BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TUGASAN KUMPULAN
TAJUK : KATA ADVERBA
NAMA NO. MATRIK
1. NURUL IZZAH BT ROHIMI D20182086138
2. SHAERA BINTI SAID D20181083851
3. FATIN NAZIERAH BINTI CHE MOHD NASIR D20181083466
4. NUR ALIA SYAFA’ BINTI MOHD NAZRI D20181083918
PENSYARAH:
ENCIK MOHD RA’IN BIN SHAARI
1
1.0 PENGENALAN
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan
frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba juga boleh hadir sama ada
di hadapan dan juga di belakang frasa. Selain itu, perkataan daripada golongan kata yang
lain juga boleh menjadi kata adverba kerana ia mempunyai fungsi sebagai penerang. Kata
kerja juga dapat berfungsi sebagai kata adverba. Hal ini disebabkan oleh, menerangkan kata
kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama dalam ayat.
Terdapat empat jenis kata adverba iaitu kata adverba jati, kata adverba asal kata adjektif,
kata adverba yang asal kata kerja dan kata adverba gandaan. Kata adverba jati ialah
sekumpulan kata yang berfungsi untuk menerangkan kata kerja atau frasa kerja, kata
adjektif atau frasa adjektif dan frasa sendi nama. Walaubagaimanapun, kata adverba jati
tidak termasuk dalam mana-mana golongan kata. Kedua, kata adverba asal kata adjektif
ialah kata adjektif yang menerangkan kata kerja atau frasa kerja, kata adjektif atau frasa
adjektif dan frasa sendi nama. Seterusnya, kata adverba asal kata kerja ialah asalnya kata
kerja yang terdiri daripada kata kerja yang menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa
sendi nama. Akhir sekali, kata adverba bentuk gandaan terdiri daripada penggandaan
penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.
2
2.0 KATA ADVERBA JATI
Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang berfungsi sebagai penerang kepada
golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa
adjektif dan frasa sendi nama yang tidak tergolong ke dalam mana-mana golongan kata
yang lain.
Formula:
KAJ (Kata Adverba Jati) = penerang + KK/KA/FSN
Contoh: Ain akan pergi ke kota London nanti. (Nanti di dalam ayat ialah kata adverb
jati yang menerangkan kata kerja pergi dan ia hadir selepas kata kerja).
Contoh kata adverba jati ialah: Begitu
Demikian
Julung kali
Saling esok
Serentak Nanti
Kadang kala
Kemudian Sentiasa
Dahulu Begini
Sekarang semalam
Nyaris
kelak
Contoh Ayat:
i)Yana baru sahaja tiba di tanah air kelmarin.
ii)Abang sering kali pulang ke kampong untuk bertemu ibu dan ayah.
iii)Walaupun Ahmad sibuk bekerja dia sempat menziarah neneknya.
3
Contoh:
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurunnya untuk dibuka rendah
pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipengaruhi oleh ketidakpastian
terhadap keadaan semasa politik tempatan, kata peniaga.
Pada 9 pagi, unit tempatan turun 240 mata asas untuk dibuka pada 4.2140/2180
berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1900/1940
pada Jumaat.
Ketua Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes, berkata dalam keadaan kebuntuan
untuk melaksanakan dasar dan kesan ekonomi kerajaan pakatan, situasi sekarang
bermakna akan banyak berlaku perbincangan tawar menawar tidak rasmi sesama
parti politik pada hari ini.
“Ia adalah petunjuk kepada jualan dan kemungkinan besar untuk meningkatkan
perbelanjaan berbanding langkah berhemat fiskal dan barangkali, risikonya adalah
bagi defisit besar-besaran.
(Sumber Berita Harian 24 Februari 2020)
Kata adverba jati yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah barangkali.
AKTIVITI
1. Berdasarkan kata adverba jati yang telah dipelajari, bina sebuah skrip drama pendek yang
bertema bebas.
2. Lakukan aktiviti ini bersama-sama ahli kumpulan, kenal pasti kata adverba jati yang ingin
digunakan dalam dialog.
3. Lakonkan skrip drama pendek tersebut dengan intonasi dan nada yang betul.
4
LATIHAN 1
Bulatkan jawapan yang tepat.
1.Farah telah tiba di kampung halamannya pada hari _________ untuk menyambut hari Raya
Aidilfitri.
A. kadang-kadang
B. barangkali
C. kelmarin
D. esok
2. Anak Lebai Nawi akan pergi ke lapangan terbang pada hari _________ bagi mengambil
sepupunya yang baru pulang dari luar negara.
A. nanti
B. semalam
C. sekarang
D. esok
3. Pertandingan bola sepak antara pasukan negeri Selangor dengan pasukan negeri Kedah
sedang berlangsung _________ di Stadium Darul Aman.
A. nanti
B. sekarang
C. agaknya
D. tulat
4. Rakyat Malaysia perlu _________ mencuci tangan dan memakai topeng muka semasa
penularan wabak Covid-19.
