The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zmjpuppy, 2020-08-11 02:39:59

buan indahla

esei 2-converted

‘Mister Ragamannn… Are you home?.. Can you tell us the story pleaseee..’.

Sayup-sayup terdengar suara anak-anak jiranku turut menyanyikan lagu Faizal Tahir seiring
dengan video yang terpapar di telefon pintar
bapanya. Lagu itu juga menjadi kegemaranku.

Mengapa? Hmm... setiap kali

aku mendengar bait-bait liriknya, aku
pasti akan terbayangkan bermacam-macam kenangan yang mengusik jiwa. Apatah lagi bila
mengenangkan zaman muda remajaku di alam persekolahan. Oh, terasa sungguh
pantasnya masa berlalu. Dalam diam tak diam, sudah hampir 25 tahun aku meninggalkan
alam persekolahan.

Lama... cukup lama. Ke manakah agaknya perginya Fizzah, Asya, Iman?

1

Kami berempat merupakan sahabat akrab yang telah lama bersama dan berkongsi

berbagai pengalaman. Pada masa itu, kamilah pelajar harapan sekolah. Dalam masa yang
sama, kami jugalah merupakan petualang sekolah. Lucu jika diingatkan semula kisah-kisah
kami di alam meningkat remaja dan menjadi pelajar ‘senior’. Rasanya, sekiranya dibukukan,
mahu kaya kami mendapat royalti hasil dari jualan coretan pelbagai kenangan pahit manis
kami.

Dengan memegang kopi yang masih berasap di tangan, kugamit Pija, anak daraku

yang baru sahaja kulihat habis mentelaah untuk
menghadapi peperiksaan PT3 yang akan datang.
“Pija, mari sini sekejap. Ajak abangmu sekali.” “Ada
apa ayah?” soal kedua-duanya serentak setelah
melabuhkan duduk bersamaku di muka pintu ini.
“Ibumu mana?” soalku. “”Ibu masih di rumah Mak
Long, bantu masak untuk kenduri malam ini.” Jelas
Pija. “Ayah, ceritalah lagi pengalaman-pengalaman
ayah. Seronok dengar cerita ayah. Lama sudah
ayah tidak bercerita. Ceritalah ayah…” rayu Ikhmal.
“Baiklah. Lama sudah ayah tidak bercerita
kenangan ayah bersama sahabat-sahabat baik ayah
kan? Kali ini ayah nak ceritakan tentang percutian
kami di pulau indah, pulau bersejarah yang penuh
dengan keunikan tersendiri.

“Kamu tahukan Pakcik Iman tu anak jati

Labuan?”. Tanyaku seraya memandang kedua-dua
mereka. “Pakcik Iman yang ayah ceritakan pelajar
periang dan lucu itu? Kita tak pernah berjumpa dengan pakcik tu kan Abang?” tanya Pija
dengan terujanya. “Kami terbang ke pulau kelahiran Pakcik Iman semasa cuti menunggu
keputusan peperiksaan SPM masa tu.” Bersama senyuman yang tersuging, aku terus
mengimbau kenangan lama untuk dikongsi bersama kedua-dua kesayanganku ini.

2

Hari kedua kami di bumi Labuan, pada suatu pagi yang tenang dan damai, aku dan

kawan-kawanku telah memutuskan untuk memilih melakukan pengembaraan ala-ala
rancangan televisyen Jejak Rasul, untuk dapat mengisi masa lapang yang mula
menunjukkan tanda-tanda membosankan ini sekiranya tidak diisi dengan baik. Kami sudah
biasa dengan hiruk pikuk bandar besar Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Bharu yang

merupakan tempat asal
kami, selain dari Iman.
Kami berharap akan
mendapat pengalaman
dan pandangan baharu
mengenai kehidupan
yang bermanfaat yang
boleh digunakan sebagai
kenangan pada masa
akan datang.

Hasrat kami

ialah ingin coretkan

dalam ingatan kami agar

terhimpun segala

kenangan yang aku

pasti, akan lama

tersemat dalam jiwa aku

dan kawan-kawanku ini.

Setelah berbincang, bertelagah, merajuk dan bersepakat, kami telah memutuskan untuk

pergi melawat dan menambah ilmu pengetahuan mengenai sejarah dan keunikan pulau

Labuan ini. Labuan, tanah tumpah darah Iman, pasti mempunyai lambakan cerita, kisah,

sejarah, yang dalam pengamatanku, amat jarang didengari dan diketahui oleh anak-anak

muda seangkatan dengan kami.

3

Semasa berbincang, kami sempat lagi bermuhasabah diri. Oh, terasa ruginya masa

kami sebagai anak muda dan anak Malaysia selama ini. Rugi. Kenapa? Kami rasa kerugian
yang amat sangat kerana kami
merasakan pembaziran waktu
selama ini yang aku dan
kawan-kawanku lakukan. Ke
manakah pengamatan kami?
Ke manakan kepekaan kami?
Ke manakah perasaan kami?
Perasaan halus yang sukar
untuk diungkapkan dengan
kata-kata. Sukar dizahirkan
dengan lisan yang indah.
Kesedaran tentang pentingnya
dan perlunya kami menyelusuri
sejarah kisah silam keturunan
dan tempat tanah air kami yang
bertuah ini. Apatah lagi kami
telah menonton tayangan
berkenaan tempat-tempat menarik di luar negara di dalam kapal terbang semasa ke
Labuan tempoh hari. Menarik. Memang menarik. Teruja kami ingin ke tempat-tempat di luar
negara itu tetapi tidak mampu kerana kami yang masih memegang status pelajar, manalah
berduit.

Sepakat kami bersetuju untuk memulakan misi pencarian ilmu sejarah dan geografi

negara sendiri dengan pulau Labuan sebagai permulaan. Iman mengeluarkan segala
brosur, risalah dan maklumat yang berkenaan dengan Labuan untuk kami memilih tempat
yang paling menarik perhatian kami. Sepakat membawa berkat. Senang sungguh pemilihan
kami apabila kebetulan ibu Iman yang bekerja di Pusat Pelancongan Labuan, sentiasa
membawa balik risalah-risalah sebegini ke rumahnya.

