The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1074 E-PORTFOLIO(1)-SITI KHAIRUNNISA LIYANA BINTI MANSOR (BM B)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iffahmahazer, 2021-12-22 23:30:34

BMMB1074 E-PORTFOLIO(1)-SITI KHAIRUNNISA LIYANA BINTI MANSOR (BM B)

BMMB1074 E-PORTFOLIO(1)-SITI KHAIRUNNISA LIYANA BINTI MANSOR (BM B)

E-PORTFOLIO

SOALAN:
HURAIKAN SEJARAH PERKEMBANGAN
TULISAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
DAN PASCAMERDEKA SERTA CABARAN DAN

MASA DEPAN BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH: SITI KHAIRUNNISA
LIYANAKELBASI:NPPITSMIPMBMAB NSOR

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya berhasil menyiapkan tugasan kerja kursus e-
portfolio ini dengan baik dalam tempoh masa yang ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Encik Zainudin Bin Ramli selaku pensyarah pembimbing bagi subjek Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu (BMMB 1074) diatas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang tidak pernah berhenti memberikan semangat dan rakan- rakan yang

banyak membantu sehingga saya mampu menyiapkan tugasan ini. Saya berharap dengan menyiapkan tugasan
ini, saya akan dapat memantapkan pemahaman saya berkaitan Sejarah Perkembangan Tulisan dalam Bahasa
Melayu, Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascamerdeka serta Cabaran dan Masa Depan

Bahasa Melayu.

ISI KANDUNGAN

1 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU

2 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA

3 CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN
DALAM BAHASA MELAYU

o SISTEM TULISAN PALLAVA
o SISTEM TULISAN KAWI
o SISTEM TULISAN JAWI
o SISTEM EJAAN ZA’BA

o SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
o PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

▪ Tulisan Pallava merupakan sistem tulisan abjad suku kata yang berasal Contoh Tulisan Pallava
daripada tulisan Brahmi dari Indo-Aryan Lembah Indus-Kush dan turut
dikenali sebagai “tulisan bulat”.

▪ Nama aksara ini berasal dari Dinasti Pallava yang pernah berkuasa di
selatan India antara abad ke-4 sampai abad ke-9 Masihi.

▪ Merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam
Bahasa Melayu Kuno dan menerima banyak pengaruh daripada Sanskrit.

▪ Lebih kompleks berbanding sistem tulisan Rumi.

▪ Tulisan Pallava turut memperkenalkan simbol bagi gabungan bunyi
seperti –au, -ai, pa, ya, kka, nca dan lain- lain.

▪ Setiap konsonan tidak menandakan huruf sahaja tetapi membawa bunyi
yang berbeza.

❑ Yupa adalah prasasti pertama yang pernah dibuat oleh Kerajaan Prasasti Yupa
Kutai dan menjadi bukti bahawa kerajaan Hindu pernah wujud di
Kalimantan.

❑ Dibuat sekitar 350-400 Masihi di daerah Muara Kaman, pertemuan
antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala.

❑ Prasasti Yupa berbentuk tiang batu yang berfungsi untuk mengikat
haiwan korban yang dipersembahkan kepada para dewa.

❑ Ditemukan oleh pekerja topografi Belanda dan empat buah
daripadanya ditemukan dalam tahun 1879 manakala tiga buah lagi
ditemukan pada 1940 dalam huruf Pallava baerbahasa Sanskrit.

Batu Bersurat Kedukan Batu Bersurat Talang Tuwo Batu Bersurat Kota Kapur Batu Bersurat Karang
Bukit di Palembang, di Palembang bertarikh di Pulau Bangka, bertarikh Brahi di Hulu Jambi
bertarikh 605 Tahun Saka 606 Tahun Saka bersamaan 608 Tahun Saka bersamaan bertarikh 614 Tahun Saka,
bersamaan dengan 683 dengan 684 Masihi. dengan 686 Masihi. bersamaan dengan 692
Masihi. Masihi.

Tulisan Kawi berasal dari Jawa Merebak ke seluruh wilayah Tulisan Kawi berasal daripada
dan digunakan pertama kali di Asia Tenggara dan digunakan huruf Vangki iaitu orang
hingga abad ke-16 Masihi di Pallava yang berasal dari
Kerajaan Singhasari di Jawa Coromandel, India.
Timur pada abad ke-8 Masihi. Borneo, Jawa, Bali dan
Sumatera.

Digunakan serentak dengan Huruf Kawi lenyap pada tahun
bermulanya era permulaan 1400 Masihi bersamaan dengan
tulisan jawi di kalangan orang runtuhnya kemaharajaan yang
menggunakan tulisan ini iaitu
Melayu.
Majapahit.