5
A. sentiasa
B. acap kali
C. kadang-kadang
D. barangkali
5. Pelajar Tingkatan 5 telah mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada hari
_________.
A. semalam
B. esok
C. tulat
D. kelak
6. Kakak membuat kek pisang _________ memberikannya kepada jiran.
A. kadang kala
B. dahulu
C. agaknya
D. kemudian
7. Kereta mewah itu ________ terlanggar seekor anak kucing ketika hari hujan.
A. nyaris
B. acap kali
C. serentak
D. barangkali
6
8. Shafiq akan pergi ke Kuala Lumpur __________ untuk pertandingan Syarahan peringkat
kebangsaan.
A. sekarang
B. nanti
C. barangkali
D. nyaris
9. Kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat agar badan sentiasa sihat, ________ dapat
mengelakkan daripada penyakit berbahaya.
A. acapkali
B. sentiasa
C. barangkali
D. sekaligus
10. Rakyat Malaysia perlu menabung untuk masa hadapan agar tidak menyesal ________.
A. esok
B. kelak
C. lusa
D. semalam
11. Peperiksaan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 akan berlangsung _______ bagi
memudahkan urusan para guru.
A. serentak
B. sekarang
C. kelak
7
D. kemudian
12. Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang berfungsi sebagai _________________.
A. merangkaikan frasa subjek dengan frasa predikat
B. untuk memberi penegasan kepada kata
C. kata depan sesuatu perkataan
D. penerang kepada golongan kata
13. Berdasarkan perkataan berikut yang manakah merupakan kata adverba jati
i. julung kali ii. Kemudian iii. Sesungguhnya iv. Bukannya
A. I dan iv
B. I dan ii
C. ii dan iii
D. iii dan iv
14. ________ program tahunan sekolah SMK Jaya dirasmikan oleh pegawai pendidikan daerah
tersebut.
A. Esok
B. Julung kali
C. Kelak
D. Sekarang
8
15. Abang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinannya di Dewan Majlis Daerah
_________.
A. kelak
B. acap kali
C. barang kali
D. julung kali
LATIHAN 2
Bina ayat berdasarkan kata adverba jati tersebut.
sekaligus sekarang Kadang kala
serentak
demikian kelak kemudian
kelmarin Acap kali
9
LATIHAN 3
Gariskan kata adverba jati yang terdapat dalam ayat tersebut.
1.Kami selalu berkunjung ke rumah saudara-mara apabila tiba musim perayaan.
2. Kakak akan pergi ke tempat kerjanya dengan menaiki kereta baru esok.
3. Siti belum menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya semalam.
4. Masyarakat digalak untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat agar badan sentiasa cergas
sekaligus dapat mengelakkan dari penyakit berbahaya.
5. Oleh kerana itu, bahasa Sepanyol kadangkala dikenali sebagai Castilian.
6. Amir akan menelan semua ubat yang perlu dimakannya secara serentak.
7. Sebelum terjadinya peristiwa tersebut, penduduk kampung kerap kali melihat van putih itu
meronda di kawasan kampung.
8. Para graduan akan melalui ujian temuduga terlebih dahulu sebelum dipanggil untuk bekerja.
9. Rakyat Malaysia perlu saling bekerjasama bagi menangani masalah Covid-19 yang melanda
seluruh negara.
10. Jarang kali kita dapat melihat fenomena gerhana bulan di negara kita.
10
LATIHAN 4
Isikan tempat kosong pada ayat di bawah menggunakan kata adverba jati yang diberikan.
begitu demikian kemudian sekarang serentak
Pertama Kadang Acap nyaris sempat
kali kala kali
1.Ibu meminta adik untuk mengelap air manis yang ditumpahkannya _________ supaya lantai
tidak melekit.
2. ___________ ibu dan ayah berpeluang untuk pergi menunaikan ibadah umrah bersama-
sama.
3. Abang __________ terlanggar anak kucing yang berada di bawah keretanya.
4. __________ ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak agar sentiasa menjaga tingkah laku.
5. “ ____________ aku meminta dia untuk memberitahu perkara yang sebenarnya berlaku dua
tahun lepas,” kata Din kepada Mad.
6. “Jika awak ingin berbuat _________, beritahulah mereka sebelum membuat perjumpaan,”
kata Jihan kepada rakannya.
7. Setiap pagi Zahra akan mengemas tempat tidurnya, _________ barulah dia akan bersarapan.
8. Kakak _______ meminta ayah untuk membeli santan sebelum ayah pergi ke kerja sebentar
tadi.
9. Ayah bercadang untuk melansungkan perkahwinan abang dan adik secara ________ bagi
menjimatkan kos.
10. Walaupun ________ dia tetap berusaha untuk memperoleh kejayaan bagi mengembirakan
hati keluarganya.
11
LATIHAN 5
Bulatkan kata adverba jati yang terdapat dalam ruangan tersebut.