4

Ada War Memorial, Taman Damai, Taman Botanikal dan berbagai pilihan tempat

untuk kami mulakan langkah. Teruja sungguh kami melihatkan gambar-gambar yang
menunjukkan kecantikan dan keunikan yang tersembunyi dari pengetahuan kami selama
ini. Tidak kami sangka, pulau Labuan yang kecil ini mempunyai tarikan yang unik, menarik
dan tersendiri. Memandangkan Muzium Chimney terletak paling jauh dari rumah Iman, kami
bersepakat untuk mengkaji tentangnya dahulu. Mengapa Muzium Chimney? Dari kajian
awal yang kami lakukan
melalui brosur dan
internet sebelum kami
bertolak ke sana, kami
dapati bahawa suatu
ketika dahulu, Muzium
Chimney yang terletak
di Tanjung Kubong
mempunyai tarikan
sejarahnya yang berkait
rapat dengan ekonomi
dan kehidupan
masyarakat di pulau
Labuan dari dahulu
sehinggalah sekarang.
Tambahan pula, kami
empat sekawan ini yang
terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan, sangat meminati aktiviti yang lasak
serta mencabar keberanian fizikal dan minda.

Kami telah merancang untuk bertolak pada pukul 2:30 petang untuk sampai pada

pukul 3:00 petang kerana dari rumah Iman di Kampung Rancha-Rancha ke Muzium
Chimney, mengambil masa perjalanan selama 30 minit dengan bas awam. Pemandangan
semasa perjalanan ke situ sungguh mengujakan. Kami melalui beberapa buah kampung
seperti Kampung Bebuluh, Kampung Sungai Bedaun, Lajau dan Lubok Temiang. Kami
sempat melihat suasana kampung dengan kehidupan masyarakat yang kami dimaklumkan
terdiri dari pelbagai kaum yang bersatu padu.

5

Ibu Iman ada memaklumkan kaum Kedayan, Melayu Brunei, hidup secara harmoni

bersama kaum lain seperti kaum Cina, Sino, Kadazan dan lain-lain kaum di pulau Labuan
ini. Sudah tentunya semangat kejiranan juga utuh kerana aku dan kawan-kawan ku dapat
menyaksikan sendiri cara jiran-jiran Iman berkomunikasi di kawasan rumahnya semalam
semasa kami dijemput menghadiri kenduri oleh jiran di hujung kampung Iman. Kehijauan
tumbuh-tumbuhan di kiri dan kanan jalan juga membuatkan kampong-kampung di
sepanjang perjalanan kami menjadi lebih tenang serta kelihatan indah sekali.

Setelah tibanya aku dan

kawan-kawanku di Muzium
Chimney, tanpa membuang masa
kami amat teruja untuk
memulakan pengembaraan kami
mengenal lebih lanjut lagi
mengenai salah satu peninggalan
sejarah pulau Labuan ini. Dari
bacaan yang terdapat di dalam
Muzium Chimney, kami barulah
menyedari bahawa Pulau Labuan
asalnya tidak berpenghuni dan
merupakan sebahagian dari
Kesultanan Brunei. Pada tahun
1846, Pulau Labuan telah
diserahkan kepada kerajaan
British setelah kerajaan British
menggunakan pulau yang tidak
berpenghuni pada masa itu
sebagai tapak operasi menentang
lanun. Kemudian pada tahun
1890, pulau Labuan digabungkan dengan Borneo Utara. Seterusnya pada tahun 1963 pula,
pulau Labuan bersama-sama dengan negeri Sabah, telah bergabung ke dalam negara
Malaysia. Begitu rupa kisahnya.

6

Dari maklumat yang kami baca yang

terdapat di dalam Muzium Chimney juga, kami
dapati Pulau Labuan dahulunya merupakan
kawasan yang agak terpinggir daripada arus
pembangunan sehinggalah diisytiharkan
sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari
1984. Pada ketika inilah, arus pembangunan
yang lebih moden dan dapat memanfaatkan
penduduk tempatan telah berlaku di pulau
cantik ini. Malah, pulau Labuan telah menjadi
antara destinasi utama kepada pelabur asing
untuk berurusniaga, apatah lagi setelah
Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan
Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober
1990. Taraf hidup rakyat Labuan telah
meningkat dengan baiknya di mana
infrastuktur-infrastruktur yang lebih mantap
telah diwujudkan untuk kemudahan semua
pihak.

Bertuahnya Labuan di mata kami. Kami

juga berbangga untuk mengatakan bahawa dari
pembacaan kami di Muzium Chimney ini, kami
tahu bagaimana asal usul nama ‘Labuan’ itu
timbul. Menurut catatan sejarah dan cerita dari
orang-orang tempatan dahulu kala, perkataan
‘Labuan’ berasal dari dari perkataan
‘Pelabuhan’. Setelah selalu menyebut perkataan
‘Pelabuhan’, lama kelamaan, sukukata ‘Pe’ telah
ditinggalkan. ‘Labuhan’ juga telah diubah
kepada ‘Labuan’ mengikut keselesaan
penduduk dan pendatang pada zaman tersebut.
Menarik bukan?

7

Kami juga dapat tahu, semasa penjajahan British, Pulau Labuan dikenali dengan

panggilan ‘Pulau Victoria’ sempena nama Ratu Victoria, pemerintah kerajaan British pada
masa itu.

Menara Chimney, ikon yang bersejarah ketika era kegemilangan pelombongan

arang batu pada zaman kegemilangan pelombongan arang batu di Labuan serta menjadi
kebanggaan masyarakat Labuan ini, telah memenangi Anugerah ‘The International Green
Apple Awards For Enviromental Best Practice’ dan ‘Sustainable Development 2013’ untuk
kategori seni bina bangunan bersejarah daripada The Green Organisation United Kingdom.
Anugerah-anugerah sebegini amat mengkagumkan untuk diterima.

