The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by max.adminict, 2022-09-22 22:39:23

MODUL SLAD 2022

1

2

AKTIVITI MODUL : PECAH BENDUNGAN
Masa 30 Minit
Objektif Diakhir aktiviti ini peserta dapat:

i. Mewujudkan perasaan seronok melakukan aktiviti.
ii. Membentuk kejelekitan antara fasilitator dan peserta

Alat / bahan Lagu (Karuneko tango, Doraemon & Cemerlang Tanpa

Dadah), bahan Powerpoint (Lampiran), komputer riba,

system p.a
Kaedah/Medium Google meet (atas talian)
1. Fasilitator mengucapkan SELAMAT DATANG kepada

Langkah semua peserta dan meminta peserta menulis
pelaksanaan diruangan CHAT “I” sebagai tanda bersedia. Jelas

suara saya dan peserta respon “cantik” sebagai tanda
jelas dengan arahan suara Fasilitator. Peserta akan

respon “ooooooo Yeeeeee” sekiranya Fasilitator

menyebut perkataan Are You Ready.

2. Peserta diminta mempersembahkan sorak kumpulan
yang telah mereka hasilkan selepas pertemuan

kumpulan pada hari pertama. Sorakan ini akan

digunakan sepanjang program berlangsung dan

peserta kumpulan perlu sentiasa bersedia.
3. Enegizer – Aktiviti ini dijalankan mengikut kesesuaian

keadaan sebagai akiviti selingan.

i. Gosokan AURA

ii. Ku Geleng-geleng kepalaku

iii. Kureneko Tango
iv. Aku Datang Untuk Hadir Penuh Semangat

v. Aku Fikir Aku Mahu dan Melakukan

vi. Marina, Menari,Menara

vii. Doraemon
viii. Lagu Tema PPDa Cemerlang Tanpa Dadah

4. Fasilitator akan membuat rumusan keseluruhan aktiviti

lerai bendungan ini.




3

Falsafah/Refleksi 1. Peserta sedar kepentingan mengenali diri sendiri dan

orang lain.

2. Peserta tahu bahawa, sekecil mana pun potensi
manusia itu, ia adalah penting sebagai pelengkap

kehidupan dan meningkatkan semangat sepasukan.




Hidup Cemerlang Tanpa Dadah

Usah biarkan masa berlalu pergi

Dalam meniti ranjau berduri
Wawasan negara kekal waja bina bersama

Harapan Semua ..

Anak-anak Bangsa


Kami Sihat Kami Hebat

Kami Kuat Kami Tekad



Tanpamu, Hidup Bebas Merdeka
Tanpamu, Hidup Riang Cemerlang

Tanpamu, Nusa Bangsa Gemilang

Tanpamu. Negara Pasti Terbilang



Kita Bersatu
Kita Berpadu

Katakan .. Laungkan ..

Kami Bebas Dari Dadah


Lirik:

Dato’haji Ahmad Azmey Bin Haji Talib

Puan Azizah Binti Mohammad












4

AKTIVITI TAKLIMAT PROGRAM (KETUA FASILITATOR)
Masa 1 jam 15 minit
Objektif Di akhir aktiviti ini peserta dapat:
a) Memahami dan mengetahui perjalanan kursus.
b) Mematuhi peraturan dan etika berkursus secara virtual

Alat / bahan Slide taklimat dan laptop
Kaedah/Medium Google Meet / telegram


Langkah Ucapan pengenalan Ketua Fasilitator berkaitan
pelaksanaan dengan :-

1. penerangan objektif kursus

2. Pendaftaran peserta dalam kumpulan Telegram
Channel


3. Memperkenalkan barisan fasilitator

4. Menerangkan berkaitan peraturan dan disiplin kursus dari
segi etika berpakaian.

5. Peserta dikehendaki menyediakan gambar dan video

pengenalan diri durasi di bawah 15 saat

6. Bawa buku log Skim Lencana Antidadah

7. Fasilitator dan peserta perlu memanggil peserta lain

dengan panggilan yang sopan dan mesra

8. Peserta perlu masuk awal dan bersedia di
dalam talian sekurang-kurangnya 10 minit lebih
awal daripada masa yang ditetapkan.

9. Peserta perlu sentiasa ON kamera.

10. Sila pastikan mikrofon dalam keadaan mute

semasa sesi ceramah dan taklimat.


11. Sila gunakan nama sebenar di paparan nama
masing-masing.

12. Peserta perlu sentiasa fokus semasa sesi
program dilaksanakan.

13. Peserta perlu memberikan respon secara aktif dan
beradab sekiranya penceramah fasilitator bertanya atau
beri ruang untuk memberikan pandangan atau bertanya
soalan.




5

14. Sekiranya mahu bertanya atau menjawab
soalan semasa sesi berlangsung, peserta
hendaklah klik ‘icon’ tangan terlebih dahulu.

15. Peserta perlu memohon izin terlebih dahulu
sekiranya mahu keluar sebentar daripada sesi yang
dijalankan.

16. Peserta perlu menggunakan ruang chat secara
berhemah dan menggunakan perkataan yang
sopan.

17. Peserta perlu amalkan kata-kata seperti izinkan
saya, maafkan saya, mohon kebenaran,
maafkan saya, terima kasih dan
seumpamanya.


18. Peserta perlu memuatturun aplikasi yang
diperlukan sepanjang kursus.

19. Penerangan tugas dan Pelantikan Penghulu dan
penghuluwati kursus

Falsafah/Refleksi 1. Peserta sedar kepentingan mengenali diri sendiri dan
orang lain.
2. Peserta tahu bahawa,setiap orang mempunyai potensi,
ia adalah penting sebagai pelengkap kehidupan dan
meningkatkan semangat sepasukan.











































6

Modul Skim Lencana Antidadah ini digubal berdasarkan Kurikulum SLAD seperti yang berikut:-


KURIKULUM SLAD ISI KANDUNGAN KAEDAH/AKTIVITII CATATAN
PPDa -Definisi -Buku Skrap Aktiviti/maklumat
- Dadah -Jenis -Ceramah tersebut
- Arak -Kesan -Penulisan melibatkan
- Rokok -Sudut pandangan -Pidato kelima-lima item
- Inhalan agama -5 Minit Antidadah
- HIV/AIDS -Rawatan & -Melukis poster - Dadah
Pemulihan -Kuiz - Arak
-Akta, undang- -Drama sebabak - Rokok
undang dan -Karnival PPDa - Inhalan
peraturan -Lawatan - HIV/AIDS
-Seranta
-Penglibatan
Gaya Hidup Sihat -Perubahan masalah dalam aktiviti di
remaja dan bilik sumber/laluan
penyelesaian PPDa.
-Hubungan remaja
dengan kemahiran
berkomunikasi
-Tekanan hidup
kesan
dan cara mengatasi.

