LATIHAN 14 CONTOH SOALAN [28/6/2021]
SOALAN OBJEKTIF
1. Fasa pembangunan atur cara terdiri daripada .
A. analisis masalah, reka bentuk atur cara, pengujian dan
penyahpepijatan, pengekodan, dokumentasi
B. analisis masalah, reka bentuk atur cara, pengekodan, pengujian
dan penyahpepijatan, dokumentasi
C. analisis masalah, reka bentuk atur cara, pengujian dan
penyahpepijatan, dokumentasi, pengekodan
D. analisis masalah, reka bentuk atur cara, pengekodan, dokumentasi,
pengujian dan penyahpepijatan
2. Dalam fasa analisis masalah, pengatur cara akan mengenal pasti
input, proses dan _______________ .
A. output
B. storan
C. perisian
D. perkakasan
3. Dalam fasa reka bentuk atur cara, pengatur cara akan ____________,
melukis carta alir dan mereka bentuk antara muka pengguna.
A. melukis papan cerita
B. menulis kod arahan
C. melakar reka bentuk
D. menulis pseudokod
ASK TING 3 M/S 1
LATIHAN 14 CONTOH SOALAN [28/6/2021]
4. Pernyataan yang manakah menerangkan dokumentasi dalaman
dengan betul?
A. Dokumentasi dalaman bertujuan membantu pengguna
menggunakan aplikasi yang telah dibina.
B. Dokumentasi dalaman disediakan untuk membantu pengatur cara
memahami aplikasi yang telah dibina.
C. Dokumentasi dalaman bertindak sebagai manual pengguna.
D. Dokumentasi dalaman mengandungi proses pemasangan perisian
secara langkah demi langkah.
5. “Seorang pengatur cara telah mengalami masalah apabila paparan
output yang terhasil adalah salah.”
Apakah jenis ralat yang boleh dikaitkan dengan situasi di atas?
A. Ralat sintaks
B. Ralat masa larian
C. Ralat logik
D. Ralat pelaksanaan
6 Teknik ________ digunakan apabila masalah yang besar perlu dipecahkan
kepada bahagian-bahagian masalah yang lebih kecil…
A. pengecaman corak
B. peniskalaan
C. leraian
D. pengitlakan
ASK TING 3 M/S 2
LATIHAN 14 CONTOH SOALAN [28/6/2021]
7. Raimi ditugaskan untuk mencari persamaan dan perbezaan antara
sebuah basikal dengan sebuah motosikal. Raimi telah menggunakan
teknik __________ .
A. leraian
B. pengecaman corak
C. peniskalaan
D. pengitlakan
8. Atur cara yang dibina merupakan model yang dapat membantu
menyelesaikan masalah yang serupa. Pembinaan model ini merujuk
kepada teknik ___________.
A. leraian
B. pengitlakan
C. peniskalaan
D. pengecaman corak
9. Arissa ingin membuat pengiraan harga bagi suatu barang selepas
diskaun. Bagi menyelesaikan masalah ini, Arissa mengambil kira
aspek-aspek penting berkaitan pengiraan diskaun. Apakah teknik
pemikiran komputasional yang digunakan oleh Arissa?
A. Leraian
B. Pengecaman corak
C. Pengitlakan
D. Peniskalaan
ASK TING 3 M/S 3
LATIHAN 14 CONTOH SOALAN [28/6/2021]
10. Apakah kelebihan penggunaan teknik-teknik pemikiran
komputasional dalam pembangunan atur cara?
I. Menyelesaikan masalah secara sistematik
II. Menghasilkan atur cara dengan cekap
III. Menghasilkan atur cara yang menepati kehendak pengguna
A. I sahaja
B. I dan II
C. II dan III
D. I, II dan III
11. Satu siri langkah yang tersusun untuk menyelesaikan sesuatu masalah
dipanggil ________________ .
A. algebra
B. algoritma
C. pseudokod
D. pengaturcaraan
12. Antara berikut, yang manakah perwakilan algoritma?
I. Pseudokod
II. Peta minda
III. Carta alir
IV. Segmen kod
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan III
D. I, II dan IV
ASK TING 3 M/S 4
LATIHAN 14 CONTOH SOALAN [28/6/2021]
13. Antara pilihan berikut, yang manakah bukan suatu struktur
kawalan?
A. Ulangan for
B. Pelbagai pilihan
C. Ulangan while
D. Proses
14. Struktur kawalan pilihan yang terbenam dalam struktur kawalan
pilihan yang lain disebut _________________ .
A. struktur kawalan pelbagai pilihan
B. struktur kawalan ulangan
C. struktur kawalan pilihan bersarang
D. struktur kawalan dwipilihan
15. Baca dan teliti situasi di bawah ini.
Apakah contoh struktur kawalan dalam situasi di atas?
A. Struktur kawalan pilihan tunggal
B. Struktur kawalan dwipilihan
C. Struktur kawalan ulangan
D. Struktur kawalan pilihan bersarang
ASK TING 3 M/S 5
LATIHAN 14 CONTOH SOALAN [28/6/2021]
16. Teliti carta alir di bawah.
Struktur kawalan yang manakah ditunjukkan dalam carta alir ini?
A. Struktur kawalan pilihan bersarang
B. Struktur kawalan ulangan for
C. Struktur kawalan ulangan while
D. Struktur kawalan pelbagai pilihan
17. Baca dan teliti situasi di bawah.
Struktur kawalan yang manakah sesuai digunakan untuk
menyelesaikan masalah yang diberi?
A. Struktur kawalan pelbagai pilihan
B. Struktur kawalan pilihan bersarang
C. Struktur kawalan ulangan for
D. Struktur kawalan ulangan while
ASK TING 3 M/S 6
LATIHAN 14 CONTOH SOALAN [28/6/2021]
18. Teknik yang manakah digunakan untuk mengesan ralat logik
dalam algoritma?
I. Teknik semakan meja
II. Teknik semakan manual
III. Teknik langkah demi langkah
IV. Teknik logik
A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV
19. Carta alir berikut dibina untuk mencetak “Merdeka” sebanyak lima
kali. Kewujudan ralat menyebabkan carta alir ini tidak
memaparkan output yang sepatutnya.
Kesan ralat yang terdapat pada carta alir di atas. M/S 7
A. I
B. II
C. III
D. IV
ASK TING 3
LATIHAN 14 CONTOH SOALAN [28/6/2021]
SOALAN BERSTRUKTUR
20. Kod arahan berikut ialah atur cara bagi mencari jumlah dan purata
untuk dua nombor.
Berdasarkan kod arahan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:
(a) Nyatakan semua pemboleh ubah bagi input.
(b) Kenal pasti pernyataan-pernyataan yang mengandungi ralat.
(c) Baiki ralat yang anda kesan di (b), kemudian tulis sintaks yang
betul.
21. Lakukan penyulitan pada teks biasa “KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN” menggunakan teknik Reverse cipher
ASK TING 3 M/S 8