The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-8547006, 2021-09-27 01:18:42

kerja lapangan GEO21

kerja lapangan GEO21

SMKA AL-IRSHAD
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3

TAHUN 2021
TAJUK: KEGIATAN EKONOMI DI TEMPAT TINGGAL

NAMA: NURAFRINA BINTI AHMAD
KELAS: 3 AZ-ZAHRAWI
NAMA GURU: NOR HAFIZA BINTI MOHD AKHIR

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN……………………………………………………………………………………………………… 1

PENDAHULUAN……………………………………………………………………………………………………… 2

OBJEKTIF KAJIAN…………………………………………………………………………………………………….3

KAWASAN KAJIAN …………………………………………………………………………………………………. 4
4.1 PETA LAKAR ……………………………………………………………………………………………………… 5
4.2 TAFSIRAN PETA LAKAR…….………………………………………………………………………………… 6

KAEDAH KAJIAN ….…………………………………………………………………………………………………. 7

HASIL KAJIAN…………………….…………………………………………………………………………………….8
6.1 TAKRIFAN KEGIATAN EKONOMI……………………………………………………………….………. 8
6.2 JENIS KEGIATAN EKONOMI DI LUNAS………………………………………………………………9-11
6.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI LUNAS………….…...…12-13
6.4 KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI………………………………………………………………….14
6.5 USAHA-USAHA MENGATASI KESAN KEGIATAN EKONOMI……………………………....15-16

RUMUSAN……………………………………………………………………………………………………………. 17

RUJUKAN………………………………………………………………………………………………………………. 18

LAMPIRAN…………………………………………………………………………………………………………. 19 - 29

JADUAL KERJA

Hari Tarikh Aktiviti Catatan
Rabu 1/9 Mendengar taklimat mengenai kerja lapangan Google Meet
Geografi Tingkatan 3 melalui Google Meet dan (PDPR)
Rabu 8/9 mencatat penerangan guru. Penerangan
Perbincangan tentang: oleh Cikgu
Jumaat 10 – 12/9 a) Tajuk Jannah
b) Jadual kerja melalui
Isnin 13/9 c) Penghargaan aplikasi
Selasa 14/9 d) Pendahuluan telegram.
e) Objektif Kajian
Rabu - 15 – 17/9 f) Kawasan Kajian Di rumah
Jumaat g) Kaedah Di rumah
h) Borang soal selidik
Sabtu - 18 – 19/9 i) Hasil Kajian Di rumah
Ahad j) Rumusan
k) Rujukan Di rumah
l) Lampiran

- Memilih tajuk yang sesuai
- Mengumpulkan maklumat daripada

internet dan buku rujukan berkaitan tajuk
kegiatan ekonomi di tempat tinggal yang
dipilih.
- Bertukar malumat dengan rakan-rakan
Membina isi kandungan, penghargaan,
pendahuluan dan objektif kajian.
- Menerangkan kawasan kajian berdasarkan
Google Maps, melukis dan mentafsir peta
lakar.
- Menentukan kaedah kajian
- Menghuraikan hasil kajian iaitu takrifan,
jenis, punca dan kesan kegiatan ekonomi.
- menghuraikan usaha-usaha untuk
mengatasi masalah-masalah yang timbul
akibat kegiatan ekonomi di kawasan kajian
Membuat analisis dengan menyediakan borang
soal selidik secara dalam talian kepada 10 orang
responden dan menulis rumusan tentang kajian
ini

1.0 PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izin, limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya

siapkan kerja lapangan Geografi ini dengan jayanya dan dapat menghantar kerja ini tepat
pada waktunya.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.
Terutama sekali guru geografi saya Nor Hafiza binti Mohd Akhir dan Nurul Janah binti
Ahmad yang telah membimbing, memberi panduan, dan mendorong saya menyiapkan kerja
lapangan ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya iaitu adik-beradik saya yang sentiasa
memberi dorongan, tunjuk ajar dan bantuan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada
ibu bapa saya yang banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini terutamanya dari segi
kewangan.

Akhir sekali saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu
saya dalam menyiapkan tugasan ini walaupun diri mereka dibebani banyak kerja sekolah.
Mereka telah banyak menjawab setiap persoalan saya berkaitan tugasan geografi ini secara
dalam talian.

1

2.0 PENDAHULUAN
Saya Nurafrina binti Ahmad selaku murid tingkatan 3 Az-Zahrawi dari Sekolah

Kebangsaan Agama Al-Irshad telah menjalankan Kerja Lapangan Geografi tingkatan 3 yang
bertajuk ‘Kegiatan Ekonomi di Tempat Tinggal’ bagi Peta Lakar di kawasan Lunas, Kedah.

Saya memilih kawasan tersebut kerana kawasan tersebut merupakan tempat tinggal
saya sekeluarga. Jadi, kerja mengumpul dan menyusun maklumat yang diperlukan untuk
menyiapkan kerja lapangan ini dapat diselesaikan dengan mudah.

Terdapat pelbagai jenis kegiatan di Lunas. Antaranya perniagaan makan dan minum,
pertanian, penternakan, perindustrian atau pembuatan, pembinaan, pengangkutan,
kewangan, pendidikan dan penyahutanan.

.

2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Menerangkan takrifan dan konsep kegiatan ekonomi.
2. Mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi di kawasan Lunas.
3. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan Lunas.
4. Menghuraikan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.
5. Mencadangkan usaha-usaha mengatasi kesan kegiatan ekonomi di Lunas.

3

4.0 KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian Lunas ini juga merupakan sebuah pekan sempadan yang terletak di

selatan Kedah, Malaysia, bersempadan dengan negeri Pulau Pinang seperti
Kulim. Lunas juga dikira sebahagian daripada daerah Kulim. Di sini terdapat kampung Cina.
Lunas juga sangat berdekatan dengan Bukit Mertajam seperti Jawi, Pulau Pinang dan Parit
Buntar. Lunas juga sangat berdekatan dengan Ara Kuda, Pulau Pinang. Lunas merupakan
kawasan perumahan, perindustrian dan premis-premis perniagaan. Di kawasan petempatan
lunas, terdapat empat jenis kawasan perumahan iaitu rumah teres berkembar dua tingkat,
teres dua tingkat, rumah teres setingkat, dan rumah teres berkembar setingkat.

Terdapat banyak bangunan-bangunan perniagaan, premis-premis makanan, kilang-
kilang, kawasan perumahan dan sekolah. Contohnya, Pasar Mini Eishah, Jmart, Longwan,
Nurul Ikan Bakar Special Kulim, Nasi Ayam Periuk Besar, Lunas Paper Industries, Taman
Mewah, Taman Salad dan Sekolah Kebangsaan Sri Limau.

Ciri pandang darat budaya yang terdapat di kawasan ini ialah kawasan perumahan,
jalan raya, masjid, sekolah, kilang dan bangunan-bangunan perniagaan. Ciri pandang darat
fizikal yang terdapat di kawasan ini pula ialah hutan, hutan kelapa sawit dan Sungai Kulim.

4

4.1 PETA LAKAR
5

4.2 TAFSIRAN PETA LAKAR
Peta lakar ini telah saya lukis berdasarkan Google Map. Sebahagian besar kawasan

ini terdiri daripada kawasan tanah pamah kecuali di bahagian barat laut terdapat bukit.
Seterusnya, Sungai Kulim yang mengalir dari arah barat ke barat daya. Terdapat juga hutan
kelapa sawit yang terletak di utara stesen minyak Petron berhampiran Taman Salad. Jalan
raya merupakan cara pengangkutan utama untuk orang ramai pergi ke kawasan yang
dikehendaki.

Sebahagian besar kawasan ini diliputi oleh kawasan perumahan. Sebagai contoh,
Taman Mewah dan Taman Salad yang berada di bahagian utara ladang kelapa sawit. Ada
juga kampung yang telah lama didirikan di kawasan Lunas ini seperti Kampung Sungai Limau
yang terletak di bahagian tenggara sekolah. Perumahan-perumahan dan kampung di
kawasan ini semuanya terletak di kawasan tanah pamah kawasan Lunas.

