The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyazwin2003, 2022-04-06 03:08:30

PENDIDIKAN ISLAM (BERKUMPULAN)

PENDIDIKAN ISLAM (BERKUMPULAN)

TUGASAN BERKUMPULAN

PENDIDIKAN ISLAM

NAMA AHLI KUMPULAN:
NUR ASYIKIN BINTI YUSOH (M01SKU21F018)
NUR SYAZWIN BINTI SYARIZAL (M01SKU21F013)
NURUL NAJIHAH BINTI ROSLEE (M01SKU21F001)
SITI DASMAH BINTI AZRAIE (M01SKU21F024)
AIDAH NAFISAH BINTI AZMI (M01SKU21F016)

NAMA PENSYARAH:

PUAN NORHAYATI BINTI ALI

PENGENALAN

Perkataan akidah dalam Bahasa Arab diambil daripada
perkataan aqada ( ‫) عقد‬yang bermaksud ikatan atau perjanjian.
Dari segi istilah pula akidah bermaksud apa yang menjadi
tujuan pegangan hati seseorang. Ia merupakan suatu hukum
yang tidak mempunyai ruang syak bagi seseorang tersebut dan
hukum ini bersifat relatif.

Hukum yang bersifat begini menjelaskan maksud
umum tentang akidah, merangkumi akidah yang sahih dan
batil. Bagi sesetengah orang merasakan pegangan mereka
adalah betul walhal bagi setengah yang lain pula pegangan
demikian adalah salah. Oleh kerana itu akidah yang bersifat
relatif adalah batil kerana akidah ini hanya bersumberkan
fahaman sendiri dan kecenderungan hawa nafsu. Dalam
Bahasa Arab, akidah ini disebutkan dengan aqidah al-
sayyi’ahatau aqidah al-batilahdengan maksud akidah yang
buruk atau jahat kerana merosakan kefahaman dan amalan
tuannya.

Berbeza dengan Akidah Islamiyyah, ia bersumberkan
wahyu daripada Allah SWT. Melalui wahyu Akidah Islamiyyah
dijelaskan tanpa memberi sebarang ruang kepada hawa nafsu
manusia menghasilkan fahaman sendiri malah memberi
pedoman kepada akal mereka memilih fahaman yang baik dan
menghindari fahaman yang buruk. Dengan demikian Akidah
Islamiyyah disebutkan sebagai aqidah al-hasanah atau aqidah
al-sahihah yang bermaksud akidah yang baik atau betul.

KONSEP AQIDAH ISLAMIYYAH

Pengertian,konsep aqidah islamiyyah :

-Akidah dari segi bahasa merupakan
perkataan yang berasal dari arab (ََ‫ ) َع َقد‬yang
bermakna ikatan kemas atau simpulan mati.

-Dari segi istilah akidah islam dapat ditakrifkan
sebagai kepercayaan atau keimanan kepada
hakikat dan nilai yang mutlak yang tetap dan
kekal,yang pasti dan hakiki lagi suci seperti
yang diwajibkan oleh islam iaitu kepercayaan
yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa yang
tidak mungkin terurai dalam apa jua keadaan
dan suasana.

Ciri-ciri akidah yang benar :

⚫ Percaya terhadap keesaan dan kekuasaan
Allah swt

⚫ Mengamalkan kepercayaan berlandaskan
al-Quran dan as-Sunnah

⚫ Mentauhidkan Allah swt
⚫ Melakukan amalan, upacara dan adat

istiadat yang selari dengan akidah Islam

Cara pemantapan akidah :

⚫ Sentiasa membaca dan memahami ayat-ayat suci Al-
Quran dan Hadis

⚫ Menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ceramah,forum
untuk menambahkan ilmu islam.

⚫ Sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T dan berselawat
keatas Rasulullah S.A.W

⚫ Melaksanankan islam dalam segenap aspek
kehidupan meliputi diri,keluarga dan masyarakat

⚫ Berakhlak dengan akhlak yang mulia (mahmudah)dan
menjauhkan diri daripada akhlak yang keji
(mazmumah)

⚫ Istiqamah melakukan amalan-amalan fardu dan sunat

KESIMPULAN

Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah melihat perbincangan
tentang sifat Allah adalah untuk menjadikan orang Islam
mengenaliNya sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran dan
al-Sunnah saw. Pengenalan ini bertujuan untuk menghasilkan
keimanan yang telus kepada Allah dalam erti kata
mentauhidkanNya. Pentauhidan dari segi lafaz dan maknawi
iaitu menyebut dan memahami kesempurnaan Allah yang
terhindar daripada kesyirikan, tajsim, hulul dan tasybih.
Demikianlah tauhid ini dicerap ke dalam pembahagian sifat di
sisi mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.

Pembahagian sifat Allah ini bukanlah rekaan akal
semata-mata tetapi ia berlandaskan pedoman daripada al-
Quran dan al-Sunnah. Menghayati prinsip Ahl al-Sunnah wa al-
Jama’ah yang mendokong wahyu dan menghormati akal,
pembahagian sifat Allah ini bertujuan memudahkan orang
Islam mengenal Allah SWT. MengenaliNya bukan hanya
sebagai tuhan yang disembah malah sebagai pencipta yang
memiliki kesempurnaan dan mampu menjadikan hamba dekat
serta mengharapkanNya.

Selain daripada pembahagian sifat Allah ini kepada 4
bahagian, sifat-sifat yang dinyatakan di atas juga
dirangkumkan menjadi satu bahagian yang dikenali dengan
sifat wajib bagi Allah. Ia adalah sifat 20 yang diadaptasi
daripada 3 bahagian sifat Allah di atas iaitu Sifat Zat, Sifat
Ma’aniyyah dan Sifat Salbiyyah, di tambah dengan Sifat
Maknawiyyah iaitu sifat terbitan daripada Sifat Ma’aniyyah
sepertiqadiran, muridan, aliman, hayyan, sami’an,
basiran dan mutakaliman.


Click to View FlipBook Version