Kelak sesungguhnya sering kali
Bahawasanya tulat dan
Jikalau dahulu sekaligus
Begitu ini sesudah itu
LAMPIRAN
Kata adverba jati
Link video contoh:
https://www.instagram.com/p/B6F7wSeBNHf/?igshid=1em5i6bu0l7cq- @adikfoods resipi
Egg Tofu Rolls
minit digunakan: 0.15-0.19
https://www.instagram.com/p/Bx4EChLFNi3/?igshid=1whisn8u26j1j- @khairulaming puasa
day 20
minit digunakan: 0.00-0.10
12
3.0 KATA ADVERBA BERBENTUK GANDAAN
A. DEFINISI
Mengikut pemerhatian penulis-penulis Tatabahasa Dewan golongan kata dalam bahasa
Melayu dalam ayat.ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif atau
frasa sendi nama. Terdapat tiga bentuk kata adverba berganda seperti berikut:
I. Kata adverba penggandaan penuh
II. Kata adverba penggandaan separa
III. Kata adverba penggandaan berentak
I. KATA ADVERBA PENGGANDAAN PENUH
Mengikut Tatabahasa Dewan (1996), penggandaan penuh ialah cara yang paling
mudah, iaitu dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk memberikan
makna keadaan sifat yang menyeluruh. Contohnya, betul-betul, sedikit-sedikit,
jarang-jarang, laju-laju, malam-malam, pura-pura, cepat-cepat, sama-sama,
tinggi-tinggi, diam-diam, besar-besar, bijak-bijak.
Contoh dalam ayat:
1. Ayah betul-betul gembira setelah mendengar khabar bahawa abang
Harun akan pulang ke kampung untuk bercuti hari raya tahun ini.
2. Rumah di bandar itu besar-besar.
3. Pelajar kelas itu semuanya bijak-bijak.
II. KATA ADVERBA PENGGANDAAN SEPARA
Kata adverba penggandaan jenis ini terhasil daripada proses menggandakan kata
dasarnya yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya.
Terdapat dua jenis kata adverba berbentuk gandaan separa. Pertama,
penggandaan separa awalan, iaitu perkataan berganda yang mempunyai
imbuhan pada awal perkataan. Contohnya ialah berdikit-dikit, sekali-kali,
terkesing-kesing, setinggi-tinggi, sepandai-pandai, terjengket-jengket,
berderet-deret, seikhlas-ikhlasnya, terkedek-kedek, terkial-kial, sebodoh-
bodohnya.
13
Contoh dalam ayat:
1. Ahmad bekerja dengan bersungguh-sungguh.
2. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
3. Siti tidak akan sekali-kali meninggalkan ibunya sendirian.
Selain itu, kata adverba yang terdiri daripada penggandaan separa tapi
berakhiran, misalnya imbuhan akhiran ‘an’. Contohnya, gila-gilaan, besar-
besaran, mati-matian, habis-habisan, kecil-kecilan.
Contoh dalam ayat
1. Upacara sambutan hari sukan sekolah kali ini diadakan secara besar-
besaran.
2. Mak Minah berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan
keluarga.
3. Ahmad berusaha secara habis-habisan untuk berjaya ke peringkat
seterusnya.
III. KATA ADVERBA PENGGANDAAN BERENTAK
Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar berdasarkan
rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh
kata dasar digandakan tetapi dengan perbezaan dan persamaan pada bunyi-
bunyi konsonan dan vokal tertentu, atau penggandaan yang tidak mempunyai
persamaan pada bunyi-bunyi vokal atau konsonan.
Contoh penggandaan berentak yang mempunyai persamaan bunyi konsonan
ialah bolak-balik, susup-sasap dan sebagainya. Antara contoh penggandaan
berentak persamaan bunyi vokal ialah cerai-berai, tungkus-lumus dan lain-
lain.
Contoh penggandaan berentak bebas ialah ulang-alik. Dalam konteks kata
adverba kata ganda berentak juga berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja.
14
Contohnya, menangis sedu sedan, berbunyi hingar-bingar, berjalan mundar-
mandir, bekerja tungkus lumus, lari lintang-pukang, dating serta-merta.
Contoh dalam ayat:
1. Adik menangis sedu-sedan kerana lapar.
2. Ali berjalan mundar-mandir kerana risau anaknya masih belum pulang.
3. Ayah sanggup bekerja tungkus lumus demi masa depan anak-anaknya.
B. FORMULA
I. KATA ADVERBA PENGGANDAAN PENUH
KA + KK = Kata adverba penggandaan penuh
Contoh ayat : Pelajar kelas itu semuanya bijak-bijak.
II. KATA ADVERBA PENGGANDAAN SEPARA
Awalan
KK + KA = kata adverba penggandaan separa awalan
Contoh ayat : Kamal berkeja dengan bersungguh-sungguh.
Akhiran
KK + KA = kata adverba penggandaan separa akhiran
Contoh ayat : Aminah berusaha secara habis-habisan untuk ke peringkat
seterusnya.
