The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Nafizuddin, 2023-04-04 05:22:16

SLAID PEMBENTANGAN TUGASAN 3 BMMB3113

TAJUK TUGASAN : SKEMA DAN T

BMMB3113 TUGASAN 3: SKEMATATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu PENSYARAH: Puan Arbiah binti Maddahiri


Ah li Kum pula Ah n li Kum pulan MuhammadNafizuddin binMohd Kamal MuhammadMu 'az bin Mat Rasid ChristabelAnabella Maxcimus


Kan dun ga Ka n n dun gan Pengenalan Penggunaan Popular Perancangan Bahasa yang Rasmi Syarat-syarat Pemilihan Kata atau Frasa Pembentukan Istilah Baharu Proses Pembentukan Istilah Langkah-langkah Pembentukan Istilah


Pengenalan Sejumlah kata dan frasa yang mengungkapkan konsepkonsep khusus yang diperlukan dalam bidang ilmu. Gayner (1958): Kata-kata khusus yang kebiasaannya digunakan dalam aktiviti atau bidang tertentu. Lambang linguistik berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematis. Sulaiman Masri (1993): Istilah boleh wujud dalam bentuk kata, ekspresi, simbol, formula, nama saintifik, akronim, nama rasmi jawatan atau organisasi. KONSEP ISTILAH:


Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Peristilahan ialah usaha membentuk perkataan bagi mengungkapkan konsep, idea, proses dan nama bagi sesuatu yang belum wujud dalam bahasa Melayu. Tujuan peristilahan: Membolehkan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu Bahasa serumpun Bahasa asing Sumber pembentukan istilah:


Pembentukan Kata Baharu Bahasa Melayu Penggunaan Popular Perancangan Bahasa


Penggunaan Popular


Istilah dibentuk berdasarkan keperluan segera. Sebahagian besar perkataan baharu dibawa masuk daripada istilah asing. Terdapat juga istilah yang dibentuk menggunakan kaedah perekaciptaan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Pembentukan sesuatu istilah adalah seiring dengan kemajuan yang berlaku di dunia dalam pelbagai bidang. Penciptaan perkataan baharu selalunya dihasilkan oleh penulis-penulis untuk siaran dalam media sosial, media massa, media elektronik atau tulisan-tulisan kreatif. netizen promo tab Contoh perkataan:


Perancangan Bahasa yang Rasmi


Prosedur Penerbitan Istilah Penggubalan Pengesahan Penyelarasan Pemanuskripan Penyebaran


Satu proses mengumpul, menggubal, atau mencipta istilah dalam bidangbidang atau subbidang ilmu pengetahuan. Misalnya, kelompok sains asas, sains gunaan dan kelompok sains kemasyarakatan, sains kemanusiaan dan juga istilah budaya tempatan. Proses ini menggunakan dua kaedah iaitu secara manual dan secara atas talian. Penggubalan


Penyediaan kertas kerja Pengesahan Pengumpulan & penerbitan bahan Pengklasifikasian bidang & subbidang Pelantikan anggota Jawatankuasa Kecil Istilah (JKI) Semakan & pengesahan calon istilah Penyediaan padanan & huraian Kelulusan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM)


DBP juga melaksanakan pengesahan secara atas talian melalui laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Proses ini mengambil masa lebih singkat dan lebih mudah untuk menggubal sesuatu istilah. Pengesahan Atas Talian Mengenal pasti kata yang akan diangkat sebagai istilah Pengesahan calon istilah Penyenaraian dan pengesahan taraf istilah


Penyelerasan dilakukan selepas proses penggubalan dan pengesahan istilah dalam pelbagai bidang dilakukan. Penyelerasan dilakukan apabila terdaptnya percanggahan di antara bidang dalam penggunaan istilah yang sama. Penyelarasan wajar dilakukan supaya penemuan atau penghasilan istilah yang baharu memberi makna leksikal yang sama di dalam semua penggunaan kontek perkataan. Penyelarasan (definisi)


Pemanuskripan dilaksanakan dengan tujuan untuk mencetak istilah baharu untuk disebarkan kepada masyarakat dan pengamal bidang supaya dapat digunakan dalam menghasilkan korpus (tulisan) dalam bidang yang tertentu. Penggunaannya akan dapat memperluas serta mengintegrasikan istilah baharu dan istilah lama untuk didakyah kepada masyarakat supaya istilah tersebut releven digunakan umum. Pemanuskripan (definisi)


Proses pemanuskripan 01 02 03 04 Pemanuskripan bermula dengan penyediaan manuskrip bersih yang telah disemak melalui minit mesyuarat penyemakan terakhir bersama-sama ahli JKI dan pakar bahasa. Pada peringkat ini juga disediakan prelim dan prakata. Isi kandung pada peringkat ini akan dihantar ke bahagian percetakan setelah disemak oleh pegawai penerbitan. Setelah semua bahan awalan disemakdan diluluskan oleh pegawai penerbitan, senarai istilah tersebutakan dibukukan dan dicetak. Senarai istilah yang telah dicetak akan disebarkan kepada masyarakat untuk digunakan.


