HMV3013 Pendidikan Hak Asasi Manusia
HAK MENDAPATKAN
PERSEKITARAN
YANG SIHAT
Unit 10 : Gaya Hidup Sihat dan Selamat
MENJAMIN KEHARMONIAN BERSAMA
Jessica Wei Fei Ing D20201094536
Mohammad Fahmi Bin Abas D20201094551
Aron Daily D20201094580
Dalam unit ini, murid belajar tentang:
1.1 Konsep hak persekitaran yang sihat
1.2 Jenis-jenis hak persekitaran yang sihat
1.3 Kepentingan mendapatkan hak persekitaran yang sihat
1.4 Cara-cara memastikan hak persekitaran yang sihat terpelihara
1.5 Tindakan yang boleh diambil jika berlaku pengabaian hak persekitaran
yang sihat
1.6 Kesan dalam mempraktikkan hak persekitaran yang sihat terhadap
diri,masyarakat dan negara
Hasil Pembelajaran:
Penaakulan
Menenerangkan kepentingan mendapatkan hak persekitaran yang sihat
Mengenalpasti kesan dalam mempraktikkan hak persekitaran yang
sihat terhadap diri,masyarakat dan negara
Perasaaan
Mengekspresikan perasaan apabila dapat melahirkan hak persekitaran
yang sihat
Tindakan
Melaksanakan tindakan apabila berlakunya pengabaian hak
persekitaran yang sihat
Cadangan Nilai
Bertanggungjawab Berani
Rasional Kebebasan
Kasih sayang
KONSEP
Apa itu Hak Mendapatkan
Persekitaran Yang Sihat?
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia,
persekitaran sihat ialah satu tempat di
mana anggotanya hidup untuk mencapai
satu visi kesihatan dan kesejahteraan
masyarakat yang dipersetujui bersama.
Persekitaran sihat membekalkan
masyarakat dengan keadaan fizikal,
psikologikal, sosial dan organisasi yang
dapat mempromosi dan melindungi
kesihatan dan keselamatan mereka. Hak
mendapatkan persekitaran yang sihat
merupakan satu hak asasi manusia yang
disokong oleh organisasi hak asasi manusia
dan alam sekitar untuk melindungi sistem
ekologi yang menjamin kesihatan manusia.
Notes Info tambahan
Hak tersebut telah diakui oleh
Majlis Hak Asasi Manusia
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
semasa sesi ke-48 pada 8 Oktober 2021 di
GENEVA
1
Jenis-Jenis Hak
Persekitaran Yang Sihat
Taman DARAT
permainan
Taman permainan merupakan tempat
KAWASAN beriadah untuk komuniti setempat
PERUMAHAN terutamanya golongan kanak-kanak.
Mereka mempunyai hak untuk mendapatkan
keselesaan taman permainan maka dengan
itu taman permainan perlulah bersih dan
selamat.
Sebagai contoh, rumput yang panjang perlu
dipotong, tong sampah perlu disediakan, dan
alat permainan selamat digunakan
Kawasan perumahan merupakan tempat
tinggal sekumpulan komuniti yang hidup
berjiran dan bersama-sama
Mereka mempunyai hak untuk mendapatkan
keselamatan dan kesihatan diri
Sebagai contoh, tempat pembuangan
sampah perlu disediakan serta perlu
diletakkan di kawasan khas agar
mengelakkan pengumpulan sampah sarap di
kawasan rumah
Sekolah merupakan tempat guru-guru untuk
mengajar dan murid-murid untuk belajar
Komuniti di dalam sekolah mempunyai hak
sekolah untuk mendapatkan kawasan sekolah yang
bersih dan selesa. Perkara ini penting agar
komuniti sekolah sentiasa sihat dan
bersemangat untuk meningkatkan imej sekolah
yang bersih.
Sebagai contoh, mencantikkan kawasan sekolah
dengan menanam bunga bungaan di sekeliling
sekolah.
Info menarik
Kementerian Pelajaran Malaysia menubuhkan program 3K
(Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) yang di
pengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran bagi
menangani isu-isu nasional berkaitan 3 aspek di atas.
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program 3K
ini.
