The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by massni mohd zin, 2021-07-03 06:23:37

PEL.24 - SIRAH - RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1
BIDANG SIRAH

PENDIDIKAN
ISLAM

TINGKATAN 1

BIDANG SIRAH -
PEL. 24 : RIWAYAT HIDUP

NABI MUHAMMAD SAW

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

STANDARD PEMBELAJARAN

5.1.1. 5.1.2 5.1.3. 5.1.4. 5.1.5. 5.1.6.
Menyata Menjelas Menerang Menghurai Mencontohi Berselawat
akhlak Nabi
kan riwayat kan kan akhlak kan iktibar Muhammad ke atas
hidup peristiwa- Nabi daripada SAW dalam Nabi
peristiwa riwayat kehidupan. Muhamma
Nabi penting Muhammad hidup, d SAW
Muhamma SAW peristiwa- secara
dalam peristiwa beradab
d SAW kehidupan penting dan dan
akhlak Nabi istiqamah.
Nabi Muhammad
Muhammad
SAW
SAW

i. Sebelum
kerasulan

ii. Selepas
kerasulan

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

BIODATA

NAMA Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim

NAMA LAIN Ahmad, al-Maahi, al-Haasyir, al-’Aaqib

GELARAN Al-Amin

TARIKH DAN 12 Rabiul Awwal, tahun Gajah
TEMPAT LAHIR Di Mekah

KUNIYAH Abu al-Qaasim

IBU Aminah binti Wahab

IBU SUSUAN Suwaibah al-Aslamiah, Halimatus Saadiah

PENGASUH As-Syaima’, Ummu Aiman

TARIKH DAN 12 Rabiul Awwal, tahun 11 Hijrah

TEMPAT WAFAT Di Madinah

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

BIODATA ANAK

ISTERI Al-Qasim
Khadijah binti Khuwailid, Abdullah
Ibrahim
Saudah binti Zam’ah, Zainab
‘Aisyah binti Abu Bakar, Ruqayyah
Ummu Kalsum
Hafsah binti Umar, Fatimah
Zainab binti Khuzaimah,
Juwairiyah binti al-Haris,

Zainab binti Jahsyi,
Ummu Salamah binti Abu Umaiyah

Sofiah binti Huyay,
Ummu Habibah binti Abu Sufian

Maimumah binti al-Haris,
Mariah al-Qibtiyyah

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

KUNIYAH ialah panggilan
kepada seseorang di samping

nama atau gelaran, dengan
meletakkan “Abu” bagi lelaki
dan “Ummu” bagi perempuan

di awal sesuatu nama.

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

SALASILAH KETURUNAN SEBELAH
BAPA DAN IBU NABI MUHAMMAD SAW

KILAB

ZUHRAH QUSAI
ABDUL MANAF
ABDUL MANAF
HASHIM
WAHAB ABDUL MUTALIB

AMINAH ABDULLAH

NABI MUHAMMAD

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN SAW

SIFAT FIZIKAL NABI
MUHAMMAD SAW

1. Rasulullah SAW 3. Sentiasa kelihatan 5. Para sahabat yang
memiliki rupa paras yang ceria dan segak menceritakan rupa paras
amat tampan, sederhana baginda pasti berkata :
4. Mata hitam baginda
tinggi dan berbadan hitam pekat dan bulu “Aku tidak pernah
tegap. mata baginda lentik. melihat orang lain yang

2. Rambut baginda ikal setanding dengan
mayang dan sentiasa ketampanan Nabi
kelihatan berminyak. Muhammad SAW

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

PERISTIWA PENTING DALAM
KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW

SEBELUM KERASULAN

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

SEBELUM KERASULAN

UMUR TEMPOH PERISTIWA

Selepas 2 tahun Baginda dipelihara oleh Halimatus Saadiah di
Kelahiran Perkampungan Bani Saad yang jauh daripada unsur
negatif

2 – 4 tahun Dada baginda dibedah oleh Malaikat Jibril

4 – 6 tahun 2 tahun Nabi Muhammad SAW tinggal bersama-sama dengan
ibu baginda. Ketika berumur 6 tahun, baginda dibawa
melawat kubur bapa baginda di Madinah. Ibu baginda
meninggal di Abwa’ dalam perjalanan pulang ke Mekah

