The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haslindashafie, 2023-03-01 00:21:28

BAB 7-KONSEP PRODUK DAN KHP

BAB 7-KONSEP PRODUK DAN KHP

BAB 7 2010 BMK 0014 Page 25 1.0 DEFINISI DAN TAKRIF 1.1 Produk Apa-apa yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, perolehan, digunakan atau penggunaan yang mampu memberi kepuasan sesuatu keperluan atau kehendak 1.2 Perkhidmatan Suatu bentuk produk yang mengandungi aktiviti, kelebihan atau kepuasan yang ditawarkan untuk jualan tetapi berbentuk intangible ( tidak boleh dipegang atau disentuh ) dan tidak menghasilkan pemilikan. 2.0 PERINGKAT PRODUK BAB 7 KONSEP PRODUK DAN PEMBANGUNAN PRODUK Pe Pemasangan PPppp Pemasangan Pembungkusan Jenama Kualiti Teras Faedah & Servis Penghantaran Waranti Rupabentuk Rekabentuk


BAB 7 2010 BMK 0014 Page 26 i. Produk teras ▪ Penyelesai masalah atau teras kebaikan yang sebenar yang dibeli oleh pengguna apabila mereka perolehi produk atau servis tersebut. ii. Produk sebenar ▪ Meliputi 5 ciri yang digabungkan untuk pembeli manfaat produk teras. 5 ciri tersebut ialah kualiti, rupabentuk, rekabentuk, jenama, dan pembungkusan. iii. Produk tambahan ▪ Tambahan servis dan kelebihan pengguna yang merangkumi produk teras dan sebenar seperti pemasangan dan waranti 3.0 KLASIFIKASI PRODUK Produk Pengguna Produk Industri ▪ Produk yang dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan peribadi ▪ Produk yang dibeli oleh individu dan organisasi untuk pemprosesan atau digunakan untuk menjalankan perniagaan 4 kategori : 1. Barang mudah beli ▪ pengguna membeli secara kerap, perbandingan yang minima. Harga produk adalah murah. Contoh sabun, suratkhabar, roti, gula-gula 2. Barang beli belah ▪ proses membeli agak lama, kurang kerap dibeli,perbandingan ciri produk, kualiti, harga dan stail. Pengguna akan kumpul maklumat mengenai produk. Contoh : perabot, pakaian 3 kategori : 1. Items modal ▪ produk industri utama yang menbantu dalam proses penghasilan produk atau dalam menjalankan operasi perniagaan syarikat ▪ kos besar dan dibeli sekali, semasa ingin memulakan perniagaan ▪ terdiri daripada : a) produk pemasangan o merupakan produk utama yang perlu ada dalam menjalankan perniagaan o contoh : kilang, bangunan pejabat dan


BAB 7 2010 BMK 0014 Page 27 3. barang istimewa ▪ produk yang mempunyai ciri-ciri unik. Jarang membuat perbandingan. ▪ Membuat perancangan tertentu dan menyediakan belanjawan yang besar bagi produk ini ▪ Contoh : jam tangan ekslusif 4. produk tidak dicari ▪ pengguna tidak terfikir untuk membeli ▪ memerlukan sokongan promosi yang kuat untuk berjaya ▪ contoh : insurans nyawa gudang b) kelengkapan aksesori o termasuk kelengkapan kilang boleh alih dan kelengkapan pejabat o contoh : meja, komputer, mesin fotokopi, 2. Bahagian ganti, komponen dan bahanbahan ▪ Untuk keperluan pengeluaran atau operasi ▪ Contoh bahagian ganti dan komponen : cip komputer untuk menghasilkan komputer peribadi, besi dan simen untuk membuat bangunan ▪ Bahan mentah : terdiri daripada hasil ladang. Contoh : telur, kapas dan besi 3. Bekalan ▪ Produk yang kerap dibeli sebagai bekalan operasi dan untuk pembaikan dan penyelengaraan perniagaan ▪ Contoh : kertas, sabun pencuci bangunan, disket, pen, alat tulis ▪ Harga tak memakan belanja yang besar ▪ Pembelian secara kerap 4. Pekhidmatan perniagaan ▪ Semua perkhidmatan yang dibeli oleh organisasi dalam membantu perjalanan


BAB 7 2010 BMK 0014 Page 28 perniagaan dan aktiviti pemasaran ▪ Contoh : agensi pengiklanan, perkhidmatan guaman dan perakaunan, pembersihan bangunan 4.0 DEFINISI PRODUK BARU Merujuk kepada produk asli, pembaikan produk, modifikasi produk dan jenama baru yang dibangunkan oleh sesebuah firma melalui usaha penyelidikan dan pembangunan firma berkenaan. 5.0 STRATEGI PEMBANGUNAN PRODUK BARU Kajian menjangkakan bahawa terdapat 80% produk pengguna yang baru gagal dipasaran. Antara sebab kepada situasi ini adalah : Faktor kejayaan produk baru : Faktor kegagalan produk baru : ▪ memiliki sifat unik atau ciriciri produk yang lebih baik dari pesaing ▪ konsep produk yang jelas semasa pembangunan produk baru yang memenuhi keperluan sasaran pengguna ▪ saiz pasaran kecil- keuntungan kecil ▪ rekabentuk produk yang lemah ▪ perlaksanaan strategi perletakan pasaran yang tidak tepat ▪ masalah dalaman firma ▪ kos pembangunan produk yang tinggi daripada jangkaan ▪ tindak balas pesaing


BAB 7 2010 BMK 0014 Page 29 6.0 LANGKAH UTAMA PEMBANGUNAN PRODUK BARU Langkah Penerangan 1 Penjanaan Idea ▪ pencarian yang sistematik untuk mendapatkan idea produk baru ▪ sumber untuk mendapatkan idea produk baru dating dari 2 sumber iaitu : i. sumber dalaman ▪ aktiviti penyelidikan dan pembangunan firma-Kebanyakan firma besar memiliki jabatan penyelidikan dan pembangunan yang memfokuskan kepada usaha menghasilkan inovasi. ▪ sesi percambahan idea anggota firma- melibatkan penglibatan tenaga kerja firma dari pelbagai jabatan dan lapisan seperti pemasaran, kejuruteraan, penyelidikan dan pengurusan. ▪ jurujual firma.-merupakan individu yang paling hampir dengan pengguna. memdapat banyak maklumat mengenai kelemahan produk sedia ada dan jangkaan pengguna terhadap sifat produk baru ii. sumber luaran ▪ pengguna – mendapatkan maklum balas , rungutan atau penilaian pengguna mengenai ciri-ciri produk yang diinginkan , masalah produk semasa dan sebagainya ▪ pesaing- membandingkan kelemahan dan kekurangan tawaran produk pesaing berbanding tawaran firma dan membangunkan idea produk yang dapat memperbaiki kelemahan produk sedia ada dan sifat –sifat baru yang tidak ditawarkan oleh pesaing. ▪ pengedar dan pembekal- menyalurkan maklumat mengenai perubahan citaras pengguna, masalah penggunaan produk dan sebagainya ▪ sumber lain- dari majalah, agensi pengiklanan, perunding dan sebagainya 2 Penapisan idea


BAB 7 2010 BMK 0014 Page 30 ▪ peringkat menilai idea produk untuk mendapatkan yang baik dan mengugurkan yang lemah secepat mungkin ▪ kaedah untuk menapis idea : i. membentuk jawatan kuasa untuk mengkaji kesesuaian idea berkenaan dengan menyediakan laporan ringkas mengenai produk tersebut. laporan tersbut kemudiannya akan dinilai oleh eksekutif atau jawatan kuasa khas berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. 3 Pembangunan dan Pengujian Konsep ▪ usaha mentafsir idea yang ditapis kepada konsep produk ▪ masih melibatkan idea tanpa memerlukan pembentukan fizikal produk supaya kos yang tinggi dielakkan ▪ melibatkan proses menilai konsep produk iaitu menguji dengan sekumpulan pengguna sasaran ▪ maklum balas atau ahli-ahli saluran agiahan terhadap konsep produk akan diperolehi bagi menentukan konsep yang lebih disukai pengguna 4 Pembangunan Strategi Pemasaran ▪ peringkat mereka bentuk strategi pemasaran awal untuk menawarkan atau memperkenalkan produk tersebut kepada pesaran ▪ melibatkan pembentukan pernyataan strategi pemasaran untuk 3 kategori : i. pasaran sasaran dan jualan yang menjelaskan sasaran pasaran, perancangan perletakan produk dan anggaran jualan, syer pasaran dan matlamat keuntungan ii. perancangan harga, pengedaran dan belanjawan pemasaran untuk tahun pertama iii. perancangan juakan jangka panjang dengan menjelaskan jualan dan matlamat keuntungan jangka panjang dan strategi campuran pemasarn 5 Analisa Perniagaan ▪ melibatkan penilaian jangkaan jualan, kos dan keuntungan produk baru untuk menentukan samada jualan, kos dan keuntungan dapat memenuhi objektif keseluruhan firma