Menara Chimney yang dikenali

sebagai ‘punil’ oleh masyarakat
tempatan ini terletak di bawah
pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia.
Menariknya di sini kerana ia merupakan
sebuah muzium yang mempamerkan
dan merekodkan sejarah awal Tanjung
Kubong, tempat terletaknya chimney ini.
Menurut cerita masyarakat tempatan,
nama Tanjung Kubong ini berasal
daripada sejenis haiwan yang dipanggil
kubong. Pada masa itu, terdapat banyak
kubong hidup dan membiak di kawasan
tanjung berkenaan. Pelombongan arang
batu giat dilakukan di sini sejak tahun
1847 sehinggalah tahun 1911.

8

Tanjung Kubong memainkan peranan penting

dalam dalam sejarah Labuan kerana simpanan arang
batunya menjadi antara sebab yang mendorong Inggeris
menduduki pulau ini. Nampak gayanya, pulau Labuan
yang cantik dan unik ini juga telah pernah mengukir
sejarah dunia dengan menjadi salah satu kawasan
pengeluaran arang batu yang menjadi rebutan kuasa
besar dunia suatu ketika dahulu. Hebatnya Labuan!

Kepada pengunjung yang

baharu pertama kali menjejakkan
kaki di sini, mereka akan dapati
Muzium Chimney ini merangkumi
dua komponen di tapaknya iaitu
bangunan Pusat Informasi Chimney
dan Menara Chimney itu sendiri. Di
Pusat Informasi Chimney, sesiapa
sahaja akan teruja dengan berbagai
informasi dan fakta mengenai
Menara Chimney ini yang
diterangkan dan dipersembahkan di
dalam bentuk yang menarik untuk
dibaca dan dikaji.

Selain dari maklumat-

maklumat yang dipaparkan itu,
pengunjung akan teruja dengan
binaan replika struktur lombong
arang batu itu sendiri. Replika ini
menarik. Selain dari replika lombong itu sendiri, replika peralatan yang digunakan untuk
melombong arang batu juga ada dipamerkan. Kami kagum dengan peralatan yang begitu
kuno di mata kami, namun dapat menghasilkan arang batu yang sudah tentunya menjadi
salah satu dari sumber pendapatan pekerja-pekerja itu sendiri.

9

Apabila kami masuki dan sulusuri replika lombong arang batu ini, walaupun

jaraknya tidaklah jauh dan panjang, namun kami merasakan bagai berada di masa lampau.
Mainan lampu dan keadaan yang kedap di samping pameran peralatan yang terdapat di
situ, bagai mengimbau bayangan dan kenangan keadaan dan perasaan mereka yang
berada di situasi begitu suatu masa dahulu. Sungguh mengesankan! Aku sendiri terasa
seakan-akan dapat menyelami perasaan dan keadaan pelombong-pelombong arang batu
itu.

Membayangkan keadaan mereka

yang menjalankan aktiviti pelombongan
jauh ke dalam perut bumi dengan
peralatan yang semestinya amat minimal,
dapat menimbulkan keinsafan kepada
pengunjung. Setelah kami keluar dari
replika lombong arang batu itu, kami rasa
kami lebih menghargai usaha orang-orang
dahulu dalam memastikan kesinambungan
kehidupan generasi kami. Kami amat
menghargai usaha pihak Muzium Chimney
dalam mewujudkan replika lombong arang
batu ini untuk tujuan mendidik pengunjung
tentang sejarah lampau.

Apabila kami menyulusuri lagi

imbasan sejarah Menara Chimney ini, satu
faktor yang boleh menjadi bualan dan teka-teki pengunjung di sini ialah suatu maklumat
mengenai Menara Chimney ini. Menurut fakta sejarah dan cerita penduduk tempatan, tidak
siapa tahu dan dapat meneka dengan jelas mengenai fungsi ia dibina sedemikian rupa.
Kalau mengikut kebiasaan, sesuatu chimney atau menara cerobong asap, juga dikenali
sebagai aci pengudaraan ini dibina bertujuan untuk mengeluarkan asap. Hairan juga kami
apabila catatan di sini mengatakan, kajian yang dibuat oleh ahli-ahli akeologi, tidak
menunjukkan kesan pembakaran atau kesan-kesan asap di bahagian ruang dalamnya.
Sesetengah pendapat lain yang tidak kurang menarik juga, mengatakan bahawa Menara
Chimney ini adalah sebuah rumah besar yang tidak siap pembinaannya.

10

Faktor peperangan atau

kekurangan modal membuatkan
pembinaannya tergendala sehinggalah
kini. Terdapat juga beberapa pihak yang

mengatakan bahawa suatu ketika
dahulu Menara Chimney adalah Rumah
Api bagi kapal-kapal yang lalu di

perairan di situ. Pada zaman
kegemilangan Labuan sebagai
pelabuhan utama Borneo, sebuah

penempatan telah didirikan di kawasan
berhadapan dengan laut yang terletak di
bawah Menara Chimney ini. Ia telah
digunakan sebagai lokasi untuk

membunyikan loceng bagi menandakan
hampirnya kapal-kapal yang menuju ke
arah perairan pulau Labuan khusus

untuk penduduk yang menetap di situ.

Meragukan, menarik, unik,

mengkagumkan dan penuh misteri

bukan? Pada kami, itulah Menara
Chimney Labuan.

Apabila kami baca dan kaji lagi,

kami dapati struktur Menara Chimney ini amat menarik kerana terdapat berbagai kisah di
sebalik pembinaannya yang sedemikian rupa. Menara Chimney ini terbina di suatu
kawasan tinggi di Tanjung Kubong. Struktur ikonik dan terkenal di pulau ini menjadikannya
salah satu dari daya tarikan pelancong tempatan dan luar Labuan sehinggakan apabila
disebut sahaja Labuan, Menara Chimney ini merupakan salah satu benda yang mula-mula
sekali akan terlintas di benak sesiapa sahaja. Begitu signifikan struktur ini kepada Labuan.
Memang ia unik dan hebat. Tidak salah langkah kami memilih Menara Chimney Labuan
sebagai destinasi pertama kami di Labuan ini.

