MODUL KHAS 940/1
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH: PN HJH HANIZAH BT
HJ HASSAN,GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM SMK SULTAN
ABD AZIZ SHAH KAJANG(INTEG)
Modul ini disusun dan dirangka khas bagi membantu para pelajar
yang juga calon-calon STPM Tingkatan 6 Bawah kearah
mempersiapkan diri bagi mengadapi peperiksaan sebenar STPM
pada Bulan Mac 2021. Keadaan semasa impak dari wabak
pandemic Covid 19 tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita
memperlahankan proses ulangkaji. Ayuh pelajar!!! Terus
semangat dan barakan azam anda demi melakar sebuah
kejayaan! Anda Boleh! Anda mampu lakukannya.
Hanizah
MODUL KHAS 940/1
1
MODUL KHAS 940/1
2
MODUL KHAS 940/1
3
MODUL KHAS 940/1
4
MODUL KHAS 940/1
5
MODUL KHAS 940/1
6
MODUL KHAS 940/1
7
MODUL KHAS 940/1
8
MODUL KHAS 940/1
BAHAGIAN A : KOMPILASI SOALAN LATIHAN DALAMAN
TEKNIK 5 JARI DALAM MENJAWAB SOALAN ESEI SEJARAH STPM
Terangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim pada abad
ke-16 dan ke-17 Masihi.
Pendahuluan:
Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan
(FAKTA)
kelautan. Masyarakat ini terlibat dalam perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut,
perkapalan, penerokaan, dan penjelajahan.( HURAIAN) jepun merupakan negara Asia yang
paling awal memulakan penerokaan dan pelayaran ke dunia luar bermula sejak abad ke-13
Masihi. Pedagang-pedagang Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan China,
Vietnam dan Korea. (CONTOH)Di samping itu, pedagang Jepun juga menjalankan kegiatan
perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara. Menjelang abad ke-16, Jepun
mengamalkan dasar buka pintu dengan menggalakkan kehadiran pedagang Barat ke negara
tersebut. Kehadiran pedagang Barat menyebabkan pedagang Jepun bangkit sebagai sebuah
kuasa maritime di Asia. (HURAIAN CONTOH)Pelbagai faktor yang mendorong kemunculan
Jepun sebagai sebuah kuasa maritime pada abad ke-16 dan ke-17 Masihi.(
PENEGASAN/KESIMPULAN KECIL)
Isi 1: Kedudukan Geografi
Kedudukan geografi negara Jepun dikelilingi oleh beberapa pulau yang dikelilingi laut telah
menjadi faktor mendorong kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim pada abad ke-16 dan 17
Masihi. Antara pulau yang menjadi tumpuan masyarakat maritim di Jepun ialah Kyushu,
Shikoku, Hokkaido dan Honshu. Maka, kawasan pesisir pantai ini dijadikan petempatan
masyarakat Jepun. Lokasi petempatan yang berhampiran laut menjadi asas kemunculan
masyarakat maritime di Jepun. Memandangkan bentuk muka bumi yang berpulau-pulau dan
bergunung-ganang, maka banyak petempatan penduduk Jepun didirikan di kawasan pesisir
pantai dan terdedah kepada kegiatan ekonomi yang berasaskan laut. Ini meletakkan asas bagi
kemunculan masyarakat maritime di Jepun. Jepun juga terletak di sebelah barat Lautan Pasifik
dan di sebelah timur pula ialah China, Korea dan Rusia yang menggalakkan aktiviti
perdagangan.
Isi 2: Perkembangan Perdagangan
Perkembangan perdagangan juga menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di
Jepun. Perkembangan perdagangan telah bermula sejak zaman Ashikaga lagi yang mana
perdagangan telah berkembang pesat di Jepun. Para pedagang Jepun menjalinkan hubungan
perdagangan dengan negara di rantau Asia Tenggara. Menjelang zaman pemerintahan
Tokugawa pula, hubungan perdagangan terjalin dengan China, Korea dan Vietnam. Malahan,
para pedagang asing seperti pedagang dari Portugal juga datang ke Jepun. Hubungan
perdagangan ini terus berkembang pada zaman Nobunaga dan lebih ramai pedagang dari
Portugal telah datang berdagang di Jepun. Pengasas Kesyogunan Tokugawa iaitu Ieyasu (1603-
1616), telah menerima kedatangan para pedagang Portugis dan Belanda. Kedatangan pedagang
asing ini telah membawa kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
9
MODUL KHAS 940/1
Isi 3: Teknologi Pelayaran
Kemajuan pesat dalam teknologi pelayaran telah menyebabkan masyarakat maritim di Jepun
mampu untuk belayar hingga ke Korea, China dan Asia Tenggara. Kemajuan yang dicapai
dalam teknologi pelayaran dan pembinaan kapal juga menjadikan negara Jepun berjaya muncul
sebagai masyarakat maritim. Jepun melahirkan ramai pelayar yang mempunyai kemahiran
dalam ilmu pelayaran serta pengetahuan dalam ilmu nautika, kartografi dan perkapalan.
Menjelang abad ke-16, muncul pusat pembinaan dan baik pulih kapal-kapal di Jepun.
Masyarakatnya juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal-kapal besar yang sesuai
untuk pelayaran jauh. Buktinya, kapal mohor merah Shuinsen merupakan kapal layar
bersenjata yang digunakan pedagang Jepun untuk belayar ke Asia Tenggara, Korea dan China
pada zaman Kesyogunan Tokugawa. Direkodkan, sebanyak 350 buah kapal Jepun melakukan
pelayaran ke luar negara antara tahun 1600 dan 1635.
Isi 4: Perkembangan Pelabuhan
Perkembangan pelabuhan di Jepun juga merangsang pertumbuhan masyarakat maritim. Hal ini
seiring dengan perkembangan pesat perdagangan di Jepun dan kewujudan pelabuhan entrepot.
Antara pelabuhan entrepot terpenting pada abad ke-16 ialah Kyushu, Nagasaki, Hokodate dan
Shimoda yang juga menjadi tumpuan pedagang Jepun dan pedagang luar negara. Menjelang
pertengahan abad ke-16, kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu. Kehadiran
mereka juga turut mendapat galakan daripada golongan bangsawan Jepun. Para pedagang
Jepun apada abad ke-16 telah mengeskport perak, berlian, tembaga, pedang dan barang-barang
lain. Jepun juga mengimport sutera China dan produk-poduk Asia Tenggara seperti gula dan
kulit rusa. Aktiviti perdagangan yang bergiat rancak di pelabuhan-pelabuhan Jepun
menggalakkan lagi aktiviti maritim dalam masyarakat Jepun.
Isi 5: Dasar Maharaja dan Pemerintah Shogun
Seterusnya, dasar maharaja Jepun yang mengamalkan dasar buka pintu turut menyumbang
kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun. Dasar ini juga telah menyebabkan
masyarakat maritim Jepun terdedah dengan pengaruh dari luar seperti Asia dan Barat.
Buktinya, menjelang akhir abad ke-16, pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti
perdagangan dengan Jepun. Bukan itu sahaja, hubungan dengan Portugal juga turut
menyebabkan masyarakat maritim Jepun menerima teknologi baharu dari Barat iaitu
perkapalan. Era Hideyoshi, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan
Korea dan mengawal pelabuhan Nagasaki mulai tahun 1587. Era Shogun Tokugawa pula
aktiviti perdagangan Shuinsen diperkenalkan iaitu pedagang asing perlu memiliki mohor
merah. Pada abad ke-17, banyak kapal Shuinsen berdagang di Vietnam. Dasar Maharaja dan
Pemerintah Shogun yang menggalakkan aktiviti perdagangan telah merancakkan kegiatan
maritim di Jepun.
Kesimpulan:
Kesimpulannya, keterbukaan pemerintah Jepun yang menggalakkan kedatangan pedagang-
pedagang asing telah memberikan gambaran bahawa masyarakat maritim di Jepun bukanlah
masyarakat yang statik, sebaliknya mereka telah menerima unsur-unsur yang positif sehingga
mampu dapat menyesuaikan diri dengan bangsa asing. Namun disebabkan ia tidak dapat
dikawal telah memaksa pemerintah Kesyogunan Tokugawa mengisytiharkan dasar tutup pintu
sehingga aktiviti perdagangan luar dihadkan di Pulau Deshima yang terletak di pelabuhan
Nagasaki.
10
MODUL KHAS 940/1
Koleksi Soalan Pilihan Tema 1-4
1. Huraikan ciri-ciri masyarakat industri yang muncul di England pada abad ke 18 dan
abad ke 19 Masihi . [20]
2. Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di China pada abad
ke-16 hingga 20 Masihi. [20]
3. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan pesat dalam bidang
pertanian di England pada abad ke 17 dan 18 Masihi [20]
4. Bincangkan idea-idea Charles Louis Montesquieu dalam bidang politik berdasarkan
buku ‘The Spirit Of Law’ pada abad ke-18 Masihi [20]
5. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Candu 1839-1842
[20]
6. Bincangkan penglibatan United Kingdom dari aspek politik dan ekonomi dalam
Komanwel [20]
940/1
1. HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI YANG MUNCUL DI
ENGLAND PADA ABAD KE 18 DAN ABAD KE 19 MASIHI . (20M)
A. PENGENALAN
i. Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetusnya Revolusi Perindustrian di
England pada abad ke 18 Masihi.Masyarakat industri merupakan masyarakat yang bergantung
11
MODUL KHAS 940/1
kepada sektor perindustrian. Masyarakat industri terlibat dalam pengeluaran barangan serta
memberi perkhidmatan dengan menggunakan mesin .
ii. Revolusi Perindustrian bermula di England selepas berlaku perubahan yang pesat dalam
bidang pertanian dan dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah. Masyarakat industri
menggantikan ledakan masyarakat agraria yang muncul pada zaman pra-industri. Masyarakat
industri dicirikan menerusi kegiatan ekonomi, pengkhususan kerja, mobiliti sosial, kemunculan
kelas, urbanisasi dan kemajuan sains dan teknologi.
B. ISI
Ciri-ciri masyarakat industri di England
1. Kegiatan ekonomi
i.Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada sektor perindustrian dan
perlombongan.Mereka memberi tumpuan kepada perusahaan tertua di England.Kilang kapas
pertama didirikan pada tahun 1790. Masyarakat industri juga menjalankan aktiviti ekonomi
dalam sektor perlombongan. Longgokan sumber bahan mentah yang banyak telah
menyumbang kepada perkembangan perindustrian di England seperti arang batu dan bijih besi.
ii. Bekalan arang batu banyak terdapat di wilayah New Castle dan Wales. England muncul
sebagai pengeluar keluli terbesar dunia. Pada tahun 1860 England mengeluarkan 80 juta tan
metrik arang batu dan 225000 tan metrik keluli.
2. Kemajuan sains dan teknologi
i. England mempunyai pengetahuan dan kelengkapan yang mencukupi untuk mengungguli
negara-negara lain dalam perindustrian.Beberapa rekaan dan ciptaan ditemui.Para pencipta
diberikan paten untuk hasil ciptaan mereka.
ii. Teknologi awal ialah penghasilan tenaga wap melalui pembakaran arang batu.Thomas
Newcomen mencipta mencipta enjin berkuasa wap pada tahun 1702.Enjin ini digunakan dalam
perusahaan melombong arang batu.
iii. James Watt telah memperbaiki enjin rekaan Thomas Newcomen. Enjin ciptaan beliau
digunakan di England dan juga dieksport.
