The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by juleiyana, 2021-10-22 04:07:52

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT

BUKU PROGRAM MUAFAKAT 2021 -TERBARU

1

ISI KANDUNGAN

BIL BUTIRAN MUKASURAT

1 KATA ALU-ALUAN PRESIDEN MUAFAKAT KEBANGSAAN 3-4

2 KATA ALU-ALUAN PENGETUA 5

3 KATA ALU-ALUAN YDP MUAFAKAT 6

4 ATUR CARA MAJLIS 7

5 AJK MUAFAKAT SESI 2019/2021 8

6 AGENDA MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT KALI KE 10 9

7 NOTIS PANGGILAN MESYUARAT 10-11

8 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT KALI KE-9 12-16

9 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG 17

10 LAPORAN AKTIVITI MUAFAKAT 18-19

11 LAPORAN KEWANGAN MUAFAKAT 20-26

12 CADANGAN /ASAL USUL 27-30

13 AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT KALI KE 10 31

14 PENGHARGAAN 32

2

KATA ALU ALUAN

PRESIDEN
BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA [MUAFAKAT]

SESI 2019-2021

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, Saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin
dan limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu maka kita
berkumpul pada Mesyuarat Agung Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA
Malaysia (MUAFAKAT) Cawangan Mrsm Johor Bahru Kali Ke – 10

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua di atas
kesudian dan sokongan tuan dan puan meluangkan masa untuk
menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT pada kali ini yang
dibuat secara maya atau fizikal. MUAFAKAT menjadi persada untuk kita
mencurahkan khidmat dan bakti dalam perjuangan melahirkan anak bangsa
yang terbilang. Di atas itu, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
ibu bapa dan waris serta guru yang sanggup meluangkan masa,
menyumbangkan harta dan menggembeleng tenaga untuk kita sama-sama
mengejar cita-cita murni penubuhan MUAFAKAT.

Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT merupakan agenda penting
yang diadakan setiap tahun. Penglibatan MUAFAKAT amat perlu bagi
memaju dan meningkatkan prestasi MRSM, Kolej MARA dan Kolej Profesional
MARA . Ini dilaksanakan melalui permuafakatan, perancangan yang teliti dan
kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru/pensyarah. Sering diingatkan
bahawa sudah menjadi tanggungjawab kita ahli MUAFAKAT untuk hadir ke
Mesyuarat Agung Tahunan ini. Mesyuarat ini bertujuan untuk berbincang,
mencari kata sepakat, mencari idea dan penyelesaian bagi isu-isu yang
berkaitan dengan kebajikan serta kecemerlangan anak-anak kita. Hubungan

3

dan kerjasama antara pengurusan maktab dan kolej, ibu bapa dan komuniti
akan mewujudkan permuafakatan yang saling erat dan memerlukan, ibarat
aur dengan tebing.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung
Tahunan MUAFAKAT Kali Ke-10 ini. Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan
mendalami mafhum surah Al-Kahfi ayat 10, yang bermaksud, “Wahai Tuhan
kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami
petunjuk yang lurus dalam urusan kami”. Semoga Allah sentiasa
mengurniakan kita kekuatan dan petunjuk
dalam setiap langkah perjuangan kita ini. Dalam tasbih, tahmid dan takbir,
saya berdoa agar tuan-tuan dan puan-puan sentiasa dilindungi dan
dirahmati oleh Allah SWT.
Sekian terima kasih.

YBHG. DATO’ SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD
PRESIDEN
MUAFAKAT MARA MALAYSIA
SESI 2019-2021

4

SEULAS BICARA
PENGETUA
MRSM JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Seawal madah pembuka bicara, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita
dapat mengadakan Mesyuarat Agung MUAFAKAT MRSM Johor Bahru kali ke-10. Syabas dan tahniah
kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung MUAFAKAT 2021 yang telah berusaha secara
bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini.

Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan
sesebuah institusi Pendidikan. Justeru, MUAFAKAT telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan
memikul tanggungjawab dengan penuh iltizam dalam usaha menjana kecemerlangan maktab ini
walaupun kita berhadapan dengan Pandemik Covid-19. Pihak maktab amat berbesar hati dan
menghargai penglibatan serta keprihatinan ibu bapa sekalian dalam menyokong agenda masa depan
maktab. Semoga kesudian dan keikhlasan tuan-tuan dan puan-puan dibalas dengan ganjaran
kecemerlangan anak-anak di maktab ini.

Mesyuarat Agung MUAFAKAT ini bukan hanya sekadar sebagai acara tahunan yang datang dan
pergi pada setiap tahun. Mesyuarat Agung MUAFAKAT ini juga merupakan platform dalam usaha kita
menyusun dan merancang program demi kebaikan anak-anak kita di sini. Pertemuan yang ringkas dalam
mesyuarat agung hari ini diharapkan bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa
atau penjaga dengan guru-guru, malah dapat memberi peluang untuk kita berbincang terutamanya
dalam meningkatkan prestasi akademik dan pembentukan sahsiah pelajar yang sempurna.

Pada kesempatan ini, pihak maktab ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada MUAFAKAT
MRSM Johor Bahru atas segala sumbangan yang telah diberikan bagi membantu memenuhi keperluan
para pelajar dalam kegiatan mereka. MUAFAKAT MRSM Johor Bahru juga telah banyak membantu
menaikkan nama maktab sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum pelajar. Kerjasama
sebegini perlu diteruskan pada masa akan datang bagi menjamin kecemerlangan yang berterusan.

Akhir kata, semoga MRSM Johor Bahru ini akan terus melahirkan ramai generasi pelapis
gemilang yang akan memacu pembinaan tamadun agama, bangsa dan negara.

Sekian.

JASMIN BIN ABD. SHUKOR
Pengetua
MRSM Johor Bahru,
Johor.

5

SEINDAH MADAH
YANG DIPERTUA MUAFAKAT
MRSM JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bagi pihak Jawatankuasa MUAFAKAT, saya mengalu-alukan penglibatan tuan-tuan dan puan-
puan dalam Mesyuarat Agung MUAFAKAT MRSM Johor Bahru Kali Ke-10 ini. Sesungguhnya,
penglibatan ini menunjukkan keprihatinan serta harapan para ibu bapa yang ingin melihat MUAFAKAT
terus memainkan peranannya untuk kebajikan, pembangunan sahsiah, dan kecemerlangan pelajar-
pelajar MRSM Johor Bahru yang menjadi matlamat MUAFAKAT.