Kawasan Lunas ini berhampiran dengan sempadan yang memisahkan antara Pulau
Pinang dan Kedah. Oleh itu, jambatan yang terdapat di dalam peta merupakan jambatan
BKE yang menghubungkan antara Pulau Pinang dengan Kedah. Penduduk yang bekerja atau
bersekolah di Pulau Pinang akan menggunakan jambatan ini untuk pergi ke sana. Ada juga
jalan lain yang menghubungkan antara Pulau Pinang dengan Kedah iaitu jalan yang terletak
di barat laut Taman Mewah.

Kegiatan ekonomi utama di kawasan ini ialah perniagaan makan dan minum kerana
kawasan ini yang padat dengan penduduk. Kesannya, permintaan penduduk yang tinggi
mengenai perniagaan makan dan minum. Oleh itu, banyak kedai makan atau restoran
dibuka di kawasan Lunas ini.

6

5.0 KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat

mengenai kegiatan ekonomi di kawasan Lunas ini. Kaedah pertama yang saya gunakan ialah
kaedah pemerhatian di kawasan kajian. Melalui kaedah ini saya dapat memahami kawasan
perumahan, tempat pembinaan, kilang-kilang dan bangunan-bangunan perniagaan iaitu
tempat kegiatan ekonomi yang dijalankan di Lunas.

Seterusnya kaedah soal selidik iaitu dengan mengedarkan pautan Google form yang
telah saya cipta kepada beberapa orang yang tinggal di Lunas. Soal selidik secara maya ini
mempunyai beberapa soalan berkaitan kegiatan ekonomi di kawasan Lunas. Saya meminta
bantuan para responden untuk mengisi borang soal selidik itu bagi mendapatkan maklumat
mengenai kegiatan ekonomi di kawasan Lunas.

Di samping itu, kaedah temu bual juga telah saya guna. Saya telah menemu bual
seorang penduduk Lunas dan juga merupakan ibu saya sendiri. Kaedah ini lebih mudah dan
cepat untuk saya dapatkan maklumat yang saya inginkan. Saya telah mengajukan beberapa
soalan mengenai kegiatan ekonomi di Lunas kepada beliau dan beliau dapat menjawab
soalan-soalan tersebut dengan mudah tanpa sebarang keraguan.

Akhir sekali, kaedah rujukan dan sumber iaitu sumber Internet daripada lima laman
sesawang dan satu buah buku yang berkaitan dengan kerja lapangan geografi iaitu buku
teks geografi tingkatan 3.

7

6.0 HASIL KAJIAN
6.1 TAKRIFAN KEGIATAN EKONOMI

Berdasarkan buku teks geografi tingkatan 3 halaman 116 menyatakan bahawa
kegiatan ekonomi merupakan kegiatan manusia yang menghasilkan pendapatan. Terdapat
tiga jenis sektor kegiatan ekonomi di Malaysia iaitu sektor primer, sekunder dan tertier.

Sektor primer merupakan kegiatan yang mengeluarkan bahan mentah terus
daripada sumber semulajadi yang terdiri daripada pertanian, pembalakan, perikanan,
perlombongan dan penternakan.

Sektor sekunder merupakan aktiviti ekonomi yang berasaskan bahan mentah dan
memberi keutamaan dalam menukarkan bahan mentah kepada barangan siap kepada
pengguna. Sektor ini terdiri daripada pembuatan atau perindustrian dan pembinaan.

Sektor tertier pula merupakan kegiatan ekonomi yang menawarkan pelbagai
perkhidmatan dan disebut juga sebagai sektor perkhidmatan. Sumbangannya memainkan
peranan penting kepada pembangunan negara dan syaitan ini terdiri daripada pelancongan,
perdagangan, pengangkutan, kewangan dan pendidikan.