3. Pengkhususan Pekerjaan
i. Mempunyai pengkhususan pekerjaan yang tersendiri.Masyarakat tertumpu dalam sektor
pekerjaan perkilangan dan mempunyai pekerjaan yang tetap.Penggunaan mesin juga telah
digunakan secara meluas.
12
MODUL KHAS 940/1
ii. Pekerja yang mempunyai kemahiran dan menghasilkan sesuatu barangan amat diperlukan
dalam kelompok masayarakat ini.Pekerja hanya perlu melakukan sebahagian kerja bagi
mneghasilkan sesuatu barangan.
iii. Pembahagian kerja dan pengeluaran secara besar-besaran telah mengurangkan kos operasi
serta meningkatkan pengeluaran.Penggunaan mesin menyemai benih oleh Jethro Tull
membolehkan proses pembajakan berjalan lancar dan telah menambahkan hasil pengeluaran.
4. Mobiliti Sosial
i. Mobiliti Sosial telah berlaku dalam masyarakat industri.Kumpulan masyarakat ini telah
berubah dengan wujudnya kelas pekerja dan individu yang tumbuh dengan pesat dalam aspek
saiz mahupun kepentingan.
ii.Taraf hidup golongan pekerja telah meningkat.Peningkatan dalam pengeluaran
menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi.Ini meletakkan asas bagi kemunculan
kelas menengah dalam masyarakat.
iii. Golongan kelas menengah terdiri daripada golongan yang memiliki kilang,para
peniaga,peguam dan jurutera.Golongan ini berkeinginan dan bersedia menerima risiko untuk
mendapatkan kekayaan.
5. Kemunculan Kelas
i. Tergolong kepada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.Kelas kapitalis terdiri
daripada pemilik kilang,tuan tanah dan pengusaha lombong.Kelas pekerja pula ialah buruh dan
pekerja kilang di kilang tekstil,kilang kimia dan kejuruteraan elektrik.
ii. Golongan pekerja amat bergantung kepada golongan kapitalis.Pada peringkat awal, proses
perindustrian membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa yang bekerja sebagai buruh di
kilang.
iii. Selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran muncul golongan profesional.
Perkembangan ini menyebabkan taraf kehidupan golongan pekerja meningkat.
6. Urbanisasi
i. Perkembangan dalam bidang perindustrian telah membawa kepada perpindahan penduduk
dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar. Masyarakat industri merupakan masyarakat yang
tinggal di bandar-bandar perindustrian
13
MODUL KHAS 940/1
ii. Proses migrasi telah berlaku ke kawasan bandar. Mereka bekerja di kilang atau sebagai
pengusaha industri. Misalnya penghijrahan penduduk Ireland ke bandar-bandar besar di
England.
iii. Menjelang tahun 1851 bandar-bandar seperti Lancashire dan Nottinghamshire menjadi
tumpuan penduduk. Perkembangan ini membawa kepada proses urbanisasi.
7. Masyarakat Literasi
i. Masyarakat industri ialah masyarakat literasi.Mereka terdiri daripada kelompok masyarakat
yang memiliki ilmu dalam bidang pendidikan.
ii. Kemajuan dalam industri telah menyebabkan perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya
hidup yang mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih
sihat dan mementingkan pendidikan.
iii. Masyarakat ini mula terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dan memperjuangkan
kepentingan mereka. Perjuangan mereka melalui parlimen dan sebanyak 61 wakil kelas
menengah berada di Parlimen pada pertengahan abad ke 18.
C. KESIMPULAN
i. Masyarakat industri di England mempunyai hubungan yang rapat dengan perkembangan
revolusi perindustrian di England. Perkembangan masyarakat industri di England ini telah
membawa kepada kemunculan England sebagai kuasa imperialis yang baru pada akhir abad ke
19.
2. BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR DALAM SISTEM PEMERINTAHAN
BERAJA DI CHINA PADA ABAD KE-16 HINGGA 20 MASIHI.
(20M)
A. PENGENALAN
14
MODUL KHAS 940/1
1. Golongan pembesar ialah pegawai-pegawai yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk
menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua tugasan yang diarahkan kepadanya.
2. Dikenali juga sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan
pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja
3. Pembesar golongan sarjana merupakan pegawai mandarin yang dilantik oleh maharaja
berdasarkan kelulusan yang dicapai dalam sistem peperiksaan awam. Pembesar wilayah
dilantik oleh maharaja daripada kalangan bangsawan dan pemimpin tentera yang telah
berjasa kepada maharaja.
4. Sistem pembesar merupakan tulang belakang kepada maharaja untuk mempertahankan
kedudukannya.
B. ISI
1. POLITIK
i. Pentadbiran
(a) Pembesar membantu maharaja menjalankan pentadbiran di peringkat pusat dan wilayah.
Mereka membantu maharaja dalam menyelia dan menyelaras enam badan kementerian
dalam pentadbiran pusat. Mereka juga perlu memaklumkan kepada maharaja segala
perjalanan enam badan kementerian tersebut.
(b) Mereka mencadangkan pelantikan dan pemecatan pegawai-pegawai kerajaan kepada
maharaja.
(c) Mereka menguruskan kenaikan pangkat kakitangan awam
(d) Pembesar-pembesar memegang jawatan penting di peringkat pusat dan wilayah
(e) Mereka memegang jawatan dalam jabatan-jabatan kerajaan seperti
• Jabatan awam
• Jabatan hukuman
• Jabatan perkhidmatan
• Jabatan hasil dan cukai
• Jabatan upacara dan adat istiadat.
(f) Pembesar juga dilantik oleh maharaja sebagai gabenor dan majistret
(g) Gabenor mengetuai pentadbiran di peringkat provinsi
(h) Beliau dibantu oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya kewangan, kehakiman, dan pendidikan
(i) Pentadbiran di peringkat daerah diterajui oleh majistret daerah
(j)Mereka diberi kuasa autonomi dalam menjalankan pentadbiran di wilayah. Antara tugas
utamanya ialah mengawasi aktiviti semua peringkat pentadbiran dan mendakwa pegawai-
pegawai yang menyeleweng serta mencadangkan perubahan dalam operasi kerajaan.
15
MODUL KHAS 940/1
(k) sebagai censorate pula mereka menjadi mata dan telinga maharaja, iaitu memaklumkan
kepada maharaja segala aktiviti pembesar-pembesar china kepada maharaja supaya dapat
mengambil tindakan yang sewajarnya.
ii. Perundangan
(a) Pembesar-pembesar memainkan peranan dalam bidang perundangan
(b) Mereka membantu maharaja menggubal undang-undang
(c) Mereka memainkan peranan dalam menetapkan dasar negara
(d) Pembesar turut menguatkuasakan arahan dan titah perintah maharaja
(e) Mereka juga menyediakan draf undang-undang edit dan warkah diraja
(f) Tugas ini dijalankan oleh pembesar-pembesar yang menganggotai Sekretariat Agung
iii. Kehakiman
(a) Pembesar-pembesar memainkan peranan dalam bidang kehakiman
(b) Mereka mempunyai kuasa membicarakan kes-kes di peringkat pusat dan wilayah
(c) Lembaga keadilan ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal kehakiman
(d) Pembesar-pembesar yang menganggotai lembaga ini mempunyai kuasa untuk
• Menjatuhkan hukuman
• Memberi pengampunan
• Membicarakan kes-kes rayuan
(e) Pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk mengendalikan hal ehwal kehakiman di peringkat
provinsi
(f) Majistret daerah memainkan peranan dalam membicarakan kes-kes di peringkat daerah
iv. Ketenteraan
(a) Pembesar-pembesar memainkan peranan dalam hal ehwal ketenteraan
(b) Pembesar pusat dilantik sebagai anggota Lembaga Peperangan
(c) Iembaga ini mcnguruskan pelantikan dan pemecatan pegawai tentera
16
MODUL KHAS 940/1
(d)) Pembesar-pembesar wilayah dilantik sebagai komander tentera
(e) Mereka dibenarkan menubuhkan pasukan tentera di peringkat wilayah
(f) Mereka berperanan memulihkan keamanan dan kestabilan politik di wilayah masing-masing
(g) Mereka dikehendaki menyediakan bantuan ketenteraan kepada pemerintah pusat
2. EKONOMI
(a) Pembesar-pembesar memainkan peranan dalam bidang ekonomi
(b) Mereka memberi nasihat kepada maharaja dalam aspek kewangan dan percukaian
(c) Pembesar-pembesar dilantik menganggotai lembaga hasil dalam negara
(d) Antara tugas lembaga ini ialah
• Mengutip cukai daripada penduduk tempatan
• Menguruskan pendaftaran tanah
(e) Mereka menyerahkan sebahagian daripada hasil cukai kepada maharaja
(f) Pesuruhjaya dilantik untuk menguruskan hal ehwal kewangan di peringkat provinsi
(g) Selain itu, terdapat juga pesuruhjaya bagi menguruskan garam, cukai, dan bijirin
(h) Dalam pada itu, majistret daerah ditugaskan mengutip cukai di peringkat daerah
3. SOSIAL
i. Keagamaan
(a) Pembesar-pembesar memainkan peranan sebagai ketua agama di peringkat wilayah
(b) Mereka dilantik oleh maharaja untuk menguruskan hal ehwal keagamaan
(c) Mereka mengetuai upacara-upacara ritual dan kerohanian yang diadakan di pusat dan
wilayah
(d) Pembesar-pembesar pusat dilantik untuk mengetuai Lembaga Upacara
(e) Lembaga ini berperanan mengetuai upacara diraja dan upacara korban
ii. Pendidikan
17
MODUL KHAS 940/1
(a) Pembesar-pembesar di China terdiri daripada golongan cerdik pandai
(b) Mereka memainkan peranan dalam bidang pendidikan dan pembelajaran
(c) Mereka membantu maharaja mengendalikan peperiksaan perkhidmatan awam
(d) Pembesar-pembesar pusat diberi tanggungjawab untuk menguruskan Akademi Hanlin
(e) Antara peranan akademi ini ialah menyelenggarakan kitab-kitab serta ensiklopedia
(f) Mereka turut mengumpul maklumat mengenai pemerintah dan menerbitkan biografi
pemerintah.
C. KESIMPULAN
i. Pembesar memainkan peranan yang penting untuk membentuk sebuah negara yang maju dan
dan stabil dari segi politik, dan ekonomi.
ii. Pembesar merupakan tulang belakang kepada maharaja untuk mempertahankan
kedudukannya dan menjalankan pemerintahan dengan lebih sistematik
3.BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PERKEMBANGAN
PESAT DALAM BIDANG PERTANIAN DI ENGLAND PADA ABAD KE 17 DAN 18.
(20M)
A. PENGENALAN
i. Pada akhir abad ke 17 revolusi pertanian telah berlaku di England. Pada masa ini berlaku
peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian secara besar-besaran.
ii. Peningkatan pengeluaran hasil pertanian ini mendorong pula kepada tercetus pula
revolusi perusahaan pada tahun 1760.
iii. Antara faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan dalam bidang pertanian
tersebut ialah
B. ISI UTAMA
1.Akta Pemagaran Tanah
i. Sebelum ini terdapat dua sistem pemilikan tanah di England iaitu tanah milik persendirian
dan tanah awam. Parlimen British telah meluluskan akhta pemagaran tanah awam.
18
MODUL KHAS 940/1
ii.Dengan kelulusan ini tuan-tuan tanah telah bertindak memagari tanah-tanah awam. Petani-
petani yang tidak mampu telah bertindak menjual tanah-tanah mereka.
iv. Antara tahun 1761 hingga tahun1792 terdapat 500 000 ekar tanah dipagari.
v. Tanah-tanah yang luas ini telah ditanam secara besar-besaran ini telah membawa kepada
lonjakan hasil pengeluaran.
