The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vnsaeva, 2023-10-26 12:09:25

LAPORAN AMALI PERTOLONGAN CEMAS

Bantu mula cemas posisi pemulihan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) [BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] (AMBILAN JUN 2022) -PENTAKSIRAN BERTERUSANSEMESTER 1, TAHUN 2 SESI OGOS-DISEMBER 2023 NAMA PELAJAR : VANESA EVA ANAK ANHU NO. KAD PENGENALAN : 031128130536 ANGKA GILIRAN : 2021072340422 KUMPULAN / UNIT : BM SK6 KOD / NAMA KURSUS : PKES3123 PERTOLONGAN CEMAS TAJUK TUGASAN TUGASAN 2 (40%) LAPORAN AMALI TARIKH MULA 22/9/2023 TARIKH HANTAR 20/10/2023 NAMA PENSYARAH : ENCIK K.RAJA M.KANAPATHY JABATAN / UNIT : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Dengan ini saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas dari pensyarah kerja kursus ini dan saya telah merujuk dan memahaminya. TANDA TANGAN TARIKH eva 20/10/23 Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: (Diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada pensyarah)


1 PENGHARGAAN Terima kasih saya ucapkan kepada Tuhan kerana limpah kurniaan yang diberikannya kepada saya, maka saya dapat menyiapkan tugasan PKES 3123 Pertolongan Cemas ini dengan baik. Dalam penghasilan kerja kursus ini banyak liku dan cabaran yang saya hadapi. Namun, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kepada pensyarah yang membimbing saya Encik K.Raja A/L Kanapathy tidak jemu memberi tunjuk ajar, membimbing dan berkongsi ilmu dengan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada orang tua yang tidak jemu memberi semangat dan mendoakan saya. Tidak lupa juga, terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah-pensyarah subjek lain dan rakan saya kerana membantu saya. Sekian, terima kasih.


2 KANDUNGAN Muka surat 1 PENGENALAN 3 2 MENTAFSIR SITUASI POSISI PEMULIHAN 3 2.1 MENGENAL PASTI RISIKO DAN BAHAYA 3 3 KECEDERAAN YANG DIALAMI 4 4 PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS 5 5 SENARAI SEMAK PENGURUSAN POSISI PEMULIHAN 8 6 KESIMPULAN 10 7 RUJUKAN 12


3 1 PENGENALAN Pertolongan Cemas merupakan bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera atau menyelamatkan seseorang sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah di hospital. (Muhammad Azmeerullah Mohd Amir, 2022). Biasanya, pertolongan cemas ini diberikan oleh individu yang mempunyai kemahiran atau pengetahuan dalam bantu mula kecedaraan supaya individu yang dirawat mendapatkan bantuan awal berkesan. Pertolongan cemas ini juga merupakan satu langkah atau tindakan yang dilakukan dalam keadaan situasi mendadak dengan memberikan pertolongan yang pantas untuk menyelamatkan mangsa dalam situasi yang mengancam nyawa. Pengetahuan mengenai bantuan awal sangat perlu dititkberatkan oleh semua individu serta perlu dipelajari bagi membantu atau menyelamatkan mangsa ssekali gus menanamkan sifat selalu bersedia dalam apa jua situasi. Asas pengetahuan pertolongan cemas yang perlu diambil berat oleh semua pihak iaitu prosedur-prosedur dalam memberikan bantuan awal. Tanpa mengetahui prosedur-prosedur bantu mula yang betul dan tepat, seseorang itu tidak dapat membantu memberikan pertolongan kerana prosedur ini penting untuk menghentikan pendarahan atau menyelamatkan mangsa daripada keadaan yang berbahaya. Dengan itu, laporan ini berkaitan dengan bantu mula kecederaan posisi pemulihan daripada pengsan akibat melakukan aktiviti beriadah semasa keadaan cuaca yang panas. Bantu mula kecemasan yang digunakan iaitu DRABC untuk membantu mangsa yang pengsan ini. 2 MENTAFSIR SITUASI POSISI PEMULIHAN Pada waktu petang sekitar jam 3p.m., Vanija dan Kirana keluar beriadah berdekatan dengan taman permainan di kawasan perumahan mereka. Pada masa tersebut, keadaan cuaca panas terik namun Vanija dan Kirana tetap meneruskan aktiviti riadah mereka iaitu berjoging. Semasa mereka sedang berjongging, tiba-tiba salah seorang pengunjung remaja perempuan di taman tersebut yang turut beriadah terbaring di laluan pejalan kaki yang akan dilalui oleh mereka. Vanija dan Kirana bergerak pantas ke arah mangsa yang sudah tidak sedarkan diri dan keadaan mangsa lemah serta tidak menunjukkan mana-mana pergerakan. 2.1 MENGENAL PASTI RISIKO DAN BAHAYA Berdasarkan scenario yang telah dinyatakan, risiko yang dikenal pasti akan dihadapi mangsa iaitu pernafasan mangsa semakin berkurang kerana cuaca yang panas terik dan tiada angin di kawasan sekeliling serta sejarah kesihatann yang dialami mangsa. Selanjutnya, mangsa dalam keadaan bahaya apabila individu yang menolong tidak mengetahui perkara yang


