The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teknik Menjawab Esei Novel Darah Titik di Semantan.pptx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arnella.matdin, 2023-03-23 21:53:34

Teknik Menjawab Esei Novel Darah Titik di Semantan.pptx

Teknik Menjawab Esei Novel Darah Titik di Semantan.pptx

Keywords: novel

PANDUAN MENJAWAB SOALAN ESEI NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN TINGKATAN 2 This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-NC DiD Disediakan oleh : ARNELLA MATDIN


1. Murid tahu cara menulis pendahuluan esei novel 2. Murid tahu cara menulis isi dan huraian 3. Murid dapat menyatakan cara pemarkahan 4. Murid dapat menjawab soalan esei novel dan mendapat markah cemerlang OBJEKTIF PEMBELAJARAN


Panduan menjawab soalan esei Novel Darah Titik Di Semantan 1. Pendahuluan •Setiap jawapan hendaklah dimulai dengan ayat seperti di bawah: Novel yang saya kaji di tingkatan 2 ialah Novel Darah Titik Di Semantan hasil karya Arman Sani.


2. Isi Tiga isi dan beserta huraian . Para Pelajar harus menulis satu isi bagi satu ayat. Seterusnya, isi tersebut haruslah dihuraikan atau beri contoh bagi menyokong isi.


3.Perenggan Cara menulis perenggan adalah seperti berikut : Perenggan pertama : Perenggan Perenggan kedua : Isi Pertama Pendahuluan Perenggan ketiga : Isi Kedua Perenggan keempat : Isi Ketiga #Tidak perlu tulis penutup This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA


4.Permarkahan Markah isi : 3 isi x 2 markah : 6 markah Markah bahasa : 4 markah Markah Keseluruhan : 10 markah #1 markah isi & 1 markah huraian


KATA KUNCI CARA MENJAWAB SOALAN ESEI MENGIKUT SOALAN YANG DI TANYA Mulakan jawapan isi seperti berikut: 1. Soalan berkaitan dengan perwatakan Seorang yang tegas 2. Soalan berkaitan dengan persoalan Persoalan tegas dalam menangani disiplin 3. Soalan berkaitan dengan nilai Nilai ketegasan 4. Soalan berkaitan dengan pengajaran Kita mestilah tegas dalam melaksanakan amanah yang diberi


SOALAN : Berdasarkan novel yang anda kaji di tingkatan dua, tuliskan 3 persoalan. Novel yang saya kaji di tingkatan dua ialah Novel Darah Titik di Semantan hasil karya Arman Sani. Pend ahulu an


Isi 1 ~ Persoalan Pertama Terdapat beberapa persoalan yang terkandung dalam novel ini termasuklah kebijaksanaan pemimpin dalam menentang musuh. Sebagai contohnya, tindakan Datuk Bahaman merentangkan rantai yang ditenggelamkan di dalam sungai. Apabila perahu Desborough serta mata-mata sikh melalui sungai tersebut, Datuk Bahaman telah merentap rantai sehingga perahu Inggeris terbalik. Kemudian berpuluh-puluh bambu runcing dibaling ke arah sungai dan ramai mata-mata Sikh dibunuh.


Isi 2 ~ Persoalan Selain itu, persoalan penduduk kampung yang Kedua mementingkan ajaran agama. Sebagai contohnya, penduduk Semantan sentiasa menunaikan solat mereka tidak kira dalam apa jua keadaan. Contohnya, Datuk Bahaman dan para pengikutnya menunaikan solat subuh walaupun letih. Selepas itu, mereka tidur di tanjung yang memisahkan sungai Semantan dan sungai Pahang.


Isi 3 ~ Persoalan Ketiga Akhir sekali, persoalan kekejaman penjajah terhadap penduduk Melayu. Sebagai contohnya, di Bolok dan Cempaka, mata-mata Sikh telah membakar semua rumah orang kampung. Orang muda, tua, perempuan dan kanak-kanak telah ditembak atau dibakar hangus.


Sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version