KASIH SAYANG AYAH DAN IBU NAJWA ZAMARI
KK 123-456-7891234-56-7891-23456 Cetakan Pertama 2024 © Lentera Timur (Najwa Zamari) 2024 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana - mana bahagian, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini delam apa - apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secura elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, alau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu (JPM) IPGM Kampus Sultan Mizan, Kota Patra (Kampong Raja), 22200, Besut, Terengganu, Malaysia. Perundingan tertakluk pada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Al-Basuti ,IPGMKSM. Lantera Timur ANTOLOGI BELANTARA DI AMBANG SIRNA / LENTERA TIMUR. Dicetak oleh : BM 3 ART PUBLISHER, No. 3 suku, jalan Keluang, Kota Putra,Kampong Raja, 22200, Besut, Terengganu.
Di sebuah desa yang indah, tinggal sepasang suami isteri iaitu Puan Rohana dan Encik Rahim.Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Amira yang berumur 10 tahun. Amira adalah anak yang ceria dan penuh dengan rasa ingin tahu. Dia sangat disayangi oleh kedua-dua orang tuanya.
Pada suatu hari Amira pulang dari sekolah dengan wajah yang sangat murung.Dia mendapat nilai yang kurang baik dalam ujian matematik.Di rumah,Puan Rohana dan Encik Rahim menyadari perubahan pada Amira dan segera bertanya apa yang terjadi.
Amira menceritakan kekhawatirannya tentang nilai matematiknya yang rendah.”Ayah,di sekolah tadi Amira adalah orang terakhir yang mendapat kertas peperiksaan matematik kerana memperoleh markah peperiksaan yang kurang baik antara rakan-rakan di kelas”
Ayahnya, yang merupakan seorang petani, dan ibunya, seorang penjahit, menghibur Amira dengan kata-kata yang penuh kasih. Ayahnya berkata, "Amira, nilai bukanlah segalanya. Yang penting adalah kamu sudah berusaha sebaik mungkin”. Kami akan selalu mendukungmu. Kata bapa Amira kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Pada malam itu, Encik Rahim memutuskan untuk membantunya belajar matematik setiap hari setelah pulang bekerja dari ladang. Walaupun Encik Rahim lelah,namun dia tetap sabar dan gigih mengajari Amira Matematik. Sementara itu, Puan Rohana memberikan semangat dan membuatkan makanan untuk menemani waktu belajar mereka.
Berkat dukungan dan kasih sayang ayah dan ibunya, Amira menjadi lebih yakin dan mempercayai bahawa dirinya boleh melakukannya dengan cemerlang. Dia mengatakan “Aku perlu berusaha bersungguh-sungguh dan jangan berputus asa”.Dia mulai memahami pelajaran matematik dengan lebih baik berkat bantuan daripada Encik Rahim.
Setiap hari,Amira akan membuat latihan matematik dengan gigih bersama ayahnya.Pada suatu hari, ketika ujian matematik berikutnya tiba, Amira berhasil mendapatkan nilai yang baik.Amira merasa sangat bahagia dan berterima kasih kepada ayah dan ibunya.
Setelah pulang dari sekolah,Amira menunjukkan kertas peperiksaan matematiknya kepada ayah dan ibunya.”Ayah tadi di sekolah cikgu memanggil nama Amira yang pertama sekali ayah,Amira mendapat markah paling tinggi di dalam kelas”.Ayahnya pon berkata “Wah tahniah Amira,ayah yakin kamu pasti boleh menjawab peperiksaan dengan cemerlang”
Dia menyadari betapa beruntungnya memiliki orang tua yang selalu mendukung dan mencintainya tanpa syarat.Encik Rahim dan Puan Rohana merasa bangga dengan pencapaian Amira dan telah menghadiahinya sebuah basikal.
Pengajaran 1.Kita perlulah memberikan dukungan dan kasih sayang kepada anak-anak supaya anak-anak dapat mengatasi rintangan dan meraih kejayaan dalam hidup mereka. 2.kita seharusnya rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa untuk mendapatkan kejayaan 3. Kita seharusya rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa untuk mendapatkan kejayaan
SAJAK NASIHAT IBU BAPA OLEH: NAJWA ZAMARI
Nasihat mereka bagai pelita di malam hari, terangi langkah dikala sunyi, hargai mereka setiap hari, sebagai tanda ikatan abadi. Ibu bapa pelindung kita, kasih sayangnya tiada terhingga, dengar kata tiada hadnya, membawa kita menuju ke syurga. SAJAK NASIHAT IBU BAPA Janji kita untuk membuat bangga, dengan perbuatan dan prestasi kita, menghormati mereka tugas kita, menjadi bukti keluarga bahagia. Sabar mendengar kata-katanya, dari pengalaman dan kebijakan mereka, ibu bapa inspirasi kita, untuk mengejar mimpi dan cita.
Pengajaran 1.Kita mestilah mendengar nasihat ibu bapa sebagai petunjuk untuk menjalani kehidupan yang baik 2. Kita perlulah menghargai ibu bapa sebagai tanda terima kasih kepada mereka 3.Kita seharusnya menjadikan ibu bapa sebagai inspirasi bagi mengejar aspirasi 4. Kita mestilah menghormati ibu bapa kerana mereka adalah contoh cinta yang sejati
SEKIAN TERIMA KASIH