6 – 8 tahun 2 tahun Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuk baginda,
Abdul Mutalib, hingga datuk baginda meninggal dunia.
Selepas itu, Nabi Muhammad SAW tinggal pula dengan
bapa saudara baginda , Abu Talib

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

UMUR TEMPOH PERISTIWA
12 tahun
Nabi Muhammad SAW mengikut Abu Talib, ke Syam. Di
pertengahan jalan Abu Talib mendapat nasihat daripada
Buhaira ar-Rahib ketika di Bandar Busra, sempadan Syam
supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW ke Mekah
kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi

20 tahun Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara baginda
menyaksikan Hilful Fudhul, iaitu perjanjian untuk membela
orang yang teraniaya dalam perniagaan

Baginda mengembala kambing bersama-sama dengan
saudara susuan di Perkampungan Bani Saad kemudian di
Mekah

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

25 TAHUN
- BERDAGANG KE SYAM

Ketika berumur 25 tahun, Nabi Muhammad SAW berkecimpung dalam perniagaan di
luar Kota Mekah al-Mukarramah.

Baginda berurus niaga dengan Sayidatina Khadijah r.a, seorang wanita Quraish
yang sangat berharta dan berhati mulia.

Rasulullah SAW membawa barang dagangan Sayidatina Khadijah r.a ke Syam
dengan dibantu oleh Maisarah, seorang pekerja lelaki Sayidatina Khadijah r.a.

Semasa berada di Syam, Nabi Muhammad SAW menjalankan perniagaan dengan
penuh jujur dan amanah.

Akhirnya Nabi Muhammad SAW membawa pulang keuntungan yang lumayan berkat
kUeSTteAZkAuHnaMnASdSaNnI BkINeTmI MahOHirDanZINbaginda.

IKTIBAR

Sifat kemuliaan yang perlu dicontohi daripada peristiwa ini ialah Nabi
Muhammad SAW:

– Menunaikan amanah
– Mendapat kepercayaan masyarakat
– Mempunyai kerjaya
– Menjalankan kerja dengan mahir dan bijaksana

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

25 TAHUN
- BERKAHWIN DENGAN SAYIDATINA

KHADIJAH R.A

Sekembalinya Nabi Muhammad SAW pada kali kedua dari Syam, Sayidatina
Khadijah r.a mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW.

Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad SAW dan kemuliaan akhlak
yang diceritakan oleh Maisarah sudah cukup menjadikan hatinya terpikat dengan
Nabi Muhammad SAW

Sayidatina Khadijah r.a menghantar salah seorang kawan rapatnya, Nafisah binti
Munabbih untuk menyatakan hasrat tersebut kepada Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW menerima hasrat mulia tersebut dan meminang Sayidatina
Khadijah r.a melalui bapa saudaranya Amru bin Asad.
Hasil perkahwinan dengan Sayidatina Khadijah r.a , Nabi Muhammad SAW dikurniai
UeSnTaAmZAHorMaAnSgSNaInBaINkT. I MOHD ZIN

IKTIBAR

Antara akhlak mulia Nabi Muhammad SAW yang menarik perhatian
Sayidatina Khadijah r.a termasuklah:

 Jujur
 Menghormati keluarga
 Menjaga adab dan batas pergaulan

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

35 TAHUN
- PERISTIWA PELETAKAN HAJARUL ASWAD

Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 35 tahun, Mekah dilanda banjir besar
sehingga meruntuhkan dinding kaabah.

Nabi Muhammad SAW turut membantu dalam pembinaan tersebut.

Apabila tiba masa untuk meletakkan semula Hajarul Aswad di penjuru kaabah,
berlaku perbuatan antara ketua kabilah sehingga hampir berlaku pertumpahan
darah.

Akhirnya Abu Umaiyah al-Makhzumi, seorang yang dihormati dalam kalangan
kabilah Arab mengajukan cadangan yang diterima sebulat suara.

Mereka bersedia menerima keputusan orang pertama yang masuk ke pintu Bani
Syaibah ketika itu.

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

Dengan takdir Allah SWT orang pertama yang memasukinya ialah Nabi Muhammad
SAW. Semua yang melihat Nabi Muhammad SAW masuk ke masjid berkata : “
Diaalah as-Sodiqul Amin (orang yang benar lagi amanah)”.

Nabi Muhammad SAW menghamparkan rida’ (selendang) baginda kemudian
meletakkan Hajarul Aswad di tengah-tengahnya. Baginda meminta ketua-ketua
kabilah memegang hujung rida’ tersebut dan membawanya beramai-ramai ke
penjuru kaabah.

Lalu baginda mengambil Hajarul Aswad dan meletakkannya di tempat asal. Majlis
tersebut berjalan dengan lancer dan semua yang hadir berpuas hati.

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

IKTIBAR

Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad
SAW :

 Bersifat tawadduk
 Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan
 Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab
 Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana
 Mendamaikan kehidupan masyarakat

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

SELEPAS KERASULAN

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

40 TAHUN
- MENERIMA WAHYU PERTAMA

Era kerasulan Nabi Muhammad SAW bermula ketika baginda berumur 40 tahun.
Ketika itu baginda suka bersendirian di Gua Hira’ untuk beribadah dan memikirkan
cara menyelamatkan umat daripada kesesatan jahiliah.
Pada suatu hari dalam bulan Ramadhan, baginda didatangi malaikat Jibril a.s. Jibril
a.s memeluk erat Nabi Muhammad SAW tiga kali dan menyuruh baginda membaca.

Setiap kali Jibril menyuruh baginda membaca, baginda menjawab, “saya tidak tahu
membaca”. Akhirnya Jibril a.s mengajar Nabi Muhammad SAW wahyu pertama iaitu
surah al-’Alaq :1-5
Setelah baginda menerima perintah Allah SWT untuk menyampaikan dakwah,
baginda menjalankan tugas dakwah dengan gigih dan sabar. Dakwah yang
disampaikan oleh baginda mendapat sambutan daripada masyarakat terutama
hamba abdi dan golongan yang lemah. Namun begitu, ada juga yang menentang
dUSaTkAwZAaHhMbAaSgSiNnIdBaIN. TI MOHD ZIN

IKTIBAR

Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad
SAW :

o Tidak suka dengan kesesatan masyarakat
o Beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT untuk memohon petunjuk
o Menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah
o Bersabar dan istiqamah menyampaikan dakwah

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

Orang pertama yang beriman
dan menyokong dakwah
baginda ialah:

1. Isteri baginda, Sayidatina
Khadijah r.a

2. Sahabat karib, Saidina Abu
Bakar r.a

3. Sepupu baginda yang
masih kecil, Saidina Ali bin

Abu Talib

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

51 TAHUN
- ISRAK DAN MIKRAJ

Sayidatina Khadijah r.a sentiasa setia mempertahankan dakwah Nabi Muhammad
SAW.

Di samping itu, bapa saudara nabi, Abu Talib membela Nabi Muhammad SAW
walaupun beliau tidak memeluk Islam.

Kematian mereka berdua menyebabkan Nabi Muhammad SAW berdukacita.
Kedukaan itu terubat apabila baginda dibawa mengembara menyaksikan tanda-
tanda kebesaran Allah SWT dalam peristiwa israk dan mikraj.

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

Kronologi Israk & Mikraj

Nabi Muhammad Dalam perjalanan, Baginda menjadi
SAW dibawa pada baginda imam solat kepada
waktu malam dari ditunjukkan dengan para nabi di Masjidil
Masjidil Haram di pelbagai gambaran Aqsa
Mekah ke Masjidil yang akan berlaku
Aqsa di Palestin kepada umat
baginda

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

…. sambungan

Baginda dibawa Baginda Baginda turun ke
mikraj merentas menghadap Allah Mekah sebelum
tujuh lapisan langit SWT dan Subuh dan
sehingga ke menerima menceritakan
Sidratul Muntaha kefarduan solat pengalaman
lima waktu baginda kepada
penduduk Mekah

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

IKTIBAR

Peristiwa Israk Mikraj memberikan iktibar bahawa Nabi Muhammad SAW :

 Menjalani israk mikraj dengan ruh dan jasad
 Rasul terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti ajaran para rasul sebelum

baginda
 Menerima kefarduan solat secara terus daripada Allah SWT sebagai ibadah

yang paling utama dalam Islam
 Mendapat pertolongan Allah SWT ketika menyampaikan kebenaran

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

53 TAHUN

- HIJRAH KE MADINAH DAN PEMBENTUKAN

NEGARA ISLAM

Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan
pelbagai cara. Terdapat dalam kalangan sahabat yang disiksa dan dibunuh.,

Akhirnya Nabi Muhammad SAW mendapat perintah Allah SWT untuk berhijrah bersama-
sAakmhairndyeangNanabpiaMraushaahmabmatakdeSMAaWdinmahen(Ydaatrpiba)t.perintah Allah SWT untuk berhijrah
bersama-sama dengan para sahabat ke Madinah (Yatrib).