Setiap huruf Kawi Aksara ditulis tanpa ruang Aksara Kawi memiliki
menunjukkan sebuah kosong. sekitar 47 huruf.
sukukata dengan vokal
yang dapat diubah melalui Dituliskan dari kiri ke kanan Huruf konsonannya
penggunaan tanda baca. dan dari atas ke bawah. memiliki vokal a yang
melekat pada huruf
Memiliki bentuk subskrip Sistem penomboran pada konsonan itu dan bunyi
hurf yang digunakan untuk Aksara Jawa Kuno sama vokalnya dapat diubah
menggunakan tanda vokal
menulis tumpukan dengan sistem
konsonan sama dengan penomboran Hindu-Arab lain.
pasangan dalam aksara yang menggunakan 10 digit
Beberapa tanda baca yang
Bali. angka. sudah umum juga

Vokal a yang melekat pada digunakan dalam aksara
satu huruf konsonan dapat JawaKuno.

dihilangkan dengan
memberi tanda virama
pada huruf konsonan

tersebut.

Batu bersurat laguna Prasasti singhasari
pada abad-ke14
Penemuan batu nisan orang Batu bersurat
Melayu yang dikenali dengan Padang Lawas pada Batu Bersurat Joreng yang
dijumpai di Daerah
nama Ahmad Majnun di 1213 masihi
Pengkalan Kempas, Sungai Tamparuli, Sumatera pada
1179 Masihi
Ujang, Negeri Sembilan

▪ Merupakan satu seni penulisan yang telah wujud berabad- abad di Nusantara dan kemunculannya
berkait dengan kedatangan agama Islam.

▪ Berasal dari tulisan Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu.

▪ Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia,
Filipina dan Indonesia.

▪ Tulisan Melayu berhuruf Arab yang turut dikenali sebagai ejaan Jawi.

▪ Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak memluk agama Islam.

❑ Tulisan Jawi tergolong antara tulisan terawal yang pernah ditemui dan berkembang
sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan
Johor dan Aceh padaabad ke-17.

❑ Tulisan Jawi telah wujud dalam Tamadun Melayu disekitar gugusan kepulauan
Melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masihi dan berasal daripada tulisan Arab.

❑ Tulisan ini berjaya membangunkan tamadun Melayu dan mendorong bangsa
Melayu ke ambang tamadun Melayu moden pada masa kini.

• Di Malaysia, bukti kewujudannya ialah Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah atau 1303
Masihi dan ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negeri ini lebih awal berbanding tulisan rumi.

• Bukti tertulis pengisytiharan kemerdekaan tanah Melayu ditulis dalam bahasa Melayu
bertulisan jawi.

• Penemuan batu nisan pertama di Sumatera bertarikh 55 Hijrah dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah
menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang diubahsuai dengan menambahkan
beberapa huruf tambahan bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu.

• Merupakan tulisan rasmi bagi Negeri- negeri Melayu Tidak Bersekutu ketika penjajahan
British.

• Tulisan ini kini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang
kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

• Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu telah disusun Za’ba pada tahun
1993 untuk memantapkan sistem ejaan rumi dalam bahasa
Melayu.

• Pembaharuan dalam ejaan Za’ba adalah membahagikan huruf-

huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi iaitu huruf vokal dan

huruf benar iaitu huruf konsonan. Tan Sri Zainal Abidin
bin Ahmad

ANTARA PERATURAN SISTEM EJAAN ZA’BA:

• Jika suku kata akhir tertutup tidak diakhiri oleh konsonan h dan k, maka
vokal I digunakan bukan vokal e.

• Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab perlu dieja mengikut bunyi asal
iaitu memakai tanda ‘dan sebagainya’ serta ditulis dengan huruf condong
jika belum diasimilasi sepenuhnya.

• Imbuhan pe- dan me- tidak berubah bunyinya jika digabungkan dengan kata
dasar yang berawalkan huruf I, m, n, ng, ny, r, w dan y.

• Perkataan yang menggunakan huruf r pada akhir suku kata pertama
dikekalkan ejaannya menurut sistem ejaan Wilkinson.

• Perkataan dalam tulisan Jawi yang mempunyai huruf nga dan ga yang
berderet dieja dengan dua g dalam tulisan Rumi.

