The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arnella.matdin, 2023-03-23 22:13:54

Teknik Menjawab Ulasan PT3

Teknik Menjawab Ulasan PT3

Keywords: Ulasan

TEKNIK MENJAWAB ULASAN PT3 Disediakan oleh : Cikgu Arnella Binti Matdin


PANDUAN MENJAWAB SOALAN ULASAN Apakah ulasan ? Ulasan ialah soalan pemindahan maklumat daripada pelbagai bentuk yang bergambar kepada maklumat bertulis. Apakah bentuk ulasan ? Ulasan ada pelbagai bentuk seperti, info grafik, poster, illustrasi, kartun, graf, carta, kartun, iklan, rencana, pelan dan carta pai.


MARKAH : 15 markah JUMLAH PATAH PERKATAAN : 80 sehingga 100 patah perkataan MASA MENJAWAB : 20 MINIT PERENGGAN: Satu perenggan sahaja


MAKSUD ISI TERSURAT: Isi tersurat ialah maklumat bertulis yang ISI : terdapat dalam gambar Mesti ada isi tersurat & isi tersirat MAKSUD ISI TERSIRAT: Isi tersirat ialah isi lain, selain yang terdapat dalam gambar, tetapi berkaitan dengan info yang diberi.


Sila tulis jumlah patah perkataan di bahagian akhir ulasan. Contohnya : 98 patah perkataan


CARA PENGIRAAN PATAH PERKATAAN Perkataan dikira yang dikira sebagai satu perkataan Nama khas – Kementerian Pendidikan Malaysia Kata majmuk – atur cara Kata depan – di belakang/ ke rumah Tarikh – 10 Julai 2020 Kata ganda – bertiga-tiga Angka yang ditulis dalam perkataan – enam ratus tujuh puluh dua Gelaran – Tun Mahathir Mohamad


Pendahuluan Tulis satu ayat pernyataan tentang tajuk yang dibincangkan berdasarkan gambar. Isi Tersurat Isi atau maklumat yang terdapat dalam gambar. Isi Tersirat Isi yang tidak terdapat dalam gambar tetapi isi yang berkaitan dengan maklumat yang diberi. Penutup Satu ayat merumuskan keseluruhan ulasan. KERANGKA ULASAN


Bentuk-bentuk soalan ulasan


Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Demam denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Terdapat beberapa simptom demam denggi. Antara gejala tersebut ialah pesakit akan mengalami gejala seperti sakit perut dan cirit-birit. Selain itu, pesakit akan muntah-muntah, demam dan sakit kepala.Di samping itu, sakit otot , sakit sendi serta ruam merah di kulit. Gejala-gejala ini akan timbul selepas 5 hingga 6 hari pesakit digigit oleh nyamuk Aedes. Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi seperti memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes. Kita haruslah membuang bekas-bekas yang boleh menakung air. Air bertakung merupakan tempat nyamuk Aedes membiak. Oleh itu, marilah kita semua memastikan kawasan rumah bersih. CONTOH JAWAPAN 98 patah perkataan


Click to View FlipBook Version