(BMMB3033)
KESUSASTERAAN MELAYU
1. KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
• Perkataan ‘sastera’ berasal daripada bahasa Sanskrit castra yang
membawa maksud kitab suci.
• Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala penghasilan
sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan
pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran. (Harun Mat Piah et
al;2006 hlm 6).
• Oleh itu, sastera Melayu ialah satu bidang seni kreatif di mana bahasa
Melayu sebagai medium pengantarnya. Sastera ditandai dengan beberapa
unsur khusus yang mampu membentuk tamadun dan peradaban sesuatu
masyarakat selain memperlihatkan sikap dan pandangan pengarangnya.
(Arba’ie et al,2008).
• Berikut merupakan unsur-unsur yang terdapat di dalam bidang kesusasteraan
Melayu:-
- Seni bahasa yang indah
- Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang
- Sensori atau daya sensitiviti pengarang
- Tersurat & tersirat
- Estetika atau keindahan dari segi bahasa
- Realiti kehidupan
- Alternatif
• Tegasnya, bidang kesusasteraan Melayu ini mempunyai seni bahasa yang indah
dan tersusun kerana terdapat nilai estetika dan diksi bahasanya yang tersendiri
dan menimbulkan penghayatan kepada pembaca.
2. SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU DI
MALAYSIA
• Sastera zaman awal tidak bernama kerana bersifat kolektif dan pengarang tidak mementingkan nama.
Tradisi sastera Melayu bermula dengan kewujudan suku bangsa Melayu.
• Pada abad ke-17 / selepas tahun 1600M timbul kesedaran untuk membukukan hasil-hasil sastera lama.
Sastera zaman awal berunsur hiburan, sejarah, lagenda dan mitos.
• Cerita-cerita disampaikan secara lisan dan berkaitan kehidupan masyarakat Melayu yang sejahtera dan
dikelilingi alam semula jadi yang menghijau. Cerita-cerita ini disampaikan dengan gaya yang cukup
menghiburkan, terutamanya kepada golongan kanak-kanak. Turut diselitkan dengan mesej dan ajaran
yang menjadi panduan dalam kehidupan seharian.
• Sastera tulisan bermula apabila wujud sistem tulisan. Sastera lebih berkonsepkan pengabdian
kegagahan kerajaan Melayu serta jurai keturunan raja-raja Melayu. Sastera Melayu mempunyai unsur
percampuran Hindu dan Islam semasa zaman peralihan antara Hindu dengan Islam.
2. SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU DI
MALAYSIA
• Pada penghujung abad tersebut, wujudnya hasil-hasil sastera terkenal seperti Syair Siti
Zubaidah, Syair Dandan Setia dan Syair Surat al-Kiamat.
• Sastera berkonsepkan Seni Untuk Masyarakat wujud semasa Tanah Melayu menuntut
kemerdekaan. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) berperanan penting dalam
melahirkan sastera yang bermutu dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan
nilai kemerdekaan kepada semua bangsa.
• Selepas merdeka, sastera lebih bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat,
meningkatkan hasil karya dan sasterawan yang semakin sedar tentang kedaulatan
negara Malaysia.
3. GENRE KESUSASTERAAN MELAYU
• Secara umumnya, pengkategorian sastera akan merujuk kepada tradisional dan
moden. Sastera Melayu tradisional meliputi dua genre iaitu prosa dan puisi.
Genre prosa dan puisi tradisional adalah seperti yang tersenarai:
PROSA TRADISIONAL PUISI TRADISIONAL
Sastera Rakyat Pantun
Sastera Pengaruh Hindu Syair
Sastera Zaman Peralihan Peribahasa
Sastera Pengaruh Islam Teromba
Sastera Panji Talibun
Sastera Ketatanegaraan Nyanyian Kanak-kanak
Sastera Undang-undang Jampi, Mantera
Sastera Saduran Gurindam, Zikir
Cerita Berbingkai Seloka
• Manakala bagi kategori Sastera Moden, genre prosa dan puisi moden pula
adalah seperti berikut:
PROSA MODEN PUISI MODEN
Cerpen Sajak
Novel
Drama
4. TOKOH SASTERA
• Hamzah Fansuri
Ø Seorang tokoh agama yang menggegarkan dunia melalui ciptaan puisi-puisi sufinya. Beliau
merupakan pencipta “syair Melayu” yang bercirikan puisi empat baris berpolakan a-a-a-a.
Ø Antara karya beliau ialah Rubba al Muhakkikina, Syair Perahu dan Syair Dagang. Salah satu karya
penting beliau adalah Zinat Al-Wahidin yang ditulis pada akhir abad ke-16 ketika perdebatan sengit
tentang fahaman wahdat al-wujud yang berlaku tegang di Sumatera.
Ø Teks ini telah diyakini oleh para pengkaji sebagai sebuah kitab ilmuan pertama yang ditulis dalam
bahasa Melayu.
Ø Kritikannya yang tajam terhadap perilaku politik dan moral raja-raja, para bangsawan dan orang
kaya-kaya yang menempatkannya sebagai seorang intelektual yang berani pada zamannya.
4. TOKOH SASTERA
• Abdullah Munsyi Abdullah Abdul Kadir Munshi
Ø Abdullah Munsyi Abdullah Abdul Kadir Munshi atau dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-
1854M) dan juga dianggap sebagai bapa penulisan Melayu Moden.
Ø Beliau menggunakan perkataan 'aku' di dalam kebanyakan karyanya apabila menceritakan
kenangan-kenangan dan pengalaman hidupnya untuk menunjukkan martabat kedaulatan yang
sama tinggi dan sama rendah dengan manusia lain.
Ø Karya pertama yang telah dihasilkan beliau bertajuk Syair Singapura Terbakar pada tahun 1830M.
Ø Antara karya-karyanya yang lain:-
• Hikayat Kalilah wa Daminah (Terjemahan Tamil +-1835)
• Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)
• Dawai Kulub (1838)
• Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838)
• Hikayat Abdullah (1843)
• Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854)
4. TOKOH SASTERA
• Zainal Abidin Bin Ahmad (Zaaba)
Ø Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol, Batu Kikir,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Ø Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu yang giat menulis sekitar
tahun 1940-an.
Ø Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40
tahun.
Ø Beliau juga aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan.
Ø Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro
Penterjemahan Maktab & Perguruan Sultan Idris.
Ø Antara karya-karya terulung beliau ialah Pendita Zaaba, Pelita Bahasa dan Ilmu
Mengarang.