The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myctie, 2021-06-19 22:01:49

Buku Teks Sains Tahun 4 SK (KSSR Semakan)

MARI UJI
MARI UJI Pantulan Cahaya
MARI UJI

Tujuan Menyiasat pantulan cahaya.


Alat dan Bahan 2 cermin muka, 1 sudu logam, 1 penutup tin,
jam tangan, tali.
Langkah-langkah


1.

Gantungkan satu cermin muka
pada dinding di tepi kelas dengan
menggunakan tali.






2.

Halakan sudu logam ke arah cahaya
Matahari. Laraskannya sehingga
cahaya terbentuk pada cermin muka.
Perhatikan keadaan yang berlaku.




3. Ulang langkah 2 dengan menggantikan sudu logam dengan jam
tangan, penutup tin dan cermin muka.


Soalan
1. Berdasarkan pemerhatian daripada aktiviti ini, apakah sifat cahaya
yang sedang kamu uji?
2. Jika kertas digunakan untuk menggantikan sudu logam, apakah yang
dapat kamu perhatikan? Berikan alasan kamu.




Matahari

Bulan bukan sumber cahaya. Bulan Bulan
kelihatan bercahaya pada waktu
malam kerana Bulan memantulkan
cahaya Matahari ke arah Bumi.

Bumi 95

Kegunaan Pantulan Cahaya

Mari ikuti kisah di bawah.








Ayah, hati-hati. Ada
penunggang motosikal di tepi.
Nasib baik saya terpandang
imejnya pada cermin sisi.


Itulah kegunaan
cermin sisi yang
membolehkan kita
melihat objek yang
terhalang daripada
pandangan.














Ayah, kenapa ada cermin
yang diletakkan di situ?



Itu cermin cembung. Cermin
itu membolehkan pemandu
melihat kenderaan lain
yang terlindung daripada
pandangannya untuk
mengelakkan kemalangan.











96 5.2.2

Dalam kehidupan harian kita, banyak situasi yang melibatkan kegunaan
pantulan cahaya. Perhatikan contoh di bawah.





Cermin pergigian membantu
doktor gigi untuk melihat keadaan
gigi pesakit pada bahagian yang
terlindung.






Pelanggan di kedai kasut boleh
melihat imej bahagian belakang
kasut melalui cermin yang
diletakkan pada bahagian bawah.







Pelanggan di kedai gunting rambut
boleh melihat imej bahagian
belakang kepalanya melalui cermin
yang diletakkan di belakang.







Tentera laut boleh melihat objek
yang berada di permukaan cermin
laut dari dalam kapal selam
dengan menggunakan periskop.
Dua cermin dalam periskop
memantulkan cahaya dari objek
yang terhalang ke arah mata
pemerhati.
cermin



Cuba kamu berikan satu contoh situasi dalam kehidupan
harian kamu yang menunjukkan bahawa cahaya boleh
dipantulkan. Jelaskan kegunaannya.

97

Gambar Rajah Sinar

Perhatikan gambar di bawah.



Wah, cahaya yang
saya suluh pada
cermin ini terpantullah!


















Apabila cahaya terkena pada permukaan yang rata dan licin seperti
cermin muka, cahaya tersebut akan dipantulkan. Fenomena ini juga
boleh dilukis dalam bentuk gambar rajah sinar seperti di bawah.


Gambar Rajah Sinar



















Cahaya yang
Cahaya yang dituju pada dipantulkan
permukaan cermin dari permukaan
cermin

Cermin







98 5.2.3
5.2.4

Aktiviti Ria Melukis Gambar Rajah Sinar
Aktiviti Ria
Alat dan Bahan

Cermin, kotak hitam bercelah, kertas putih, lampu suluh, blok kayu,
pembaris.


Tebuk celah
pada kotak
Celah

Panduan membuat kotak hitam bercelah
Langkah-langkah

















1. Letakkan kertas putih pada 2. Halakan cahaya lampu suluh
dasar kotak dan susun cermin melalui celah kotak ke arah
seperti dalam gambar. cermin.
















3. Perhatikan pantulan cahaya 4. Keluarkan kertas putih dan
yang terhasil, kemudian lukis labelkan lukisan kamu.
garisan dengan pembaris
mengikut arah cahaya pada
kertas putih di dasar kotak.

Soalan
Mengapakah pembaris digunakan untuk melukis gambar rajah sinar?

99

Pembiasan Cahaya

Ketika Siva minum petang di gerai Pak Abu, tiba-tiba....






Eh, kenapa batang
sudu ini kelihatan
bengkok?







Cahaya dari sudu di dalam air dibiaskan apabila cahaya bergerak dari
air ke udara. Keadaan ini menyebabkan imej sudu berubah ke atas dan
kelihatan bengkok.












air

udara





Apabila cahaya bergerak melalui dua medium yang berbeza,
arah pergerakan cahaya akan berubah. Fenomena ini dinamakan
pembiasan cahaya.







Bagaimanakah kamu boleh menjadikan saiz
imej ikan yang dipamerkan di dalam akuarium
kelihatan lebih besar daripada saiz asalanya?



Apakah sifat cahaya yang menyebabkan
batang sudu kelihatan bengkok?
100 5.3.1

MARI UJI Pembiasan Cahaya
MARI UJI
MARI UJI

Tujuan Menyiasat pembiasan cahaya.

