The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sumitha_83, 2020-09-25 09:41:56

mesyuarat hem kali 2 2020

mesyuarat hem kali 2 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU
31300 SIMPANG PULAI, IPOH PERAK

MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID KALI KEDUA 2020

Hari : Isnin
Tarikh : 29 Jun 2020
Masa : 10.30 pagi – 11. 30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Taman Bersatu, Ipoh

KEHADIRAN :

HADIR

1. Pn. Suryati bt Haji Othman, PPT. Guru Besar (Penasihat)

2. Pn. Fuziah bt Mohd Bakry PK HEM (Pengerusi)

3. Pn. Nurul Ayuni bt Haji Azmi PK Pentadbiran

4. Pn. Julie Sabrina Lam bt Abdullah PK Kokurikulum

6. Pn. Sumitha A/P Muniyandi Setiausaha HEM 1 / Unit Pendaftaran Murid

7. Pn. Mazni bt Mat Zuki Setiausaha HEM 2

8. En. Wan Ahmad Hafizuddin b. Wan Mohd Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah

9. Pn. Laili Fadilah bt Mohd Ramli Unit SPBT

10. Pn. Rahimah bt Abd Aziz Unit Kantin

11. Pn. Morgiana bt Hamzah Unit RMT

12. Pn. Zaiton bt Tasriffin Unit Susu/Vitamin

13. Pn. Raudhatul Khalilah bt Ahmad Unit Sosial dan Kebajikan /KWAMP

14. Pn. Nik Nurfazilah bt Nik Hassan Unit Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan (3K)

15. En. Mohd Redzwan b. Abd Jaafar Unit Kecemasan, Kebakaran dan Banjir

16. Pn. Tuan Norizan bt Tuan Soh Unit Rawatan dan Kesihatan

17. Pn. Mazni bt Mat Zuki Unit Anti Dadah / Unit Anti Denggi

18. En. Yussof b. Hamid Unit Perabot, Peralatan dan Kerosakan

1

19. En. Nazri b. Abd Ghoni Unit Sekolah Selamat
20. Pn. Rozita bt Ghazali Unit SARANA
21. Pn. Mazni bt Mat Zuki Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Sekolah Penyayang/
Unit Murid Ponteng/Cicir

TURUT HADIR
1. Pn. Nor Fadhlina bt Mat Nurudin @ Nordin
2. Pn. Vanitha Devi A/P Kanagasabapathy
3. Pn. Azilah bt Zainal Abidin
4. Pn. Ida Madhika bt. Hussin
5. Pn. Nooraida bt Ali
6. Pn. Salwati bt Zainal Abidin
7. Pn. Kamilah bt Omran
8. Pn. Noordina bt Ahmad Damanhuri
9. En. Chandran A/L Doraisamy
10. Cik Joyce Shanti A/P Aroldoss@Aruldas
11. Pn. Noor Anizah bt Zulkurnaini
12. Pn. Rohazawati bt Ahmad
13. En. Anuar b Ibrahim
14. Pn. Hajah Jamiah bt Mustapa
15. En. Mohd Azhar b Mohamed
16. En. S. Samprizal b Selamat
17. Pn. Farah Hasdiyana bt Mohammad Hamzah
18. En. Mohd Izwan b. Normee
19. Pn. Hadiana bt Ahmad Fauzi
20. Pn. Sukma Suria bt Abdul Rahman
21. Pn. Siti Nolisa bt Nordzi
22. En. Muhammad Hasri b. Ismail
23. Pn. Norhamizan bt Mohamad
24. Pn. Salwani bt Mustapa@Mustaffa
25. Pn. Rozita bt Ghazali
26. Pn. Salwati bt Zainal Abidin
27. Pn. Rohaida bt Abu Hasan Shaari

2

28. Pn. Nik Nurfazilah bt Nik Hassan
29. Pn. Nadia Nurelina bt Muhammad Najib
30. Pn. Azilah bt Zainal Abidin
31. Pn. Suryani bt Mohamed Said
32. Pn. Morgiana bt Hamzah
33. Pn. Noorfariza bt Safar
34. En. Mohd Khairil Ikram b. Zulkifly
35. Pn. Zainab Bt Yahya
36. En. Shamsul Rahimi b. Kamaruddin
37. Cik Norfaizan bt Sahbudin
38. Pn. Roselidah bt Puteh Salin
39. Cik Nurul Nabilah bt Halmi
40. Pn. Noraini bt Mohamed
41. En. Khairul Nizam b. Othman