Sepanjang sesi 2020/2021, Jawatankuasa MUAFAKAT telah merancang serta melaksanakan
pelbagai aktiviti bagi manfaat pelajar daripada setiap tingkatan. Semua aktiviti ini telah dibiayai oleh dana
MUAFAKAT yang dibayar oleh setiap pelajar. Alhamdulillah, atas kesefahaman serta kerjasama rapat
ibu bapa dan guru, semua aktiviti tersebut telah berjaya dilaksanakan. Kita amat menghargai sumbangan
pengalaman serta kepakaran daripada kalangan ibu bapa yang telah menjadi sumber kekuatan kepada
aktiviti kita.

Terima kasih yang tidak terhingga juga atas kerjasama pihak pengurusan dan guru-guru MRSM
Johor Bahru dalam menjayakan pelbagai program yang telah dirancang untuk kecemerlangan pelajar.
Komitmen berterusan daripada guru-guru serta kakitangan juga menjadi asas kepada kejayaan ini. Oleh
itu, memang wajarlah kerjasama sebegini diteruskan sehingga menjadi suatu budaya MUAFAKAT
MRSM Johor Bahru

Akhir kata, saya selaku tunjang utama MUAFAKAT MRSM Johor Bahru menyeru semua ibu
bapa atau penjaga bersama-sama menggembleng tenaga dalam melonjakkan lagi kecemerlangan
pelajar di MRSM Johor Bahru ini.

Sekian.

HJ. ABDUL RAHMAN BIN AHMAD UNN)
Yang Dipertua,
Muafakat MRSM Johor Bahru,
Johor.

6

ATUR CARA MESYUARAT AGUNG
MUAFAKAT CAWANGAN MRSM JOHOR BAHRU KALI KE - 10

TARIKH : 30 OKTOBER 2021 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : PELANTAR MICROSOFT TEAMS

9.00 pagi - Pendaftaran Ibu bapa dan Guru

- Kata Alu-aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Yang Dipertua
- Ucapan Pengetua dan Perasmian

9.45 pagi - Mesyuarat Agung MUAFAKAT MRSM Johor Bahru Kali Ke-10 bermula

- Ucapan Yang Dipertua
- Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat
- Pembentangan Laporan Aktiviti MUAFAKAT 2020
- Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan 2020
- Pembubaran Jawatankuasa
- Pemilihan Jawatankuasa Baharu
- Pemilihan 3 perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan

Kebangsaan

- Pembentangan Usul
- Hal-hal Lain
- Ucapan Penangguhan (oleh YDP yang baru)
- Penangguhan Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kali Ke-10
- Bersurai

7

JAWATANKUASA MUAFAKAT SESI 2019/2021

Ex-Officio : En. Jasmin b. Abd. Shukor
Tn. Hj. Abdul Rahman b. Ahmad Unni
Yang Dipertua : Prof. Madya Dr. Othman b. Ibrahim
Pn. Nor Hasliana bt. Mohamad
Naib Yang Dipertua : Pn. Nazira bt. Ibrahim
Pn. Herda Suzana bt. Zainal Abidin
Setiausah : Pn. Azura bt. Supok
En. Suhaimi bin Mohamed Badri
Pen. Setiausaha : En. Mohd Syahril bin Muhammad
En. Mohd Ali Khan b. Isa
Bendahari : En. R.M. Raj Shekar Naidu a/l Manogaran
En. Nordin bin Omar
Pen. Bendahari : Pn. Suzyaszlina bt. Ali
Pn. Hasinah bt. Kadir
Ahli Jawatankuasa : Pn. Zubaidah bt. Yusof
Pn. Norhasidah bt. Hamzah
: Pn. Juleiyana bt. Abdul Talib
Pn. Noor Sabrina bt. Abu Bakar
: En. Muhammad Faisal bin Adnan
En. Mohd Jasmin bin Md Jamel
: En. Stanly Narang Anak Bandang

:

:

:

:

:

:

:

:

Juruaudit :

Juruaudit :

8

AGENDA MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT
MRSM JOHOR BAHRU KALI KE-10, 2021

• Ucapan Yang Dipertua
• Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat
• Pembentangan Laporan Aktiviti MUAFAKAT 2020
• Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan 2020
• Pembubaran Jawatankuasa
• Pemilihan Jawatankuasa Baharu
• Pemilihan 3 perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan
• Pembentangan Usul
• Hal-hal Lain
• Ucapan Penangguhan (oleh YDP yang baru)
• Penangguhan Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kali Ke-10
• Bersurai

9

Ruj. Kami : MRSMJB.600-1/1/11
Tarikh : 4 OKTOBER 2021

Kepada:
Ibu bapa / Penjaga
Pelajar MRSM Johor Bahru

NOTIS MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MAKTAB RENDAH SAINS MARA JOHOR BAHRU
KALI KE-10

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru akan

diadakan berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Oktober 2021 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Secara dalam talian (pautan akan dikongsikan dalam Whats App ibu bapa

setiap tingkatan)

Atur cara : Rujuk lampiran

Bersama-sama ini disertakan atur cara majlis. Maklum balas kehadiran, cadangan usul dan pencalonan AJK
baharu boleh dibuat pada pautan : https://forms.gle/GVZcvvRJwzi9RyDN8

Kerjasama Tuan/ Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
Saya yang menjalankan amanah,

NOR HASLIANA MOHAMAD
Setiausaha Muafakat

MRSM Johor Bahru

s.k. Pengetua MRSM Johor Bahru (Ex-Officio)
YDP Muafakat MRSM Johor Bahru

10

Lampiran 1:

ATUR CARA MESYUARAT AGUNG
MUAFAKAT CAWANGAN MRSM JOHOR BAHRU KALI KE - 10

TARIKH : 30 OKTOBER 2021 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : SECARA DALAM TALIAN

9.00 pagi - Pendaftaran Ibu bapa dan Guru
- Kata Alu-aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Yang Dipertua
- Ucapan Pengetua dan Perasmian

9.30 pagi - Mesyuarat Agung MUAFAKAT MRSM Johor Bahru Kali Ke-10
bermula

- Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua
- Pembentangan Minit Mesyuarat
- Pembentangan Laporan Setiausaha
- Pembentangan Laporan Bendahari
- Pembubaran Jawatankuasa
- Pemilihan Jawatankuasa Baharu
- Pemilihan 3 perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan kebangsaan
- Pembentangan Usul
- Hal-hal Lain
- Ucapan Penangguhan (oleh YDP yang baru)
- Bersurai