BAB 7 2010 BMK 0014 Page 31 ▪ anggaran jualan berdasarkan rekod jualan produk sayrikat yang sama dan pandangan pengguna kemungkinan untuk mendapatkan produk tersebut. 6 Pembangunan Produk ▪ konsep produk dibangunkan kepada produk fizikal untuk mempastikan idea dapat diterjemahkan kepada produk yang sebenar ▪ melibatkan penghasilan prototaip dan pengujian ke atas pengguna untuk mendapatkan maklum balas mengenai kebolehfungsian produk 7 Ujian Pemasaran ▪ melibatkan produk diuji dalam suasana pasaran yang lebih realistik ▪ membolehkan pemasaran menilai kesesuaian produk dengan program pemasarannya dari aspek strategi perletakan, pengiklanan, harga, jenama, pembungkusan dan belanjawan yang terlibat ▪ kebiasannya ujian pemasaran dilakukan apabila firma tidak begitu pasti dengan jualan produk baru ▪ boleh dijalankan dengan memilih kawasan ujian yang mempunyai ciri-ciri pengguna sasaran, ketersediaan media promosi dan ahli saluran pengagihan 8 Komersialisasi ▪ memperkenalkan produk kepada pasaran ▪ pelancaran produk baru besesuaian dengan masa, keadaan ekonomi atau situasi pesaing. 7.0 STRATEGI KITARAN HAYAT PRODUK


BAB 7 2010 BMK 0014 Page 32 Jualan dan Keuntungan( RM ) Pengenalan Pertumbuhan Kematangan Kejatuhan Tahap Penerangan 1 Pengenalan ▪ produk dilancar dan mula memasuki pasaran dengan pertumbuhan jualan yang rendah ▪ memandangkan perbelanjaan besar semasa pengenalan produk dan permintaan pasarn adalah lemah, syarikat belum dapat menikmati keuntungan ▪ perbelanjaan tinggi diperlukan untuk promosi dan pengedaran produk ▪ promosi dapat meningkatkan permintaan pengguna ▪ firma menawarkan versi asas produk baru kepada kumpulan pengguna yang awal ▪ strategi pelancaran boleh dilaksanakan dengan mengadakan majlis pelancaran, hebahan media dan sebagainya ▪ 2 Pertumbuhan ▪ penerimaan pasaran terhadap produk yang tinggi dengan kadar jualan dan Tahap


BAB 7 2010 BMK 0014 Page 33 keuntungan yang meningkat ▪ pasaran turut berkembang dengah perluasan syer pasaran firma dan kemasukan tawaran pesaing yang menampilkan ciri-ciri produk baru yang sekaligus meningkatkan persaingan ▪ antara strategi firma pada peringkat ini ialah : i. menambah baikan kualiti produk dan menambah sifat baru produk atau model baru ii. memasuki segmen pasaran baru dan memperluaskan saluran pengedaran iii. mengurangkan harga pada masa yang sesuai untuk menarik minat lebih ramai pengguna membeli produk baru 3 Kematangan ▪ kadar pertumbuhan jualan berkurangan ▪ tahap keuntungan kekal atau menurun secara perlahan ▪ ini disebabkan oleh ramai pengeluar memasarkan pelbagai produk dalam pasaran yang menyebabkan lebihan tawaran dan pesaingan meningkat ▪ kebanyakan pesaing menurunkan harga dan meningkatkan promosi untuk mengekalkan jualan mereka ▪ ini menyebabkan jualan jatuh dan keuntungan menurun ▪ tempoh masa di peringkat matang mengambil masa yang lama ▪ strategi yang boleh digunakan : i. modiikasi pasaran iaitu meningkatkan penggunaan produk sedia ada . ii. modifikasi produk dengan mengubah ciri-ciri seperti kualiti, sifat atau gaya produk iii. modifikasi campuran pemasarm untuk meningkatkan jualana dengan mengubah keseluruhan atau sebahagian campuran pemasarn bagi meningkatkan penggunaan produk. Antara modifikasi campuran pemasaran ialah dengan : (a) mengurangkan harga produk


BAB 7 2010 BMK 0014 Page 34 (b) melaksanakan kempen iklan baru yang lebih baik (c) promodsi jualan yang agresif (d) memasuki saluran pengedaran pasaran yang meluas (e) menawarkan servis baru yang memberi nilai tambah kepada pengguna yang tidak ditawakan pesaing 4 Kejatuhan ▪ kejatuhan jualan produk ▪ kejatuhan disebabkan kemajuan teknologi, perubahan citarasa pengguna dan peningkatanm pesaingan ▪ antara strategi ialah : i. mengekalkan produk tanpa sebarang perubahan sambil berharap pesaing meninggalkan pasaran atau membuat perletakan semula ii. penuaian produk dengan cara mengurangkan kos seperti pengiklanan, promosi, pembelian dan sebaginya iii. mengeluarkan produk daripada barisan produk firma atau menjadikannya nilai lupus


Click to View FlipBook Version