PELAKSANAAN TASMIK AL-QURAN MUSIM PKP
SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU SETIU
Unit al-Quran telah meneliti dan memutuskan untuk menggunakan kaedah Tasmek seperti
berikut :
1- Tasmek secara Live Video Bersama guru halaqah.
2- Merakamkan Video Tasmek dan hantar melalui telegram@Whatsapp setiap hari 1 muka surat.
(Tekan tombol kamera, fungsi video, rakam dan terus hantar)
Kedua-dua kaedah ini hendaklah menepati syarat2 sepertimana di bawah
Postur kedudukan pelajar yang tidak menimbulkan keraguan untuk melakukan penipuan.
(digalakkan kamera diletakkan di sisi pelajar dan guru dapat melihat sekeliling, manakala pelajar
menghadap ke dinding kosong/ke sudut yang diyakini tiada sebarang maklumat berkaitan.
Pelajar diyakini tidak merujuk kpd mana2 sumber yang berkaitan dengan mushaf alQuran
semasa tasmek berlangsung.
Pelajar membaca ATB dan disemak oleh ibu/bapa yang membuat sesi rakaman tersebut.
Sekiranya secara Live video sebaiknya dipantau oleh ibu/bapa sepanjang sesi bacaan
berlangsung.
Bagi kaedah Live Video Pastikan Lokasi yang mempunyai 'coverage' / 'line' internet yang
lancar untuk mengelakkan gangguan. (suara jelas untuk membolehkan guru memperbaiki bacaan
pelajar)
Masa rakaman boleh bermula bila-bila masa sahaja mengikut kesesuaian dan persediaan
pelajar. Sekiranya secara Live Video pelajar boleh berbincang dan menetapkan waktu yang sesuai
dengan guru.
Hantar rakaman bacaan ATB ke telegram@whatsapp guru halaqah masing-masing untuk
disemak bersama gambar halaman ATB buku imlak ditulis lengkap ayat yang telah dibaca oleh
pelajar.