11

MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT
MRSM JOHOR BAHRU
KALI KE-9

Tarikh : 28 Oktober 2020
Tempat : Pelantar Zoom Meeting (secara dalam talian)
Masa : 11.00 pagi
Kehadiran : AJK MUAFAKAT

Guru-guru MRSM Johor Bahru
Ibu Bapa

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Yang Dipertua MUAFAKAT
2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-8.
3. Pembentangan Laporan Aktiviti MUAFAKAT 2019
4. Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan 2019
5. Pembentangan dan Perbahasan Usul bertulis
6. Hal-hal lain
7. Ucapan penangguhan

BIL PERKARA
1.0 Ucapan Yang Dipertua MUAFAKAT

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Tuan Yang Dipertua
MUAFAKAT, Tuan Hj. Abdul Rahman bin Ahmad Unni merangkap pengerusi
mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir mesyuarat
secara dalam talian di samping guru-guru yang hadir secara bersemuka. Beliau
juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Tuan Pengetua kerana
sentiasa memberikan kerjasama erat dan komitmen yang padu kepada pihak
MUAFAKAT

1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat pada hari ini terpaksa dijalankan
secara dalam talian untuk keselamatan bersama dan mengelakkan risiko Covid-
19. Beliau turut memohon maaf kerana mesyuarat agung MUAFAKAT yang
dijadualkan sebelum ini telah ditangguhkan kepada hari ini disebabkan
mematuhi arahan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

12

1.3 Beliau juga menasihatkan ibu bapa agar tidak risau akan keselamatan anak-anak
di maktab kerana pihak pengurusan dan MUAFAKAT sentiasa memantau
keadaan pelajar serta memastikan mereka sentiasa mematuhi SOP. Di sebabkan
hari ini para pelajar akan pulang bermalam, beliau mengingatkan ibu bapa
supaya tidak menghantar kembali anak-anak ke maktab sekiranya mereka tidak
sihat dan memaklumkannya kepada pihak maktab.

1.4 Beliau berharap agar mesyuarat pada hari ini akan mencapai tujuan dan
matlamatnya.

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke -8
2.1 Setiausaha MUAFAKAT, Puan Nor Hasliana bt. Mohamad membentangkan Minit
Mesyuarat Agung MUAFAKAT MRSM Johor Bahru kali ke – 8 (merujuk buku laporan
Mesyuarat Agung muka surat 12-17).

2.2 Pengesahan minit mesyuarat dicadangkan oleh Puan Suzyaszlina bt. Ali dan di sokong
oleh Puan Hasinah bt. Kadir

3.0 Pembentangan Laporan Aktiviti MUAFAKAT 2019
3.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti tahunan MUAFAKAT MRSM Johor Bahru
sepanjang tahun 2019 (merujuk buku laporan Mesyuarat Agung muka surat 19-20).

4.0 Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan Tahunan MUAFAKAT MRSM Johor
Bahru
4.1 Bendahari MUAFAKAT, Puan Herda Suzana bt. Zainal Abidin meminta ahli yang hadir
merujuk buku Laporan Mesyuarat Agung muka surat 21 untuk Penyata Kewangan
berakhir 31 Disember 2019

4.2 Penyata Kewangan Tahunan dicadang untuk disahkan oleh Encik Osman bin Yusof dan
disahkan oleh Puan Rima bt Abdul Rahman

5.0 Pembentangan dan Perbahasan Usul Bertulis
5.1 Mesyuarat bersetuju membahaskan usul bertulis daripada pencadang yang hadir. Bagi
pencadang yang tidak hadir, jawapan secara bertulis diberikan.

Usul 1:
Larangan penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar. Pelajar hanya dibenarkan
untuk menggunakan komputer riba atau tab.

Respon: Tindakan telah diambil. Telefon pintar memang tidak dibenarkan.

Usul 2:
Mengadakan kelas Bahasa Tamil untuk pelajar india.

Respon: Telah dirujuk kepada pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA. Segala
keputusan adalah tertakluk kepada pihak tersebut.

Usul 3:
Koperasi meneruskan tempahan makanan dan barangan dari luar.

Respon: Pihak koperasi memaklumkan bahawa stok barangan di koperasi sentiasa
ada. Tempahan barang-barang lain ada dibuat dengan caj minimum.

Usul 4:

13

Koperasi menyediakan kemudahan untuk pelajar mengeluarkan wang. Cadangan
disediakan mesin ATM atau sebarang kaedah pengeluaran/kemasukan
wang daripada ibu bapa kepada pelajar

Respon: Koperasi ada menyediakan perkhidmatan BSN dengan had pengeluaran
maksimum RM 20. Syarat meletakkan mesin ATM adalah tertakluk kepada bank

Usul 5:
Pihak maktab mengadakan kem/seminar motivasi bagi pelajar bukan Islam.

Respon: Program-program tersebut telah dilaksanakan..

Usul 6
Tukarkan kasut pendidikan jasmani daripada putih kepada hitam kerana kasut putih
susah untuk dicari di kedai-kedai.

Respon: Perkara tersebut telah mendapat kebenaran daripada Bahagian
Pendidikan Menengah MARA. Boleh mula diguna pakai mulai sesi persekolahan 2021.

Usul 7
Mohon pertimbangkan masa yang tetap untuk Pulang Bermalam wajib dan Pulang
Bermalam pilihan pada takwim maktab, iaitu 2 minggu dalam sebulan pada tahun
hadapan bagi memudahkan pihak ibu bapa merancang bersama bagi memantapkan
tahap pencapaian akademik anak pada hujung minggu.

Respon: Jadual Pulang Bermalam untuk tahun hadapan akan disusun semula.
Jadual pada tahun ini terdapat perubahan disebabkan isu Covid-19.

Usul 8
Menjemput pihak luar untuk program motivasi di samping membenarkan kehadiran
ibu bapa untuk bersama-sama dalam program tersebut.

Respon: Semua program motivasi pada tahun ini ditangguhkan dan akan
dirancang kembali pada tahun hadapan.

Usul 9:
Masalah kipas siling/ kipas dinding tidak berfungsi dengan baik perlu diselesaikan agar
bilik asrama lebih kondusif.

