The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SKTMI 2 TAHUN 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myctie, 2018-12-23 04:59:11

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SKTMI 2 TAHUN 2019

Keywords: STMI2

SK TENGKU MAHMOOD ISKANDAR (2),
PONTIAN, JOHOR DARUL TA'ZIM

STANDARD DOKUMEN
2019

BUKU

PANDUANPENGURUSAN
GURU DAN STAF

OLEH:
UNIT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

ABDUL RAHIM BIN MOHD HUSSAIN

1. Sama Kongsi Nilai
Amanat Pengurus Sekolah

KATA ALUAN GURU BESAR

Alhamdullillah syukur ke hadrat ILLAHI kerana dengan izinnya, pihak sekolah diberikan kekuatan sekali lagi menerbitkan
sebuah Buku Standard Dokumen dan Panduan Pengurusan Guru dan Staf SKTMI (2) bagi tahun persekolahan 2018.

Dengan terhasilnya buku ini dapatlah pihak pengurusan, staf dan warga SKTMI2 menjadikannya panduan dan
landasan dalam menguruskan pentadbiran sekolah dengan lebih padu dan cemerlang pada tahun 2018 ini. Walau
bagaimana pun segala pembentukan organisasi,jawatankuasa, perancangan program dan aktiviti yang dinyatakan dalam
buku ini adalah merupakan perancangan dan cadangan permulaan. Ianya boleh diubah suai, ditambah baik sebagaimana
situasi atau keperluan Tahun 2018 itu sendiri. Adalah diharapkan semua UNIT dan panitia serta jawatan kuasa yang
dibentuk dapat merancang dan seterusnya melaksanakan program-program yang dirancang dengan baik dan berkesan
bagi menepati visi, misi dan objektif sekolah. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.

Saya juga mengharapkan agar setiap guru di sekolah ini dapat menghayati sepenuhnya Buku Panduan
Pengurusan Guru dan Staf ini agar segala perancangan yang dilbuat berjalan dengan baik dan lancar sebagaimana
perancangan. Tanggung jawab yang diamanahkan wajiblah dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Inshaallah jika kita
bersatu dan bekerja dengan penuh keikhlasan dalam melaksanakan visi, misi dan objektif sekolah yang kita sayangi, kita
tetap akan terus meraih kejayaan yang berterusan dari tahun ketahun yang mendatang . Saya juga berharap segala
kejayaan yang kita kecapi pada tahun-tahun yang lepas dapat memberikan suntikan semangat juang dan usaha yang
tinggi dan kental untuk kita meraih sekali lagi kejayaan besar pada Tahun 2018 ini. Insyallah. Semoga semua usaha
yang kita curahkan semata-mata kerana Allah untuk kejayaan anak-anak didik kita,mudah-mudahan diberkati Allah
Subhanawatala .Amin .....
Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

............................................................
( En. Abdul Rahim bin Mohd Hussain )

Guru Besar,
SK. Tengku Mahmood Iskandar (2),

Pontian, Johor.

2. SAMA KONGSI NILAI
Amanat dan Akujanji PK 1

KATA ALUAN PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN

Assalamualaikum Salam Sejahtera dan salam Muafakat Johor. Syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya, saya
diberikan kekuatan untuk menerbitkan sebuah buku ‘STANDARD DOKUMEN’ iaitu sebuah buku “PANDUAN GURU DAN
STAF” dan dokumen yang sangat berinformasi bagi Tahun 2019.

Semoga dengan adanya “Buku Standard Dokumen dan Panduan Guru dan Staf” ini, dapat memberikan manfaat
kepada pihak pengurusan sekolah, Ketua Sektor, Ketua Unit , Ketua Panitia, staf khususnya dan warga SKTMI2 amnya.
Adalah diharapkan Buku Standard Dokumen dan Panduan Guru dan Staf ini, boleh dijadikan panduan dan landasan
dalam menguruskan dan melaksanakan pentadbiran sekolah dengan lebih yakin dan cemerlang pada tahun 2018 ini.
Namun demikian, mungkin terdapat sedikit kekurangan yang perlu ditambahbaik oleh mana-mana pihak dan pengurusan
kerana ianya adalah merupakan perancangan permulaan. Mungkin ada banyak lagi perkara dan maklumat yang perlu di
tambah dan diperbaiki mengikut keadaan, perancangan, program dan aktiviti semasa yang akan dijalankan nanti.

Adalah diharapkan semua sektor dan panitia dan jawatankuasa yang dibentuk dapat merancang dan seterusnya
melaksanakan program-program yang dirancang dengan lebih baik dan berkesan bagi menepati visi, misi dan objektif
sekolah. Seterusnya dapat menepati objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Gelombang Ke Dua 2016-2020)
bagi tahun yang ketiga.

Saya juga mengharapkan agar setiap guru di sekolah ini dapat menghayati sepenuhnya Buku Panduan
Pengurusan Guru dan Staf ini agar segala perancangan yang dilbuat berjalan dengan baik dan lancar sebagaimana
perancangan seterusnys menjurus Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21. Saya juga berharap dan berdoa agar
semua guru, AKP dan warga sekolah dapat menggunakan sepenuhnya buku ini sebagai panduan dalam merancang dan
mentadbirkan sektor dan unit masing-masing.

Sekian, terima kasih.
“SEHATI SEJIWA”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,
…………………………….
( SITI ROHA BINTI ABD KARIM )

GPK Pentadbiran
SK. Tengku Mahmood Iskandar (2),

Pontian, Johor.

