Monyet Yang
Berani
Bacaan
5&6
Ahmad Saiful Mohamed
Tahun
Idea dan cerita adalah
sepenuhnya milik
penulis.
AHMAD SAIFUL BIN
MOHAMED
Gambar adalah dari:
freepik.com
1
KATA PENGANTAR
Cerita kanak-kanak selain menghiburkan ia juga
dapat membantu perkembangan bahasa kanak-
kanak. Oleh itu, diharapkan buku cerita MONYET
YANG BERANI ini dapat membantu kanak-kanak
meningkatkan kemahiran membaca mereka.
Ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah
PAKK223D Bahasa & Komunikasi Dalam Pendidikan
Awal Kanak-kanak, Dr. Ng Pei Fern atas tunjuk ajar
dan nasihat. Terima kasih juga Pn. Mazni binti Hj.
Kasman selaku pakar Bahasa Melayu sebagai
penasihat bahasa. Dan x lupa juga kepada isteri
tercinta Nur Atiqah binti Kasman, anak-anak, Mawar
Nabihah Husna dan Muhammad Aidan Arfan atas
sokongan dan dorongan mereka.
Akhir sekali, penulis berharap agar buku cerita ini
menjadi teman adik-adik dalam perjalanan adik-adik
membina kemahiran membaca. Semoga buku cerita
MONYET YANG BERANI ini membawa kegembiraan
dan inspirasi kepada adik-adik semua.
Sekian, Terima Kasih.
2
Pada zaman dahulu,
semua haiwan tinggal
bersama dengan aman
dan damai .
3
Semua haiwan bebas
bergerak kemana-
mana dengan
gembira
4
Pada satu hari,
seekor gergasi yang
ganas telah datang ke
hutan.
5
Gergasi menangkap
banyak haiwan di
hutan untuk
dijadikan makanan.
6
Harimau dan gajah
cuba melawan gergasi
tetapi mereka tewas
dan dimakan oleh
gergasi.
7
Hutan sunyi sepi.
Semua haiwan tidak
berani keluar dari
persembunyian.
8
Seekor Monyet yang
berani nekad untuk
menghalau gergasi
keluar dari hutan.
9
Monyet mencabar
gergasi untuk berlawan
dengannya
jika gergasi berani.
10
Gergasi sangat marah
dan ingin menangkap
monyet. Monyet cekap
bergayut dari satu
pokok ke pokok yang
lain.
11
Monyet membawa
gergasi ke arah hutan
berlumpur. Hutan
berlumpur sangat
ditakuti penduduk
hutan.
12
Jika ada haiwan yang
lalu di hutan berlumpur,
kaki mereka pasti akan
disedut lumpur dan
tenggelam.
13
Gergasi yang besar itu
terjatuh ke dalam
lumpur dan tidak boleh
bergerak. Sedikit demi
sedikit tenggelam
disedut lumpur.
14
Monyet gembira kerana
rancangannya telah
berjaya. Akhirnya
gergasi yang jahat telah
mati.
15
Semua haiwan
bersorak gembira.
Tiada lagi gergasi
jahat yang akan
mengganggu mereka.
16
Semua haiwan
berterima kasih kepada
perwira mereka iaitu
monyet yang berani.
17
TAMAT
18