Alat dan Bahan Lampu suluh, botol berisi air, pen penanda, pembaris,
kertas putih, kadbod bercelah, blok kayu.


Langkah-langkah















1. Susun alat dan bahan seperti 2. Hidupkan lampu suluh.
yang terdapat pada gambar.















3. Perhatikan dan lukis garisan 4. Letakkan botol berisi air seperti
mengikut arah cahaya yang yang terdapat pada gambar.
terbentuk pada kertas putih.

5. Perhatikan arah cahaya yang terbentuk pada kertas putih selepas
melalui botol yang berisi air.

Soalan

1. Bagaimanakah arah cahaya selepas melalui botol yang berisi air?
2. Apakah sifat cahaya yang diuji dalam aktiviti ini?

3. Berikan satu contoh situasi dalam kehidupan harian kamu yang boleh
dikaitkan dengan sifat cahaya seperti di atas.



5.3.2 101
5.3.4

Pembentukan Pelangi

Pada suatu petang selepas hujan.

















Tapi, tahukah kamu
Wah, cantiknya pelangi itu!
bagaimanakah pelangi
itu terbentuk?


















Biasanya, apabila Matahari
memancarkan cahaya semasa atau
selepas hujan, pelangi akan terbentuk. Oh, begitu rupa-rupanya.


















Apabila cahaya Matahari terkena pada titisan air hujan,
cahaya akan dibiaskan dan membentuk pelangi. Cuba
kamu jalankan penyiasatan.



102 5.3.3

MARI UJI
MARI UJI Pembentukan Pelangi
MARI UJI

Tujuan Menyiasat pembentukan pelangi.


Alat dan Bahan Cermin, kertas mahjung, pita pelekat, besen, air.


Langkah-langkah



















1. Lekatkan kertas mahjung pada 2. Letakkan besen berisi air di
dinding di luar kelas. bawah cahaya Matahari.



















3. Masukkan cermin ke dalam 4. Halakan cermin di bawah
besen yang berisi air seperti permukaan air ke arah
dalam gambar. cahaya Matahari, kemudian
laraskannya sehingga pelangi
terbentuk pada kertas mahjung.
Soalan


1. Apakah fungsi cermin dan air dalam aktiviti ini?
2. Bagaimanakah cahaya daripada Matahari dapat membentuk pelangi?



103

Kepentingan Sifat Cahaya dalam Kehidupan

Sekiranya cahaya tidak bergerak lurus, tidak boleh dipantulkan dan tidak
dapat dibiaskan, apakah yang mungkin berlaku? Cuba perhatikan situasi
di bawah.






Jika cahaya tidak bergerak lurus,
adakah cahaya dari lampu suluh
dapat menyuluh objek yang
dicari dengan tepat?






Situasi 1






Jika cahaya tidak dapat
dipantulkan, adakah kita dapat
melihat wajah pada cermin?






Situasi 2






Jika cahaya tidak dapat
dibiaskan, adakah kanta tangan
dapat membesarkan imej objek?






Situasi 3



Mengapakah sifat cahaya penting dalam kehidupan kita?


104

Aktiviti Ria Aplikasi Sifat Cahaya
Aktiviti Ria

Alat dan Bahan

Cermin muka, binokular, periskop, kanta tangan, kertas mahjung,
pen penanda.

Langkah-langkah
















1. Bentukkan empat buah 2. Setiap kumpulan perlu
kumpulan. Ketua kumpulan berbincang tentang inovasi
akan memilih satu alat, sama pada alat tersebut yang
ada periskop, binokular, kanta mengaplikasikan sifat cahaya
tangan atau cermin muka. mengikut kegunaannya.

















3. Hasil perbincangan 4. Pamerkan hasil kerja kumpulan
dipersembahkan dalam bentuk di dalam kelas. Ahli kumpulan
peta pemikiran mengikut boleh melawat hasil kerja
kreativiti ahli kumpulan. kumpulan yang lain.

Soalan

Berikan satu contoh alat lain yang mengaplikasikan sifat cahaya bagi
menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Jelaskan.


NOTA Perbincangan tentang inovasi merujuk pada inovasi sedia ada ataupun idea 105
GURU baharu yang dicetuskan oleh murid.

SANTAI SAINS Kaleidoskop
SANTAI SAINS

Langkah-langkah

Hasilkan kaleidoskop mengikut kreativiti kamu dengan menggunakan
kotak gulungan tisu, kerajang aluminium, labuci, kad manila, kertas
hitam, gam, pita pelekat, gunting dan plastik jernih.


1 2














3 4













5 6













7














106

REFLEKSI MINDA
REFLEKSI MINDA
REFLEKSI MINDA
1. Sifat cahaya ialah cahaya bergerak lurus, dapat dipantulkan dan
dapat dibiaskan.


2. Objek lut sinar ialah objek yang membenarkan semua cahaya
melaluinya. Oleh itu, tiada bayang-bayang yang terhasil.

3. Objek lut cahaya ialah objek yang membenarkan sebahagian cahaya
melaluinya. Oleh itu, bayang-bayang yang terhasil tidak jelas.

