DKNS. ELISABET TAIHIN PENGERUSI PMM SIB KAWASAN TAGINAMBUR Shallom, Salam Kasih dalam nama Tuhan Yesus Kristus buat semua PMM/Belia dan Jemaat Tuhan. Segala hormat pujian dan syukur hanyalah bagi Tuhan kita, Yesus Kristus. Pada kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam pelaksanaan Youth Explosion Conference yang kelima (YEC 5.0) Interdenominasi Kristian ini. Kerjasama dan sokongan padu daripada anda semua telah memungkin YEC 5.0 ini dapat dilaksanakan dengan Izin Tuhan yang maha kuasa. Sesungguhnya adalah harapan pihak pelaksana agar semua peserta dan jemaat Tuhan dapat menghayati dan menangkap pesan Tuhan melalui tema "In the Midst of Wolves" yang disampaikan Pdt. Yohannes Nahuway dan Ps. Franky Kuncoro, hamba Tuhan yang luas biasa dipakai Tuhan. Tema YEC 5.0 pada tahun ini adalah berkinasambungan daripada tema YEC 4.0 iaitu selain kita hidup berbeza dengan dunia, kita perlu menjadi kuat, bijaksana dan sentiasa berwaspada kerana firman Allah mengatakan bahawa hari-hari ini adalah jahat (Ef 5:16). Semakin hari semakin jahat. Oleh itu kita memerlukan firman untuk menjadi sandaran kita dalam menuntun kehidupan kita selama kita masih berada di dunia ini. Semoga lewat daripada pelayanan-pelayanan YEC 5.0 ini, akan membawa suatu perubahan yang signifikan baik individu, keluarga mahupun gereja-gereja dalam iman, pelayanan dan kasih yang pastinya akan mempermuliakan Bapa yang di Sorga. Kita juga dikuatkan dalam dunia yang semakin mencabar iman ini dan dalam masa yang sama kita dapat mengerjakan panggilan amanat agung (Mat 28:19-20) yang telah diberikan oleh Yesus Kristus untuk kita kerjakan selama kita berada di dunia ini. Saya percaya anda tidak akan pernah kembali dengan sia-sia kerana dia Tuhan pasti akan memenuhi anda dengan berkat-berkat yang melimpah-limpah sesuai dengan rencanaNya. Dalam kesempatan ini juga, Saya memohon maaf jika ada kelemahan dalam pelaksanaan YEC 5.0 ini. Semoga lewat daripada kelemahan ini, akan memberikan kami ruang untuk belajar sehingga pelaksanaan YEC 6.0 akan datang akan lebih baik. Dengan ini, saya akhiri ucapan saya dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih, Selamat berkonferensi dan Tuhan memberkati. Sekian. Setia Sampai Akhir, Yang benar, _____________________ Elisabet Taihin Pengerusi, PMM SIB Kawasan Taginambur IN THE MIDST OF WOLVES MATIUS 10 : 16
REV. PHOOL TAMPISAL KETUA KAWASAN SIB KAWASAN TAGINAMBUR. Salam dalam kasih Yesus Kristus, Tuhan Kita. Kepada semua Peserta Konferensi PMM Saya bagi Pihak Kepimpinan SIB Kawasan Taginambur ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana konferensi tahun ini kerna kerjasama anda semua di dalam menjayakan konferensi ini. Komitmen kamu amat di hargai. Kepimpinan berharap melalui konferensi ini Pemuda-pemudi dari berbagai denominasi turut mendapatkan berkat rohani yang luar biasa. Harapan kepimpinan agar peserta semua datang bukan karna ianya sekadar konferensi tahunan sahaja. Tetapi dengan satu komitmen untuk menjadi generasi yang berpengaruh. Melalui konferensi ini, Pemuda - Pemudi bukan sekadar mengetahui erti dari tema ini secara mendalam tetapi dapat belajar bagaimana menjadi generasi yang berpengaruh. Tidak berhenti di sini saja, apabila konferensi ini berakhir saya mendorong anda untuk mempraktikkan semua yang anda perolehi selama konferensi. Apabila pemudapemudi menyahut cabaran ini maka tercapailah objektif konferensi ini. Seperti kata 1 Korintus 3:6. “Aku menanam, Apolos menyiram, tetapi Allah yang memberi Pertumbuhan” Jangan takut gagal, anda lalukan saja bahagian anda dan Tuhan akan bertindak melaksanakan bahagianNya. Jika kita benar-benar bersandar dan percaya bahawa Tuhan akan melakukan mujizatNya, maka generasi hari ini pasti akan memberi impak yang luar biasa kepada gereja pada hari ini. semoga konferensi ini membawah berkat yang tidak terhingga kepada semua peserta. Selamat berkonferensi dan kasih serta anugerah Tuhan menyertai anda Semua. Yang benar, _____________________ Rev. Phool Tampisal Ketua Kawasan SIB Kawasan Taginambur.
