Badminton merupakan sukan penyertaan kedua yang paling popular di dunia, ia merupakan
sukan yang sangat terkenal di Malaysia juga. Anda tidak sepatutnya mengalami kesukaran
mencari tempat dan rakan untuk bermain. Hakikat bahawa permainan badminton itu
merupakan pilihan sukan dalaman untuk bermain sepanjang tahun.
Badminton jugak merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang
pemain bertentangan (penerangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang
mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang
dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis
menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak
lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis
hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring. Badminton ialah
acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita,
beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah
lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan
kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan,
kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan
koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan
raket.
Permainan badminton telah diperkenalkan sejak zaman silam. Permainan badminton mula
dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan yang berkaitan dengan badminton ialah
Hanetsukite yang telah dimainkan seawal abad ke-16. Di barat pula, badminton muncul daripada
sukan yang dinamakan Battledore and Shuttlecock, di mana dua atau lebih pemain memukul bola
tangkis di udara menggunakan raket kecil. Di India, sukan ini dikenali sebagai 'Poona' semasa abad
ke-18. Pada 1860an, pegawai tentera British telah mengaplikasikan sukan ini versi India semasa
kembali ke England, di mana sukan ini dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman
kelas atasan. Pada 1860 juga, seorang penjual anak patung London yang bernama Isaac Spratt
telah menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - A New Game", tetapi malangnya
tiada cetakan dilakukan.
Pada 1873, sukan baru ini diperkenalkan di Badminton House, Gloucestershire yang dimilikki oleh
Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton", dan
kemudian nama rasmi sukan ini menjadi Badminton. Sukan ini dimainkan di England di bawah
peraturan yang terdapat di India sehingga tahun 1887. Bath Badminton Club telah mempiawaikan
peraturan mengaplikasikan ini dalam versi Bahasa Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta
pada tahun 1887. Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan
pertama dan hampir sama dengan peraturan yang sedia ada ketika ini. Peraturan ini telah
dilancarkan secara rasmi iaitu "Dunbar" di 6 Waverly Grove, Portsmouth, England pada 13
September 1893.
Pada 1899, mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh
England, kejohanan badminton pertama di dunia. Pada 1934, Pertubuhan Badminton
Antarabangsa (IBF) , yang kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia dianggotai
Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan Wales
sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936.
Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan
sukan ini secara global. Meskipun asal-usul sukan terletak di England, Badminton di peringkat
antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia termasuk
Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara
negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia. China pula sering menjadi pendominasi
pertandingan peringkat antarabangsa sejak kebelakangan ini.
Datuk Punch Gunalan
Datuk Punch Gunalan (4 Februari 1944 – 15 Ogos 2012)[1] ialah bekas pemain badminton
Malaysia yang dikenang sebagai tokoh legenda badminton negara. Beliau pernah bersekolah di
Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban bersama dengan Profesor
Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Rashdan Baba - Naib Cancelor UPM. Beliau mengambil
peperiksaan HSC pada tahun 1963 dan belajar di Kolej Teknologi Brighton, Sussex, England
dalam jurusan kejuruteraan mekanikal (1964-1967). Beliau menjadi juara Kejohanan Badminton
Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, beregu dan beregu campuran (1961-1963). Juara
remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada 1962.
Gunalan mewakili skuad Malaysia ke Piala Thomas 1970 dan sekali lagi pada 1973. Beliau
memenangi pingat emas acara beregu di Sukan Asia pada 1970.
Pada tahun 1974, beliau mendapat kejayaan cemerlang apabila meraih emas acara
perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New
Zealand.
Gunalan berpasangan dengan Ng Boon Bee dalam Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh
England 1971 dan menjadi juara. Pada tahun 1974, beliau ditewaskan oleh Rudi Hartono dalam
acara beregu perseorangan. Punch dinobatkan sebagai Olahragawan Negara dua kali oleh
kerajaan Malaysia iaitu pada 1969 dan 1974. Nama beliau turut tercatat sebagai Tokoh
Pengisahan Sejarah Piala Thomas oleh Arkib Negara Malaysia pada 27 April 2000. Beliau
meninggal dunia pada awal Rabu, 15 Ogos 2012 di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya
pada usia 68 tahun selepas sekian lama beliau bertarung dengan pelbagai masalah kesihatan.
Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas: 李宗伟; Cina Tradisional: 李宗偉; pinyin: Lǐ zōng wěi,
ialah seorang pemain badminton profesional Malaysia. Lee merangkul pingat perak di temasya
Sukan Olimpik 2008 dan 2012 dan 2016, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke
pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik
Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta
sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai
wira kebangsaan.
Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama
199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau ialah pemain
badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin
Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh
badminton Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.
Beliau merupakan duta dan jurucakap bagi jenama cat Pentens sejak 2013.
Pada September 2018, Lee disahkan menghidap kanser nasofaring pada Julai tahun yang
sama di Taiwan dan telah dirawat dengan segera sejak itu.
Lee dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak, kepada pasangan Lee Ah Chai
dan Khor Kim Choi. Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B),
Berapit, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya daripada menceburi sukan itu
gara-gara bahang yang melayur di luar gelanggang bola keranjang, sejak itu, beliau mula
mempelajari badminton ketika berusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan
ini membawanya ke gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih
tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah
mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah. Setelah
bakatnya dikesan oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia
17 tahun. Chong Wei menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah kejohanan
utama pada tahun 2003, apabila beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di Terbuka Malaysia
2003, sebelum tumpas di tangan Chen Hong dari China.
Pada tahun 2004, Lee berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia dan Terbuka
China Taipei. Lee menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 di Athens. Dalam sukan
Olimpik pertamanya, Lee mengetepikan Ng Wei dari Hong Kong di pusingan pertama sebelum
ditumpaskan lagi oleh Chen Hong di pusingan kedua. Apapun, Lee masih terdaya merangkul dua lagi
kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka Malaysia dan Terbuka Denmark, di samping menggondol
pingat gangsa dalam aksi Kejohanan Dunia pertamanya setelah kalah di pusingan separuh akhir kepada
Taufik Hidayat yang kemudian menjuarai kejohanan tersebut.
Lee kemudian merangkul tiga kejuaraan dari enam pusingan akhirnya pada tahun 2006. Beliau
menjuarai Terbuk Switzerland, Kejohanan Badminton Asia dan (untuk kali ketiga) Terbuka Malaysia, di
samping juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei, Terbuka Makau dan Terbuka Hong Kong.
Lee membantu skuad Malaysia menggondol dua butir pingat emas di acara badminton perseorangan
lelaki dan pasukan campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac. Lee
mencapai kedudukan teratas sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada
tahun 2006, lalu menyertai Kejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama, tetapi dikejutkan oleh Bao
Chunlai dari China di pusingan suku akhir dalam perlawanan yang dicemari oleh dua panggilan talian
berkontroversi yang tidak menyebelahi Lee.
Pada 3 November 2006, Lee terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Bukit Jalil
selepas bermakan malam, apabila kereta beliau dilanggar di belakang oleh sebuah kenderaan yang
hilanga kawalan akibat tayar bocor. Beliau dihantar ke Sunway Medical Centre untuk dirawat dengan
enam jahitan pada kecederaan kepalanya. Musim 2007 menyaksikan Lee gagal memasuki pusingan
akhir buat kali pertama dalam Terbuka Malaysia sejak lima tahun, bahkan juga tersingkir awal dalam
lima pertandingan selepas itu sebelum melambung kembali untuk merampas kejohanan Terbuka
Indonesia, iaitu gelaran pertamanya sejak Terbuka Malaysia 2006 setelah berpisah dari Li Mao untuk
bersatu semula dengan jurulatih Misbun Sidek. Prestasinya di separuh kedua tahun itu cemerlang
sekali, apabila merangkul tiga gelaran di Terbuka Filipina, Terbuka Jepun dan Terbuka Perancis.
Beliau juga mencapai pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong Kong walaupun terjejas oleh
kecederaan lututnya. Lee memenangi semua perlawanan yang melibatkannya dalam Piala Sudirman
pada bulan Jun, walaupun pasukan Malaysia hanya mencapai tempat ke-5 keseluruhan dalam
pertandingan. Detik paling pahit yang dialami oleh Lee adalah di Kejohanan Dunia, sungguhpun
diadakan di Malaysia dan prestasi yang membanggakan sepanjang separuh kedua tahun itu, beliau
kalah mengejut kepada Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia, sehingga beliau menyela ketua jurulatih
Yap Kim Hock sebalik sahaja menerima kekalahan dengan alasan bahawa Yap terlalu memberi
tekanan dalam persediaannya untuk menghadapi kejohanan.
Datuk (Dr.) Mohmed Misbun bin Dato' Haji Mohd Sidek DMSM AMN BSD (nama singkatan:
Bun; lahir 17 Februari 1960) merupakan bekas pemain dan jurulatih badminton profesional
Malaysia. Beliau merupakan anak sulung lelaki daripada lima Sidek bersaudara yang terkenal.