4. Objek legap ialah objek yang tidak membenarkan cahaya
melaluinya. Oleh itu, bayang-bayang yang terhasil jelas.

5. Faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang ialah:
• Jarak di antara objek dengan sumber cahaya.
• Jarak di antara objek dengan skrin.

6. Faktor yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang ialah:
• Kedudukan objek.
• Kedudukan sumber cahaya.

7. Kegunaan pantulan cahaya dalam kehidupan harian adalah seperti
yang berikut:


Cermin muka memantulkan cahaya dari muka
ke mata kita.



Cermin pergigian memantulkan cahaya dari gigi
yang membolehkan doktor memeriksa keadaan
gigi dengan mudah.


Cermin cembung memantulkan cahaya dari
objek yang terlindung ke mata kita.



Dua cermin dalam periskop memantulkan
cahaya dari objek yang terhalang ke arah
mata pemerhati.




107

8. Fenomena pantulan cahaya boleh dilukis dalam bentuk gambar rajah
sinar seperti di bawah.

Gambar Rajah Sinar




















Cahaya yang
Cahaya yang dituju pada dipantulkan dari
permukaan cermin permukaan cermin


Cermin



9. Apabila cahaya bergerak melalui dua medium yang berbeza,
arah pergerakan cahaya akan berubah. Fenomena ini dinamakan
pembiasan cahaya.










air

udara







10. Apabila cahaya Matahari terkena pada titisan air hujan, cahaya akan
dibiaskan dan membentuk pelangi.






108

UJI MINDA
UJI MINDA
UJI MINDA
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.

1. Sifat cahaya ialah cahaya bergerak ____, dapat ____, dan dapat ____.

2. Rajah di bawah menunjukkan satu penyiasatan tentang sifat cahaya.











Apakah kesimpulan tentang sifat cahaya berdasarkan penyiasatan

di atas?
3. Tandakan ( ) pada fenomena yang menunjukkan cahaya

bergerak lurus.

(a) (b) (c)

















4. (a) Padankan.
Bayang-bayang yang
Objek
terhasil
Legap Tiada


Lut sinar Tidak jelas

Lut cahaya Jelas


(b) Bandingkan kejelasan bayang-bayang yang terhasil antara objek
lut cahaya dengan legap.



109

5. Apakah faktor yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang?
6. Nyatakan faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang.

7 Dalam satu penyiasatan, sekumpulan murid tahun 4 menjalankan
eksperimen untuk mengukur saiz bayang-bayang dengan mengubah
jarak antara sumber cahaya dengan objek.
Jadual di bawah menunjukkan hasil keputusan penyiasatan.

Jarak di antara sumber
cahaya dengan objek (cm) 10 15 20
Saiz bayang-bayang Besar Sederhana Kecil

(a) Berdasarkan jadual di atas, lukis satu carta palang tentang saiz
bayang-bayang melawan jarak di antara sumber cahaya
dengan objek.
(b) Ramalkan saiz bayang-bayang yang terhasil jika jarak di antara
sumber cahaya dengan objek ialah 5 cm.
(c) Nyatakan semua pemboleh ubah yang terlibat dalam
penyiasatan ini.
(i) Pemboleh ubah dimanipulasi.
(ii) Pemboleh ubah dimalarkan.
(iii) Pemboleh ubah bergerak balas.

8. Rajah di bawah menunjukkan satu bahagian pada kereta.










Nyatakan sifat cahaya yang diaplikasikan pada bahagian kereta
tersebut dan huraikan fungsinya.

9. Lukiskan semula gambar di bawah dan lengkapkan pantulan cahaya
pada permukaan cermin dalam bentuk gambar rajah sinar.


Bagaimanakah kamu
boleh menjadikan saiz imej
ikan yang dipamerkan di
dalam akuarium kelihatan
Cermin
lebih besar daripada saiz
10. Bagaimanakah pelangi terbentuk? asalnya?

110

UNIT

6 BUNYI









Apakah bunyi yang dapat kamu perhatikan dalam situasi di bawah?































































111

Getaran dan Bunyi

Fariz dan rakan-rakannya membuat persembahan pancaragam
di sekolah. Perhatikan situasi di bawah.





Tiupan
Ketukan
Apabila seruling
ditiup, udara di dalam Apabila kerincing
seruling bergetar. diketuk, besinya
bergetar.





































Tepukan
Kepingan simbal bergetar
apabila ditepuk.


Petikan atau Gesekan
Tali yang dipetik atau Berdasarkan situasi di atas,
digesek bergetar. bagaimanakah bunyi dihasilkan?





112 6.1.1

Aktiviti Ria Menghasilkan Bunyi
Aktiviti Ria

Alat dan Bahan
Penyangkut baju jenis besi, tali benang, pensel.


Langkah-langkah















1. Ikatkan tali benang pada 2. Gulungkan hujung tali benang
penyangkut baju. pada kedua-dua jari telunjuk.















3. Letakkan jari telunjuk 4. Minta rakan kamu mengetuk
berhampiran dengan telinga. penyangkut baju dengan pensel.
Perhatikan keadaan yang berlaku.
5. Ulang langkah 1 hingga 4 dengan menukar peranan kamu
dengan rakan.


