The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Teks Edisi NSK Julai 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myctie, 2019-07-01 08:31:43

Sains Tahun 4 SK

Buku Teks Edisi NSK Julai 2019

UNIT TUMBUH-TUMBUHAN

4

Fariz dan adik-adiknya membantu datuk dan nenek mereka di kebun
sayur.

Mengapakah
bahagian pokok
ini melilit pada
kayu?

Wah, banyaknya
buah labu!

Apakah yang dapat kamu perhatikan?

69

Gerak Balas Tumbuh-tumbuhan

Seperti manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan juga bergerak balas
terhadap rangsangan, iaitu air, graviti, cahaya dan sentuhan.
Perhatikan gambar di bawah.

Akar

Bahagian tumbuh-tumbuhan
yang tumbuh ke arah air
dan tarikan graviti.

70 4.1.1 Graviti ialah daya yang menarik objek ke arah Bumi.
4.1.2

Pucuk Sesetengah tumbuh-tumbuhan,
seperti pokok semalu dan pokok
Bahagian tumbuh-tumbuhan Venus flytrap akan tertutup atau
yang tumbuh ke arah cahaya. menguncup apabila disentuh.

Daun

Bahagian pada
sesetengah tumbuh-
tumbuhan yang bergerak
balas terhadap sentuhan.

Berdasarkan gambar di atas, apakah yang dapat kamu katakan tentang
gerak balas tumbuh-tumbuhan terhadap rangsangan?

71

MMAARRII UUJJII Gerak Balas Tumbuh-tumbuhan

Aktiviti 1
Tujuan Menyiasat gerak balas akar terhadap air.

Hipotesis Akar tumbuh ke arah air.

Alat dan Bahan
3 biji benih kacang hijau yang baru bercambah, kapas, pita pelekat
dwimuka, straw, air, pen penanda, piring petri.

Langkah-langkah

1. Lekatkan biji benih kacang 3. Titiskan air ke atas kapas A
hijau di tengah-tengah piring dengan menggunakan straw
petri dengan menggunakan sehingga lembap.
pita pelekat dwimuka.
4. Perhatikan pertumbuhan akar
2. Letakkan kapas di sisi kiri dan biji benih kacang hijau setiap
kanan piring petri, kemudian hari selama seminggu.
tandakan kedudukannya
sebagai A dan B dengan 5. Rekodkan pemerhatian kamu
menggunakan pen penanda. dalam bentuk lakaran.

Soalan

1. Ke manakah arah akar biji
benih kacang hijau tumbuh?

2. Adakah hipotesis kamu
diterima?

3. Apakah kesimpulan kamu
berdasarkan aktiviti ini?

72 4.1.2
4.1.3
4.1.4

Aktiviti 2
Tujuan Menyiasat gerak balas akar terhadap graviti.

Hipotesis Akar tumbuh ke arah graviti.

Alat dan Bahan
8 biji benih kacang hijau yang baru bercambah, kapas, straw, air, jubin,
piring petri, pita pelekat dwimuka, tanah liat, plastik pembalut makanan, lidi.
Langkah-langkah

1. Letakkan kapas sehingga 3. Tutup piring petri dengan
memenuhi piring petri, kemudian plastik pembalut makanan,
susun biji benih pada kedudukan kemudian buat beberapa
yang berbeza. lubang pada permukaannya
dengan menggunakan lidi.

2. Lekatkan biji benih dengan 4. Tegakkan piring petri pada
menggunakan pita pelekat jubin dan tetapkannya dengan
dwimuka, kemudian titiskan menggunakan tanah liat.
air ke atas kapas dengan
menggunakan straw sehingga 5. Perhatikan pertumbuhan akar
lembap sepenuhnya. biji benih kacang hijau setiap
hari selama seminggu.

Soalan 6. Rekodkan pemerhatian kamu
dalam bentuk lakaran.