Beliau dan kesemua adik-beradiknya pernah terlibat secara aktif di pentas badminton
antarabangsa.
Visi Allahyarham Datuk Mohd Sidek Abdullah Kamar untuk melihat anak-anaknya menjadi
jagoan badminton bermula dengan anak lelaki pertamanya, Misbun sebagai eksperimen.
Ketika usianya mencecah tujuh tahun iaitu pada 1967, Misbun sudah mula dilatih secara serius
oleh bapanya di gelanggang badminton yang terletak bersebelahan rumah mereka di Kampung
Kanchong Darat, Banting, Selangor. Dua tahun kemudian, rutin sama turut dilalui adiknya,
Razif dan Jalani setahun kemudian.
Namun di peringkat awal, bakat Misbun dalam badminton ditenggelami adiknya, Razif. Razif
atau dikenali sebagai Ajib di kalangan adik-beradik, lebih berdisiplin dan jarang ponteng latihan,
berbanding Misbun dan Jalani yang lebih nakal. Tetapi sejak kategori bawah umur 15 tahun,
Misbun sudah mula menewaskan Razif yang dua tahun lebih muda darinya.
Pada usia 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di
Hong Kong berikutan kejayaannya muncul juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Selain kejohanan itu, anak sulung daripada lima itu juga
terpilih ke Terbuka Australia atau lebih dikenali dengan nama Silver Bowl.
Di peringkat kebangsaan, Misbun terus mengekalkan dominasinya dan melakar gelaran hatrik
bawah 18 tahun pada 1978, diikuti kategori bawah 21, setahun kemudian.
Pada 11 November 1976, Stadium Negara bergema menandakan dominasi keluarga Sidek
bermula. Selepas Misbun muncul juara bawah 18 tahun beberapa bulan sebelumnya, adiknya,
Razif dan Jalani muncul juara bawah 15 tahun MSSM selepas menewaskan pasangan Negeri
Sembilan, Michael Chua dan Lim Jit Eng 15-10, 15-1.
Razif juga unggul dalam acara perseorangan dengan menewaskan pemain Pulau Pinang,
Chung Peng Hoong 15-9, 15-3. Misbun menemani bapanya, Datuk Sidek Abdullah Kamar
menyaksikan detik bersejarah itu. Misbun bertembung buat pertama kali dengan Razif dalam
kategori 18 tahun merebut gelaran Novices Selangor di Dewan SBA, Kampung Attap pada 30
Januari 1977. Pertembungan itu amat dinantikan kerana Misbun adalah juara bawah 18 tahun
MSSM manakala Razif unggul dalam kategori bawah 15.
Sesuai dengan statusnya sebagai abang, Misbun menewaskan Razif dalam saingan sengit
rubber game 10-15, 15-5, 15-2. Setahun kemudian, pada usia 18 tahun, Misbun sudah terpilih
untuk menjalani latihan skuad Piala Thomas negara. Dia boleh duduk sama rendah berdiri sama
tinggi dengan pemain senior ketika itu seperti Suffian Abu Bakar, James Selvaraj, Saw Swee
Leong, Phua Ah Hua Moo Foot Lian, Ong Teong Boon, Ho Khim Soon dan Kwek Chiew Peng.
Selepas beberapa tahun menimba pengalaman di pentas antarabangsa, Misbun merangkul
kejuaraan pertamanya di Terbuka Jerman diikuti dengan kemenangannya ke atas Liem Swie
King di Sukan Sea 1981, selain bergelar juara kebangsaan. Kejayaan itu melayakkan Misbun
bergelar Olahragawan Kebangsaan 1981.
Ketika final Piala Dunia 1982 di Stadium Negara, Misbun Sidek tewas kepada bintang Indonesia,
Lim Siew King. Walhal dia ada peluang memenangi perlawanan. Selepas kalah set pertama 12-
15, Misbun bangkit untuk menang set kedua 15-3 dan mendahului 10-1 pada set penentuan.
Sepanjang kejohanan itu, Misbun beraksi cemerlang.Dalam laluannya hingga ke final, dia
menundukkan pemain terkemuka seperti Luis Pongoh dari Indonesia, Morten Frost Hansen
(Denmark) dan Prakash Padukone (India). Pada awal September 1982, ketika persiapan
menghadapi Sukan Komanwel dan Asia, Misbun tiba-tiba mengejutkan pegawai Persatuan
Badminton Malaysia (BAM) dan peminat apabila meninggalkan kem latihan skuad negara di
Pusat Latihan Polis (Pulapol) bersama rakan sepelatihnya, Ajib Mohiddin. Selain muncul naib
juara dunia, Misbun juga memenangi Terbuka Sweden dan mengekalkan kejuaraan kebangsaan
pada 1982.