III. KATA ADVERBA PENGGANDAAN BERENTAK
KA+KK= Kata adverba penggandaan berentak
1. Persamaan bunyi vokal
Contoh: cerai-berai, tungkus lumus.
Contoh ayat : Perselisihan faham haruslah ditangani dengan bijak bagi
mengelakkan berlakunya cerai-berai dalam sesebuah keluarga.
15
2. Persamaan bunyi konsonan
Contoh: bolak-balik, susup- sasap
Contoh dalam ayat : Fikiran Ahmad masih bolak-balik sama ada hendak
turut serta dalam perkhemahan itu atau tidak.
3. Penggandaan berentak bebas
Contoh: ulang-alik, lintang pukang, serta-merta
Contoh ayat: Tiga orang pemuda itu lari lintang-pukang apabila
ternampak satu lembaga putih yang berkeliaran di kawasan perkuburan
pada waktu malam.
C. CONTOH
1. Kata adverba penggandaan penuh
Kata adverba penggandaan penuh yang terdapat dalam akhbar ialah masing-masing.
16
2. Kata adverba penggandaan separa
Kata adverba penggandaan separa yang terdapat dalam akhbar ialah habis-habisan
3. Kata adverba penggandaan berentak
Kata adverba penggandaan berentak yang terdapat dsalam akhbar ialah
bertungkus-lumus.
17
D.LATIHAN
LATIHAN 1
1. Pawagam menjadi ………… setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai
ditayangkan.
A. Riuh-rendah
B. Gelap-gelita
C. Porak-peranda
D. Terang-menderang
2. Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang ……. itu.
A. Bengkang-bengkok
B. Kacau-bilau
C. Batu-batan
D. Haru-biru
3. Kaki Ahmad …….. oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.
A. Punah-ranah
B. Robak-rabik
C. Calar-balar
D. Lekuk-lekuk
4. Ada …….. bahawa Faizul akan dilantik sebagai ketua pengawas yang baru di sekolah
itu.
A. Mata-mata
B. Ura-ura
C. Undang-undang
D. Kura-kura
5. Encik Lukman mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik ……… di pantai itu.
A. Mandi-manda
B. Mundar-mandir
C. Riuh-rendah
D. Kacau-bilau
18
6. Bantal yang berisi ……. amat lembut sekali.
A.dedaun
B. kekabu
C.bebola
D.bebiri
7. Sifat ……. yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati para tetamu.
A. Remeh-temeh
B. Ramah-tamah
C. Kelam-kabut
D. Riuh-rendah
8. Rambut Wendy …….. setelah bangun daripada tidur.
A. Compang-camping
B. Kusut-masai
C. Huru-hara
D. Robak-rabik
9. Guru besar mengambil tindakan tatatertib …….. terhadap murid yang terlibat dengan
kes buli itu.
A. Porak-peranda
B. Remeh-temeh
C. Lambat-laun
D. Serta-merta
10. Pak Dollah tahu …….. tentang isu politik negara walaupun dia tinggal di kawasan
pedalaman.
A. Lenggok-lenggok
B. Simpang-siur
C. Serba-serbi
D. Hiruk-pikuk
19
LATIHAN 2
Bina satu ayat bagi setiap perkataan berikut di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya.
Betul-betul Bersungguh-sungguh Setinggi-tinggi
Mundar-mandir Bijak-bijak Seikhlas-ikhlasnya
LATIHAN 3
Gariskan perkataan yang menunjukkan kata adverba berbentuk gandaan
1. Aminah betul-betul insaf atas perlakuannya selama ini.
2. Wanita itu pura-pura sakit ketika menemui doktor.
3. Mereka berjalan laju-laju supaya cepat sampai.
4. Mereka bermalam-malam tidur di puncak bukit itu.
5. Sepandai-pandai dia bersembunyi akhirnya tertangkap juga pencuri itu.
6. Mereka bermain habis-habisan bagi mempertahankan kejuaraan mereka.
7. Majlis itu diadakan secara besar-besaran.
8. Dia menangis tersedu-sedan apabila kematian ayahnya.
9. Keadaan di pasar itu hingar-bingar sepanjang hari.
10. Perompak itu lari lintang-pukang dikejar polis.
11. Raju berjalan terhoyong-hayang kerana kecerderaan.
20
LATIHAN 4 X Y
Soalan berstruktur Bermalam-malam Tersedu-sedan
Hingar-bingar
W Habis-habisan
Betul-betul
Pura-pura
A) Nyatakan jenis penggandaan W, X dan Y.
B) Berikan 2 contoh kata adverb gandaan berentak.
LATIHAN 5
Isikan tempat kosong di dalam ayat berdasarkan jawapan yang telah diberikan.
Betul-betul Lintang-pukang Besar-besaran
Bolak-balik Sepandai pandai
1. Ayah ……… gembira setelah mendengar khabar bahawa abang Harun akan pulang
ke kampung untuk bercuti hari raya tahun ini.