Soalan

1. Berdasarkan aktiviti di atas, bagaimanakah cara kamu
menghasilkan bunyi?
2. Apakah yang dapat kamu perhatikan pada tali benang tersebut
setiap kali penyangkut baju diketuk?
3. Apakah yang menyebabkan bunyi terhasil?




NOTA 113
GURU Pastikan penyangkut baju tidak tersentuh pada bahagian badan semasa diketuk.

Bunyi Bergerak

Fariz, Teruni dan Mei Lan boleh mendengar bunyi loceng penjual aiskrim
walaupun mereka berada pada kedudukan yang berbeza. Mengapa?








Ting!
Ting!












Walaupun mereka berada pada kedudukan yang berbeza,
mereka boleh mendengar bunyi loceng daripada penjual
aiskrim kerana bunyi bergerak ke semua arah.









Perhatikan pula situasi di bawah.

Sudah waktu rehatlah!
Beratur dulu,
kawan-kawan.


Masa sudah tamat, kita
sambung kelas esok.
Kring!
Kring!







Mengapakah bunyi loceng sekolah dapat didengar
oleh murid-murid di atas?




114 6.1.2

Bunyi Boleh Dipantulkan

Fariz dan keluarganya baru sahaja berpindah ke rumah baharu. Ketika dia
bercakap di dalam bilik yang kosong, dia mendengar semula suaranya.

Apabila bunyi
terkena pada suatu
permukaan yang
Helo! keras, bunyi akan
Helo! Helo! dipantulkan semula.

















Arah bunyi bergerak









Permukaan
keras

Arah pantulan bunyi






Perhatikan contoh pantulan bunyi yang lain di sekeliling kita.















Menjerit di dalam gua Menjerit di dewan yang kosong


115
6.1.3

Fenomena Pantulan Bunyi

Pantulan bunyi berlaku di sekeliling kita. Pantulan bunyi digunakan oleh
manusia dan haiwan dengan pelbagai cara. Apakah fenomena pantulan
bunyi yang berlaku di sekeliling kita?





























Gema
Gema ialah bunyi yang
terhasil apabila bunyi
dipantulkan pada
permukaan yang keras.














Dalam bidang perubatan,
pantulan bunyi ultrasonik
digunakan untuk mengesan
organ di dalam badan pesakit
atau bayi di dalam kandungan.







116

Ultrasonik
Ultrasonik ialah bunyi yang tidak dapat
didengar oleh manusia tetapi dapat didengar
oleh haiwan seperti kelawar, ikan lumba-lumba
dan paus untuk memandu arah dan mengesan
lokasi mangsa masing-masing.


















Sonar

Sonar ialah teknologi pantulan
bunyi ultrasonik yang
digunakan untuk mengesan
objek di dalam air.







Berdasarkan maklumat di atas, berikan
contoh lain yang pernah kamu alami
yang menunjukkan bahawa bunyi
dapat dipantulkan. Jelaskan.






















117

Bunyi yang Berfaedah dan Bunyi yang Memudaratkan

Bunyi memberikan pelbagai kesan kepada kehidupan kita.
Apakah bunyi yang berfaedah dan bunyi yang memudaratkan kita?
Perhatikan situasi di bawah.
Situasi 1


Bunyi muzik boleh menghiburkan.
Bunyi suara membolehkan
kita berkomunikasi.













Situasi 2 Situasi 3













Bunyi siren ambulans Bunyi deringan telefon memberikan
memberikan isyarat kecemasan.
maklumat ada panggilan masuk.

Situasi 4 Apa awak cakap, Situasi 5

tak dengarlah!













Bunyi bising kenderaan boleh
Persekitaran yang bising menyebabkan mengganggu ketenangan dan
kita sukar berkomunikasi. menyebabkan tekanan emosi.


118 6.1.4

Situasi 6















Bunyi bising yang didengar secara kerap atau terlalu kuat
boleh menyebabkan masalah pendengaran.

Cuba kamu kenal pasti dan jelaskan bunyi yang berfaedah dan bunyi
yang memudaratkan dalam situasi di bawah.






































Kekuatan bunyi diukur dalam unit
desibel (dB). Bunyi kuat yang melebihi
85 dB boleh merosakkan telinga.

Dapatkan maklumat tentang kesan bunyi dalam kehidupan
kamu. Kongsikan maklumat tersebut secara kreatif kepada
rakan-rakan yang lain.

119

Mengurangkan Pencemaran Bunyi
Bunyi yang terlalu kuat atau bunyi yang tidak diingini dapat dikurangkan
supaya lebih senyap atau kurang jelas. Perhatikan situasi di bawah.

Situasi 1
Pengawal trafik udara menggunakan
pelindung telinga untuk melindungi
telinga supaya tidak rosak akibat bunyi
pesawat yang terlalu kuat.














Situasi 2


Pin!
Penyerap bunyi
seperti permaidani, Pin!
langsir dan tingkap
boleh mengurangkan
getaran bunyi.


Bagaimanakah kamu dapat mengurangkan
bunyi bising kenderaan daripada memasuki
bilik tersebut? Jelaskan.


Situasi 3







Pin!
Pin!







Bagaimanakah penggunaan pokok boleh membantu
mengurangkan pencemaran bunyi di persekitaran kita?