1. Ke arah manakah akar biji benih kacang hijau tumbuh?

2. Adakah hipotesis kamu diterima?

3. Apakah kesimpulan kamu berdasarkan aktiviti ini?

73

Aktiviti 3
Tujuan Menyiasat gerak balas pucuk terhadap cahaya.
Hipotesis Pucuk tumbuh ke arah cahaya.
Alat dan Bahan
2 bikar berisi tanah lembap dengan anak pokok cili, 2 kotak kasut, pisau.
Langkah-langkah

1. Labelkan dua kotak kasut 4. Letak kedua-dua kotak di
sebagai A dan B. tempat yang terdedah kepada
cahaya matahari.
2. Buat satu lubang pada sisi kiri
kotak A dan sisi kanan kotak B 5. Perhatikan pertumbuhan pucuk
dengan menggunakan pisau. pokok cili selepas seminggu.

3. Letakkan bikar yang 6. Rekodkan pemerhatian kamu
mengandungi anak pokok cili ke dalam bentuk lakaran.
dalam setiap kotak, kemudian
tutup kotak tersebut. Soalan

74 1. Bagaimanakah keadaan pokok
cili yang dapat kamu perhatikan
di dalam kotak A dan B selepas
seminggu?

2. Ke arah manakah pucuk pokok
cili di dalam kotak A dan B
tumbuh?

3. Adakah hipotesis kamu
diterima?

4. Apakah kesimpulan kamu
berdasarkan aktiviti ini?

Aktiviti 4
Tujuan Menyiasat bahagian tumbuh-tumbuhan yang bergerak balas

terhadap sentuhan.
Hipotesis Daun pokok semalu bergerak balas terhadap sentuhan.

Alat dan Bahan pokok semalu.

Langkah-langkah

1. Sentuh bahagian daun pokok 3. Ulang langkah 1 dan 2 dengan
semalu dengan jari, kemudian menyentuh pada bahagian
perhatikan keadaan yang bunga dan batang pokok
berlaku. semalu.

2. Rekodkan pemerhatian kamu
dalam bentuk lakaran.

Soalan

1. Berdasarkan aktiviti ini, apakah yang berlaku pada bahagian daun,
bunga dan batang pokok semalu apabila disentuh?

2. Adakah hipotesis kamu diterima?

3. Apakah kesimpulan kamu berdasarkan aktiviti ini?

4. Berikan contoh tumbuh-tumbuhan lain yang bergerak balas terhadap
sentuhan. Bagaimanakah bahagian tumbuh-tumbuhan tersebut
bergerak balas?

Berdasarkan semua penyiasatan di atas, apakah
yang dapat kamu rumuskan tentang perkaitan antara
bahagian tumbuh-tumbuhan dengan rangsangannya?

75

Fotosintesis
Tumbuh-tumbuhan, manusia dan haiwan memerlukan makanan untuk
terus hidup dan membesar. Manusia dan haiwan boleh bergerak untuk
mendapatkan makanan tetapi tidak bagi tumbuh-tumbuhan.

Jadi, bagaimanakah tumbuh-tumbuhan
mendapatkan makanannya?

Bagaimanakah
kamu membuat
makanan sendiri?

Saya boleh membuat
makanan sendiri.

Saya membuat
makanan melalui
proses fotosintesis.

Apakah maksud fotosintesis?

76 4.2.1

Keperluan Proses Fotosintesis

Tumbuh-tumbuhan memerlukan beberapa keperluan

untuk melakukan proses fotosintesis. Apakah yang

diperlukan oleh

Cahaya Matahari tumbuh-tumbuhan
Sumber utama tenaga. untuk melakukan
proses fotosintesis?

Karbon dioksida

Gas dalam udara yang
masuk melalui daun.

Air

Diserap masuk
melalui akar.

Klorofil Fotosintesis
berlaku pada
Bahan berwarna bahagian
hijau pada tumbuh- tumbuh-tumbuhan
tumbuhan. yang berwarna
hijau.

Fotosintesis memerlukan cahaya matahari, klorofil, karbon dioksida dan air.

4.2.2 77

Hasil Proses Fotosintesis

Semasa proses fotosintesis, klorofil menyerap cahaya matahari dan
menukarkan air serta karbon dioksida kepada glukosa dan oksigen.
Glukosa yang terhasil, kemudiannya bergabung untuk membentuk
kanji yang tersimpan pada bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun,
batang, akar, biji benih, bunga dan buah.