11

Buat pengetahuan mereka di luar sana yang tertanya-tanya mengenai cara

pembinaan Menara Chimney ini dengan lebih lanjut, penerangan seperti yang kami perolehi
di Muzium Chimney ini amat mengujakan. Kisah Menara Chimney ini semestinya akan
menarik perhatian pelancong kerana rupa-rupanya Menara Chimney ini diperbuat daripada
binaan yang terdiri dari susunan lebih 23,000 bata merah yang tidak dilepa serta fakta yang
paling hebat lagi ialah, ia didatangkan khas dari England dan dibina setinggi 106 kaki.
Melalui kajian kami, Ahli arkeologi telah membuat kerja-kerja penggalian yang amat
terperinci pada tahun 1997 dan telah mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata
di bawah permukaan menara Chimney ini.

Di dalamnya terdapat dua pintu yang berbentuk melengkung ataupun lebih dikenali

sebagai gerbang. Gerbang tersebut yang berketinggian 2.2 meter setiap satu, menghadap
ke kedua-dua arah barat dan
selatan menara ini. Struktur ini
terletak pada satu kawasan batu
kapur yang mengandungi kaolin
ataupun lempung tembikar yang
menyediakan asas kukuh untuk
menampung pembinaannya.
Kerja-kerja ekskavasi yang
dilakukan oleh pakar-pakar ini
mendapati bahawa tapak dasar
monomen ini didirikan di atas
tanah kaolin dengan kedalaman
kira-kira hanya satu meter. Ini
dianggap amat mengagumkan
pakar-pakar pembinaan masa
kini kerana tanpa penggunaan
cerucuk seperti amalan
pembinaan hari ini, Menara
Chimney ini tetap teguh berdiri
dengan kukuh atas binaannya
walaupun setelah bertahun-
tahun dibina.

12

Menurut imbasan fakta sejarah lagi,

pada kedalaman 160 kaki ke bawah tanah, para
pelombong melakukan kerja-kerja pelombongan
arang batu di kawasan ini. Fakta yang terdapat
di Pusat Penerangan Muzium Chimney
mengatakan terdapat juga peninggalan dan
kesan-kesan serta bukti sejarah lain mengenai
aktiviti pelombongan di kawasan sekitar

Tanjung Kubong ini yang juga pada

masa itu, juga dikenali sebagai Coal Point.
Untuk mengangkut arang batu ke bandar
Victoria, iaitu nama lama bagi bandar Labuan,
sebuah pelabuhan kecil yang dikenali sebagai
Raffles Anchorage telah dibina. Ini diikuti
dengan pebinaan landasan keretapi pada tahun 1890-an. Malah, menjadi kejutan kepada
kami ialah sebuah bandar dinamakan Edwardes Town juga pernah di dirikan di kawasan ini.
Kini,

Tanjung Kubong kekal

menjadi tapak bersejarah
terpenting Labuan dengan
kekalnya beberapa monumen
seperti Chimney, terowong-
terowong dan syaf
perlombongan arang batu.
Tidak dilupakan, di antara
peninggalan sejarah yang
masih wujud dan dapat dilihat
ialah landasan-landasan
keretapi yanag disebutkan.

13

Menurut catatan sejarah lagi, gerabak-gerabak kecil telah digunakan untuk

mengangkut hasil perlombongan dan juga pelombong-pelombong yang menjadikan
keretapi sebagai pengangkutan utama untuk keluar masuk terowong yang digali dalam
lombong arang batu itu. Pekerja-pekerja lombong ini sebahagiannya terdiri daripada imigran
China yang didatangkan dari Singapura dan Hong Kong, kaum Pribumi dan Brunei,
Sarawak serta Tanah Melayu dan banduan-banduan yang didatangkan dari India dan Hong
Kong. Mereka juga telah menjadi sebagaian pelombong-pelombong pada masa itu.
Patutlah warga Labuan sekarang terdiri dari pelbagai kaum. Malangnya bermula dari tahun
1847, syarikat – syarikat perlombongan besar Inggeris telah silih berganti mengeksploitasi
sumber arang batu yang banyak terdapat di Tanjung Kubong ini sehinggalah bekalan arang
batu hampir pupus di situ.

Berbalik kepada cerita Menara

Chimney, walaupun menara ini
merupakan sebuah binaan tipikal
Inggeris yang sudah biasa ditemui di
seluruh Eropah pada ketika itu, namun
apabila membayangkan usaha untuk
membawanya ke suatu kawasan di
Asia Tenggara, tiada perasaan lain
melainkan kagum sahaja yang dapat
dizahirkan. Membayangkan kos dan
kehebatan bahan yang digunakan
membuatkan kita tertanya-tanya
teknologi yang terdapat dan digunakan
pada masa itu. Perancangan yang
dibuat semestinya rapi dan teliti untuk
menghasilkan binaan sedemikian rupa
walaupun pada masa itu semestinya
tiada atau kurang peralatan canggih
yang dapat membantu memudahkan
kerja-kerja pembinaan. Kami merasakan, disebabkan itu sahaja, kita generasi kini amat
patut menghargai tinggalan sejarah seperti struktur Menara Chimney ini.

14

Usaha-usaha pihak berwajib untuk membaikpulih dan memastikan tinggalan

sejarah berada di dalam keadaan yang sempurna seperti Menara Chimney ini amatlah
perlu dipuji dan patut diberikan penghargaan. Generasi akan datang hanya akan
berpeluang untuk melihat dan menyentuh artifak-artifak sejarah sekiranya ianya dipulihara

dengan baik sebegini.

Kami sungguh terpegun

dengan sejarah pulau Labuan pada
zaman dahulu dan kami semakin
tertarik untuk mengetahui tentang
sejarah Pulau Labuan dengan lebih
mendalam lagi. Setelah puas kami
membaca dan mengetahui tentang
sejarah Menara Chimney Labuan
yang sangat menarik perhatian
kami ini, kami meneruskan
pengembaraan kami untuk
meneroka Laluan Gedung Ubat
atau lebih dikenali sebagai
Chimney Walking Trail.

