Untukmu Wahai Hawa
IDDAH DAN IHDAD KEMATIAN
SUAMI
GURU MURSHID DAERAH BAGAN DATUK
Sekapur Sirih
Assalamualaikum w.t.b. Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah swt:
Syukur dan tahniah diucapkan kepada Guru Murshid daerah Bagan Datuk kerana berjaya
menerbitkan Risalah Kecil Untukmu Wahai Hawa ini. Pastinya risalah ini akan memberi manfaat kepada
semua pembaca khususnya kaum Hawa.
Sebuah perkahwinan dan rumahtangga yang bahagia dan indah adalah impian serta harapan bagi
setiap pasangan. Doa bagi pasangan yang berkahwin pastinya “semoga bahagia hingga ke Jannah. Namun,
kita jangan lupa bahawa hidup, mati, jodoh pertemuan, rezeki itu semuanya ketentuan Allah yang sudah
diatur dengan begitu indah buat semua hambaNya. Oleh itu, andainya jodoh kita dengan pasangan itu tidak
kekal lama, jangan berprasangka buruk dengan Allah. Sebaliknya, yakinlah dengan rahmat Allah. Apabila
kaum Hawa ditinggal mati oleh kaum Adam, mereka perlu tahu hukum IDDAH DAN IHDAD KEMATIAN
SUAMI. Perkara ini jangan dianggap mudah sebaliknya kaum Hawa perlu mengetahuinya agar sentiasa
dalam perlindungan serta rahmat Allah.
Tahniah sekali lagi kepada Guru Murshid daerah Bagan Datuk. Semoga penerbitan risalah ini
menjadi pembakar semangat kepada penerbitan risalah yang lebih besar lagi.
Sekian, terima kasih.
Sekapur Sirih
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w, seluruh keluarga baginda, para nabi dan rasul serta para sahabat baginda
sekalian.
Saya bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izin Nya, risalah kecil yang bertajuk Iddah dan
Ihdad Kematian Suami ini berjaya disiapkan dan bakal diterbitkan khusus kepada kaum Hawa serta para
pembaca yang sentiasa mendahagakan ilmu agama. Sudah pasti ianya dapat memberikan manfaat yang baik
buat anda sekalian.
Sekalung penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada Guru Murshid daerah Bagan Datuk kerana
telah berjaya menyiapkan risalah ini. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang diberikan dalam
menghasilkan karya ini, diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dan berpanjangan oleh Allah s.w.t.
Saya juga berharap kepada para pembaca agar dapat memanfaatkan risalah ini dengan sebaiknya.
Kemudian dapat digunakan dalam sesi tazkirah harian bersama keluarga, warga sekolah ataupun masyarakat
disekeliling kita.
Akhir kalam, tahniah sekali lagi dan terima kasih kepada Guru Murshid daerah Bagan Datuk di atas
penerbitan risalah ini.
Sekian, terima kasih.
AJK MURSYID DAERAH
IDDAH SEBELUM KEDATANGAN
ISLAM:
Pada zaman jahiliyyah, wanita berkabung
selama setahun jika kematian suami.
Dalam tempoh itu, mereka tidak
menyentuh wangi-wangian, berdandan
dan bercampur gaul dengan masyarakat.
Selepas tempoh itu, barulah mereka keluar
rumah.
IDDAH SELEPAS KEDATANGAN
ISLAM:
Setelah kedatangan Islam, keadaan itu diperbaiki
di mana masa iddah ditetapkan hanya satu pertiga
daripada yang diamalkan pada zaman jahiliyyah.
Sementara itu isteri yang kematian suami
hendaklah menyempurnakan 3 perkara iaitu:
iddah ihdad menetap
di rumah
suami
BAHASA TAKRIF IDDAH:
KIRAAN, HITUNGAN ATAU BILANGAN:
Ini kerana ia merangkumi bilangan suci
daripada haidh dan juga bilangan bulan.
SYARAK Nama bagi tempoh tertentu bagi seseorang
perempuan menunggunya, semata-mata
mematuhi perintah Allah atau sebagai
tanda kesedihan terhadap pemergian
suaminya.
TAKRIF IHDAD:
BAHASA TEGAHAN ATAU LARANGAN:
Kerana perempuan berihdad ditegah
daripada berhias dan berwangi-wangian
SYARAK MENINGGALKAN berhias dan berwangi-
wangian
HIKMAH IDDAH:
• Untuk memastikan rahim isteri kosong daripada
1 benih suaminya
• Iddah juga adalah tempoh ihdad (berkabung)
2 kerana kepergian suami untuk selama-lamanya
• Sebagai tanda menjaga hak suami dan
3 menyatakan kesetiaan isteri kepada suaminya.
DALIL IDDAH:
FIRMAN ALLAH SWT:
َوٱٱ � ِ�� َﻦ ﯾُ َﺘ َﻮﻓ� ْﻮ َن ِﻣن ُ ْﲂ َوﯾَ َﺬ ُرو َن �أ ْز َ�و ً�ﺎ ﯾَ َ َﱰﺑ� ْﺼ َﻦ ِﺑأ�ﻧ ُﻔ ِﺴﻬِ �ﻦ �أ ْرﺑَ َﻌ َﺔ
◌ۖ �أ ْﺷ ُﻬ ٍﺮ َو َﻋ ْ ًﴩا
MAKSUDNYA:
Dan orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri
( hendaklah para isteri itu ) menangguhkan dirinya ( ber iddah ) empat bulan sepuluh hari
AL BAQARAH:234
DALIL IDDAH:
HADIS RASULULLAH SAW:
DARIPADA UMMU HABIBAH (RA), KATANYA:
َﻻ َ ِﳛ �ﻞ ﻹ ْﻣ َﺮ�أ ٍة ﺗُ ْﺆِﻣ ُﻦ ِ� ِ� َواﻟْ َﯿ ْﻮ ِم ا�ٓ ِﺧ ِﺮ �آ ْن َ ِﲢ �ﺪ �َ َﲆ َﻣ ِيّ ٍﺖ
ﻓَ ْﻮ َق َﺛ َﻼ ٍث إﻻ� �َ َﲆ َزْوجٍ �أ ْرﺑَ َﻌ َﺔ �أ ْﺷ ُﻬ ٍﺮ َو َﻋ ْ ًﴩا
MAKSUDNYA:
“Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat berkabung di atas
kematian seseorang melebihi tiga hari melainkan apabila kematian suaminya. Dia hendaklah
berkabung selama empat bulan sepuluh hari.”
RIWAYAT AL BUKHARI (5024) DAN MUSLIM (1486)
TEMPOH IDDAH 4 bulan 10 hari =130 hari samada
KEMATIAN SUAMI perempuan tua atau muda, telah disetubuhi
atau belum disetubuhi oleh suaminya.
Maksud bulan dalam kiraan iddah adalah
mengikut kiraan dalam kalendar
Islam/Hijrah.
Jika isteri itu mengandung, menurut
jumhur ulama’ iddahnya setelah
melahirkan kandungannya,
sekalipun satu saat selepas
kematian suaminya.
TEMPAT TINGGAL ISTERI
SEMASA IDDAH
Di rumah yang didiami bersama suami dulu.
Tujuannya adalah untuk menyelamatkan diri
daripada fitnah
Tidak boleh keluar dari rumah melainkan jika
terdapat perkara yang darurat ataupun
keperluan hajat yang dibenarkan oleh syara’.
DALIL TEMPAT TINGGAL ISTERI
SEMASA IDDAH
Sabda Nabi saw kepada Furay’ah bt Malik bin Sinan yang mana telah bertemu Nabi saw bertanyakan adakah boleh
bagi dirinya untuk pulang ke pangkuan ahli keluarganya, Bani Khudrah kerana telah kematian suaminya. Lalu jawab
baginda saw:
�ُ َ �َ ُا ْﻣ ُﻜ ِﱻ ِﰲ ﺑَيْ ِت ِﻚ َﺣ �ﱴ ﯾَ ْﺒﻠُ َﻎ ا ْﻟ ِﻜتَﺎ ُب �أ
Maksudnya: Tetaplah kamu di rumahmu sehingga sampai apa yang telah ditetapkan.
[ RIWAYAT ABU DAUD – 2300 DAN AT TARMIZI – 1204 ]
Furay’ah RA telah melengkapkan ‘iddahnya selama 4 bulan 10 hari dan Ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthman
bin Affan RA, beliau telah menghantarkan seseorang untuk bertanyakan mengenai peristiwa tersebut lalu Furay’ah
menceritakan perihal peristiwa tersebut dan Khalifah Uthman RA mengikutnya dan juga berhukum dengannya.
DALIL TEMPAT TINGGAL ISTERI
SEMASA IDDAH
Al Imam Al Khattabi Rahimahullah menyatakan bahawa berdasarkan hadis
di atas, bagi perempuan yang kematian suaminya, perlulah ber’iddah di
rumah suaminya dan tidak boleh untuk keluar dari rumah tersebut
melainkan dalam keadaan darurat serta hajat dan itulah pendapat Al-Imam
Malik, Ath-Thauri, Asy-Syafie, Ahmad dan Muhammad bin Al-Hasan
Rahimahullah.
[ LIHAT MA’ALIM AS-SUNAN. AL –MATBA’AH AL-’ILMIAH, 3/287 ]
LARANGAN SEMASA IDDAH:
1 Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
2 Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika berkahwin juga dalam tempoh
tersebut, maka perkahwinan itu adalah tidak sah dan pasangan itu wajib
dipisahkan.
3
Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali jika darurat.
4 Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya
tinggal sepanjang tempoh perkahwinannya kecuali jika darurat.
5 Meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias
samada pada pakaian dan tubuh badan.
Memakai pakaian yang Memakai barang-barang
berwarna terang atau kemas sama ada emas,
berwarna warni yang boleh perak atau permata.
menarik perhatian. [NIHAYATUL MUHTAJ:
150-151/7]
[NIHAYATUL MUHTAJ:
149-150/7] LARANGAN SEMASA
IHDAD/BERKABUNG
Memakai wangi-wangian Bersolek, memakai celak,
pada anggota badan, berinai dan memakai
rambut dan pakaian. minyak rambut.
[NIHAYATUL MUHTAJ: [NIHAYATUL MUHTAJ:
151/7] 151-152/7]
KEPERLUAN Bekerja Keharusan untuk keluar ini juga
DARURAT UNTUK hanya tertakluk pada waktu siang
KELUAR KETIKA Mendapatkan dan tidak pada waktu malam.
rawatan perubatan Pengecualian diberikan kepada
IDDAH individu yang tidak mempunyai
pilihan dan terpaksa bekerja pada
waktu malam.
Membeli barang Sekiranya tidak ada ahli keluarga
keperluan asasi atau orang lain yang amanah boleh
melakukannya.
AHLI
KELUARGA
MASYARAKAT MASYARAKAT ADIK
SETEMPAT YANG PERLU BERADIK
SAUDARA
SAHABAT CAKNA
HANDAI TERHADAP MARA
ISU IDDAH
JIRAN
TETANGGA
PERSOALAN SEMASA YANG MENGIRINGI
JENAZAH
DILARANG SUAMI KE
KUBUR
BAGI PEREMPUAN YANG
BER’IDDAH
MENUNAIKAN
HAJI
MENUNAIKAN MENGIRINGI
UMRAH JENAZAH
SUAMI KE
MASJID
KITAB 50 WASIAT RASULULLAH SAW UNTUK WANITA: SUMBER RUJUKAN:
MAJDI AS SAIYID IBRAHIM
http://tolibilmi.blogspot.com/2015/11/ihdad-
berkabung.html
https://www.mais.gov.my/wp-content/uploads/2020/06/Artikel-
Khas-Bil.10.2019-Panduan-Tempoh-Iddah-untuk-Wanita.pdf
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/08/78360/agama-
wanita-dalam-tempoh-edah-harus-tinggal-di-rumah-suami
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1394-irsyad-al-fatwa-ke-154-hukum-bagi-
perempuan-yang-kematian-suami-dan-masih-di-dalam-iddah-menunaikan-umrah
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2912-al-kafi-977-
bolehkah-wanita-dalam-iddah-iringi-jenazah-suami-ke-masjid