PENGKHOTBAH PDT .YOHANNES NAHUWAY Gender : Pria Tempat/ Tanggal Lahir: Jakarta / 6 Oktober . 1979 Agama: Kristen Protestan Kebangsaan: Indonesia Status: Menikah Jumlah Anak: 3 anak laki-laki
PENGKHOTBAH Gereja : Jakarta Praise Community Church (JPCC) Pelayanan : Pemimpin Pujian, Penulis Lagu dan Music Producer Penglibatan Pelayanan lain : Speakers for Praise & worship Workshop/Conference Pekerjaan : Trainner of Unlimited Worship Nama Isteri : Feliana Djohan Nama Anak : Elijah Favour dan Oliver DaveFranky Kuncoro adalah Founder dari Unlimited Worship, sebuah Pusat Pelatihan untuk melahirkan Generasi Penyembah Yang Benar dan Bersinar. Bersama Unlimited Worship (IG @unlimitedworship Web: www.unlimitedworship.org), Franky telah memperlengkapi lebih dari 10.000 penyembah di Indonesia dan beberapa negara di Asia melalui konferensi, festival, workshop, masterclass, course dan academy. Franky Kuncoro juga seorang Pemimpin Pujian, Penulis Lagu dan Music Producer. Beberapa album yang pernah di produce: GMS Live, Life Tree, dan Hati untuk Bangsa. Beliau telah mengeluarkan empat (4) album solo dan menjadi nominator Anugerah Musik Indonesia kategori produksi lagu berlirik nasrani di 2017, 2021 dan 2022 melalui lagu Kemenangan Terjadi Di Sini, Roh Kudus Datanglah dan Sekali Yesus Selamanya Yesus. Kerinduan hatinya adalah membawa setiap hati kembali kepada hati yang menyembah. PS. FRANKY KUNCORO
Penaung Bapa konferensi Pengerusi Setiusaha Bendahari AJK Unit Urusetia & kecemasan Unit Pujian Penyembahan Unit Usher Unit Sokongan Pelayanan & Jurukamera Unit Kebersihan Unit Hiasan Pentas Unit Pengurusan Kelengkapan Tempat Unit Pengurusan Penginapan Unit Pengurus Gerai Unit Keselamatan Unit Penyelaras Program YEC 5.0 Unit Tugas Khas, pengangkutan Unit Hospitaliti Jemputan Unit Pengiring Jemputan Unit Kelengkapan Bekalan Elektrik Unit Hospitaliti Peserta Unit Pengacara Majlis Unit Pendoa Syafaat Unit Bimbingan dan Kaunseling Unit Sponsor Unit Publisiti dan Promosi dan Media Unit Logistik (baju) Unit Makan Minum JAWATANKUASA PELAKSANA YOUTH EXPLOSION CONFERENCE (YEC5.0) INTERDENOMINASI KRISTIAN 2024 :Majlis SIB Kawasan Taginambur, Kota Belud : Rev. Phool Tampisal : Dkns. Elisabet Taihin : Dkns. Magreta Binti Kassim : Dkns. Feiouna J. Gehiol : Magreta Kassim, Dkns. Lara Amanda, Betsy Buni : En. Clement Boy Peruh, En. Lee Elden James, Dkn.Jeeophetra Jainuddin :Cik. Hana Chrysta Handry : En. Alvin Del Pilar, Feiouna J. Gehiol, Unit Sokongan PTD, Dkn. Juanis : Cik. Laressa Alex : Cik. Clarice Jerry & Cik. Betsy Buni : Dkn. Brenly Buni : Cik. Debbie Christa Ginson : Cik. Carrent Ari : RELA : Dkns. Elisabet Taihin i)Floor Manager: Dkns. Elisabet Taihin, Laura Mapol & Azary ii)Layout Manager: Dkns. Elisabet Taihin, Cik. Clarice : En. Ellie Davidson, Dkn. Jasinto Sehing, : Cik. Allerye Arryekha Minsin & Cik Cherlice Allessandra Seminding : Dkn. Brenly Buni, Dkn. Jaymon Kassim & Dkn. Yaning Linggok : Dkn. Yaning Linggok : PMM SIB Pinasang Tamu Darat (Feiouna J. Gehiol) : Dkn. Ian Jonathan Locius : Dkns. Melessa Danil : Rev. Phool Tampisal : Dkns. Feiouna J. Gehiol : Dkn. Jeeophetra Jainuddin & Edna Dora Peruh : Carrent Ari, Listqa James : Puan Dauna
KEPADA: SIB SABAH MAJLIS GEREJA - GEREJA KOTA BELUD REV. PHOOL TAMPISAL AHLI MAJLIS KAWASAN TAGINAMBUR AHLI MAJLIS KAWASAN BANGKAHAK AHLI MAJLIS KAWASAN PEKAN AHLI MAJLIS KAWASAN NAHABA BCCM KB GEREJA ROMAN CATHOLIC GEREJA SDA PPK SMK NARINANG MAJLIS GEREJA SIB PINASANG TAMU DARAT GEREJA / SIDANG LOKAL SIB TAGINAMBUR SIB RANGALAU SOUND,LIGHTING,MULTIMEDIA & TEKNIKAL RELA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMU DARAT SIB RATAU JEMAAT SIDANG SIB TAMU DARAT JPKK, KAMPUNG TAMU DARAT ALAIV STUDIO TEAM USHER ZON 2 TEAM PENDOA ZON 2 TEAM SHOFAR DAN PENDOA SYAFAAT TEAM P&P JAWATANKUASA PELAKSANA INDIVIDU & PESERTA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DAN TERUTAMA SEKALI KEPADA TUHAN YANG TELAH MENYEDIAKAN AKAN SEGALA KEPERLUAN BAGI MENJAYAKAN YEC 5.0 TERIMA KASIH DAN TUHAN MEMBERKATI SETINGGI - TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH