The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Kahlida, 2023-03-12 10:34:06

PENERAPAN ETIKA DAN ADAB DALAM KOMUNIKASI KONTEMPORARI

Penghayatan etika dan peradaban

TUGASAN 2 ; penerapan etika dan adab dalam komunikasi kontemporari NURUL NAJIHAH BINTI MOHAMAD NOOR NURUL KHALIDAH BINTI RAMLI ASFARINA BINTI RADIMAN PENSYARAH : PUAN NORAINI BINTI SALIM MPU2062D PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


) ) ) ) ) ) ) ) ) NURUL NAJIHAH ) ) ) ) ) ) ) ) ) AHLI KUMPULAN NURUL KHALIDAH ASFARINA


1 isi kandungan Adab -Adab Etika Penggunaan Masa Definisi Etika Dalil Adab- Adab Etika Penggunaan Masa Adab- Adab Etika Penggunaan Masa Definisi Pengenalan Tujuan Peraturan Kebebasan Suara Dikuatkuasakan Etika Dalam Amalan Kebebasan Bersuara Templet Kebebasan Bersuara Pengenalan Definisi Pandangan Ahli Falsafah Mengenai Hedonisme Ciri- ciri Gaya Hidup Hedonisme Faktor Penularan Budaya Hedonisme Cara Mengatasi Budaya Hedonisme Templet Budaya Hedonisme 1. 2. KEBEBASAN BERSUARA 3. BUDAYA HEDONISME 4. RUJUKAN


Etika adalah satu set garis panduan normative dipandu oleh nilai dan norma untuk menyelesaikan konflik dengan tujuan meningkat kesejahteraan masyarakat. Sebagai satu cabang falsafah, etika memberi tumpuan terhadap hubungan antara manusia dengan manusia, haiwan, persekitaran dana pa-apa yang wujud dalam maya. Etika menyoal sama ada sesuatu tindakan itu baik atau buruk, betul atau salah, boleh diterima atau ditolak sesuai atau tidak dan berhemat atau sebaliknya. Masyarakat perlu membuat pengadilan tentang nilai sesuatu perkara dan kemudiannya mengambil tindakan berdasarkan nilai yang dipilih. Pernbentukan etika dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti: naluri, adat resam, kepercayaan/agama ' pengaruh keluarga, pengaruh rakan pengalaman hidup, nilai peribadi dan faktor keadaan. Faktor tersebut pula bergantung kepada nilai pegangan sesebuah masyarakat. Ini bererti sesuatu perbuatan yang diterima oleh sesebuah masyarakat turut diterima oleh masyarakat yang lain DEFINISI ETIKA


S e tia p o r a n g m e s tila h m e n j a g a lidah dan tangannya, sama ada dia berkata atau menulis perkara-perkara kebaikan lalu akan diberi ganjaran atas perbuatan baiknya itu, ataupun dia diam dan meninggalkan perkara-perkara keburukan bagi membendung sebarang fitnah atau aib dan sebagainya. Hal ini menepati firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (mencatatnya) “. (Surah Qaf :18) R a s ululla h S A W j u g a b e r s a b d a y a n g b e r m a k s u d : “ B a r a n g s i a p a y a n g b e r i m a n k e p a d a Alla h S W T d a n h a r i a k h i r a t , h e n d a kla h d i a b e r k a t a b a i k a t a u d i a m ” ( H a d i s r i w a y a t B u k h a r i d a n M u sli m ) DA L I L A DA B E T I KA P E N G G U N AA N M AS SA


ADAB-ADAB ETIKA PENGGUNAAN MEDIA MASSA Tidak berkata atau mengeluarkan pendapat terhadap khabar angin yang akan mendorong kepada fitnah dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Inilah kaedah yang sering digunapakai oleh musuh-musuh negara dan para pengkhianat anak bangsa. Mereka menyebarkan berita-berita palsu atau memutarbelitkan maklumat yang tidak diketahui sumbernya sehingga sukar untuk mengenalpasti sama ada ianya benar atau palsu. Bahkan mereka juga menambah info-info lain berbentuk gambar atau video bertujuan untuk menjadikannya sebahagian dari maklumat asal seterusnya menyebabkan kesulitan kepada pembaca membezakan maklumat yang betul atau salah. 01 Mencegah diri daripada melakukan sindiran dan penghinaan terhadap orang lain sama ada dalam bentuk gambar atau komen kerana menghormati orang lain itu merupakan satu kewajipan di sisi syariat Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Antara kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang bukan kepentingan dia” (Hadis riwayat At-Tirmidzi) 02