Cadangan agar tulisan Rumi Keinginan membuat tinjauan 1) Ejaan di Tanah Melayu dan di Indonesia
dijadikan tulisan rasmi Bahasa terhadap tulisan Rumi Bahasa hendaklah disatukan.
Melayu manakala tulisan Jawi Melayu timbul ketika Kongres
gigalakkan telah dibuat dalam 2) Peraturan ejaan perlulah mudah maka
Kongres Persuratan Melayu kedua pada tahun 1954 sistem fonologi diterima sebagai sistem
pertama pada tahun 1952 di yang lebih baik daripada sistem fonetik
dan satu fonem hendaklah digambarkan
Singapura dengan hanya satu tanda (huruf) sahaja.

Ketika Kongres Persuratan Sistem ejaan ini tidak pernah 3) Pengejaan perlulah tetap dan sekata
Melayu Ketiga pada tahun digunakan kerana sistem ini mengikut kaedah yang sama.
1956, satu sistem ejaan yang menerapkan lambang fonetik.
dikenali sebagai ‘Ejaan Kongres’ 4) Kata-kata Bahasa asing hendaklah
disesuaikan pengejaannya mengikuti
telah diperkenalkan.
hukum-hukum system fonologi Melayu
Ejaan Kongres menentukan
dasar pengejaan Bahasa

Melayu dengan huruf rumi
seperti berikut:

Morfem yang terikat pada suku kata Morfem terikat pada suku kata kedua Diftong- diftong digunakan
kedua harus menggunakan vokal e harus menggunakan vokal i atau u jika untuk mengejakan:
atau o jika morfem suku kata awalnya morfem suku kata awalnya menggunakan
menggunakan vokal e atau o juga limaw, pulaw, gulay, sawdara,
selain daripada vokal e atau o. bayduri, tiray
Contoh: leceh, leher, belot, boleh,
bogel, comel Contoh: kasih, perit, bilik, suntik,
telur,kubur

Fonem tidak ditandakan apa-apa Fonem digambarkan dengan huruf k Fonem digambarkan dengan huruf
kalua menjadi onset morfem awal kalau menjadi koda morfem terakhir k atau kalua menjadi koda morfim
kata-kata.
kata-kata Melayu awal sesuatu kata.
Contoh: tida bukan tida’, anak bukan
Contoh: adil bukan ‘adil, alam bukan ana’ Contoh: maklum bukan ma’lum,
‘alam mukmin bukan mu’min

Apostrophe digunakan.

Contoh: mas’alah bukan masalah atau
maskalah

h menjadi suku kata awal seperti hala, Menghapuskan tanda sempang pada kata-
hadap hulu dan hujan. kata najmuk yang sudah sebati seperti
matahari dan purbakala.

Pengekalan dan pengguguran h mempunyai EJAAN KONGRES h menjadi koda suku kata harus dikekalkan
erti yang berbeza seperti tahu (makanan) JUGA seperti lemah bukan lema dan boleh bukan
dan tau (faham) atau bahu (anggota badan)
MENYARANKAN bole.
dan bau (indra hidung) SUPAYA

h terapit oleh dua vokal yang sama seperti
leher, badan.

Jika h terapit dengan vokal berbeza, h itu
boleh digugurkan seperti mau menjadi

mahu.

POLA Kata dasar yang terlibat Dua suku kata terakhir
KESELARASAN mesti berakhir dengan sahaja yang terlibat dalam
suku kata tertutup /
VOKAL keselarasan vokal bagi
bunyi konsonan. kata dasar yang lebih
Digunakan untuk Tidak libatkan kata daripada dua suku kata.
mengeja kata-kata dasar berimbuhan atau kata
Keselarasan vokal
asli Bahasa Melayu teerbitan. berlaku pada suku kata
Tidak dipakai bagi kata- Dalam peraturan praakhir dengan suku
kata pinjaman (Indonesia, keselarasan vocal,
BI dan Bahasa Eropah keselarasan antara dua kata akhir.
vocal hanya berlaku pada
lain)
kata dasar.

Pemenggalan kata

Pemisahan berlaku di Pemenggalan kata Penyukukataan dilakukan
antara kedua-dua vokal dilakukan pada kata yang dalam tahap di antara
yang berada di tengah kata
berimbuhan sisipan. unsur-unsur itu & di antara
dan berurutan. Contoh: te-lun-juk suku-suku tiap unsur
Contoh: sa-at
Apabila suatu kata terdiri
lebih daripada satu unsur.

