The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program CIREX 6.0_compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noor Azura Azmi, 2024-05-08 18:39:19

CiREX 6.0 2024

Buku Program CIREX 6.0_compressed

DIB5B BUKU PROGRAM CiREX 6.0 | JABATAN PERDAGANGAN 9 MEI 2024 BUSINESS PROJECT AABBSSTTRRAAKK 51


BUKU PROGRAM CiREX 6.0 | JABATAN PERDAGANGAN 9 MEI 2024 KUMPULAN 1: MUHAMMAD SYAHILUL FAIZI BIN BUNANDER MUHAMMAD FIRAS BIN FAKHRUL ANAND ANIS ILANI BINTI MOHD KHAIZUL NIZAM PENYELIA PROJEK: EN. MOHD AZMI BIN MH BUSRA ABSTRAK APLIKASI TOKBAK CAMP Pada zaman kontemporari ini, perniagaan seperti penempahan tapak perkhemahan semakin berkembang dan sedang mencapai kemuncaknya pada peringkat global mahupun juga di Malaysia. Jika ditelusuri, terdapat pelbagai tempat perkhemahan yang menarik di Malaysia, namun hanya sesetengah tempat sahaja yang mempunyai tapak perkhemahan yang baik dan aktivti menarik. Permintaan bagi tempahan tapak perkhemahan terutamanya yang premium semakin meningkat dalam kalangan penggemar aktiviti seperti ini tidak kira usia yang tua atau mahupun muda dan yang terikut-ikut dengan trend dan gaya hidup zaman sekarang. Senario ini ditambah pula dengan dominasi warga muda yang sedang mencipta budaya baru baharu iaitu aktiviti sukan lasak, aktiviti ini dilakukan dengan rakan-rakan untuk memanfaati hujung minggu semasa cuti pekerjaan mahupun persekolahan. Seiring kepada permintaan penempahan tapak perkhemahan yang sekarang yang sedang meningkat, maka syarikat-syarikat perkhemahan perlulah mengambil inisiatif dari segi kecekapan untuk menyediakan dan mengendalikan sistem penempahan tapak dengan cermat kepada pelanggan. Jelaslah bahawa kecekapan, ketelitian dan kecermatan merupakan aspek-aspek yang sangat signifikan yang perlu diambil kira serta dipertimbangkan dalam perniagaan penempahan tapak perkhemahan terutamanya dalam sistem penempahan tapak perkhemahan kepada pelanggan. Umumnya diketahui bahawa setiap syarikat yang mempunyai penjenamaan yang tersendiri dan khas. Contohnya, setiap tempat perkhemahan atau syarikat perkhemahan mempunyai aktiviti-aktiviti yang berbeza seseuai dengan bentuk muka bumi pada tapak perkhemahan tersebut dibentuk khas dengan aktiviti yang khas dan unik digunakan untuk peringkat usia seperti kanak-kanak, dewasa dan orang kurang upaya (OKU) sebagai satu cara untuk menarik perhatian para penggemar aktiviti perkhemahan tersebut yang membuatkan ianya kelihatan unik. Antara salah satu produk perniagaan untuk mengendalikan sistem penempahan tapak yang penting yang perlu diberi perhatian adalah cara pelanggan menempah tapak perkemahan dalam bentuk aplikasi yang diberi nama Tokbak Camp yang mengendalikan sistem penempahan mereka dengan lebih sistematik dan menarik. 52