UDARA
Kenderaan
Penggunaan kenderaan perlu dikurangkan untuk mengurangkan lebihan asap dari kereta keluar ke
udara
Sentiasa berkongsi kenderaan seperti bas, LRT dan Monoral untuk mengurangkan jumlah kederaan di
jalan raya
Hal ini, mengurankan kadar indek pencemaran udara iaitu jerebu
Asap kilang
Asap kilang perlulah ditapis terlebih dahulu sebelum dikeluarkan unuk mengurangkan lebihan asap
kilang
Asap kilang menjejaskan sistem pernafasan serta penglihatan masyarakat
Masyarakat mempunyai hak untuk mendapatkan udara yang bersih
Boleh melaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar sekiranya perkara ini sering berlaku
Tempat pelupusan
sampah
Tempat pelupusan sampah perlu berada jauh di kawasan perumahan orang.
Hal ini untuk mengelakkan rasa tidak keselesaan orang dengan bau sampah sarap
Orang ramai berhak mendapatkan udara yang segar untuk mengekalkan kesihatan diri
Asap rokok
Asap rokok akan mendatangkan ketidakselesaan kita apabila seseorang itu merokok berdekatan
dengan kita
Kesannya mereka yang menghidu asap rokok (penerima sekunder) berisiko tinggi untuk mendapat
penyakit yang lebih teruk berbanding dengan penghisap rokok tersebut.
Sebagaimana kita mempunyai hak untuk mendaptkan udara yang sihat di mana kita boleh
mengambil gambar perokok dan menghantar bukti ini kepada pihak berkuasa seperti polis
Akta yang melibatkan rokok adalah Akta Larangan Merokok 2020.
AIR
SUNGAI
Sungai merupakan sumber air untuk keperluan hidup manusia
Sungai yang bersih dapat meningkatkan kualiti air serta mengelakkan
kita mendapat penyakit kulit
Pembuangan sisa toksik serta kumbahan najis ke sungai perlu dihentikan
untuk mendapat kualiti air sungai yang bersih.
LAUTAN
Laut yang bersih dan cantik penting untuk meningkatkan pelancong
datang ke negara Malaysia
Masyarakat perlu berganding bahu untuk tidak mencemarkan laut
seperti membuang sampah sarap
Laut yang bersih boleh digunakan untuk bermandi manda
Pencemaran Air | Air bersih bertukar seperti
warna susu
KEPENTINGAN MENDAPAT HAK
PERSEKITARAN YANG SIHAT
MENGEKALKAN EKOSISTEM DAN
HABITAT YANG SIHAT
Alam sekitar seperti hutan belantara, gunung-ganang dan laut merupakan habitat
atau tempat tinggal kepada flora dan fauna.
Makhluk yang dicipta oleh Tuhan ini juga sebenarnya menyumbang kepada
kehidupan kita tanpa kita sedari.
Misalnya, pokok yang mampu menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan gas
oksigen yang sangat diperlukan oleh darah kita untuk kekal hidup.
MEMBENDUNG MASALAH PENCEMARAN
Masalah pencemaran dapat mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap
orang sekeliling.
Sebagai contoh, satu insiden di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang dicemari
dengan pembuangan bahan kimia sehingga mengakibatkan masyarakat sekitar
khususnya kanak-kanak jatuh sakit.
Kawasan-kawasan seperti sungai, laut dan hutan sepatutnya menjadi kawasan
larangan kepada sebarang aktiviti pembuangan sampah atau apa jenis sisa.
Pihak berkuasa diperlukan dalam penguatkuasaan undang-undang serta
pemantauan di setiap kawasan yang berisiko untuk dicemari.
MENJAMIN BEKALAN SUMBER
ALAM SEMULA JADI
Bekalan sumber alam semula jadi penting untuk masyarakat hari ini dan masa
hadapan
Sebagai contoh, sungai adalah sumber bekalan air bersih yang kita gunakan di
rumah kita untuk memasak dan membersih. Walaupun terdapat loji rawatan
untuk menapis tahap kebersihan air sebelum ia sampai ke paip dapur kita,
pencemaran yang disebabkan oleh sisa-sisa kimia memerlukan proses
pembersihan yang lebih rumit
Rantaian bekalan makanan akan terganggu akibat kekurangan bekalan
makanan dan harga akan naik sehingga membebankan masyarakat.