Peristiwa ini berlaku 13 tahun selepas kerasulan baginda. Demi kepentingan
dakwah, Nabi Muhammad SAW menyahut perintah tersebut mengharungi pelbagai
halangan untuk berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar as-
Siddiq a.s.

Dengan perancangan yang rapi, mereka akhirnya berjaya tiba ke Madinah dengan
selamat. Sebelum itu, baginda singgah di Quba’ dan membina masjid yang pertama
di sana.

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

Di Madinah, Nabi Muhammad SAW membina pemerintahan yang berteraskan
wahyu.

Baginda membina Masjid Nabawi, mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar dan
menggubal piagam Madinah sebagai asas pembentukan negara.

Nabi Muhammad SAW menghadapi tentangan musuh yang cuba menggugat
keamanan Madinah. Baginda bersama-sama dengan kaum Muhajirin dan Ansar
mempertahankan Madinah daripada serangan musuh dengan semangat juang yang
hebat.
Antara peperangan yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW termasuklah
peperangan Badar, Uhud, Khaibar, pembukaan Mekah dan Hunain

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

IKTIBAR

Pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa hijrah dan kepimpinan
Nabi Muhammad SAW termasuklah :

 Nabi Muhammad SAW sanggup berkorban demi menegakkan agama Allah
SWT

 Baginda menyampaikan Islam dengan sempurna dan penuh amanah
 Baginda membentuk pemerintahan yang adil berteraskan wahyu
 Negara Islam Madinah menjadi model negara Islam terbaik

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

KUNCI ILMU

• Peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW:
• Ghazwah : Pasukan tentera Islam yang dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad
SAW (28 peperangan).
• Sariyyah : Pasukan tentera Islam yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad SAW
dan baginda melantik seorang ketua (amir) untuk memimpin peperangan (54
peperangan).
• Jumlah semua peperangan ialah 82.

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

JASA NABI MUHAMMAD SAW TIADA TOLOK BANDING

1. Membina masyarakat bersatu padu mempertahankan negara

2. Menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pusat kemasyarakatan di
samping tempat ibadah

3. Membentuk umat yang patuh dan sanggup berkorban demi kesucian Islam

4. Menjadikan Madinah sebagai negara terunggul dan menjadi contoh tamadun yang
gemilang sehingga dikenali sebagai “al-Madinatul Munawwarah” yang bererti kota
bercahaya

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

63 TAHUN
- KEWAFATAN RASULULLAH SAW

Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai rasul, pada waktu Dhuha hari Isnin
12 Rabiul Awwal tahun 11 hijrah, di rumah Sayidatina ‘Aisyah r.a, Nabi Muhammad
SAW dijemput kembali menemui pencipta-Nya.

Berita duka kewafatan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT ini
menggemparkan penduduk Madinah. Jasad Nabi Muhammad SAW yang mulia
dimakamkan di rumah Sayidatina ‘Aisyah r.a.

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

IKTIBAR

 Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin manusia
ke jalan yang benar

 Kehidupan baginda dipenuhi dengan perjuangan dan pengorbanan demi
ketinggian agama Islam

 Baginda membentuk tamadun yang seimbang dan sempurna yang menjadi
asas kecemerlangan tamadun hari ini

 Umat manusia amat terhutang budi dengan jasa Nabi Muhammad SAW yang
tidak ada tolok banding

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

KUNCI ILMU

 Setiap muslim wajib mencintai Nabi Muhammad SAW
 Antara tanda cinta kepada baginda SAW termasuklah:

i. Mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW, mematuhi perintah dan menjauhi
larangan baginda.

ii. Sentiasa merindui baginda Nabi Muhammad SAW
iii. Memuliakan dan bertawaduk apabila mendengar nama Nabi Muhammad

SAW dengan berselawat ke atas baginda
iv. Mencintai ahlul bait (orang yang ada pertalian keluarga dengan baginda) dan

para sahabat (orang beriman yang sempat bertemu Nabi Muhammad SAW)

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN

SEKIAN, TERIMA KASIH

USTAZAH MASSNI BINTI MOHD ZIN


Click to View FlipBook Version