Glukosa yang tersimpan
dalam bentuk kanji

Bahan yang terhasil
sebagai makanan.

Oksigen Berdasarkan maklumat di
atas, apakah hasil proses
Gas yang dibebaskan fotosintesis?
melalui daun ke udara.

Proses fotosintesis melibatkan:

cahaya matahari

karbon dioksida + air glukosa + oksigen

Glukosa yang terhasil, kemudiannya
tersimpan sebagai kanji dalam tisu tumbuh-
tumbuhan.

78 4.2.3 Glukosa ialah gula ringkas yang terhasil daripada proses fotosintesis.
Glukosa merupakan komponen asas yang membentuk kanji dalam
satu kelas makanan yang disebut sebagai karbohidrat.

AAkkttiivviittii RRiiaa Kisah Fotosintesis

Alat dan Bahan
kertas mahjung, kertas A4, pen penanda pelbagai warna.
Langkah-langkah

1. Bentuk kumpulan dengan tiga 3. Catatan idea dibincangkan
orang ahli. Secara bergilir, dalam kumpulan. Kemudian
tulis idea tentang fotosintesis hasilkan peta minda pada
pada kertas A4 mengikut arah kertas mahjung mengikut
pusingan jam. kreativiti kumpulan.

2. Ahli berikutnya boleh 4. Hasil kerja kumpulan
menambah atau membetulkan dibentangkan di hadapan
apa yang ditulis oleh rakan kelas.
sebelumnya.

Soalan
Apakah yang dapat kamu terangkan tentang proses fotosintesis?

79

Kepentingan Fotosintesis kepada Hidupan
Tumbuh-tumbuhan boleh hidup dengan subur dan menghasilkan
sumber makanan dan oksigen melalui proses fotosintesis.
Perhatikan situasi di bawah.

Situasi 1

Wah, banyaknya
hasil tanaman
yang pakcik ini
jual!

Ya, mungkin
sebab
tanamannya
dapat hidup
dengan subur.

Mengapakah tanaman penjual buah di atas
dapat mengeluarkan hasil yang banyak dan
dapat hidup dengan subur?

80 4.2.4
4.2.5

Situasi 2

Segarnya udara di sini.

Tumbuh-tumbuhan di sini juga
lebih banyak, subur dan hijau.

Mengapakah udara di kawasan
pergunungan lebih segar?

Berdasarkan situasi 1 dan 2, apakah yang
mungkin berlaku jika tumbuh-tumbuhan tidak
menjalankan fotosintesis?

Fotosintesis penting kepada hidupan untuk
membekalkan sumber makanan dan
oksigen agar hidupan dapat terus hidup.

81

AAkkttiivviittii RRiiaa Permainan Fotosintesis

Alat dan Bahan
kertas A4, gunting, sampul surat, alat tulis.
Langkah-langkah

1. Kumpulkan maklumat tentang 4. Masukkan kad soalan ke dalam
kepentingan fotosintesis dan sampul surat dan serahkan
gerak balas tumbuh-tumbuhan sampul kepada kumpulan lain.
melalui pelbagai sumber.

2. Lipat kertas A4 kepada 6 5. Setiap kumpulan perlu
bahagian, kemudian gunting. menjawab soalan daripada
Setiap kumpulan perlu sampul yang diterima dari
menghasilkan 12 keping kad. kumpulan lain. Kumpulan yang
menjawab dengan pantas dan
betul dikira sebagai pemenang.

Soalan

Bagaimanakah gerak balas

tumbuh-tumbuhan dapat

3. Tuliskan soalan berkaitan dengan membantunya menjalankan proses

kepentingan fotosintesis dan fotosintesis? Jelaskan.

gerak balas tumbuh-tumbuhan

pada setiap keping kad tadi.