Ia terletak hanya

bersebelahan Kompleks Muzium
Chimney. Laluan ini khabarnya
khusus untuk mereka yang
berminat untuk menikmati keindahan alam dan kehijauan tumbuh tumbuhan yang terdapat
di sepanjang perjalanan. Khabarnya laluannya agak mudah untuk diakses dan amat sesuai
untuk semua golongan umur mencubanya. Sudah tentu ia sebagai salah satu lokasi yang
sesuai untuk penduduk Labuan beriadah dengan melakukan pelbagai aktiviti lasak dan
santai seperti mendaki, merentas hutan, menikmati laluan landai, berbukit dan juga
menyusuri tepian pantai. Kami dimaklumkan laluan ini yang telah berusia lebih seabad
merupakan salah satu lagi mercu tanda bersejarah terkenal di Pulau Labuan. Ia juga
dikenali sebagai Laluan Gedung Ubat.

15

Laluan Gedung Ubat ini

merupakan satu lagi produk pelancongan di
Labuan yang perlu di lawati oleh para
pengunjung. Tepat seperti mana

dikhabarkan, tambahan pula disebabkan
kami telah sedia membuat persediaan yang
lengkap seperti memakai pakaian dan kasut

yang sesuai, kami tidak menghadapi
sebarang kesukaran serta sentiasa
bersemangat dan selesa ketika

melaksanakan pengembaraan kami yang
ke dua ini. Dengan berlatarkan
pemandangan rumput dan lalang liar yang
menakjubkan, perjalanan masuk dari titik

mula untuk ke pantai, memakan masa hanya
di antara 15 ke 20 minit perjalanan santai
sahaja.

Laluannya sememangnya tidak sama

dengan mana-mana laluan yang pernah kami
ikuti sebelum ini seperti Bukit Broga, Bukit
Melawati atau Denai Batu Caves. Suasana
keindahan alam sekitarnya amat memukau
bagi kami yang pertama kali berkunjung ke
sana. Trek perjalanan laluan denai ini ialah
sejauh lebih kurang 2.5 kilometer sahaja
untuk laluan paling dekat. Untuk mereka yang
gemarkan cabaran yang lebih sukar, terdapat
beberapa laluan lain untuk ke titik semula.
Ada di antaranya ialah kira-kira 4 kilometer jauhnya. Ianya lebih mencabar dan semestinya
mempunyai laluan, pemandangan, flora dan fauna yang jauh lebih cantik dan menakjubkan
untuk diteroka.

16

Pengunjung yang gemar

melakukan aktiviti lasak memang akan
terasa sangat berbaloi dan berpuas hati
dengan cabaran merentasi Laluan
Gedung Ubat ini samada bersendirian,
bersama keluarga, rakan-rakan ataupun
bersama guru. Semasa kami
memulakan perjalanan, terdapat ramai
orang yang berada di situ sambil
melakukan aktiviti masing-masing
seperti beriadah bersama keluarga
sambil menikmati pemandangan laut
yang tentunya boleh membawa kepada
ketenangan. Ada yang berbasikal untuk
menguji keberanian serta mencabar diri
untuk merentasi hutan serta jalan yang
berliku-liku dengan menggunakan
basikal. Bagi mereka yang sedang menjalani berdiet
aluan Gedung Ubat paling sesuai untuk aktiviti
berjalan kaki di samping usaha mengurangkan berat
badan.

Kami dapati laluan ini amat selamat dan

mesra pengguna. Kami bersepakat dan bercadang
pada masa itu, untuk mewar-warkan lagi kepada
pengunjung lain untuk mencuba Laluan Gedung Ubat
ini. Sungguh puas hati. Apatah lagi kami ini jenis yang
tidak lekang dari mengambil peluang untuk bergambar
di mana-mana sahaja sudut yang kami rasakan cantik.
Masalah ialah, semua sudut kami rasakan cantik!
Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 ke
20 minit, untuk kami telah menjadi hampir 40 minit! Lucu pula bila mengenangkan gaya-
gaya kami bergambar. Duduk, berdiri, berlari, melompat, malah, kami turut juga membuat
gaya berbaring di celah kayu mati berlatar belakangkan rumput yang cantik.

17

Aku masih ingat pandangan pertamaku ke atas Gedung Ubat. Jatuh cinta terus.

Setelah separuh perjalanan, dari kejauhan, kami ternampak sayup-sayup bentuk sebuah
bangunan ganjil yang kelihatan seakan-akan peluru. Ohh… itulah Gedung Ubat rupanya.
Mengikut kajian kami, Gedung Ubat ialah binaan
lama tinggalan pemerintahan zaman tentera
Jepun. Banggunannya memang nampak pelik
tetapi amat cantik bila ia berlatarkan laut yang
seluas mata memandang dan pokok-pokok
dengan dahan dan ranting kering yang
memukau. Kami teruja menikmati keindahan
serta kehijauan alam semula jadi yang sukar di
temui pada zaman yang semakin maju dengan
pelbagai teknologi yang semakin menghakis
keindahan alam semula jadi dan kehijauan
tumbuhan ini. Kami sempat terserempak dengan
seorang pengunjung, Iswandi Ismail,24 tahun.

Beliau
seorang
pengunjung
yang sering melakukan aktiviti riadah di laluan
berkenaan. Menurutnya semakin ramai pengunjung
khususnya masyarakat Labuan memilih Laluan Gedung
Ubat sebagai lokasi untuk riadah pagi dan petang pada
hujung minggu dan juga hari-hari biasa. Kami dapati,
secara tidak langsung, menjadikan tempat berkenaan
semakin meriah. Kami ingin sarankan kepada para
pelancong yang melawat Muzium Chimney, untuk tidak
melepaskan peluang menyusuri Laluan Gedung Ubat
yang pasti akan menggamit memori indah berkunjung ke
pulau ini. Tambahan pula, di suatu sudut, sayup-sayup
kelihatan bangunan-bangunan tinggi yang terdapat di bandar Labuan. Di suatu sudut yang
lain pula kelihatan tanah besar Sabah.Unik. Sungguh unik.