KEPENTINGAN MENDAPAT HAK
PERSEKITARAN YANG SIHAT
MENJADI PUSAT TARIKAN
PELANCONG
Sektor pelancongan merupakan antara sektor utama di negara ini yang mampu
menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara
Tanah air kita dikelilingi pantai-pantai yang indah, pulau-pulau yang cantik serta
memiliki hutan simpan yang kaya dengan pelbagai flora serta fauna yang mampu
menarik perhatian orang ramai khususnya pelancong luar negara.
menjaga keindahan alam sekitar dapat menarik pelancong untuk hadir menikmati
keindahannya serta meningkatkan ekonomi masyarakat setempat secara tidak
langsung
INFO TAMBAHAN
Pencemaran Sungai Kim Kim akibat pembuangan
sisa kimia yang menjadi isu hangat pada tahun
2019
MEWUJUDKAN SUASANA YANG
SELESA UNTUK DIDIAMI
Suasana persekitaran yang bersih dan sihat mampu memberikan suasana
yang selesa kepada masyarakat serta penduduk sekitar.
Kawasan persekitaran bersih dan bebas daripada pencemaran seperti
pencemaran air, pencemaran bau, pencemaran udara dan sebagainya.
Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk didiami tanpa perlu
menghiraukan bencana seperti tanah runtuh, banjir kilat dan banyak lagi.
CARA-CARA MEMASTIKAN
HAK PERSEKITARAN YANG
SIHAT TERPELIHARA
1. Penggunaan sumber tenaga yang boleh
diperbaharui wajar diperkenalkan dan diperkasa
MENGGUNAKAN dalam industri-industri yang berisiko mengancam
SUMBER BOLEH
DIPERBAHARUI pemeliharaan alam sekitar.
Sebagai contoh, penggunaan sumber solar sebagai
tenaga elektrik di kawasan bandar perlu
diperluaskan supaya penggantungan terhadap
penjanaan elektrik daripada sumber arang dan
hidro elektrik berkurangan.
Penanaman semula pokok mampu menggantikan 2.
pokok-pokok yang telah ditebang bagi
mengekalkan keseimbangan ekosistem. MENANAM POKOK
/ PENANAMAN
Penanaman pokok juga mampu mengindahkan SEMULA POKOK
kawasan persekitaran dan penduduk sekitar rasa
selasa dan nyaman.
PERANAN Komuniti setempat memainkan peranan dalam
Masyarakat dan memberikan didikan kepada anak-anak zaman
orang ramai sekarang terutamanya kanak-kanak.
Sebagai contoh, memperlihatkan teladan atau contoh
3.
yang baik kepada anak-anak seperti membuang
sampah ke tempat yang sepatutnya dan bukan di
sungai dan sebagainya.
CARA-CARA MEMASTIKAN
HAK PERSEKITARAN YANG
SIHAT TERPELIHARA
4. Amalan mengasingkan sampah mengikut jenis.
Aktiviti kitar semula mampu mengurangkan
MENGAMALKAN pencemaran sisa pepejal.
AMALAN KITAR
Mampu mengurangkan keperluan penggunaan
SEMULA sumber.
Membantu mengekalkan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam semulajadi.
5.
Aktiviti membersihkan sungai perlulah dijalankan PENJAGAAN
secara berkala. KEBERSIHAN SUNGAI
Mengelakkan tabiat membuang sampah ke dalam DAN SEKELILING
sungai kerana perbuatan terkutuk itu akan
mendatangkan kemudaratan kepada semua
makhluk Tuhan.
Sungai yang bersih dapat menjamin kesihatan yang
baik di samping menjaga alam sekitar daripada
berlakunya bencana alam seperti banjir kilat.
CARA-CARA MEMASTIKAN
HAK PERSEKITARAN YANG
SIHAT TERPELIHARA
6. Kerajaan telah menetapkan peraturan-
peraturan dan menggubal akta bagi menjaga
ORANG RAMAI SERTA
PIHAK KILANG MEMATUHI persekitaran supaya sentiasa sihat.
PERATURAN YANG TELAH Kerajaan Malaysia juga telah menggubal
undang-undang bagi pihak kilang seperti Akta
DITETAPKAN
Kilang dan Jentera, 1967.
Pihak kilang juga boleh memasang cerobong
asap bagi menjaga kualiti udara persekitaran
agar sentiasa sihat dan selamat untuk dihirup
oleh masyarakat setempat.
Kerajaan Malaysia telah menggubal
undang-undang seperti berikut
untuk mengatasi alam sekitar.