ADAB-ADAB ETIKA PENGGUNAAN MEDIA MASSA Menjaga waktu agar tidak membuang masa pada perkara yang tidak berfaedah. Tidaklah sesuai bagi seseorang manusia menghabiskan umurnya untuk berbual-bual di media sosial tanpa memberi faedah kepadanya. Dalam Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna” (Surah al-Mukminun : 3) 03 Ingat komunikasi sesama manusia Ibu bapa dan guru sekolah sentiasa berpesan supaya buat sesuatu perkara yang anda ingin orang lain buat kepada anda. Jika anda berada di tempat orang lain yang bersifat seperti diri sendiri, janganlah anda melukakan perasaan orang lain. Dalam dunia siber, kita harus ingat bahawa kita berkomunikasi dengan manusia lain, bukannya mesin. 04


ADAB-ADAB ETIKA PENGGUNAAN MEDIA MASSA Tingkah laku dalam SIBER Dalam kehidupan sebenar, kebanyakan kita menjalani hidup dengan mengikut undang-undang, sama ada memang kita patuh atau kerana kita takut dikenakan hukuman. Kemungkinan dalam kalangan pengguna internet lupa di sebalik skrin komputer wujud manusia lain. Oleh itu, perlakuan atau etika yang bernilai rendah perlu dijauhi walaupun ada sesetengah daripada kita berfikir tidak mengapa, walhal ada juga yang beranggapan boleh diterima. 05 Ketahui di mana anda berada di dalam dunia SIBER Adab internet berbeza daripada platform ke platform. Ada sesuatu perlakuan boleh diterima dalam satu kawasan, tetapi ia sangat kurang sopan dalam kawasan lain. Contohnya, dalam perbincangan kumpulan di Facebook berlainan dengan kumpulan di Telegram. Apabila anda memasuki platform tertentu dalam dunia siber seperti kumpulan WhatsApp yang baru dikenali, sila perhatikan sebentar. Habiskan sedikit masa bagi memerhati perbualan atau membaca arkib sembang yang ada kemudian dapatkan suasana daripada pengguna yang biasa dalam platform berkenaan. Oleh yang demikian, adab internet berbeza di tempat yang berlainan, penting mengenal pasti di mana anda berada. Perhatikan sekeliling sebelum menyebarkan sesuatu. 06


DEFINIS KEBEBASAN BERSUARA Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. Istilah yang bersinonim, kebebasan menyatakan pendapat kadangkala digunakan sebagai maksud kepada bukan sahaja kebebasan bersuara secara percakapan verbal, tetapi juga tindakan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat atau idea, dengan tidak mengira medium yang digunakan. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat berkait dengan, tetapi berasingan dengan, konsep kebebasan berfikir atau kebebasan menilai. Keupayaan individu untuk bertanya, bertukar pandangan, menegur, mengkritik dan sebagainya tanpa batasan atau memerlukan tapisan dari manamana pihak. Ia membawa maksud seseorang individu itu boleh memberikan pandangan dan pendapat tanpa sekatan dari mana-mana pihaktermasuk undangundang (Godwin (2013).


P E N G E N A L A N Amalan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia merupakan asas yang menjadi pegangan dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi termasuk Malaysia. 01 Hak kebebasan bersuara merupakan hak seseorang individu untuk memberikan pandangan mereka tanpa dihalang oleh pihak lain (Mohd Azizuddin, 2002). 02 Konsep kebebasan bersuara biasanya berhubung kait dengan sesuatuisu yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat yang merangkumi semua aspek kehidupan seperti pemerintahan, keadilan, sosial ekonomi politik dan sebagainya. Bagi negara demokrasi hak kebebasan bersuara bukan hanya diberikan jaminan oleh perlembagaan, tetapi juga oleh kerajaan dan negara bagi memberi ruang kepada rakyat untuk memainkan peranan dalam proses pembentukan sesuatu dasar dan undang-undangnegara. 04 03


P E N G E N A L A N Dalam Kandungan Artikel 19 Pernyataan Umum Tentang Hak-Hak Asasi Manusia (Universal Declaration of Human Rights) memperuntukkan secara jelas bahawa“setiap orang berhak kepada kebebasan pendapat dan ekspresi, hak ini termasuk kebebasan untuk mendapatkan pendapat tanpa gangguan dan untuk mencari, menerima dan menyebarkan maklumat dan idea melalui media tanpa mengira sempadan.” 05 Dalam perkara 10 (2) (a) memperuntukkan bahawa “Parlimen mempunyai kuasa dalam menggubal undang-undang untuk menyekat kebebasan bersuara, ianya bertujuan untuk kepentingan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, memelihara hubungan yang baik dengan negara-negara lain, menjaga ketenteraman awam dan sekatan-sekatan dengan tujuan untuk melindungi dan memelihara keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau membuat peruntukan bagi menentang penghinaan mahkamah, fitnah atau menghasut Ianya terkandung dalam Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa “Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)setiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara”. Walaubagaimanapun, hak kebebasan bersuara di Malaysia tidak bersifat mutlak 07 06


TUJUAN PERATURAN KEBEBASAN BERSUARA DIKUATKUASAKAN Bagi menghormati adat resam dan kepercayaan pelbagai kaum untuk mengekalkan kestabilan dan keselamatan negara. Menjamin dan menjaga keharmonian dan keamanan negara. Bagi menjaga perasaan kaum lain. .