Respon: Pihak maktab telah mengenal pasti masalah tersebut dan akan
mengambil tindakan untuk menyelesaikannya.

Usul 10
Penggunaan e-wallet dalam kalangan pelajar untuk mengelakkan kecurian wang

Respon: Pihak koperasi dalam perancangan untuk membuat sistem cashless
Touch N Go

Usul 11
Mengadakan Program Runding Cara Akademik secara dalam talian menggunakan
platform yang bersesuaian

Respon: Ibu bapa boleh menghubungi guru subjek secara langsung sekiranya ingin
merujuk dan berbincang tentang prestasi akademik anak-anak.

Usul 12
Memastikan bantuan biasiswa makanan RM60 sebulan telus dan adil tanpa mengenal
darjat sebab ada yang terima berlatar belakang keluarga yang kaya. Terdapat juga

14

keluarga yang menerima bantuan dari tingkatan 1 telah diberhentikan serta merta
ketika berada di tingkatan 5 dengan alasan arahan pihak atasan .

Respon: Perubahan (peningkatan) pendapatan ibu bapa setiap tahun akan
menentukan penarikan semula bantuan/ kemudahan yang diberi oleh pihak MARA,
bukan pihak maktab yang menentukan.

Usul 13
Menyediakan 1 kaunter PA system untuk ibu bapa memanggil anak-anak di blok
asrama masing2.

Respon: Telah ada di pintu masuk Dewan Selera.

Usul 14
Mohon bantuan daripada pihak maktab dan guru-guru untuk membuat pesanan buku
rujukan serta buku aktiviti yang bersesuaian dengan modul pembelajaran di maktab
sekarang.

Respon: Pelajar boleh rujuk guru-guru untuk buku-buku rujukan/latihan yang
diperlukan. Koperasi ada menyediakan perkhidmatan menempah buku-buku rujukan
yang diperlukan oleh guru dan pelajar.

Usul 15
Mewujudkan kemudahan heavy /industrial dryers (pengering) secara outsourcing
/penyumberan luar dengan jumlah yang munasabah untuk mengatasi masalah
jemuran pakaian yang banyak

Respon: Pihak muafakat akan memberi sumbangan untuk pembelian mesin
pengering.

6.0 Hal-hal lain
6.1 Berkenaan isu Covid-19, Tuan Yang Dipertua meminta ibu bapa tidak bimbang
keselamatan pelajar kerana pihak maktab sentiasa bersedia untuk sebarang
kemungkinan. Pihak maktab sentiasa memantau perkara ini.

6.2 Pihak maktab akan hubungi ibu bapa bagi pelajar yang dibawa ke hospital sekiranya
terdapat kes-kes kritikal. Jika tiada apa-apa maklum balas dari pihak hospital, ibu bapa
tidak akan dimaklumkan.

6.3 Berkaitan kes keracunan makanan, Dewan Selera telah diarahkan untuk ditutup serta-
merta dan surat amaran dikeluarkan kepada pihak Dewan Selera.

6.4 Peperiksaan checkpoint pelajar tingkatan 2 telah batalkan kerana penularan Covid-19.
Peperiksaan IGCSE dijalankan bagi pelajar-pelajar tingkatan 4 yang memilih untuk
mengambil peperiksaan tersebut.

6.5 Disebabkan ada ibu bapa yang terkesan disebabkan penularan Covid-19, pihak
MUAFAKAT bersetuju untuk mengurangkan bayaran yuran/dana MUAFAKAT pada
tahun hadapan kepada RM 100. Pengurangan ini hanya untuk tahun 2021. Untuk
tahun berikutnya, yuran/dana akan kembali kepada jumlah asal.

15

7.0 Ucapan Penangguhan

7.1 Yang Dipertua MUAFAKAT, Tn. Hj. Abdul Rahman bin Ahmad Unni
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi mengikuti mesyuarat
secara dalam talian pada hari ini. Beliau turut memohon maaf atas segala
kekurangan sepanjang mesyuarat berlangsung

7.2 YDP turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa atas sumbangan
idea, kewangan dan sebagainya kepada pihak MUAFAKAT.

7.3 Beliau turut menasihati agar ibu bapa meluang masa bersama anak-anak
semasa anak-anak pulang bermalam pada hari ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.45 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………... ………………………………….………..
(NOR HASLIANA MOHAMAD) (TN.HJ.ABDUL RAHMAN BIN AHMAD
Setiausaha
MUAFAKAT MRSM Johor Bahru Yang Di Pertua
MUAFAKAT MRSM Johor

16

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT
MRSM JOHOR BAHRU

KALI KE- 9 (28 OKTOBER 2020)

AHLI JAWATANKUASA MUAFAKAT SESI 2019/2020

Ex-Officio : En. Jasmin b. Abd. Shukor
Yang Dipertua : Tn. Hj. Abdul Rahman b. Ahmad Unni
Naib Yang Dipertua : Prof. Madya Dr. Othman b. Ibrahim
Setiausah : Pn. Nor Hasliana bt. Mohamad
Pen. Setiausaha : Pn. Nazira bt. Ibrahim
Bendahari : Pn. Herda Suzana bt. Zainal Abidin
Pen. Bendahari : Pn. Azura bt. Supok
Ahli Jawatankuasa : En. Suhaimi bin Mohamed Badri
: En. Mohd Syahril bin Muhammad
Juruaudit : En. Mohd Ali Khan b. Isa
Juruaudit : En. R.M. Raj Shekar Naidu a/l Manogaran
: En. Nordin bin Omar
: Pn. Suzyaszlina bt. Ali
: Pn. Hasinah bt. Kadir
: Pn. Zubaidah bt. Yusof
: Pn. Norhasidah bt. Hamzah
: Pn. Juleiyana bt. Abdul Talib
: Pn. Noor Sabrina bt. Abu Bakar
: En. Muhammad Faisal bin Adnan
: En. Mohd Jasmin bin Md Jamel
: En. Stanly Narang Anak Bandang

GURU-GURU MRSM JOHOR BAHRU : 47 orang
IBU BAPA / PENJAGA : 168 orang

17

LAPORAN AKTIVITI MUAFAKAT 2020 CATATAN

BIL PERKARA
1. Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kali Ke-9

• Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kali Ke-8 telah
diadakan secara dalam talian bermula jam 11.00
pagi hingga 12.45 tengah hari pada 28 Oktober
2020.