AKTA KUALITI ALAM SEKITAR, 1974
AKTA KILANG DAN JENTERA, 1967
Tindakan Sekiranya
Pengabaian Hak
Persekitaran yang Sihat
berlaku
Berikut merupakan beberapa tindakan yang
boleh diambil sekiranya pengabaian terhadap
hak persekitaran yang sihat ini berlaku, iaitu :
Melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku
perkara-perkara yang menyebabkan persekitaran
terjejas, contohnya pencemaran alam, (Jabatan Alam
Sekitar).
Kempen-kempen harus dilakukan oleh pihak kerajaan
bagi membuka minda rakyat dalam menjaga dan
mewujudkan hak persekitaran yang bersih.
Pihak berkuasa boleh mengenakan notis, kompaun atau denda bagi pesalah
yang menyebabkan persekitaran tercemar. Contohnya, Jabatan Alam Sekitar
akan mengeluarkan Notis Arahan kepada premis atau kilang yang gagal
mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974 dan Peraturan-Peraturan di
bawahnya supaya mengambil tindakan dan langkah-langkah sewajarnya bagi
mengatasi masalah pencemaran udara dan air yang berlaku.
Usaha komuniti setempat dalam menjaga dan
melahirkan semula persekitaran yang sihat dengan
mengadakan beberapa aktiviti seperti gotong royong,
dan sebagainya.
Akta-akta berkaitan
alam sekitar & air.
Kesan Mempraktikkan Hak
Persekitaran yang Sihat
Kesan kepada fizikal DIRI
Terhindar daripada Kesan kepada mental
sebarang penyakit
yang merbahaya.
Mempunyai tubuh Melahirkan individu yang
badan yang sihat. berfikiran cerdas.
Mengurangkan tekanan
dalam diri seseorang
individu.
Masyarakat
Melahirkan anggota Mengurangkan masalah
masyarakat yang sosial dalam kalangan
produktif
rakyat.
Melahirkan Melahirkan anggota
masyarakat yang masyarakat yang
bersatu padu dan sihat dan cerdas
bekerjasama
Kesan Mempraktikkan hAK
Persekitaran yang Sihat
Negara
Mewujudkan Melahirkan individu
persekitaran yang yang mempunyai minda
sihat dan kondusif
kelas pertama,
kepada seluruh seterusnya akan
penduduk. melahirkan sebuah
negara maju.
Dapat
mengukuhkan
ekonomi negara
dengan baik
rumusan
Kesimpulannya, setiap individu haruslah mempunyai kesedaran
tentang mewujudkan hak persekitaran yang sihat. Setiap kita
mempunyai hak dalam mendapatkan persekitaran yang bersih
serta sihat ini. Oleh itu, marilah kita mempraktikkan nilai-nilai
seperti bertanggungjawab, rasional, kasih sayang, berani dan
kebebasan untuk merealisasikan kehidupan dalam persekitaran
yang diinginkan. Dengan itu, masyarakat akan hidup dalam
keadaan yang aman dan harmoni.
AKTIVITI
PENGUKUHAN
Teliti, kemudian fahami gambar di bawah yang berkaitan
dengan kebersihan tempat tinggal.
1. Apakah yang anda fahami tentang gambar di atas?
Sampah sarap yang bertaburan di kawasan perumahan.
Pengurusan sampah yang tidak terkawal oleh pihak yang bertanggungjawab
2. Apakah kesan yang berlaku kepada penduduk setempat sekiranya
sampah sarap tidak diurus dengan baik?
Pencemaran udara iaitu udara tidak bersih dan berbau busuk
Kesihatan komuniti setempat akan terjejas iaitu mudah mendapat penyakit
seperti deman denggi melalui gigitan nyamuk aedes.
3. Jelaskan kepentingan untuk mendapatkan persekitaran yang
sihat?
Dapat hidup dengan selesa dalam persekitaran yang sihat dan bersih
Menghindari diri daripada mendapat penyakit seperti deman denggi
4. Anda merupakan penduduk di kawasan perumahan tersebut,
apakah hak anda sebagai penduduk bagi mengatasi masalah tersebut
?Jelaskan.
Tindakan saya adalah dengan membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar/
Majlis Daerah/ Ketua Kampung agar pihak ini dapat bertindak untuk
mengurangkan longgokan sampah sarap bagi menggelakkan sesuatu
permasalah yang berlaku kepada penduduk sentempat Nilai Universal
Apakah nilai universal yang harus
diamalkan oleh penduduk kawasan
perumahan untuk mengatasi
longgokan sampah sarap ?