82

SSAANNTTAAII SSAAIINNSS Taman Emotikon
Langkah-langkah
Hasilkan Taman Emotikon mengikut kreativiti kamu dengan
menggunakan bekas plastik terpakai, gunting, pisau, pen penanda,
reben plastik, tanah kebun, kertas A4, biji benih sayur-sayuran dan
penyembur air.
14

25

3

83

RREEFFLLEEKKSSII MMIINNDDAA

1. Tumbuh-tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan air, graviti,
cahaya dan sentuhan.

2. Bahagian tumbuh-tumbuhan yang bergerak balas terhadap
rangsangan adalah seperti yang berikut:

(i) akar bergerak balas terhadap air.
(ii) akar bergerak balas terhadap graviti.
(iii) pucuk bergerak balas terhadap cahaya.
(iv) daun sesetengah tumbuh-tumbuhan bergerak balas terhadap

sentuhan.

3. Fotosintesis merupakan proses tumbuh-tumbuhan membuat
makanan dengan sendiri.

4. Keperluan dan hasil fotosintesis adalah seperti yang berikut:

Hasil Fotosintesis
Keperluan Fotosintesis
Cahaya Matahari Oksigen
Klorofil

Karbon dioksida Glukosa yang tersimpan
dalam bentuk kanji

Air

5. Kepentingan fotosintesis kepada hidupan adalah:
(i) untuk membekalkan sumber makanan.
(ii) untuk membekalkan oksigen.
6. Gerak balas terhadap rangsangan membantu tumbuh-tumbuhan

mendapatkan keperluan untuk menjalankan proses fotosintesis.

84

UUJJII MMIINNDDAA

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Lengkapkan tempat kosong berikut dengan jawapan yang betul.
(i) Tumbuh-tumbuhan bergerak balas terhadap ____.
(ii) Bahagian tumbuh-tumbuhan yang bergerak balas ialah ____,

____ dan ____.
(iii) Tumbuh-tumbuhan mengesan rangsangan ____, ____, ____
dan ____.
2. Kenal pasti jenis rangsangan yang dikesan oleh tumbuh-tumbuhan

di bawah.
(i) (ii)

3. Rajah di bawah menunjukkan suatu gerak balas tumbuh-tumbuhan
terhadap rangsangan.


  Sebelum
  Selepas

sebelum selepas

(i) Nyatakan jenis rangsangan yang dikesan oleh tumbuh-tumbuhan

di atas.

(ii) Apakah bahagian yang bergerak balas pada tumbuh-tumbuhan

tersebut?

(iii) Berikan contoh tumbuh-tumbuhan lain dan bahagiannya yang

bergerak balas terhadap jenis rangsangan yang sama.

85

4. Tandakan ( ) pada maksud fotosintesis yang betul.
(i) Proses tumbuh-tumbuhan membuat makanannya sendiri.
(ii) Proses tumbuh-tumbuhan bergerak balas terhadap air.

5. Gariskan jawapan yang betul.
(i) (Air/Kanji) ialah keperluan untuk menjalankan proses fotosintesis.
(ii) (Klorofil/Cahaya) ialah bahan berwarna hijau yang terdapat

pada daun.
(iii) (Oksigen/Karbon dioksida) ialah hasil proses fotosintesis.

6. Tandakan ( ) pada jawapan yang betul.
(i) Fotosintesis membekalkan makanan kepada hidupan.
(ii) Oksigen dan glukosa ialah hasil proses fotosintesis.
(iii) Kanji disimpan di dalam biji benih sahaja.

7. Rajah menunjukkan penyiasatan tentang proses fotosintesis. Pokok
M dan N telah dibekalkan dengan air yang sama banyak dan
diletakkan di kawasan yang terdedah pada cahaya matahari.

Kotak gelap

Alat penyiram
automatik

MN

(i) Apakah keperluan proses fotosintesis dalam penyiasatan ini?
(ii) Ramalkan keadaan pokok M dan N selepas tiga hari. Berikan

alasan kamu.
(iii) Dalam satu penyiasatan lain, pokok M tidak dibekalkan air.

Ramalkan keadaan pokok M selepas lima hari. Berikan inferens
kamu.

86


Click to View FlipBook Version