BUKU PROGRAM CiREX 6.0 | JABATAN PERDAGANGAN 9 MEI 2024 KUMPULAN 2: FARIS HAFIZI BIN MOHD HAZELI MUHAMMAD AZAM BIN HANAPI MOHAMAD NASRUL IMAN BIN ISA MUHAMAD DANYEL AFIQ BIN HAIRUL BASIR PENYELIA PROJEK: DR. ROSMANIZAH BINTI DERAHMAN ABSTRAK CASSAVA: AN ODOR ELIMINATOR Penanaman ubi kayu di Sabak Bernam Selangor telah menjadi penyumbang kepada sektor pertanian yang sedang berkembang dari sudut sumbangan kepada KDNK dan juga sebagai sumber pertanian sara diri. Penanaman ubi kayu telah diusahakan secara tradisional dan juga secara komersil. Walaubagaimanapun hasil penyelidikan kami mendapati, terdapat beberapa proses dari pertanian ubi kayu telah menyumbang kepada masalah yang berpotensi mengancam alam sekitar terutama semasa proses penuaian hasil. Melalui kaedah pengeringan dan juga kaedah kutipan terus, hasil buangan penanaman ubi kayu iaitu daun tua dan rantingnya dapat menghasilkan produk inovasi. Penggunaan daun ubi kayu sebagai penghapus bau merupakan pendekatan perintis untuk menangani cabaran alam sekitar. Daun ubi kayu tua dengan sifat penyerap yang wujud dan keupayaan untuk meneutralkan bau, muncul sebagai pembersih udara yang mampan dan mesra alam di samping boleh meningkatkan hasil pendapatan komuniti setempat. Dengan menggabungkan segala usaha penyelidikan dan beberapa ujian dalam pelbagai suhu dan jangkamasa, produk ini dijangkakan boleh membantu pengguna dengan penyelesaian yang berkesan untuk memerangi bau yang tidak diingini dalam persekitaran harian mereka. Produk lanjutan melalui bendalir daun ubi kayu (produk semburan) juga boleh membantu peningkatan pendapatan komuniti sekaligus mengurangkan pembaziran dan kerosakan alam yang berlaku di dalam proses tuaian ubi kayu. Kesimpulannya, penggunaan ubi kayu juga sebagai penghapus bau mewakili inisiatif dengan implikasi yang luas untuk kelestarian dan daya maju sektor pertanian. Dengan menerima penyelesaian inovatif yang menggabungkan amalan pertanian dengan penjagaan alam sekitar, inisiatif ini membuka jalan untuk masa depan yang lebih berdaya tahan. 53


BUKU PROGRAM CiREX 6.0 | JABATAN PERDAGANGAN 9 MEI 2024 KUMPULAN 3: MUHAMMAD ADAM AQMAL BIN MOHAMAD KHAIRUL HADI ASHNA ARISSA BINTI SYAIFUL RAZI NUR AIN QISTINA BINTI MAT SHAHARIM NIK MOHAMMAD DANIEL BIN NIK KAMARUZAMAN PENYELIA PROJEK: PN. NOR SUHAIRA BINTI JAMIL ABSTRAK APLIKASI EXPLORE4EAT Dalam era digital saat ini, kemudahan aplikasi telah menjadi sebahagian fasiliti yang penting dalam kehidupan harian pengguna telefon pintar. Oleh itu, kaedah pemasaran menggunakan aplikasi adalah sangat penting dalam sesebuah perniagaan dalam mencari pelanggan atau pengguna akhir. Tinjauan awal mendapati kesemua sepuluh (10) peniaga yang ditemubual memerlukan kaedah pemasaran terkini untuk menaikkan jumlah jualan manakala pengguna dalam kalangan pelajar PSIS pula kurang mengetahui lokasi kedai makan yang menarik di sekitar Sabak Bernam dan Sungai Besar. Oleh sebab itu, aplikasi Explore4Eat diperkenalkan dengan objektif menghubungkan peniaga dan pengguna dalam satu platform khusus sekaligus meningkatkan keberkesanan pemasaran bagi perniagaan dalam industri makanan. Aplikasi ini dijangka dapat membantu pemilik perniagaan meningkatkan jualan mereka di samping memudahkan pengguna untuk mencari lokasi kedai-kedai makan yang menarik. Maklumbalas yang diperoleh menunjukkan aplikasi ini berjaya membantu peniaga beroleh peningkatan jumlah pelanggan manakala pengguna telah menemui kedai-kedai makan yang menarik walaupun kurang popular. 54


BUKU PROGRAM CiREX 6.0 | JABATAN PERDAGANGAN 9 MEI 2024 KUMPULAN 4: NUR AIN SYAZWINA BINTI MOHAMAD KAMIL RAHMATIKA BINTI MUHAMAD HARIS NUR ANISAH BINTI KHAIRUL AZMAN NURIN NABILA BINTI MOHD AMRUN PENYELIA PROJEK: CIK SAZANA BINTI ABD RAHMAN ABSTRAK REVOLUTIONARY PARCEL SYSTEM-EZTECH EZTECH adalah merupakan satu laman sesawang yang baru di bina bagi sistem pengurusan penghantaran bungkusan yang lebih sistematik dan mesra pengguna. Inovasi ini adalah dicadangkan untuk digunakan oleh pihak pengurusan Koop Parcel dan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), bagi menggantikan sistem manual yang sedia ada. Pada era kini, pelajar institusi pengajian tinggi lebih gemar membuat pembelian barangan secara maya atau di dalam talian, berbanding secara fizikal. Sehubungan itu, masalah akan wujud dari sudut keberkesanan sistem pemprosesan, penghantaran dan penerimaan barang daripada pihak pengurusan Koop Parcel, terutamanya pada waktu puncak. Perkara ini akan memberi impak kepada sistem pengurusan bungkusan sedia ada di Koop Parcel untuk menguruskan jumlah bungkusan yang semakin bertambah hari demi hari. Oleh itu, projek ini mencadangkan penggunaan laman sesawang EZTECH yang merevolusi satu sistem atas talian pengurusan bungkusan yang baharu di PSIS. Inovasi ini telah di bina bagi menambah baik sistem pengurusan manual sedia ada dengan pembinaan satu laman sesawang di atas talian yang bertujuan untuk memudahkan capaian oleh pihak Koop Parcel serta pelajar-pelajar di PSIS. Hasil kajian melalui soal selidik menunjukkan 70% responden bersetuju agar EZTECH digunakan sebagai menggantikan sistem manual yang sedia ada. 55


BUKU PROGRAM CiREX 6.0 | JABATAN PERDAGANGAN 9 MEI 2024 KUMPULAN 5: NUR AIN ALIA BINTI SALLEHUDIN NUR NAFISA EIZREN BINTI MOHD ROSDI ANIS NUR IMAN NATASHA BINTI AHMAD AIDIL SITI NOR FARAH DIANA BINTI MABEE PENYELIA PROJEK: PN. SITI HAJAR BINTI ARANI ABSTRAK APLIKASI BONDA STORE Dalam meniti arus kemodenan ini, perniagaan gerai makanan semakin berkembang dan sedang mencapai kemuncaknya pada peringkat global mahupun di Malaysia.Jika dikaji secara mendalam, gerai makanan mudah didapati di bandar – bandar besar dan di kawasan luar bandar, namun perniagaan ini juga telah berkembang di pekan kecil. Permintaan bagi makanan sarapan pagi semakin meningkat dalam kalangan masyarakat kita terutamanya di kalangan pekerja. Seiring dengan peningkatan permintaan, gerai makanan perlulah mengambil inisiatif dari segi keteraturan atau kecekapan dalam cara menyediakan perkhidmatan pesanan makanan dengan pantas dan cermat kepada pelanggan. Antara salah satu penggunaan yang penting dalam perniagaan gerai makanan yang perlu diberi perhatian adalah teknologi pesanan makanan. Oleh itu, satu perniagaan gerai makanan iaitu Nasi Lemak Bonda di Kampar, Perak telah dipilih oleh pengkaji untuk meningkatkan lagi aspek cara perkhidmatannya melalui beberapa kaedah bermula daripada mengenalpasti masalah kedai tersebut sehinggalah keberkesanan soal selidik bagi aspek cara teknologi produk inovasi kami iaitu aplikasi “Bonda Store”. Sebelum wujudnya aplikasi ini, terdapat isu yang dihadapi oleh gerai Nasi Lemak Bonda seperti pelanggan beratur panjang pada waktu kemuncak. Jelaslah bahawa, selepas wujudnya aplikasi yang kami bangunkan untuk gerai makanan ini sebanyak 80% daripada kalangan responden sangat bersetuju bahawa produk inovasi ini membantu menyelesaikan masalah gerai yang dikaji sekaligus mempamerkan kecekapan dari aspek perkhidmatan pesanan makanan kepada pelanggan. Sebagai penghias bicara akhir, rekaan aplikasi ini dipercayai dapat menjadi nilai tambah kerana reka bentuk aplikasi yang mudah digunakan serta dapat mengatasi masalah utama yang dialami oleh perniagaan. 56