Jika di tengah kata ada Imbuhan yang mengalami
huruf konsonan di antara perubahan bentuk dan
dua huruf vocal, pemisahan
partikel dipisahkan sebagai
berlaku sebelum huruf satu kesatuan.
konsonan.
Contoh: mem-ban-tu
contoh: ba-rang
Jika di tengah kata ada dua
Jika di tengah kata ada tiga huruf konsonan berurutan,
konsonan atau lebih, pemisahan berlkau diantara
pemisahan berlaku di
antara huruf konsonan kedua- dua huruf
pertama dengan huruf konsonan.
konsonan kedua.
Contoh: kon-tra Contoh: man-di

PENULISAN HURUF

Penggunaan Penggunaan Huruf tebal
huruf besar huruf condong
• Digunakan pada tajuk buku,
• Digunakan bagi huruf pertama • Untuk menulis nama buku, bab, bahagian bab, daftar isi,
kata awal ayat. majalah atau surat khabar daftar jadual, daftar lambing
untuk sesuatu penulisan. daftar Pustaka, indeks dan
• Digunakan sebagai huruf lampiran.
pertama unsur nama jawatan • Untuk menegaskan huruf,
dan pangkat diikuti nama bahagian perkataan atau • Dapat menggantikan huruf
orang. kelompok perkataan. condong.

• Digunakan sebagai huruf • Untuk menulis perkataan yang
pertama petikan langsung. berstatus sebagai nama ilmiah
atau ungkapan asing kecuali
• Huruf pertama nama bangsa, yang telah disesuaikan
suku bangsa dan bahasa,. ejaannya.

PENULISAN KATA

KATA .Ditulis terpisah BENTUK Ditulis secara lengkap dengan
DASAR GANDAAN menggunakan tanda sempang (-).

KATA Imbuhan ditulis serangkai dengan kata GABUNGAN Lazim disebut rangkai kata,
TURUNAN dasarnya. KATA termasuk istilah khusus bahagian-
bahagiannya ditulis terpisah.

Jika bentuk dasar berupa gabungan kata, Gabungan kata termasuk istilah
awalan atau akhiran ditulis serangkai khusus diberi tanda sempang
dengan unsur yang langsung mengikuti untuk menegaskan pertalian
atau mendahuluinya. antara unsur yang berkaitan.
Jika bentuk kata dasar berupa gabungan Gabungan kata yang sudah lazim
kata dan sekaligus mendapat awalan, dianggap sebagai satu kata ditulis
akhiran atau apitan maka unsur gabungan serangkai.
kata itu ditulis serangkai.

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA

o PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG
o PERANAN PAKATAN BELAJAR MENGAJAR

o PERANAN ASAS 50
o BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

o PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN

1. PERANAN PEJABAT ❑ Badan ini lebih banyak menumpukan perhatian
KARANG- MENGARANG kepada penerbitan buku-buku sekolah Melayu dan
kegiatan menterjemah buku, di samping
(1924) penerbitan buku-buku umum.

❑ Pejabat Karang-Mengarang ditubuhkan di Maktab ❑ Sehingga 1941, Pejabat menerbitkan 85 judul buku
Perguruan Sultan Idris (1922), hasil cadangan O.T. teks sekolah.
Dussek (Pengetua MPSI) dan Zainal Abidin Ahmad
(Za’ba), dengan pembiayaan oleh Negeri-negeri ❑ Sehingga 1957, Pejabat berjaya menerbitkan 64
Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. judul buku terjemahan untuk perpustakaan
sekolah dan bacaan umum, antaranya cerita-cerita
❑ Pejabat beroperasi sehingga 1957 sahaja apabila Sherlock Holmes, Sang Lomeri, Aladin dengan
peranannya diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Lampu Ajaib, dan Cerita-cerita dari Istana Alhamra.
Pustaka.
❑ Penterjemahan dilakukan oleh Abdul Kudus
Muhammad, Abdul Rahman Yusof,Yazid Ahmad
dan Ahmad Murad Nasaruddin.

❑ Buku-buku bahasa yang diterbitkan ialah hasil
tulisan Za’ba.

2. PERANAN PAKATAN ❑ Matlamat penubuhan adalah untuk memelihara
BELAJAR dan memodenkan bahasa Melayu serta
memelihara tulisan Jawi.
❑ Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor Bahru
dan merupakan pertubuhan bahasa pertama dalam usaha ❑ Pertubuhan ini juga membentuk perkataan-
mengembangkan bahasa Melayu. perkataan baharu serta menstandardkan ejaan
dan perkataan.
❑ Diasaskan oleh Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak
dan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi. ❑ Telah ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu
Persuratan Buku Diraja Johor (PBmPBD).
❑ Aktiviti utama ketika awal penubuhannya adalah
mengadakan majlis-majlis ceramah dan perbincangan
tentang pelbagai aspek ilmu bahasa Melayu seperti
persoalan ejaan dan perkataan, sesuai dengan konsep
mengajar dan belajar pertubuhan.

❑ Kegiatan ini menjadi lembap pada abad ke-19 akibat kurang
mendapat sambutan dan menghadapi masalah kewangan.