18

Untuk

pengetahuan semua,
Gedung Ubat yang
menjadi salah satu
lokasi menyaksikan
matahari naik di pulau
Labuan ini, telah wujud
sejak beberapa puluh
tahun yang lalu.

Gedung Ubat

dikenali sebagai sebuah bangunan yang usang
kerana terdapat banyak daun-daun yang dibiarkan
menjalar dan lumut-lumut di setiap ruang dinding
bangunan tersebut. Kami difahamkan ini ialah
untuk menunjukkan lagi suasana autentik Gedung Ubat tersebut.

Sudah semestinya bangunan tersebut perlu

kelihatan usang kerana bangunan tersebut telah
wujud sejak zaman dahulu lagi. Ini merupakan satu
perancangan bijak dari pihak pentadbiran Muzium
Chimnery. Ianya juga adalah satu lagi peninggalan
bahan bukti sejarah tentang kewujudannya pada
zaman dahulu di pulau Labuan.

Melalui percakapan dan penceritaan lisan

yang diperkatakan oleh penduduk di kawasan
tersebut, Gedung Ubat wujud sejak zaman
penjajahan British dan Jepun lagi. Sewaktu era
penjajahan Jepun ke atas Labuan, dipercayai
bangunan tersebut digunakan untuk menyimpan
keperluan perubatan dan ketenteraan untuk kegunaan tentera di laut.

19

Memandangkan kedudukannya

yang begitu hampir dengan pelabuhan
Raffles Anchorage. Ada juga cerita yang
mengatakan ianya digunakan untuk
menyimpan bekalan bahan api atau peluru
yang juga dikenali sebagai ‘ubat senapang’
pada masa itu. Bahan api ini ialah untuk
tujuan melakukan serangan atan
mempertahankan diri semasa peperangan.
Satu lagi cerita yang tidak kurang
menariknya ialah, orang kampung dan

tentera pergi ke Gedung Ubat untuk
menerima rawatan ubat yang dicampurkan
dengan ubat peluru yang dikatakan amat
berkesan pada luka. Sejauh mana
kebenaran cerita-cerita ini, tidaklah dapat
dipastikan kesahihannya sehingga hari ini.

Apa sahaja kemungkinan

penggunaaan Gedung Ubat ini atau
samada tentera Jepun atau British yang
lebih memanfaatkannya, nampaknya tetap
kekal menjadi misteri dan tanda tanya.
Bangunan Gedung Ubat yang berbentuk
peluru tersebut, masih kekal gah berdiri
hampir di hujung tebing. Ia memang amat strategik sekiranya benar ia digunakan untuk
menyimpan senjata api pada suatu ketika dahulu. Seperti yang dikatakan tadi, latar
belakang pemandangan laut dan pantai yang membiru semakin membuat hati kami tertarik
dan menanam azam untuk berkunjung ke sana lagi.

20

Menyusuri denai menuju ke

pantai, perlu menuruni sedikit jalan
yang curam. Dari kejauhan, bunyi
hempasan ombak dan desiran pasir
pantai semakin jelas. Kami dapat
saksikan lautan jernih terkena biasan
cahaya matahariyang biru dan hijau
airnya, yang terbentang luas di
hadapan. Indah sungguh ciptaan
Tuhan. Tiada kata secantik bahasa
untuk kami gambarkan keterujaan kami
untuk cepat sampai ke bawah dan
bermain air yang kelihatan jernih dan tenang itu. Dengan penuh hati-hati, kami berjalan

turun untuk tidak melepaskan peluang
keemasan menikmati alam ciptaan Yang
Maha Esa.

Kami hanya dapat memanjatkan

rasa syukur kepada Ilahi kerana diberikan
peluang untuk menikmati pemandangan
yang amat menyegarkan mata dan
menenangkan fikiran ini setelah hampir hari-
hari kami disajikan dengan pemandangan
kesibukan kota raya tempat asal kami. Di
pantai Tanjung Kubong ini, hanya
kedamaian dan kesempurnaan yang kami
dapat rasa dan luahkan. Pemandangan dan
air laut Tanjung Kubong yang indah membiru
ditambah pula dengan batu-batuan yang mempunyai berbagai saiz dan bentuk yang unik
akibat hakisan ombak dan bayu laut. Pemandangan dari tebing tinggi sebelum ke pantai
sangat memukau hati kami. Keindahan yang memukau ini membuatkan hati kami semakin
bersemangat untuk meneruskan perjalanan sambil menikmati udara yang jauh bersih dari
udara yang datang bersama hiruk pikuk kota.

21

Aku ingin memaklumkan satu lagi kisah

penuh misteri mengenai tempat-tempat bersejarah di
sekitar Muzium Chimey ini. Kali ini misteri di Pantai
Tanjung Kubong. Cerita yang kami dengar dan baca
dari maklumat di Pusat Informasi Chimney ialah,
kawasan batuan dan gua-gua kecil di pantai ini
kemungkinannya adalah kesinambungan dari
rangkaian terowong lombong arang batu yang lebih
besar di kawasan kampung di atas bukit sana.
Disebabkan terperangkap dengan peristiwa air
pasang besar, ramai pelombong yang berasal dari
Cina terutamanya, mati lemas. Semenjak itu, laluan
terowong di tutup dan tidak digunakan lagi. Setakat mana kebenaran kisah misteri ini,
tidaklah diketahui. Namun keterujaan pendengar dan pencerita tentulah tinggi setiap kali
bertukar cerita mengenainya dan apabila membayangkan keadaan semasa berlakunya
peristiwa malang itu. Perasaan simpati dan sedih sedikit terjentik di hati kami.