Kemahiran -Interpersonal -5 Minit Antidadah
-Komunikasi -Intrapersonal
-anjuran sekolah/
-Kepimpinan -Menyertai Kem -Jambori daerah/negeri/
dalam dan luar -Perkhemahan NGO
sekolah

Media sosial Bagi ahli SLAD
ICT -membina/mencipta seperti: yang tidak
-menyebarluaskan -Laman blog mempunyai
aktiiviti yang disertai. -Instagram kemudahan ICT,
-Facebook boleh
menggunakan
- e-book brosur/bahan
- e-buku skrap cetakan yang lain.

Kesukarelawanan Kerja amal -Khidmat -Dilaksanakan
-di sekolah bantuan/lawatan secara
-dalam komuniti -ke rumah orang berpasukan
setempat tua
-ke rumah anak
yatim
-masjid/surau
-sekolah (mural)
-Gotong-royong





7

TAJUK-TAJUK TUGASAN SLAD DIGITAL

INDIVIDU DAN BERKUMPULAN
BIL TAJUK TUGASAN KUMPULAN

1 JAUHI DADAH 1

2 JAUHI ALKOHOL 2

3 JAUHI ROKOK 3
4 JAUHI VAPE 4

5 JAUHI INHALAN 5

6 JAUHI HIV/AIDS 6

7 JAUHI PENAGIHAN PERMAINAN DALAM TALIAN 7

8 PORNOGRAFI 8

9 JOM AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT 9

10 AKTIVITI KESUKARELAWANAN 10
11 DADAH 11

12 ALKOHOL 12

13 ROKOK 13

14 VAPE 14

15 JAUHI PENAGIHAN PERMAINAN DALAM TALIAN 15
16 JOM AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT 16





* DARVIHPoP merujuk kepada (Dadah. Alkohol. Rokok. Vape. Inhalan. HIV/AIDS. Permainan online .
Pornografi)





























8

Infografik Tajuk Tugasan Secara Individu dan


Berkumpulan Kursus Kepimpinan SLAD



















































































9

AKTIVITI MODUL : SLAD DIGITAL (STREAMYARD)

Masa 1 JAM 45 MINIT

Objektif Di akhir aktiviti ini peserta dapat:

i. Meneroka dunia tanpa sempadan

ii. Mengetahui perisian terkini untuk penyampaian
pengetahuan mengenai dadah dalam bentuk

moden dan pantas.



Alat / bahan Telefon bimbit/laptop/komputer & apa-apa aplikasi yang
sesuai untuk membina Streamyard Youtube atau Melalui

Facebook dll yang sesuai



Kaedah/Medium Google Meet / Youtube
1. Pengaktifan Streamyard

i. Buka laman sesawang Streamyard.com

Langkah ii. Masukkan email yang aktif dan klik ‘GET STARTED’

pelaksanaan iii. Buka email dan salin 6 digit kod yang dihantar

melalui email.
iv. Buka semula laman web Streamyard.com dan

masukkan kod yang disalin dalam email tadi.

Kemudian klik ‘LOG IN’

v. Kemudian anda akan dibawa ke paparan logo
Streamyard (gambar itik). Klik ‘ONWARD!’

2. Memilih Destinasi

i. Pilih sama ada untuk bersiaran langsung di Youtube

atau Facebook.
ii. Untuk Youtube, perlu buat lebih awal kerana

Youtube memerlukan verifikasi selama 24 jam

sehingga 48 jam.

iii. Tetapi, di Facebook tidak perlu.

iv. Sebagai latihan, anda diminta untuk bersiaran
secara langsung di Facebook.




10

v. Anda boleh pilih sama ada untuk bersiaran di

Facebook Page, Facebook Group atau Facebook

Personal.

vi. Sebelum itu, pastikan anda telah pun log in di
Facebook terlebih dahulu untuk memastikan

sambungan dari Streamyrd ke Facebook berjalan

lancar.

vii. Selepas anda memilih untuk bersiaran di mana, klik
destinasi pilihan anda itu. Sama ada di Facebook

Page, Facebook Group atau Facebook Personal.

viii. Sebaik sahaja anda klik destinasi pilihan, Streamyard

akan meminta izin untuk menyambung ke
Facebook. Benarkan dan ikut sahaja arahan yang

diberi.


3. Mencipta Broadcast

i. Klik ‘CREATE A BROADCAST’

ii. Pilih destinasi anda. Untuk latihan ini, pilihlah

Facebook.

iii. Masukkan tajuk siaran langsung anda di bahagia
‘TITLE’. Sebagai contoh ‘Ceramah Motivasi

Tingkatan 5.’

iv. Kemudian masukkan penerangan tajuk anda di

ruangan ‘DESCRIPTION’. Sebagai contoh,
“Ceramah motivasi murid tingkatan 5 SMK Sungai

Besar tahun 2021, bersama penceramah

jemputan iaitu, Cikgu Abdul Muiez Ruslee.’

v. Seterusnya, klik ‘CREATE BROADCAST’
vi. Selepas itu anda akan dibawa untuk ‘LET'S CHECK

YOUR CAMERA AND MIC’

vii. Pastikan kamera dan mikrofon anda berfungsi.

viii. Tulis nama dan di ruang ‘DISPLAY NAME’
ix. Klik ‘ENTER STUDIO’




11

4. Kenali Fungsi Yang Ada Di Dalam Streamyard

i. Layar hitam itu ialah pentas. Anda akan melihat

wajah anda berada di sudut bawah sebelah kiri.
Itu bermaksud, anda berada di belakang pentas.

ii. Satu perkara yang perlu anda ingat ialah, sebelum

anda bersiaran secara langsung, pastikan anda

berada di atas pentas terlebih dahulu.
iii. Anda letakkan anak panah di wajah anda di sudut

bawah sebelah kiri dan klik ‘ADD TO STREAM’

iv. Kemudian, wajah anda akan terpapar di atas

pentas.

v. Untuk keluarkan anda daripada pentas, letakkan
anak panah di wajah anda di sudut bawah

sebelah kiri dan klik ‘REMOVE’

vi. Untuk naikkan semula ke atas pentas, ulang
langkah nombor 3.

vii. Seterusnya, mari kita mengenali fungsi-fungsi yang

ada di panel sebelah kanan.

viii. Komen. Semasa bersiaran langsung, akan ada

orang yang meninggalkan komen. Jika ada
komen yang menarik, anda boleh naikkan

dengan klik komen tersebut. Klik ‘SHOW’ Kalau

mahu sorokkan komen itu, klik ‘HIDE. Cubalah.

