Monyet Yang
Berani
Bacaan
5&6
Ahmad Saiful Mohamed
Tahun
Idea dan cerita adalah
sepenuhnya milik
penulis.
AHMAD SAIFUL BIN
MOHAMED
Gambar adalah daripada /
design by Freepik
www.freepik.com
1
KATA PENGANTAR
Cerita kanak-kanak selain menghiburkan ia juga
dapat membantu perkembangan bahasa kanak-
kanak. Oleh itu, diharapkan buku cerita MONYET
YANG BERANI ini dapat membantu kanak-kanak
meningkatkan kemahiran membaca mereka.
Ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah
PAKK223D Bahasa & Komunikasi Dalam Pendidikan
Awal Kanak-kanak, Dr. Ng Pei Fern atas tunjuk ajar
dan nasihat. Terima kasih juga kepada Pn. Mazni binti
Hj. Kasman dan Pn. Rahayu binti Hj. Kasman selaku
penasihat bahasa. Tidak lupa kepada isteri tercinta
Nur Atiqah binti Kasman, anak-anak, Mawar Nabihah
Husna dan Muhammad Aidan Arfan atas sokongan
dan dorongan mereka.
Akhir sekali, penulis berharap agar buku cerita ini
menjadi teman adik-adik dalam perjalanan adik-adik
membina kemahiran membaca. Semoga buku cerita
MONYET YANG BERANI ini membawa kegembiraan
dan inspirasi kepada adik-adik semua.
Sekian, terima kasih.
2
Pada zaman dahulu, semua
haiwan tinggal bersama-
sama dengan aman dan
damai.
3
Semua haiwan bebas
bergerak ke mana-mana
dengan gembira.
4
Pada suatu hari, seekor
gergasi yang ganas telah
datang ke hutan.
5
Gergasi menangkap
banyak haiwan di hutan
untuk dijadikan
makanan.
6
Harimau dan gajah cuba
melawan gergasi tetapi
mereka tewas dan dimakan
oleh gergasi.
7
Hutan sunyi sepi.
Semua haiwan tidak berani
keluar daripada tempat
persembunyian mereka.
8
Seekor monyet yang
berani, nekad untuk
menghalau gergasi keluar
dari hutan.
9
Monyet mencabar
gergasi untuk berlawan
dengannya jika
gergasi itu berani.
10
Gergasi sangat marah dan
ingin menangkap monyet.
Monyet yang cekap itu,
bergayut dari satu pokok ke
pokok yang lain.
11
Monyet membawa gergasi
ke arah hutan yang
berlumpur. Hutan
berlumpur sangat ditakuti
oleh penduduk hutan.
12
Jika ada haiwan yang lalu di
hutan berlumpur, kaki
mereka pasti akan disedut
oleh lumpur dan akan
tenggelam.
13
Gergasi yang besar itu
terjatuh ke dalam lumpur
dan tidak boleh bergerak.
Sedikit demi sedikit, ia
tenggelam disedut oleh
lumpur.
14
Monyet gembira kerana
rancangannya telah
berjaya. Akhirnya, gergasi
yang jahat itu pun mati.
15
Semua haiwan bersorak
gembira. Tiada lagi
gergasi jahat yang akan
mengganggu mereka.
16
Semua haiwan berterima
kasih kepada perwira
mereka iaitu monyet yang
berani.
17
TAMAT
18