Kebebasan bersuara haruslah berlandaskan kepada kebenaran dan perlu difahami sebelum sesuatu berita atau maklumat disiarkan atau dikongsi. Menghormati budaya, adat resam dan cara hidup kaum lain di Malaysia dalam mengekalkan kestabilan negara. Ini bermaksud konsep kebebasan bersuara tidak seharusnya ditafsirkan mengikut interpretasi umum atau universal tetapi perlu disesuaikan dengan mengambil kira aspek sensitiviti tempatan. ETIKA DALAM AMALAN KEBEBASAN BERSUARA


Tidak mengkritik atau menyentuh perkara-perkara yang bersifat sensitif seperti isu yang melibatkan isu agama dan sensitiviti kaum. Tidak menyentuh mana-mana isu yang boleh menganggu-gugat keamanan dan keharmonian negara. Menyuarakan pendapat melalui saluran yang sepatutnya. ETIKA DALAM AMALAN KEBEBASAN BERSUARA


HEDONISME BUDAYA PENGENALAN Penularan budaya hedonisme telah mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia, terutamanya di kalangan belia dan mendapat banyak tentangan daripada masyarakat. Hedonisme dilihat sebagai satu perilaku ‘sub-budaya’ yang negative bertentangan dengan adat ketimuran dan saranan agama (Sidek Baba, 2006)


DEFINISI HEDONISME R a s a k e p u a s a n d a n k e n i k m a t a n y a n g m e n j a d i u k u r a n d a n t i n g k a h l a k u s e s u a t u p e r b u a t a n y a n g b a i k . S u a t u p a n d a n g a n h i d u p y a n g m e m e n t i n g k a n k e s e n a n g a n h i d u p d a n k e s e r o n o k a n B u d a y a H i d o n i s m e m e n i l a i k e b a i k a n b e r d a s a r k a n k e s e r o n o k a n s e m a t a - m a t a


PANDANGAN AHLI FALSAFAH MENGENAI HEDONISME, TERBAHAGI KEPADA 2 BENTUK Hedonisme psikologi iaitu doktrin bahawa manusia sentiasa melakukan sesuatu tindakan yang difikirkan dapat memberi kenikmatan terbesar kepada mereka. Hedonisme psikologi beranggapan bahawa manusia secara fitrah sentiasa memilih sesuatu perkara yang difikirkan dapat memberikan lebih banyak kebahagiaan dan mengurangkan kesakitan kepada mereka. Hedonisme etika iaitu doktrin bahawa manusia seharusnya melakukan sesuatu tindakan yang dapat menghasilkan kenikmatan dan kebahagiaan terbesar kepada mereka. Hedonisme etika berpendapat bahawa manusia sepatutnya bertindak untuk mendapatkan kebahagiaan dan menghindarkan kesakitan. Dengan kaedah ini mereka dapat memperoleh kehidupan yang terbaik. BENTUK PERTAMA BENTUK KEDUA


POINT 1 POINT 3 Ia memiliki pandangan POINT 2 bahawa tujuan utama dalam hidupnya adalah untuk kenikmatan serta kesenangan peribadinya saja. Tidak memperdulikan kepentingan serta kebahagiaan orang lain sehingga orang tersebut menjadi egois. Tidak pernah merasa puas dengan apa yang telah ia miliki baik harta mahupun keluarga. CIRI-CIRIGAYA HIDUP HEDONISME