2. …………. tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
21
3. Upacara sambutan hari sukan sekolah kali ini diadakan secara ………
4. Tiga orang pemuda itu lari…………apabila ternampak satu lembaga putih yang
berkeliaran di kawasan perkuburan pada waktu malam.
5. Fikiran Ahmad masih ……… sama ada hendak turut serta dalam perkhemahan itu
atau tidak.
22
E.AKTIVITI
1. Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan kecil.
2. Guru mengedarkan teks petikan yang bertajuk “Gotong-royong amalan mulia” yang
mengandungi jenis kata adverba gandaan kepada setiap kumpulan.
3. Murid-murid diminta membaca teks petikan bersama-sama guru.
4. Setiap kumpulan diminta menyenaraikan kata adverba gandaan sama ada jenis
gandaan penuh, gandaan separa atau gandaan berentak di atas kad manila yang telah
disediakan.
5. Guru meminta setiap kumpulan membentangkan jawapan kata adverba gandaan yang
terdapat dalam teks petikan “Gotong-royong amalan mulia” di hadapan kelas.
6. Guru meminta setiap kumpulan menerangkan jenis kata adverba yang terdapat dalam
teks berdasarkan jawapan yang telah dikemukakan oleh murid-murid.
7. Guru dan murid-murid saling berinteraksi membincangkan tugasan yang telah
dilaksanakan.
Fokus penggabungjalinan aktiviti:
Dalam melaksanakan aktiviti ini, guru menerapkan penggabungjalinan ketiga-tiga
jenis kemahiran iaitu, kemahiran membaca, kemahiran lisan, dan kemahiran menulis. Guru
meminta murid membaca teks petikan dan menyenaraikan jenis kata adverba gandaan serta
membentangkan hasil jawapan mereka di dalam kelas. Selain itu, guru menerapkan
penggabungjalinan bantu mengajar iaitu teks petikan “Gotong-royong amalan mulia”
berdasarkan tema pengajaran. Bagi penggabungjalinan aktiviti, guru menggabungkan aktiviti
lisan iaitu kemahiran bertutur dalam membentangkan jawapan kata adverba jenis gandaan dan
saling mengemukakan idea dan pendapat masing-masing berdasarkan pengetahuan yang telah
dipelajari bagi menghasilkan interaksi antara guru dan murid-murid di dalam kelas sewaktu
tempoh pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung.
23
4.0 KATA ADVERBA ASAL KATA ADJEKTIF
Menurut Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini
Othman dan Ton Ibrahim (2012) mengatakan bahawa kata adverba yang asal kata
adjektif ialah kata adjektif yang menerangkan kata kerja atau frasa kerja, kata adjektif
atau frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Di samping itu, menurut buku Tatabahasa
Dewan (2015), kata adverba yang asal kata adjektif ialah berfungsi sebagai penerang
kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama.
Formula :
kata adverba asal kata adjektif (KAAKA) = menjadi penerang KK, KA & FSN
Contoh kata adverba asal kata adjektif dalam ayat:
1. Kata adverba yang menerangkan kata kerja
Adik selalu membaca novel pada waktu petang.
2. Kata adverba yang menerangkan kata adjektif
Sudah tinggi lampai anak pak cik Azman.
3. Kata adverba yang menerangkan frasa sendi nama
Dia serta-merta ke arah saya lalu memberi bunga.
24
Contoh :
KUCHING : Mayat lelaki tanpa identiti ditemui hampir mereput di Taman Botani,
berhampiran bangunan wisma bapa Malaysia, di sini, malam tadi. Mayat terbabit
yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar jeans berwarna biru ditemui orang
awam pada jam 10.45 malam. Timbalan ketua polis daerah Kuching, Supritendan
Merbin Lisa, berkata Bahagian Siasatan Jenayah, Balai Polis Gita dikerahkan ke
lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kes itu.
“Ketika tiba di tempat kejadian mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui.
Tidak ada kesan yang mencurigakan ditemui pada mayat terbabit,” katanya ketika
dihubungi hari ini. Katanya, pihaknya percaya mangsa sudah meninggal dunia dalam
tempoh dua hari ke atas berdasarkan keadaan mayat yang mula mereput. “ Mayat
dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai
kematian mengejut. “Kita meminta keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang
tidak balik ke rumah tampil membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.
(Sumber Berita Harian, 28 Mac 2020)
Kata adverba asal kata adjektif yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah hampir.
AKTIVITI:
1. Guru menyediakan batang aiskrim dan menulis nama setiap pelajar di atas batang aiskrim
tersebut dan dimasukkan ke dalam gelas.
2. Guru mengambil salah satu batang aiskrim tersebut dan menyebutkan nama murid.
3. Guru menyoal murid mengenai topik yang dipelajari.
4. Jika murid menjawab, maka batang aiskrim mereka akan dikeluarkan.
5. Jika tidak, satu lagi batang aiskrim baru dituliskan dengan nama murid tadi dan
dimasukkan ke dalam gelas.