TIDAK HADIR (BERSEBAB)
1. En. Yussof b. Hamid
2. Pn. Raudhatul Khalilah bt Ahmad (Cuti Bersalin)

3

AGENDA MESYUARAT:
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Ucapan Penasihat
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat bil 1/2020
5.0 Laporan Jawatankuasa Unit HEM Penggal 1/2020
6.0 SOP Pembukaan Sekolah
7.0 Hal-hal Lain
8.0 Ucapan Penangguhan

4

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pn. Fuziah bt Mohd Bakry selaku PK HEM baru memperkenalkan diri. Beliau berharap agar

semua guru dapat memberikan kerjasama kepada beliau dalam pelaksanaan unit-unit HEM.
1.2 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang dan berterima

kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Jawatankuasa HEM kali kedua bagi tahun 2020.
1.3 Semua guru perlu membiasakan diri dengan norma baharu dalam masyarakat terutamanya

melibatkan sesi pembukaan semula sekolah dan garis panduan yang telah disediakan.
1.4 Guru kelas perlu menyemak data APDM murid. Tiada sebarang kehadiran diambil sepanjang

tarikh PKP terutama bagi sekolah rendah sehingga ada maklumat baharu yang akan dimaklumkan
kemudian.
1.5 Guru penyelaras/bertugas RMT juga diingatkan untuk tidak klik pada
bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
1.6 PK HEM juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru kelas Tahun 1 kerana dapat
membantu Unit Kesihatan dalam melaksanakan imunisasi murid-murid Tahun 1 semasa cuti PKP.
1.7 Beliau juga mengigatkan kepada semua guru kelas dan bilik-bilik khas supaya mempamerkan
carta covic 19 dan membuat tanda penjarakan masuk dan keluar, menyediakan senitizer di setiap
kelas dan bilik-bilik khas untuk kegunaan guru.
1.8 Guru kelas juga diingatkan supaya memastikan kehadiran murid ialah 5 hari dengan kehadiran 0
bagi bulan Jun sebelum membuat pengesahan.

Tindakan: Makluman

2.0 UCAPAN PENASIHAT
2.1 Pn. Suryati bt. Haji Othman, selaku Guru besar mengucapkan selamat kembali bertugas kepada

semua warga SKTB.

5

2.2 Bagi mengelakkan keciciran dalam kalangan murid, semua penyelaras bersama guru kelas
telah mewujudkan kumpulan Whatsapp.

2.3 Guru besar meminta kerjasama semua guru untuk memastikan murid mengikuti kelas
pembelajaran secara atas talian. Oleh itu, guru kelas perlu mengenalpasti murid yang
langsung tidak dapat dihubungi untuk tindakan lanjut.

2.4 Guru perlu memanfaatkan penggunaan teknologi bagi meningkatkan kualiti Pdpc yang
dijalankan sepanjang tempoh PKPP. Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai sikap yang
positif dan tidak mudah berputus asa bagi meneruskan e-pembelajaran bersama dengan murid.

2.5 Semua guru perlu memastikan bahan atau kerja rumah yang dikongsi perlulah bersesuaian
dengan aras murid dan tidak membebankan mereka kerana ada sebilangan murid yang tidak
mempunyai kemudahan internet dan telefon bimbit.

2.6 Guru-guru perlu membiasakan diri dengan penggunaan istilah serta norma baharu dalam
masyarakat.

2.7 Bagi mengekang penularan wabak Covid-19, norma baharu yang perlu diamalkan
termasuklah memakai topeng muka serta kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan menjaga
penjarakan antara satu sama lain.
Tindakan: Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 PK HEM mengingatkan penyelaras setiap unit untuk mengemaskini fail dengan laporan unit-unit

HEM 2020 yang telah selesai dijalankan sebelum cuti PKP.
Tindakan: Makluman

4.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL 1/2020
4.1 Minit mesyuarat HEM Kali ke 1/2020 telah dibentangkan oleh Setiausaha dan disahkan:

6

Dicadang : Pn. Mazni bt Mat Zuki
Disokong : Pn. Farah Hasdiyana bt Mohammad Hamzah