120 6.1.5

SANTAI SAINS Alat Muzik Kitar Semula
SANTAI SAINS

Langkah-langkah

Hasilkan alat muzik dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula
seperti kotak, mangkuk kertas, gelang getah, pistol perekat panas dan
pita pelekat mengikut kreativiti kamu.

1 2 3










4 5 6














REFLEKSI MINDA
REFLEKSI MINDA
REFLEKSI MINDA
1. Bunyi dihasilkan oleh getaran.
2. Bunyi dapat dihasilkan melalui tiupan, ketukan, petikan, gesekan
dan tepukan.
3. Bunyi bergerak ke semua arah.
4. Bunyi boleh dipantulkan. Contohnya, fenomena gema, sonar
dan ultrasonik.
5. Faedah bunyi adalah untuk:
• berkomunikasi. • memberikan isyarat.
• memberikan maklumat. • menghiburkan.
6. Pencemaran bunyi boleh mengakibatkan:
• sukar berkomunikasi. • gangguan ketenangan.
• tekanan emosi. • masalah pendengaran.
7. Cara mengurangkan pencemaran bunyi adalah seperti yang berikut:
• penggunaan pelindung telinga. • penggunaan penyerap bunyi.



121

UJI MINDA
UJI MINDA
UJI MINDA

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Suaikan cara-cara menghasilkan bunyi berdasarkan situasi di bawah.
a b c d e










Gesekan Tiupan Tepukan Petikan Ketukan

2. Getaran menghasilkan ____.
3.



Berdasarkan rajah di sebelah,
X Y (a) Nyatakan pemerhatian kamu.
(b) Berikan inferens kamu terhadap
pemerhatian pada (a).






4. Siva dan keluarganya melawat Gua Niah. Sebaik sahaja mereka
sampai, Siva menjerit di dalam gua tersebut. Apakah fenomena yang
terhasil? Jelaskan.

5. Mei Lan suka mendengar muzik. Namun, dia berasa terganggu
dengan bunyi muzik kuat yang datang dari rumah jirannya.

Tandakan ( ) bagi menerangkan kesan-kesan bunyi di atas.
(a) Bunyi membantu untuk berkomunikasi.

(b) Bunyi dapat menghiburkan.

(c) Bunyi memberikan amaran.

(d) Bunyi mengganggu ketenangan.



Bagaimanakah kamu dapat menghentikan bunyi
pada jam loceng tanpa mematikan suisnya?

122

UNIT

7 TENAGA





































































Bagaimanakah aktiviti-aktiviti dalam situasi di atas dapat dilakukan?



123

Tenaga dan Sumbernya

Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Tenaga dapat
diperoleh daripada pelbagai sumber. Mari kenali sumber tenaga yang
terdapat di sekeliling kita.
Air
Air yang mengalir menggerakkan
turbin di empangan untuk
menjana elektrik.












Turbin




Empangan hidroelektrik
Kayu api dan sisa tanaman







Tinja haiwan



Biojisim

Biojisim ialah bahan daripada tumbuh-tumbuhan
atau tinja haiwan yang digunakan untuk
menghasilkan bahan api dan menjana elektrik.





Geoterma juga merupakan sumber tenaga
yang diperoleh daripada haba batuan
panas di bawah permukaan Bumi untuk
menjana elektrik.




Panel suria Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga?

124 7.1.1
7.1.2

Matahari
Matahari merupakan sumber tenaga
yang paling utama. Tenaga Matahari
boleh digunakan untuk menjana
Kincir angin elektrik melalui panel suria.
Angin

Angin yang bertiup
menggerakkan kincir angin
untuk menjana elektrik.




Arang batu






Stesen janakuasa nuklear Nuklear
Bahan nuklear seperti
uranium digunakan
untuk menjana elektrik
di stesen janakuasa
nuklear.



Bahan Api Fosil
Bahan api fosil Petroleum dan gas asli
seperti petroleum,
gas asli dan arang
batu dibakar untuk
menjana elektrik.




Ombak
Ombak menggerakkan
turbin di dalam laut untuk
menjana elektrik.

Berdasarkan maklumat
Turbin ombak di atas, bagaimanakah
sumber tenaga diperoleh?

125

Bentuk Tenaga

Terdapat pelbagai bentuk tenaga di sekeliling kita. Mari kenali
bentuk-bentuk tenaga dalam setiap situasi di bawah.













Tenaga suria ialah tenaga yang diperoleh daripada Matahari.















Tenaga haba ialah tenaga yang tersimpan pada objek
yang mempunyai kepanasan.














Tenaga cahaya ialah tenaga yang dihasilkan
oleh objek yang memancarkan cahaya.





Tenaga elektrik
ialah tenaga yang
mengalir dalam
litar elektrik
yang lengkap.
Tenaga bunyi dihasilkan
oleh objek yang bergetar.


126 7.1.3

Tenaga kimia ialah tenaga yang tersimpan dalam bahan seperti makanan,
bahan api fosil, biojisim atau bateri.














Tenaga kinetik ialah tenaga yang dipunyai oleh
objek yang bergerak.
















Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan pada objek yang
berada pada sesuatu ketinggian, diregangkan atau dimampatkan.



Berikan contoh-contoh lain yang
melibatkan bentuk-bentuk tenaga
seperti di atas. Jelaskan bentuk-bentuk
tenaga tersebut.