3. PERANAN ASAS 50 ❑ Pertubuhan ini berjuang dalam bidang
kesusasteraan dengan konsep “Seni untuk
❑ ASAS 50 ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura dan Masyarakat”.
didaftarkan pada tahun 1951.
❑ ASAS 50 menggubah dan membaharui perkataan-
❑ Antara pengasasnya ialah Muhammad Arif Ahmad (Mas), perkataan untuk memperkaya bahasa, dan turut
Kamaludin Muhammad (Keris Mas), Hamzah Hussein, Jimmy menjayakan Kongres Bahasa dan Persuratan
Asmara dan Rosmera. Melayu (KBPM).

❑ Tujuan penubuhannya untuk memperjuangkan dan ❑ Pertubuhan ini menyokong penggunaan tulisan
mempertinggi bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan Rumi sebagai tulisan bahasa Melayu moden untuk
Melayu. memperkembangkan kesusasteraan Melayu dalam
KBPM II, membentangkan kertas kerja tentang
❑ Ahli-ahli mempelajari dan menulis karangan-karangan ejaan dalam KBPM III, dan mencadangkan sebuah
sastera, pengetahuan dan peradaban, mengadakan syarahan badan bahasa seperti Balai Pustaka di Indonesia,
dan perdebatan tentang sastera dan bahasa. Karangan ahli- yang kemudiannya mewujudkan Dewan Bahasa
ahli diberikan bayaran yang sepatutnya dan dilindungi dari dan Pustaka di Johor Bahru (1956).
segi undang-undang.

4. BAHASA MELAYU ❖ Dalam sistem pendidikan, bahasa Melayu dapat dilihat
DALAM SISTEM berdasarkan zaman berikut:
PENDIDIKAN
- Zaman pramerdeka iaitu sebelum tahun 1957
❖ Bahasa Melayu digunakan di digunakan di sekolah - Zaman pascamerdeka iaitu antara tahun 1957 sehingga
Melayu semasa pemerintahan Inggeris. tahun 1970
- Zaman dasar ekonomi baharu iaitu antara tahun 1971
❖ Dijadikan bahasa pengantar dan mata pelajaran sehingga tahun 1990
kursus di maktab perguruan sejak tahun 1900.

4.1 LAPORAN
BARNES (1951)

Laporan Barnes disediakan oleh L J. Tujuan laporan ini adalah untuk
Barnes yang merupakan pengarah menyiasat kedudukan dan memperbaiki
Latihan Sosial di Universiti Oxford.
Pendidikan orang Melayu.

Jawatankuasa Barnes telah menggariskan
Sekolah Melayu untuk memupuk

perkembangan individu ke arahkecermelangan
yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan

kemahiran.

Laporan ini ditentang oleh kaum Cina Menggalak dan merangsang komuniti
dan India lalu hasil tentangan ini telah Melayu mencapai kedudukannya dalam
mewujudkan Laporan Fenn-Wu pada perhubungan dengan kaum-kaum lain

tahun 1951. dalam masyarakatmajmuk

CADANGAN • Menubuhkan sekolah dwibahasa yang menjadikan bahasa Melayu dan
LAPORAN bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
BARNES 1951
• Mata pelajaran bahasa Cina adan Tamil akan disediakan jika 15 orang
murid atau lebih yang ingin mempelajarinya.

• Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris dan bahasa
Inggeris diwajibkan diajar di sekolah Melayu.

• Sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan dan digantikan
dengan Sekolah Kebangsaan.

• Bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah ialah bahasa Melayu
manakala bahasa Inggeris digunakan pada peringkat sekolah menengah
dan peringkat lebih tinggi.

4.2 LAPORAN
FENN-WU (1951)

Diketuai oleh Dr. Fenn yang Laporan ini bertujuan untuk
merupakan Setiausaha Kerja mengkaji dan menilai semula
Bersekutu Negara China dan kewajaran Laporan Barnes
Profesor Dr. Wu Teh Yao yang
bekerja dengan Pertubuhan 1950 yang kemudiannya
diserap dalam Ordinan
Bangsa- Bangsa Bersatu.
Pelajaran 1952.

Dibuat kerana ketidakpuasan Masyarakat Cina pada masa
hati masyarakat Cina itu menganggap Laporan

terhadap Laporan Barnes 1950. Barnes akan menghapuskan
bahasa dan kebudayaan Cina.

CADANGAN LAPORAN FENN-WU (1951)

• Sekolah vernakular Cina, Melayu dan Tamil dibenarkan beroperasi
dan menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris
dan bahasa Tamil.

• Pengoperasian sekolah- sekolah aliran jenis kebangsaan atau sekolah
inggeris dikekalkan.

• Sekolah- sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung
keperluan tenaga pekerja mahir.

4.3 ORDINAN
PELAJARAN (1952)

❖ Turut dikenali sebagai penyata pelajaran 1952.

❖ Majlis perundangan persekutuan telah meluluskan Ordinan Pelajaran 1952 pada 21 September 1952.

❖ Merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu untuk
mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu.

❖ Datuk E.E.C. Thuraisingam menyatakann tujuan Ordinan Pelajaran adalah mengukuhkan asas perpaduan
negara serta menggambarkan sistem pendidikan vernakular moden.

❖ Matlamat penubuhan:

- Membekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik dalam diri individu.
- Membolehkan setiap bangsa menyesuaikan diri.
- Membentuk warganegara yang Bersatu walaupun berbeza kaum.

CADANGAN • Sekolah kebangsaan berfungsi sebagai corak sistem persekolahan
ORDINAN kebangsaan.

PELAJARAN • Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem
1952 persekolahan kebangsaan.

• Bahasa Tamil dan Cina diajarsebagai bahasa ketiga.

• Ordinan ini tidak dapat dilakasanakan akibat darurat dan masalah
kewangan.

4.4 LAPORAN

RAZAK (1956)Dato’ Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein

Menteri Pelajaran Persekutuan merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah

mengumumkan cadangan- cadangan yang

dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956 Bidang tugas jawatankuasa Laporan Razak:
pada 6 Mei 1956.

Matlamat utama adalah - Mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan
membentuk semula sistem membuat pindaan.

pendidikan di Malaysia. - Membentuk satu sistem Pendidikan
kebangsaan yang bersesuaian untuk menyatu
Penyata Razak 1956 merupakan
cadangan pendidikan yang ditulis pada padukan masyarakat berbikang bangsa.
- Menjaga dan mengekalkan bahasa serta
tshun 1956 sebagai satu usaha bagi
membentuk Persekutuan Tanah Melayu. kebudayaan kaum lain.
- Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa

kebangsaan.

CADANGAN • Menubuhkan sekolah rendah yang menggunakan bahasa
LAPORAN Melayu sebagai bahasa pengantar supaya sekolah
RAZAK (1956) rendah yang menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan
Cina akan terus maju.

• Sistem pendidikan yang sama dan satu jenis sekolah
sahaja bagi semua kaum.

• Semua guru sekolah rendah dan menengah dinaung oleh
satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir
Persekutuan.

• Sistem pendidikan sekolah menengah terdapat Sekolah
Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas
(SMA) dan Pra Universiti.

5. PENGENALAN BAHASA
MELAYU MODEN

5.1 Telah ditubuhkan pada tanggal 22 Jun 1956 bertujuan mengembangkan bahasa Melayu
PERANAN yang bakal menjadi bahasa kebangsaan pada masa itu.
DEWAN
BAHASA DBP menjadi sebuah badan berkanun pada tahun 1959 menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan
DAN
PUSTAKA Pustaka 1959.
(DBP)
Fungsi DBP:

- Memperluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam semua bidang termasuk bidang
sains dan teknologi.
- Menebitkan dan mencetak buku- buku, risalah- risalah dan lain- lain bentuk persuratan
dalam bahasa kebangsaan.
- Membentuk istilah- istilah yang sesuai serta membakukan ejaan dan sebutan dalam
bahasa kebangsaan.
- Memperbetulkan penggunaan bahasa pasar dan rojak dengan menggunakan bahasa
yang betul.
- Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya penggunaannya akan meluas
bagi segala maksud.

5.2 KERJASAMA SERANTAU DAN
PENGANTARABANGSAAN

Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa telah
ada sejak abad ke-7 Masihi ketika zaman Sriwijaya dan kemuncaknya ialah
ketika zaman Kesultanan Melayu.

Perkembangan bahasa Melayu yang merentasi benua mempunyai kaitan
dengan bidang pendidikan bahasa khususnya strategi pengajaran bahasa
Melayu kepada penutur asing.

Kedudukan sebagai bahasa antarabangsa menyerlah ketika zaman bahasa
Melayu Klasik iaitu sekitar abad ke-15 walaupun tidak dominan seperti bahasa
Inggeris.

USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU

● Berkongsi wawasan pelaksanaan oleh DBP Malaysia semasa pimpinan Dato’ Haji A. Aziz
Deraman, DBP Brunei di bawah pimpinan Dato Paduk Haji Alidin Bin Haji Othman dan Pusat
Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Dr Hassan Alwi.

