KATA KERJA TAHUN 4 (i)Kata kerja aktif - transitif dan tak transitif MARI MULAKAN KANDUNGAN Perbezaan Kata Kerja Aktif Transitif dan Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap dengan Proses Pempasifan. NOTA DAN LATIHAN OLEH CIKGU UMMU (ii)Kata kerja pasif
KATA KERJA AKTIF tahun 4 Kata Kerja Cikgu Ummu Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek sebagai unsur yang diterangkan. Ayat di bawah ialah contoh ayat aktif yang mengandungi kata kerja aktif. Ayah memancing ikan di sungai. Berdasarkan contoh di atas, kita dapat lihat bahawa kata kerja aktif “ memancing ” telah menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh subjek, iaitu “ ayah”. Ayat aktif yang mengandungi kata kerja aktif juga boleh mengandungi penerangan seperti “di sungai” dalam ayat di atas untuk memberi maklumat tambahan. Namun, penggunaan tidak dimestikan dan bergantung kepada ayat yang dibina oleh seseorang. Kata kerja aktif terbahagi kepada dua jenis, iaitu: 1.Kata kerja aktif transitif 2.Kata kerja aktif tak transitif
Subjek Kata kerja Transitif Objek Adik mengejar ramarama. Hasan menendang bola. Kakak menjahit baju. tahun 4 Kata Kerja Cikgu Ummu KATA KERJA AKTIF TRANSITIF Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek selepasnya. Objek tersebut terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Jika kehadiran objek tidak wujud selepasnya, maksud ayat akan menjadi tidak lengkap. Ayat di berikut ialah contoh ayat aktif yang mengandungi kata kerja aktif transitif.
KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF tahun 4 Kata Kerja Cikgu Ummu Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek selepasnya. Kata kerja aktif tak transitif terbahagi kepada dua jenis, iaitu: 1.Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap 2.Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa kehadiran objek atau penyambut. Ayat di bawah ialah contoh ayat aktif yang mengandungi kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap. Subjek Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap Mereka berbual. Padi menguning. Hakim tersenyum. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menerangkan atau melengkapkan maksud ayat. Satu cara yang boleh membantu pelajar membezakan pelengkap dengan objek atau penyambut ialah, pelengkap tidak boleh dipasifkan. Manakala, objek atau penyambut tidak boleh dipasifkan. Ayat di bawah ialah contoh ayat aktif yang mengandungi kata kerja aktif tak transitif berpelengkap. Subjek Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap Pelengkap Keadaan ibu beransur baik Kereta membelok ke kiri.
1. Penduduk bekerjasama membaiki jabatan di hujung kampung. Jenis kata kerja: 2. Setiap bulan puan Maya tidak lupa mengirim wang kepada ibunya. Jenis kata kerja: 3. Pasangan pengantin itu tersenyum apabila diusik oleh kawan-kawan mereka. Jenis kata kerja: 4. Hakim meminjamkan wang sebanyak lima ringgit kepada Malik. Jenis kata kerja: 5. Pusat pentadbiran megara telah berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Jenis kata kerja: 6. Kakak geram apabila mendapati dirinya telah ditipu oleh jurujual. Jenis kata kerja: 7. Pekerja-pekerja yang melombong bijih timah di Semenanjung Malaysia kebanyakannya berbangsa Cina. Jenis kata kerja: 8. Walaupun berkali-kali disoal, Jamal tetap membisu. Jenis kata kerja: 9. Cik Hasnuri ingin memohon kebenaran daripada pihak syarikat untuk bercuti selama sebulan. Jenis kata kerja: 10. Pemuda yang berdiri di tepi tiang lampu itu seorang mata-mata gelap. Jenis kata kerja: LATIH TUBI TATABAHASA - KATA KERJA Tuliskan jenis kata kerja bagi perkataan bergaris SINI IMBAS Jawapan