2. Pengenalan Kaedah Baru Pertanian
i. Pada abad ke 18 telah diperkenalkan pelbagai kaedah pertanian baru antaranya ialah
sistem penanaman bergilir yang diperkenalkan oleh Lord Towenshend. Melalui kaedah
tanaman ini kesuburan tanah dapat dipelihara. Contohnya tanaman kentang digilirkan
dengan turnip.
ii. Thomas William Cake pula telah menambah baik sistem ini dan telah meningkatkan lagi
hasil pertanian.
iii. Pengenalan pertanian campur turut dilaksanakan .Dalam sistem penggiliran tanaman Lord
Townshend petani turut menanam rumput. Dengan itu rumput tersebut digunakan sebagai
makanan lembu.Ini melibatkan petani terlibat dengan pertanian campuran iaitu menanam
rumput dan menternak lembu.
iv. Coke of Holkham telah memperkenalkan kaedah menebus guna tanah pasir untuk
tanaman gandum dengan subur. Cara ini menyebabkan lebih banyak kawasan gandum
dapat ditanam.
v. Beliau juga turut memperkenalkan kaedah baru penyewaan tanah iaitu melalui kontrak
jangka panjang. Cara ini telah berjaya menarik ramai usahawan melabur dalam sektor
perladangan.
3. Kaedah Penternakan Baru
i. Robert Bakewell talah memperkenalkan kaedah baru dalam penternakan biri-biri dan
lembu. Beliau telah berjaya merevolusikan baka biri-biri terbaik dinamakan
Leicestershire . Melalui kaedah ini ternakan lebih cepat membesar dan matang.
ii. Bekalan daging, susu dan bulu telah dapat dipertingkatkan.Di samping itu najis binatang
ini membekalkan baja kepada petani untuk pertanian.
4. Teknologi Pertanian Baru
i. Hasil ciptaan baru juga telah meningkatkan hasil pengeluaran. Antaranya penggunaan alat
penggali dan mesin penabur benih Jethrol Tull. Kaedah baru ini telah mempercepatkan
kerja,tanaman teratur dan memudahkan kerja menggembur serta tanaman dapat ditanam
dengan banyak.
ii. Teknik membajak Rotterham, sejenis bajak berbentuk tiga segi. Penciptaan alat ini telah
membolehkan kerja membajak dapat dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan.
5. Pertambahan Penduduk
19
MODUL KHAS 940/1
i. Pertambahan penduduk England dan Wales turut menyumbangkan kepada perkembangan
pesat dalam bidang pertanian. Pada tahun 1700 jumlah penduduk England dan Wales
ialah 5,5 juta orang dan telah meningkat kepada 6.5 juta orang pada tahun 1750.
ii. Pertambahan penduduk telah menggalakkan kegiatan pertanian bagi memenuhi keperluan
makanan. Tambahan pula peningkatan penduduk juga telah membekalkan tenaga buruh
dalam sektor pertanian.
C.KESIMPULAN
i. Inovasi dalam kaedah,teknologi dan pengenalan tanaman baru telah membawa kepada
perkembangan pesat dalam pertanian di England.
ii. Ini terbukti melalui peningkatan eksport hasil pertanian dari 15% pada tahun 1750 kapada
45% pada tahun 1770.
4. BINCANGKAN IDEA-IDEA CHARLES LOUIS MONTESQUIEU DALAM
BIDANG POLITIK BERDASARKAN BUKU ‘THE SPIRIT OF LAW’ (20M)
A. PENDAHULUAN
i. Charles Louis Montesquie dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya Perancis pada 18
Januari 1689. Lulusan undang-undang dari Universiti Bordeaux dan berjaya menjadi peguam
20
MODUL KHAS 940/1
pada 1708. Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan banyak memberi sumbangan
dan idea semasa Zaman Pencerahan. Pada tahun 1716, Montesquieu dilantik sebagai Presiden
Parlimen Bordeaux menggantikan bapa saudaranya.
ii. Antara karya beliau ialah The Considerations on the Causes of the Grandeur and Decadence
of the Romans (1734) dan Letters Persanes (1721). Idea beliau melalui buku yang terkenal
ialah Spirit of the Laws yang diterbitkan pada tahun 1748 telah membawa perubahan yang
besar kepada lanskap politik dunia pada abad ke 19.
B. ISI
1. Doktrin Pembahagian Kuasa
i. Doktrin yang terkenal ialah doktrin pembahagian kuasa . Menurut beliau kuasa
perlu dibahagikan antara raja, bangsawan, bandar dan gereja. Beliau menegaskan
perlu ada pemisahan antara pembentuk undang-undang /perundangan (eksekutif),
Pelaksana keputusan perwakilan rakyat (kabinet) dan penghukum / pelanggar
undang-undang /kehakiman (judiciary).
ii. Penyelewengan mudah berlaku apabila ketiga-tiga kuasa tadi tidak dipisahkan.
Apabila ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat
akan memiliki kebebasan.
iii. Asas keadilan sebenar adalah untuk melakukan apa sahaja yang dibenarkan oleh
undang-undang yang dibuat oleh kerajaan dan kerajaan mengamalkan doktrin
pengasingan kuasa di mana undang-undang dibuat oleh badan legislative yang
ditadbir oleh badan eksekutif yang terpisah.
iv. Undang-undang dilaksanakan kepada semua warganegara oleh sebuah badan
kehakiman yang bebas. Keadilan tidak dapat ditegakkan jika pemerintah berkuasa
membuat penghakiman kerana akan lebih berpihak kepada pemerintah. Jika
pembuat undang-undang memahami kaitan antara undang-undang dengan prinsip
negara, mereka lebih layak untuk membuat reformasi dalam kerajaan masing-
masing tanpa memusnahkan kerajaan itu sendiri
v. Montesquieu tidak berkonfrantasi dengan golongan aristokrat tetapi memastikan
rakyat mendapat hak yang sepatutnya. Perkara penting dalam sistem monarki ialah
harus wujud penguasa yang mematuhi hukum, menghormati rakyat dan hak kaum
bangsawan. Ini boleh memperbaiki pemerintahan sesebuah negara.
vi. Beliau berpendapat undang-undang kebanyakan negara boleh menjadi lebih liberal,
berperikemanusiaan, dan mengelakkan penyelewangan kuasa. Oleh itu,
penganiayaan agama dan perhambaan boleh dihapuskan dan perdagangan boleh
digalakkan.
2. Doktrin pembahagian dan imbangan kuasa
i. Menentang pemerintahan mutlak di Perancis . Kuasa pemerintahan di Perancis
perlu dibahagikan antara parlimen, golongan bangsawan, estet-estet province,
21
MODUL KHAS 940/1
majlis perbandaran, dan pihak gereja. Menurut beliau pemerintahan mutlak
menyekat kebebasan hak asasi rakyat.
3. Bentuk Kerajaan berbeza-beza mengikut iklim
i. The Spirit of Laws mengetengahkan 2 idea utama iaitu pertama bentuk kerajaan
yang berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan tertentu. Contohnya
despotisme (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar yang besar dalam
iklim panas dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam negara kota kecil.
C. Kesimpulan
i. Charles Louis Montesquieu telah banyak memberikan sumbangan kepada Perancis
khususnya iaitu dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi di Perancis dan mengubah
secara drastik lanskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah apabila idea beliau tersebar ke
Negara-negara lain di benua Eropah.
ii. Idea dan doktrin beliau mempunyai pengaruh dalam penggubalan perlembagaan di dunia
hari ini termasuklah dalam penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1787.
5. HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN TERCETUSNYA
PERANG CANDU 1839-1842 (20M)
A. PENGENALAN
i. Perang Candu Pertama (1839-1842) juga dikenali sebagai Peperangan Inggeris-China
Pertama.
ii. Peperangan ini tercetus ekoran daripada pertembungan antara dua kebudayaan yang
bertentangan
22
MODUL KHAS 940/1
iii. Pertembungan budaya ini boleh dilihat dari aspek konsep perdagangan yang bertentangan,
sekatan kerajaan China terhadap perdagangan asing, sistem hubungan antarabangsa yang
bertentangan, pertentangan undang-undang ,kekejaman undang-undang China , kemasukan
candu dan tindakan Lin Tsu -Hse
iv. Peperangan ini menandakan dinasti Manchu telah mengalami kemerosotan dan
menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula bertapak di negara China
B.ISI
Faktor-faktor Perang Candu Pertama (1839-1842)
FAKTOR POLITIK
1. PERTENTANGAN KONSEP UNDANG-UNDANG
i Konsep undang-undang yang bertentangan juga merupakan faktor yang menyebabkan
tercetus perang antara China dengan Inggeris.
ii. Mengikut konsep undang-undang China, seseorang itu dianggap bersalah sehingga ia dapat
membuktikan bahawa ia tidak bersalah.
iii. Manakala konsep undang-undang Barat pula menekankan bahawa seseorang itu tidak
bersalah sehingga kesalahannya dapat dibuktikan.
iv. Pertentangan dalam konsep undang-undang China dan Barat menyebabkan hubungan antara
China dengan Inggeris menjadi bertambah buruk.
2.KEKEJAMAN UNDANG-UNDANG CHINA
i. Orang Barat menganggap undang-undang China bersifat tidak adil dan amat kejam.
ii. Pada tahun 1784, seorang kelasi kapal Lady Hughes telah melepaskan tembakan hormat
apabila sampai di Whampoa yang menyebabkan seorang Cina terbunuh.
iii. Kelasi berkenaan telah dicekik sehingga mati tanpa sebarang perbicaraan apabila
diserahkan kepada kerajaan China.
iv. Pada bulan Julai 1839, kelasi-kelasi Inggeris yang mabuk telah membunuh seorang Cina
bernama Lin Wei-hsi.
vi. Kerajaan China menuntut agar pesalah tersebut diserahkan kepadanya manakala pihak
Inggeris enggan berbuat demikian.
vi. Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara Inggeris dengan China menjadi semakin
tegang.
FAKTOR EKONOMI
3.KONSEP PERDAGANGAN YANG BERTENTANGAN
i. Kerajaan China dan negara-negara Barat mengamalkan konsep perdagangan yang
bertentangan.
ii Kerajaan China tidak berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan negara-
negara Barat kerana:
(a) negara China mampu memenuhi keperluannya.
23
MODUL KHAS 940/1
(b)sumber ekonomi utamanya berasaskan pertanian.
iii. Tambahan pula, masyarakat China menganggap aktiviti perdagangan sebagai kegiatan yang
hina.
iii. Sebaliknya, masyarakat Barat pula berpegang kepada dasar perdagangan bebas.
v. Negara-negara Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan pasaran dan bahan mentah untuk
kilang-kilang yang muncul ekoran Revolusi Perindustrian.
vi. Terdapat permintaan yang tinggi bagi barangan China seperti teh dan sutera di Britain.
4. SEKATAN TERHADAP PERDAGANGAN ASING
i Faktor seterusnya yang menyebabkan tercetus Perang Candu Pertama ialah sekatan yang
dikenakan oleh kerajaan China terhadap perdagangan asing.
ii Pada tahun 1757, Maharaja Chien Lung mengeluarkan perintah bahawa pedagang-pedagang
asing hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton.
iii. Tambahan pula, pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan membawa anggota keluarga
mereka ke pelabuhan Canton.
iv. Setelah selesai menjalankan urusan perniagaan di Canton, mereka dikehendaki kembali ke
Macao.
v. Di samping itu, pedagang-pedagang asing dibenarkan untuk menjalankan urusan
perdagangan melalui kesatuan saudagar China yang dikenali sebagai Co-hong.
vi. Selain itu, tindakan kerajaan China mengenakan cukai-cukai yang tinggi menimbulkan
perasaan tidak puas hati dalam kalangan pedagang-pedagang asing.
