The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ksanmuga1408, 2021-10-06 08:32:31

PERTANDINGAN DIGITAL FLIP SILANG BUDAYA

DIVASHINI A/P PONNUSAMY

PERTANDINGAN DIGITAL FLIP SILANG BUDAYA

NAMA : DIVASHINI A/P PONNUSAMY
KELAS : 5 KAMBAR

EMAIL DELIMA : m-11069924moe-dl.edu.my
NAMA SEKOLAH
ALAMAT SEKOLAH : SJK(T) MERSING
: SJK(T) MERSING,8680O

MERSING,JOHOR.

BIODATA SAYA

ISI KANDUNGAN

MAKSUD BUDAYA

PENGENALAN SILANG
BUDAYA

CIRI-CIRI BUDAYA

ELEMEN-ELEMEN SILANG
BUDAYA

KESIMPULAN

PENGHARGAAN

MAKSUD BUDAYA

-Istilah budaya berasal daripada bahasa Latin ‘colere’ yang bermaksud kehidupan manusia yang sentiasa memelihara
dan melakukan pelbagai tindakan (Suwardi Endraswara, 2006). Tindakan ini akhirnya menghasilkan budaya. Dalam
bahasa Inggeris pula, budaya dikenali sebagai ‘culture’. Budaya meliputi pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, nilai,
sikap, agama, waktu, peranan, hubungan yang diperolehi oleh sekelompok besar orang dari generasi ke generasi
melalui usaha individu dan kelompok. Budaya terdiri daripada budaya objektif dan subjektif.
-Budaya objektif dipengaruhi oleh faktor luaran seperti pengajaran, rupa fizikal, dan budi bicara sekelompok
masyarakat. Budaya subjektif ialah budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti. Budaya ini merangkumi nilai,
idealisme, perasaan dan sensitiviti kelompok masyarakat. Budaya subjektif bersifat dalaman yang dipengaruhi oleh
faktor batin seseorang.

PENGENALAN SILANG BUDAYA

 MALAYSIA kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam dan agama. Masyarakat luar sering memandang
Malaysia sebagai negara model perpaduan atas keharmonian dan kesejahteraan rakyatnya yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan latar belakang. Silang budaya berlaku apabila dua atau lebih individu daripada latar belakang
berbeza berinteraksi.

 Perbezaan latar belakang ini mencakupi budaya luaran yang ketara seperti pakaian, rupa, bahasa, adat resam,
makanan dan tempat tinggal. Manakala budaya dalaman yang tidak ketara adalah seperti pengetahuan,
kepercayaan, moral dan nilai hidup. Apabila perbezaan budaya ini difahami, ia akan melahirkan hubungan yang
positif dan harmoni.Etnik dan budaya tidak dapat dipisahkan. Setiap etnik memiliki identiti budaya tersendiri yang
melahirkan sejarah bangsa, sikap dan tingkah laku masyarakat. Sikap saling menerima dan memahami akan
membentuk kekuatan dalaman kepelbagaian etnik dan budaya. Sikap ini jika diadun dan dibangunkan secara
kumulatif akan menjadi sumber kekuatan dan keutuhan sosial negara. Ini kerana keharmonian masyarakat adalah
kekuatan utama sesebuah negara. Seharusnya masyarakat Malaysia bersatu hati dalam kepelbagaian agama,
budaya dan adat masyarakat.

SILANG BUDAYA MERUPAKAN KOMUNIKASI YANG MELIBATKAN INDIVIDU DARIPADA LATAR BUDAYA YANG PELBAGAI SEPERTI
BANGSA, RAS, ETNIK, JANTINA, BAHASA, AGAMA, TAHAP PENDIDIKAN DAN STATUS SOSIAL. KEMAHIRAN KOMUNIKASI
SILANG BUDAYA AKAN MEMBAWA KEPADA PEMAHAMAN MENGENAI BUDAYA KAUM LAIN DAN MEMAPARKAN DINAMIKA
PELBAGAI BUDAYA YANG AKAN MEMPERMUDAH KITA BERGAUL ANTARA SATU SAMA LAIN. MENURUT GANTER (1977), SIKAP
MENGHORMATI KEPELBAGAIAN BUDAYA DI DALAM KELAS KETIKA PEMBELAJARAN ADALAH PENTING KERANA PELAJAR
BERTINDAK DENGAN LEBIH BAIK APABILA DILAYAN DENGAN PENUH BERMARUAH DAN HORMAT.

CIRI-CIRI BUDAYA

BERBUDAYA SISTEM ADAT
AGAMA ISTIADAT

DAN
POLITIK

CIRI-CIRI
BUDAYA

BERKELOMPOK BAHASA

PAKAIAN

ELEMEN-ELEMEN SILANG
BUDAYA

PERSAHABATAN KEKELUARGAAN BUDAYA,AGAMA
DAN ADAT
PERKONGSIAN SENSITIVITI RESAM
NILAI ANTARA
KAUM KEHARMONIAN
SEPUNYA

PERSAHABATAN

KEKELUARGAAN

-Ibubapa dalam institusi keluarga perlu memupuk semangat perpaduan di kalangan
ahli keluarganya sebagai satu perkara asas.

-Perpaduan perlu bermula dari rumah diterapkan kepada anak-anak di luar rumah.
Di sekolah antara pelajar dan guru, masyarakat setempat dan antara kaum dalam
komuniti berbilang bangsa, agama dan negara.

