The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaqira2703, 2022-03-16 10:24:06

IMEJ 2021

IMEJ JILID 29

Keywords: SMKSLIM

KANDUNGAN

3 Sejarah dan Latar Belakang Sekolah

3 Visi, Misi, Moto dan Slogan Sekolah

4 Lencana Sekolah dan Lagu Sekolah
6 Kata Alu-aluan

10 Sidang Redaksi 2021
11 Barisan Pentadbir SMK Slim 2021
12 Barisan Guru-guru SMK Slim 2021

14 Barisan Staff SMK Slim 2021
15 Guru-guru Bersara SMK Slim 2021

16 Guru-guru Berpindah Masuk dan Keluar SMK Slim 2021
17 Kecemerlangan SMK Slim 2021
26 Travelog Khas Pengetua SMK Slim

36 Memori SMK Slim 2021
61 Karya Guru dan Pelajar SMK Slim

77 Gambar Kelas (PPKI, T1-T4)

89 Gambar KKeellaass Tingkatan 5 2

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

Sekolah Menengah Kebangsaan Slim, Slim River, Perak

Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1984 dan telah
memulakan sesi pengajiannya pada tarikh tersebut. Sekolah

ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Slim, Slim
River. Pembinaannya menelan belanja sebanyak

RM 1,538,000.00. Bangunan sekolah ini terletak di atas tanah
seluas 22 ekar di Barat Daya pekan Slim River.



Sekolah ini dibina untuk menampung kesesakan tempat
pengajian di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Slim River

(sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Zulkifli Mohammad) kerana pertambahan pelajar di
sekolah tersebut yang semakin pesat dari tahun ke tahun.
Pada hari pertama sekolah ini dibuka, sebanyak 8 buah kelas
telah diwujudkan, iaitu 2 kelas Tingkatan Satu dan 6 buah
kelas Tingkatan Peralihan. Pada 13 Mac 1984 dua buah kelas
Tingkatan Empat telah diwujudkan dan pelajar-pelajarnya
datang dari Sekolah Menengah Jenis kebangsaan Slim River.

VISI SEKOLAH

MISI SEKOLAH Penggerak Transformasi Pendidikan Berkualiti Untuk Kemenjadian
Murid






Menghasilkan Murid Yang Berdaya Saing Di Peringkat Global Melalui
Pelaksanaan Transformasi Pendidikan Yang Berkualiti Secara Efektif

MOTO SEKOLAH Berusaha
Berbakti
Berilmu

SLOGAN SEKOLAH

Bergerak Sederap Menuju Kecemerlangan






3

LENCANA SEKOLAH

LAMBANG 3B

Mewakili perkataan "BERUSAHA , BERILMU, BERBAKTI"




BULATAN KECIL DALAM 3B

Melambangkan 3 kaum terbesar di Malaysia




BUKU DI TENGAH-TENGAH

Merupakan lambang pengetahuan




BENTUK KOMPUTER

WARNA PADA LENCANA Bererti sains dan teknologi

Kuning: Bangsa yang beraja dan berdaulat


Hijau: Rakyat yang beragama API YANG MENYALA

Oren: Kesungguhan dan kerajinan Menunjukkan semangat dan kegigihan

Dicipta Oleh: Pn. Loo Siat Lee, En. Ali bin Abdul Hamid & En. Shaharom bin Ismail
(Guru-guru SMK Slim, 1984)

LAGU SEKOLAH 4

Mari kita bersama
Menuju cita-cita
Untuk membangun negara
Tekun kita berjaya
Berusaha dan berilmu
Berbakti pada nusa
Hidup kita kan bahagia
Negara maju jaya
Janganlah kita berputus asa
Usaha terus usaha
Penuhi ilmu di dada kita
Tumpah bakti setia
Guru dan ibu bapa
Sentiasa dihormati
Menjunjung rukun negara
Hidup aman sentosa





Pencipta: Tuan Haji Hussein bin Shaharudin
(Bekas Pensyarah UPSI, Tanjung Malim)

KATA
ALU-ALUAN

KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH
PENDIDIKAN MALAYSIA

6

KATA ALU-ALUAN

PENGETUA
SMK SLIM

Bismillahirahirrahmanirrahim…
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana majalah IMEJ Edisi ke-29 berjaya diterbitkan
walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kekangan . Syabas dan tahniah juga saya rakamkan kepada
semua pihak yang telah menunjukkan komitmen yang jitu,khususnya kepada jawatankuasa Sidang Redaksi
SMK Slim kerana telah menjayakan penerbitan majalah sekolah secara maya buat julung kalinya.

Saya yakin dan percaya majalah yang dihasilkan ini akan dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah untuk
dijadikan wadah penghasilan karya murid dan penglibatan guru dalam merencanakan, merancang,menyusun
dan sekali gus menzahirkan foto-foto yang menarik serta informasi sepanjang tahun 2021 yang tentunya
banyak meninggalkan seribu nostalgia yang dapat dikongsi,diingati dan disimpan sebagai memori.

Kita sedia maklum sekolah sebagai institusi pendidikan berperanan untuk membangunkan dan
mengembangkan potensi murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Saya percaya dan yakin
komuniti sekolah SMK Slim amat positif dan dapat menerima perubahan dan berusaha mengangkat martabat
pendidikan sesuai dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Oleh itu, saya berharap pembentukan murid yang cemerlang bukan hanya melalui kurikulum tetapi melalui
keterampilan dalam bidang kokurikulum.Hal ini merupakan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Terima kasih dan penghargaan tidak terhingga atas penglibatan warga SMK Slim dalam semua aktitivi yang
dirancang sama ada di bawah bidang Pengurusan Kurikulum,Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid serta kejayaan
–kejayaan cemerlang yang telah dicapai hasil kesepakatan dan komitmen serta usaha gigih seluruh warga
sekolah merupakan rahsia kejayaan setiap program yang dijalankan.

Saya akan sentiasa mendoakan warga SMK Slim terus berazam,mengembleng tenaga untuk menjadikan
sekolah kita sentiasa cemerlang,gemilang dan terbilang serta mampu melahirkan modal insan yang sama-
sama dapat memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju.

Akhir kata segala kenangan manis bersama warga SMK Slim akan terpahat dalam sanubari dan menjadi
memori terindah buat saya sebagai pengetua Smk Slim dari 2019 hingga 2022.Terima kasih dan salam
kemaafan dari saya buat semua.

Sekian Wassalam.

PN. RAZITAH BT HJ NURAWI

7

KATA ALU-ALUAN

YDP PIBG
SMK SLIM

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.



Di sini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sidang redaksi majalah IMEJ
kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menyampai sepatah dua kata sebagai mewakili
ibu bapa.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat menghasilkan majalah yang istimewa
dan bermakna ini. Saban tahun kemunculan majalah ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga
sekolah. Hal ini demikian kerana majalah ini umpama diari yang merakam pelbagai aktiviti sekolah
yang dijalankan oleh murid,guru,serta staf sokongan.

Penerbitan majalah sekolah bukan sekadar satu rakaman nostalgia daripada lipatan sejarah
sesebuah sekolah tetapi merupakan satu wadah kepada murid untuk mencungkil dan mengasah
bakat mereka dalam bidang penulisan. Pada alaf teknologi yang serba canggih ini,para murid diberi
galakkan untuk melahirkan karya-karya mereka sama ada cerpen,sajak,esei mahupun seloka.
Bertitik tolak daripada sinilah mereka mampu mengembangkan bakat mereka dan menjana
pendapatan melalui bidang penulisan.

Akhir kata, saya mewakili pihak ibu bapa mendoakan kesejahteraan warga SMK Slim sekalipun
berhadapan dengan pandemik covid-19 yang banyak mengubah lanskap pembelajaran pada hari ini.
Kami pihak PIBG akan sentiasa menyokong dan sama-sama berganding bahu membantu warga
sekolah bagi meningkatkan pencapaian murid dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum.Semoga
SMK Slim terus maju dalam mencipta kejayaan dan kegemilangan.

Sekian,terima kasih.

Hj. Suhaimi bin Mohd Said.

8

KATA ALU-ALUAN

KETUA PELAJAR
SMK SLIM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah IMEJ kali ke-29 kerana

memberi ruang kepada saya untuk berbicara sepatah dua kata untuk dimuatkan di dalam majalah
kebanggaan sekolah kita ini.

Setingi-tinggi penghargaan buat pihak sekolah kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya
untuk menggalas jawatan sebagai Ketua Pelajar SMK Slim bagi tahun 2021. Segala kerjasama yang telah
diberikan amat saya hargai.

Sahabat pelajar sekalian,
Sudah 35 tahun SMK Slim berdiri dengan megah. Sepanjang tempoh ini, pelbagai perubahan telah berlaku
sama ada dari segi fizikal ataupun spritual. Seharusnya kita berasa bangga menjadi salah seorang
daripada penghuninya. Oleh itu, kebanggaan ini seharusnya dimanifestasikan sepenuhnya dengan sebaik
mungkin.

Dengan keadaan negara yang sedang bangkit semula selepas pandemik Covid-19, pihak pengawas
serta pihak lain yang bertanggungjawab sentiasa memastikan pengajaran dan pembelajaran serta
aktiviti-aktiviti di sekolah berjalan dengan lancar dengan memastikan semua warga SMK Slim sentiasa
mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan sebaik mungkin.
Para temanku sekalian,

Hormatilah guru dan dengarlah nasihat serta bimbingan mereka. Sesungguhnya, siapalah kita tanpa
keberadaan guru. Sebagai Ketua Pelajar,sukalah saya menyeru agar kita semua berganding bahu,
bergenggaman tangan, bangkit dan maju, bergerak sederap, mara sepakat mengukuhkan tekad dan azam
demi menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar demi mengangkat martabat sekolah ke peringkat yang
lebih tinggi.
"Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga
baginya."(HR muslim)

Sekian, terima kasih.

Adam Hafizi bin Anizat

9

10

11

12

13

14

GURU BERSARA 2021

SMK SLIM

EN ABD RAZAK
BIN AHMAD

1982 - 2021

TN HJ MEGAT ISKANDAR
BIN MEGAT YUSUF

1989 - 2021

15

GURU BERPINDAH SEKOLAH
SMK SLIM 2021

PN. MINACHI A/P NAGAPAN PN. NOR SALWANI BT SULONG
SMK BESOUT SMK SG KRUIT

EN. MOHD ADIB BIN IBRAHIM EN. MOHD HAMKA B. IBRAHIM
SMK SG KRUIT SMK SG KRUIT

TN. HJ. ABD. RAHIM B. ABD JABBAR
SMK PROTON CITY

16

17

KECEMERLANGAN
SMK SLIM

19

20

21

22

23

PELAJAR CEMERLANG SPM 2021

DHARCHANA A/P BALAKRISHNAN
[7A]

24

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SLIM,
35800 SLIM RIVER, PERAK

ANALISIS PENCAPAIAN SPM (% LULUS & GPMP/GPS)
2015 -2020

DAN TARGET SPM 2021

25

TRAVELOG KHAS
PENGETUA
SMK SLIM

27

28

29

30

31

32

33

34

35

MEMORI 2021
SMK SLIM

37

38

39

40

41

42

43

44

45

tahniah 46

47

48

49

50


Click to View FlipBook Version