• Seramai 236 orang ahli MUAFAKAT telah
menghadiri mesyuarat tersebut.

• Beberapa usul yang dibincangkan adalah
berkaitan dengan kemudahan dan kebajikan
pelajar-pelajar di MRSM Johor Bahru.

2. Mesyuarat AJK MUAFAKAT

• Mesyuarat AJK MUAFAKAT telah diadakan Tarikh mesyuarat:
sepanjang tahun untuk membincangkan program 22 Januari 2020
atau aktiviti yang berkaitan dengan 14 Mac 2020
kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik, 13 September 2020
pembangunan sahsiah dan juga kokurikulum. 11 Oktober 2020

• Hasil daripada persetujuan mesyuarat yang telah
diadakan ini, pihak MUAFAKAT MRSM Johor
Bahru telah banyak memberi sumbangan dalam
menjayakan program anjuran maktab untuk
peningkatan dan kebajikan para pelajar.

3. Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT

Kebangsaan 2020 Diadakan pada 26 Disember 2020.

Mesyuarat ini diadakan secara dalam talian. Diwakili oleh:

Mesyuarat disertai oleh semua wakil MUAFAKAT Tn. Hj. Abdul Rahman (YDP)
daripada MRSM dan KM seluruh negara.
Prof. Madya Othman Ibrahim
(NYDP)

Pn. Nor Hasliana (Setiausaha)

18

4. Antara Sumbangan MUAFAKAT kepada program–
program di MRSM Johor Bahru

- Program Gerak Gemilang Tingkatan 1-5 Program-program Akademik,
- Majlis Restu 2020 Kokurikulum dan Pembangunan
- Majlis Graduasi 2020 Sahsiah Pelajar serta Program
- Hari Keluarga Guru dan Staf Penghargaan
- Majlis Apresiasi Kokurikulum 2020

- Program Pembangunan Modal Insan

- Kem Tamat Latihan 2020

- Majlis Apresiasi Akademik 2020

- Imbuhan Guru Ganti/Sambilan

- Seminar Kecemerlangan Subjek

- Program Majalah Dalam Kelas/Akhbar

Dalam Darjah

- Bantuan Covid-19

19

LAPORAN KEWANGAN MUAFAKAT

BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT)
CAWANGAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA JOHOR BAHRU

PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
1 JANUARI 2020 HNGGA 31 DISEMBER 2020

NOTA RM RM

A BAKI AKHIR 2019 101,460.86

B PENERIMAAN :

Yuran Muafakat 1 49,540.00
Dana Muafakat 2 129,600.00
Credit Profit/Hibah 3 138.88

JUMLAH 179,278.88
280,739.74

C PEMBAYARAN :

Pengurusan Muafakat 1 8,534.00

Pembangunan Akademik 2 62,883.00

Pembangunan Pelajar 3 13,636.00

Pembangunan Bakat / Kokurikulum 4 19,283.00

Program Maktab 5 9,882.50

Infrastruktur / Prasarana 6 127,477.00

Lain-lain 7 17,248.30

JUMLAH 258,943.80
D BAKI AKHIR 21,795.94

20

PENERIMAAN YURAN DAN DANA MUAFAKAT 2020 MRSM JOHOR BAHRU

Nota 1 : Yuran Muafakat

Butir Bil. Pelajar Jumlah
yang bayar RM

Yuran Tingkatan 1, 2020 162 X 70 RM 11,340.00
Yuran Tingkatan 2, 2020 180 X 50 RM 9,000.00
Yuran Tingkatan 3, 2020 178 X 50 RM 8,900.00
Yuran Tingkatan 4, 2020 165 X 70 RM
Yuran Tingkatan 5, 2020 175 X 50 RM 11,550.00
RM 8,750.00
Jumlah 49,540.00

Nota -- Yuran tingkatan 2, 3 dan 5 berjumlah RM50 setiap seorang.

-- Yuran pendaftaran tingkata 1 dan 4 berjumlah RM70 setiap seorang.

Nota 2 : Dana Muafakat

Butir Bil. Jumlah
Pelajar RM

Tingkatan 1, 2020 161 X 150 RM 24,150.00
Tingkatan 2, 2020 180 X 150 RM 27,000.00
RM 26,700.00
Tingkatan 3, 2020 178 X150 RM 25,500.00
RM 26,250.00
Tingkatan 4, 2020 170 X 150 RM 129,600.00

Tingkatan 5, 2020 175 X 150

Jumlah

Nota -- Yuran untuk semua tingkatan berjumlah RM150 setiap seorang.

Nota 3 : Credit Profit / Hibah

Tarikh Jumlah
RM
31/01/2020
28/02/2020 RM 28.35
31/03/2020 RM 22.00
30/04/2020 RM 21.87
31/05/2020 RM 22.19
30/06/2020 RM 22.70
31/07/2020 RM 21.77
31/08/2020
30/09/2020 -
31/10/2020 -
30/11/2020 -
31/12/2020 -
-
Jumlah -
RM 138.88

21

Disediakan oleh, Disemak oleh: Disahkan oleh:

HERDA SUZANA BINTI ZAINAL ABIDIN STANLY NARANG ANAK HJ ABD RAHMAN BIN AHMAD UNNI
Bendahari MUAFAKAT BANDANG Yang Dipertua MUAFAKAT
MRSM Johor Bahru Juruaudit MUAFAKAT MRSM Johor Bahru
MRSM Johor Bahru

22

PEMBAYARAN YURAN DAN DANA MUAFAKAT 2020 MRSMJB MENGIKUT KATEGORI

NOTA 1: PENGURUSAN MUAFAKAT

BIL TARIKH BUTIR JUMLAH %
RM 4.00 3.30%
1 31/01/20 Cheque Processing Fee RM 35.00
RM 7.00
2 25/02/20 Pembelian peralatan pembersihan bilik Muafakat RM 2.00
RM 2.50
3 28/02/20 Cheque Processing Fee RM 0.50
RM 330.00
4 31/03/20 Cheque Processing Fee RM 4,820.00
RM 1.50
5 31/05/20 Cheque Processing Fee RM 1.50
RM 269.00
6 30/06/20 Cheque Processing Fee RM 0.50
RM 1,722.00
7 13/07/20 Pembelian langsir bilik Muafakat RM 315.00
RM 2.00
8 21/07/20 Yuran Badan Permuafakatan Pendidikan MARA RM 1,015.00
RM 4.50
9 31/07/20 Cheque Processing Fee RM 2.00
RM 8,534.00
10 31/08/20 Cheque Processing Fee