“Guru Berkesan Murid Cemerlang Sekolah Gemilang”

3. SAMA KONGSI NILAI
Amanat dan Akujanji PK HEM

KATA ALUAN PENOLONG KANAN HEM

Assalamualaikum wrth.wb. Salam Sejahtera dan salam Muafakat Johor. Syukur Alhamdulillah, dengan keizinan dan limpah
kurniaNya jua, Buku Pengurusan Sekolah dan Panduan Staf 2019 telah dapat disempurnakan untuk rujukan dan panduan
kita bersama. Ucapan setinggi-tinggi penghargaandan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat khasnya
kepada semua Guru PenolongKanan, guru-guru serta staf sokongan sekolah yang turut membantu menyediakan buku
panduan ini.Sesungguhnya dengan dedikasi, komitmen dan keikhlasan anda semua, buku ini telah dapatdisediakan
dengan sebaik mingkin.

Mudah-mudahan dengan adanya Buku Panduan Pengurusan Sekolah dan Panduan Staf 2018 ini, moga-moga
guru dan warga 1skandarian dapat melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab
dan dapat berganding bahu sesama rakan sejawat bagi merealisasikan objektif,matlamat, misi dan visi sekolah. Begitu
juga kepada pihak-pihak yang berkepentingan stake holder sekolah sama ada secara individu mahu pun agensi atau
badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta PIBG, buku panduan ini dapat menjadi rujukan dan dapatan maklumat
berkaitan sekolah ini.

Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada warga sekolah ini.. Insha-Allah dengan
tekad yang jitu, iltizam yang tinggi dan kerjasama serta keikhlasan dapat diterjemahkan kepada semua murid, sekolah ini
akan dapat mencapai visi dan misi melahirkan modal insan yang cemerlang dan SKTMI2 dapat mencapai kecemerlangan
secara holistik pada tahun 2018 .

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,
…………………………….
( JAMILAH BINTI MOHD SALLEH )

GPK Hal Ehwal Murid
SK. Tengku Mahmood Iskandar (2),

Pontian, Johor.

4. SAMA KONGSI NILAI
Amanat dan Akujanji GPK Kokurikulum

KATA ALUAN GURU KANAN KOKURIKULUM

Assalamualaikuam w.b.t

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan warganegara yang berdaya juang, bersemangat tinggi
serta mewujudkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sahsiah dan Akhlak .Kewujudan Gerak
Kerja Kokurikulum (GERKO) di sekolah diharap dapat menjadikan pelajar lebih cemerlang, gemilang dan terbilang dalam
pelbagai bidang.

GERKO adalah satu elemen yang sama pentingnya selain akademik. Aktiviti yang dijalankan bertujuan membimbing,
mengukuh dan mengembangkan nilai murni dan bakat kepimpinan pelajar apabila mengikuti aktiviti yang dijalankan
sebagai persediaan bekalan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Sek.Keb.Tengku Mahmood Iskandar 2 sentiasa memberi galakan kepada murid-murid dan menyokong usaha yang
dijalankan bagi menjayakan GERKO di sekolah. Aktiviti GERKO untuk tahun 2018 ini diharap dapat dijalankan dengan
jayanya dan mencapai tahap yang terbaik dari segi penglibatan keseluruhan murid dan kejayaan yang akan dicapai dan
menjadi pemangkin kepada pertumbuhan jasmani, emosi, rohani, ilmu pengetahuan, sahsiah dan akhlak. Insha Allah.

Sekian terima kasih

”SEHATI SEJIWA”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah

……………..............……...........

( AZLEE BIN ABD AZIZ )

GPK Kokurikulum
SK. Tengku Mahmood Iskandar (2),

Pontian, Johor.



VISI , MISI DAN MATLAMAT

Visi Sekolah

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi Sekolah

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Matlamat Sekolah

Memberi peluang secukupnya
kepada setiap murid mendapat dan membina kemahiran
serta pengetahuan dengan perhatian kepada perkembangan

yang menyeluruh dan seimbang
melalui pengalaman secara langsung
yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)
sesuai dengan kehendak mereka, masyarakat dan negara.

Objektif Sekolah

1. Semua murid dapat menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul
selewat-lewatnyanpada akhir Tahun 3.

2. Sekurang-kurangnya 100% murid melepasi tahap minimum dalam PPSR/PBS.

3. Semua murid tahap 2 terlibat dalam kegiatan kokurikulum dan mengembagkan bakat
mereka mengikut potensi masing-masing.

4. Menjadikan semua murid berdisiplin, berakhlak mulia dan beramal soleh serta
mengamalkan nilai-nilai murni.

5. Mengadakan kemudahan asas yang mencukupi dan selesa untuk aktiviti pembelajaran
yang kondusif.

6. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sentasa bersih, ceria dan selamat.

7. Mewujudkan hubungan kerjasama yang akrab dengan PIBG dan komuniti.

TONGGAK DUA BELAS :

a. Ketekunan Membawa Kejayaan.
b. Kemuliaan Kesederhanaan.
c. Ketinggian Peribadi .
d. Kekuatan Sifat Balk Hati.
e. Kewajipan Menjalankan Tugas.
f. Kebijaksanaan Berkhidmat
g. Keutamaan Kesabaran.
h. Peningkatan Bakat.
i. Pengaruh Teladan
j. Keseronokan Bekerja
k. Nikmat Mencipta.
l. Menghargai Masa

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

1. MELAKSANAKAN DASAR PENDIDIKAN MELALUI FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARA.

2. MENYEDIAKAN PRASARANA PENDIDIKAN YANG CUKUP SUPAYA
SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENJADI LEBIH KONDUSIF.

3. MEMASTIKAN SETIAP PELAJAR MENCAPAI TAHAP PENDIDIKAN MINIMUM
SECARA ADIL DAN SAKSAMA.

4. MELAHIRKAN INDIVIDU YANG BERPENGETAHUAN, MEMPUNYAI
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DAN BERUPAYA BERSAING DI
PERINGKAT GLOBAL.

5. MEMASTIKAN PDPC DILAKANAKA OLEH GURU-GURU DENGAN PENUH
TANGGUNG JAWAB DAN BERKESAN.

6. MEWUJUDKAN WARGANEGARA YANG CERGAS, CERDAS DAN BERSATU
PADU MELALUI PROGRAM KOKURIKULUM.

7. MEWUJUDKAN BUDAYA SEKOLAH KE ARAH PERPADUAN, MASYARAKAT
BERDISIPLIN, BERDIKARI, PENYAYANG, HARMONIS DAN PATRIOTIK.

8. MEMBERI PERKHIDMATA YANG CEKAP, SISTEMATIK, KEMASKINI DAN
MESRA.

9. MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG BERSIH, CERIA UNTUK MEMBINA
SUASANA YANG SIHAT.

TERAS PERKHIDMATAN

• Berazam meninggikan perkhidmatan
• Bekerja dengan penuh tanggungjawab
• Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
• Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan.
• Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan

pembangunan Negara
• Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan

musuh-musuh Negara
• Berpegang teguh kepada agama

WAWASAN PENDIDIKAN

• Perpaduan
• Stail Pengurusan Dan Kepimpinan

• Perkhidmatan Penyayang
• Pengupayaan (empowerment)
• Sistem Pengesanan Yang Efektif

• Budaya Ilmu
• Sekolah Penyayang
• Budaya Kecemerlangan

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 1949 dengan nama Government English School Pontian,
bertempat di bangunan Markas Ibu Pejabat J. V. F. Pontian, kurniaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan
Johor ketika itu. Sekolah ini dibina hasil usaha penduduk tempatan yang berpengaruh seperti
Allahyarham Dato’ Abd. Rahman bin Musa, Allahyarham Tuan Hj Abu Bakar bin Hassan dan
Allahyarham Tuan Hj Ismail bin Ali.

Pada tahun 1957, sekolah ini telah dibahagi kepada 2 jenis iaitu Government English School
Pontian untuk sekolah menengah, manakala Sekolah Jenis Umum Sultan Ibrahim, sebagai sekolah
rendah.

Mulai tahun 1961, Sekolah Jenis Umum Sultan Ibrahim ditukar kepada Sekolah Rendah
Tengku Mahmood Iskandar, setelah mendapat perkenan Tengku Mahkota Johor ( Almarhum Sultan
Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail ). Sekolah ini berjalan pada sebelah petang. Manakala
pada tahun 1961 pula, Government English School Pontian yang mengandungi Darjah-darjah
Menengah Melayu(1958), Sekolah Pelajaran Lanjutan, dan Government Secondary School. Dalam
tahun 1965 Sekolah Menengah Aliran Melayu berpindah ke Jalan Parit Masjid, dikenali dengan
nama Sekolah Dato’ Penggawa Barat. Bagi aliran Inggeris pula berpindah ke bangunan sendiri, di
Pontian Besar, dengan nama Sekolah Sri Perhentian.

Pada tahun 1965 bilangan murid sekolah ini telah mencapai kepada 1432 orang. Bilangan
yang agak ramai ini telah merumitkan lagi pengurusan pentadbiran. Bersesuaian Report of the
Education Review Committee 1960 (Penyata Abdul Rahman Talib), Kementerian Pelajaran pada
tahun 1966 bersetuju untuk mengatasi masalah ini. Akhirnya sekolah ini telah dibahagikan kepada
dua iaitu SRK. Tengku Mahood Iskandar 1 dan SRK. Tengku Mahmood Iskandar 2, namun masih
menggunakan bangunan yang sama pada sesi sebelah pagi dan sebelah petang di mana, sesi pagi
dan petang ini dibuat secara bergilir setiap tahun.

Bagi mewujudkan sekolah rendah satu sesi sahaja, pada tahun 1994 pihak Kementerian
Pendidikan telah membina dua blok 4 tingkat bangunan baru bersebelahan STMI1 di atas tapak
tanah sekolah sedia ada bagi menempatkan murid-murid STMI2. Pada 1 Ogos 1995 Sek. Keb.
Tengku Mahmood 2 telah menggunakan bangunannya sendiri di Jalan Abas dan pada 4 April 1996
sekolah ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak, yang
merupakan Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu.

SENARAI NAMA PENGURUS SKTMI2

BIL NAMA PENGURUS TAHUN BERKHIDMAT

1 Encik V. Krisnan 1949 - 1963

2 Encik Murice lucas 1954 - 1956

3 Puan Rose Lucas 1957 - 1960

4 Puan K.P. Menon 1960 - 1965

5 Encik Ng Kim Siong 1966 - 1969

6 Encik Lee Weng Kee 1970 - 1985

7 Tuan Haji Abdul Aziz bin Othman 1986 - 1987

8 Tuan Haji Mohd Safian bin Mohd Yunos 1987 - 1994

9 Tuan Haji Mohd Ralip bin Haron 1994 - 2000

10 Encik Ahmad bin Majid 2000 - 2001

11 Tuan Haji Ahmad Fauzi bin Hisham 2001 - 2002

12 Encik Mohd Yusof bin Md Yunos 2002 - 2010

13 Puan Hajjah Shafila binti Jumaat 2011 - 2014

14 Tuan Haji Elias bin Dasuki 2014 - 2016

15 Encik Abdul Rahim bin Hj Mohd Hussain 2016 - hingga kini

LENCANA SEKOLAH

Ciptaan : Tuan Hj. Abdul Hak bin Hj. Sulaiman (Cg. Hak)
Motto : “ Belajar dan Berbakti ”

Lambang / Warna Maksud

Warna hijau tua dan Melambangkan gandingan dan perpaduan pelajar yang

hijau muda berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan

Bumiputera Asli

Ikan Mewakili pekerjaan utama di Pontian iaitu nelayan

Nanas Menunjukkan daerah Pontian merupakan kawasan
tanaman nanas yang utama di Malaysia

Obor Melambangkan ilmu pengetahuan amat penting bagi
menerangi kehidupan di masa hadapan

Buku Melambangkan bahawa ilmu pengetahuan boleh
diperolehi jika banyak membaca dan belajar

LAGU SEKOLAH

Tengku Mahmood Iskandar 2
Sekolahku yang tercinta

Muridnya berbilang bangsa
Tekun tabah jujur dan setia

Itulah panduan bersama
Belajar dan berbakti selalu sematkan

Di hati majulah…. Oh, jayalah
Tengku Mahmood Ikandar 2

Kami selalu bersedia
Menempuh segala rintangan

Sepakat mencapai cita
Itulah panduan bersama belajar
Dan Berbakti selalu sematkan
Di hati, majulah…..oh, jayalah

Tengku Mahmood Iskandar 2

Lagu : R.K.Joseph

Lirik : Kamariah Ahmad

Ikrar Perkhidmatan Awam

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa
semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan
mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:

● Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
● Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
● Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
● Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
● Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
● Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan
● Berpegang teguh kepada ajaran agama.

Kami, rakyat Malaysia yang merdeka dan berwawasan, dengan tulus dan suci hati berikrar,
memantap dan memperkukuhkan maruah dan integriti kami, keluarga dan masyarakat,
agama, bangsa dan negara kami. Ke arah itu, kami berikrar :

● Mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang;
● Mematuhi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;
● Mempertingkatkan integriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika;
● Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk mencegah sebarang

perlakuan jenayah, salah laku dan perbuatan tidak berintegriti;
● Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang

menggugat integriti masyarakat dan negara; dan
● Membudayakan integriti sebagai amalan hidup harian secara individu dan

berpasukan.

Ikrar Intergriti

Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan

memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk
rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut:

Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan kepada amalan rasuah;
Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan

etika jabatan;
Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang

perlakuan jenayah rasuah;
Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai

awam; dan
Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang

berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam

Kod Etika Perguruan Malaysia

Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat
demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan.

Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru
berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang
baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah.

Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih
tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan
dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang
penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan
di Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika perguruan adalah satu set
tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.

Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :-
1) Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan
menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

Pernyataan diatas telah membawa maksud bahawa setiap tindak tanduk dan sikap guru lakukan mendapat perhatian
masyarakat sekeliling terutama pelajar dan ibu bapa. Adalah amat penting bagi seorang guru agar menjaga perlakuan agar tidak
menccemarkan kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru
yang membawa tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dan berakhlak mulia. Jika guru gagal, seluruh
masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam membantu ibu bapa mendidik anak-anak mereka.

2) Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan
kehilangan amanah berhubung dengan kewangan : Etika ini adalah melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila
memegang sesuatu amanah terutamanya yang melibatkan kewangan. Seorang guru selain daripada mengajar dan mendidik, ada kalanya
guru juga akan melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan sebagainya. Dalam memegang amanah melibatkan wang, guru mestilah
bersikap jujur, berhati-hati dan tidak lalai. Ini adalah kerana kesilapan yang kecil akibat kecuaian juga boleh membuang kepercayaan
pelajar dan ibu bapa berhubung kewangan terhadap guru tersebut. Sukar bagi mereka untuk mengamanahkan anak mereka kepada
seorang guru yang tidak jujur dan lalai.
3) Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur : Ini bermakna ketika guru sedang
melakukan tugas dan bergaul dengan pelajar, guru hendaklah berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan niat untuk mendapat
ganjaran, nama mahupun populariti dikalangan pelajar. Jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak pernah sekali cuba
untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan peribadinya.

4) Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain
seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti
oleh guru ataupun kehendak persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu guru dahulukan. Ini
adalah kerana sudah menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika
disekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat memberi
perhatian sepenuhnya kepada pelajar.

5) Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap muridnya tak mengira bangsa, agama
dan kepercayaannya.
Guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama mengikut keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman
seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam, maka Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja
kerana berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain yang dirasakan lebih pandai
berbanding pelajar Melayu. Sikap yang ditonjolkan ini boleh menimbulkan konflik dan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar-
pelajar bangsa Cina dan India.

6) Guru haruslah bertugas sebagai ’pengganti ibu bapa’ dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat
yang diterima oleh masyarakat : sebaik sahaja pelajar melangkah kaki ke sekolah, guru adalah merupakan orang paling tua dan
orang yang paling diharapkan untuk menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar kerana pada waktu persekolahan, ibu bapa sebenar
keluar bekerja dan tidak dapat menumpukan perhatian pada anak mereka. Seorang guru yang baik adalah seorang yang melayan
pelajarnya seperti anak sendiri agar pelajar tidak merasa tersisih dan dapat menikmati kasih sayang yang mungkin tidak diperolehi
ketika di rumah.

7) Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit,
jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain : guru mesti melayan dan
menyempurnakan tugasnya sama rata. Dalam mengajar juga, ilmu pengetahuan dicurahkan sama rata tanpa mengira status pelajar
dihadapannya. Semua pelajar memerlukan ilmu pengetahuan yang sama sama ada dari mana dan siapa pelajar tersebut kerana mereka
datang ke sekolah dengan tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu.

8) Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka
memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain : semasa mengajar guru harus peka
bahawa pelajar adalah individu yang berbeza antara satu sama lain dari segi pembelajaran dan pemahamannya. Guru harus peka dan
sentiasa prihatin dengan setiap pelajar agar tiada yang tertinggal dalam membantu mereka menonjolkan potensinya.
9) Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada
orang atau agensi yang tidak berkenaan : guru sebagai seorang pemegang amanah dan seorang yang boleh dipercayai selepas ibu
bapa bagi pelajar itu. Maka apa sahaja maklumat mengenai pelajar tidak boleh didedahkan sama sekali terutama jika maklumat itu
boleh memalukan dan mengaibkan pelajarnya.

10) Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara : guru tidak
boleh bersikap tidak mempedulikan pelajarnya dan seterusnya tidak mementingkan kehendak masyarakat dan mencapai matlamat
negara.

11) Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi
warganegara yang taat dan berguna : melengkapkan pelajar dengan membimbing mereka ke arah dan tujuan yang baik sekaligus
dapat melahirkan warganegara yang baik dan sedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

12) Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa
terhadapnya : guru harus menjaga dan menyusun katanya dengan baik agar apa sahaja perkataan yang keluar dari guru tidak disalah
erti dan menimbulkan rasa curiga kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa. Ini boleh menjatuhkan maruah dan merendahkan martabat
guru itu sendiri.

13) Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya : guru
sentiasa harus menunjukkan tingkah laku yang baik dan bernilai murni agar dapat memberi contoh atau model yang baik kepada
pelajarnya. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik guru dan professionnya.

14) Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang
dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan : tuisyen atau kelas tambahan persendirian
yang mahu guru lakukan adalah mesti bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi dan mengatasi kelemahannya bukan
untuk guru menambah pendapatan luar waktu sekolah. Apa sahaja pendapatan yang diperolehi daripada pengajaran adalah dilarang. Ini
adalah bagi menjaga kredibiliti seorang guru yang berpekerti mulia.

15) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian : menerima bayaran untuk
kelas tambahan adalah dilarang, apatah lagi mengiklankan dirinya untuk apa-apa kelas tuisyen anjurannya. Dengan erti kata lain guru
dilarang meletakkan namanya dalam apa-apa iklan berkaitan agar guru tidak menimbulkan syak wasangka masyarakat sekeliling.

16) Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya : sudah tertakluk
dalam perlembagaan negara bahawa rakyatnya adalah bebas menganut mana-mana agama. Oleh sebab itu guru tidak harus memaksa
mahupun mempengaruhi pelajarnya agar mempercayai apa yang guru percaya. Guru harus berada di pihak yang neutral agar beri
peluang pelajar agar mereka menilai dan memilih kepercayaan sendiri apakah yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Guru hanya boleh
memberi panduan selebihnya murid perlu membuat keputusan sendiri.

17) Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas
profesionalnya : setiap tugas dan tanggungjawab yang dijalankan hendaklah ikhlas tanpa mengharapkan atau meminta balasan
daripada ibu bapa mahupun masyarakat.

18) Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain : ini bermaksud bahawa dalam pergaulan juga guru harus menjaga
nama baik sesama rakan setugas agar nama baik dan maruah guru tidak tercalar di kalangan pelajar.

19) Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau
untuk mendapat pekerjaan : guru sentiasa mengemaskini kecekapan dan cara bekerja agar dapat peluang yang sama unutk
meningkatkan diri dan taraf pekerjaannya. Menggunakan kemahiran untuk naik pangkat bukan dengan cara mengampu pentadbir
sekolah.

20) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu
pangkat dalam profesion perguruan : tugas guru yang utama adalah mengajar dan mendidik pelajar. Guru harus mengutamakan
pelajar berbanding dirinya. Adalah dilarang sama sekali guru melampaui pelajarnya dengan berlumba-lumba menempa nama.
Seharusnya guru membantu menaikkan nama pelajar bukan untuk kebaikan dirinya.

IKRAR MURID SK TENGKU MAHMOOD ISKANDAR 2

Kami murid-murid SKTMI2, dengan penuh keikhlasan dan kesedaran berikrar dengan
sesungguhnya bahawa kami:

Akan belajar bersungguh
Akan meningkatkan prestasi sekolah
Sentiasa bersopan dan berbudi Bahasa
Sentiasa bertatasusila dan berdisiplin
Memelihara maruah diri dan keluarga
Menjaga nama baik guru dan sekolah

Aktif dalam kegiatan sekolah
Menghormati ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan

Menghormati peraturan sekolah dan Negara
Sesungguhnya inilah ikrar kami selama kami belajar di sekolah ini.

KALAU GURU................... MANUSIA ADALAH SEPERTI...................

Kalau guru menunggu diarah, ● Kebanyakan manusia adalah seperti kereta
Semua kerja kena kerah tolak – tidak bergerak kecuali ditolak.

Kalau guru kurang mengajar ● Sesetengah seperti sampan yang terpaksa
Dapatlah murid yang kurang ajar menggunakan pengayuh untuk
menggerakkannya.
Kalau guru tidak bersedia
Di dalam kelas banyak bercerita ● Ada pula yang seperti layang-layang – jika
Kalau guru kurang merancang talinya dilepaskan, ia akan terbang hilang
Di dalam kelas banyak temberang entah ke mana.

Kalau guru kenal pelajar ● Tidak kurang ada yang seperti kucing – cepat
Di luar sekolah dia tidak liar merasa puas apabila dipupuk.
Kalau guru suka berdamping
Semua murid dapat di bimbing ● Sesetengah pula seperti bola – tidak siapa
Kalau guru sentiasa sibuk tahu ke arah mana ia akan melantun.

Kelasnya jadi hiruk pikuk ● Seperti belon pun banyak – penuh dengan
Kalau guru malas membaca angin dan sedia untuk melepaskannya pada
Ilmu diajar tak tahu punca bila-bila masa.

Kalau guru selalu marah ● Yang sedihnya ada yang seperti trailer –
Pelajar keluar tak tentu arah bergerak hanya apabila ditarik.
Kalau guru tak galak mencuba
Pelajar sekadar asyik menerima ● Ada yang seperti lampu – tidak henti-henti
Kalau guru ada kepakaran dipasang dan dipadamkan oleh orang lain.
Tunjuk ajar ketua tak jadi kesan
Kalau guru ada kepandaian ● Dan yang paling banyak ialah selalu
Bantulah dia dengan kemudahan mengharapkan nasib menyebelahi mereka
Kalau guru banyak tak tahu tanpa melakukan sebarang usaha.
Bimbinglah dia agar berilmu………

PROFIL SEKOLAH

NAMA SEKOLAH SK TENGKU MAHMOOD ISKANDAR 2
KOD SEKOLAH JBB6019
ALAMAT JLN ABAS, 82000 PONTIAN
NO TEL/FAX 607-6871475
EMAIL [email protected]
GRED SEKOLAH GRED B
SESI PERSEKOLAHAN PAGI
NAMA GURU BESAR EN. ABDUL RAHIM BIN MOHD HUSSAIN
NAMA GPK PENTADBIRAN PN. SITI ROHA BINTI ABD KARIM
NAMA GPK HEM PN. JAMILAH BINTI MOHD SALLEH
NAMA GPK KOKURIKULUM EN. AZLEE BIN ABD AZIZ
BLOK BANGUNAN 6 BLOK
KELUASAN SEKOLAH 3 HEKTAR
JUMLAH MURID ALIRAN PERDANA 217
JUMLAH MURID PRASEKOLAH 21
JUMLAH KESELURUHAN MURID 238
JUMNLAH GURU 24
STAF AKP 3
PEMBANTU PEMBERSIHAN 3
PENGAWAL KESELAMATAN 4

INFO JOHOR NO.TELEFON

TELEDERA / NUR KASIH 15999
MD. PONTIAN 07-6871 442
IPD PONTIAN 07-6869 999
HOSPITAL PONTIAN 07-6873 333
BOMBA PONTIAN 07-6874 444
AMBULANS 999
JPAM 999
BOMBA & PENYELAMAT 999
TNB 15454
TELEKOM 07-2282 020
SAJ HOLDING 1-800-88-7474
SPRM 07-2241 982
KPDNHEP 07-2272 828
BORO PENGADUAN AWAM 07-2234 960
BIRO BANTUAN GUAMAN 07-2234 960
JAB. KEBAJIKAN 07-2282 971
MASYARAKAT
JABATAN AGAMA JOHOR 07-2282 900
KWSP 07-9317 267

3 OBJEKTIF PPPM (2013-2025)

1. Memahami prestasi dan cabaran semasasistem pendidikanMalaysia berfokuskan
penambahbaikan akses kepada pendidikan,meningkatkan standard (kualiti),
merapatkan jurang pencapaian (ekuiti),menggalakkan perpaduan dalam kalangan
murid serta memaksimumkankeberkesanan sistem.

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk system pendidikan dan setiap
murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehinggatahun 2025.

3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruhuntuk sistem
pendidikan, termasuk perubahan utamadalam Kementerian Pelajaran Malaysia,
yang membolehkansistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan
yangmeningkatserta menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) ini merupakan pembaharuan yang bakal dilakukan
kepada sistem pendidikan negara yang mana tempoh pelaksanaanya adalah dari tahun depan
sehingga tahun 2025.
Sebelum ini, iaitu sekitar 2006 sehingga 2010 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan digunapakai
dan sejajar dengan kemajuan serta trend negara yang semakin berubah memerlukan satu
pembaharuan dimana ia dirangka didalam satu pelan baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan (
PPP ).

ASPEK DALAM PELAN PEMBANGUAN PENDIDIKAN ( PPP )

Secara umum, terdapat 9 perkara iaitu :

1. Memartabatkan profesion perguruan.
Meningkatkan kualiti guru
● Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang
● Kualiti dalam latihan perkhidmatan
● Menambah bilangan guru dengan tetapan 1 guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1 guru 16 orang

pelajar.

2. Meningkatkan kepimpinan sekolah.
● Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan

meningkatkan prestasi sekolah.
● Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan.

3. Meningkatkan kualiti sekolah.
● Meningkatkan kemudahan ICT disekolah
● Kemudahan Internet dan jalur lebar

4. Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.
● Membina kurikulum yang memnuhi piawaian antarabangsa
● Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.

5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
● Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga

6. Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.
● Hubungan yang lebih baik dan peglibatan diluar lingkup sekolah

7. Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
● Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam pekerjaan
● Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan kebolehan

komunikasi berkesan.

8. Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber.
● Mengurus sumber dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan Negara

9. Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.
● Kualiti dan susun urus tadbir kementerian ditingkatkan
● Kecekapan pegawai disetiap peringkat pengurusan dipertingkatkan.

‘Tingkah laku yang sopan dan hormat terhadap orang lain adalah dua sifat utama
seorang yang bijaksana’ – Disraeli



PELAN KECEMASAN SK TENGKU MAHMOOD ISKANDAR 2

GATE 1

PK DEWAN P
BERBUMBUNG A
PONDOK K
E
R P
A BLOK B
K
E
R

TEMPAT BERKUMPUL

ASTAKA

PRA TAPAK MAKMAL P
SEKOLAH PERMAINAN KOMPUTER A
K
GATE 2 BLOK C E BLOK
RA
PONDOK
PK
K

KANTIN

INFRASTRUKTUR SEKOLAH 2018 JUMLAH

BIL BUTIRAN 10 kelas
1. BILANGAN BILIK DARJAH 0 kelas
0 kelas
1.1 Kelas Normal 1 kelas
1.2 Kelas Pend. Khas 1 kelas
1.3 Kelas PRA Pend. Khas 1 kelas
1.4 Kelas Pemulihan 13 kelas
1.5 Bilik j-Qaf
1.6 Kelas PRA Sekolah Normal 1
1
Jumlah 1
1
BILIK-BILIK KHAS 1
1
2. 2.1. Makmal Komputer 1
1
2.2. Bilik Guru 1
2.3.Perpustakaan 1
2.4. Makmal Sains 1
2.5. Bilik Pusat Sumber 1
2.6. Bilik Muzik 4
2.7. Bilik Bimbingan & Kaunseling 1
2.8. Bilik SPBT 1
2.9. Makmal KH 1
2.10. Bilik Mesyuarat 1
2.11. Bilik Solat 1
2.12. Makmal Komputer 1
2.13. Setor Barang (Bawah tangga 3 + Bilik Stor 3) 1
2.14. Bilik Tayang 1
2.15. Dewan Sekolah 0
2.16. Pejabat Guru Besar 1
2.17. Pejabat Pentadbiran AM 1
2.18. Pejabat GPK Pentadbiran 1
2.19. Pejabat GPK HEM 1
2.20. Pejabat GPK KOKO 1
2.21. Pejabat GPK P. Khas
2.22. Kedai Buku 28
2.23. Bilik Kesihatan
2.24. Bilik Pendidikan seni
2.25. Bilik J-QAF
2.26. Bilik Peperiksaan

Jumlah

PENGGAL PERSEKOLAHAN 2019
(BAGI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM)

HARI KELEPASAN AM NEGERI JOHOR
2019

BIL. HARI KELEPASAN AM HARI TARIKH

1 Hari Thaipusam Isnin 21 Jan 2019
Selasa 05 Feb 2019
2 Tahun Baru Cina Rabu 06 Feb 2019

3 Hari Keputeraan DYMM Sultan Sabtu 23 Mac 2019
Johor
Rabu 01 Mei 2019
4 Hari Pekerja Isnin 06 Mei 2019
Ahad 19 Mei 2019
5 Awal Ramadan Rabu 05 Jun 2019
Khamis 06 Jun 2019
6 Hari Wesak Ahad 11 Ogos 2019
Sabtu 31 Ogos 2019
7 Hari Raya Puasa Ahad 01 Sept 2019

8 Hari Raya Haji (1440H) Isnin 09 Sept 2019

9 Hari Kebangsaan Isnin 16 Sept 2019

10 Awal Muharam Sabtu 05 Oktober 2019

11 Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Ahad 27 Okt 2019
Agong Sabtu 09 Nov 2019
Rabu 25 Dis 2019
12 Hari Malaysia

13 Hari Hol Almarhum Sultan
Iskandar

14 Hari Deepavali

15 Maulidur Rasul S.A.W.

16 Hari Krismas

*Tertakluk kepada perubahan

PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN
2019

PENGGAL CUTI DAN HARI MULA AKHIR BIL. BIL.
PERSEKOLAHAN MINGGU HARI

Hari Persekolahan 01.01.2019 21.03.2018 12 58

1 Cuti Pertengahan 22.03.2019 30.03.2019 9
Penggal 1 40

Hari Persekolahan 31.03.2019 23.05.2019 8

CUTI PERTENGAHAN 24.05.2019 08.06.2019 16
TAHUN

Hari Persekolahan 09.06.2019 08.08.2019 9 45

2 Cuti Pertengahan 09.08.2019 17.08.2019 9
Penggal 2 70

Hari Persekolahan 18.08.2019 21.11.2019 14

CUTI AKHIR TAHUN 22.11.2019 31.12.2019 40

JUMLAH 43 213
213
JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN TERMASUK
CUTI AM 74

JUMLAH HARI CUTI PENGGAL

TAKWIM SEKOLAH 2019

TARIKH MINGGU AKTIVITI

01.01.2019 – 03.01.2019  Minggu pertama persekolahan
06.01.2019 – 10.01.2019 1  Budaya Penyayang / Program
13.01.2019 – 17.01.2019
Transisi Murid Tahun 1
20.01.2019 – 24.01.2019
2  Mesyuarat Panitia MP Bil 1/ 2019
27.01.2019 – 31.01.2019
03.02. 2019 – 07.02.2019 3  Perhimpunan Koku (TKRS)
10.02. 2019 – 14.02.2019  Program Jom Ke Sekolah 2019
17.02. 2019 – 21.02.2019
24.02. 2019 – 28.02.2019  Majlis Tauliah Pengawas/ Pengawas
4 PSS/ Ketua Kelas
03.03. 2019 – 07.03.2019
 Thaipusam
10.03. 2019 – 14.03.2019
17.03. 2019 – 21.03.2019  Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil
22.03.2019 – 30.03.2019 5 2/209

 Mesyuarat JK Kewangan Bil 1/2019

6  Tahun Baru Cina

 Perhimpunan Koku (Pengakap)
7  16hb - LDP 1/2019 (Pengurusan

Panitia / Pelan Strategik)
8  23hb - Mesyuarat Agung PIBG

9  Latihan Kawad Kebakaran 1
 02hb - Mesyuarat Agung PIBG

 Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil
10 3/2019

 Ujian SEGAK

11  Perhimpunan Koku (PPIM)
 Kempen Cegah Aedes & Anti Dadah

12  Pentaksiran 1/2019 (PBS-PBD)

Cuti Pertengahan Penggal Pertama

TARIKH MINGGU AKTIVITI

31.03. 2019 – 04.04.2019  Pelancaran Bulan Membaca
13  Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil

4/2019 (Kurikulum/HEM/Koku)

07.04. 2019 – 11.04.2019 14  Mesyuarat Panitia Bil. 2/2019

14.04. 2019 – 18.04.2019 15  Perhimpunan Koku 4/2019 (Pandu
Puteri)

21.04. 2019 – 25.04.2019 16  27hb LDP 2/2019 (PAK21 /PBS -
PBD)

 01hb Hari Pekerja

28.04. 2019 – 02.05.2019 17  Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil
4/2019

 Mesyuarat JK Kewangan Bil 2/2019

05.05. 2019 – 09.05.2019 18  06 Mei Awal Ramadhan

12.05. 2019 – 16.05.2019 19  Perhimpunan Koku 5/2019 (TKRS)
 16hb Hari Guru

19.05. 2019 – 23.05.2019  19hb Hari Wesak
20  Ihya’ Ramadan

 Pentaksiran Pertengahan Tahun

24.5.2019 – 08.06.2019 Cuti Pertengahan Tahun
 05hb-06hb Hari Raya Aidilfitri

 Perhimpunan Koku 6/2019
(Pengakap)
09.06. 2019 – 13.06.2019 21  Sambutan Aidilfitri Peringkat

Sekolah 2019

16.06. 2019 – 20.06.2019 22  Mesyuarat Panitia Bil. 3/2019
 Hari Terbuka Sekolah

23.06. 2019 – 27.06.2019 23  27hb LDP 3/2019 (SPSK Sistem
Fail Panitia)

TARIKH MINGGU AKTIVITI

 Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil
7/2019
30.06. 2019 – 04.07.2019 24  Mesyuarat Khas Kurikulum &
07.07. 2019 – 11.07.2019
Guru Tahun 6 Kali 1/2019

25

14.07. 2019 – 18.07.2019 26  Perhimpunan Koku 7/2019 (PPIM)

21.07. 2019 – 25.07.2019 27

28.07. 2019– 01.08.2019  Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil
28 8/2019

 Mesyuarat JK Kewangan Bil 3/2019

04.08. 2019 – 08.08.2019 29  Bulan Kemerdekaan
 Ujian SEGAK

09.8.2019 – 17.08.2019 Cuti Pertengahan Penggal Kedua
 11hb Hari Raya Aidiladha

18.08. 2019 – 22.08.2019  Pentaksiran 2/2019 (PBS-PBD)
 Pentaksiran Sumatif UPSR 2019
30  24hb LDP 4/2019 (Penandaan

Berpusat Skrip Pentaksiran
Sumatif UPSR & Analisis Item)

25.08. 2019 – 29.08.2019 31  31hb HARI KEBANGSAAN

 Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil
8/2019
01.09. 2019 – 05.09.2019 32  Mesyuarat Khas Kurikulum &

Guru Tahun 6 Kali 2/2019

08.09. 2019 – 12.09.2019 33  09hb Hari Keputeraan DYMM
BPBYD Agong

15.09. 2019 – 19.09.2019  Perhimpunan Koku 8/2019 (Pandu
34 Puteri)

 UPSR 2019

TARIKH MINGGU AKTIVITI

22.09. 2019 – 26.09.2019 35  Pelancaran Program Tahun 6 Pasca
UPSR 2019

29.09. 2019 – 03.10.2019 36  Hari Sukan Negara

06.10. 2019– 10.10.2019 37  Hari Kanak-kanak
13.10. 2019 – 17.10.2019  Latihan Kawad Kebakaran 2

38

20.10. 2019 – 24.10.2019 39  Pentaksiran Sumatif Akhir Tahun

27.10. 2019 – 31.10.2019  Pengurusan & Penyelarasan Akhir
40 PBS-PBD 2019
03.11. 2019 – 07.11.2019
10.11. 2019 – 14.11.2019  Lawatan Tahun 6

41  Latihan Rumah Sukan & Sukantara
 Sukan Tahunan Sekolah 2019

42  Mesyuarat Panitia Bil. 4/2019

17.11. 2019 – 21.11.2019 43  Hari Anugerah Kecemerlangan
Akademik (HAKA) 2019

22.11.2019 CUTI AKHIR TAHUN 2019
hingga

31.12.2019

 Takwim adalah tertakluk kepada perubahan mengikut keperluan semasa yang akan diumumkan.

*** Sekadar Renungan warga SKTMI2 …..

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat
mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

****Renungkanlah…
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup ada

kekuasaan ilmu.

CARTA ORGANISASI 2019

PENGURUS
CG ABDUL RAHIM BIN MOHD HUSSAIN

PEMBANTU TADBIR UNIT HEM PIBG
PEMBANTU PENGURUSAN MURID CG JAMILAH BINTI MOHD SALLEH
LEMBAGA
PEMBANTU OPERASI BIMBINGAN DAN TATATERTIB
KAUNSELING
UNIT KURIKULUM UNIT KOKO
CG SITI ROHA BINTI ABD KARIM DISIPLIN / CG AZLEE ABD AZIZ
PENGAWAS
PENTADBIRAN 1 MURID 1 SUKAN
3K KESIHATAN
PANITIA KESELAMATAN UNIT BERUNIFORM
MATAPELAJARAN
KECERIAAN KELAB
PENILAIAN / DAN PERSATUAN
PEPERIKSAAN SPBT
PUSAT SUMBER SUKAN DAN
KANTIN PERMAINAN
SEKOLAH
BANTUAN DAN SEGAK
PDPC PAK 21 KEBAJIKAN PAJSK
I KEPS
PEMULIHAN PENDAFTARAN DAN HARI ANUGERAH
PERTUKARAN LAWATAN
PENYELARAS PPSR
RMT/PS1M
PENCERAPAN
PERHIMPUNAN

UNIT PRA
M.NOR FADZIL RAHMAD

AJK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PENGERUSI

CG ABDUL RAHIM BIN MOHD HUSSAIN (GB)

TIMBALAN PENGERUSI

CG SITI ROHA BINTI ABD KARIM (PK 1)

NAIB PENGERUSI

CG JAMILAH BINTI MOHD SALLEH (PK HEM)
CG AZLEE ABD AZIZ (PK KO)

SETIAUSAHA
CG YASMIN BINTI MOHD SALLEH

JADUAL WAKTU DATA SKPMG2

SPSK HRMIS/E OPERASI PBPPP
LNPT PEMERIKSAAN KERJA MURID STAFF
KEWANGAN ASET/ IVENTORI
LADAP/PLC PENCERAPAN PDP PENYELARAS BILIK2
PENYELARAS KELAS


Click to View FlipBook Version