BUKU PROGRAM CiREX 6.0 | JABATAN PERDAGANGAN 9 MEI 2024 KUMPULAN 6: NUR IMAN QISTINA BINTI AMINUDIN NURSYAUQINA BINTI MOHD HAZAMUDIN NUR AZRA FATNUN BINTI HALIDAN NUR AZREEN BINTI AZIZAN PENYELIA PROJEK: PN. NORHAFIZAH BINTI ABD KADIR ABSTRAK THIRACK Penggunaan rak yang semakin banyak digunakan dan boleh dikatakan hampir semua masyarakat di Malaysia mempunyai rak yang tersendiri di setiap rumah mereka. Jika ditelusuri, rak ini mudah didapati di bandar-bandar besar, namun penjualan rak ini juga boleh didapati di pekan-pekan kecil. Permintaan bagi penggunaan rak terutamanya yang canggih semakin banyak dijual oleh perusahaan tidak kira mempunyai kilang pembuatan rak yang besar mahupun kilang kecil yang telah mengikut peredaran zaman yang semakin maju. Antara salah satu produk rak yang penting yang perlu diberi perhatian kepada reka bentuk rak atau “Thrirack” dari aspek penggunaan rak oleh masyarakat di Malaysia. Oleh itu, satu perniagaan kedai makan iaitu Restoran Zura di Sabak Bernam telah dipilih untuk dikaji bagi meningkatkan lagi aspek cara penggunaan rak ini kepada penjualan makanan yang mempunyai kedai makan yang kecil dan kepada isi rumah yang bekerja dari rumah untuk menambah pendapatan dalam penggunaan rak melalui beberapa kaedah bermula daripada mengenal pasti masalah kedai tersebut sehinggalah keberkesanan soal selidik bagi aspek cara penggunaan rak tersebut dengan produk inovasi “Thrirack”. Rak ini boleh dikatakan sebagai rak yang dapat memudahkan urusan dan mempercepatkan masa dalam penghantaran makanan kepada pelanggan sekaligus dapat menyusun barang yang tidak kemas agar kelihatan lebih teratur dan juga dapat menghadkan penggunaan ruang yang banyak. Oleh itu, idea rekaan kami yang inovatif iaitu “Thrirack” dipercayai dapat menjadi nilai tambah dari segi estetika kerana bentuk yang unik serta mengatasi masalah utama yang dialami oleh peniaga kedai makan dapat diatasi dengan baik. 57


BUKU PROGRAM CiREX 6.0 | JABATAN PERDAGANGAN 9 MEI 2024 KUMPULAN 7: NORLAUZAH HUMAIRA BINTI JONERRI NUR AFIQAH FARAHANA BINTI MOHAMAD NOR NUR MAISARAH BINTI KAMSANU PENYELIA PROJEK: EN. HAZIRI BIN HUSAIN ABSTRAK MAGIC MIST Kulit muka merupakan bahagian pada tubuh badan yang paling sensitif dan perlu dijaga dengan baik dan rapi. Oleh itu, banyak produk kecantikan telah dijual di pasaran tidak mengira di dalam negara mahupun di luar negara bagi merawat masalah kulit muka. Pelbagai jenis produk kecantikan seperti pencuci muka, pelembap, toner dan serum telah dicipta bagi merawat kulit muka dengan kelebihan produk masing-masing. Penggunaan bahan-bahan bagi sesuatu produk perlulah bersesuaian dengan kulit muka seseorang. Permintaan produk penjagaan kulit ini semakin meningkat dari semasa ke semasa kerana pendedahan media sosial dan pengetahuan masyarakat dalam menjaga kulit muka. Tambahan pula, pada masa kini semakin ramai yang mula menjadi ikutan ramai pengguna yang lebih dikenali sebagai trending dengan membeli produk berjenama di pasaran yang dipromosikan dalam media sosial. Seiring dengan permintaan produk penjagaan kulit yang semakin meningkat tidak kira dari jenis,bahan-bahan dan harga, masyarakat mestilah memastikan bahan-bahan yang dicampurkan dalam produk adalah selamat untuk kulit dan tidak memberikan iritasi kepada kulit wajah. Jelaslah bahawa ketelitian merupakan aspek yang sangat signifikan yang perlu diambil kira dalam mencipta sesuatu produk penjagaan kulit. Secara umumnya, produk penjagaan kulit mempunyai penjenamaan yang tersendiri dan mempunyai ciri ciri khas dengan logo serta dari segi pembungkusan. Kebiasaannya, antara asas menjaga kulit muka adalah dengan menggunakan penyembur muka sebelum dimulakan dengan produk-produk lain di mana bahan asas yang digunakan dalam penyembur muka adalah air dan dicampur dengan bahan-bahan lain. Walau bagaimanpun, bukan semua jenis kulit serasi dengan jenis-jenis bahan yang dicampurkan. Oleh itu, produk ini telah diinovasikan sebagai satu idea rekaan produk penyembur muka dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi bagi memastikan kulit muka sensitif boleh menggunakannya. Dalam kalangan pengguna yang berkulit sensitif amat sukar untuk memilih produk yang bersesuaian dan mudah terjadi iritasi pada kulit. Dengan idea rekaan produk ini yang dirumus khas untuk kulit sensitif dan kering ini akan dapat membantu mereka yang mempunyai masalah tersebut. Selain daripada kegunaan untuk kulit muka, ia juga boleh digunakan pada rambut. Hal ini boleh membantu dan merawat masalah rambut yang kering, berkelemumur serta dapat mengurangkan masalah rambut yang berbau. Oleh itu, produk ini dinamakan ‘Magic Mist’ kerana ia boleh digunakan pada dua tempat iaitu kulit muka dan rambut. 58