8

6.2 JENIS KEGIATAN EKONOMI DI LUNAS

Kegiatan Ekonomi di Lunas

12
10

8
6
4
2
0

Series 1

Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Lunas. Berdasarkan graf di atas kegiatan
yang paling utama dan paling banyak dijalankan di Lunas ialah perdagangan atau
perniagaan. Antaranya ialah perniagaan makan dan minum dan perniagaan pakaian. Kedai
makan atau restoran yang dijalankan di sini kebiasaannya beroperasi pada waktu pagi dan
tengah hari atau pada waktu malam sahaja. Ada juga beberapa restoran atau kedai makan
yang beroperasi selama 24 jam contohnya Restoran Rahim Mohamed. Walaubagaimanapun
waktu operasi telah berubah akibat pandemik yang sedang melanda negara kita ini.
Contohnya, restoran itu yang sebelum ini beroperasi selama 24 jam hanya akan dibuka
bermula 6 pagi hingga 10 malam sahaja. Kegiatan ini amat digalakkan oleh orang ramai
kerana dapat memudahkan penduduk atau orang luar untuk membeli makanan. Disebabkan
pandemik juga orang ramai tidak dibenarkan makan di restoran atau kedai kecuali individu
yang sudah lengkap dua dos vaksin dan hanya dibenarkan membungkus makanan.
Perkhidmatan penghantaran makanan juga disediakan sama ada disediakan oleh restoran
itu sendiri ataupun perkhidmatan penghantaran makanan seperti Grabfood dan Foodpanda.

Berdasarkan graf, kedua-dua kegiatan pertanian dan penternakan mendapat jumlah
yang sama. Pertanian dan penternakan di Lunas ini kebanyakannya dijalankan secara kecil-
kecilan oleh penduduk kampung. Sebagai contoh, di ladang kelapa sawit milik Wan Ahmad
Ariff Wan Yusoff yang terletak di timur Taman Salad. Dikatakan pemilik ladang ini
mengambil buah pokok itu untuk dijual kepada pengusaha minyak untuk diproses menjadi

9

minyak kelapa sawit. Industri sawit seperti ini merupakan tunggak kepada ekonomi Malaysia
dan memainkan peranan penting dalam membekalkan sumber makanan dan tenaga kepada
populasi global yang semakin meningkat.

Seterusnya, kegiatan pembuatan atau perindustrian yang mendapat tempat kedua
tertinggi bersama pengangkutan berdasarkan graf. Kegiatan perindustrian di negara kita ini
terbahagi kepada dua, iaitu industri berasaskan sumber dan industri bukan berasaskan
sumber. Sebagai contoh kilang yang ada di Lunas ialah Lunas Paper Industries yang
menghasilkan kertas dan merupakan industri berasaskan sumber dan Joyful Plastic Industry
Sdn. Bhd yang merupakan kilang yang menghasilkan barangan plastik dan merupakan
industri bukan berasaskan sumber. Lokasi kilang-kilang ini terletak di kawasan yang
berhampiran antara satu sama lain kerana kawasan tersebut amat sesuai dijalankan
kegiatan perindustrian.

Selain itu, pendidikan contohnya di Sekolah Kebangsaan Sri Limau iaitu sekolah
kerajaan dan Taska Haramain Bonda yang merupakan taska swasta. Kegiatan ini paling
digalakkan sekali kerana peningkatan kualiti pendidikan berkait rapat dengan pembangunan
atau kemajuan sesebuah negara. Kepentingan pendidikan terhadap pembangunan negara
Malaysia adalah dapat melahirkan sebuah negara yang maju. Kemajuan sesebuah negara
tidak dapat dicapai tanpa adanya para cerdik pandai. Dengan pendidikan maka lahirlah para
cerdik pandai.

Kawasan ini bukanlah kawasan perlancongan. Walaubagaimanapun terdapat
beberapa tempat penginapan telah dibangunkan bagi kemudahan orang luar menginap di
sini, sama ada untuk bersiar-siar atau mempunyai urusan kerja di kawasan ini. Terdapat
tempat penginapan seperti ECO93 Homestay Lunas yang merupakan sebuah rumah teres di
dalam Taman Mewah dan Homestay Lunas yang terletak di Taman Sejahtera.

Pembinaan juga turut dijalankan di Lunas iaitu pembinaan bandar baharu.
Pembinaan Bandar Permata Lunas yang merupakan bandar baharu terbesar di Kulim dan
dianggarkan telah siap sebanyak 90%. Terdapat pelbagai jenis rumah di bandar ini. Antara
jenis rumah yang ada di bandar ini ialah rumah teres setingkat, rumah teres dua tingkat dan
rumah berkembar setingkat. Perumahan ini tidak diduduki sepenuhnya lagi dan
kebanyakkan rumah teres dua tingkat masih dalam proses pembinaan.

10

Akibat daripada pembinaan Bandar Permata Lunas tersebut, penyahutanan telah
dijalankan sebelum pembinaan dilakukan. Pada asalnya kawasan tersebut merupakan hutan
kelapa sawit yang luas dan kini kawasan tersebut telah dibina dengan perumahan dan
premis-premis perniagaan selepas penyahutanan dijalankan.

Di samping itu, kewangan contohnya Alliance Bank di Taman Sejahtera dan MEPS
ATM Caltex yang terletak di dalam stesen minyak Caltex. Kemudahan yang ada di sini dapat
memudahkan orang ramai untuk mengeluarkan atau memasukkan duit mengikut jumlah
yang dikehendaki. Disebabkan kebanyakan penduduk di sini berbangsa Melayu dan
beragama Islam mereka lebih gemar menyimpan duit di Tabung Haji. Kedudukan Tabung
Haji dan bank-bank lain agak jauh dari Lunas jadi mereka akan pergi ke ATM tersebut untuk
mengeluarkan atau memasukkan duit.

Akhir sekali, kegiatan ekonomi seperti pengangkutan awam juga turut dilakukan.
Berdasarkan graf, kegiatan ini mendapat tempat kedua tertinggi yang dipilih oleh para
responden. Antara pengangkutan awam yang terdapat di Lunas ialah bas henti-henti untuk
kegunaan orang awam, Grabcar yang perlu dipesan secara maya melalui telefon pintar, bas
sekolah untuk murid-murid ke sekolah dan bas pekerja untuk para pekerja pergi ke tempat
kerja seperti kilang. Kebanyakkan penduduk lebih gemar menggunakan kenderaan
persendirian seperti kereta dan motosikal. Kenderaan persendirian dan kenderaan awam
akan menggunakan jaringan rangkaian jalan raya di Lunas untuk menuju ke destinasi
masing-masing. Jalan raya ini menghubungkan antara negeri Pulau Pinang dan Kedah. Jadi
penduduk di Pulau Pinang yang ingin ke sini akan melalui jalan yang sama. Di Lunas hanya
terdapat pengangkutan darat.

11

6.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI LUNAS.

Antara faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Lunas ialah faktor fizikal
seperti bentuk muka bumi. Sebahagian besar kawasan Lunas ini terdiri daripada tanah
pamah. Faktor ini dan infrastruktur telah mempengaruhi pengangkutan di sini. Oleh itu,
jalan raya telah dibina di kawasan ini yang menghubungkan Kulim dengan Pulau Pinang.
Jalan raya ini memudahkan orang ramai untuk pergi ke mana-mana. Kewujudan
pengangkutan yang baik seperti jalan raya memudahkan proses pengangkutan bahan
mentah dari sumbernya ke kilang, barangan siap ke pasaran, barangan pertanian yang cepat
rosak seperti buah dan sayur ke pasaran dalam jangka masa yang pendek. Sistem
pengangkutan juga diperlukan dalan sektor pelancongan, terutamanya untuk keselesaan
pelancong. Kawasan tanah pamah juga sesuai untuk pembinaan kilang-kilang. Hal ini dapat
dibuktikan dengan kewujudan kilang-kilang yang terdapat di Lunas ini.

Selanjutnya, faktor iklim. Iklim sangat penting dalam mempengaruhi kegiatan
pertanian. Iklim di sini sama sahaja seperti iklim di negeri-negeri lain iaitu panas dan lembap
sepanjang tahun. Iklim seperti ini mampu menggalakkan lagi pertumbuhan tumbuh-
tumbuhan di sini seperti pokok kelapa sawit. Oleh itu, iklim ini telah memudahkan kegiatan
pertanian kelapa sawit di sini dijalankan.

Seterusnya, faktor tanih yang mampu mempengaruhi kegiatan pertanian juga.
Sebagai contoh tanih jenis laterit di ladang kelapa sawit yang berhampiran dengan Taman
Salad amat sesuai untuk penanaman pokok kelapa sawit. Tanih yang subur dan tidak
tercemar di kawasan ini mampu menggalakkan pertumbuhan pokok-pokok lain. Oleh itu,
ada beberapa penduduk kampung yang bertani secara kecil-kecilan.

Selain itu, bahan mentah yang terdapat di kawasan ini juga merupakan salah satu
faktor. Contohnya, bahan mentah seperti kelapa sawit yang mampu dijadikan minyak
masak. Pemilik ladang akan mengambil buahnya untuk dihantar ke pengusaha minyak
kelapa sawit apabila sudah tiba masanya.

Kepadatan dan permintaan penduduk juga merupakan faktor-faktor yang
mempengaruhi kegiatan ekonomi di sini. Sebagai contoh, kewujudan sekolah, tadika atau
taska yang disebabkan oleh permintaan penduduk yang ingin menghantar anak jagaan
mereka ke sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka untuk menuntut ilmu.
Seterusnya, permintaan penduduk yang mahukan lebih banyak premis perniagaan dibina
kerana pekan ini yang agak sunyi pada suatu ketika dahulu. Kini pekan ini lebih meriah jika
hendak dibandingkan dengan keadaan pekan ini sewaktu tahun 90-an.

12

Di samping itu, faktor manusia iaitu dasar kerajaan Malaysia yang telah mengadakan
dasar-dasar untuk mendorong peningkatan ekonomi negara seperti Dasar Pertanian Negara
yang berperanan memaksimumkan sumbangan sektor pertanian. Seterusnya, pelan induk
perindustrian yang berperanan merangka secara terperinci kegiatan sektor perindustrian
dan sektor industri kecil untuk menghasilkan penggunaan sumber secara optimum. Akhir
sekali, Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berperanan memenuhi keperluan tenaga kerja
mahir.

Akhir sekali ialah penggunaan teknologi yang canggih dan moden. Seperti
kebiasaannya kegiatan ekonomi seperti perindustrian amat memerlukan penggunaan
teknolgi yang canggih untuk mempercepatkan kerja, meningkatkan kualiti produk,
mengurangkan pencemaran, menjimatkan kos, meningkatkan jumlah keluaran dan
meningkatkan keselamatan. Teknologi moden pada masa kini mampu meningkatkan lagi
kemajuan negara dalam aspek perindustrian.

13

6.4 KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI
Kegiatan ekonomi yang tidak terkawal akan menimbulkan kesan-kesan negatif

terhadap alam sekitar. Antara kesannya ialah flora dan fauna diancam kepupusan. Ini akibat
daripada kegiatan ekonomi seperti penyahutanan, pembinaan, pengangkutan dan
perindustrian. Penyahutanan yang bertujuan untuk pembinaan perumahan, premis
perniagaan dan kilang-kilang telah menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat asal
mereka.

Seterusnya, pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran
bunyi berlaku. Pencemaran udara yang disebabkan oleh kilang-kilang dan kenderaan yang
melepaskan asap tercemar ke udara. Pencemaran bunyi pula disebabkan oleh jaringan
rangkaian jalan raya yang berpunca daripada kenderaan-kenderaan yang lalu di sini.
Kenderaan yang menggunakan jalan raya akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat seperti
bunyi hon dan akan menyebabkan hidupan di sini berasa tidak tenang.

Kesan lain ialah kehabisan sumber kerana pengambilan sumber secara berterusan
dan tidak terkawal atau disebabkan pencemaran yang akan menyebabkan pokok-pokok
mati atau tidak dapat menghasilkan buah. Sebagai contoh pencemaran udara yang akan
menyebabkan hujan asid. Hujan asid yang diserap oleh tanah akan menyebabkan tanah
tidak sesuai untuk pertanian. Oleh sebab itu, pengeluaran buah kelapa sawit oleh pokok
akan terganggu.

Akhir sekali, boleh menyebabkan perubahan landskap. Contohnya, pembinaan
bangunan-bangunan perniagaan, kilang-kilang dan perumahan menyebabkan berlakunya
perubahan pandang darat iaitu Bandar Permata Lunas yang dahulunya merupakan hutan
kelapa sawit. Namun sekarang telah menjadi kawasan kegiatan ekonomi dan petempatan.
Perubahan landskap ini juga boleh menyebabkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.