Setelah puas aku dan kawan-kawanku menghabiskan masa di Pantai Tanjung

Kubong yang sarat dengan keindahan pemandangan,
gerbang laut, formasi batu, gua-gua kecil buatan
alam semula jadi ini, kami teruskan perjalanan kami
dengan merentasi pantai pula sebelum merentas
hutan pula untuk tiba ke titik permulaan
pengembaraan kami tadi. Sepanjang jalan menyusuri
pantai Tanjung Kubong ini, kami sempat
memerhatikan pemancing-pemancing pesisir pantai,
pencari ketam, kerang, kepah dan sebagainya yang
tekun dengan aktiviti mereka. Ini menjadi salah satu
faktor mengapa pantai ini meriah dengan pengunjung kerana hampir setiap hari pasti akan
ada sekumpulan penduduk dan pelancong yang akan meluangkan masa dengan aktiviti
mereka di kawasan pantai itu. Hamparan batuan yang memenuhi tepian laut dan pantai,
pasti merupakan syurga untuk ikan-ikan dan hidupan laut mencari perlindungan dan
makanan, dan syurga pula bagi pemancing-pemancing dan pencari hidupan laut lain ini.
Begitulah lumrah kitaran alam.

22

Bagi pengunjung yang pertama kali melalui

laluan arah ke jalan keluar ini, tidak perlu bimbang
sesat atau tersalah jalan. Terdapat tanda-tanda
jalan yang diletakkan di lokasi-lokasi strategik di
sepanjang perjalanan. Kebimbangan langsung tidak
terlintas di hati kami bila kami tahu, laluan ini adalah
laluan yang dipetakan pihak berkuasa dan juga
laluan biasa bagi penduduk di kampung
berdekatan. Untuk makluman lanjut, laluan di hutan
kecil yang kami redah ini, tidaklah setebal mana,
malah kami juga melalui beberapa buah kebun

orang kampung yang terdapat di
kawasan itu.

Di sepanjang laluan, lalang-

lalang dan tumbuhan melata yang
tumbuh di mana-mana, pokok-pokok
segar, akar-akar kayu yang panjang
dan bergayutan dari pokok-pokok itu,

menambahkan kekaguman kami terhadap alam
semesta ini. Semuanya kelihatan berselirat
tetapi mempunyai daya tarikan dan
kecantikannya tersendiri. Ada kalanya ranting-
ranting kayu yang berguguran di atas jalan
menyebabkan perjalanan kami menjadi sukar
tetapi tetap mengujakan. Lain sungguh keadaan
flora di sini berbanding di luar sana. Hebat
laluan ini.

23

Seketika kemudian, kami

berjumpa dengan beberapa kubur
lama British, seperti yang tertera
pada papan kenyataan

berdekatan. Mayat di dalam
kubur-kubur itu dimaklumkan
telahpun dipindahkan. Namun

begitu, kubur-kubur lama ini

dikekalkan di sini untuk

menandakan bagaimana

terdapatnya petempatan orang-
orang British pada masa itu.

Kami teringat kisah yang

diceritakan oleh seorang pegawai di
Pusat Informasi Chimney. Beliau
mengatakan bahawa di dalam kubur-
kubur tersebut kemungkinan terdapat
harta atau barang berharga di dalamnya.
Masa yang lama berlalu memungkinkan
harta-harta yang diceritakan telah
dikeluarkan oleh mereka yang tahu
mengenainya. Sukar untuk ditafsirkan
kebenaran atau tidak mengenai kisah
harta tersebut. Kami hanya kagum dan
agak terpegun dengan setiap kisah
misteri yang mengiringi perjalanan kami.

24

Bacaan kami di Pusat Informasi Chimney mengenai tinggalan sejarah yang ada

iaitu landasan keretapi telah dibuktikan dengan penemuan kami dengan kesan penting
sejarah itu di dalam laluan hutan ini. Landasan yang ketara berlainan dengan bentuk
landasan keretapi masa kini, asih utuh terletak di tanah. Ianya merupakan jalan masuk ke
sebuah terowong menuju ke lombong arang batu.

Kami membayangkan berapa ramai pelombong dan banyaknya langkah-langkah

mereka ketika menggunakan laluan itu untuk melombong arang batu. Keringat yang
mengalir pastinya bertali arus memandangkan kerja mereka mestilah tidak mudah dan
kepayahan dan jerit perih mengiringi setiap langkah mereka. Pengajaran yang kami sedari
di sini ialah, usaha itu adalah tunggak bagi kejayaan. Jika tidak dipecahkan ruyung,
bagaimana akan mendapat sagunya. Kami rasakan selepas ini kami tidak mahu lagi kerap
hidup bermalasan dan mengharapkan bantuan orang lain semata-mata untuk memudahkan
perjalanan hidup kami seharian.

25

Waktu sudah menginjak ke senja

dan kami masih berada di sana. Ini adalah
kerana kami terlalu lama mengambil masa
bergambar dan berbual mengenai
pengembaraan yang memberi pengalaman
yang manis untuk kami sehingga kami ini,
hingga terleka yang kami sudah lama berada
di perjalanan ini. Suatu perkara lucu berlaku
apabila kami sedari yang kami telah tersesat
sedikit dari laluan sebenar. Kami berusaha
untuk mencari papan tanda atau petunjuk
yang dapat membawa kami mengikuti jalan
sebenar untuk kembali ke Muzium Chimney.

Jalan yang kami tersesat ini sukar

sedikit kerana kami terpaksa meredah pokok-

pokok yang tumbang akibat ribut dan pokok-pokok yang kering di kiri dan kanan kami akibat

daripada kebakaran. Setelah puas kami mencari papan tanda atau petunjuk akhirnya kami

terjumpa sebuah papan tanda yang menunjukkan arah sebenar. Rupa-rupanya tadi kami

telah termasuk ke salah

sebuah kebun penduduk

kampung. Kami

meneruskan perjalanan

kami untuk sampai dengan

segera di muzium tersebut.

Setelah mengambil masa

perjalanan selama 20 minit

untuk keluar dari kawasan

kebun tersebut, kami tiba

di Muzium Chimney dalam

keadaan selamat,

walaupun sedikit keletihan.