Tengok apa yang jadi.
ix. Di bawahnya ialah ‘BANNERS’ . Ada dua jenis

banner. Satu yang besar dan satu rerayap yang

bergerak di bahagian bawah skrin.

x. Anda boleh cuba klik ‘CREATE A BANNER
xi. Taip sahaja apa yang anda mahu paparkan.

Contohnya, Motivasi Tingkatan 5.

xii. Klik ‘ADD BANNER’ . Kemudian klik ‘SHOW’ untuk

dipaparkan di pentas dan klik ‘HIDE’ untuk
sorokkan.

xiii. Jika mahu buat rerayap, ulang langkah 10.


12

xiv. Sebelum anda klik ‘ADD BANNER’ jangan lupa untuk

tandakan ‘SCROLL ACROSS BOTTOM (TICKER)’

xv. Kemudian klik ‘SHOW’ untuk dipaparkan di pentas
dan klik ‘HIDE’ untuk sorokkan.



Falsafah/Refleksi 1. Sebagai ahli SLAD perlu mempunyai pemikiran

daya kreatif yang mampu meransang
perkembangan ilmu dadah untuk disampaikan

dalam pendekatandan aplikasi yang lebih pantas

dan menarik

2. Ahli SLAD dapat membantu menyebarkan

maklumat sebanyak mungkin kepada rakan-rakan
dan mengelak daripada terjebak dengan perkara

negatif secara berkesan dengan menggunakan

aplikasi yang diminati.













































13

AKTIVITI MODUL : SLAD DIGITAL (E-INFO GRAFIK PPDa)

Masa 1 JAM

Objektif Di akhir aktiviti ini peserta dapat :

i. Menggalakkan peserta mencipta flip book dan e
grafik yang memberi impak

ii. Menyediakan peserta bahan terkini untuk

penyampaian pengetahuan tentang bahaya

dadah dalam bentuk bahan grafik yang menarik
Alat / bahan Telefon bimbit/laptop/komputer & apa-apa aplikasi yang

sesuai untuk membina e-infografik seperti canva, adobe

reader, power point dll yang sesuai

Kaedah/Medium Google Meet / Youtube


i. Peserta menyediakan infografik dan adaptasi

Langkah menggunakan komputer secara individu.

pelaksanaan ii. Lukisan dan idea infografik mestilah hasil ciptaan

sendiri.

iii. Poster hendaklah dihasilkan atas kertas berukuran
Size: A3 (297x420mm)

iv. Peserta boleh mengguna apa saja software yang

ada, minima dengan menggunakan power point.

v. Teknik pengunaan ialah
vi. Buka Perisian Power Point / apa-apa aplikasi yang

ingin digunakan oleh peserta.

vii. Buka Fail Baru, set kertas berukuran A3. Klik Design,

Slide Design, Slides Sized for A3.
viii. Boleh mengguna Gradient, campuran Font dari

photoshop.

ix. Save dalam format Jpeg.

x. Hantarkan kepada urusetia


Falsafah/Refleksi 1. Sebagai ahli SLAD perlu mempunyai ilmu analitikal




14

dan sentiasa pantas menguasai ilmu dan teknologi

baharu


2. Ahli SLAD dapat menggunakan penulisan dan

dokumentasi secara booklet dan digabungjalinkan

secara maya.






















































15

16

AKTIVITI MODUL : SLAD DIGITAL - TIK TOK PPDa - SECARA INDIVIDU

Masa 1 Jam

Objektif Di akhir aktiviti ini peserta dapat :

i. Untuk memberikan kepelbagaian kemahiran
kepada ahli SLAD dalam kaedah menyampaikan

informasi jauhi DARVIHPoP dan amalan gaya hidup

sihat serta aktiviti kesukarelawanan.

ii. Meningkatkan kreativiti ahli SLAD.


Alat / bahan Telefon bimbit/laptop/komputer & aplikasi telegram dan

tik tok

Kaedah/Medium

i. Peserta perlu ’download; aplikasi tik tok di google
play store.

Langkah ii. Peserta boleh menggunakan aplikasi tiktok untuk

pelaksanaan menyiapkan tugasan.

iii. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan yang
mengandungi 16 orang ahli.

iv. Setiap kumpulan diberikan satu topik/tajuk berkaitan

DARVIHPoP, amalan gaya hidup sihat dan aktiviti

kesukarelawanan SLAD.

v. Peserta dengan mengunakan aplikasi tiktok
menghasilkan 1 video tik tok durasi 1 minit yang

menarik mengandungi informasi berkaitan topik

yang diberikan. Video boleh mengetengahkan

maklumat berkaitan definisi, ciri-ciri, kesan-kesan
dan langkah-langkah mengatasi atau berfokus

kepada sesuatu isu yang ingin disampaikan contoh

peserta ingin fokus kepada kesan buruk dadah.

vi. Muat naik hasil video yang sudah siap dalam tiktok
dan kongsikan link daripada tik tok ke dalam

telegram kursus dan murid lain.




17

vii. Masukkan tanda pagar (#) #fyp

#unitpembagunanmuridKPM #sekolahbebasdadah

#sladkebangsaanawsome
#gayahidupsihatsayangidiri



Falsafah/Refleksi i. Ahli SLAD yang merupakan agen penyampai

maklumat perlu menjadi kreatif dalam
menyampaikan mesej jauhi DARVIHPoP dan

menyeru amalan gaya hidup sihat kepada orang

ramai.

ii. Penyampaian menggunakan medium yang sesuai

dengan sasaran akan lebih berkesan.




























































18

19

AKTIVITI MODUL : SLAD DIGITAL - VIDEO PENDEK PPDa

Masa 2 JAM

Objektif Di akhir aktiviti ini peserta dapat :

i. Membina video yang menarik dan dapat
memberikan inspirasi supaya penonton menjauhi

DARVIHPoP dan mengamalkan gaya hidup sihat serta

aktiviti kesukarelawan.

ii. Meningkatkan kesedaran akan bahaya penagihan
(DARVIHPoP) dan kepentingan amalan gaya hidup

sihat serta aktiviti kesukarelawanan

Alat / bahan Telefon bimbit/laptop/komputer & apa-apa aplikasi yang

sesuai untuk membina video seperti cap cut / InShot /
Video star dll yang sesuai

Kaedah/Medium Google Meet

i. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan yang

mengandungi 16 orang ahli dalam setiap kumpulan.

Langkah ii. Setiap kumpulan diberikan 1 topik/tajuk berkaitan
pelaksanaan DARVIHPoP, dan Gaya hidup sihat serta Aktiviti

Kesukarelawanan PPDa.

iii. Setiap ahli dalam kumpulan berbincang dan

membahagikan tugasan tentang pengisian yang
ingin diketengahkan dalam video berdasarkan tajuk

yang diberikan.

iv. Durasi video yang dihasilkan tidak melebihi 2 minit.

v. Video yang disediakan mestilah memaparkan unsur
positif dan tidak menyentuh isu-isu sensitif.

vi. Video yang dihasilkan mestilah mempunyai elemen

yang menarik dan dapat memberikan kesedaran

kepada penonton akan bahaya DARVIHPoP dan
kepentingan amalan gaya hidup sihat serta aktiviti

kesukarelawan.

vii. Muat naik video yang telah dihasilkan dalam aplikasI

youtube/ Instagram/ facebook dan kongsikan link
dalam telegram kursus dan murid lain sebagai


20

aktiviti seranta.

viii. Letakkan tanda pagar (#)

#unitpembagunanmuridKPM #sekolahbebasdadah
#sladkebangsaanawsome

#gayahidupsihatsayangidiri.

Falsafah/Refleksi i. Ahli SLAD perlu menggunakan medium yang sesuai

dalam menyampaikan mesej jauhi DARVIHPoP
kepada komuniti .

ii. Mesej yang jelas dan bermakna akan memberikan

impak besar kepada masyarakat untuk

mengamalkan gaya hidup sihat serta amalan

terpuji.




























































21

22

AKTIVITI MODUL : SLAD DIGITAL -VIDEO KESUKARELAWANAN PPDa

Masa 2 jam

Objektif Di akhir aktiviti ini peserta dapat :

i. Menggalakkan peserta melakukan aktiviti
kesukarelawanan

ii. Meningkatkan kesedaran akan keperluan

menghulurkan pertolongan kepada orang lain.

Alat / bahan Telefon bimbit/laptop/komputer & apa-apa aplikasi yang
sesuai untuk membina video cap cut / InShot / Video star

dll yang sesuai

Kaedah/Medium Google Meet / LDK luar talian

i. Ahli SLAD dikehendaki menyediakan satu video
berkaitan dengan aktiviti kesukarelawanan. Dalam

Langkah situasi PKP dan normal baharu aktiviti

pelaksanaan kesukarelawan terbatas kepada kerja-kerja

kesukarelawan di dalam atau di persekitaran rumah

sendiri sahaja.
ii. Peserta boleh melakukan aktiviti kesukarelawanan

dari aspek pengurusan kendiri dan pengurusan

persekitaran rumah peserta sahaja. Aktiviti yang

dijalankan mestilah menitikberatkan keselamatan
diri peserta dan mereka yang berada disekitarnya.

iii. Peserta perlu merakamkan situasi peserta sebelum,

semasa dan selepas aktiviti kesukarelawanan

dijalankan. Durasi video tidak melebihi 2 minit.
iv. Muat naik video aktiviti tersebut dalam saluran

youtube.

v. tanda pagar (#) #unitpembagunanmuridKPM

#sekolahbebasdadah #sladkebangsaanawsome
#gayahidupsihatsayangidiri.

vi. Promosi kepada umum atau orang lain untuk

menonton video tersebut bagi menggalakkan

orang ramai membuat aktiviti kesukarelawanan.

vii. Hantar link youtube tugasan dalam telegram kursus

23

mengikut inbox yang disediakan

Falsafah/Refleksi i. Sebagai ahli SLAD perlu mempunyai nilai-nilai murni

terutama dalam aspek menolong terutama apabila

melihat atau mengetahui ada rakan atau orang
sekeliling yang memerlukan.

ii. Sikap prihatin ahli SLAD dapat membantu rakan-

rakan yang terjebak dengan perkara negatif secara
berkesan.















































24

25

AKTIVITI MODUL : e-CHALLENGE PEMBENTANGAN

Masa 2 jam 30 minit

Objektif Di akhir aktiviti ini peserta dapat :
1. Melatih murid untuk lebih berjati diri

2. Melatih murid untuk lebih bersedia dalam apa jua

situasi terutama dalam dunia digital
3. Memantapkan kemahiran komunikasi dan teknologi

digital

Alat / bahan Telefon bimbit/laptop/komputer/video-video pembentangan
dari murid

Kaedah/Medium Google meet
1. Murid masuk ke “link invitation” google meet yang telah

diberikan oleh urus setia.

Langkah 2. Urus setia pembentangan akan membuat cabutan

pelaksanaan nombor giliran dengan menggunakan kaedah “Wheel of
Luck” . Dan kumpulan yang pertama dicabut akan menjadi
1
pembentang pertama sehinggalah cabutan yang terakhir
untuk pembentang dari kumpulan terakhir.

3. Pengacara majlis akan mengambil alih yang terdiri dari

murid yang terpilih.
4. Murid akan dipilih melalui kumpulan kecil telegram.

5. Murid dari setiap kumpulan seramai 2-3 orang (menjadi
wakil kumpulan) akan membentangkan konsep yang

digunapakai dalam penghasilan video, poster dan lain-lain
hasil kerja murid.

6. Dicadangkan supaya fasilatator kumpulan berbeza
bertanyakan soalan-soalan berkaitan PPDa & konsep digital

yang digunakan dan lain-lain soalan berkaitan.
7. Murid akan menjawab secara spontan bagi menilai

kefahaman tentang ilmu yang telah dipelajari.
Murid yang lain juga digalakkan berbincang dengan rakan-

rakan yang lain sekiranya tidak dapat menjawab soalan-
soalan yang diberikan dalam group telegram atau boleh




1 Wheel of Luck: Roda yang diputarkan untuk mendapatkan giliran/cabutan nama dan sebagainya. Boleh didapati di
https://wheelofnames.com/
26

juga terus menjawab secara “real-time” bagi membantu

rakan.
8. Pembentangan murid akan dinilai oleh panel juri yang

dilantik bagi tujuan mendapatkan kumpulan yang terbaik.


Falsafah/Refleksi i. Ahli SLAD perlu membina jati diri supaya lebih

berkeyakinan dan berani berhadapan dengan apa jua
rintangan.

ii. Penguasaan dalam kemahiran komunikasi dan digital
penting dalam kalangan ahli SLAD demi memantapkan

penyampaian informasi PPDa.

































































27

AKTIVITI MODUL : KUIZ
Masa 10 Minit
Objektif Di akhir aktiviti ini peserta dapat:

iii. Meningkatkan tahap pengetahuan peserta tentang

bahaya maklumat dadah, alkohol, rokok, vape,
inhalan dan HIV AIDS

iv. Mewujudkan suasana kuiz secara santai dalam talian.


Alat / bahan Set soalan Kuiz 1 dan 2

Kaedah/Medium Google meet (dalam talian), Quizizz
1. Semua peserta akan diberikan pautan sebelum
menjalani pertandingan kuiz secara dalam talian
Langkah
pelaksanaan menggunakan aplikasi Quizizz.
2. Moderator Quizizz akan memberikan arahan kepada

peserta untuk menulis nama, no kumpulan dan negeri

sebelum pertandingan dimulakan.

3. Moderator Quizizz akan memulakan pertandingan

setelah semua peserta masuk ke dalam pautan yang
yang diberikan.

4. Semua peserta akan menjawab mengikut masa yang

ditetapkan.

5. Moderator akan mengumumkan pemenang seperti
tertera di dalam pautan Quizizz.

Falsafah/Refleksi 3. Peserta sedar kepentingan mengetahui ilmu

kesedaran D.A.R.V.I.H

4. Ilmu itu ada di mana-mana, pengetahuan di mana-
mana tersebar, kalua kita bersedia membaca dan

bersedia mendengar.















28

29

30

Soalan Kuiz 1
















1. Nama jalanan bagi dadah jenis Morfin adalah seperti berikut:

i. White powder iii. Cik Putih
ii. Monkey iv. Morpha

a) i,ii dan iii c)ii,iii dan iv

b) i,ii dan iv d) semua di atas













2. Namakan Pusat pemulihan dadah yang dikhaskan untuk remaja bawah umur di

negara ini?
a) Puspen Jelebu

b) c) Puspen Serendah

c) Puspen Dengkil

d) d) Puspen Karangan







3. Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) adalah satu program di sekolah yang

mensasarkan….

a) Murid tingkatan 5 sahaja

b) Murid Pasukan Unit Berunifom sekolah

c) Murid Pendidikan Khas
d) Murid Kelab dan Persatuan


31

4. Berikut merupakan undang-undang berkaitan pengawalan dadah di Malaysia

kecuali:

a) Akta Dadah Berbahaya 1952

b) Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan)1983
c) Akta Remaja dan Juvana 1982

d) Akta Racun 1952





















5. Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) biasanya ditempatkan di kawasan-
kawasan_________

a) Sempadan c) Setinggan

b) Perumahan d) Bandar
















32

6. Dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar dari warna putih kepada coklat

dan kehitaman
a) Heroin c) Candu

b) Morfin d) Kodein
















7. Akta Makanan 1983, merokok hanya boleh di

a) Restoran c) Rumah

b) Hospital d) Pusat Hiburan


8. Tiga jenis bahan yang akan masuk ke paru-paru, setiap kali anda menyedut asap

rokok ialah________

i. nikotin iii. tar

ii. karbon monoksida iv. Hidrokarbon


a) i, ii dan iii c) i, ii dan iv

b) ii, iii dan iv d) semua di atas










33

9. Seseorang boleh didapati bersalah jika memiliki dadah mengikut jumlah yang
dinyatakan di bawah kesalahan ini telah mengikut jumlah yang dinyatakan di bawah

kesalahan ini telah dinyatakan di bawah Seksyen…

• 15 gram atau lebih morfin

• 15 gram atau lebih heroin
• 1000 gram atau lebih candu mentah

a) Seksyen 37 Akta Dadah Berbahaya

b) Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya 1952

c) Seksyen 37 Akta Dadah Berbahaya 1952
d) Seksyen 37 Akta Dadah Berbahaya 1952














10. Sejenis rawatan yang digunakan untuk membersihkan dadah yang digunakan untuk
membersihkan dadah daripada tubuh ialah

a) Rawatan diagnosa klinikal

b) Rawatan Imunisasi
c) Rawatan Kemoterapi

d) Rawatan Detoksifikasi



11. HIV adalah singkatan bagi

a) Human Immunization Virus
b) Human Immunity Virus

c) Human Immunodeficiency Virus

d) Human Immune Virus







34

12. Cara pengambilan ganja adalah seperti berikut KECUALI

a) Gulungan rokok
b) Wap rokok

c) Dapur atau Bong

d) Sub marine atau kapal selam




















13. Berikut adalah kesan ketagihan ganja KECUALI:

a) Gejala tarikan (withdrawal) seperti berasa resah, kemurungan, bingung, paranoia

b) Tidak dapat memberikan tumpuan
c) Imbangan dan koordinasi yang kuat

d) Menjejaskan pemikiran dan memori jangka

e) Menjejaskan pemikiran dan memori jangka pendek


14. Apakah tema Bulan Antidadah Kebangsaan bagi tahun 2022

a) Lebih Baik Cegah

b) Komuniti Kita Tanggungjawab Kita

c) Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama

d) Gaya Hidup Sihat Amalan Kita


15. Metilena klorida merupakan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam

a) Penanggal Cat c) Minyak Petrol
b) Cecair Pemetik Api d) Penanggal kotoran










35

Jawapan:

1. b
2. d

3. b

4. c

5. a
6. c

7. c

8. a

9. a
10. d

11. c

12. b

13. c
14. a

15. a


































36

Soalan Kuiz 2

1.