● Menubuhkan pusat pengajian Melayu pertama di Leiden, Belanda pada tahun 1876 dan
sehingga kini pusat itu diiktiraf sebagai pusat utama bagi kajian budaya Melayu di peringkat
antarabangsa.

● Malaysia menubuhkan Kursi Pengajian Melayu dengan menempatkan individu bertaraf profesor
di Universiti Leiden dengan harapan mampu mempertingkatkan kajian sastera Melayu di
Eropah serta memperkembangkan budaya Malaysia dan dunia Melayu.

● Kursi Pengajian Melayu juga ditubuhkan di Universiti Victoria, Wellington, New Zealand pada
tahun 1995 dan di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), China.

KEPENTINGAN PENUBUHAN KURSI USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU
PENGAJIAN MELAYU MELALUI KERJASAMA NEGARA

• Menjalin persefahaman budaya dan ● Mewujudkan forum- forum kerjasama seperti
Majlis Bahasa Brunei Darussalam-inonesia-
mengakrabkan kerjasama antara dunia Melayu malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia
dengan rantau Eropah. Tenggara (MASTERA), Majlis Antarabangsa
Bahasa Melayu (MABM) dan Forum Kerjasama
• Merangsang minat pengkaji, sarjana, pakar dan Penerbitan Serantau (FOKEPS).

cendekiawan yang berminat dalam bidang ● Usaha memperkenalkan kesusasteraan melayu
sosiologi, antropologi, bahasa, sastera dan ke peringkat antarabangsa disokong oleh
budaya Melayu. pelbagai institusi seperti Dewan Bahasa Dan
Pustaka (DBP) Malaysia dan Brunei, Pusat
• Memperjelas arah perkembangan bahasa, sastera Bahasa Indonesia melalui seminar, pertemuan,
dialog, persidangan penulis, pengucapan puisi
dan budaya Melayu di peringkat antarabangsa. dan program satera di luar negara.

• Mencetuskan iklim sosioekonomi dan sosiopolitik

yang lebih kondusif.

CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA
MELAYU

o PENDIDIKAN
o EKONOMI

o PENTADBIRAN KERAJAAN
o KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL

o PERCAMPURAN KOD
o SLANGA

o PENERAPAN ELEMEN HAK ASASI

1. PENDIDIKAN

CABARAN Pengajaran dan
pembelajaran bahasa melayu

▪ Kualiti pengajaran dan hasil pembelajaran murid boleh terjejas kerana tidak semua guru
yang mengajar bahasa Melayu mendapat latihan khusus dalam bidang bahasa.

▪ Kemahiran bacaan, lisan dan menulis diajar berasingan bukannya secara bersamaan.

▪ Jumlah masa pengajaran di SK, SJKC dan SJKT dan pengetahuan asas murid yang berbeza
membuatkan pengajaran bahasa Melayu menjadi sukar.

▪ Murid bersikap negatif terhadap mata pelajaran bahasa Melayu berbanding bahasa
Inggeris.

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM AKTA
PENDIDIKAN TINGGI SWASTA

▪ Semua Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar setelah Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan.

▪ Institut Pendidikan Swasta (IPS) boleh memilih dalam hal penggunaan bahasa pengantar
sama ada mengikut amalan sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan serta
boleh memohon pengecualian mengikut Seksyen 17 akta tersebut kerana IPS merupakan
sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan.

▪ Kelonggaran yang diberikan kepada IPS dalam memilih bahasa pengantar telah
merendahkan martabat bahasa Melayu serta menggugat falsafah dan matlamat dasar
pendidikan kebangsaan.

2. EKONOMI

▪ Bahasa Inggeris dijadikan bahasa utama dalam dokumen perniagaan syarikat swasta
manakala bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua.

▪ Kebanyakan industri perhoelan, syarikat jualan kenderaan, barangan elektrik dan
komputer menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

▪ Graduan mempunyai pilihan kerjaya dalam bidang perguruan atau Pendidikan sebagai
guru bahasa Melayu dengan mengikuti kursus- kursus iktisas seperti PISMP / DPLI dan
Bachelor Pendidikan.

▪ Graduan juga boleh memilih bidang penulisan kreatif, pengacaraan, editor dan
penterjemah.

3. PENTADBIRAN

▪ Surat rasmi oleh agensi kerajaan perlu menggunakan bahasa Melayu. Begitu juga surat rasmi

KERAJAANantarabangsa oleh agensi kerajaan kepada pihak luar digalakkan menggunakan bahasa Melayu

bersertakan lampiran dalam bahasa Inggeris.

▪ Bahasa Melayu digunakan dalam urusan surat mesyuarat, minit mesyuarat dan nota pembentangan.

