The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kamdungan buku ini mengandungi nota beserta latihan bagi aspek tatabahasa kata nama.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 852-16-ummu, 2024-03-24 01:46:36

Kata Nama bersama Cikgu Ummu

Kamdungan buku ini mengandungi nota beserta latihan bagi aspek tatabahasa kata nama.

KATA NAMA Denai Kabus katanama am - katanamakhas - katagantinama nota danlatihan oleh Cikgu Ummu


K A T A N A M A Kata Nama Am Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit. Contohnya: Kata nama am abstrak: kedamaian, kemerdekaan. Kata nama am konkrit: tangan, sungai, lantai. Kata Nama Khas Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia Contohnya: Kata Nama khas hidup manusia: Ahmad, Ah Meng, Raju Kata Nama khas hidup bukan manusia: Si Belang, Sang Kancil Kata Nama khas tak hidup: Johor. Gunung Tahan, Hospital Sultan Ismail Kata Ganti Nama 1.Kata ganti nama tunjuk Perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu. a. Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh. b. 2.Kata ganti nama diri Kata ganti nama diri pertama a. Kata ganti nama diri kedua b. Kata ganti nama diri ketiga c.


Aku, saya, patik, hamba Kami, kita Awak, kamu, engkau, encik, cik, saudara, tuan, puan, anda, tuanku, tuan hamba Awak semua, kamu semua, saudara sekalian, encikencik, cik-cik, tuan-tuan, puan-puan, anda semua, kalian Dia, ia, beliau, baginda Mereka Kata Ganti Nama Tunggal Banyak/Jamak Pertama Kedua Ketiga KGND Penggunaan aku Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban) saya Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi. hamba Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu. patik Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan. beta Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat. kami Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua. kita Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua. KGND 1 : menggantikan nama diri orang yang bertutur


KGND Penggunaan anda Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita. awak Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita. engkau Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau) tuan hamba Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan "hamba" mesti diikuti "tuan hamba" sebagai kata ganti diri kedua) tuanku Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan. kalian Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap. kamu Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita. KGND 2 : menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur KGND Penggunaan baginda Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan. beliau Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin. dia dan ia Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan. mereka Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang. KGND 3 : menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang diceritakan halnya tidak hadir)


LATIH TUBI TATABAHASA - KATA NAMA 1. Ayah membeli ________ Perodua Myvi. a. kereta b. basikal c. van d. teksi 2. Hani menggunakan ________ untuk melukis. a. pen b. berus c. pensel d. pensel warna 3. Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu. a. dalam b. bawah c. tengah d. atas 4. Emak membeli ayam, sayur dan garam di ________. a. hospital b. basar c. pazar d. warung 5. Banyak makan _______ bererti banyak pengalaman hidup. a. hati b. ubat c. gula d. garam 6. __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong. a. Batik b. Gamelan c. Dodol d. Tarian Inang 7. __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya. a. Nyanyian b. Masakan c. Pakaian d. Tarian


8. __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain. a. Gadis b. Wanita c. Pemudi d. Pemuda 9. Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang _______. a. doktor b. bomba c. mekanik d. pewira 10. Mereka selalunya bermesyuarat di __________. a. bilik gerakan b. bilik bacaan c. perpustakaan d. bilik kosong 11. __________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu. a. Daun b. Batang c. Pelepah d. Mayang 12. Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim. a. poskad b. majalah c. surat khabar d. surat berdaftar 13. Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya. a. arnab b. kucing c. kambing d. kura-kura 14. Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Proton buatan ________. a. Korea b. Malaysia c. Jepun d. China


15. Pada hari _____ yang lalu, Farid dan abangnya menunaikan solat di Masjid alFalah di kampung mereka. a. Isnin b. Rabu c. Ahad d. Jumaat 16. Orang ramai berkumpul di _____ itu untuk mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Dato Dr. Fadzillah Kamsah. a. kedai b. rumah c. dewan d. masjid 17. Mereka selalunya bermesyuarat di __________. a. bilik gerakan b. bilik bacaan c. perpustakaan d. bilik kosong 18. Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lalu. a. motosikal b. basikal c. kereta d. beca 19.Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Lata Ulu Kenas sebagai pusat __________. a. perkhemahan b. pelancongan c. petempatan d. perkampungan 20. Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi ______ sangat rapat seperti isi dengan kuku. a. dia b. kita c. kami d. mereka


21. Kemalangan yang berlaku di bawah ________itu menyebabkan kesessakan lalu lintas. a. jejantas b.jambatan c. lapangan d. bangunan 22. Haziq merupakan satu-satunya _______ yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. a. dekan b. pelajar c. profesor d. pensyarah 23. Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh ______ dengan suara yang lantang. a. juruulas b. jurucakap c. jurucara d. juruhebah 24. Tiang telefon di hadapan rumah Elena condong akibat dipukul _____ semalam. a. ribut b. hujan c. angin d. panas 35. Penyokong-penyokong pasukan bola sepak Perak melonjak ______ apabila Khalid Jamlus menjaringkan gol kemenangan. a. lompat b. kemeriahan c. kesenangan d. kegembiraan


SINI IMBAS Jawapan


Denai Kabus


Click to View FlipBook Version