Manakah padanan yang betul tentang kategori dan jenis dadah?
a) Kanabis-Shisha Kristal dan Ganja
b) Depresen- Transquelizer, Amfitamin dan Morfin
c) Halusinogen- Lysegic Acid Diethylamide(LSD) , Ice dan Psilosibin
d) Opiat- Heroin, Morfin dan Methadone



2.









Nama saintifik bagi ROKOK ialah
a) Nikotin tobacco
b) Nicotinana tobaccum
c) Nicotiana tobacco
d) Nicotina


3. Dari segi perubatan, Pil Ecstasy dikenali sebagai
a) Methylenedioxy Methamphetamin
b) Opium
c) New Psychoactive Substances (NPS)
d) Halusinogen











37

4.







Apakah yang dimaksudkan dengan perokok PASIF
a) Perokok yang merokok lebih daripada 2 batang sehari
b) Perokok yang merokok selepas makan
c) Orang yang tidak merokok tetapi menghidu asap rokok dari perokok sekeliling mereka
tanpa sengaja
d) Perokok yang bibirnya hitam


5.









Berikut manakah bukan cara pengambilan inhalan
a) Sniffing
b) Driffing
c) Huffing
d) Bangging


6.








Aids adalah singkatan bagi
a) 'Sindrom kurang daya tahan penyakit'
b) 'Sindrom kurang daya melawan penyakit'
c) 'Sindrom daya tahan melawan penyakit’
d) Sindrom kurang daya tahan melawan penyakit




38

7.








Hari Tanpa Tembakau Sedunia jatuh pada setiap tahun
a) 31 Mac
b) 31 mei
c) 31 Jun
d) 31 Ogos



8.








Apakah jabatan yang bertanggungjawab membanteras penyeludupan dan pengedaran
dadah di negara kita?
a) Jabatan Narkotik
b) Jabatan Narkotik dan Polis Diraja Malaysia
c) Jabatan Farmasi, Kementerian Kesihatan
d) Cawangan Narkotik dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia


9.






Dimanakah tempatnya Program Mengawal Dadah Antarabangsa bangsa-Bangsa
Bersatu (UNODC) ditubuhkan?
a) Vienna, Austria
b) London
c) Paris
d) Singapura




39

10.







Dadah Ecstacy merupakan 'mood enhancing drug' yang dikaitkan dengan
Sindrom
a) seronok
b) goyang kepala
c) lapar
d) mengantuk


11.









Apakah yang dimaksudkan dadah jenis halusinogen?
a) Sejenis dadah yang mengakibatkan kesan buruk seperti meningkat pertimbangan
dan koordinasi yang boleh menyebabkan risiko kecederaan dan tingkah lakuyang agresif
b) Sejenis dadah yang boleh menyebabkan lusinasi pemikiran menjadi jelas dan benar
c) Sejenis dadah yang menjadikan pengguna mengalami penurunan keupayaan bersosial,
tenaga fizikal dan emosi.
d) Sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria (sensory perception)
dan pandangan

12. Antara berikut, symptom mana yang boleh dikaitkan dengan tindakan berhenti rokok
a) Anxiety
b) Mulut kering
c) Kabur penglihatan
d) Sakit perut











40

13.







Tanda-tanda seperti sakit kepala, loya, muntah, gangguan pergerakan usus dan
menggeletar adalah merupakan kesan jangka masa panjang peminum alkohol.
Simptom tersebut dikenali sebagai..............
a) 'Hangover'
b) Keracunan
c) Ketagihan
d) Alahan

14. Berikut adalah kandungan bahan yang terdapat dalam rokok KECUALI
a) Ammonia, Karbon dioksida, Nikotin
b) Methanol, DDT, Tar
c) Hidrogen Sianida, Butana, Toulene
d) Syabu, Ice, Methamphetamine


15. Berikut adalah nama gelaran pil Ecstasy
. Pink Lady ii. Playboy
i
iii. Apple iv. Rabbit
a) i,ii dan iii
b) b) i,ii dan iv
c) ii,iii dan iv
d) kesemua di atas


Jawapan

1. d
2. a
3. a
4. 4
5. B
6. D
7. B
8. B
9. A
10. B
11. D
12. A
13. A
14. D
15. A




41

AKTIVITI MODUL : THE POWER OF LEADERSHIP IN SLAD
BULETIN SLAD
Masa Mengikut Kesesuaian Kumpulan
Objektif Di akhir aktiviti peserta akan dapat:

1. Meningkatkan kemahiran interpersonal pemimpin
SLAD dalam menyampaikan mesej antidadah.
2. Mengetahui penggunaan aplikasi video dalam laman
web untuk menghasilkan video buletin.
3. Membentuk kemenjadian murid dengan membina
kemahiran memimpin melalui pengucapan awam
dalam kalangan pemimpin SLAD.
4. Menghasilkan video sebagai wadah menyebarluaskan
mesej pendidikan pencegahan.

Alat / bahan Laptop /PC/HP
Kaedah/Medium Aplikasi Telegram
Aplikasi Googlemeet
Aplikasi Laman Web
1. Taklimat tugasan Buletin SLAD oleh fasilitator.
2. Tugasan diberi pada hari pertama.
Langkah • Setiap kumpulan akan ditugaskan menghasilkan
pelaksanaan satu video Buletin SLAD (contoh: Buletin TV3)
berdurasi 3 minit.
• Kandungan buletin tersebut seharusnya 2 berita
mengenai kes dadah (berdasarkan kurikulum SLAD)
• Contoh berita:-
ü Testimonial seorang keldai dadah
ü Tangkapan kes vape di sekolah
ü Cubaan seludup rokok contraband ke dalam
sekolah tumpas
ü Awas trend vape terkini mengandungi
ketamin
• Gaya dan persembahan Buletin SLAD berdasarkan
kreativiti kumpulan.

Falsafah/Refleksi 1. Pemimpin SLAD berperanan sebagai orang
berpengaruh (influencers) dalam menyampaikan
mesej antidadah dalam kalangan rakan sebaya, ahli
keluarga dan masyarakat.
2. Pemimpin SLAD menghayati aktiviti pencegahan
dadah melalui amali penyampaian mesej.








42

AKTIVITI MODUL : PENGURUSAN MODERATOR
PEMBENTANGAN SLAD DIGITAL – BULETIN SLAD
Masa 2 Jam 30 Minit
Alat / bahan Laptop /PC/HP

Kaedah/Medium Aplikasi Telegram
Aplikasi Googlemeet/ Youtube
1. Slot 1 - Pembentangan oleh 8 kumpulan
Slot 2 - Pembentangan oleh 8 kumpulan
Langkah 2. Menyusun atur penjalanan aktiviti.
pelaksanaan 3. Memberi input kepada murid dan fasilitator mengenai
gerak kerja aktiviti
4. Moderator menyampaikan syarat-syarat
pembentangan.
5. Mendapatkan maklumat – nama pembentang, nama
kumpulan dantajuk tugasan.
6. Moderator menggunakan sistem roda untuk memilih
giliran kumpulan.
7. Menjadualkan pembentangan kumpulan mengikut
tajuk dan giliran kumpulan.
8. Muat turun semua video pembentangan untuk
mengelakkan talian internet yang tidak stabil.
9. Pembentangan selama 4 minit bagi setiap kumpulan
dan penjaga masa membunyikan loceng di minit ke 3.
10.Semua hasil dihantar kepada moderator untuk dimuat
turun di akaun Tik Tok KPM.
11. Moderator memaparkan buletin SLAD mengikut giliran
kumpulan.

Falsafah/Refleksi Management is doing things right; leadership is doing the
right things






















43

AKTIVITI MODUL : THE POWER OF PRESENTATION
e– CHALLENGE
Masa 1 Jam
Objektif Di akhir slot peserta akan dapat:

1. Mengetahui bahan terkini untuk penyampaian
pengetahuan tentang bahaya dadah dalam bentuk
bahan grafik yang menarik
2. Menguasai medium terkini menyampaikan mesej
PPDa.

Alat / bahan Laptop /PC/HP
Kaedah/Medium Aplikasi Telegram
Aplikasi Googlemeet
Aplikasi Laman Web -Canva

1. Poster hendaklah dihasilkan atas kertas berukuran size:
A3 (297x420mm)
Langkah 2. Tema: Sekolahku Sejahtera, Lebih Baih Cegah
pelaksanaan 3. Peserta menyediakan infografik dan adaptasi
menggunakan komputer.
4. Lukisan dan idea infografik mestilah hasil ciptaan
sendiri.
5. Peserta boleh mengguna apa saja software yang ada,
minima dengan menggunakan power point.
6. Teknik pengunaan ialah buka Perisian Power Point /
apa-
apa aplikasi yang ingin digunakan oleh peserta
7. Buka Fail Baru, set kertas berukuran A3. Klik Design, Slide
Design, Slides Sized for A3.
8. Boleh mengguna Gradient, campuran Font dari
photoshop. Save dalam format Jpeg
9. Hantarkan tugasan yang sudah siap kepada akaun tik
tok PPDa KPM
10. Infografik yang disediakan mestilah tidak mempunyai
unsur negatif atau menyentuh isu-isu sensitif.
11. Inforgrafik mengandungi informasi berkaitan
• Definisi , Jenis, Kesan
• Langkah mengatasi
• Sumber rujukan
8. Setiap peserta diberi masa durasi pembentangan
selama 2 minit.
9. Fasilitator memilih hasil Infografik yang terbaik dalam
kumpulan masing-masing.
Falsafah/Refleksi Sebagai ahli SLAD perlu mempunyai ilmu analitikal dan
sentiasa pantas menguasai ilmu dan teknologi baharu.





44

AKTIVITI MODUL : SLAD DIGITAL
VIDEO KESUKARELAWANAN PPDa
Masa 2 jam
Objektif Diakhir aktiviti ini peserta dapat
1. Menggalakkan peserta mkukan aktiviti
kesukarelawanan.
2. Meningkatkan kesedaran akan keperluan
menghulurkan pertolongan kepada orang lain.
Alat / bahan Telefon bimbit/laptop/komputer & apa-apa aplikasi yang
sesuai untuk membina video cap cut / InShot / Video star
dll yang sesuai
Kaedah/Medium Google Meet / LDK luar talian
i. Ahli SLAD dikehendaki menyediakan satu video
berkaitan dengan aktiviti kesukarelawanan PPDa.
Langkah ii. Peserta boleh melakukan aktiviti kesukarelawanan
pelaksanaan PPDa di persekitaran kawasan Laluan/Sudut/Bilik
Sumber PPDa sekolah masing-masing / Jika ada
pemantauan daripada guru penasihat SLAD peserta
boleh menjalankan aktiviti Kesukarelawanan PPDa di
luar kawasan sekolah seperti membuat kerja amal di
rumah-rumah ibadah, persisiran pantai, kawasan
sekitar dan lain-lain aktiviti yang sesuai dengan
menitikberatkan keselamatan semasa menjalankan
aktiviti.
iii. Peserta perlu merakamkan situasi peserta sebelum,
semasa dan selepas aktiviti kesukarelawanan
dijalankan. Durasi video tidak melebihi 2 minit.
iv. Muat naik video aktiviti tersebut dalam saluran tik tok
KPM.
v. Letakkan anda pagar (#)
#unitpembagunanmuridKPM #sekolahbebasdadah
#sladkebangsaanawsome
#sekolahkusejahteralebihbaikcegah
vi. Promosi kepada umum atau orang lain untuk
menonton video tersebut bagi menggalakkan orang
ramai membuat aktiviti kesukarelawanan.
vii. Hantar link tik tok tugasan dalam telegram kursus
mengikut inbox yang disediakan

Falsafah/Refleksi 1. Sebagai ahli SLAD perlu mempunyai nilai-nilai murni
terutama dalam aspek menolong terutama dalam
aspek kesukarelawan PPDa.

2. Sikap prihatin ahli SLAD dapat membantu rakan-rakan
yang terjebak dengan perkara negatif dipulihkan
secara berkesan.




45

AKTIVITI MODUL : PENGURUSAN MAJLIS

Masa 2 jam 30 minit

Objektif Di akhir aktiviti peserta dapat:

1. Memahami prosedur pegurusan majlis rasmi
2. Meningkatkan keyakinan diri peserta

3. Mengendalikan program

Alat / bahan Teks juruacara, teks doa, teks ucapan alu-aluan JPN, teks

ucapan perasmi, teks ucapan wakil peserta, teks ikrar,
slide montaj program, senarai nama peserta terbaik,

gambar peserta terbaik, slide montaj peserta terbaik, e-

sijil,

Kaedah/Medium Google meet, streamyard dan youtube

1. Raptai Majlis Perasmian Penutup Kursus (sebelum majlis)
2. Ketibaan tetamu kehormat ke dalam link google meet

Langkah 3. Ucapan juruacara majlis

pelaksanaan 4. Nyanyian Lagu Negaraku

5. Bacaan doa
6. Ikrar PPDa

7. Ucapan alu-aluan Juruacara majlis

8. Ucapan wakil murid

9. Ucapan alu-aluan JPN
10. Ucapan Perasmian

11. Montaj sepanjang kursus

12. Montaj peserta terbaik

Falsafah/Refleksi 1. Sebagai ahli SLAD peserta perlu mempunyai
ketrampilan dalam aspek kepimpinan dan pengurusan

majlis.

