The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haslindashafie, 2023-02-28 03:07:26

BAB 6 PEMASARAN

BAB 6 PEMASARAN

ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN BMG 0014 ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN PUAN HASLINDA SHAFIE 1.0 KONSEP PEMASARAN 1.1 DEFINISI Proses perancangan dan pembuatan keputusan dengan menggunakan idea dari konsep pemasaran terhadap produk/ perkhidmatan untuk proes pertukaran bagi memenuhi kepuasan individu dan mencapai objektif syarikat 1.2 OBJEKTIF PEMASARAN ▪ Memuaskan hati pengguna ▪ Membantu mencapai objektif yang ditetapkan ▪ Menyumbang kepada pertumbuhan yang sihat dan memberikan imej yang baik 1.3 FUNGSI PEMASARAN ▪ Mempercepatkan proses pertukaran ▪ Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan ▪ Peluang perniagaan dalam industri yang berkaitan dengan pemasaran ▪ memenuhi keperluan utility individu ▪ Kehidupan yang lebih baik ▪ Menyediakan pelbagai alternatif kepada pengguna ▪ Mewujudkan peluang pekerjaan 2.0 STRATEGI PEMASARAN ▪ Proses mengkaji , menganalisa dan memilih sasaran firma dan membangunkan perancangan campuran pemasaran ▪ Memastikan pengguna berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan ▪ 2 langkah : BAB 6 PENGURUSAN PEMASARAN


ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN BMG 0014 ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN PUAN HASLINDA SHAFIE 1. Memilih pasaran sasar ▪ Kumpulan pengguna dikenal pasti ▪ Factor : jantina, pekerjaan, usia, taraf sosial ▪ Terbahagi kepada 2 : i. Pengguna individu ii. Pengguna industry/perniagaan 2. Membentuk campuran pemasaran ▪ Kombinasi 4 elemen ( 4 P’s ) a) Produk ( Product ) • Barang/ perkhidmatan yang hendak dijual kepada pasaran • Ciri yang di ambil kira- warna, pembungkusan, bentuk • Ciri-ciri ini perlu mematuhi keperluan, kehendak dan citarasa pengguna b) Harga ( Pricing ) • Jumlah pertukaran dalam nilai wang terhadap produk yang dijual kepada pasaran sasar c) Agihan dan tempat ( Placing ) • Produk yang telah siap dengan harga akan diagihkan ke tempat di mana pengguna berada d) Promosi ( Promotion ) • Menekankan kepentingan memilih strategi promosi yang sesuai dan campuran promosi yang terbaik • Memaklumkan pengguna mengenai produk di pasaran


ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN BMG 0014 ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN PUAN HASLINDA SHAFIE 3.0 STRATEGI PRODUK 3.1 KATEGORI PRODUK Produk Pengguna Produk Industri ▪ Produk yang dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan peribadi ▪ Produk yang dibeli oleh individu dan organisasi untuk pemprosesan atau digunakan untuk menjalankan perniagaan 1. Barang mudah beli Pengguna membeli secara kerap, perbandingan yang minima. Harga produk adalah murah. Contoh sabun, suratkhabar, roti, gula-gula 2. Barang beli belah Proses membeli agak lama, kurang kerap dibeli, perbandingan ciri produk, kualiti, harga dan stail. Pengguna akan kumpul maklumat mengenai produk. Contoh : perabot, pakaian 3. Barang istimewa ▪ produk yang mempunyai ciri-ciri unik. Jarang membuat perbandingan. ▪ Membuat perancangan tertentu dan menyediakan belanjawan yang besar bagi produk ini ▪ Contoh : jam tangan ekslusif 4. Produk tidak dicari ▪ pengguna tidak terfikir untuk membeli ▪ memerlukan sokongan promosi yang kuat untuk berjaya ▪ contoh : insurans nyawa 1. Barang pemasangan ▪ Ciri-ciri fizikal produk- berat, sukar dialih dan melibatkan kos yang besar ▪ Di pasang secara tetap di satu-satu tempat yang tertentu ▪ Membantu proses pengeluaran produk yang dijual ▪ Contoh : kilang baru, jentera berta, mesin 2. Kelengkapan aksesori ▪ Lebih murah dan jangka hayat lebih singkat ▪ Membantu pengurusan operasi ▪ Contoh : mesin fax, telefon, mesin fotostat 3. Bahagian komponen ▪ Sebahagian daripada produk yang diperlukan untuk menjadikan produk siap untuk dijual ▪ Menjadi input kepada produk lain ▪ Tidak perlu pengubahsuaian tetapi hanya perlukan penggabungan dengan jenis-jenis komponen yang berbeza ▪ Contoh :spark plug dan tali kipas kereta,


ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN BMG 0014 ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN PUAN HASLINDA SHAFIE 4. Bahan mentah ▪ Input utama dalam menghasilkan sesuatu produk ▪ Diperolehi melalui 2 sumber : a) Sumber asli – emas, perak, minyak mentah, balak b) Hasil pertanian- tebu, getah, padi , kelapa sawit 5. Bekalan ▪ Digunakan untuk menyokong operasi harian organisasi setiap hari ▪ Contoh : kertas, pen, klip 3.2 IDENTITI PRODUK Penting untuk membolehkan pengguna mengingati produk, membuat pilihan antara jenama 3.2.1 Jenama ▪ Satu tanda / symbol, reka bentuk/ kombinasi keduanya ▪ Jenis-jenis jenama : Jenis jenama Penerangan Jenama pengeluar ▪ di miliki dan digunakan oleh pengeluar produk ▪ dianggap nilai ihsan yang tinggi ▪ contoh : Ajinamoto, Swatch, Rolex Jenama Persendirian ▪ Jenama yang dimiliki oleh pemborong dan peruncit ▪ Produk yang diperolehi daripada pengeluar adakalanya tidak berjenama ▪ Contoh : Makro, Giant Jenama Am ▪ Produk berjenama am lebih murah ▪ Terkenal hanya dalam satu kawasan geografi yang terhad ▪ Contoh : keropok parang, belacan cap Pak Ali


ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN BMG 0014 ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN PUAN HASLINDA SHAFIE 3.2.2 Label ▪ Tempat dimana maklumat sesuatu produk diperolehi ▪ Biasanya di pembungkusan sesuatu produk ▪ Kandungan label : Kandungan produk, Garis panduan guna produk, alamat pengeluar dan logo halal 3.2.3 Pembungkusan Pembungkusan primer Pembungkusan sekunder ▪ Bungkusan yang pertama membungkus produk ▪ Tidak menarik tetapi dibentuk rapi ▪ Untuk melindungi keselamatan dan kualiti produk ▪ Bungkusan selepas bungkusan primer ▪ Untuk meletakkan logo dan membentuk produk agar lebih menarik perhatian 3.3 PERANCANGAN PRODUK a) Garisan Produk ▪ Sekumpulan produk yang berkait rapat antara satu sama lain ▪ Medium pengeluaran dan kaedah pemasaran yang sama ▪ Contoh : shampoo b) Campuran Produk ( kepelbagaian produk ) ▪ Jumlah garisan produk yang dikeluarkan oleh organisasi ▪ Contoh : sabun mandi, sabun basuh, shampoo c) Perancangan Produk Baru ▪ Diamalkan untuk memastikan organisasi dan perniagagn terus berjaya i. Peringkat cetusan idea ii. Analisa perniagaan iii. Pembangunan keluaran


ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN BMG 0014 ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN PUAN HASLINDA SHAFIE d) Ujian Pemasaran ▪ Satu peringkat dimana produk dijual dalam satu kawasan yang terhad untuk menguji pasaran ▪ Keputusan ujian boleh digunakan untuk membuat ramalan situasi jualan sebenar dalam pasaran yang lebih luas e) Pengkormesialan ▪ Produk memasuki pasaran sebenar 3.4 KITARAN HAYAT PRODUK Jualan dan Keuntungan( RM ) Pengenalan Pertumbuhan Kematangan Kejatuhan Konsep KHP menerangkan bahawa : ▪ Produk berubah sepanjang mereka berada dipasaran ▪ KHP adalah satu siri tahap-tahap yang dilalui oleh produk ▪ Tahap-tahap dalam KHP adalah satu arah Kerugian/ Pelaburan Tahap


ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN BMG 0014 ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN PUAN HASLINDA SHAFIE ▪ KHP tidak dapat meramalkan berapa lama suatu produk akan kekal dalam manamana tahap ▪ Strategi pemasaran yang berbeza diperlukan pada tahap yang berbeza dalam KHP Tahap Penerangan 1 Pengenalan ▪ produk dilancar dan mula memasuki pasaran dengan pertumbuhan jualan yang rendah ▪ memandangkan perbelanjaan besar semasa pengenalan produk dan permintaan pasarn adalah lemah, syarikat belum dapat menikmati keuntungan ▪ perbelanjaan tinggi diperlukan untuk promosi dan pengedaran produk ▪ promosi dapat meningkatkan permintaan pengguna ▪ firma menawarkan versi asas produk baru kepada kumpulan pengguna yang awal ▪ strategi pelancaran boleh dilaksanakan dengan mengadakan majlis pelancaran, hebahan media dan sebagainya 2 Pertumbuhan ▪ penerimaan pasaran terhadap produk yang tinggi dengan kadar jualan dan keuntungan yang meningkat ▪ pasaran turut berkembang dengah perluasan syer pasaran firma dan kemasukan tawaran pesaing yang menampilkan ciri-ciri produk baru yang sekaligus meningkatkan persaingan ▪ antara strategi firma pada peringkat ini ialah : i. menambah baikan kualiti produk dan menambah sifat baru produk atau model baru ii. memasuki segmen pasaran baru dan memperluaskan saluran pengedaran iii. mengurangkan harga pada masa yang sesuai untuk menarik minat lebih ramai pengguna membeli produk baru 3 Kematangan ▪ kadar pertumbuhan jualan berkurangan ▪ tahap keuntungan kekal atau menurun secara perlahan


ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN BMG 0014 ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN PUAN HASLINDA SHAFIE ▪ ini disebabkan oleh ramai pengeluar memasarkan pelbagai produk dalam pasaran yang menyebabkan lebihan tawaran dan pesaingan meningkat ▪ kebanyakan pesaing menurunkan harga dan meningkatkan promosi untuk mengekalkan jualan mereka ▪ ini menyebabkan jualan jatuh dan keuntungan menurun ▪ tempoh masa di peringkat matang mengambil masa yang lama ▪ strategi yang boleh digunakan : i. modifikasi produk dengan mengubah ciri-ciri seperti kualiti, sifat atau gaya produk ii. modifikasi campuran pemasaran untuk meningkatkan jualan dengan mengubah keseluruhan atau sebahagian campuran pemasarn bagi meningkatkan penggunaan produk. Antara modifikasi campuran pemasaran ialah dengan : (a) mengurangkan harga produk (b) melaksanakan kempen iklan baru yang lebih baik (c) promodsi jualan yang agresif (d) memasuki saluran pengedaran pasaran yang meluas (e) menawarkan servis baru yang memberi nilai tambah kepada pengguna yang tidak ditawakan pesaing 4 Kejatuhan ▪ kejatuhan jualan produk ▪ kejatuhan disebabkan kemajuan teknologi, perubahan citarasa pengguna dan peningkatanm pesaingan ▪ antara strategi ialah : i. mengekalkan produk tanpa sebarang perubahan sambil berharap pesaing meninggalkan pasaran atau membuat perletakan semula ii. penuaian produk dengan cara mengurangkan kos seperti pengiklanan, promosi, pembelian dan sebaginya iii. mengeluarkan produk daripada barisan produk firma atau menjadikannya nilai lupus


ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN BMG 0014 ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN PUAN HASLINDA SHAFIE 4.0 STRATEGI AGIHAN 4.1 DEFINISI Kaedah sesebuah organisasi dan individu yang mengatur aktiviti penempatan barang yang dikeluarkan serta membantu dalam pertukaran hak milik bagi satu barang atau perkhidmtan daripada pengeluar kepada pengguna 4.2 JENIS AGIHAN a) Agihan intensif ▪ Semua kedai yang sepatutunya menjual produk itu digunakan untuk mengagihkan produk tersebut ▪ Semua produk pengguna yang mudah beli dan murah ▪ Contoh : gula dan rokok b) Agihan terpilih ▪ Sejumlah kedai tertentu sahaja yang digunakan untuk mengagihkan produk ▪ Produk yang lebih mahal dan tidak selalu dibeli oleh pengguna ▪ Contoh : barang elektrik ( mesin basuh ) c) Agihan ekslusif ▪ Kedai khas digunakana untuk mengagihkan produk tersebut di sesuatu kawasan tersebut ▪ Barang mewah dan sukar dimiliki ▪ Melambangkan prestij pembeli ▪ Contoh : Selangor Pewter 4.3 PERKHIDMATAN PEMBORONG 1. Pergudangan ▪ Kemudahan yang disediakan untuk menyimpan produk sementara sebelum diagihkan kepada peruncit


ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN BMG 0014 ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN PUAN HASLINDA SHAFIE 2. Pemilikan ▪ Perlu menaggung risiko dan membayar kos untuk memiliki produk tersebut 3. Tanggungan risiko ▪ Merujuk kepada pemilikan produk oleh pemborong ▪ Contoh : insurans ke atas produk yang di miliki 4. Bantuan kewangan ▪ Kemudahan secara kredit perdagangan ▪ Pemborong memberi secara hutang kepada peruncit dan peruncit perlu bayar setelah tempoh yang tertentu 5. Bantuan promosi ▪ Pemborong akan membantu pengeluar mempromosikan produk baru kepada pelanggan 6. Pecah pukal ▪ Aktiviti mengecilkan pembungkusan produk yang dibeli secara pukal 5.0 STRATEGI HARGA 5.1 OBJEKTIF PENENTUAN HARGA a) Keuntungan ▪ Menjadi sebab utama syarikat itu diwujudkan ▪ 2 jenis : i. matlamat jangka panjang o pulangan 10-20%terhadap pelaburan pokok yang dikeluarkan ii. matlamat jangka pendek o pulangan 50-55%terhadap pelaburan pokok yang dikeluarkan


ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN BMG 0014 ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN PUAN HASLINDA SHAFIE b) Syer pasaran ▪ Peratus bagi jumlah keseluruhan jualan dalam industri yang sama ▪ Pemeliharaan syer adalh penting untuk menjamin saiz atau kawalan keluaran bagi sesebuah syarikat ▪ Jika pemeliharaan syer tidak dilakukan , syarikat berkemungkinan akan kehilangan pelanggan c) Pulangan pelaburan ▪ Pulangan ( % ) kepada pelabur daripada modal yang dilaburkan ▪ Contoh : pelaburan RM 100,000- pulangan modal adalah 40 % pada akhir tempoh perakaunan ▪ Pulangan = RM 40,000 daripada pelaburan setahun d) Status quo ▪ Dilakukan oleh syarikat untuk meminimumkan risiko rugi ▪ Mereka tidakmahu bersaing dengan syarikat lain, sebaliknya cuba menstabilkan harga yang sedia ada ▪ Satu matlamat pasaran yang agresif 5.2 FAKTOR PENENTUAN HARGA 1. Penentuan Harga Berasaskan Kos a) Penentuan harga berasaskan tokokan umum ▪ Mengira kos produk menambahkan yang ditetapkan oleh firma ▪ Contoh : jika kos firma adalah RM 50.00 dan ketetapan tokokan kos ialah 25%, maka harga akan menjadi RM 62.50 b) Penentuan harga berasaskan titik pulang modal ▪ Memerlukan firma menetapkan harga dimana syarikat boleh mendapat pulangan modal ▪ Harga yang akan mengembalikan modal atau kos


ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN BMG 0014 ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN PUAN HASLINDA SHAFIE 2. Penentuan Harga Berasakan Nilai Pembeli ▪ Berorientasikan persepsi pembeli ▪ Memadankan harga produk dengan persepsi pengguna 3. Penentuan Harga Berasaskan Persaingan ▪ Pengguna akan membandingkan harga dan nilai produk firma dengan persaing ▪ Firma perlu membandingkan kualiti, harga dan nilai produk dengan tawaran pesaing ▪ Menentukan harga yang boleh menandingi harga produk pesaing 5.3 STRATEGI HARGA PRODUK BARU Strategi Penerangan Harga penarahan Pasaran ▪ Harga tinggi diperkenalkan semasa pengenalan produk Harga kemudiannya akan diturunkan ▪ Boleh diamalkan dalam keadan : i. Kualiti imej produk yang konsisten ii. Pesaing tidak boleh memasuki pasaran dengan mudah ▪ Tidak mengharapkan syer pasaran yang tinggi, tetapi sebaliknya pulangan keuntungan kerana harga yang tinggi memberikan keuntungan yang tinggi ▪ Contoh : Amway meletakkan harga yang tinggi untuk serbuk pencuci berbanding dengan Breeze, Fab Harga penembusan pasaran ▪ Menetapkan harga rendah untuk menarik minat pengguna ▪ Tujuan – akan meninggikan demand terhadap produk ▪ Sesuai dalam keadaan : i. Pasaran yang sensitif harga ii. Kos pengeluaran rendah iii. Harga rendah dapat elakkan persaingan


ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN BMG 0014 ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN PUAN HASLINDA SHAFIE 5.4 STRATEGI HARGA YANG LAIN Strategi Penerangan Harga psikologi a) Angka genap ▪ Digunakan untuk melihat prestij dan gaya ▪ Contoh RM 300 ( Minyak Wangi Estee Lauder ) b) Angka ganjil ▪ Melihatkan produk tersebut adalah murah ▪ Contoh RM 19.90 ( T-shirt ) nampak murah berbanding RM 20.00 ▪ Tujuan adalah untuk mendapatkan syer pasaran yang tinggi ▪ Harga murah untuk tarik pembeli Harga professional ▪ Harga untuk perkhidmatan rundingan yang diberikan oleh golongan professional seperti doctor, peguam , akauntan ▪ Contoh : bayaran khidmat doktor • Rawatan biasa : RM 15- RM 35 • Doctor pakar : harga lebih tinggi : RM 50-RM 100 Harga diskaun ▪ Harga rendah daripada harga biasa atau asal yang diberikan kepada pengguna ▪ Contoh : harga semasa jualan murah, tawaran pembukaan ▪ Biasa digunakan pada masa perayaan, cuti sekolah dan sebagainya 6.0 STRATEGI PROMOSI 6.1 DEFINISI DAN TAKRIF Merupakan komunikasi maklumat mengenai firma. produk atau perkhidmatan dengan cara yang menarik dan memujuk bagi mempengaruhi bakal pembeli, untuk membeli barang atau perkhidmatan yang di promosikan.


ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN BMG 0014 ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN PUAN HASLINDA SHAFIE 6.2 OBJEKTIF PROMOSI ▪ Memberitahu ▪ Meningkatkan jualan ▪ Menstabilkan jualan ▪ Membina imej 6.3 CAMPURAN PROMOSI 6.3.1 Iklan ▪ Satu bentuk penyampaian tidak personal yang dibayar oleh penaja untuk mempromosikan sesuatu keluaran, perkhidmatan atau pendapat ▪ 3 jenis : a) Pengiklanan keluaran ▪ Pengeluar cuba membentuk kesedaran dengan menyediakan maklumat tentang sesuatu jenis jenama keluaran yang hendak ditawarkan b) Pengiklanan professional ▪ Menumpukan kepada manfaat penggunaan sesuatu keluaran atau perkhidmatan yang dicadangkan oleh ahli professional seperti doctor, peguam, artis c)Pengiklanan insitusi ▪ Membentuk dan memelihara imej baik sesebuah insitusi ▪ Contoh : “ Syarikat XYZ telah membuka era baru dengan ciptaan komputer terbaru untuk pasaran Malaysia “


ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN BMG 0014 ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN PUAN HASLINDA SHAFIE 6.3.2 Jualan terus ▪ Satu komunikasi 2 hala antara penjual dan pengguna untuk mendapatkan maklum balas segera dan nyata daripada pengguna tentang keluaran, pendapat dan perkhidmatan ▪ Memberi peluang kepada penjual untuk menerangkan dengan lebih lanjut kepada pengguna mengenai sesuatu produk ▪ Melibatkan demonstrasi 6.3.3 Promosi jualan ▪ Kegiatan promosi yang dirangka untuk membantu aktiviti promosi yang lain seperti iklan, jualan peribadi dan publisisti yang boleh mewujudkan pembelian di kalangan pengguna ▪ Melalui penganjuran sesuatu pertunjukan, perayaan, peraduan yang dapat mempengaruhi pengguna ▪ Contoh : Pemberian sample percuma kepada pengguna, pertandingan memasak Planta 6.3.4 Publisiti ▪ Satu mesej kepada pengguna yang menerangkan atau menceritakan sesuatu keluaran dengan lengkap ▪ Memihak kepada kebaikan dan cuba memberi imej yang tinggi terhadap sesuatu keluaran tersebut ▪ Segala maklumat tersebut tidak memerlukan bayaran kerana ia merupakan tugas media biasanya melalui syarikat atau pengusaha keluaran itu sendiri


Click to View FlipBook Version