5. KEMASUKAN CANDU
i. Faktor serta-merta yang menyebabkan tercetus Perang Candu Pertama ialah tindakan orang
Inggeris membawa masuk bekalan candu ke negara China.
ii. Orang Inggeris menjual candu bagi mengimbangkan perdagangan teh dengan negara China.
iii. Antara tahun 1821 hingga 1839, jumlah candu yang diimport telah meningkat daripada
4244 buah peti kepada 40 200 buah peti.
iv. Perkembangan ini telah mengakibatkan imbangan perdagangan yang tidak menguntungkan
negara China.
v. Tambahan pula pengimportan candu menyebabkan pengaliran keluar wang perak yang telah
menjejaskan ekonomi negara China.
vi. Kerajaan China menentang pengimportan candu kerana menjejaskan kesihatan dan
menimbulkan masalah sosial dalam kalangan penduduk negara China.
FAKTOR SOSIAL
24
MODUL KHAS 940/1
6. PERTENTANGAN BUDAYA
i Pertentangan budaya antara negara China dengan negara-negara Barat juga merupakan faktor
yang menyebabkan Perang Candu Pertama.
ii. Negara China menganggap dirinya sebagai 'Chung Kao' atau pusat dunia yang bertamadun.
iii. Maharaja China menganggap dirinya sebagai anak syurga dan pemerintah sejagat.
iv. Orang Cina menganggap orang Barat sebagai orang gasar yang tidak bertamadun.
v. Negara China juga menganggap negara-negara Barat bertaraf rendah dan tidak mahu
menjalinkan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf.
vi. Dalam pada itu, negara China menganggap semua duta Barat sebagai pembawa ufti yang
harus Kowtow, iaitu melutut tanda hormat dihadapan Maharaja.
vii. Percubaan British menghantar utusan yang diketuai oleh George Macartney (1793) dan
Lord Amherst (1816) ke Peking untuk menuntut perwakilan diplomatik dan syarat-syarat
perdagangan yang liberal menemui kegagalan.
Viii. Pertentangan budaya dan keengganan negara China untuk mengadakan hubungan
diplomatik dengan Britain atas dasar sama taraf telah memaksa Britain menggunakan
kekerasan.
FAKTOR SERTA MERTA
7. TINDAKAN LIN TSU-HSE
i. Tindakan drastik yang diambil oleh Lin Tsu-Hse bagi menghapuskan perdagangan candu
telah menyebabkan tercetus perang antara kerajaan China dengan Inggeris.
ii. Pada tahun 1839, Maharaja China telah melantik Lin Tsu-Hse sebagai pesuruhjaya imperial
untuk menghapuskan perdagangan candu.
iii. Pada 18 Mac 1839, Lin Tse-hsu telah mengeluarkan titah perintah meminta orang asing
supaya:
(a) menyerahkan semua candu kepada kerajaan China
(b) memberi akuan untuk tidak membawa masuk candu ke negara China.
iv. Ekoran daripada titah perintah tersebut, Kapten Charles Elliot menyerahkan 20 283 buah
peti candu kepada kerajaan China untuk dimusnahkan.
v. Namun demikian, Inggeris enggan memberi surat akuan untuk tidak membawa masuk candu
ke negara China.
vi. Perkembangan ini telah menyebabkan Kapten Elliot bertindak menyerang Chuenpi pada
bulan November 1839.
vii. Kerajaan Britain menjadikan peristiwa candu sebagai alasan untuk mengisytiharkan perang
ke atas negara China.
C. KESIMPULAN
25
MODUL KHAS 940/1
i. Pertembungan budaya yang bertentangan memang merupakan faktor utama yang
menyebabkan tercetus Perang Candu 1839-1842.
ii. Namun isu candu menjadi faktor semerta yang mencetuskan perang candu Pertama ini.
iii. Perang ini menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula bertapak dan meluaskan pengaruh di
China.
iii. Perang ini juga telah menjejaskan maruah dan kedaulatan China kerana telah dipaksa
menandatangani perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat.
6. BINCANGKAN PENGLIBATAN UNITED KINGDOM DARI ASPEK POLITIK
DAN EKONOMI DALAM KOMANWEL.
A. Pendahuluan
i. Pertubuhan Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 dan merupakan salah satu organisasi
yang penting. Keanggotaannya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang telah
26
MODUL KHAS 940/1
mencapai kemerdekaan. Pada akhir tahun 1950-an, kebanyakan bekas tanah jajahan di Afrika,
Asia, Carribbean, dan Pasifik yang mencapai kemerdekaan memilih untuk menyertai
Komanwel.
ii. Negara-negara ini yang mempunyai latar belakang sejarah yang sama melalui pengalaman
dijajah oleh British dibenarkan memilih jenis kerajaan sama ada berbentuk republik, monarki,
atau menerima monarki British.
iii. United Kingdom telah banyak memberi sumbangan dalam Komanwel.
B. Isi
Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel dari aspek Politik
1. Sebagai pengasas dan ketua Komanwel
i. Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel yang utama ialah menubuhkan Pertubuhan
Komanwel. United Kingdom boleh dianggap sebagai "pengasas" dan "ketua" Komanwel.
Penubuhan ini berjaya menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya daripada
tanah jajahannya lenyap begitu sahaja.
ii. Hanya empayar British sahaja yang berjaya mewujudkan sebuah pertubuhan yang disertai
oleh negara-negara bekas tanah jajahannya yang dahulu pernah ditakluki tetapi kini
mempunyai status yang sama dengan Britain.
2. Memerintah tanah jajahannya berkerajaan sendiri
i. United Kingdom dalam Komanwel telah memerintah tanah jajahannya ke arah berkerajaan
sendiri seterusnya memberi kemerdekaan. Buktinya, bekas tanah jajahan British tidak dipaksa
untuk menyertai Komanwel dan keahliannya dalam Komanwel adalah bebas, iaitu boleh
menarik diri daripada Komanwel pada bila-bila masa. Misalnya, Myanmar meninggalkan
Komanwel pada tahun I'Hfl dan Republik Ireland meninggalkan pertubuhan ini pada tahun
1949.
ii. Negara-negara anggota juga disyaratkan supaya bersedia untuk bekerjasama dengan ahli-
ahli demi kepentingan bersama. Semasa Persidangan Perhubungan Komanwel di Lahore,
Pakistan pada tahun 1954, dua syarat lagi dicadangkan, iaitu mempunyai sistem parlimen dan
berkemampuan untuk mentadbir negara.
3. Pengekalan legasi monarkinya
i. Penyertaan keanggotaan dalam Komanwel juga secara tidak langsung mengekalkan legasi
monarki United Kingdom. Pengekalan legasi ini memberi pengiktirafan kepada Queen (Raja
Inggeris) sebagai ketua negara dan mengekalkan keunikan Komanwel.
27
MODUL KHAS 940/1
ii. Oleh itu, keanggotaan dalam Komanwel bukan secara automatik dan bekas-bekas tanah
jajahan British tidak semestinya diterima terus menjadi anggota setelah mencapai
kemerdekaan. Sesebuah negara bekas tanah jajahan British perlu memohon untuk menjadi ahli
Komanwel. Malahan, syarat seterusnya ialah negara-negara anggota yang berhasrat untuk
menukarkan status monarki menjadi republik, maka negara tersebut mestilah memaklumkan
kepada negara-negara anggota yang lain. Kesannya, lebih kurang 16 buah negara anggota
Komanwel memilih untuk mengakui Queen (Raja Inggeris) sebagai ketua negara.
4. Pengekalan model Barat
i. Sumbangan United Kingdom dalam penubuhan Komanwel adalah dengan memperkenalkan
sistem sosial, ekonomi, dan poliolitik berdasarkan model Barat. Penerapan sistem undang-
undang, birokrasi, ekonomi, dan lain-lain ini menjadikan struktur pentadbiran negara-negara
Komanwel lebih kemas dan berkesan.
ii. Keselarasan struktur politik, sosial, birokrasi serta sistem ekonomi yang sudah sebati dan
menjadi tradisi kepada negara Komanwel menyebabkan mereka lebih cenderung mengekalkan
hubungan baik dengan United Kingdom.
Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel dari aspek Ekonomi
5. Memberi bantuan ekonomi
i. United Kingdom ini juga menjalankan tanggungjawabnya untuk membangunkan tanah
jajahannya, termasuk wilayah-wilayah yang diamanahkan kepadanya yang ketinggalan dari
segi ekonomi. Oleh itu, Komanwel telah mengambil langkah yang wajar dengan bekerjasama
secara multilateral dalam bidang ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahannya akan
mengukuhkan ekonomi negara-negara berkenaan.
ii. Buktinya, negara Komanwel mengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah, jut,
getah, minyak sawit, dan koko dunia. Malahan, negara Komanwel juga menyumbang separuh
daripada kduaran aluminium dunia.
6. Mewujudkan Rancangan Colombo
i. United Kingdom telah memujuk Amerika Syarikat, Kanada, dan Jepun untuk mewujudkan
Rancangan Colombo pada tahun 1950. Rancangan ini yang bertujuan memberi bantuan
kewangan, teknikal, dan biasiswa kepada negara-negara kurang maju. Dalam bidang ekonomi,
bantuan pembangunan tanah dan pertanian serta pengekalan kaedah pertaian moden telah
disumbangkan.
ii. Buktinya, beberapa negara anggota Komanwel seperti India, Fiji, Sri Lanka, dan Tanah
Melayu menikmati faedah daripada program ini sama ada dalam bidang pendidikan, dan
pembinaan infrastruktur, iaitu jalan raya, kereta api, serta sistem pengairan.
C. Penutup
i. Sumbangan United Kingdom dalam Komanwel berjaya mewujudkan kerjasama dalam
bidang ekonomi, pelajaran, teknikal, dan lain-lain.
28
MODUL KHAS 940/1
ii. Kerjasama yang wujud ini telah menyebabkan negara-negara anggota tidak meninggalkan
Komanwel.
BAHAGIAN B:
KOMPILASI SOALAN DARI NEGERI PULAU PINANG
29
MODUL KHAS 940/1
TEMA 1 : MASYARAKAT
SOALAN 1 : MASYARAKAT FEUDAL ENGLAND DAN JEPUN
MEMPUNYAI CORAK KEHIDUPAN YANG UNIK
PADA ABAD KE-16 DAN 17. BANDINGKAN.
PENGENALAN
Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu
tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu
adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan England
mengamalkan sistem feudal pada abad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada
di bawah kekuasaan Keshogunan Tokugawa. Di England pula berada di bawah pemerintahan
monarki baru. Amalan sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan
tersendiri.
ISI-ISI PENTING
Dalam susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke 17, raja mempunyai
kedudukan yang tertinggi. Raja pada masa itu sangat dihormati dan merupakan lambang
perpaduan. Raja juga sering dikaitkan dengan agama dan kepercayaan. Raja England
merupakan ketua gereja Kristian. Manakala Maharaja Jepun merupakan Tuhan Matahari.
Malahan pada masa itu, Raja England merupakan pemerintah berkuasa mutlak. Sebaliknya
Maharaja Jepun hanya memerintah dari segi teori sahaja. Hal ini kerana Maharaja Jepun telah
menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada Shogun sejak tahun 1192. Menjelang abad
ke-17, Shogun Tokugawa memerintah Jepun bagi pihak Maharaja. Maharaja tinggal terpencil
dan terpisah di Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai istana.
Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan pembesar. Golongan bangsawan di England
dikenali sebagai Lord. Di negara Jepun, pembesar dikenali sebagai Daimyo. Kedudukan
bangsawan di England terbahagi kepada beberapa lapisan seperti bangsawan kelas pertama,
bangsawan kelas kedua dan bangsawan kelas ketiga. Pembahagian berkaitan dengan keluasan
tanah yang dimiliki.
Manakala di negara Jepun terdapat seorang ketua Daimyo yang dikenali sebagai Shogun.
Daimyo-daimyo pula dibahagi kepada 3 golongan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan
Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya. Mereka
membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan dikurniakan tanah di bahagian tengah dan
utara Honshu. Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah bersaudara yang terdiri daripada
saudara-mara keluarga Tokugawa. Daimyo Tuzama pula dikenali sebagai Daimyo luar di
mana mereka merupakan musuh Shogun Tokugawa yang terdiri daripada suku-suku Barat.
Mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi mengelakkan mereka menjadi terlalu kuat
30
MODUL KHAS 940/1
dan mengancam kedudukan Shogun. Oleh itu sistem pembesar feudal di Jepun sangat berbeza
dengan sistem pembesar feudal di England.
Di negara Jepun, Daimyo memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam bidang
pentadbiran. Golongan Daimyo menguasai dan mentadbir daerah-daerah yang diberikan oleh
Shogun kepada mereka. Manakala kedudukan bangsawan di England mengalami kemerosotan
dengan kemunculan monarki baru. Raja monarki baru mampu mengawal golongan bangsawan.
Hal ini kerana mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada ketenteraan yang dibekalkan
bangsawan kerana raja mempunyai tentera upahan. Namun begitu Raja masih lagi memerlukan
sokongan golongan bangsawan . Raja telah memberi gelaran-gelaran kepada golongan
bangsawan seperti Lord , Earl dan Duke justeru kesetiaan bangsawan terhadap raja dapat
dikekalkan. Di Jepun pula, Shogun telah memberi tanah kepada daimyo untuk mendapatkan
sokongan dan kesetiaan.
Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan ketenteraan. Di England golongan tentera
dikenali sebagai Knight. Di Jepun golongan tentera dikenali sebagai Samurai. Knight dan
Samurai ini berkhidmat kepada pembesar. Golongan Knight di England mempunyai hak untuk
mengutip cukai daripada penduduk di bawah penguasaan mereka. Sebaliknya golongan
Samurai Jepun tidak mempunyai tanah. Oleh itu, kekayaan golongan Knight diukur
berdasarkan jumlah tanah yang dimiliki tetapi kekayaan golongan samurai diukur berdasarkan
jumlah beras yang dimiliki. Satu lagi perbezaan antara Knight dan Samurai ialah golongan
Knight di England adalah buta huruf dan hanya menawarkan perkhidmatan mereka dalam
bidang ketenteraan. Sebaliknya golongan Samurai merupakan golongan yang paling
berpendidikan dalam sistem feudal. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan
pahlawadi Jepun. Semasa zaman keamanan Tokugawa, Samurai melibatkan diri dalam aktiviti
kesenian seperti tarian Kabuki.
Masyarakat petani merupakan golongan yang penting dalam sistem feudal di Jepun dan
England. Di England golongan petani dikenali sebagai Freeman dan Villein, manakala
golongan petani Jepun dikenali sebagai Nomin. Di England golongan petani tidak mempunyai
tanah dan hanya mengusahakan tanah milik tuan tanah. Sebagai balasannya , tuan tanah akan
memberi mereka perlindungan dan jaminan keselamatan. Sebaliknya petani di Jepun
mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam kalangan rakyat jelata. Mereka memiliki tanah
sendiri . Golongan petani akan membayar sewa kepada tuan tanah dengan menyerahkan
sebahagian daripada hasil pertanian. Di samping itu, petani juga diperlukan untuk menawarkan
khidmat buruh kepada tuan tanah. Manakala petani di Jepun terpaksa membayar cukai yang
tinggi. Kebiasaannya petani Jepun menyerahkan 50% daripada hasil keluaran sebagai cukai
tahunan kepada daimyo. Petani juga memberi beras kepada Samurai untuk mendapat jaminan
keselamatan.
KESIMPULAN
Terdapat perbezaan dan persamaan dalam sistem feudal yang menjadi amalan di Jepun dan
England. Kedua-dua sistem feudal mempunyai keunikan masing-masing.
SOALAN 2 : BANDINGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI
ENGLAND DAN JEPUN PADA ABAD KE-16 DAN 17
31
MODUL KHAS 940/1
PENGENALAN :
Sistem Feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu
tertentu dan kedudukannya adalah mengikut kelas bersusun lapis mengikut hieraki. Masyarakat
feudal adalah masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan aturan yang
ditetapkan oleh pemerintah ke atas golongan yang diperintah. Kedua-dua golongan ini hidup
berdasarkan keturunan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Masyarakat feudal di
England memperlihatkan Raja mempunyai kuasa mutlak dan berada di kedudukan teratas,
diikuti oleh Count (Bangsawan) , Lord (Tuan Tanah) , Manor dan Serf (Petani) manakala
masyarakat feudal di Jepun meletakkan Maharaja pada kedudukan tertinggi dan mempunyai
kuasa yang tidak terbatas dan mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga Syogun dan dibantu
oleg Daimyo serta Samurai. Jelasnya, terdapat beberapa perbandingan ciri antara masyarakat
feudal England dan Jepun pada abad ke-16 dan 17.
ISI-ISI PENTING JEPUN
1. Kedudukan Maharaja
ENGLAND
1. Kedudukan Raja
• Munculnya sistem pemerintahan • Maharaja dianggap sebagai pemerintah
keduniaan dan kerohanian. Maharaja
monarki mutlak di England pada Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan
yang bertujuan meningkatkan dan
abad ke-16 dan 17. Raja menguatkan kedudukan maharaja serta
menanam kesetiaan rakyat kepada
mempunyai kuasa mutlak dalam maharaja.
bidang pentadbiran, • Maharaja berperanan sebagai ketua
agama dan ketua negara. Tetapi,
perundangan dan kehakiman. Raja Maharaja tidak mempunyai kuasa
pemerintahan di bawah Shogun
juga mempunyai kedudukan Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil
dan terpisah di Kyoto dengan di kelilingi
tertinggi dalam susun lapis oleh pegawai istana ( Kuge )
masyarakat. Seseorang raja 2.
2. 2. Kedudukan Shogun.
mengambil langkah seperti yang
dilakukan oleh Raja Henry VII
untuk mengukuhkan
kedudukannya .
• Keadaan politik tidak stabil.
Pemerintahan pusat yang lemah
menyebabkan. peperangan sering
berlaku antara wilayah.
Kedudukan raja lemah (pemerintah
pusat) kerana berkongsi kuasa
dengan golongan pembesar.
Golongan pembesar pula sering
menentang raja.
2. Kedudukan Bangsawan
32
MODUL KHAS 940/1
• Pengaruh dan kekuasaan golongan • Shogun merupakan golongan bangsawan.
Kuasa pemerintah yang sebenar berada di
bangsawan merosot menjelang tangan Shogun Tokugawa. Shogun
menjalankan tugas atas nama maharaja
abad ke-16 dan 17. Kedudukan raja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini
dilakukan supaya kedudukan Shogun
semakin kukuh ekoran terjamin.
perkembangan pesat yang berlaku • Shogun telah membahagikan kawasan
pemerintahan berdasarkan golongan
dalam bidang ekonomi. bangsawan atau Daimyo yang menyokong
dan menentangnya. Daimyo yang
Penglibatan raja dalam bidang menyokong Shogun akan diberi tanah
manakala bangsawan yang menentangnya
ekonomi kapitalis mengukuhkan ditempatkan di kawasan yang akan dikawal
oleh sekutu Tokugawa. Kerajaan Tokugawa
kedudukan dan pengaruhnya. ini di kenali sebagai Kerajan Bakufu
(ketenteraan) yang berpusat di Edo.
Perkembangan ini menyebabkan
3. Kedudukan Samurai
raja England dapat mengawal
golongan bangsawan. Pegawai-
pegawai pentadbir muncul apabila
berlaku kemerosotan pengaruh
bangsawan .
• Mereka menerima gaji daripada
raja kerana membantu
mengendalikan pemerintahan dan
pentadbiran. Mereka juga terdiri
daripada rakyat biasa yang
mempunyai kebolehan dan
kewibawaan dalan pentadbiran .
3. Kedudukan Knight • Samurai merupakan kelas pahlawan
(tentera). Mereka mempunyai kedudukan
• Golongan Knight memainkan istemewa iaitu mempunyai nama keluarga
peranan dalam bidang ketenteraan. dan mempunyai dua bilah pedang. Samurai
Tanggungjawab mereka adalah berfungsi untuk menjaga keamanan Negara
mempertahankan raja dan dan keselamatan shogun serta daimyo.
golongan bangsawan daripada Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja
ancaman musuh. Mereka lain.
menerima ganjaran dalam bentuk
tanah dan harta benda daripada raja • Jumlah golongan Samurai kira-kira
dan golongan bangsawan . 400, 000 orang iaitu kira-kira 6% daripada
jumlah penduduk Jepun. Golongan samurai
• Menjelang abad ke-16 dan 17 terbahagi kepada taraf tinggi, sederhana dan
peranan dan kedudukan mereka rendah. Samurai bertaraf tinggi tidak ramai
mula berubah kerana pemerintahan bilangannya dan dibenarkan memiliki tanah,
England tidak perlu lagi Samurai bersederhana merupakan Samurai
bergantung kepada khidmat berkuda manakala kelas rendah adalah Samurai
mereka untuk mempertahankan berjalan kaki.
negara daripada ancaman musuh .
4.
33
MODUL KHAS 940/1
• Raja menubuhkan pasukan tentera 4. Kewajipan Peribadi
yang berada di bawah kawalan dan
penguasaan sendiri. Perkembangan • Dalam masyarakat feudal, wujud
ini menyebabkan pasukan tentera hubungan peribadi antara Shogun dan
tidak didominasi oleh golongan Daimyo. Shogun menyerahkan tanah
Knight sahaja malah golongan kepada golongan Daimyo yang setia
petani dan rakyat biasa juga boleh kepadanya. Sebagai balasan, Daimyo
direkrut untuk berkhidmat dalam akan membantu shogun dalam
pasukan tentera. pentadbiran dan ketenteraan.
4. Kewajipan Peribadi • Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling
bertanggungjawab terhadap kepentingan
• Wujud hubungan peribadi antara bersama, iaitu satu pihak memberikan
Lord (tuan tanah) dan Vassal perlindungan manakala satu pihak lagi
(penyewa tanah). Hubungan antara menawarkan perkhidmatan dalam
kedua pihak tersebut adalah pentadbiran dan ketenteraan.
berdasarkan kepada ikatan
perjanjian (kontrak). Satu pihak 5. Mobiliti Sosial
memberi perlindungan manakala
satu lagi menawarkan • Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke 16
perkhidmatan tentera . dan ke 17 terdiri daripada beberapa lapisan.