Tindakan: Makluman

5.0 LAPORAN JAWATANKUASA UNIT HEM PENGGAL 1/2020
5.1 Unit Pendaftaran
5.1.1 Data kehadiran murid di dalam sistem APDM ditangguhkan sepanjang tempoh PKP sehingga

dimaklumkan kelak.
5.1.2 Majlis suaikenal dan Pendaftaran Tahun 1 dan Pra Sekolah telah selesai dijalankan pada 28

Disember 2019.
5.1.3 Pn. Fuziah mengingatkan guru-guru kelas supaya mendaftarkan murid-murid baru dan murid-

murid tahun 1 ke dalam buku pendaftaran murid yang berada di pejabat.
Tindakan: Makluman semua guru/Guru Kelas

5.2 Unit Disiplin / Pengawas
5.2.1 Ujian, pemilihan dan kursus telah diadakan bagi semua badan kepimpinan pada 21 Januari 2020.
5.2.2 Watikah pelantikan pemimpin kecil dan Pelancaran Ziarah Cakna telah dilaksanakan pada 10

Februari 2020.
5.2.3 Ajk Unit Disiplin bersama dengan guru-guru dikehendaki mengisi laporan SSDM murid-murid.
5.2.4 Disarankan amalan-amalan baik murid ditulis lebih kerap bagi setiap hari.

Tindakan: AJK Unit Disiplin/Pengawas dan Guru-guru

5.3 Unit SPBT
5.3.1 Buku-buku teks bagi sesi 2020 telah selesai diedarkan kepada semua murid.

7

5.3.2 Proses pesanan buku teks bagi kegunaan sesi 2021 telah selesai dilaksanakan pada bulan March
2020 sebelum PKP.

5.3.3 Proses hapus kira akan dijalankan oleh unit ini dalam masa terdekat.
Tindakan: AJK Unit SPBT

5.4 Unit Kantin
5.4.1 Keceriaan kantin telah ditambah baik secara keseluruhannya
5.4.2 Pengusaha kantin telah melapik, membalut dan membuat skirting bagi setiap meja di kantin dalam

usaha menceriakan kantin sekolah.
5.4.3 Semua Panitia mata pelajaran telah mencetak dan melekatkan bahan-bahan bacaan di atas meja

makan kantin untuk murid-murid.
5.4.3 Buku pengurusan kendiri kantin dijalankan secara sistematik dan dikemaskini dari masa ke semasa.
5.4.4 Bagi SOP pembukaan semula sekolah, pengusaha kantin hendaklah memastikan hanya

menyediakan makanan berbungkus. Penggunaan kerusi, meja dan ruang makan di kantin tidak
dibenarkan.
5.4.5 Pn. Fuziah memaklumkan satu perjumpaan dengan pengusaha kantin akan dilakukan selepas
mesyuarat ini bagi membincangkan SOP, menu makanan, cara perjalanan waktu rehat dan
pembelian makanan oleh murid .

Tindakan: AJK Unit Kantin

5.5 Unit RMT/Susu/Vitamin
5.5.1 22 orang murid dari Tahun 2 sehingga Tahun 6 layak menerima RMT bagi tahun 2020.
5.5.2 Senarai Murid RMT Tahun 1 adalah seramai 2 orang dan senarai Murid Cicir bagi Tahun 2020

ialah seramai 2 orang.
5.5.3 Jumlah keseluruhan murid RMT bagi tahun 2020 ialah seramai 26 orang.

8

5.5.4 Pn. Fuziah memaklumkan satu perjumpaan dengan pengusaha kantin dan ajk RMT akan
dilakukan selepas mesyuarat ini bagi membincangkan SOP dan menu makanan murid-murid
RMT.
Tindakan: AJK RMT/Susu/Vitamin

5.6 Unit KWAMP/Kebajikan

5.6.1 Senarai murid yatim bagi sesi persekolahan 2020 adalah seperti berikut:

Tahun 1 Tiada
Tahun 2 5
Tahun 3
Tahun 4 Tiada
Tahun 5 2
Tahun 6 5
3
Jumlah 15

5.6.2 Jumlah terkini murid yang layak menerima bantuan bagi tahun 2020 adalah seperti berikut:

Pendapatan RMT Layak KWAPM BAP100
Isi rumah / Miskin Tegar Miskin RM 3000 dan
Perkapita RM 604 / RM 151
RM 960 / RM 244 Ke Bawah
Tahun 1 2 5 51
Tahun 2 6 12 56
Tahun 3 5 12 57
Tahun 4 5 12 45
Tahun 5 4 11 56
Tahun 6 4 17 69
Jumlah 26 69 334