11 30/09/20 Bayaran Jamuan Mesyuarat Muafakat

12 30/09/20 Cheque Processing Fee

13 11/10/20 Pembelian Uniform Muafakat

14 21/10/20 Bayaran Jamuan Mesyuarat Muafakat

15 31/10/20 Cheque Processing Fee

16 01/11/20 Bayaran jamuan Mesyuarat Agung Muafakat 2019

17 30/11/20 Cheque Processing Fee

18 31/12/20 Cheque Processing Fee

JUMLAH

NOTA 2: PEMBANGUNAN AKADEMIK

BIL TARIKH BUTIR JUMLAH %
RM 2,284.00 24.30%
1 30/01/20 Pembelian Majalah Reader's Digest, Pelita Bahasa,
Dewan Siswa, Dewan Masyarakat dan Dewan Kosmik

2 31/01/20 Elaun Guru Muzik (Jan) RM 1,700.00
RM 3,900.00
3 03/02/20 Program Peningkatan Prestasi MRSMJB RM 1,600.00
RM
4 19/02/20 Penambahbaikan Laman Penyelidikan dan Inovasi RM 800.00
RM 600.00
5 20/02/20 Program Peningkatan Prestasi Ting 4 RM 5,905.00
RM 2,300.00
6 23/02/20 Seminar Bahasa Melayu SPM RM 1,280.00
RM 4,167.00
7 25/02/20 Schoolwide Enrichment Model (SEM Type 1) RM 5,160.00
RM 160.00
8 02/03/20 Elaun Guru Muzik (Feb) RM 3,500.00
RM 1,400.00
9 02/03/20 Elaun Guru Ganti Bahasa Melayu (Feb) RM 1,800.00
RM 1,500.00
10 02/03/20 Pemerkasaan Guru Muda RM 900.00
500.00
11 03/03/20 Program Ready, Set, Hike Ting 4 RM
3,540.00
12 12/03/20 Elaun Guru Ganti Bahasa Melayu (Mac)

13 14/05/20 Elaun Guru Muzik (Mac-Apr)

14 04/06/20 Elaun Guru Muzik (Mei)

15 30/06/20 Elaun Guru Muzik (Jun)

16 09/08/20 Elaun Guru Muzik (Jul)

17 30/08/20 Elaun Guru Muzik (Ogos)

18 01/09/20 Elaun Guru Muzik (24-30 Ogos)

19 06/09/20 Sumbangan Program Penghargaan Prestasi
semester 1 Ting 5

20 25/09/20 Elaun Guru Muzik (Sept) RM 2,200.00
RM 3,857.00
21 15/10/20 Peningkatan Prestasi Ting 1 (sem 1) RM 4,870.00

22 18/10/20 Peningkatan Prestasi Ting 2 (sem 1)

23

23 18/10/20 Peningkatan Prestasi Ting 3 (sem 1) RM 4,860.00
24 01/11/20 Elaun Guru Muzik (Okt) RM 1,600.00
25 31/11/20 Elaun Guru Muzik (Nov) RM 2,100.00
26 09/12/20 Bengkel teknik menjawab SPM Kimia (online) RM 400.00
RM 62,883.00
JUMLAH

NOTA 3: PEMBANGUNAN PELAJAR

BIL TARIKH BUTIR JUMLAH %
RM 4,000.00 5.30%
1 12/01/20 Program Kepimpinan Badan wakil Pelajar (BWP) RM 4,800.00
RM 800.00
2 31/01/20 Pengangkutan ke Kem Waja Jati Diri Ting 5 RM 400.00
RM 3,636.00
3 03/02/20 Bayaran fasilitator Kem Waja Jati Diri Ting 5 RM 13,636.00

4 03/02/20 Bayaran sewa bot Kem Waja Jati Diri Ting 5

5 01/03/20 Kem Jati Diri dan Motivasi Pelajar Ting 2

JUMLAH

NOTA 4: PEMBANGUNAN BAKAT / KOKURIKULUM

BIL TARIKH BUTIR JUMLAH %
RM 1,425.00 7.40%
1 05/02/20 Pembelian kompang RM 6,658.00
RM 2,850.00
2 19/02/20 Kejohanan Olahraga MRSMJB
RM 8,000.00
3 12/03/20 Bayaran sewa bas ke Kejohanan Olahraga MRSM
RM 350.00
se-Malaysia (Zon Selatan) RM 19,283.00

4 28/06/20 Permohonan membaik pulih peralatan gamelan dan

alat muzik

5 11/10/20 Pembelian Robotik untuk River Cleaning Robot Challenge

JUMLAH

NOTA 5: PROGRAM MAKTAB

BIL TARIKH BUTIR JUMLAH %
RM 3,500.00 3.80%
1 8/1/2020 Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2020
RM 633.50
2 29/1/2020 Cenderahati guru, hiasan tempat dan makanan hakim
sempena Pesta Bahasa RM 3,298.00
RM 851.00
3 25/2/2020 Program Minggu Aktiviti Semester 1 RM 1,600.00
RM 9,882.50
4 23/7/2020 Program JOBA Headlines MRSMJB

5 30/9/2020 Program Peningkatan Prestasi 2020 Guru dan staff

JUMLAH

NOTA 6: INFRASTRUKTUR / PRASARANA

BIL TARIKH BUTIR JUMLAH %
RM 1,336.00 49.20%
1 30/1/2020 Membeli dan memasang antena ASTRO RM 2,432.00
RM 8,650.00
2 30/1/2020 Pembelian Lampu Bertenaga Solar RM 8,500.00
RM 9,750.00
3 9/2/2020 Program Keceriaan Kelas
RM 14,800.00
4 11/2/2020 Pemasangan mesin air di blok akademik

5 18/2/2020 Pembinaan wakaf MRSMJB

6 25/2/2020 Pembelian dan pemasangan satu unit kontena
Penyimpanan barang sukan

24

7 14/5/2020 Kerja pemasangan batu interlocking tambahan RM 1,440.00
di pintu masuk Surau MRSMJB
RM 4,950.00
8 17/6/2020 Pemasangan sistem siaraya di Asrama MRSMJB RM 4,552.00
9 17/6/2020 Pemasangan sistem CCTV di Surau MRSMJB RM 1,320.00
10 17/6/2020 Lampu solar streelight di kawasan tapak pasar malam
RM 2,340.00
MRSMJB RM 1,217.00
11 17/6/2020 Pemasangan awning di kabin alatan sukan MRSMJB RM 990.00
12 20/6/2020 Menaik taraf dua bilik muzik RM 4,600.00
13 23/6/2020 Menaik taraf bilik muafakat
14 30/9/2020 Bayaran sumbangan Program Instrumen Hadhari RM 49,250.00