Tenaga nuklear ialah tenaga yang
terkandung dalam bahan nuklear
seperti uranium.



127

Perubahan Bentuk Tenaga

Tenaga boleh berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.
Mari perhatikan perubahan bentuk tenaga dalam kehidupan kita.


Simbol bermakna berubah kepada.
Simbol + bermakna dan.


Semasa mengayuh basikal
Tenaga kimia Tenaga kinetik
daripada makanan tenaga daripada
Semasa mengayuh yang dimakan makanan digunakan
basikal, tenaga kimia dalam pergerakan
daripada makanan kaki dan basikal
yang dimakan berubah
kepada tenaga kinetik.






Menghidupkan televisyen
Tenaga Tenaga Tenaga
elektrik cahaya bunyi
Ketika menghidupkan
televisyen, tenaga dalam litar televisyen bunyi
elektrik yang digunakan elektrik memancarkan televisyen
berubah kepada televisyen imej
tenaga cahaya dan
tenaga bunyi.






Menyalakan api Tenaga Tenaga Tenaga
kimia haba cahaya
Semasa api menyala,
tenaga kimia yang tersimpan api api
tersimpan dalam dalam bahan menghasilkan memancarkan
bahan bakar berubah bakar haba cahaya
kepada tenaga haba
dan tenaga cahaya.






128 7.1.4

Semasa terjun dari papan terjun

Tenaga Tenaga Tenaga
keupayaan kinetik bunyi
Semasa terjun dari
papan terjun, tenaga kedudukan pergerakan bunyi
keupayaan berubah penerjun yang penerjun percikan air
kepada tenaga tinggi
kinetik dan kemudian
berubah kepada
tenaga bunyi.





















Menyalakan lampu suluh

Ketika menyalakan lampu suluh, tenaga kimia dalam bateri berubah kepada
tenaga elektrik. Kemudian, tenaga elektrik berubah kepada tenaga haba dan
tenaga cahaya.
Tenaga Tenaga Tenaga Tenaga
kimia elektrik haba cahaya
tersimpan dalam litar mentol menjadi mentol
dalam bateri elektrik panas menyala
lampu suluh


















129

Ketika menggunakan kalkulator suria

Tenaga Tenaga Tenaga
Tenaga suria yang
diperoleh daripada suria elektrik cahaya
Matahari berubah daripada dalam litar skrin
kepada tenaga elektrik. Matahari kalkulator memancarkan
Kemudian, tenaga elektrik panel suria cahaya
berubah kepada tenaga
cahaya.






Ketika kenderaan bergerak
Tenaga Tenaga
kimia kinetik
Ketika kenderaan bergerak, tersimpan dalam pergerakan kereta
enjin kereta mengubah bahan api fosil
tenaga kimia kepada
tenaga kinetik.






Semasa fotosintesis
Tenaga Tenaga
Tumbuh-tumbuhan cahaya kimia
membuat makanannya daripada Matahari tersimpan
sendiri. Semasa fotosintesis, sebagai kanji
tumbuh-tumbuhan
mengubah tenaga cahaya
kepada tenaga kimia yang
tersimpan sebagai kanji.








Jelaskan perubahan bentuk
tenaga yang terlibat dari A
ke C. A C



B
130

Aktiviti Ria Memerhati Perubahan Tenaga
Aktiviti Ria


Alat dan Bahan

Pensel, kertas A4, bola pingpong, pemetik api dapur, loceng,
pembakar roti.

Langkah-langkah

1. Bentukkan kumpulan dan lakukan aktiviti seperti yang berikut:

a b










Jatuhkan bola pingpong dari Nyalakan pemetik
kedudukan yang tinggi. api dapur.

c d










Bunyikan loceng. Bakar roti dengan
menggunakan pembakar roti.

2. Perhatikan perubahan bentuk tenaga bagi setiap aktiviti. Tuliskan
perubahan bentuk tenaga yang terlibat pada sekeping kertas
secara bergilir.

3. Bincangkan hasil dapatan kumpulan, kemudian bentangkan
di hadapan kelas.

Soalan
1. Jelaskan perubahan bentuk tenaga dalam setiap aktiviti di atas.
2. Berikan contoh lain perubahan tenaga yang berlaku dalam
kehidupan harian kamu.



NOTA Aktiviti di atas boleh diubah dengan menggunakan objek atau alat lain 131
GURU yang bersesuaian.

Tenaga Tidak Boleh Dicipta atau Dimusnahkan

Semua perubahan yang berlaku di alam ini melibatkan tenaga. Tenaga
akan berubah bentuk semasa sesuatu perubahan berlaku. Tahukah
kamu tenaga boleh berubah bentuk kerana tenaga tidak boleh dicipta
atau dimusnahkan? Perhatikan situasi di bawah.




Motosikal yang bergerak
mempunyai tenaga kinetik.
Adakah motosikal ini mencipta
tenaga kinetiknya sendiri
untuk bergerak?










Bagaimanakah tenaga kinetik
motosikal itu dicipta?



Tenaga tidak boleh dicipta. Sebenarnya, enjin motosikal
hanya mengubah tenaga kimia kepada tenaga kinetik
untuk membolehkan motosikal itu bergerak.