6. Murid boleh meminta bantuan dari rakan-rakan untuk menjawab. Murid yang membantu
rakan mereka untuk jawab juga akan dikeluarkan batang aiskrimnya.
7. Proses diulang sehinggalah semua batang aiskrim dikeluarkan.
25
LATIHAN 1:
Bulatkan jawapan yang tepat.
1. Alia berharap rancangannya untuk berkelah pada hujung minggu ini berjalan
_____________.
A. kelak
B. kemudian
C. lancar
D. nanti
2. Lisa __________ jatuh tersembam ketika menyidai kain basuhannya.
A. akan
B. segera
C. hampir
D. kemudian
3. Fatin _________ datang ke kedai tersebut untuk membeli kek kegemarannya.
A. kerap
B. jarang
C. hampir
D. segera
4. Burung helang itu terbang __________ dan berlegar-legar di udara untuk mencari
mangsa.
A. tinggi
B. rendah
C. lambat
26
D. cepat
5. Adik tidak mendengar panggilan telefon tersebut kerana dia tidur __________.
A. mengantuk
B. nyenyak
C. sungguh
D. betul
6. Anak bongsu Pak Hamid sudah besar ___________.
A. panjang
B. tinggi
C. cantik
D. kurus
7. Arif bertindak merompak bank tanpa berfikir panjang kerana ingin _____________
kaya.
A. segera
B. selalu
C. cepat
D. akan
8. Hancur __________ hatinya apabila mendengar berita ibunya menghidap kanser otak.
A. patah
B. lumat
C. rosak
D. luluh
27
9. Murid-murid mula berasa bosan dan mengantuk kerana pengetua memberi ucapan yang
panjang ____________.
A. lebar
B. bulat
C. tebal
D. pendek
10. Pemain bola itu menanduk bola masuk ke dalam gawang dengan mudahnya kerana
badannya yang tinggi ___________.
A. lebar
B. kurus
C. panjang
D. lampai
11. Abang __________ berada di rumah bersama isteri dan anaknya kerana bekerja sebagai
askar.
A. sentiasa
B. jarang
C. selalu
D. akan
12. Emak ke hospital dengan __________ kerana dipatuk ular.
A. cepat
B. selalu
C. segera
D. sekarang
13. Angin yang bertiup ____________ itu menyebabkan atap beberapa buah rumah
terbang.
28
A. laju
B. cepat
C. pantas
D. kencang
14. Guru itu sangat rajin kerana _________ ke pejabat walaupun pada hari minggu.x
A. jarang
B. sering
C. kemudian
D. kelak
15. Pohon mangga di hadapan rumah Ahmad berbuah ____________.
A. lebat
B. bulat
C. tebal
D. tinggi
16. Penulis itu membayangkan air sungai itu mengalir ____________.
A. lambat
B. cepat
C. maju
D. deras
17. Ayat manakah yang mempunyai kata adverba asal kata adjektif ?
A. Air sungai itu mengalir dari hulu ke hilir.
B. Anak Pak Abu sudah besar.
C. Muthu ke pejabat walaupun pada hari sabtu.
D. Pemain bola tampar itu tinggi lampai.
29
Kata penguat + kata penguat + kata adjektif + keterangan
18. Ayat yang manakah mengandungi binaan frasa adjektif seperti di atas ?
A. Istana di atas bukit itu indah nian
B. Kereta api itu lambat benar
C. Masakan ibunya masih paling sedap di kampung
D. Anak kecil itu terlalu nakal
19. Ibu Aidil diwadkan di hospital kerana sakit ______________.
A. biasa
B. betul
C. sungguh
D. Kuat
20. Yang manakah padanan yang betul antara fungsi frasa adjektif dengan contoh
penggunaan ayatnya ?
I. KPeng + KPeng + KA + Ket
Perangainya sungguh kurang sopan di khalayak.
II. KB + KPeng +KA
Kacak benar seperti dulu
III. KN + Ter + KA + Ket
Sungai itu mengalir dengan tenang
IV. KN + KA + Ket
Markah adik tertinggi di dalam kelasnya
A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV
30
LATIHAN 2
1. Apakah maksud kata adverba asal kata adjektif
___________________________________________________________
2. Bina satu frasa adjektif berdasarkan binaan yang berikut.
a) Kata nama (KN) + Kata kerja (KK)+ kata adverba asal kata adjektif +
Keterangan (Ket)
________________________________________________________
b) KN + Ter + kata adverba asal kata adjektif + Ket
____________________________________________________
c) KN + KK + kata adverba asal kata adjektif
______________________________________________________
d) kata adverba asal kata adjektif + KN + Ket
_______________________________________________________
3. Berdasarkan pengetahuan anda, bina dua ayat kata adverba asal kata adjektif.
I. _________________________________________________________
_________________________________________________________
II. _________________________________________________________
_________________________________________________________
4. Bina ayat berdasarkan kata adverba asal kata adjektif segera.
31
_____________________________________________________________________
_________________________________________________________
Kakak masih terlalu tinggi seperti seorang
model.