Surau MRSMJB RM 2,850.00
15 6/11/2020 Speed Queen Front Panel Electrical Dryer 10.5kg RM 8,500.00
RM 127,477.00
Toshiba Washer F/Auto T/Load 10kg
17 9/12/2020 Pembelian 10 unit lampu solar
18 9/12/2020 Pembinaan dan membaik pulih 10 unit wakaf batu

JUMLAH

NOTA 7: LAIN-LAIN

BIL TARIKH BUTIR JUMLAH %
RM 250.00 6.70%
1 21/1/2020 Bayaran sewa mesin coway (Jan) RM 250.00
RM 500.00
2 24/2/2020 Bayaran sewa mesin coway (Feb) RM 6,170.00
RM 1,500.00
3 12/3/2020 Sumbangan sanitasi gotong-royong Maktab RM 250.00
RM 250.00
4 14/5/2020 Pembelian hand sanitizer, forhead thermometer, mask
RM 1,980.00
5 18/5/2020 Sumbangan Covid-19 kepada 30 pelajar terpilih

6 24/6/2020 Bayaran sewa mesin coway (Jun)

7 22/7/2020 Bayaran sewa mesin coway (Julai)

8 4/8/2020 Pembelian MCO starter Kit, hand sanitizer,

thermometer, face mask (20pcs)

9 9/8/2020 Pembelian face mask 3 ply RM 1,440.00
RM 1,374.00
10 12/8/2020 pembelian hand sanitizer, empty spray bottle 50ml RM
250.00
11 24/8/2020 Bayaran sewa mesin coway (Ogos) RM
424.30
12 30/8/2020 Pembelian 50 set sabun dettol dan 120 helai tuala
good morning.

13 1/9/2020 Pembelian Thermometer handsfree RM 680.00
RM 250.00
14 27/9/2020 Bayaran sewa mesin coway (Sept) RM 250.00
RM 180.00
15 26/10/2020 Bayaran sewa mesin coway (Okt) RM 750.00
RM 250.00
16 28/10/2020 Bayaran pinjaman line zoom MRSM Kubang Pasu RM 250.00
RM
17 8/11/2020 Tuntutan bayaran mesin coway (Mac-Mei) 17,248.30

18 25/11/2020 Bayaran sewa mesin coway (Nov)

19 24/12/2020 Bayaran sewa mesin coway (Dis)

JUMLAH

25

PERATUSAN PEMBAYARAN YURAN DAN DANA

MUAFAKAT 2020 MRSMJB MENGIKUT KATEGORI
PENGURUSAN
LAIN-LAIN
MUAFAKAT
6.70%
3.30%

PEMBANGUNAN

AKADEMIK

24.30%

INFRASTRUKTUR / PEMBANGUNAN
PRASARANA PELAJAR
49.20% 5.30%

PEMBANGUNAN
BAKAT /

KOKURIKULUM
PROGRAM MAKTA7B.40%

3.80%

26

CADANGAN USUL DAN RESPONS DARIPADA YDP MUAFAKAT, PENGETUA, TIMBALAN-
TIMBALAN PENGETUA DAN KETUA WARDEN

NO PENCADANG USUL RESPONS

1 Sri Rahayu Binti Ismail Wujudkan satu program untuk Sedang dilaksanakan
dalam Program Gerak
(Nur Alya Nabilah Binti membantu pelajar yang lemah Gemilang (PGG) dan
intervensi.
Mohd Syahril, 3 Canopus) agar mereka tidak ketinggalan

dalam pelajaran

Jayasutha A/P Mengadakan kelas intervensi
Shanmugavelu kepada pelajar yang lemah

(Kishmeen Shree A/L
Chandran, 3 Canopus)

2 Azlina Abd Aziz Pengambilan pelajar dalam Pengambilan pelajar
kalangan B40 ke MRSM Johor adalah tertakluk
(Amni Syazwina Binti Bahru hanya yang betul-betul kepada polisi MARA.
Suhaimi, 3 Elnath) layak sahaja memandangkan
keperluan kos yg tinggi (IGCSE) Usul akan di bawa ke
dan kurangnya bantuan daripada MUAFAKAT
kerajaan. Kebangsaan.

3 Memperuntukkan masa atau Waktu pembelajaran
Ananthi Chellaya kelas yang lebih untuk subjek setiap subjek adalah
(Yasmitha Tharmaraj, 2 kritikal seperti Matematik, subjek tertakluk kepada jam
Deneb) Sains dan Matematik Tambahan. kredit yang ditetapkan
oleh Bahagian
4 Pendidikan Menengan
Jayasutha A/P MARA dan
Shanmugavelu Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Mengadakan sesi kaunseling Program kaunseling
kepada pelajar yang bermasalah ada dijalankan untuk
pelajar

27

(Kishmeen Shree A/L untuk mendapat tahu masalah
Chandran, 3 Canopus) yang dihadapi olehnya.

5 [email protected] Diadakan kelas tambahan untuk Terdapat program
PGG dan intervensi
Dheia Syafinaz Binti Mohd pelajar yang lemah mengikut setiap subjek
Hafidz, 3 Bellatrix) subjek.

Muhammad Imzan bin Tingkatkan lagi pencapaian
Hassan akademik bagi subjek Fizik dan
Matematik Tambahan
(Afiq Fakhri Bin
Muhammad Imzan,5
Deneb)

6 Norzli Binti Alias (Nazurah Harap ada bantuan sokongan Pihak maktab tiada

Az-Zahra Binti Haizam apabila anak-anak menyertai halangan sekiranya

Hanaffi, 1 Deneb) sesuatu aktiviti seperti pergi ada ibu bapa yang

pertandingan peringkat tinggi, ingin membantu

sama ada pertandingan sukan, mengembangkan

bakat anak-anak
badan uniform dan lain-lain. Hal sehingga peringkat
ini disebabkan terdapat pelajar yang lebih tinggi bagi
yang cemerlang dalam sukan
sukan yang tidak
tertentu, contohnya sukan
ditawarkan di maktab.
renang, tetapi di maktab tiada

sukan tersebut. Mohon bantuan Pihak MUAFAKAT

sokongan diberi kepada pelajar akan memberkan

tersebut, seperti bantuan latihan sumbangan sekiranya

dan jurulatih agar dapat pergi pelajar menyertai

lebih jauh (mungkin sehingga pertandingan

peringkat antarabangsa). peringkat

Berkemungkinan ada dalam antarabangsa.

kalangan ibu bapa yang

berpengalaman yang dapat

menyumbang tenaga dan

kemahiran untuk perkara ini,

tanpa perlu mengupah jurulatih

luar.

