KEMAHIRAN ASAS UNTUK
HIDUP BERDIKARI
PKBK2093
e-PEMBELAJARAN
31 DISEMBER 2020
ALATAN KEBUN
DAN
FUNGSINYA
Alat ini dipanggil sekateur atau kacip
pemangkas. Sangat berguna untuk
memotong atau memangkas dahan
dan ranting yang kecil dan membuang
tunas-tunas yang tidak diperlukan.
Sudip tangan digunakan untuk
menggemburkan tanah di sekeliling
pokok kecil dan mengisi tanah dalam
polybag.
Kasut kebun yang dipakai setiap hari
apabila bekerja di kebun. Diperbuat
daripada getah.
Spray racun perosak/serangga.
Digunakan untuk menyembur racun
serangga ke atas tanaman termasuk
semut. Boleh menggunakan pelbagai
jenis bekas atau botol.
Pungkis digunakan mengangkut tanah
atau sampah sarap atau baja organik.
Gunting pokok digunakan untuk
menuai hasil seperti cili api, limau
kasturi dan sayur-sayuran.
Boot kebun dipakai semasa
menyembur racun rumpai atau
bekerja di tempat yang berair.
Cangkul digunakan untuk
menggemburkan tanah, menggali
lubang tanaman atau menajak
rumpai.
Topi kebun dipakai semasa bekerja di
kebun atau kawasan ragut.
Penggaruk sampah plastik untuk
mengumpulkan sampah atau rumput
yang dipotong.
TERIMA KASIH