PP
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA PROGRAM TEKNOLOGI MULTIMEDIA KREATIF (ANIMASI)
TAHAP DAN SEMESTER SEMESTER 1
KOD DAN TAJUK KURSUS KMK 1023 DIGITAL ILLUSTRATION
NO. DAN TAJUK 1. USE IMAGE EDITING SOFTWARE
KOMPETENSI 2. PRODUCE A DIGITAL DRAWING
NO.KOD KSKV KMK1023/KP(2/2) Muka : 1 Drpd : 12
NO.KOD NOSS KMK1023/KP(2/2)
TAJUK : MENERANGKAN PENGGUNAAN UTAMA ADOBE ILLUSTRATOR
TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar
mengenai penggunaan utama perisian Adobe Illustrator untuk
menghasilkan imej vektor
ID UNIT KOMPETENSI/ KMK1023/KP(2/2) Muka:2 daripada 12
COMPETENCY UNIT ID
PENERANGAN:
1.0 Pengenalan kepada Adobe Illustrator
Rajah 1 : Perisian Adobe Illustrator Version CS6
Adobe Illustrator adalah aplikasi yang digunakan oleh artis, pereka grafik untuk
menghasilkan vector artwork yang boleh di guna pakai untuk digital printing serta
paparan web.
Pereka grafik menggunakan illustrator kerana ianya mampu untuk menghasilkan paparan
yang jelas sekiranya berada pada skala yang besar tanpa mengurangkan sedikit pun
kualiti yang terdapat pada sesebuah artwork.
Adobe Illustrator di lengkapi dengan tools yang mampu untuk menghasilkan free hand
drawing, tracing, recoloring dan menskalakan semula mana-mana artwork, dan juga
boleh menghasikan wireframe yang berfungsi untuk menghasilkan digital painting.
Designer menggunakan illustrator untuk menghasilkan logo, icon, dan bentuk kompleks
yang lain. Setting tulisan untuk majalah, flyers dan business card juga turut di guna pakai
oleh pereka grafik yang terdapat pada illustrator.
Selain itu, Illustrator juga mengintegrasikan pada aplikasi adobe yang lain seperti
InDesign untuk produksi printing serta majalah digital, Photoshop untuk mengaplikasikan
ID UNIT KOMPETENSI/ KMK1023/KP(2/2) Muka:3 daripada 12
COMPETENCY UNIT ID
smart filter pada artwork yang dihasilkan melalui illustrator, Flash untuk web animasi dan
game, adobe premiere atau after effect untuk penghasilan video.
Sama ada anda adalah pereka grafik atau artis, Adobe Illustrator memberikan
anda peluang untuk menghasilkan kreativiti anda. Explorasi anda bermula dengan Adobe
Illustrator dalam menghasilkan artwork yang berkualiti.
2.0 PERBANDINGAN GRAFIK VEKTOR DAN RASTER
2.1 Grafik Vektor
Grafik vektor pada dasarnya dihasilkan daripada kumpulan garisan-garisan (lines)
dan lengkungan-lengkungan (curves) yang terbentuk daripada satu objek
matematik yang dikenali sebagai vektor. Grafik vektor tidak bergantung kepada
resolution - maksudnya, grafik vektor boleh diubah kepada apa sahaja saiz dan
boleh dicetak pada mana-mana resolution tanpa menjejaskan kualitinya
2.2 Grafik Raster / bitmap
Grafik raster atau kadangkala dipanggil grafik bitmap. Ia menggunakan grid warna
yang dikenali sebagai piksel (pixel) untuk menentukan rupa bentuk imej. Grafik
raster atau bitmap adalah format yang paling biasa untuk fotograf atau seni digital
kerana ianya mengandungi tona warna yang berubah (shades of color). Grafik
raster bergantung kepada resolution kerana ia mengandungi bilangan piksel yang
tetap.
ID UNIT KOMPETENSI/ KMK1023/KP(2/2) Muka:4 daripada 12
COMPETENCY UNIT ID
3.0 ANTARAMUKA (INTERFACE) ADOBE ILLUSTRATOR
Rajah 2 : Antaramuka Perisian Adobe Illustrator
Label Nama Antaramuka Penerangan
A MENU Panel-panel lain tersenarai di dalam menu
B WORKSPACE PRESET Preset Workspace seperti Automation,
Essential, Layout, Painting dan lain-lain boleh
di dapati daripada menu ‘B’.