Proses menyebabkan istilah untuk kegunaan di dalam dan di luar DBP. Misalnya di dalam DBP, istilah disebarkan ke Bahagian Unit Pelaksanaan Asas, Bahagian Penerbitan Am, Bahagian Penterjemahan, Bahagian Majalah dan Jabatan Bahasa. Bagi proses penyebaran yang berlaku di luar DBP pula , kebiasaannya untuk kegunaan di unversiti, sekolah dan juga media massa. Penyebaran (definisi)


Proses penyebaran 01 02 03 04 Penyebaran istilah dilakukan dalam pelbagai bentuk khususnya istilah disebarkan melalui penghasilan daftar istilah, glosari istilah dan kamus istilah. Proses penyebaran kini bertumpu kepada media tanpa sempadan, iaitu media dalam talian. Semua istilah baharu yang telah disahkan tarafnya dimuat naik ke laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka.. Istilah yang disebarkan digunakan untuk menerbitkan buku-buku ilmiah, penerbitan berita MABBIM, berita peristilahan, senarai istilah dan ceramah.


Syarat-Syarat Pemil yarat-Syarat Pemilihan Istilah


Syarat-syarat pemilihan istilah Kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah adalah uang paling tepat untuk mengungkapkan konsep yang dimaksudkan dan yang stabil dari segi maknanya dalam bidang ilmunya. Kata atau frasa yang dipilih adalah yang paling ringkas antara pilihan yang ada yang mempunyai rujukan yang sama. kata atau frasa adalah yang sedap didengar (mempunyai ciri keindahan bunyi atau eufoni)


Kata atau frasa yang dipilih adalah mempunyai konotasi yang baik, yakni tidak berbau lucah atau membawa implikasi yang buruk dari segi agama, kepercayaan dan hubungan antarabangsa Kata atau frasa yang dipilih adalah yang dibentuk berdasarkan kaedah yang diterima Syarat-syarat pemilihan istilah


Pembentukan Istilah Baharu


pembentukan istilah baharu Pada penguhujung tahun 1960- an telah disusuna semula satu pedoman pembentukan kaya satu istilah baharu yang lebih terperinci. bedasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi, cara dan pedoman iaitu: Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden. Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masayarakat pengguna bahasa. Pembentukan istilah baharu dalam semua bidang ilmu atau uang popular hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia. Istilah baharu hendaklah memperlihatkan kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuka yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. 1. 2. 3. 4. 5.


Proses Pembentukan Istilah


Proses Pembentukan Istilah Proses Pinjam Terjemah Proses Pinjaman


Terjemah langsung Proses Pinjam Terjemah → sukatan → larut → rintangan Penggabungan dua kata umum → peluru berpandu → sudut tepat → bulan madu Penciptaan kata baharu → sohor kini → kemas kini → tangkap layar


Peluasan makna perkataan gelap lawan legap serap lawan jerap biji lawan bijirin salur lawan salir Mencipta kata baharu dengan penggandaan separa → cecair → jejari → lelangit → tetikus Proses Pinjam Terjemah


Pinjaman dengan penyesuaian ejaan → eksperimen → struktur → fizik → kinetik Pinjaman tanpa perubahan ejaan → magnet → radio → bonus → bearing Proses Pinjaman


Mengaplikasi Pembentukan Istilah Menggunakan Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Kata Bahasa Melayu Lazim dan Tidak Lazim


Langkah-lqngkah Pembentukan Istilah (Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, 1992) Penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya: garis pusat hasil keluaran Penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang kurang lazim digunakan: jisim mendap


Langkah-lqngkah Pembentukan Istilah (Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, 1992) Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu yang lazim digunakan: Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu yang sudah tidak lazim digunakan: engkabang (Iban) dening (Kelantan) dermaga (Jawa) gambut (Banjar)


Langkah-lqngkah Pembentukan Istilah (Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, 1992) Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris: skuter - scooter kadbod - cardboard Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain: de facto (Latin) ad hoc (Latin)


Syarat dalam Pembentukan Istilah 01 02 03 04 Ungkapan yang paling singkat Makna tidak menyimpang Tidak berkonotasi buruk Sedap didengar


Rumusan Penciptaan sesuatu istilah baharu adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat. Pembentukan istilah adalah berdasarkan pedoman yang ditetapkan. Skema tatacara pembentukan istilah bahasa Melayu penting untuk diketahui dan difahami oleh masyarakat.


Rujukan


Sek ian , terim a k asih Sek ian , terim a k asi KUMPULAN1 h PISMP BMSK 1AMBILANJUN2020


Click to View FlipBook Version