4 berlaku. Hal ini menyebabkan individu yang mahu memberikan bantu mula akan melakukan kesalahan lalu akan memberikan kesan yang negatif kepada mangsa. Misalnya, mangsa akan diberikan bantu mula cemas yang berbeza dengan bantu mula yang sepatutnya diterima oleh mangsa. Lantaran itu, mangsa akan mengalami risiko dan bahaya yang serius akibat sejarah kesihatan mangsa terutamanya mangsa tidak dapat dikenal pasti terutamanya mangsa yang tidak dapat memberi respon. Oleh itu, mengetahui sejarah kesihatan mangsa sangat penting sebelum memberikan pertolongan cemas supaya mangsa ini tidak berada dalam keadaan bahaya. 3 KECEDERAAN YANG DIALAMI Selain itu, berdasarkan senario di atas, mangsa di dalam situasi mengalami strok haba sehingga menyebabkan ia pengsan. Hal ini terjadi kerana mangsa telah melakukan aktiviti riadah yang berat iaitu bersukan semasa cuaca sedang panas. Menurut Badra, 2023 mendefinisikan strok haba suatu keadaan yang serius akibat keadaan sekeliling yang terlampas panas sehingaa badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ia berlaku apabila suhu badan mendadak naik melebihi 40 darjah celsius ke atas. Hal ini terjadi kerana suhu badan yang normal 37-38 darjah celsius berubah kepada suhu yang lebih tinggi. Dengan itu, suhu badan ini tidak stabil kerana melebhi suhu yang normal lalu ia mengakibatkan fungsi otak terjejas lalu seseorang itu akan pengsan. Terdapat 14 kes strok haba direkodkan pada Ogas yang lalu akibat cuaca yang panas (Bernama, 2023). Kes strok haba ini direkodkan daripada beberapa buah negeri dan salah satunya membawa maut. Oleh itu, setiap individu haruslah mengambil langkah berjaga apabila terdedah kepada cuaca yang panas dengan selalu memantau suhu badan untuk tidak berubah secara drastik. Selain itu, penyebab keparahan strok haba ini juga iaitu kekurangan air dan garam galian di badan dalam jumlah banyak (Yusof bin Ismail, 2019). Mangsa melakukan aktiviti bersukan tanpa mengambil berat jumlah kandungan air dalam badan. Sebagai contohnya, mangsa tidak minum air air selepas melakukan aktiviti bersukan sehingga menyebabkan badan mangsa kekurangan air. Perkara sedemikian sedikit sebanyak menyebabkan mangsa dehidrasi kerana banyak air yang hilang daripada badan melalui peluh sehingga mencetuskan strok haba lalu pengsan apabila keadaan sekeliling yang terlampau panas. Kekurangan air di dalam badan menyebabkan suhu badan tidak stabil kerana tiada cecair yang mampu meredakan suhu badan. Menurut Izwan Abdullah, 2023 di berita hmetro menyatakan untuk sering minum air kosong setiap kali waktu rehat melakukan aktiviti bagi mengekalkan suhu badan dalam keadaan yang stabil. Pengekalan suhu badan dapat mengelakkan seseorang itu pengsan secara tiba-tiba semasa beriadah.