BUKU PROGRAM CiREX 6.0 | JABATAN PERDAGANGAN 9 MEI 2024 KUMPULAN 8: MUHAMMAD AMMAR IRFAN B MUHAMMAD KHAIRUSYSYAKIRIN MUHAMMAD AZREEL BIN ABD LATIF MUHAMMAD HAZIM HAIKAL BIN MOHAMMED MAZLAN PENYELIA PROJEK: DR. MAZURA BINTI MANSOR ABSTRAK SHARP GUARD Pengurusan risiko penting dalam melakukan sesuatu perkerjaan kerana aktiviti ini memastikan keselamatan perkeja terpelihara untuk setiap aktiviti. Pengurusan risiko dalam pelaksanaan pekerjaan adalah bertujuan untuk mengawal, mencegah dan mengurangkan sebarang kemungkinan risiko dan kemalangan. Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti pengurusan risiko dan pelaksanaan aktiviti premis dandanan rambut di Klang, Selangor. Pada masa kini, penggunaan alatan tajam moden pakai buang sering digunakan kerana ianya adalah satu alatan ringkas dan mudah untuk digunakan. Usahawan pedandanan rambut juga tidak ingin terlepas untuk menggunakannya seiring dengan perkembangan alatan-alatan moden. Seiring dengan permintaan perkhidmatan pedandanan rambut yang semakin meningkat, pengurusan pisau cukur sering terabai daripada aspek keselamatan, kebersihan dan segala kos yang terlibat tidak diambil peduli. Pisau cukur perlu dikendalikan dengan cermat disebabkan boleh mendatangkan bahaya kepada pelanggan mahupun pekerja yang terlibat. Projek ini dilakukan bagi menyediakan satu produk yang dapat memberikan keselamatan ketika menguruskan pengurusan pisau cukur dari proses awal hingga akhir. Persampelan rawak telah diguna pakai oleh premispremis yang ingin dikaji. Kajian mendapati projek yang dicipta telah mencapai objektif iaitu dapat mengoptimumkan kos pengurusan pisau cukur, meningkatkan bilangan pelanggan dan menjimatkan masa pekerja dalam pengurusan pisau cukur. Produk projek yang diterbitkan juga berbeza dengan produk yang berada di pasaran dimana produk ini tidak menggunakan sebarang tenaga elektrik dalam mengendalikannya. Produk yang dicipta juga dinamakan “Sharp Guard” dengan penggunaannya yang mudah di praktikkan dan menarik. Oleh itu, dapatan kajian ini memberi panduan kepada pihak pengurusan premis dandanan rambut agar peka terhadap amalan pengurusan risiko dalam aktiviti pekerjaan yang dilakukan. 59


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Politeknik Sultan Idris Shah Politeknik Sultan Azlan Shah Kolej Komuniti Sabak Bernam Sekolah Menengah Agama Parit Baru Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Baru Sekolah Kebangsaan Teluk Ru Sekolah Kebangsaan Parit Baru Pelajar DSK5A Danisha Oven Enterprise Lisa Kitchen Enterprise Ika Kitchen Enterprise Irxara Enterprise serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan CiREX 6.0 BUKU PROGRAM CiREX 6.0 | JABATAN PERDAGANGAN 9 MEI 2024 SEKALUNG PENGHARGAAN 60


Banyak durinya pohon semalu, Tumbuh melata dipijak dara, Serata dunia mencari ilmu, Ilmu akhirat jangan dilupa. BUKU PROGRAM CiREX 6.0 | JABATAN PERDAGANGAN 9 MEI 2024 PESANAN 61


CCiiRREEXX66..00 COMMERCE INNOVATION, RESEARCH AND ENTREPRENEURIAL EXHIBITION JABATAN PERDAGANGAN


Click to View FlipBook Version