-Sarawak merupakan modseterusnyael perpaduan dan keharmonian
terbaik.Mempunyai masyarakat berbilang bangsa serta etnik yang mempunyai
keunikan tersendiri.

BUDAYA,AGAMA DAN ADAT
RESAM

-Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti orang melayu,orang cina,orang india,orang iban, orang kadazan dan
sebagainya.

-Negara Malaysia menjadi model perpaduan atas keharmonian dan kesejahter aan rakyatnya,

-Melahirkan hubungan yang positif dan harmoni..

-Perkahwinan campur antara melayu,india dan cina..

-Mengadakan kelas fardhu ain kepada saudara baru yang memeluk islam..

-Selain itu,kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi mengukuhkan perpaduan antara kaum dengan
mengamalkan semangat perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi semasa rakyat Malaysia …

-Agama-agama di Malaysia iaitu agama islam,budha,kristan,hindu,dan sebagainya…

PERKONGSIAN NILAI SEPUNYA

 Masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga etnik terbesar iaitu Melayu,Cina dan India.Terdapat nilai-nilai sepunya
atau persamaan antara bangsa-bangsa yang berbeza.

 Walau bagaimanapun,ia mempunyai asas yang sama iaitu memberikan panduan kepada manusia dalam membentuk
keperibadian dan jati diri individu yang lebih baik.

 Agama Islam sangat menuntut umatnya berakhlak mulia dengan mencontohi akhlak Nabi Muhammad S.A.W.
 Panca sila dalam agama Buddha merupakan asas pendidikan Moral yang dapat memupuk dan membina

kesejahteraan dalam masyarakat.
 Agama Hindu patuh kepada nilai murni yang terkandung dalam “Upanishad”.
 Semua agama menganjurkan kepercayaan iaitu melakukan kebaikan akan mendapat pahala dan melakukan

kejahatan akan mendapat dosa.
 Antara nilai-nilai sepunya ialah kasih saying,kejujuran,bertanggungjawab dan hormat-menghormati.

SENSITIVITI ANTARA KAUM

 Setiap pertuturan dan perbuatan perlu dilakukan secara berhati-hati tanpa menyebabkan perasaan perkauman
timbul supaya tidak menyebabkan perasaan rasis timbul.

 Dalam sebuah negara majumuk didiami pelbagai kaum,seharusnya semua rakyat Malaysia haruslah saling hormat-
menghormati antara satu sama lain.

 Resipi kejayaan ini harus dipertahankan dan rakyat tidak mengambil mudah kejayaan ini.
 Agama Islam mengatur kehidupan yang lebih sistematik dari segi pengurusan waktu.adab dan aktiviti seharian.
 Kesan-kesan negatifnya termasuklah jurang ekonomi dan social.Manakala kesann positif pula ialah

kebudayaan,kesenian dan pertambahan Bahasa.

KEHARMONIAN

 Perpaduan ialah hadiah tidak ternilai yang perlu dikekalkan semua rakyat dalam masyarakat majmuk seperti
Malaysia.

 Usaha yang berterusan perlu untuk memupuk budaya yang membawa keamanan,keharmonian dan perpaduan.
 Jiwa merdeka dan cintakan keamanan akan mewujudkan masyarakat majmuk dengan mengetepikan pelbagai

perbezaan politik.
 Rakyat Malaysia haruslah mengekalkan semangat Muhibbah ketika merayakan Hari Kemerdekaan 31 OGOS dan

Hari Malaysia 16 September.
 Semangat Muhibbah terhasil apabila rakyat daripada pelbagai etnik dan agama yang berbeza saling menghormati

dan berhati-hati serta menyedari sensitivity agama dan budaya masing-masing demi keharmonian antara kaum.

KESIMPULAN

 Kesimpulannya, hubungan etnik akan menjadi masalah sekiranya ada individu atau kelompok etnik cenderung
menolak budaya dianggap bertentangan dengan budaya dan kepercayaan mereka.

 Sikap seperti ini menjadi punca wujudnya prasangka dalam kalangan anggota masyarakat berlainan etnik atau
budaya. Justeru, kita mahukan masyarakat kita lebih terbuka.

 Walaupun setiap etnik memiliki identiti budaya tersendiri, sikap saling menerima dan memahami akan membentuk
kekuatan kepelbagaian etnik dan budaya yang wujud itu akan menjadi satu kekuatan buat negara tercinta.

 Seharusnya masyarakat Malaysia bersatu dalam kepelbagaian.

 Selamat sejahtera, dan saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah
kurniaNya dapat juga saya menyiapkan Flipbook saya yang telah usahakan
selama ini yang bertajuk Silang Budaya. Ribuan terima kasih saya ucapkan
kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya
menyiapkan Flipbook saya ini. Pertama sekali kepada En.Wiswanathan (Guru
Sejarah) kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat
kepada saya. Sekalung penghargaan untuk ibu bapa saya, kerana beliau
memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan flipbook ini.
Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih
juga kepada ahli keluarga saya kerana memberikan sokongan dan dorongan
kepada saya sepanjang Flipbook ini disiapkan. Terima kasih yang tidak
terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi
kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian
dari segi informasi terkini mengenai Flipbook amat saya hargai. Budi kalian yang
sanggup meluangkan masa untuk memberikansaya maklumat tidak akan saya
lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu
saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya. Sekian terima
kasih.

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version