5 Simptom yang dialami mangsa pada masa tersebut iaitu tidak sedarkan diri, denyutan jantung menjadi cepat serta pernafasan mangsa laju dan pendek serta badan mangsa terasa panas apabila disentuh. Selanjutnya, simptom sedemikian menjadi punca kepada mangsa pengsan di laluan tempat berjoging secara tiba-tiba akibat daripada strok haba ini. Sekiranya, simptom ini tidak diambil berat maka individu yang ingin melakukan bantu mula cemas akan melakukan kesalahan dalam merawat mangsa. Tuntasnya, bantu mula yang sesuai semestinya DRABC untuk membantu mangsa sedar daripada pengsan lalu sebagai rawatan awal sebelum dirujuk ke hospital untuk rawatan selanjutnya. 4 PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS Kaedah DRABS sesuai diaplikasi dengan prosedur pertolongan cemas pengsan akibat strok haba ini. Vanija dan Kirana telah memilih kaedah ini kerana bersesuai dengan situasi mangsa yang pengsan ini. Selanjutnya, mereka juga mahir dalam mengaplikasikan kaedah DRABC ini dalam apa jua situasi yang bersesuai kerana pernah mempunyai pengalaman sebelum ini. Sebelum memilih kaedah ini, mereka terlebih dahulu menganalisis mangsa dan bersepakat untuk memilih kaedah yang paling berkesan untuk membantu mangsa. Langkah pertama yang dilakukan oleh mereka dalam memberi bantu mula kecemasan berdasarkan kaedah DRABC iaitu D- Danger atau bahaya . Mereka memastikan persekitaran tempat membantu mangsa dalam keadaan selamat untuk mangsa dan diri sendiri. Persekitaran yang selamat daripada mana-mana gangguan sangat penting supaya keselamatan kedua-dua pihak terjamin daripada ancaman. Misalnya, persekitaran tersebut tidak menghalang laluan pengujung serta benda yang tajam kerana mangsa yang ingin dibantu tidak sedarkan diri. Sekiranya, kawasan tersebut tidak selamat maka bantu mula kecemasan sukar dilaksanakan kerana terdapat gangguan yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, penting untuk mengetahui keadaan sekeliling selamat terlebih dahulu sebelum melakukan prosedur pertolongan cemas yang lain. Kemudian, R- Respon atau dalam tindak balas yang perlu dilihat oleh perawat di mangsa. Perawat perlulah mendapatkan tindak balas mangsa dengan mengoncanggoncangan tubuh badan mangsa secara perlahan lalu menanyaka perkara yang berlaku. Namun, mangsa di dalam scenario tidak dapat memberi tindak balas kerana mangsa pengsan dan tidak sedar akan perkara sekeliling dia. Dengan itu, perawat harus menghungi pihak kecemasan dengan segera untuk mendapatkan bantuan dengan mendail 999 bagi memanggil ambulans. Semasa memanggil ambulans perlulah menyatakan keadaan mangsa supaya pihak kecemasan ini cakna dengan menyiapkan kelengkapan yang sepatutnya.


6 Seterusnya, A- Air iaitu merujuk kepada saluran pernafasan. Kedudukan mangsa haruslah dalam keadaan baring lalu kepala mangsa didonggakkan untuk membuka saluran pernafasan dengan mengangkat dagu mangsa selaras dengan kedudukan dada. Hal ini supaya saluran pernafasan mangsa menjadi lebih lancar dan membekalkan oksigen ke otak. Selepas selesai, iaitu melakukan B- Breathing atau dikenali sebagai pernafasan. Semasa melakukan langkah ini, perawat haruslah memeriksa pernafasan menggunakan kemahiran 3M (Melihat, Merasa dan Mendengar) pernafasan dalam tempoh masa 5 hingga 10 saat. Jika mangsa pengsan, pernafasan dan nadi berfungsi dengan keadaan baik maka rawat sebarang kecederaan yang mengancam mangsa dan letakkan mangsa dalam posisi pemulihan. Namun, apabila pengsan dan tiada ada pernafasan tetapi mempunyai denyutan nadi maka perlu memberi 10 hembusan pernafasan bantuan. Pada langkah terakhir, C- Circulation digunakan untuk peredaran darah. Perawat perlu memberikan bantuan CPR dengan meletakkan kedua-dua bahagian belakang tapak tangan perawat di dada mangsa untuk memberi tekanan pada secara selang-seli 15 kali dengan dua bantuan pernafasan di mulut. Jangan berhenti melakukan CPR sehingga denyutan nadi menunjukkan tanda berfungsi. Periksa denyutan nadi selepas melakukan 10 kali bantuan pernafasan. Setelah memberikan bantuan pernafasan, pastikan mangsa boleh bernafas sendiri dan periksa denyutan nadi di leher bahagian arteri kartoid. Biarkan mangsa dalam posisi pemulihan sementara menunggu bantuan sampai. Kaedah bagi melakukan posisi pemulihan iaitu pembantu pertolongan cemas membongkok di sisi mangsa yang terbaring. Kemudian, buka salur udara dengan mendonggakan kepala dan menggangkat dagu mangsa serta luruskan kaki mangsa. Setelah selesai, letakkan lengan mangsa yang paling hampir dengan perawat dalam sudut yang tepat terhadap badan lalu bengkokkan siku dan tapak tangannya ke atas. Gambar 4.0: Langkah pertama dalam posisi pemulihan.