Setahun kemudian, dia muncul juara Terbuka Jerman, Sweden, Kanada, separuh akhir Piala
Dunia dan tempat ketiga Kejohanan Grand Prix Dunia. Dalam kejohanan Piala Dunia, Misbun
tewas kepada pemain Indonesia, Hastomo tetapi penampilan uniknya nyata menarik perhatian
peminat membanjiri Stadium Negara. Malah penampilan warna warni Misbun sedikit sebanyak
membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memenuhkan kantung dengan hasil jualan tiket
luar dugaan. Pada 19 Ogos 1983, ketika Misbun bertemu Jens Peter Nierhoff dari Denmark,
dilaporkan BAM mengutip tiket berjumlah RM70,000, keesokannya bertemu pemain China, Chen
Changjie (RM117,000) manakala ketika tewas kepada Hastomo, jualan tiket adalah RM128,840.
Penyejukan badan
- Sesi penyejukan badan termasuklah berlari-lari anak serta regangan lembut.
Tujuannya ialah mengurangkan kadar denyutan jantung secara beransur-ansur,
membuang hasil kumuhan seperti asid laktik dan mengurangkan risiko kesakitan
otot.
Gelanggang
-Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup jika bermain di dalam dewan.
Terdapat ruang yang mencukupi di luar gelanggang bagi memberi kebebasan
untuk bergerak. Jika bermain di luar haruslah dipastikan bahawa gelanggang jauh
dari ruang pejalan kaki serta sebarang bentuk halangan atau kemungkinan
bahaya.
Peralatan
Raket
-Raket yang lebih ringan dicadangkan bagi pemain yang baru mula kerana otot
masih belum cukup kuat. Pegangan pada raket yang terlalu kecil menyebabkan
anda memegang dengan kuat dan memberi tekanan kepada otot pada
pergelangan tangan. Pegangan raket yang terlalu besar menyebabkan anda sukar
untuk memegangnya secara betul.Pegangan raket haruslah sentiasa kering bagi
mengelakkan daripada tercampak semasa pergerakan mengayun.
2.Bulu tangkis
-Gunakan bulu tangkis yang sah dan berkualiti.
3. Jaring badminton
-Jaring haruslah diikat rapi supaya ianya tidak kendur. Tiang jaring mestilah bebas
dari sebarang risikotersepak serta permukaan tajam.
4. Pakaian
-Kasut yang ringan, mempunyai cengkaman kuat pada permukaan gelanggang
serta ciri menyerap hentakan dan sokongan yang baik. Kasut jenis larian dan
mempunyai tapak yang tebal dan tinggi dari permukaan lantai akan meningkatkan
risiko kecederaan pada buku lali. Taburan yang keras pada tumit kasut yang muat
pada kaki anda akan mengelak kecederaan.
1, Net
Di tengah-tengah lapangan, net berdiri dengan tinggi 155 cm di bagian tepi. Net merupakan pembatas
berupa jaring yang membentang antara 2 bidang permainan dan diikatkan pada tiang.
2. Raket
Pada tahun 1970-an, gagang raket maupun daun raket masih terbuat dari kayu. Namun pada saat ini
raket sudah dibuat dari berbagai jenis bahan, misalnya dari bahan alumunium, grafit, dan karbon.
Terdapat berbagai macam bentuk raket, jenis raket serta harga raket. Semakin mahal raket maka
semakin ringan dan kuat raket itu. Di tengah daun raket terdapat jaring yang dibuat dari senar (string)
berupa tali plastic sintetis. Senar yang baik adalah senar yang bias dipasang sekencang-kencangnya
tetapi tdak mudah putus (dengan tarikan 21-24 ukuran kekencangan raket), agar dapat memantulkan
shuttlecock yang dipukul dengan kencang dan cepat. Raket standar memiliki ukuran panjang 66-68 cm
lebar kepala 22 cm. Untuk raket berbahan karbon, beratnya adalah 85 gram.