Setiap lapisan dalam masyarakat feudal
• Berlaku perubahan dalam mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan
hubungan antara raja dengan politik yang berlainan.
golongan bangsawan pada abad
ke16 dan 17. Kedudukan raja yang • Kedudukan dan status masyarakat
semakin kukuh menyebabkan raja ditentukan berdasarkan keturunan dan
tidak perlu lagi bergantung kepada sistem kelas. Dalam hal ini, perubahan
golongan bangsawan bagi status dan mobilitI sosial dalam masyarakat
mendapatkan bantuan ketenteraan . feudal di Jepun yang berlaku. Umpamanya,
golongan pedagang merupakan golongan
5. Mobiliti Sosial yang di pandang rendah dan tidak berlaku
mobiliti sosial.
• Masyarakat feudal pada Zaman
Pertengahan merupakan
masyarakat yang bersusun lapis.
Setiap lapisan mempunyai
kedudukan ekonomi , politik , dan
sosial yang berlainan. Perubahan
dalam kedudukan sosial dan status
masyarakat jarang berlaku. Setiap
golongan harus melaksanakan
peranan dan tanggungjawab yang
telah ditetapkan.
34
MODUL KHAS 940/1
• Perubahan dalam bidang politik ,
ekonomi dan sosial yang berlaku
pada abad ke-16 dan 17,
mewujudkan mobiliti sosial dalam
masyarakat. Perkembangan ini
menyebabkan struktur susun lapis
masyarakat turut mengalami
perubahan. Jawatan-jawatan
penting dalam kerajaan yang
dimonopoli oleh golongan
bangsawan kini disandang oleh
rakyat biasa. Ini menyebabkan
muncul golongan pertengahan dan 6. Pemilikan Tanah.
kelas menengah dalam masyarakat .
6. Ekonomi • Zaman keshogunan Tokugawa , wilayah
di serahkan kepada vassal yang setia
• Masyarakat bergantung kepada kepada shogun. Selain itu, Shogun
tanah dan tinggal dalam komuniti memberikan tanah kepada tuan tanah
kampung yang dikenali sebagai (Daimyo ) yang setia kepadanya. Daimyo yang
manor. Kegiatan ekonomi setia akan mengawasi gerak geri Daimyo yang di
bergantong kepada aktiviti ragui kesetiannya.
pertanian. Manor menjadi asas
ekonomi feudalisme kerana manor • Tokugawa Ieyasu mengambil langkah
yang menghasilkan makanan untuk untuk merampas tanah daripada daimyo
semua lapisan masyarakat yang menentang pemerintahannya.
termasuk raja. Tanah-tanah yang di rampas diserahkan
• Kegiatan perdagangan tidak kepada tentera dan tuan tanah yang setia
meluas kerana manor tidak kepadanya. Shogun melantik pegawai-
menjalankan perdagangan dengan pegawai untuk mentadbir dan
manor yang lain sebaliknya mereka menguruskan tanah miliknya. Pegawai
menghasilkan barangan untuk yang menguruskan tanah itu dikenali
keperluan sendiri. perkembangan sebagai Gundai dan Daskan.
ekonomi terhad dan perniagaan
dkendalikan secara sistem barter
7. Agama
7. Agama • Feudalisme di Jepun dipengaruhi agama
Buddha. Pada zaman Kamakura,
• Gereja Katolik merupakan institusi kemerosotan kerajaan pusat dan
yang berkuasa, mereka memiliki kekacauan menyebabkan rakyat
sebahagian besar tanah. Institusi mempercayai agama Buddha untuk
gereja mengongkong kehidupan menjamin keselamatan mereka.
masyarakat pada zaman feudal. Pahlawan-pahlawan juga mula mendapat
ketenangan dengan melakukan meditasi
35
MODUL KHAS 940/1
• Pengaruh gereja Khatolik kepada agama Buddha yang dikenali
merangkumi seluruh kehidupan sebagai Zen.
masyarakat. Gereja menekankan
aspek kerohanian (keagamaan) dan
kurang menekankan aspek
duniawi.
KESIMPULAN
Masyarakat feudal England dan Jepun mempunyai ciri-ciri tersendiri yang merangkumi aspek
sosial,ekonomi dan politik. Dalam konteks ini, di England satu pihak menawarkan
perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan. Manakala masyarakat
feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat berdasarkan pekerjaan yang
diwarisi. Malah kedudukan masyarakat Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan Meiji dan
dianggap sebagai Raja Berpelembagaan. Maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari
ini.
Nota tambahan : Perbezaan Feudalisme di England dan Jepun
• Feudalisme England dan Jepun berbeza dari segi etika.
• Kesetiaan dalam tamadun England berasaskan perundangan atau perjanjian bertulis
sebaliknya dalam feudalisme di Jepun, kesetiaan berasaskan kepada etika dan budi
pekerti.
• Dalam feudalisme Jepun,wanita boleh mewarisi harta dan mempunyai kedudukan
dalam masyarakat.
• Selain itu wanita harus mempunyai sifat keberanian, tabah dan kesetiaan seperti lelaki.
• Pahlawan Jepun menunjukkan minat yang tinggi dalam kesarjanaan dan seni.
• Dalam pada itu, pahlawan England adalah buta mereka hanya dikehendaki untuk
berkhidmat sebagai pahlawan.
• Pemilikan ilmu tidak dianggap sebagai perkara yang mulia dalam alangan pahlawan di
England
• Sebahagian daripada ciri-ciri masyarakat Jepun yang masih wujud hari ini ialah warisan
zaman Kamakura. Hal ini termasuklah penekanan kepada kesetiaan,berani,berjimat
cermat dan seni mempertahankan diri.
• Tindakan membunuh diri dianggap tindakan yang mulia apabila seseorang itu didapati
bersalah. Ia dianggap jalan keluar yang mulia.
• Feudalisme Jepun dipengaruhi oleh agama Buddha manakala feudalisme di England
dipengaruhi agama Kristian. Pada zaman Kamakura, kemerosotan kerajaan pusat dan
kekacauan menyebabkan rakyat mempercayai agama Buddha untuk menjamin
keselamatan mereka.Pahlawan-pahlawan juga mula mendapat ketenangan dengan
melakukan meditasi kepada agama Buddha yang dikenali sebagai Zen.
36
MODUL KHAS 940/1
SOALAN 3. : HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN MASYARAKAT
INDUSTRI DI ENGLAND DAN JERMAN PADA ABAD
KE-18 DAN 19.
PENDAHULUAN
• Menjelang abad ke-18 hingga abad ke-19 , tercetus revolusi yang dikenali sebagai
Revolusi Perindustrian di England dan kemudiannya di Jerman.
• Revolusi Perindustrian menyebabkan England dan Jerman mengalami perubahan
daripada negara pertanian kepada negara berasaskan perindustrian.
• Revolusi ini menyebabkan jentera digunakan secara meluas dalam sektor perkilangan.
• Perkembangan ini juga menyebabkan berlakunya peningkatan dalam pengeluaran dan
pertumbuhan ekonomi yang pesat.
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND
1] Pertambahan penduduk
• Pertambahan penduduk menyebabkan wujudnya bekalan tenaga buruh yang mencukupi
untuk sektor perkilangan.
• Pertambahan penduduk mewujudkan pasaran bagi barangan keluaran kilang-kilang
perindustrian.
• Penghijrahan pekerja dari Ireland dan Scotland menyebabkan terdapat tenaga kerja
yang ramai untuk bekerja di sektor perkilangan.
2] Kekayaan bahan mentah
• Terdapat bekalan bahan mentah seperti arang batu dan bijih besi di England.
• Bekalan arang batu yang banyak terdapat di New Castle dan Wales.
• Penguasaan tanah-tanah jajahan di Asia dan Afrika turut menjamin bekalan bahan
mentah yang mencukupi dan berterusan untuk kilang-kilang perindustrian di England.
3] Kemajuan pengangkutan
• Kemajuan dalam bidang pengangkutan membantu dalam pengagihan barang-barang ke
seluruh negara.
• Penggunaan kenderaan berkuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan
seperti kereta api dan kapal laut.
4] Perkembangan merkantilisme
37
MODUL KHAS 940/1
• Menjelang abad ke16 dan abad ke17, muncul kegiatan ekonomi merkantilisme di
England.
• Perkembangan merkantilisme menyediakan kekayaan dan modal untuk
mempelopori Revolusi Perindustrian.
• Sistem merkantilisme menekankan pemberian latihan kemahiran untuk pekerja-
pekerja menerusi ` Dasar Perantis `. Dasar ini menyediakan ramai tenaga kerja yang
mahir untuk berkhidmat dalam sektor perindustrian.
5] Modal mencukupi
• Terdapat modal yang mencukupi untuk pelaburan dalam sektor perindustrian di
England.
• England memiliki modal yang banyak yang dipusatkan di Bank of England.
• Kemunculan institusi perbankan menyebabkan terdapat kemudahan pinjaman bagi
membiayai projek-projek perindustrian.
6] Iklim yang sesuai untuk perindustrian
• Iklim yang sesuai meransang pertumbuhan sektor perindustrian.
• Perkembangan perusahaan kapas di Lancashire disebabkan oleh keadaan iklim yang
sesuai.
• Iklim lembap sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan air yang mencukupi
untuk membasuh, meluntur dan mencelup bulu yang digunakan dalam industri tekstil.
7] Kemajuan sains dan teknologi
• Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan beberapa rekaan
dan ciptaan baharu ditemui.
• Penciptaan mesin-mesin baru menggalakkan perkembangan perindustrian di England.
• Paten diberikan kepada pencipta bagi menggelakkan orang lain meniru hasil ciptaan
mereka.
• Perkembangan ini menggalakkan orang ramai mencipta mesin-mesin baharu bagi
kegunaan perindustrian.
8] Kestabilan politik di England
• Kestabilan politik turut menyumbang kepada pertumbuhan sektor perindustrian di
England.
• Pada masa itu, England tidak terlibat dalam peperangan dengan negara lain.
• Keadaan ini memberi ruang kepada masyarakat di England untuk menghasilkan
ciptaan-ciptaan baharu.
9] Semangat keusahawanan
38
MODUL KHAS 940/1
• Semangat keusahawanan dalam kalangan tokoh-tokoh perindustrian membantu
pertumbuhan industri di England.
• Semangat ini melahirkan tokoh-tokoh yang kreatif dan inovatif seperti James Watt dan
Matthew Boulton.
• Tokoh-tokoh ini terlibat dalam penciptaan mesin-mesin baharu dan menubuhkan
syarikatsyarikat bagi memasarkan engin tersebut.
• Kemunculan golongan usahawan merupakan faktor yang menggalakkan perkembangan
sektor perindustrian di England.
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN
1] Penyatuan Jerman
• Penyatuan Jerman pada 1871 oleh Otto von Bismark telah meletakkan asas yang
kukuh bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan,
Jerman muncul sebagai sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah.
• Penyatuan Jerman ini telah membawa kepada kemajuan sistem pengangkutan dan
perhubungan , kemajuan dalam ekonomi dan kestabilan politik. Keadaan ini telah
meransang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas tahun 1878,
kerajaan mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sektor perindustrian.
2] Kemajuan Pertanian
• Kemajuan dalam bidang pertanian meletakkan asas bagi pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman.
• Selepas penyatuan Jerman, sektor pertanian mula mengalami kemajuan dan
berkembang dengan pesat melalui penerbitan karya mengenai teknologi pertanian
seperti Introduction to the Knowledge of English Agriculture- Principle of Rational
Agriculture pada tahun 1789 oleh Albrecht Thaer. Justus von Liebig menjalankan
kajian tentang penggunaan kimia bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
• Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik telah menyebabkan berlaku
peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.
• Kerajaan turut memberi sumbangan dalam memajukan bidang pertanian melalui
penubuhan sekolah pertanian dan universiti.