7 Langkah kedua, angkat lengan mangsa yang satu lagi ke atas dada. Pegang tanggan mangsa dan letakkan di ke atas pipi mangsa yang hampir dengan perawat dan biarkan di situ sahaja. Gambar 4.2: Langkah kedua dalam posisi pemulihan. Di samping itu, langkah ketiga dengan menggunakan tangan satu lagi, pegang paha mangsa yang jauh dari perawat lalu angkat lutut mangsa ke atas. Namun pastikan tapak kakinya terletak mendatar di atas tanah. Gambar 4.3: Langkah ketiga dalam posisi pemulihan. Seterusnya, langkah keempat, dengan keadaan tangan tertekan ke atas pipi, tarik paha mangsa ke arah perawat dan dalam keadaannya menyereng.


8 Gambar 4.4: Langkah 4 dalam posisi pemulihan. Langkah kelima, condongkan kepala ke belakang untuk memastikan salur udara sentiasa terbuka. Selanjutnya, betulkan tangan di bawah pipi supaya kepala sentiasa berada dalam kedudukan yang tercondong. Langkah keenam pula, betulkan bahagian atas kaki supaya kedua-dua paha dan lutut membengkok dan langkah yang terakhir dail 994 mendapatkan bantuan ambulans. Pastikan memeriksa denyutan nadi dan pernafasan sekerap yang boleh semasa menunggun bantuan tiba. 5 SENARAI SEMAK PENGURUSAN POSISI PEMULIHAN Berikut di bawah merupakan senarai semak bagi posisi pemulihan yang dirujuk di buku manual pertolongan cemas. (St. John Ambulance et al., 2006): BORANG SENARAI SEMAK BIL PROSEDUR / @ X 1. Menilai keselamatan situasi sebelum merawat mangsa. 2. Memeriksa respons dan pernafasan mangsa. 3. Tafsir situasi mangsa dengan pantas. 4. Membuat panggilan perkhidmatan perubatan kecemasan dan nyatakan perkara berikut : a. Memberitahu nama pemanggil, lokasi dan nombor telefon. b. Nyatakan situasi, bilangan dan keadaan mangsa. c. Tamatkan panggilan setelah selesai membuat panggilan dengan pihak perubatan. PENGAPLIKASIAN BANTU MULA KECEMASAN D.R.A.B.C 5. D – DANGER (BAHAYA)


9 a. Memastikan persekitaran tempat membantu mangsa dalam keadaan selamat untuk mangsa dan diri sendiri sebelum membuat langkah bantu mula yang lain. b. Alihkan bahaya dari mangsa atau alihkan mangsa dari sebarang bahaya seperti bendasing yang menghalang mangsa untuk dibantu. 6. R – RESPONSE (TINDAK BALAS) a. Mendapatkan tindak balas mangsa dengan mengoncanggoncangan tubuh badan mangsa secara perlahan lalu menanyaka perkara yang berlaku. b. Memastikan mangsa memberikan tindak balas. *Teriak dan tanya keadaan mangsa degan jelas* c. Jika mangsa tidak memberikan respons, segera hubungi pihak kecemasan / ambulans dengan segera. 7. A – AIR (SALURAN PERNAFASAN) a. Betulkan kedudukan mangsa. b. Donggakan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan. (Dongak kepala & angkat dahu mangsa selaras dengan kedudukan dada) 8. B – BREATHING (PERNAFASAN) a. Periksa pernafasan mangsa dengan melakukan kemahiran 3M iaitu Melihat, Merasa dan Mendengar pernafasan selama 5 hinggan 10 saat. b. Mendengar pernafasan mangsa melalui mulut mangsa dengan teliti. c. Jika tiada pernafasan berlaku, lakukan tekanan pada dada mangsa dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. d. Buat satu pernafasan yang panjang untuk memenuhi paru-paru dengan udara dengan meletakkan bibir pada sekeliling mulut mangsa untuk memberi bantuan pernafasan. 9. C – CIRCULATION (PEREDARAN DARAH) a. Mulakan bantuan CPR dengan memberikan tekanan dada secara berselang-seli sebanyak 15 kali dengan dua pernafasan bantuan b. Memastikan mangsa sudah bernafas kembali dengan lancar tanpa ada bantuan lagi.