26

Banyak pengajaran yang Projek Kenali Labuan sebagai

kami dapati sepanjang hari itu. Tidak pengisian pengembaraan kami ke Muzium
Chimney, Laluan Gedung Ubat dan Pantai
kami sangka, perancangan untuk Tanjung Kubong ini telah memberikan
mengenali Labuan dan sejarah kami pengalaman yang terindah dalam
hidup kami kerana banyak manfaat dan
negara, akan membawa kami pengajaran yang kami perolehi darinya.
Setiap tempat mempunyai tarikan kisah
menikmati pengembaraan yang dan misteri tersendiri. Kisah-kisah sejarah
begitu kaya dengan kesedaran untuk yang mengkagumkan di pulau Labuan
sememangnya telah berjaya menambat
lebih menghargai alam, sesame hati kami. Projek Kenali Labuan kami ini
membuatkan kami sungguh tertarik untuk
sendiri dan yang lebih penting, menjadikan pulau Labuan sebuah pulau
yang teristimewa dalam lipatan kenangan
perasaan saling hormat hidup kami.

menghormati sesama manusia dan 27

juga hubungan manusia yang tidak
akan dapat lari dari alam sekitar.
Kami juga belajar mengenai

kesabaran melalui perjalanan yang
ada kalanya sukar.

Seperti yang disebut tadi, kami belajar dan

berikrar untuk lebih menghargai alam ekitar agar
generasi akan datang akan turut dapat manfaat
darinya. Pengkajian kami mengenai sejarah silam
Muzium Chimney, Laluan Gedung Ubat dan
Pantai Tanjung Kubong beserta misteri-misteri
yang mengiringinya, amat mengujakan. Betapa
kesedaran untuk mengetahui masa silam untuk
dihubungkaitkan dengan masa kini amatlah tinggi.
Kami tidak berhenti bercakap mengenainya

sehinggal
ah kami
pulang ke
Semenanj
ung Malaysia seminggu kemudian.

Harapan kami ialah agar pulau

Labuan akan terus maju dan semakin
dikenali oleh pelancong dalam dan luar
negeri dan negara. Kami amat
berharap agar lebih ramai orang akan
merasa teruja untuk mengenali tempat-
tempat bersejarah dan menarik di
pulau ini. Kami amat yakin perasaan
yang sama atau, lebih dari apa yang
kami telah rasakan, akan menjadi pengalaman untuk mereka juga.

28

Kami juga mengharapkan lebih banyak usaha akan dapat dirancang dan

direalisasikan oleh pihak berkuasa tempatan, mahupun pihak swasta atau orang
perseorangan yang akan tampil menyokong usaha-usaha murni untuk memulihara lebih

banyak tempat-tempat bersejarah sebegini. Usaha-

usaha sebegini patut berterusan untuk memastikan
seluruh negara khususnya pulau Labuan, akan
menjadi lebih dikenali dengan keindahan dan

keunikan tersendiri yang dimilikinya. Jumlah
kedatangan pelancong-pelancong yang tinggi
seharusnya akan membawa impak yang positif

kepada ekonomi penduduk tempatan dan negeri

amnya.

Projek Kenali Labuan kami amat berjaya

nampaknya kerana sejurus kami kembali ke rumah
Iman, kami telah memuat turun gambar-gambar dan
kisah-kisah penggambaraan kami untuk mengenali
Labuan ke dalam media-media social kami. Akaun-
akaun Instagram, facebook, twitter dan blog kami
penuh dengan komen-komen membina mengenai
penggembaraan kami.ramai yang teruja untuk dating
sendiri ke pulau Labuan untuk menimba

pengalaman-pengalaman melawati
tempat-tempat menarik ini.

Hasrat kami untuk

memastikan Labuan lebih dikenali di
mata dunia, telah tercapai dengan
jayanya. Hebatnya kami!

29

Lamunanku mengenai kisah yang berlaku hampir 30 dahulu terhenti dengan suara

orang memberi salam. “Eh, kenapa semua duduk di tangga ni? Haa… ini mesti kes
mendengar ayah bercerita lagi lah niii.. sampai terlopong anak-anak ibu mendengar ni..”
omel isteriku yang nampaknya baharu balik dari bergotong royong di rumah sebelah. “Kisah
apa pula kali ni Pija, Mizan?”, sambungnya lagi sambil duduk di hadapanku dengan
mengelap peluh di dahinya dengan tuala di tangan. Sambil menyeringai tersenyum, Pija
memberitahu. “Kisah ayah dan kawan-kawan baiknya membuat Projek Kenali Labuan, lama
dulu ibu. Seronok kami dengar. Terasa macam berada di Labuan pula masa itu.”. Mizan
menyambung celoteh adiknya, “Ya ibu. Banyak tempat menarik dan unik di Labuan tu
rupanya. Ibu tahu tak? Banyak kisah misteri bersejarah sejarah di tempat-tempat tu juga.
Ayah, bila kita nak ke Labuan? Cuti sekolah kan tidak lama lagi?”.

Keluarga bahagiaku tersenyum mendengar cadangan Mizan itu. “Ibu sokong.

Abang kan dah lama tak jumpa dengan kawan abang di sana kan? Bolehlah kenalkan
kepada kami untuk mengeratkan silaturrahim. Molek juga pergi semasa cuti sekolah nanti
sebab kita pun belum membuat apa-apa perancangan lagi kan?”. Amboi, teruja betul
masing-masing dengan perancangan yang tiba-tiba ini. Semua muka tersenyum dengan
penuh harapan jawapan positif dariku. “Kalau semua sudah setuju, baiklah, kita akan ke
Labuan melawat keluarga Pakcik Iman dan juga tempat-tempat menarik dan unik di Labuan
cuti sekolah akan datang.”. Kata-kataku disambut dengan ucapan syukur dan sorakan dari
kedua-dua anak-anakku. Mizan terus bangun untuk ke masuk ke dalam rumah sambil
berkata, “Jom Pija, kita cari tambang murah atas talian. Oh, ayah tolong sediakan duit ya!”
tergelak kami suami isteri mendengarnya. Bahagianya rasa.

30


Click to View FlipBook Version