5. Tuliskan binaan frasa yang dicondongkan.
_______________________________________________________________
LATIHAN 3
Gariskan kata adverba asal kata adjektif yang terdapat dalam ayat berikut.
1. Polis telah bertindak tegas iaitu dengan menahan mana-mana individu yang
melanggar perintah kawalan pergerakan.
2. Elisa berdiri tegak semasa mengukur tingginya di hospital.
3. Warga emas itu bergerak perlahan semasa melintas jalan.
4. Ahmad sering terlambat ke sekolah kerana dia suka tidur lewat malam.
5. Rumah Pak Abu hampir roboh akibat ribut semalam.
6. Intan berpura-pura tenang apabila dimarahi guru kerana bimbang akan diejek
kawannya sekiranya dia menangis.
32
7. Atuk sakit tenat disebabkan oleh kemalangan tersebut dan berada dalam Unit
Rawatan Rapi (ICU).
8. Sikap Azrul yang suka melawak dengan ahli keluarganya menyebabkan mereka
sentiasa ketawa besar apabila bersama-sama.
9. Sikap Fatimah yang kurang berhati-hati apabila menunggang motosikal
menyebabkannya kemalangan.
10. Suraya berjalan laju apabila menyedari seorang lelaki yang tidak dikenali
mengekorinya sepanjang jalan tersebut.
33
LATIHAN 4
Isikan tempat kosong di bawah menggunakan kata adverba asal kata adjektif yang diberi.
lampai kecil panjang lebar tegak
cepat baik lebat merdu kencang
1. Guru menerangkan bab tersebut dengan panjang ____________supaya murid-
muridnya faham.
2. Walaupun hujan ______________ melanda Kampung Ipoh semalam sehingga
menyebabkan banjir, tetapi rumah Pak Busu tidak tenggelam kerana berada di tempat
yang tinggi.
3. Sikap _______________ Badrul yang sentiasa menghormati orang tua
menyebabkannya disenangi orang ramai.
4. Tubuhnya yang tinggi ________________ persis model menyebabkannya diminati
ramai wanita.
5. Emak berjalan ____________ sambil membawa begnya yang berat kerana tidak ingin
ketinggalan kapal terbang.
6. Emma menarik perhatian orang ramai semasa pertandingan nyanyian di sekolah
kerana mempunyai suara ______________.
7. Atap enam buah rumah diterbangkan akibat angin _______________ melanda
Kampung Manal semalam.
8. Rumah _________________ di hujung sawah itu kepunyaan Pak Leman.
9. Ahmad menjolok buah manga yang berada di hadapan rumahnya menggunakan galah
____________.
10. Semua murid berdiri ________________ ketika lagu “Negaraku” dimainkan semasa
perhinmpunan.
34
LATIHAN 5
Bulatkan kata adverba asal kata adjektif yang terdapat dalam ruangan tersebut.
Hujan lebat hitam berkilat sesungguhnya
Diam-diam sering kali barangkali
Tinggi lampai mengalir deras
Segera ke sana hampir rosak baik hati
Dahulu terbang mengawan di rumah selalu
Lampiran
Kata adverba asal kata adjektif
Link video contoh :
1. Ayam masak merah ( ala kenduri special )
https://youtu.be/QAgnU_pv_CU
minit digunakan : i) 5.53 - 5.55
ii) 2.22 - 2.24
2. Butter milk chicken
https://youtu.be/Hedtc2x3y94
minit digunakan : i) 0.46 - 0.48
3. Tips untuk ayam masak butter confirm sedap menjilat jari
https://youtu.be/wrWIXQvP4WA
minit digunakan : i) 1.52 - 1.53
35
5.0 Kata adverba kata kerja
Pendefinisian:
Kata adverba ini pada asalnya merupakan kata kerja yang berfungsi sebagai penerang
kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama.
Formula:
KK + penerang
Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi nama
tidur meniarap cantik berseri-seri dari bandar berdua-duaan
tidur berdengkur
tinggi melangit di rumah bersendirian
Jadual 1
Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa setiap kata adverba yang dicondongkan
mempunyai fungsi tersendiri pada frasa yang dinyatakan.
Contoh:
PETALING JAYA: Lebih ramai warga emas dijangka tinggal bersendirian dalam tempoh
dua dekad akan datang berikutan golongan muda kini gemar tinggal berasingan dengan
keluarga. Walaupun tinggal di bandar sama dengan ibu bapa, pada masa ini kira-kira 70
peratus daripada mereka gemar menyewa atau membeli kediaman sendiri. Aliran ini juga
disebabkan tuntutan tugas terutama di luar kawasan penginapan atau selepas mendirikan
rumah tangga.