Kita juga boleh menetapkan workspace
sendiri dengan memilih New Workspace.
C OPTION BAR Menukar setting setiap tools
ID UNIT KOMPETENSI/ KMK1023/KP(2/2) Muka:5 daripada 12
COMPETENCY UNIT ID
D TOOL BAR Mengandungi alatan untuk menghasilkan dan
mengedit objek-objek seperti teks, bentuk,
modifikasi bentuk, lukisan dan sebagainya
E ARTBOARDS Ruang kerja
F PANELS Memaparkan setiap elemen yang terdapat
pada layar
G COLOR: FILL/STROKE Menukar warna fill dan stroke
H SCREEN MODE Screen boleh ditukar kepada Normal Screen,
Full Screen with Menu dan Full Screen.
Shortcut key : butang ‘H’ atau ‘F’ atau ‘Tab’
atau ‘shift + tab’.
ID UNIT KOMPETENSI/ KMK1023/KP(2/2) Muka:6 daripada 12
COMPETENCY UNIT ID
4.0 Tools
Rajah 3 : Senarai tools dalam Tools bar
• Selection tools (V) : Memilih objek, saizkan semula, menggerakkan objek.
• Direction tools (A) : Memilih atau menyelek objek yang berada dalam satu grup.
• Magic Wand tools (W) : Memilih objek lebih dari satu yang mempunyai ciri yang
sama seperti warna, ketebalan garis dan gradient.
ID UNIT KOMPETENSI/ KMK1023/KP(2/2) Muka:7 daripada 12
COMPETENCY UNIT ID
• Lasso tools (Q) : Memilih objek menggunakan tali laso dengan menegelilingi
objek yang akan dipilih menggunakan tool ini.
• Pen tools (P) : Membolehkan anda menarik garis lurus dan melengkung.
• Text tools (T) : Menulis dan mengedit teks.
• Line tools (\) : Untuk membuat garis lurus.
• Rectangle tools (M) : Untuk membuat segi empat tepat.
• Paintbrush tools (B) : Untuk melukis menggunakan berus.
• Pencil tools (N) : Untuk melukis secara bebas.
• Rotate tools (R) : Untuk memutar objek. Tekan shift jika putar 45 darjah.
• Reflect tools (O) : Untuk membuat refleks atau kebalikan dari objek.
• Scale tools (S) : Untuk merubah ukuran objek.
• Free Transform tools (E) : Untuk mentransformasikan objek.
• Symbol Sprayer tools (Shift+S) : Untuk 'menyemburkan' objek di tab symbol ke
dalam artwork.
• Column Graph tools (J) : Untuk membuat grafik graf.
• Mesh tools (U) : Untuk mengedit gradient seperti mengurangi dan
menambahkan kolum atau baris pada mesh.
• Gradient tools (G) : Untuk mengedit arah gradient pada objek.
• Eyedropper tools (I) : Untuk mengambil warna dari objek dan akan
diaplikasikan pada objek yang lain.
• Blend tools (W) : Untuk mengubah warna blending objek.
• Live Paint Bucket (K) : Untuk mengisi warna pada sekumpulan path.
• Live Paint Selection (Shift+L) : Untuk memilih path yang akan diwarnai dengan
Live Paint Bucket.
ID UNIT KOMPETENSI/ KMK1023/KP(2/2) Muka:8 daripada 12
COMPETENCY UNIT ID
• Slice tools (Shift+K) : Untuk memotong gambar untuk keperluan pembuatan
website.
• Scissors tools (C) : Untuk menggunting atau membelah satu curve atau path.
Klik pada sisi objek yang akan dipotong dan di sisi satunya lagi.
• Knife tools : Untuk memotong sesuatu objek.
• Hand tool (H) : Untuk menggerakkan objek di sekitar halaman kerja.
• Zoom tool (Z) : Untuk memperbesar dan memperkecil area kerja. Klik untuk
zoom out dan Alt klik untuk zoom in.