3. Kok (Shuttlecock)
Kok biasanya terbuat dari bulu angsa buatan pabrik yang umumnya sudah memiliki standar yang
ditentukan oleh IBF. Berat kok sekitar 5,67 gram. Bulu angsa atau bulu ayam yang menancap pada
gabus yang dibungkus kulit berwarna putih berjumlah antara 14-16 buah, dan diikat 2 tali. Jenis inilah
yang selalu dipakai untuk kejuaraan resmi. Di luar negeri, banyak pula digunakan kok dari karet, baik
untuk gabus dan bulunya. Namun umumnya, kok jenis ini hanya untuk latihan.
i. UNDANG- UNDANG ASAS
Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton boleh
dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat umur sama ada lelaki
atau perempuan boleh bermain badminton. Badminton juga boleh dimainkan secara suka-suka
untuk mengisi masa lapang atau secara pertandingan. Terdapat acara berpasukan dan individu.
Dalam acara individu iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu
campuran. Piala Thomas/Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan.
ii. MEMULAKAN PERMAINAN
a. Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu tangkis atau syilling
boleh digunakan
dalam undian.
b. Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak
gelanggang.
c. Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.
iii. SISTEM PENGIRAAN MATA
a. Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (‘the best of three games’).
b. Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.
c. Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29.
Pemain/pasangan
pertama mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang.
d. Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah
kanan gelanggang
pemain dan sebaliknya.
e. Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan
sebaliknya.
Ultra Slow Motion Camera
Challenge atau Instant Review Technology merupakan sebuah teknologi yang sudah lazim
digunakan di pertandingan-pertandingan atau kejohanan badminton antarabangsa. Berdasarkan
peraturan yang dibuat oleh BWF, pemain diberi dua kali kesempatan untuk melakukan challenge
dalam satu pertandingan. Ketika pemain melakukan Challenge, umpire akan memutarkan tayangan
ulang dari Ultra Slow Motion Camera berupa video grafik atau animasi untuk melihat posisi jatuhnya
bulutangkis. Jika posisi jatuhnya di dalam lapangan, maka pemain berhak mendapatkan mata
tambahan. Namun, jika shuttlecock terbukti jatuh di luar lapangan, maka pemain kehilangan satu
mata dan tinggal satu kesempatan untuk melakukan challenge.
Agen Badminton Tahan Lama
Selepas menggunakan agen ini akan meningkatkan ketahanan buluh badminton dan membawa
tentangan yang hebat. Pada masa yang sama, penambahan teknologi stabilizer akan menjadikan
penerbangan badminton lebih stabil dan tidak akan dipengaruhi oleh perbezaan suhu yang
disebabkan oleh perubahan cuaca. Perlindungan keselamatan dengan penggunaan formula mesra
alam iaitu bulu angsa dan bulu itik yang tidak dirangsangkan oleh bahan-bahan kimia.
Secara keseluruhannya, sukan badminton merupakan suatu acara sukan yang mempunyai
pelbagai keistimewaan. Hal ini jelas dapat dilihat daripada perbincangan yang telah kami
kupas di dalam esei kami ini yang merangkumi sejarah perkembangan badminton di dunia
dan di Malaysia serta pelbagai kemudahan, peralatan serta piala-piala yang menjadi
rebutan jaguh-jaguh badminton di seluruh dunia seperti Piala Thomas dan juga Piala
Sudirman. Selain itu, kami turut mengupas mengenai kemahiran-kemahiran asas ataupun
teknik-teknik asas yang diperlukan dalam sukan badminton seperti teknik pegangan raket,
gerak kaki, servis, stroke/lob, backhand, smash, drop dan juga teknik permainan di jaring
(net). Kesemua teknik ini diperlukan dalam permainan badminton di seluruh dunia. Di
samping itu juga, kami turut mengupas mengenai taktik-taktik umum permainan badminton
secara perseorangan dan beregu yang sememangnya dapat dijadikan panduan kepada
sesiapa yang meminati sukan badminton. Malah, kami turut membincangkan secara
terperinci mengenai undang-undang permainan badminton yang meliputi peraturan yang
perlu dipatuhi sebelum, semasa dan selepas sesuatu permainan badminton dijalankan.
Seterusnya, hasil keseluruhan perbincangan yang kami utarakan di dalam esei ini jelas
dapat dijadikan panduan kepada sesiapa yang ingin mengenali sukan badminton dengan
lebih dekat dan mendalam. Segala input yang telah kami berikan diharapkan dapat
digunakan oleh setiap individu untuk mempelajari mengenai sukan ini. Sesungguhnya,
sukan badminton merupakan suatu sukan yang sangat berpotensi untuk
memperkembangkan pengaruh negara dan mengharumkan nama negara Malaysia di
persada dunia. Bukti yang jelas dapat dilihat melalui kejayaan pemain badminton
perseorangan negara, Dato Lee Chong Wei yang mengekalkan penguasaan sebagai
pemain nombor satu dunia tanpa dapat digugat oleh mana-mana pemain di seluruh dunia.