AKTIVITI
PENGGAYAAN
Secara berkumpulan, pelajar dikehendaki untuk
membincangkan isu mengenai hak persekitaran yang sihat,
seterusnya disampaikan dalam bentuk pidato di hadapan
kelas.
Panduan Aktiviti
Usul Pidato Perlaksanaan
"Hak persekitaran yang Pelajar dikehendaki
sihat, tanggungjawab membentuk kumpulan
bersama" seramai tiga orang ahli.
"Rakyat bersatu, Kualiti Di dalam kumpulan, pelajar
Persekitaran Terjamin" akan berbincang mengenai
"Pencemaran alam : usul yang telah disediakan.
Tanggungjawab siapa? Seorang wakil akan
"Persekitaran bersih, mempersembahkan hasil
Negara maju" perbincangan dalam bentuk
pidato.
AKTIVITI PEMULIHAN
AKTIVITI A
Baca dan fahami senarai semak di bawah. Tandakan (/) jika
anda bersetuju dan (x) jika anda tidak bersetuju dengan
pernyataan tersebut.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan semua pernyataan di atas, anda
merupakan seorang yang mementingkan hak persekitaran yang sihat bagi
keselesaan dan kesejahteraan ramai.
1.Berdasarkan senarai semak di atas, berikan sebab bagi setiap pernyataan
tersebut.
2.Apakah yang boleh anda lakukan untuk melindungi alam sekitar?
REFLEKSI Apakah perasaan anda
apabila mengetahui hak
mendapat persekitaran yang
sihat tercabul?
AKTIVITI PEMULIHAN
AKTIVITI B
NYATAKAN CARA-CARA YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK
MEMELIHARA PERSEKITARAN YANG SIHAT DAN SELAMAT.
Mengamalkan
amalan kitar
semula
CARA MEMELIHARA
HAK PERSEKITARAN
YANG SIHAT
RUJUKAN
Iman, A. H. B. H. M., binti Hamidi, N., & Geoinformasi, F. K. S. D. (2005).
Implikasi Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Nilai Harta
Tanah Kediaman. Sumber, 2003, 2.
JABATAN KIMIA MALAYSIA. APRIL, 2019. PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM:
Sejauh mana industri kimia peka terhadap tanggungjawab
kepada alam sekitar dan penduduk sekitarnya? DIPEROLEH DARI:
https://www.kimia.gov.my/wp-
content/uploads/2020/Buletin%20OSH/Buletin%20OSH%20Bil%201%
202019.pdf
Malaysia, K. K. (2018). Kementerian Kesihatan Malaysia.
Facebook.com.https://www.moh.gov.my/moh/resources/Portal%2
0Bahagian/Pendidikan%20Kesihatan/ANMS/Buku%20ANMS/Sokonga
n_4_28122021.pdf
NOOR AZIZAH SAMSUDIN & ZANATON H. IKSAN. (2015). Kesedaran
Alam Sekitar Melalui Aplikasi Kendiri Alam Sekitar (KAKAS)
(Environmental Awareness Through Self Application
Environment). Jurnal Personalia Pelajar, 18 (2)(2015), 23 - 31.
DIPEROLEH DARI https://www.ukm.my/personalia/wp-
content/uploads/2016/08/Noor-Azizah-Samsudin.pdf.
RUJUKAN
Nur Munirah Teoh binti Abdullah, Mohd Hilmie bin Mohd Mokhtar,
Azihani binti Md. Mizan, Nor Azita binti Umar, Vijayaletcmy a/p
Muniyandy. (2017). KSSM PENDIDIDKAN MORAL TINGKATAN 2, Dalam
Nur Munirah Teoh binti Abdullah (pnyt), Unit 10: Gaya Hidup
Sihat dan Selamat Menjamin Keharmonian Bersama (ms. 143-
157). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahman, H. A. (2009). Penglibatan masyarakat awam di Malaysia
dalam isu berkaitan persekitaran. SARJANA, 24(2), 49-65.
Seman, N. A. M., & Mustafa, M. (2019). Jerebu Rentas Sempadan: Isu
dan Cabaran Undang-Undang di Malaysia dalam Mengekalkan
Kualiti Udara Yang Baik: Transboundary Haze Pollution: Issues
and Challenges of the Law in Malaysia in Maintaining Good Air
Quality. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS),
6(1), 1-15.