14

6.5 USAHA-USAHA MENGATASI KESAN KEGIATAN EKONOMI.

Kegiatan ekonomi di sini telah menimbulkan pelbagai kesan buruk. Terdapat
pelbagai cara untuk mengatasi kesan buruk ini. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah
mengehadkan kawasan tapak kegiatan ekonomi. Penyahutanan perlulah dikawal bagi
mengelakkan kemusnahan hutan. Pihak yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam
sekitar dan memusnahkan hutan perlulah dikenakan tindakan undang-undang yang
sewajarnya. Melalui cara ini kita dapat mengelakkan kemusnahan alam sekitar di kawasan
Lunas.

Usaha seterusnya yang boleh dilakukan untuk mengurangkan pencemaran udara
pula adalah dengan mengadakan kempen kesedaran mengenai alam sekitar. Pihak berwajib
perlu memastikan orang ramai menyertai kempen ini terutamanya daripada kalangan
penduduk kawasan Lunas ini. Hal ini kerana, kempen ini mampu memberi kesedaran kepada
mereka betapa pentingnya alam sekitar kepada hidupan lain terutamanya manusia. Jadi,
mereka tidak akan lagi menyokong atau melakukan kegiatan ekonomi yang akan
menjejaskan alam sekitar dan akan berusaha bersungguh-sungguh walau apa jua cara demi
menjaga alam sekitar. Selain itu, pengusaha kilang juga haruslah mendapatkan nasihat
mengenai alam sekitar sebelum memulakan operasi. Hal ini supaya tiada pencemaran yang
akan berlaku akibat daripada kegiatan perindustrian.

Di samping itu, pendidikan alam sekitar kepada orang awam ataupun melalui subjek
di sekolah seperti geografi dan sains. Pihak sekolah boleh menganjurkan Kelab Alam Sekitar
untuk mendidik para pelajar tentang kepentingan alam sekitar dan cara untuk menjaganya.
Pendedahan media massa atau di akhbar dan majalah berkaitan alam sekitar juga boleh
dilaksanakan supaya masyarakat sekeliling lebih peka untuk melindungi alam sekitar
daripada tercemar.

Usaha lain untuk mengurangkan pencemaran bunyi adalah dengan penggunaan
halangan bunyi, mengehadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur jalan raya,
mengehadkan berat kenderaan dan menggunakan kawalan trafik agar tidak mengalami
tekanan brek dan pecutan bagi kenderaan. Selain itu, pengguna perlu memantau
persekitaran sekiranya terdapat pihak tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar,
pengguna perlulah segera membuat aduan agar pencemaran diatasi.

Seterusnya, pengusaha ladang perlulah mengehadkan pengambilan buah kelapa
sawit, menanam lebih banyak pokok kelapa sawit dan sentiasa memastikan tanah untuk
kegiatan itu subur dan sesuai. Ini untuk memastikan sumber dapat diambil secara
berterusan dan tidak akan habis.

15

Akhir sekali, menggubal akta atau mengetatkan undang-undang supaya kegiatan
ekonomi yang menjejaskan alam sekitar tidak boleh dijalankan secara berleluasa. Contohnya
kilang yang membebaskan asap perlu diwajibkan menggunakan penapis asap supaya asap
yang boleh mencemarkan tidak terbebas ke udara dan hanya asap yang bersih dan sudah
ditapis akan terbebas ke udara. Cara ini amat berkesan kerana tiada lagi asap kotor yang
akan terbebas ke udara.

16

7.0 RUMUSAN
Melalui kajian ini saya dapat mengenal pasti jenis-jenis dan kesan-kesan kegiatan

ekonomi di kawasan kajian yang telah saya pilih ini. Terdapat beberapa iktibar yang saya
peroleh setelah menyiapkan tugasan ini, antaranya kita perlulah menghargai alam sekitar.
Sebagai contoh kita hendaklah mengelakkan kegiatan ekonomi yang boleh menjejaskan
alam sekitar dijalankan.

Seterusnya kita juga perlulah bekerjasama melindungi alam sekitar ini. Sebagai
contoh, kita perlulah membuat laporan jika ada sebarang kegiatan yang boleh menyebabkan
pencemaran alam sekitar. Kerjasama dalam menjaga alam sekitar ini amat penting bagi
memastikan tiada pencemaran alam sekitar berlaku. Kerjasama antara masyarakat juga
dapat membendung kesan negatif kegiatan ekonomi.