2. Ahli SLAD dapat mengendalikan program yang dapat

membantu menggerakkan pendidikan pencegahan

dadah (PPDa) di sekolah.









46

TEKS JURUACARA MAJLIS KURSUS KEPIMPINAN SLAD

CLUE TEKS PINDAAN

TAKLIMAT Adab adalah pembuka pintu ilmu bagi yang Dibaca
beberapa kali
SEBELUM mencarinya.
sebelum 2.30
BERMULA Mohon peserta-peserta memberikan perhatian
ACARA beberapa adab ketika majlis online yang perlu

anda patuhi.



• Sila pastikan anda “senyapkan” audio

apabila anda masuk ke dalam talian. Buka
ketika menerima arahan sahaja.

• Digalakkan membuka kamera sepanjang

program berlangsung
• Tidak dibenarkan bersembang di ruangan

chat.

• Kerjasama yang diberikan amatlah

diharagai.


# SESI FOTOGRAFI DIKENDALIKAN OLEH JK

MAJLIS PENUTUPAN

KETIBAAN Mengalu-alukan ketibaaan Yang Berusaha Para hadirin
berdiri
TETAMU En Abdul Rahim bin Mohidin
KEHORMAT Ketua Penolong Pengarah

Unit Pembangunan Sahsiah Murid

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Kementerian Pendidikan Malaysia
NYANYIAN LAGU Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita Lagu
disediakan
& memulakan majlis, dengan nyanyian lagu
oleh Unit
IKRAR PPDa Negaraku dan Ikrar PPDa yang akan diketuai Teknikal

oleh Paduan Suara Faris dari SMK A dan Aidid

SMK B.
Mohon hadirin untuk bersedia.

(NYANYIAN& BACAAN IKRAR))

Terima kasih atas nyanyian dan bacaan Ikrar


47

sebentar tadi.

KATA ALU- Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera *Perasmi
(bergantung
ALUAN Yang berusaha _______________________________
pada
Ketua Penolong Pengarah pindaan)

Unit Pembangunan Sahsiah Murid

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang dihormati Ketua-ketua Penolong
Pengarah Hal Ehwal Murid (HEM)

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Yang dihormati pegawai-pegawai Kementerian

Pendidikan Malaysia


Yang dihormati pegawai-pegawai HEM

Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan

Pendidikan Negeri


Yang dialu-alukan barisan panel hakim

seterusnya barisan ahli jawatankuasa dan

fasilitator serta
yang dikasihi para peserta Kursus Kepimpinan

Skim Lencana Antidadah Kebangsaan Tahun

2021.


Deruan angin pepohon cemara

Nyaman terasa air di kuala

Semanis kata semerdu suara

salam pembuka bicara bermula.

Alhamdulillah,dengan izin Allah S.W.T, pada hari
ini di bawah satu bumbung bersama satu

matlamat, kita berkumpul bagi menjayakan

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Kepimpinan
Skim Lencana AntiDadah Peringkat

Kebangsaan Tahun 2021



48

Semoga pertemuan kita di sini dapat menjalin

ukhwah muhibbah, dapat meningkatkan tahap

profesionalisme dalam membina negara
bangsa.

BACAAN DOA Sidang hadirin yang dohormati,

Lebat kemiri pohonnya rendah

Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah

Mohon berkat Yang maha Esa

Majlis mempersilakan ____________________ dari

SMK B untuk memimpin bacaan doa, agar majlis
lebih berkat, agar ikatan terus muafakat

***************BACAAN DOA******************

Terima kasih diucapkan kepada Muqri atas

pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin sekalian,
UCAPAN Acara kita diteruskan dengan Ucapan Wakil

WAKIL MURID Penghulu Kursus Kepimpinan Skim Lencana

(PESERTA KURSUS Antidadah Peringkat Kebangsaan Tahun 2021.
KEPIMPINAN Majlis menjemput Muhammad Nurfiyaz Naim

SLAD dari SMK _______________________ untuk

KEBANGSAAN ) menyampaikan ucapan. Dipersilakan

# Terima kasih kepada ______________________

atas ucapan sebentar tadi.
UCAPAN Hadirin sekalian,

PERASMIAN ***********(pantun)***********

PENUTUPAN Agar majlis bertambah seri,

(PERASMI) Agar majlis tidak pincang berdiri,
Agar majlis terus bersemi

Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan

Yang berusaha

_________________________________
Ketua Penolong Pengarah

Unit Pembangunan Sahsiah Murid



49

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Kementerian Pendidikan Malaysia

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Penutupan Kursus

Kepimpinan Skim Lencana AntiDadah Peringkat

Kebangsaan Tahun 2021. Dipersilakan.
****************UCAP UTAMA / PERASMIAN*******

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih

kepada

Yang berusaha __________________________

Ketua Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Sahsiah Murid

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Kementerian Pendidikan Malaysia

kerana sudi menyampaikan ucapan dan
merasmikan majlis penutupan Kursus

Kepimpinan Skim Lencana AntiDadah Peringkat

Kebangsaan Tahun 2021.




Indah melambai daun kelapa,

Menyambut tamu dipinggir jeti ,

Budi tuan kami tak lupa,

Sudah terpahat di dalam hati.
PEMBENTANGAN Para hadirin sekalian,

HASIL TERBAIK Marilah kita bersama-sama menyaksikan

MURID tayangan multimedia Pembentangan Hasil
(Tayangan Terbaik peserta Kursus Kepimpinan Skim

Multimedia) Lencana AntiDadah Peringkat Kebangsaan

Tahun 2021



***********tayangan multimedia******************
Untuk makluman hadirin, penilaian hasil peserta

ini dibarisi oleh panel hakim yang arif dan



50


Click to View FlipBook Version