KARANGAN PENDEK PT3 Selamat Membaca Disediakan oleh, Cikgu Arnella Binti Matdin
KERTAS 2 BAHAGIAN A ● FORMAT KARANGAN ● KARANGAN PENDEK [WAJIB JAWAB] ● 10 MARKAH ● 15 MINIT ● 50-80 PATAH KATA
Karangan Pendek ● 1. Calon akan diberikan satu tema dalam bentuk peta i-think, gambar tunggal, gambar bersiri atau bahan grafik. ● 2. Arahan – Tulis karangan berdasarkan tema yang diberikan. ● 3. Panjang karangan hendaklah antara 50-80 patah kata [ jangan melebihi 80 patah perkataan]
Penting!!! ● Anda boleh menulis pendahuluan dan penutup yang ringkas. ● Pemerenggan – tidak wajib [ tulis satu perenggan sahaja – agar anda tidak menulis karangan yang terlalu panjang ] ● Ungkapan menarik – tidak wajib dimasukkan ● Gunakan semua isi yang diberikan
Cara Pengiraan Perkataan Dalam Karangan
Kriteria Penskoran / Pemarkahan ● Cemerlang [ 6 isi ] - 8-10 markah ● Baik [ 3-5 isi ] 6-7 markah ● Penguasaan Minimum 3-5 markah ● [ 1-2 isi ] ● Tidak mencapai tahap memuaskan 0-2 markah
CONTOH KARANGAN PENDEK
Berdasarkan maklumat dibawah, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.
CONTOH JAWAPAN: Akhir-akhir ini negara kita dilanda dengan pelbagai musibah seperti jerebu, pencemaran udara dan serangan virus Covid-19 yang menyebabkan simptom batuk. Oleh itu, sebagai warga negara yang bertanggungjawab menghentikan sebaran kuman yang membuatkan kita dan orang lain sakit. Kita haruslah mematuhi etika ketika batuk agar virus tidak tersebar kepada orang lain. Pertama, kita haruslah menutup mulut dan hidung dengan kertas tisu apabila batuk dan bersin atau batuk serta bersin ke bahagian lengan atas dan bukan tangan anda. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah serta cuci tangan selepas batuk atau bersin. Akhir sekali, kita perlu memakai pelitup muka sekiranya bergejala.
Berdasarkan maklumat di bawah, tuliskan sebuah karangan pendek yang panjangnya 50 hingga 80 patah perkataan. Kepentingan Semangat Patriotik Membentuk semangat juang Menaikkan imej negara Menjadi contoh kepada generasi muda Memupuk semangat cinta akan negara Pemangkin kemajuan negara Mewujudkan perpaduan kaum
JAWAPAN CONTOH Semangat patriotisme sangat penting dalam kalangan masyarakat kita. Kita akan dapat memupuk semangat cinta akan negara dengan membentuk semangat juang yang tinggi dalam diri generasi muda. Selain itu, semangat patriotisme mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan perpaduan negara. Kita akan dapat menjadi contoh kepada generasi muda dan kita akan dapat menaikkan imej negara di persada dunia.