Saya begitu bangga kerana kawasan kajian saya yang juga merupakan tempat tinggal
saya ini berpotensi untuk lebih maju dari segi ekonomi pada masa akan datang. Saya juga
berharap agar kemajuan kegiatan ekonomi di Lunas adalah seiring dengan usaha menjaga
dan mengekalkan keindahan dan keseimbangan alam sekitar agar dapat diwarisi oleh
generasi akan datang dan semoga kegiatan ekonomi di kawasan ini dapat ditambah baik dan
memberi faedah kepada semua penduduk di sini.

17

8.0 RUJUKAN
BUKU

 Ahmad Abd Rahman, Rajini Gauri dan Pau Anak Utek, 2018. Geografi Tingkatan 3.
Johor Bahru: IMS Books Trading SDN.BHD

 Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman, 2018. Geografi KSSM, IMS Trading SDN BHD
ORANG SUMBER / RESPONDEN

 NORIZAN BINTI BAKAR
267 Jalan Mewah 1/7 Taman Mewah Lunas, Kedah.

INTERNET
 https://bmpk12.blogspot.com/2010/08/langkah-mengatasi-pencemaran-bunyi.html
 https://prezi.com/joetjr5napxx/langkah-mengatasi-kesan-kegiatan-ekonomi-
terhadap-alam-sekit/
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Lunas,_Kedah
 https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2017-peta-lakar.html
 https://www.scribd.com/doc/88547018/Apakah-Kepentingan-Pendidikan-Terhadap-
Pembangunan-Negara-Malaysia

18

9.0 LAMPIRAN
1.Peta Google Maps

2.Gambar Kawasan Kajian
Pusat Pakaian Zon Ria

19

Farmasi Idaman
Nurul Ikan Bakar Special

20

Nasi Ayam Periuk Besar (N.A.P.B)
Pos Laju dan Klinik Fernandez

21

Ladang Kelapa Sawit
Longwan

22

Bandar Permata Lunas
Sekolah Kebangsaan Sri Limau

23

Lunas Homestay
Alliance Bank

24

Stesen Minyak Caltex
Pasar Mini Eishah

25

3.Temubual Orang Sumber

Saya: Assalamualaikum mak. Bolehkah adik ajukan beberapa soalan mengenai kegiatan
ekonomi di Lunas?
Norizan: Sudah tentu boleh.
Saya: Baiklah, soalan pertama ialah apakah pertanian yang terdapat di Lunas?
Norizan: Di Lunas ada pertanian kelapa sawit yang dijalankan di hutan kelapa sawit
berhampiran dengan Taman Salad.
Saya: Oh, ada lagi tak pertanian lain?
Norizan: Setahu mak, pertanian secara besar-besaran hanya kelapa sawit. Kalau pertanian
secara kecil-kecilan pula ada di kampung-kampung. Seperti penternakan juga, hanya
dijalankan secara kecil-kecilan di kampung.
Saya: Oh, begitu. Di manakah pula kegiatan perindustrian dijalankan?
Norizan: Di bahagian utara pejabat pos terdapat beberapa kilang seperti Lunas Paper
Industries dan Joyful Plastic Industry Sdn. Bhd. Di sekitar kawasan itu banyak dibangunkan
kilang-kilang.
Saya: Baiklah. Ini ialah soalan terakhir yang adik akan ajukan. Adakah di kawasan Lunas ini
terdapat kegiatan pembinaan?
Norizan: Ada satu pembinaan yang mak tahu. Pembinaan Bandar Permata Lunas yang
hampir siap sepenuhnya. Bandar ini merangkumi kawasan perumahan dan bangunan-
bangunan perniagaan. Terdapat pelbagai jenis rumah yang didirikan di bandar ini.
Antaranya, rumah teres setingkat, rumah teres dua tingkat dan rumah berkembar setingkat.
Saya: Terima kasih mak kerana telah menjawab semua pertanyaan sebentar tadi.
Norizan: Sama-sama, adik.

26

Borang Soal Selidik
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuLV3EJFu9h8u4ce__s8PTuSfKcobCWdTBfZW
YbgMWxfIiOQ/viewform

27



29


Click to View FlipBook Version