7 Haslindah Roslan Mengurangkan penghantaran Penghantaran video
kerja dalam bentuk video kerana merupakan satu
(Nur Nashrah Aleesa Binti mengambil masa dan space yang keperluan PdPR.
Muhd Sharul Bahrain, 4 banyak Contohnya, hafazan
Elnath)

28

8 1. Mengekalkan jadual dan pengucapan
kemasukan semula dan balik awam.
Nur Ruhyayu Binti pelajar mengikut tingkatan
Abdullah seperti yang dilakukan semasa Pihak maktab akan
PKP sebelum ini untuk mengatur jadual
(Azreen Nur Aleeya Binti mengurangkan kesesakan. kemasukan dan balik
Azrul Azam, 4) Sebagai contoh -tingkatan 1 dari pelajar mengikut
jam 10 hingga 11, ting 2 dari jam waktu dan secara
11 hingga 12 dan seterusnya. berperingkat.

2. Membenarkan seorang - ibu Tidak dibenarkan buat
atau kakak untuk pelajar masa sekarang kerana
perempuan / ayah atau abang factor keselamatan
untuk pelajar lelaki untuk dan kesihatan
membantu membawa naik (penularan Covid-19)
barang2 ke tangga asrama
(sekurang-kurangnya).

9 Dicadangkan penubuhan tabung Pihak maktab ada
Zaharudin Bin Abd Samat Covid 19 khusus bagi membantu menubuhkan JOBA
warga MRSM Johor Bahru yang Care yang membantu
(Nursakinah Hanis Binti terkesan dengan pandemik Covid- warga maktab yang
Zaharudin, 1) 19 dilanda musibah,
termasuklah Covid-19.
10
Shafinaz Hj Ishak 1. Waktu persekolahan Waktu PdP pelajar
disingkatkan sehingga pukul 2 mengikut jam kredit
(Ameer Syazwan Bin petang sahaja bagi membolehkan yang ditetapkan.
Ahmad Safuan, 2 pelajar mempunyai rehat Pelajar juga terlibat
Fomalhaut) secukupnya sebelum riadah dengan perjumpaan
petang dan masih bertenaga kokurikulum, PGG dan
hingga prep malam (tidak homeroom pada
mengantuk dan fokus utk ulang waktu petang selepas
kaji) PdP.

2. Pelajar dibenarkan untuk Kebenaran pemakaian
memakai kasut kanvas hitam kasut hitam ini telah
(selain putih) pada hari dimaklumkan semasa
persekolahan yang memerlukan mesyuarat agung

29

pelajar memakai pakaian lengkap MUAFAKAT pada

sukan. tahun 2020.

11 Memperkasakan lagi medium Pihak maktab aktif
Eddie Idzwan Bin Idris komunikasi antara pihak maktab dalam media sosial
(Nur Adilea Adriana Binti (Guru/Pentadbir/Muafakat) yang dinyatakan.
Eddie Idzwan, 1 Gacrux) dengan pihak ibu bapa melalui
media sosial seperti WhatsApp,
12 Telegram, Facebook maktab,
Instagram, Tiktok dan sebagainya.
R.M.Raj Shekar
(R.Hemasri, 3 Bellatrix) Dapatkan motivasi luar ke Unit Bimbingan dan
Maktab khas kepada pelajar Kaunseling ada
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. mengadakan program
Pengisian program berkaitan motivasi pelajar 3 kali
kelebihan jika dapat IGCSE 6A* setahun.
dan 10A dlm SPM. Peluang masuk
ke universiti, dan pilihan
pendidikan yang pelajar hendak.
Contohnya, SPM dapat 8A boleh
mohon biasiswa dan dapat
engineering study. Hal ini akan
mendorong pelajar untuk
mendapatkan markah yang tinggi.
Kokurikulum juga penting untuk
kemasukan universiti.

30

JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT
KALI KE-10

PENASIHAT : En. Jasmin bin Abd Shukor

PENGERUSI : Tn. Hj. Abdul Rahman b. Ahmad Unni

TIMBALAN PENGERUSI I : Prof. Madya Dr. Othman b. Ibrahim

TIMBALAN PENGERUSI II : Pn. Mushala bt. Ahmad

SETIAUSAHA : Pn. Nor Hasliana bt. Mohamad

BENDAHARI : Pn. Herda Suzana bt. Zainal Abidin

JK Pemilihan JK Pengundian
En. Suhaimi bin Mohamed Badri En. Mohd Ali Khan b. Isa
En. Mohd Syahril bin Muhammad Pn. Zubaidah bt. Yusof
En. R.M. Raj Shekar Naidu Pn. Hasinah bt. Kadir

JK Cenderamata JK Pendaftaran
En. Nordin bin Omar Pn. Nazira bt. Ibrahim
Pn. Suzyaszlina bt. Ali
JK Persiapan Tempat
JK Pengacaraan Majlis Pn. Noor Sabrina bt. Abu Bakar (dalam talian)
Pn. Norhasidah bt. Hamzah En. Muhammad Faisal bin Adnan (bersemuka)

JK Buku Program / Backdrop/ JK Siar Raya
Poster Pn. Noor Sabrina bt. Abu Bakar
Pn. Juleiyana bt. Abdul Talib
JK Jamuan
Pencatat Minit Pn. Azura bt. Supok
Pn. Nazira bt. Ibrahim
Pn. Norhasidah bt. Hamzah

31

PENGHARGAAN

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN
DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA
YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG

DALAM MENJAYAKAN
MESYUARAT AGUNG
MUAFAKAT KALI -10
MRSM JOHOR BAHRU .
SEMOGA DIRAHMATI OLEH-NYA

32


Click to View FlipBook Version