
yang pupus

50

35

20 1850 1900 1950 2000 Tahun
10

5

1800

Soalan : Nyatakan dua inferens (sebab) untuk menerangkan mengapa
bilangan spesies haiwan yang pupus pada tahun 2000 paling tinggi.

Contoh jawapan :
1. Kerana habitatnya dimusnahkan. //
2. Kerana sumber makanan telah tiada. //
3. Kerana diburu secara besar-besaran.

Jawapan salah: Contoh:
1. Kerana air sungai tercemar. (Sepatutnya fokus jawapan di hutan

bukan di sungai).

2. Kerana tidak diberi makanan yang mencukupi. (Haiwan di hutan cari
makan sendiri).

3) Rajah di bawah menunjukkan sebiji belon sedang dipam dengan
udara. (UPSR 2010)

Jadual di bawah menunjukkan perubahan saiz bagi belon itu.

Bilangan 5 10 20
mengepam

Saiz belon

Contoh 2 Bentuk Soalan berbeza dan cara menjawab.

a) Nyatakan satu sebab (inferens) tentang sifat udara
berdasarkan pemerhatian dalam penyiasatan ini.

Saiz belon semakin bertambah apabila bilangan mengepam
bertambah kerana udara memenuhi ruang.

PERHATIAN : Jawapan mestilah terhad tentang sifat
udara.

b) Nyatakan satu sebab (inferens) berdasarkan pemerhatian
dalam penyiasatan ini.

Saiz belon semakin bertambah kerana bilangan mengepam
bertambah.
PERHATIAN : Apabila menjawab inferens, jawapan
berdasarkan pada PM (Pembolehubah
manipulasi)

4)

Bekas X Bekas Y

Berdasarkan pemerhatian yang dipilih, nyatakan dua inferens (sebab)
tentang perbezaan antara tumbuhan dalam bekas X dengan tumbuhan
dalam bekas Y. (UPSR 1999)

Pemerhatian:
1. Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada
bilangan tumbuhan dalam bekas X.
2. Saiz tumbuhan dalam bekas Y lebih besar daripada saiz
tumbuhan dalam bekas X.

Contoh Jawapan:

1. Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan tumbuhan
dalam bekas X kerana tanah dalam bekas Y lebih subuh daripada tanah dalam
bekas X.
ATAU
2. Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan tumbuhan
dalam bekas X kerana tumbuhan dalam bekas Y mendapat air yang mencukupi
berbanding tumbuhan dalam bekas X.
ATAU

3. Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan tumbuhan
dalam bekas X kerana tumbuhan dalam bekas Y mendapat baja yang
mencukupi berbanding tumbuhan dalam bekas X.

5) Jadual di atas menunjukkan maklumat yang didapati tentang satu
penyiasatan yang telah dijalankan terhadap ikan dalam sebatang
sungai pada 1990 dan 1999.
Tahun penyiasatan dilakukan

Purata berat ikan / kg 1990 1999
0.5 1.0

Bilangan spesies ikan 2 5

Soalan:
Nyatakan satu inferens (sebab) yang boleh dibuat untuk
menerangkan perbezaan keadaan ikan di sungai itu pada tahun 1990
dan 1999. (UPSR 2001)

Contoh Jawapan:

1. Purata berat ikan pada tahun 1999 lebih berat berbanding pada
tahun 1990 kerana pada tahun 1999 terdapat banyak makan
ikan berbanding pada tahun 1990. //

2. Purata berat ikan pada tahun 1999 lebih berat berbanding pada
tahun 1990 kerana pada tahun 1999 air sungai tidak tercemar
berbanding pada tahun 1990. //

3. Purata berat ikan pada tahun 1999 lebih berat berbanding pada
tahun 1990 kerana pada tahun 1999 habitat ikan tidak ganggu
berbanding pada tahun 1990. //

4. Bilangan spesies ikan pada tahun 1999 lebih banyak berbanding
pada tahun 1990 kerana pada tahun 1999 terdapat banyak
makan ikan berbanding pada tahun 1990.//

5. Bilangan spesies ikan pada tahun 1999 lebih banyak berbanding
pada tahun 1990 kerana pada tahun 1999 air sungai tidak
tercemar berbanding pada tahun 1990. //

6. Bilangan spesies ikan pada tahun 1999 lebih banyak berbanding
pada tahun 1990 kerana pada tahun 1999 habitat ikan tidak
ganggu berbanding pada tahun 1990

Contoh Soalan Pemerhatian dan Inferens

1. Razak, Kamila dan Suresh menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji
hubungan antara jarak sumber cahaya dari objek dan saiz bayang-bayang.
Mereka merekod pemerhatian mereka di dalam jadual di bawah.

Jarak sumber cahaya Saiz bayang-bayang
dari objek
6 16
10 12
14 8
18 6

a. Nyatakan pemerhatian daripada keputusan di atas.
__________________________________________________

__________________________________________________
b. Berikan inferens daripada pemerhatian di atas.

__________________________________________________
__________________________________________________
2. Di dalam suatu penyiasatan, 3 bilah kapak dengan kelebaran yang berlainan
digunakan untuk mengapak kayu. Jadual di bawah menunjukkan keputusan
daripada penyiasatan.