5.0 Menyediakan dokumen
Menyediakan dokumen dengan betul dari awal akan membuat kerja lebih mudah
kerana anda bekerja melalui projek yang telah ditetapkan. Ini akan memerlukan
beberapa perancangan awal. Sebagai contoh, jika output akhir akan menjadi
risalah atau pamplate, anda perlu menyediakan dokumen menjadi landscape dan
mempunyai dua bahagian. Lihat Rajah 4 untuk contoh membuka dokumen baru:
Rajah 4 : Membina dokumen baru
Untuk membuat dokumen baru, klik Fail> New. Ini akan membuka kotak dialog New
Document..
ID UNIT KOMPETENSI/ KMK1023/KP(2/2) Muka:9 daripada 12
COMPETENCY UNIT ID
• Name: Nama dokumen.
• Number of Artboard : Jumlah artboard. Artboard adalah kanvas ataupun
ruang kerja yang digunakan untuk menghasilkan artwork. Setiap objek
perlulah diletkakkan di dalam artboard. Jika objek berada di luar artboard,
hasillnya objek tersebut tidak akan dicetak semasa proses percetakan.
• Size : Ukuran media/canvas. Pilih saiz halaman dari menu, atau menaip nilai
untuk lebar dan tinggi.Terdapat preset untuk saiz biasa seperti surat, undang-
undang, tabloid dan sebagainya.
• Unit: Untuk menukar saiz unit, klik pada units dan pilih pilihan unit anda.
• Bleed : Had pemotongan. Bleed adalah bahagian yang dilebihkan dari sebuah
cetakan yang berada diluar garis potong, Bleed bertujuan untuk mengurangi
risiko tersalah potong hasil percetakan.
• Color Mode : Mod warna. Jika output hasil adalah untuk paparan pada web,
anda perlu memilih mod RGB manakala output percetakan, anda perlu
memilih CMYK. Pemilihan mod yang salah akan mengakibatkan hasil cetakan
tidak sesuai dengan standard warna.
ID UNIT KOMPETENSI/ KMK1023/KP(2/2) Muka:10 daripada 12
COMPETENCY UNIT ID
6.0 Bekerja menggunakan panel Layer
Sekarang kita akan belajar mengenai panel layer. Bagi anda yang tidak
menjumpai panel layer di sebelah kanan Adobe Illustrator, anda boleh ke menu
windows > Layer (F7).
Rajah 5 : Cara memaparkan panel Layer
Rajah 6 : panel Layer
• Visibility Layer : Untuk menyembunyikan layer dari pandangan mata pada
ruang kerja, ini memudahkan anda untuk mencari posisi objek tersebut
pada layer.
• Layer Name : Berfungsi untuk menamakan layer dan memudahkan anda
ID UNIT KOMPETENSI/ KMK1023/KP(2/2) Muka:11 daripada 12
COMPETENCY UNIT ID
menyusun susunan layer dalam setiap artwork
• Delete Layer : Digunakan untuk membuang/menghapus layer.
• Lock Layer : Untuk mengunci layer supaya layer tersebut tidak dapat
diubah apa-apa terhadapnya.
• New Layer : Menambahkan layer baru pada ruang kerja anda
• New Sublayer : Menambahkan layer di bawah layer yang anda pilih,
disebut dengan sublayer.
• Make/Release Clipping Mask.
ID UNIT KOMPETENSI/ KMK1023/KP(2/2) Muka:12 daripada 12
COMPETENCY UNIT ID
SOALAN:
1. Jelaskan satu kegunaan utama perisian Adobe Illustrator.
...................................................................................................................................
...................................................................................................................................
( 2 markah )
Rajah 1
2. Rajah 1 di atas menunjukkan layer palette dalam perisian Adobe Illustrator. Namakan
simbol yang bertanda A, B, D dan E.
a. ..............................................................................................................................
b. ..............................................................................................................................
c. ..............................................................................................................................
d. ..............................................................................................................................
( 4 markah )
RUJUKAN
1 https://www.rahmadbah.com/2014/03/apa-itu-adobe-illustrator.html21 Mac 2020, 11.00
am
2 https://www.rahmadbah.com/2014/03/pengenalan-kepada-ruang-kerja.html
3 https://ainaadobeillustrator.blogspot.com/2015/
4 https://dgraphic-ink.blogspot.com/2015/04/membuat-dokumen-baru-di-adobe.html
5 http://stocktutorialdesign.blogspot.com/2016/02/tutorial-adobe-illustrator-mengatur-objek-
layer-dan-group.html