10 c. Periksa denyutan nadi mangsa di bahagian arteri karotid (leher) secara berkala. d. Baringkan mangsa dalam keadaan pemulihan iaitu posisi pemulihan sementara menungggu bantuan kecemasan sampai. POSISI PEMULIHAN 10. Pastikan tangan dan kaki mangsa lurus, kemudian duduk berlutut di sisi mangsa, selari dengan dadanya. Letakkan lengan mangsa yang paling hampir dengan perawat dalam sudut yang tepat terhadap badan lalu bengkokkan siku dan tapak tangannya ke atas. 11. Angkat lengan mangsa yang satu lagi ke atas dada. Pegang tanggan mangsa dan letakkan di ke atas pipi mangsa yang hampir dengan perawat dan biarkan di situ sahaja 12. Menggunakan tangan satu lagi, pegang paha mangsa yang jauh dari perawat lalu angkat lutut mangsa ke atas. Namun pastikan tapak kakinya terletak mendatar di atas tanah. 13. Keadaan tangan tertekan ke atas pipi, tarik paha mangsa kea rah perawat dan dalam keadaannya menyereng 14. condongkan kepala ke belakang untuk memastikan salur udara sentiasa terbuka. Betulkan tangan di bawah pipi supaya kepala sentiasa berada dalam kedudukan yang tercondong 15. Betulkan bahagian atas kaki supaya kedua-dua paha dan lutut membengkok 16. Dail 994 mendapatkan bantuan ambulans. Pastikan memeriksa denyutan nadi dan pernafasan sekerap yang boleh semasa menunggun bantuan tiba. 6 KESIMPULAN Tuntasnya, bantu mula pertolongan cemas posisi pemulihan bukan sesuatu perkara yang mudah dilakukan tanpa ada pengetahuan tentang prosedurnya. Kekuatan bagi, pengaplikasian DRABC dalam posisi pemulihan ini dapat menganalisis keadaan mangsa terlebih dahulu dengan baik. Tanpa menggunakan kaedah DRABC mangsa ini tidak dapat dibantu dengan baik. Hal ini berlaku apabila kaedah DRABC ini merupakan salah satu prosedur yang penting digunakan dalam membantu menyelamatkan mangsa daripada apa jua situasi. Posisi pemulihan juga penting kerana ia merupakan satu langkah dalam pemulihan seseorang tersebut kepada normal. Misalnya, posisi pemulihan ini hampir digunakan oleh semua situasi dalam menyelamatkan mangsa kerana ia dapat membantu merehatkan badan


11 mangsa sekali gus salur pernafasan mangsa tidak terganggu. Kelemahan DRABC iaitu langkah yang digunakan tidak sesuai diaplikasi pada sesetengah kecederan sepenuhnya. Hal ini berlaku apabila tidak semua kecederaan memerlukan langkah terakhir iaitu “circulation”. Dengan itu, seseorang perawat bantu mula perlu bijak dalam menggunakan kaedah yang sesuai dengan situasi. Manakala kelemahan posisi pemulihan iaitu posisi ini terlampau umum dan tidak mempunyai tujuan yang banyak untuk diaplikasikan sekali gus situasi kecederaan tidak memerlukan posisi pemulihan. Posisi pemulihan iaitu digunakan sebelum pihak kecemasan datang untuk membantu serta keadaan mangsa tidak lagi dalam keadaan bahaya. Cadangan penambahbaikan iaitu, posisi pemulihan dan DRABC haruslah ditambahbaik dengan menambah fungsinya supaya ia sesuai digunakan dalam semua situasi.


12 7 RUJUKAN Badra. 2023. Strok Haba: Tanda, Gejala, Kesan & Cara Pencegahan. https://ecentral.my/strokhaba/#:~:text=Strok%20haba%20merupakan%20suatu%20kondisi,(darjah%20celsiu s)%20atau%20lebih. Bernama. 2023. Cuaca panas: 14 kes strok haba direkodkan di Malaysia. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cuaca-panas-14-kes-strok-habadirekod-di-malaysia-kkm-419384 Muhammad Azmeerullah Mohd Amir, 2022). Melengkapkan Diri dengan Asas Pertolongan Cemas. https://www.ukm.my/oshfst/news/melengkapkan-diri-dengan-asaspertolongan-cemas/ St. John Ambulance., St Andrew’s Ambulance Association., & The British Red Cross Society. (2006). Manual Pertolongan Cemas. Golden Books Centre Sdn Bhd Yusof bin Ismail. 2019. Strok Haba (Heat Stroke). http://www.myhealth.gov.my/strok-habaheat-stroke/


Click to View FlipBook Version