5.6.3 Pada 26 April 2020, Sumbangan Prihatin dan Bantuan Ramadhan berikutan wabak Covid-19 telah
dilaksanakan. Kit makanan dan sedikit wang tunai telah diserahkan kepada 30 keluarga yang telah
dikenalpasti.
Tindakan: Unit KWAMP dan semua guru

9

5.7 Unit Rawatan dan Kesihatan
5.7.1 Rawatan gigi ditangguhkan sementara waktu disebabkan oleh perintah PKP.
5.7.2 Murid-murid tahun 1 telah selesai mendapatkan suntikan imunisasi di Klinik Kesihatan bersama

ibu bapa dalam tempoh PKP pada 17 Jun 2020.
5.7.3 Terdapat 7 orang murid tahun 1 yang tidak mendapatkan suntikan imunisasi. Ibu bapa mereka

telah dihubungi oleh guru-guru kelas untuk tindakan selanjutnya.
5.7.4 Memastikan bilik kesihatan dijadikan sebagai bilik isolasi bagi murid yang bergejala sebelum

mendapatkan rawatan. Bilik ini perlu dibekalkan dengan pelitup muka serta sabun/pensanitasi
tangan (hand sanitizer).

Tindakan: Unit Rawatan dan semua guru

5.8 Unit 3K
5.8.1 Menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau sehala. Tanda penjarakan diletakkan untuk

memandu arah pergerakan murid dalam kawasan sekolah.
5.8.2 Mempamerkan bahan bercetakmengenai langkahkebersihan dan keselamatandi lokasi strategik

seperti laluan murid, kantin, bilik PdP, pejabat, bilik guru, ruang menunggu dan asrama sebelum
sesi persekolahan bermula.
5.8.3 Meletakkan peringatan langkah-langkah pencegahan COVID-19 di pintu masuk utama sekolah

Tindakan: Unit 3K

5.9 Unit Kecemasan, Kebakaran dan Banjir
5.9.1 Latihan kebakaran pada tahun 2020 ditangguhkan kerana PKP dan akan dilaksanakan secepat

mungkin selepas sesi persekolahan di sambung.
Tindakan: Unit Kecemasan, Kebakaran dan Banjir

10

5.10 Unit Anti Dadah dan Unit Anti Denggi
5.10.1 Pelancaran minggu anti dadah yang dijadualkan pada bulan April terpaksa ditangguhkan kerana

wabak Covid-19 dan tempoh PKP.
5.10.2 Unit anti denggi dikehendaki mengadakan program-program seperti gotong-royong, kempen dan

sebagainya setelah sekolah dibuka kerana terdapatnya penularan kes wabak denggi sejak
kebelakangan ini.

Tindakan: Unit Anti Dadah dan Anti Denggi

5.11 Unit Sekolah Selamat
5.11.1 Memastikan murid, guru dan warga sekolah berada dalam keadaan sihat untuk hadir ke sekolah.

Pemakluman awal perlu diberikan kepada mereka sebelum sekolah dibuka semula.
5.11.2 Memastikan saringan demam serta gejala batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas dilakukan

terhadap murid, guru dan warga sekolah pada setiap hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi
persekolahan bermula. Jika mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala, mereka tidak
dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
5.11.3 Memastikan murid, guru dan warga sekolah sentiasa mematuhi penjarakan sosial pada setiap masa
dengan pengawasan guru
5.11.4 Memastikan hebahan mengenai langkah kebersihan dan keselamatan dibuat melalui siar raya pada
waktu pagi, waktu rehat dan sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari. Peringatan secara
berterusan dilaksanakan semasa PdP
5.11.5 Memastikan murid, guru dan warga sekolah kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan
sabun

Tindakan: Semua guru

11

5.12 Unit Perabot, Peralatan dan Kerosakan
5.12.1 Guru-guru terutamanya guru-guru kelas dan guru-guru penyelaras bilik-bilik khas dikehendaki

memeriksan bilik masing-masing dan memanjangkan kerosakan yang dikenal pasti kepada PK
HEM untuk dimaklumkan kepada guru besar sebelum sesi persekolahan di sambung.
5.12`2 Kerosakan kipas di bilik pra seroja telah dibaiki dengan diganti kipas baru
5.12.3 Pintu kelas 3 Bakawali juga telah dibaiki
5.12.4 Kerosakan lampu di bilik guru, pra sekolahdan bilik SPBT , kipas di kelas 3 Bakawali dan pintu
4 Bakawali yang masih belum di baiki.
5.12.5 Pn. Fuziah minta unit ini menghantar laporan kepada CC supaya tindakan membaiki kerosakan
dapat di ambil.