Semasa di stesen minyak

Kita isi minyak
dahulu, ya.












Oh, rupa-rupanya enjin motosikal
inilah yang mengubah tenaga
kimia daripada petrol kepada
tenaga kinetik.




132 7.1.5
7.1.6

Beberapa hari kemudian

Kenapa
motosikal
ini tiba-tiba
berhenti,
ayah? Alamak, minyak
dah habislah!




Adakah tenaga
kinetik yang ada
pada motosikal itu
Mengapakah motosikal ini tidak telah musnah?
terus bergerak? Apakah yang
terjadi pada tenaga kinetik yang
ada pada motosikal ini?



Tidak, tenaga tidak boleh
dimusnahkan. Semasa
motosikal bergerak, sebahagian
tenaga kinetiknya turut berubah
kepada bentuk-bentuk tenaga
yang lain seperti tenaga bunyi
dan tenaga haba.









Motosikal itu tiba-tiba berhenti bergerak kerana semua tenaga kimia
daripada petrol telah berubah sepenuhnya kepada bentuk-bentuk
tenaga yang lain.

Tenaga kimia Tenaga kinetik Tenaga haba Tenaga bunyi
daripada petrol pergerakan daripada pergerakan motosikal
motosikal
Berdasarkan situasi di atas, apakah yang dapat kamu rumuskan
tentang tenaga?

Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, tetapi boleh berubah bentuk.


133

Sumber Tenaga Boleh Dibaharui dan Tidak Boleh Dibaharui

Tahukah kamu sumber tenaga boleh dikelaskan kepada sumber tenaga
boleh dibaharui dan sumber tenaga tidak boleh dibaharui? Perhatikan
carta di bawah.
Sumber Tenaga

Boleh dibaharui Tidak boleh dibaharui

Sumber tenaga yang boleh Sumber tenaga yang terhad
dijana secara berterusan. dan tidak boleh dijana semula.



Matahari Bahan Api Fosil
Matahari ialah sumber Bahan api fosil akan
tenaga yang sentiasa ada. kehabisan suatu masa nanti.




Ombak
Arang batu
Ombak wujud secara
semula jadi.



Air
Air sentiasa ada Gas asli
di persekitaran.



Angin

Angin tidak terhad dan Petroleum
sentiasa ada.





Biojisim Bahan Nuklear
Biojisim sentiasa Bahan nuklear
ada kerana berasal seperti uranium
daripada bahan adalah terhad.
semula jadi.
Uranium


Berdasarkan maklumat di atas, berikan contoh sumber tenaga
yang boleh dibaharui dan tidak boleh dibaharui. Mengapa?


134 7.2.1

Aktiviti Ria Poster Tenaga Masa Depan
Aktiviti Ria

Alat dan Bahan
Kertas lukisan, pen, gunting, gam, komputer.


Langkah-langkah
















1. Cari maklumat tentang inovasi 2. Bincangkan maklumat yang
penggunaan sumber tenaga diperoleh bersama-sama
pada masa depan daripada dengan ahli kumpulan.
pelbagai sumber.
















3. Hasilkan sebuah poster 4. Pamerkan hasil kerja kumpulan
berdasarkan perbincangan di dalam kelas. Ahli kumpulan
kumpulan. boleh melawat hasil kerja
kumpulan yang lain.
Soalan

Berikan contoh sumber tenaga boleh dibaharui yang berpotensi sebagai
sumber tenaga pada masa depan.




Biodiesel ialah bahan api yang dihasilkan daripada minyak sayuran atau
lemak haiwan. Bermula Februari 2019, semua stesen minyak di Malaysia
membekalkan minyak diesel yang dicampur dengan biodiesel sawit.


135

Berhemat Menggunakan Tenaga

Kebanyakan tenaga yang kita gunakan pada hari ini berasal daripada
sumber tenaga tidak boleh dibaharui. Untuk memastikan kita mempunyai
sumber tenaga yang mencukupi pada masa akan datang, kita perlulah
berhemat menggunakan tenaga.

Apakah kepentingan penggunaan sumber tenaga
secara berhemat? Perhatikan situasi di bawah.









Panasnya hari ini.








Sekejap lagi sejuklah.




Selepas sebulan















Mahalnya bil elektrik bulan ini. Banyak
tenaga elektrik yang telah digunakan.






Berdasarkan situasi di atas, mengapakah kita perlu
berhemat ketika menggunakan tenaga?




NOTA
136 7.2.2 • Berhemat bermaksud berjimat cermat.
7.2.3 GURU • Berhemah bermaksud mempunyai budi pekerti yang mulia.

Banyaknya asap,
sesak nafas saya!






























Segarnya udara hari ini.



























Berdasarkan situasi di atas,
bagaimanakah kita boleh berhemat Apakah kepentingan
dalam menggunakan tenaga? amalan berhemat kepada
alam sekitar?





137

SANTAI SAINS Ketuhar Suria
SANTAI SAINS

Langkah-langkah

Hasilkan ketuhar suria dengan menggunakan bahan-bahan terpakai
seperti kotak kasut, polistirena, kerajang aluminium, pembalut plastik,
pita pelekat, gam, gunting, pembaris dan pen penanda.