• Institusi ini telah menjalankan kajian dalam bidang pertanian dan menawarkan mata
pelajaran yang berkaitan dengan bidang pertanian.
• Sebelum Perang Dunia Pertama terdapat lebih kurang 2000 buah sekolah pertanian di
seluruh Jerman. Antara 1905 hingga 1912, Jerman mendahului negara-negara lain
dalam pengeluaran hasil pertanian.
3] Kemajuan dalam bidang Penyelidikan
• Kemajuan dalam bidang penyelidikan meransang pertumbuhan sektor perindustrian di
Jerman. Banyak makmal penyelidikan telah dibina oleh syarikat kimia dan elektrik di
39
MODUL KHAS 940/1
Jerman bagi membolehkan ahli-ahli Kimia dan Fizik menjalankan kajian dan
penyelidikan.
• Penyelidikan ini telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan
inovasi baharu. Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman muncul sebagai
pemimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik pada akhir abad ke-19.
4] Penubuhan Koperasi
• Koperasi memainkan peranan dalam perkembangan sektor perindustrian di Jerman
dengan memberikan bantuan kewangan kepada penduduk untuk melibatkan diri dalam
perindustrian.
• Kesatuan kredit juga ditubuhkan di seluruh Jerman bagi meransang pertumbuhan sektor
perindustrian dan memberi bantuan kewangan kepada penduduk bandar seperti
Kesatuan Kredit Schulze Delitzsch. Menjelang tahun 1911, terdapat lebih kurang
25000 buah kesatuan kredit di seluruh Jerman.
• Institusi koperasi dan kesatuan kredit memainkan peranan dalam pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman.
5] Penghapusan Sistem Guild
• Penghapusan sistem guild juga menjadi salah satu faktor yang mendorong
perkembangan industri di Jerman. Sebelum penyatuan Jerman, seseorang yang
ingin terlibat dalam bidang perindustrian perlu mempunyai pengalaman dalam
guild selama beberapa tahun. Ia merupakan syarat wajib. Sistem ini menjadi
penghalang kepada perkembangan perindustrian di Jerman.
• Pada tahun 1811, kerajaan bertindak menghapuskan monopoli dan keistimewaan
guild melalui Peraturan 1811. Penghapusan ini telah menjadi asas bagi
pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.
6] Penghijrahan penduduk ke bandar
• Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar membantu perkembangan
sektor perindustrian di Jerman. Sebelum penyatuan Jerman, tiga perempat daripada
penduduk Jerman tinggal menetap di luar bandar.
• Pada tahun 1871, terdapat 8 buah bandar di Jerman dengan bilangan penduduk seramai
100 ribu orang. Selepas penyatuan Jerman, proses pembandaran berkembang dengan
pesat dan membawa kemunculan bandar baharu di seluruh negara seperti kawasan
Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin.
• Pertumbuhan bandar baharu dan peningkatan penduduk menyebabkan industri
berkembang pesat di Jerman.
40
MODUL KHAS 940/1
7] Kekayaan bahan mentah
• Perkembangan sektor perindustrian di Jerman juga disebabkan oleh kekayaan sumber
bahan mentahnya seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah.
• Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal di Jerman ialah lembah
Ruhr, Lorainne dan Silesia. Sumber galian ini merupakan sumber utama dalam
menggerakkan sektor perindustrian di Jerman. Pada tahun 1875, Jerman mengeluarkan
25 juta tan arang batu dan telah meningkat kepada 287 juta tan pada tahun 1913.
• Pada tahun 1872, Jerman telah mengeksport bekalan bijih besi bernilai 1.92 juta tan ke
negara Eropah. Menjelang tahun 1910, pengeluaran bijih besi mencecah sehingga 14.7
juta tan.
• Di samping itu, bahan kimia seperti garam kalium ditemui dalam kuantiti yang besar di
Jerman.Menjelang tahun 1871, Jerman menghasilkan 375000 tan garam kalium dan
meningkat kepada 3.5 juta tan pada tahun 1901.
• Antara tahun 1863 hingga 1865, seramai 120000 orang bekerja dalam industri
perlombongan di Jerman dan terus meningkat kepada 570000 orang pada tahun 1906.
8] Kemajuan industri perkapalan.
• Perkembangan pesat sektor perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam industri
perkapalan. Industri perkapalan Jerman terletak di Breman, Hamburg, Stettin,
Danzig dan Elby.
• Selepas tahun 1880, berlaku peningkatan yang amat ketara dalam pembinaan kapal
wap di Jerman dan ini membolehkan jumlah muatan barangan yang diangkut dapat
ditingkat.
9] Kemajuan sistem pengangkutan
• Perkembangan Revolusi Perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam bidang
komunikasi dan pengangkutan. Kerajaan membangunkan perkhidmatan kereta api
untuk menggalakkan pertumbuhan industri. Bagi memajukan perkhidmatan kereta api,
kerajaan mengambil langkah dengan mengurangkan kadar bayaran dan tarif
perkhidmatan kereta api.
• Landasan kereta api dibangunkan bagi memudahkan pergerakan tentera dalam
mengawal keamanan negara. Selepas tahun 1879, kerajaan membeli landasan kereta
api yang dimiliki oleh pihak swasta.
10] Galakan Kerajaan
• Pertumbuhan pesat dalam sektor perindustrian juga disebabkan galakan yang
diberikan oleh kerajaan. Kerajaan Jerman mengamalkan dasar memberi
perlindungan kepada sektor perindustrian mulai tahun 1879.
41
MODUL KHAS 940/1
• Dasar ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat industri antara tahun 1872
hingga 1910 dan sekali gus menyebabkan hasil pengeluaran sektor perindustrian di
Jerman meningkat.
• Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan kereta api yang murah bagi meransang
pertumbuhan industri. Sistem pengangkutan yang efisien menyebabkan hasil
pengeluaran industri dapat di eksport ke negara-negara lain di Eropah.
11] Penubuhan Kartel
• Kartel adalah sebuah persatuan yang berperanan untuk menyelaras pengurusan industri
di Jerman seperti mengawal bekalan dan harga barangan bagi menjamin keuntungan.
Anggota kartel akan mengadakan perjanjian bagi menentukan harga barangan yang
dipasarkan.
• Pertubuhan ini memainkan peranan penting dalam mengawal pasaran dan kewangan
industri Jerman.
12] Kemunculan Bank
• Kemunculan institusi perbankan memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan
sektor perindustrian di Jerman. Kerajaan menubuhkan bank dengan menyediakan
pinjaman jangka panjang bagi meransang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.
• Menjelang pertengahan abad ke-19 Joint Stock Bank ditubuhkan di Jerman dengan
memberi bantuan modal kepada pengusaha-pengusaha industri.
• Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh gabungan empat buah bank utama yang
terdiri daripada Disconta Geseilsehaft of Stuttgart (1851), Deutsche Bank (1870),
Darmstadter Bank (1870), dan Dresdener Bank (1872).
• Bank-bank ini berperanan menggalakkan penggabungan perniagaan, memberi bantuan
modal kepada pengusaha industri, menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan,
dan membangunkan sistem pengangkutan darat dan laut.
Kesimpulan
• Terdapat beberapa faktor perkembangan Revolusi Perindustrian di England dan
Jerman.
• Revolusi ini menyebabkan berlakunya pertumbuhan ekonomi yang pesat serta
kemunculan golongan kelas pekerja dan golongan pertengahan.
• Revolusi ini juga membawa perubahan yang ketara dalam bidang sosial dan politik.
SOALAN 4 : HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND
DAN JERMAN PADA ABAD KE 18 HINGGA 19.
42
MODUL KHAS 940/1
PENGENALAN
• Masyarakat industri muncul selepas tercetusnya Revolusi Perindustrian di England
pada abad ke 18.
• Masyarakat industri menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman
praindustri.
• Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor
perindustrian
• Masyarakat ini terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin dan dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung
kepada pengeluaran secara besar-besaran.
ISI-ISI PENTING
CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND PADA ABAD KE 18 DAN 19
i) Kegiatan Ekonomi
• Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan
secara besar-besaran
• Mereka bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan
punca pendapatan untuk menyara kehidupan
• Masyarakat mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yang digunakan
secara meluas hingga membawa kepada pengeluaran barangan secara besar-
besaran
• Barangan ini akan dipasarkan di peringakat domestik dan antarabangsa
• Pada peringkat awal, masyarakat industri di Englang bekerja di kilang-kilang
tekstil
• Ekonomi masyarakat industri juga tertumpu dalam sektor perlombongan. Bekalan
arang batu dan bijih besi yang banyak di New Castle dan Wales menyumbang
kepada perkembangan industri besi dan keluli.
ii) Pengkhususan kerja
• Penggunaan mesin secara meluas telah menyebabkan berlakunya pengkhususan
pekerjaan.
• Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian kerja untuk menghasilkan
barangan.
• Keadaan ini membolehkan kos operasi dapat dikurangkan dan pengeluaran dapat
ditingkatkan.
iii) Kemunculan kelas
43
MODUL KHAS 940/1
• Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan pekerja menerima pendapatan yang
tinggi dan ini membawa kepada kemunculan kelas iaitu kelas pekerja dan kelas
kapitalis
• Golongan pekerja atau golongan proletariat merujuk kepada buruh yang diperlukan
untuk mengendalikan mesin-mesin seperti mesin menenun, memintal dan bekerja
di lombong.
• Kelas kapitalis pula merupakan pemilik kilang, tuan tanah dan juga pengusaha
lombong yang kebiasaanya menindas kelas pekerja untuk meraih keuntungan yang
banyak.
• Campurtangan kerajaan menyebabkan kebajikan pekerja ini terjamin dan ini
membawa kepada kemunculan golongan profesional daripada kalangan kelas
pekerja.
iv) Mobiliti Sosial
• Pengkhususan kerja dalam bidang perkilangan membawa kepada pengeluaran
produk secara besar-besaran
• Peningkatan dalam pengeluaran akan dapat meningkatkan pendapatan pekerja.
• Taraf hidup golongan pekerja bertambah baik kerana mendapat pendapatan yang
tinggi.
• Situasi ini membawa kepada kemunculan golongan kelas menengah dalam
masyarakat yang berjuang untuk kepentingan diri dan juga hak golongan pekerja.
• Mobiliti sosial berlaku kerana kejayaan seseorang individu bukan ditentukan oleh
status keturunan tetapi kerana bakat dan kekayaan yang dimiliki.
v) Urbanisasi
• Masyarakat industri merupakan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan
bekerja di sektor perkilangan
• Revolusi Perindustrian yang berlaku telah menyebabkan ramai penduduk luar
bandar berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang.
• Keadaan ini membawa kepada proses urbanisasi atau proses menjadi bandar
khususnya di kawasan perindustrian.
• Pertambahan penduduk secara mendadak berlaku di bandar dan ini mengakibatkan
kesesakan di kawasan bandar perindustrian.
• Antara bandar perindustrian yang mengalami proses urbanisasi di England ialah
Manchester, Leeds, Liverpool dan Lyons.
vi) Perkembangan Sains dan Teknologi
• Masyarakat industri merupakan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dalam
bidang sains dan teknologi.
• Mereka menerapkan pengetahuan dan teknologi baharu yang mereka peroleh
dalam pertumbuhan sektor perindustrian.
• Perkembangan ini membawa kepada lahirnya golongan saintis yang menghasilkan
mesin baru bagi kegunaan perindustrian.
• Antara saintis yang terkenal ialah Thomas Newcomen dan James Watt yang telah
menghasilkan mesin berkuasa wap
44
MODUL KHAS 940/1
KESIMPULAN
Masyarakat industri di England cukup mahir dalam pelbagai bidang khususnya bidang
pertanian sehingga berjaya menyumbang kepada Revolusi Perindustrian.
• Perkembangan Revolusi Perindustrian di England telah membawa kepada
kemunculan England sebagai kuasa imperialis pada akhir abad ke 19
CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN PADA ABAD KE 18 DAN 19
ISI-ISI PENTING
PENGENALAN
• Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor
perindustrian
• Masyarakat ini terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin
• Masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada
pengeluaran secara besar-besaran
• Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di Eropah iaitu selepas
Revolusi Perindustrian di England
• Untuk memajukan perindustrian, kerajaan Jerman telah memberi banyak modal
dalam memajukan kemudahan infrastruktur seperti pengangkutan dan komunikasi.
i) Kegiatan Ekonomi
• Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik menyebabkan peningkatan dalam
pengeluaran hasil pertanian
• Contohnya masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi
menggantikan kuda.
• Masalah kesuburan tanah diatasi apabila formula untuk menghasilkan baja tiruan
ditemui.
• Ini menyebabkan hasil pengeluaran pertanian meningkat seperti oat, gandum dan
ubi kentang
• Aktiviti juga tertumpu dalam bidang perindustrian terutamanya apabila berlaku
pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia
barat Jerman
• Arangbatu dan bijih besi merupakan galian utama
• Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan galian ini meningkat kepada 287
tan pada tahun 1913.
• Pengeluaran bijih besi juga meningkat daripada 1.5 juta pada tahun 1871 kepada 8.5
juta tan pada tahun 1900.
• Muncul pengusaha terkenal seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat
ganti dan peralatan besi.
45
MODUL KHAS 940/1
• Kemajuan dalam industri kulit menyebabkan Jerman mengambilalih tempat England
dalam industri kulit pada tahun 1870-1914
• Keadaan ini menyebabkan berlaku perubahan dalam kehidupan masyarakt kepada
gaya hidup yang lebih mewah
• Pembangunan industri tekstil tertumpu di wilayah Rhineland, Saxony danSilesia.
Berlin pula menjadi bandar pengeluar mesin-mesin tekstil
• Ciptaan baharu mulai berkembang di Jerman. Antaranya Syarikat Siemen dan
Martin telah meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan
kepada 13.6 juta tan.
• Ini membawa kepada kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman. Syarikat kimia
dan elektrik Jerman menjadi perintis kepada pembangunan kimia dan elektrik.
ii) Kemunculan kelas
• Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas
pekerja
• Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang dan pengusaha lombong seperti
Alfred Krupp, Siemens dan Martin
• Kelas pekerja pula terdiri daripada buruh dan pekerja kilang di kilang tekstil, Kimia
dan Kejuruteraan elektrik.
iii)Perkembangan Sains dan Teknologi
• Teknologi yang digunakan di Jerman terdiri daripada pelbagai bahan, sumber dan
bentuk
• Kemajuan dalam teknik penyelidikan membolehkan Jerman menghasilkan pelbagai
ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar.
• Syarikat Kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal
penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli Kimia dan Fizik terlatih daripada
universiti
• Perkembangan ini menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan
inovasi baru
• Beberapa syarikat dan perbadanan Jerman telah memberi sumbangan besar
mencipta teknik baru dengan menjalinkan teori penyelidikan saintifik dengan
amalan kerja biasa di kilang
• Menjelang abad ke 19, industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.
iv)Kemajuan kewangan
• Industri –industri di Jerman didominasi oleh pelaburan bank dan syarikat insurans
• Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan
perdagangan dan perniagaan di Jerman.
• Pada tahun 1840an Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai
“joint stock” dalam pengeluaran kredit dan menyediakan pelaburan kapital.
• Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu gabungan 4 buah bank utama
iaitu Disconto Gesellschaft of Stuttgart, Deutsche Bank, Dammstadter Bank dan
Dresdener Bank.
46
MODUL KHAS 940/1
• Bantuan modal mempercepatkan perkembangan industri di Jerman pada tahun
1870an.
• Hal ini menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, keluli, kapas
dan kain bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut.
v) Kemajuan sistem pengangkutan
• Pembinaan jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870 hasil pembangunan
industri besi dan keluli.
• Firma Jerman di Bersiq menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman.
• Kerajaan juga menyediakan kadar perkhidmatan kereta api yang murah untuk
menghantar besi jerman ke negara Eropah.
• Pada tahun 1713, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta pound sterling.
vi)Perluasan perdagangan antarabangsa
• Perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan
dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan
mendapatkan sumber bahan mentah
• Perindustrian di Jerman telah berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun 1887
hingga 1912
• Masalah pasaran dan bahan mentah menyebabkan Jerman terpaksa meluaskan tanah
jajahan
• Jerman dapat menguasai kawasan di Pasifik iaitu New Guinea, Kepulauan Carolina
dan juga meluaskan perdagangan dengan China
KESIMPULAN
• Masyarakat Jerman merupakan masyarakat yang gigih berusaha dalam
memajukan ekonomi mereka
• Perkembangan perindustrian di Jerman membawa kepada kemunculan Jerman
sebagai kuasa imperialis untuk mendapatkan lebih banyak bahan mentah.
TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
SOALAN 5 : BINCANGKAN KEDUDUKAN DAN PERANAN PEMBESAR
DI CHINA DAN RUSIA PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD
KE-20.
PENDAHULUAN
47
MODUL KHAS 940/1
Golongan pembesar juga dikenali sebagai golongan pentadbir yang berperanan dalam
melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh maharaja atau raja. Secara
amnya , pembesar dapat dibahagikan kepada kepada tiga kategori bergantung kepada liokasi
dan kepentingannya ,peringkat pusat ,peringkat wilayah dan peringkat daerah. Kebiasaanya
individu yang dilantik sebagai pembesar merupakan individu yang mendapat kepercayaan
pemerintah dan sentiasa memberi kesetiaan yang tidak berbelah bagi.
ISI-ISI PENTING
CHINA RUSIA
Pembesar China Pembesar Rusia
• Raja atau maharaja membahagikan tiga 1. Golongan Boyar
fasa pentadbiran iaitu pentadbiran • Golongan bangsawan yang menjadi tuan-tuan
awam, pentadbiran ketenteraan dan tanah
pentadbiran tempatan di bawah badan • Berperanan seperti raja-raja kecil yang
pengawas bagi memastikan keamanan memerintah di kawasan tanah kepunyaan
dan ketenteraman negara. mereka.
• Undang-undang tahun 1649, golongan Boyar
1. Pentadbiran Pusat terbahagi kepada berkuasa ke atas golongan petani. Petani-
petani dianggap sebagai “abdi”kepada Boyar
beberapa unit atau institusi iaitu : buat selama-lamanya. Mereka juga
menjadikan tanah-tanah feudal sebagai tanah
i. Sekretariat Agung kepunyaan peribadi mereka.
• Tsar Peter 1 telah mengurangkan kuasa
• membantu Maharaja dalam menyelia golongan Boyar.
dan menyelaras enam badan 2. Membantu raja dalam bidang pentadbiran di
peringkat pusat
kementerian dalam pentadbiran pusat Era kekuasaan Moscow dan Dinasti Romanov
,pembesar menganggotai tiga institusi utama iaitu
ii. Majlis Tertinggi dan Censorate atau Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi.
Lembaga Penapis • Duma – golongan bangsawan paling kanan
yang bertanggungjawab dalam hal ehwal
• menjadi badan penasihat terpenting pentadbiran khususnya membuat dan
meluluskan sesuatu termasuk dalam bidang
kepada maharaja . kehakiman
• Majlis ini dibahagikan kepada enam • Zemskii Sabor- badan penasihat tetapi
kuasanya lebih rendah daripada Duma dan
kementerian . Setiap kementerian dianggotai oleh 40 hingga 50 golongan
bangsawan
dikawal oleh seorang pegawai kanan
yang dikenali Shangschu. Shangschu
akan dibantu oleh beberapa pegawai
rendah dalam setiap urusan
berdasarkan kementeriannya. Enam
kementerian tersebut ialah
Kementerian Personal, Kementerian
Kewangan, Kementerian Adat ,
Kementerian Perang , Kementerian
Keadilan dan Kementerian Kerja Raya.
• Terdapat Lembaga Penapis atau
Censorate yang menjadi mata dan
48
MODUL KHAS 940/1
telinga maharaja. Fungsi Censorate • Prikazi- golongan bangsawan dalam jabatan-
adalah memaklumkan segala aktiviti jabatan tertentu yang melaksanakan dasar
pembesar-pembesar China kepada yang diluluskan oleh Duma.
maharaja supaya maharaja dapat
mengambil tindakan yang sewajarnya. • Walaupun Duma dan Zemskii Sabor
merupakan institusi penting dalam
2. Pentadbiran Wilayah pentadbira, namun kuasa sebenar terletak di
tangan raja.
• Pembesar wilayah dibantu oleh
Zaman Peter The Great
pembesar tempatan yang dikenali • Majlis Senat telah menggantikan peranan
Duma dan Zemskii Sabor .
sebagai Gentry yang menjaga • Mengenepikan peranan institusi dan ahli
gereja dalam pemerintahan . Holy Synod telah
wilayahnya. mengambil alih peranan Patriach (Ketua
Gereja)
• Mereka membantu secara sukarela
Zaman Tsar Alexander II
sebagai orang perantaraan antara • Zemstvo iaitu Majlis Perundangan Tempatan
.ditubuhkan pada tahun 1864 yang dianggotai
pembesar dengan rakyat jelata di oleh golongan bangsawan (tuan tanah)
• Zemstvo berperanan sebagai pemungut cukai
kawasan mereka. di kawasan masing-masing ,melaksanakan
kuasa tempatan spt menyediakan kemudahan
• Memiliki tentera sendiri dan asas , memberi bantuan kepada golongan
miskin dan menjaga kesihatan awam
bertanggungjawab menyediakan • Zaman Tsar Alexander 1 – Jawatankuasa
Tidak Rasmi dibentuk sebagai penasihat Raja
bantuan ketenteraan kepada dalam hal ehwal dasar negara.
• Zaman Tzar Nicholas II – Duma
pemerintah pusat . dikembalikan dan berfungsi sebagai Parlimen
Rendah dan pemilihan keahliannya
• Pentadbiran wilayah juga diuruskan berdasarkan suara undian terbanyak dan
bukan dilantik oleh Tsar.
oleh pegawai-pegawai pengawas
3. Pentadbiran peringkat wilayah
kerajaan. • Gabenor atau naib gabenor yang dilantik oleh
kerajaan pusat bertanggungjawab dalam hal
• Tugas utama ialah mengawasi aktiviti ehwal pentadbiran daerah masing-masing.
semua peringkat pentadbiran dan 4. Pentadbiran kampung
mendakwa pegawai-pegawai yang
menyeleweng serta mencadangkan
perubahan dalam operasi kerajaan.
• Zaman Dinasti Ching , Gabenor
dilantik sebagai pentadbir wilayah.
• ·Gabenor berfungsi untuk menjaga
urusan pentadbiran wilayah , menjaga
keamanan dan ketenteraan serta
mengutip cukai untuk dihantar kepada
menerintahan pusat.
• Namun kuasa Gabenor tertakluk
kepada adat istiadat dan tradisi wilayah
yang telah ditetapkan dalam dikri
diraja.
• Pegawai-pegawai daerah yang dilantik
oleh maharaja ialah Bendahari dan
Hakim akan membantu Gabenor dalam
menjalankan tugasnya
.
49