Kapak PQ R

Kelebaran belakang kapak (mm) 36 9

Bilangan kayu yang dikapak dalam masa 30 4 8 12

minit

a. Nyatakan pemerhatian daripada keputusan di atas.
__________________________________________________

__________________________________________________

b. Berikan inferens daripada pemerhatian di atas.

_________________________________________________

__________________________________________________
3. Sekumpulan murid mengumpul maklumat tentang jumlah makanan yang

diperlukan oleh haiwan yang berbeza iaitu haiwan X, haiwan Y dan haiwan Z.
Pemerhatian dicatatkan.

Haiwan XYZ

Jumlah makanan yang diperlukan dalam sehari (g) 500 50 10

a) Nyatakan satu sebab (inferens) tentang jumlah makanan yang diperlukan
dalam sehari oleh haiwan X.
_______________________________________________________

_______________________________________________________

b) Tulis satu pemerhatian untuk menyokong jawapan kamu di (a).
_______________________________________________________

_______________________________________________________

4. Rajah dibawah menunjukkan Iman melepaskan kereta mainan menuruni
landasan condong yang melalui permukaan P dengan jarak 3 meter. Dia
mengulangi penyiasatan ini dengan menggunakan permukaan Q.

a) Nyatakan satu sebab (inferens) tentang kelajuan kereta mainan P dan
kereta mainan Q.
_______________________________________________________

______________________________________________________
b) Tulis satu pemerhatian untuk menyokong jawapan kamu di (a).

_______________________________________________________
______________________________________________________
5. Rajah dibawah menunjukkan satu penyiasatan tentang penyejatan air. Tiga
buah bekas T,U dan V telah diisi masing-masing dengan 100ml air. Bekas-
bekas itu telah didedahkan dibawah sinaran matahari.

Keputusan penyiasatan telah direkodkan dalam jadual dibawah selepas dua jam.

a) Berikan satu sebab (inferens) tentang isipadu air yang tinggal di dalam
bekas V.
_______________________________________________________
_______________________________________________________

b) Tulis satu pemerhatian untuk menyokong jawapan kamu di (a).
_______________________________________________________
_______________________________________________________

6. Jadual dibawah menunjukkan pemerhatian tentang fasa-fasa Bulan pada hari
yang berbeza-beza

a) Berikan satu sebab (inferens) berdasarkan perubahan bentuk Bulan yang
boleh dilihat dalam jadual.
_______________________________________________________
_______________________________________________________

b) Tulis satu pemerhatian untuk menyokong jawapan kamu di (a).
_______________________________________________________
______________________________________________________

7. Rajah dibawah menunjukkan satu penyiasatan ke atas perubahan cara menuai
dan membanting padi.

Keputusan penyiasatan menunjukkan kaedah X mengambil masa tiga hari untuk
menghabiskan menuai dan membanting padi tetapi kaedah Y mengambil masa
satu hari.
a) Nyatakan satu sebab (inferens) tentang masa yang diambil menggunakan
kaedah X dan kaedah Y untuk menghabiskan kerja menuai dan membanting
padi.
_______________________________________________________
_______________________________________________________
b) Tulis satu pemerhatian untuk menyokong jawapan kamu di (a).
_______________________________________________________
_______________________________________________________

8. Dua jiran X dan Y menggunakan bahan yang berlainan pada tingkap masing-
masing untuk menutup dapur mereka. Ahmad telah melalui setiap dapur jiran-
jirannya dan membuat pemerhatian seperti dalam jadual dibawah.

b) Nyatakan satu sebab (inferens) berdasarkan maklumat diatas.
_______________________________________________________

_______________________________________________________
b) Tulis satu pemerhatian untuk menyokong jawapan kamu di (a).

_______________________________________________________
_______________________________________________________
9. Rajah dibawah menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan
murid tentang kerosakan makanan. Dua gelas susu segar digunakan dalam
penyiasatan ini.

a) Nyatakan satu sebab (inferens) tentang perubahan keadaan susu segar di
dalam gelas P dan gelas Q.
_______________________________________________________
_______________________________________________________

b) Tulis satu pemerhatian untuk menyokong jawapan kamu di (a).
_______________________________________________________
_______________________________________________________

10) Rajah dibawah menunjukkan Ariff melepaskan kereta mainan X menuruni
landasan condong dalam masa 3 saat. Dia mengulangi penyiasatan ini dengan
menggunakan Y dan kereta mainan Z.

Keputusan penyiasatan telah direkodkan dalam carta palang dibawah.

a) Nyatakan satu sebab (inferens) tentang jarak dilalui oleh kereta mainan
X.
_______________________________________________________
_______________________________________________________

b) Tulis satu pemerhatian untuk menyokong jawapan kamu di (a).
_______________________________________________________
_______________________________________________________

TAMAT


Click to View FlipBook Version