▪ Pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam perlu ditulis dalam bahasa Melayu.

▪ Perkhidmatan kaunter boleh menggunakan bahasa yang difahami pelanggan sekiranya pelanggan
tidak memahami bahasa Melayu.

▪ Sebarang maklum balas aduan di akhbar dan isu di media massa perlu menggunakan bahasa
kebangsaan dan sekiranya bahasa Inggeris digunakan, terjemahan dalam bahasa Melayu perlu
diletakkan.

BAHASA MELAYU DALAM
DASAR KERAJAAN

GAGASAN 1 MALAYSIA MBMMBI PROGRAM DASAR MODEL PELAN
(Memartabat Bahasa TRANSFORMASI EKONOMI BARU PEMBANGUNAN
-Diperkenalkan oleh
Perdana Menteri ke-6 Melayu Dan KERAJAAN -Menjayakan budaya PENDIDIKAN
iaitu Datuk Seri Mohd. Memperkukuh Bahasa kerja kelas pertama MALAYSIA (PPM)
Najib Bin Tun Abdul -Semua kanak-kanak dan mahir bertutur
Inggeris) mempunyai asas dalam bahsa Melayu. -Kementerian
Razak pada 2 April Pelajaran mengkaji
2009 untuk -Menggunakan bahasa literasi dalam bahasa -Berpegang kepada
Melayu dalam mata Melayu. prinsip berpendapatan semula sistem
mewujudkan jati diri pelajaran Sains dan tinggi, kemapanan dan Pendidikan Malaysia
rakyat yang bangga Matematik -Menjalankan program secara menyeluruh
menggunakan bahasa pembangunan dan kerangkuman. pada Oktober 2011.
sistem penyampaian
Melayu.
perkhidmatan kepada
rakyat.

4. KERANCUAN BAHASA DI
MEDIA SOSIAL• PENGARUH BAHASA IBUNDA – Berlaku disebabkan pengaruh bahasa ibunda yang digunakan murid-murid di sekolah.

Kesalahan tersebut lebih ketara pada murid bukan Melayu.

• PENGARUH BAHASA DIALEK – Kebanyakan murid bertutur dalam bahasa dialek yang mereka perolehi dari rumah.

• PENGARUH BAHASA ASING – Penggunaan istilah yang tidak tepat akibat pengaruh bahasa asing terutamanya bahasa
Inggeris telah menyebabkan murid murid bertutur dan menulis dengan salah dalam bahasa
Melayu.

• PENGARUH TEKNOLOGI – Kebanyakan medium bahasa yang digunakan di media sosial bercampur aduk antara bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris telah menyebabkan kekeliruan penggunaan bahasa Melayu.

• PENGARUH MAJALAH, CERPEN DAN NOVEL – Sesetengah pengarang mengenepikan penggunaan bahasa Melayu yang betul
dalam penulisan semata- mata untuk menjadikannya menarik dan sesuai
dengan bahan yang ditulis.

5.

PERCAMPURA• Percampuran kod sering terjadi dalam kalangan mereka yang boleh
bertutur lebih daripada satu bahasa atau bertutur dalam dialek seperti
N KODbahasa Melayu, Cina dan Tamil.
• Percampuran kod yang sering berlaku:

- Penggantian konsonan m dan n kepada ng.
- Penghilangan konsonan seperti perkataan sampai ditukar menjadi sapa
dalam dialek Terengganu.
- Konsonan s dan f di akhir perkataan digantikan kepada h.
- Penghilangan diftong seperti perkataan pisau ditukar menjadi pisa dalam
dialek Terengganu.

6. BAHASA

SLANGA

• Bahasa slanga merupakan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan- ungkapan
yang tidak dianggap sebagai standard dalam dialek atau bahasa.

• Faktor pengaruh bahasa slanga:

- Digunakan untuk gurauan, slogan, identiti kumpulan dan melahirkan perasaan.
- Menimbulkan keakraban dan kemesraan dalam perbualan masyarakat.
- Pengaruh penggunaan harian oleh persekitaran keluarga dan masyarakat.
- Memudahkan untuk menunjukkan ekspresi.

7. PENERAPAN

ELEMEN HAK ASASI

• Penerapan elemen hak asasi sangat penting bagi memastikan proses pentadbiran
berjalan dengan lancar.

• Penubuhan Pusat Prihatin Budaya Melayu (PPBM) yang melibatkan golongan belia dan
dewasa dapat membantu merepakan elemen hak asasi kepada masyarakat kerana lebih
bercorak pendidikan informal secara persekitaran dalam memantapkan jati diri Melayu.


Click to View FlipBook Version