1 2










3 4










5 6









7 8










9













138

REFLEKSI MINDA
REFLEKSI MINDA
REFLEKSI MINDA
1. Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.
2. Sumber tenaga dikelaskan kepada:
Sumber Tenaga


Boleh dibaharui Tidak boleh dibaharui
Sumber tenaga yang boleh Sumber tenaga yang terhad
dijana secara berterusan. dan tidak boleh dijana semula.


Bahan Api Fosil






Matahari Ombak

Arang batu Gas asli






Air Angin
Petroleum
Biojisim
Bahan Nuklear



Uranium




3. Bentuk-bentuk tenaga ialah tenaga suria, tenaga haba, tenaga
cahaya, tenaga bunyi, tenaga elektrik, tenaga kimia, tenaga kinetik,
tenaga keupayaan dan tenaga nuklear.

4. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi tenaga boleh
berubah bentuk. Contohnya perubahan tenaga semasa mengayuh
basikal: Tenaga kimia Tenaga kinetik
5. Kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemat adalah:
(a) untuk mengelakkan pembaziran tenaga.
(b) untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.


139

UJI MINDA
UJI MINDA
UJI MINDA
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.


1. Tenaga ialah ____ untuk melakukan kerja.
2. Nyatakan perubahan bentuk tenaga yang terlibat bagi setiap situasi
di bawah.

(a) (b) (c) (d)







3. Lengkapkan jadual pengelasan di bawah.

Sumber tenaga











4. Gambar di bawah menunjukkan perubahan bentuk tenaga bagi
penggunaan telefon bimbit.








(a) Apakah yang berlaku kepada tenaga elektrik ketika bateri

telefon bimbit dicas?
(b) Mengapakah bateri telefon bimbit perlu dicas semula?
(c) Apakah yang dapat kamu rumuskan tentang tenaga dalam situasi
di atas?
5. Baca pernyataan di bawah.

Kita banyak menggunakan sumber tenaga tidak boleh dibaharui seperti
petroleum dan gas asli, sedangkan sumber tenaga tersebut semakin berkurang.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan cara menggunakan
sumber tenaga tersebut dengan berhemat serta nyatakan
kepentingannya.

140

UNIT

8 BAHAN




















Ibu, mengapakah botol
itu berlainan jenis?




















Botol itu diperbuat
daripada bahan yang
berbeza.




















Tahukah kamu objek di sekeliling kita diperbuat daripada pelbagai
jenis bahan?

141

Sumber Asas Bahan

Terdapat pelbagai objek yang digunakan dalam kehidupan harian kita.
Objek-objek tersebut diperbuat daripada pelbagai sumber asas seperti
tumbuh-tumbuhan, haiwan, petroleum dan batuan.
Perhatikan objek-objek di bawah.

Sumber Asas Bahan Contoh Objek







pokok getah getah tayar sarung tangan getah



Tumbuh-
tumbuhan
pokok balak kayu almari kayu kerusi kayu







pokok kapas kapas baju tuala




Sumber Asas Bahan Contoh Objek







biri-biri bulu biri-biri topi bulu baju bulu




Haiwan

kasut kulit
lembu kulit lembu sofa kulit




kain sutera

ulat sutera kokun sutera tali leher sutera

NOTA Kokun ialah kelongsong daripada bebenang seperti sutera yang
142 8.1.1 GURU melindungi larva (misalnya larva rama-rama) atau telur (misalnya
telur cacing).

Petroleum ialah minyak berwarna hitam yang diperoleh dari dalam
tanah untuk dijadikan petrol dan bahan-bahan lain. Petroleum
terbentuk daripada hidupan yang telah mati berjuta-juta tahun dahulu.

Sumber Asas Bahan Contoh Objek









plastik beg plastik botol plastik
Petroleum





khemah
minyak
petroleum kain sintetik baju hujan




Sumber Asas Bahan Contoh Objek




emas
barang piuter

logam kuprum duit syiling
Batuan



tanah liat mangkuk seramik batu bata




tanih pasir cermin botol kaca



Apakah contoh objek lain yang dihasilkan
daripada sumber asas tumbuh-tumbuhan,
haiwan, petroleum dan batuan? Jelaskan ciri-ciri
bahan bagi objek yang kamu nyatakan tersebut.

143

Aktiviti Ria Kelaskan Objek
Aktiviti Ria


Alat dan Bahan

Kertas mahjung, pen penanda pelbagai warna,
sampul berisi 12 gambar pelbagai objek.

Langkah-langkah

















1. Setiap kumpulan perlu 2. Perhatikan gambar objek,
mendapatkan satu sampul kemudian kenal pasti ciri-ciri
yang mengandungi 12 keping objek berdasarkan jenis bahan
gambar pelbagai objek. dan sumber asasnya.


















3. Berdasarkan perbincangan, 4. Persembahkan hasil kerja
hasilkan carta pengelasan kumpulan kamu di hadapan
mengikut kreativiti kumpulan. kelas.
Soalan

1. Berdasarkan aktiviti ini, bagaimanakah kamu mengelaskan gambar
objek dengan sumber asasnya?
2. Bagaimanakah kamu mengenal pasti ciri-ciri objek yang dipadankan
dengan sumber asasnya?



144 8.1.2
8.1.3


Click to View FlipBook Version