POINT 4 POINT 6 M POINT 5 emiliki sifat konsumtif dan lebih mengutamakan untuk membeli barang-barang atau suatu hal karena kesenangan dianggap lebih utama dibandingkan dengan keperluan. Cenderung memiliki sifat yang diskriminatif serta sombong. Selalu melihat orang lain berdasarkan harta kekayaan dan merasa dirinya lebih baik dari orang lain. CIRI-CIRIGAYA HIDUP HEDONISME


fAKTOR PENULARAN BUDAYA HEDONISTIK Pengaruh Media Massa Wujudnya Pelbagai Pusat Hiburan Dan Pusat Perjudian Melalui perkembangan media masa, pengaruh budaya hedonisme ini dapat menular ke negara ini dengan begitu mudah. Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh pihak barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti minum arak, melepak, mengunjungi pesta hiburan, seks bebas,parti liar dan sebagainya. Budaya hedonisme ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang mudah terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar. Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan pusat perjudian di seluruh pelusuk negara bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan telah menyebabkan budaya hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari. Pihak berkuasa telah memainkan peranan yang penting dalam membanteras gejala ini tetapi tidak dinafikan bahawa masih banyak lagi pusat hiburan seperti ini diluar sana. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa sekarang. Keruntuhan Institusi Kekeluargaan Keruntuhan institusi keluarga dan permasalahan rumahtangga yang berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa para remaja dan anak-anak. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Para remaja berpendapat bahawa ibubapa mereka sudah tidak mempedulikan mereka dan mengambil keputusan untuk tidak lagi menghabiskan masa bersama. Dengan cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.


fAKTOR PENULARAN BUDAYA HEDONISITIK Kurang Pengawalan atau Pengawasan Ibubapa Sikap ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan kepada anak-anak juga memberi peluang kepada remaja untuk keluar bersiar-siar dan menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat yang boleh merosakkan akhlak para remaja. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini lebih mengejar kemewahan duniawi dan kepentingan materialistik semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak. Kurang Pegangan Agama Apabila pegangan agama masyarakat khususnya golongan muda tidak teguh, mereka tidak akan mendapat ketenangan jiwa dan inilah penyebab mereka mudah terjerumus dalam kancah budaya hedonisme ini. Kesan globalisasi dunia tanpa sempadan menjadi punca kepada budaya keterlaluan hedonisme sehingga ada yang menghalalkan cara hidup barat yang sekali gus bertentangan dengan ajaran agama Islam.


CARA MENGATASI BUDAYA HEDONISTIK 3. Ibubapa Menjadi Contoh Ramai ibubapa sekarang yang tidak mempedulikan anakanak mereka kerana terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Sebagai ibubapa kita haruslah menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak kerana dengan cara ini mereka akan merasakan diri mereka disayangi dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak baik. Ibubapa haruslah meluangkan masa dan bersantai bersama anak-anak mereka agar dapat mengeratkan lagi hubungan dalam institusi kekeluargaan. 1. Melalui Nilai-Nilai Murni Penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam diri umat Islam amatlah penting. Hal ini adalah kerana masyarakat Islam menjalani arus globalisasi pada masa kini, jati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat Islam perlulah kuat dan mantap. Perkara ini perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak masih lagi kecil lagi. Hal ini disebabkan merekalah pewaris agama yang suci dan perlu bagi mereka memahami dan mencintai Islam semenjak mereka masih lagi kecil. Oleh itu, ibubapa haruslah mencorak titik-titik yang baik kepada anakanak supaya menjadi pewaris agama yang berjaya. 2. Gerakan Dakwah agama Gerakan dakwah perlulah dipertingkatkan lagi dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja. Para pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka supaya lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Mereka juga perlu mengubah cara mereka menyampaikan dakwah. Mereka haruslah mengetengahkan dakwah mereka berkaitan dengan mengapa pengangan agama seseorang mudah luntur yang menjeruskan kepada perkara yang tidak baik .Para pendakwah haruslah bijak dalam mengatur strategi untuk memantapkan iman para remaja dengan menerangkan bahawa agama Islam bukanlah agama yang membebankan atau menyusahkan mereka malahan Islam adalah satu-atunya agama yang suci. Apabila mereka tiada pegangan agama mereka lebih gemar meniru budaya luar terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan terkini.


RUJUKAN ETIKA PENGGUNAAN MEDIA MEDIA SOSIAL – Pusat Islam. (n.d.). Www.ukm.my. Retrieved from https://www.ukm.my/pusatislam/news/5-etika-penggunaan-media-mediasosial/ Gaya Hidup Hedonisme: Pengertian, Contoh, Ciri-Ciri dan Dampaknya. (2021, August 25). Best Seller Gramedia. https://www.gramedia.com/best-seller/gaya-hidup-hedonisme/ https://coggle.it/diagram/YAzfz0l_TDG2FKYq/t/bab-7-peranan-etika-dan-budaya-dankomunikasi-kontemporari https://anyflip.com/tyyac/hxhr/basic Yusof, Z. M., Siti norul huda sheikh abdullah, Mokhtar, U. A., & Nazura Abd Manap. (2017, November 20). Adab Mengguna Media Sosial. ResearchGate; unknown. https://www.researchgate.net/publication/321321574_Adab_Mengguna_Media_Sosial


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version