Sumber: BH Online, 1 April 2018
“Mungkin saya masih belum terbang tinggi seperti tokoh Melayu yang lain tetapi perubahan
yang saya lalui daripada digelar budak setinggan akhirnya merubah kehidupan saya
sekeluarga. Saya bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah,” kata Rosyam membuka
cerita.
Sumber: Akhbar Utusan, 10 Oktober 2016
36
Ramai yang berdengkur ketika tidur mempertikaikan mengapa mereka perlu menjalani
rawatan kerana beranggapan keadaan itu tidak menimbulkan masalah kesihatan.
Mengambil mudah dengan menganggap tidur berdengkur menandakan seseorang itu tidur
lena akibat kepenatan selepas seharian bekerja atau melakukan aktiviti lasak. Hakikatnya
berdengkur mendedahkan seseorang dengan pelbagai risiko kesihatan lain seperti tekanan
darah tinggi, strok dan serangan jantung secara tiba-tiba, membawa risiko kematian.
Perunding Am dan Perubatan Respiratori dan Somnologi, Dr Mangayarkarasi M
Ramanathan, berkata berdengkur atau Apnea Tidur Obstruktif (OSA) terjadi disebabkan
kesan penyempitan dalam saluran pernafasan atas.
Sumber: BH Online, 7 Disember 2019
Berpandukan contoh di atas, dapat dilihat bahawa penggunaan kata adverba yang asalnya
kata kerja digunakan bagi menerangkan frasa yang sebelumnya itu telah dicondongkan.
Aktiviti:
https://www.youtube.com/watch?v=J2cDP7FDwew
Pelajar boleh mengakses kepada alamat pautan yang diberikan dan mengeluarkan beberapa
kata adverba yang asalnya kata kerja.
Latihan:
Isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat menggunakan kata adverba asalnya kata
kerja.
1. Baju yang dipakai Ali itu merah __________.
2. Anak-anak Pak Meon sudah terbiasa duduk __________ ketika makan meskipun ada
kerusi yang disediakan.
3. Budak itu selalu kelihatan berjalan __________ sehinggakan ramai yang menganggap
dia sejenis yang tidak suka bergaul dengan orang lain.
4. Ira dan Fatin telah lama tinggal ______________ di Kampung Paya sejak mereka kecil
lagi.
5. Ketam ialah haiwan yang jalan _____________.
37
Gariskan perkataan adverba yang sesuai dalam ayat di bawah.
1. Mereka itu duduk (mengiring, bersila) di atas hamparan karpet.
2. Layang-layang itu tinggi (melangit, menggunung) apabila ditiup angin.
3. Laila berjalan (meninggi, berjingkit) kerana dia mengalami kecacatan pada tulang.
4. Wajah putih (menyala, berseri) sering menjadi idaman setiap wanita di pelosok dunia.
5. Air laut yang tenang (membiru, menghijau) menghempas pepasir di gigi pantai.
Tentukan sama ada penggunaan adverba atau frasa adverba dalam huruf condong
berada pada tempat yang betul atau salah dalam ayat-ayat berikut. Jika kedudukannya
salah, sila perbetulkan dengan penggunaan adverba yang betul.
(a) Kapal terbang itu terbang meninggi kearah awan. (BETUL/SALAH)
(b) Rambut perempuan itu hitam mengawan. (BETUL/SALAH)
(c) Pokok-pokok kelapa itu tinggi membukit. (BETUL/SALAH)
(d) Abang berenang bersandar di dalam kolam. (BETUL/SALAH)
(e) Pancaran cahaya menyilau itu menyakitkan mata ayah. (BETUL/SALAH)
38
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kata adverba adalah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif,
kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba boleh hadir di
hadapan dan di belakang frasa.
Terdapat empat jenis kata adverba iaitu kata adverba jati, kata adverba asal kata adjektif, kata
adverba yang asal kata kerja dan kata adverba gandaan. Secara ringkasnya kata adverba jati
adalah penerang bagi kata kerja atau frasa kerja, kata adjektif atau frasa adjektif dan frasa sendi
nama tetapi kata adverba jati tidak termasuk dalam mana-mana golongan kata. Kedua, kata
adverba asal kata adjektif ialah kata adjektif yang menerangkan kata kerja atau frasa kerja, kata
adjektif atau frasa adjektif dan frasa sendi nama. Seterusnya, kata adverba asal kata kerja ialah
asalnya kata kerja yang terdiri daripada kata kerja yang menerangkan kata kerja, kata adjektif
atau frasa sendi nama. Akhir sekali, kata adverba bentuk gandaan terdiri daripada penggandaan
penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.
Kata adverba merupakan salah satu aspek dalam bahasa Melayu yang memperkayakan lagi
bidang tatabahasa dalam bahasa Melayu.
39
RUJUKAN
Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Sabran, Nawi Ismail & Ton Ibrahim (2012). Tatabahasa
Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.
Kamus Dewan. Edisi Baharu. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nawi Ismail, et al, (2016). Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa Bahasa Melayu,
Selangor: Pustaka Salam Sdn Bhd.
Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et al. (2015). Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
40