Tindakan: Semua gu

5.13 Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Sekolah Penyayang
5.13.1 Pelancaran Program Jom ke Sekolah 2020 telah selesai dijalankan pada 17 Februari 2020.
5.13.2 Program motivasi keibubapaan telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 15 Februari untuk ibu bapa

murid-murid tahun 6 di Dewan Sekolah.
5.13.3 Memastikan Ujian Minda Sihat secara berkala bagi mengenal pasti murid yang terkesan dengan

norma baharu di sekolah selepas sekolah dibuka.
Tindakan: Makluman

5.14 Unit Sarana
5.14.1 Mesyuarat AJK PIBG bagi sesi 2020 telah diadakan pada 20 Januari 2020.
5.14.2 Pada 22 Februari 2020, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke 19 dan Program Diskusi Bestari

Tahun 6 telah diadakan.
Tindakan: Makluman

12

6.0 SOP Pembukaan Sekolah
6.1 Suhu di ambil pada pintu A dan pintu B oleh guru yang bertugas di pagar dan bacaan suhu akan

direkodkan.
6.2 Murid akan mencuci tangan di sinki dibawah pengawasan guru.
6.3 Murid akan memesan makanan dikantin dan menunggu diruangan yang telah ditetapkan oleh

pihak sekolah.
6.4 Murid akan masuk ke kelas memulakan PdPc di mana guru pertama akan menunggu di dalam

kelas.
6.5 Waktu rehat guru waktu sebelum rehat akan menunggu murid selama 15 minit dan guru waktu

PdPc selepas rehat akan masuk awal 15 minit.
6.6 Selepas makan meja akan dinyahkuman dan murid akan mengelap meja dengan kain yang di

bawa.
6.7 Pada waktu balik meja akan dinyahkuman sekali lagi sebelum murid balik.
6.8 Bagi menjamin penjarakan murid balik, guru waktu akhir akan memantau pergerakan murid

hingga ke kantin dan menunggu selama 15 minit di kantin.
6.9 SOP pembukaan sekolah akan diperhalusi dan diedarkan kepada semua ibu bapa/penjaga dan

guru-guru sebelum sesi persekolahan.
Tindakan: Makluman

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Guru-guru kelas dikehendaki mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah kebersihan dan

keselamatan di lokasi strategik di dalam kelas masing-masing.

7.2 Guru-guru juga perlu meletakkan peringatan langkah-langkah pencegahan COVID-19 di dalam

kelas dan bilik-bilik khas

7.3 Ketetapan kelas dan naik kelas melalui sistem APDM hanya boleh dijalankan pada 30 Disember

nanti. Diminta guru kelas untuk mengemaskini kelas murid-murid mulai 30 haribulan nanti.

13

7.4 Guru kelas dan pembantu perlu memastikan semua bilik PdPc disusun atur mengikut arahan
penjarakan sosial sebelum sekolah dibuka.

7.5 Guru juga perlu memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi bagi setiap bilik
darjah.

7.6 Perhimpunan sekolah dan aktiviti lain yang melibatkan murid, guru atau warga sekolah
berkumpul secara beramai-ramai tidak dibenarkan.
Tindakan: Makluman

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Semua guru diminta bersedia dan membiasakan diri dengan norma baharu dalam menangani

wabak Covid-19.
8.2 Fokus utama pembersihan adalah pada permukaan yang sering disentuh dan pada paras

ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan seperti tombol pintu, suis lampu, singki, kepala paip,
butang lif, pengepam tandas, pelapik duduk tandas, susur tangan di laluan pergerakan murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

_____________________ __________________ ___________________
(Sumitha A/P Muniyandi) (Fuziah bt Mohd Bakry) (Suryati bt Haji Othman, PPT)
Setiausaha HEM SKTB PK HEM SKTB Guru Besar SKTB

14


Click to View FlipBook Version