The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOD KURSUS DAN NAMA SUBJEK MPU 2183 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK PENGARUH LIMPAHAN ICT TERHADAP GENERASI MUDA NAMA PENSYARAH PUAN NOR AZLINA ENDUT NAMA PELAJAR DAN NO MATRIK MOHAMMAD SHAHIR BIN OTHMA (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhd Amru, 2023-03-11 00:16:12

KOD KURSUS DAN NAMA SUBJEK MPU 2183 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK PENGARUH LIMPAHAN ICT TERHADAP GENERASI MUDA NAMA PENSYARAH PUAN NOR AZLINA ENDUT NAMA PELAJAR DAN NO MATRIK MOHAMMAD SHAHIR BIN OTHMA (2)

KOD KURSUS DAN NAMA SUBJEK MPU 2183 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK PENGARUH LIMPAHAN ICT TERHADAP GENERASI MUDA NAMA PENSYARAH PUAN NOR AZLINA ENDUT NAMA PELAJAR DAN NO MATRIK MOHAMMAD SHAHIR BIN OTHMA (2)

KOD KURSUS DAN NAMA SUBJEK : MPU 2183 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK : PENGARUH LIMPAHAN ICT TERHADAP GENERASI MUDA NAMA PENSYARAH : PUAN NOR AZLINA ENDUT NAMA PELAJAR DAN NO MATRIK : MOHAMMAD SHAHIR BIN OTHMAN (2212029) MUHAMMAD AMRU BIN MOHD SHAFIAN (2212030) MUHAMMAD FAWWAZ HAKIMI BIN ZAMRI (2212031) DIPLOMA PENGAJIAN SYARIAH SESI II 2022/2023


PENGENALAN - 3 CONTOH GAMBAR APLIKASI - 4 DEFINISI ICT - 5 PERKEMBANGAN ICT - 6 EVOLUSI KOMPUTER- 7 KEPENTINGAN ICT 8-9 KEBAIKAN ICT 10-11 KEBURUKAN ICT 12-14 PENUTUP - 15 RUJUKAN - 16 ISI KANDUNGAN


ICT merupakan satu teknologi atau kemudahan yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia khususnya generasi muda. ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan ‘Information and Communication Technology’ yang bermaksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Teknologi Maklumat dan Komunikasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi. Selaras dengan peredaran zaman, penggunaan ICT kini semakin meluas dan semakin mendapat tempat dalam kalangan remaja sehingga orang dewasa. Dewasa ini ICT dilihat sebagai alat yang mempercepatkan kerja manusia, meringankan kerja dan menghubungkan manusia walau di mana sahaja di mana ia membantu manusia berhubung dengan lebih efisyen. Tetapi ada masa ICT juga dilihat membebankan manusia kerana mereka terpaksa menguasai dan mempelajari selok belok teknologi baru serta terpaksa mengadaptasi diri dengan teknologi yang sering berubah-ubah selaras dengan peredaran zaman. Selain itu, ICT juga terdedah dengan siber buli, mangsa scam dan sebagainya. Walau apa pun kesannya sama ada baik atau buruk, kini ICT sudah menjadi darah daging kerana kita menggunakan ICT dalam kehidupan seharian. Sekaligus ini telah melatih masyarakat menggunakan ICT untuk mentdbir urus kehidupan mereka. Masyarakat masa kini menggunakan ICT untuk hal berkaitan kewangan, pendidikan, jual beli dan sebagainya. ICT muncul dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk aplikasi, media sosial dan perisian-perisian tertentu. PENGENALAN 3


CONTOH CONTOH APLIKASI ICT YANG DIGUNAKAN DALAM KALANGAN REMAJA 4


Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ialah satu lagi istilah/termaju untuk teknologi maklumat (IT) yang menekankan peranan komunikasi bersatu dan penyepaduan telekomunikasi (talian telefon dan isyarat tanpa wayar), komputer serta perisian perusahaan, perisian tengah, penyimpanan, dan sistem audio visual yang diperlukan, yang membolehkan pengguna mengakses, menyimpan, menghantar, dan memanipulasi maklumat. Istilah ICT juga digunakan untuk merujuk kepada penumpuan rangkaian audio-visual dan telefon dengan rangkaian komputer melalui satu sistem kabel atau pautan tunggal. Terdapat insentif ekonomi yang besar (penjimatan kos yang besar disebabkan penghapusan rangkaian telefon) untuk menggabungkan rangkaian telefon dengan sistem rangkaian komputer menggunakan satu sistem penyatuan kabel, pengedaran isyarat dan pengurusan. Walau bagaimanapun, definisi, sebagai "konsep, kaedah dan aplikasi yang terlibat dalam ICT sentiasa berubah secara hampir setiap hari. Keluasan ICT meliputi apa-apa produk yang akan menyimpan, mengambil, memanipulasi, menghantar atau menerima maklumat secara elektronik dalam bentuk digital, mis. komputer peribadi, televisyen digital, e-mel, robot. Untuk kejelasan, Zuppo menyediakan hierarki ICT di mana semua peringkat hierarki "mengandungi beberapa tahap kesamaan kerana ia berkaitan dengan teknologi yang memudahcarakan pemindahan maklumat dan pelbagai jenis komunikasi yang diseterika secara elektronik". Rangka Kerja Kemahiran untuk Zaman Maklumat adalah salah satu daripada banyak model untuk menggambarkan dan menguruskan kecekapan untuk profesional ICT untuk abad ke-21 DEFINSI ICT 5


Sejak 1997 pemerintahan malysia telah membangun infrastruktur ICT dengan investasi sebesar RM556,222 juta atau setara dengan US150,33 juta.perkembangan ICT ini meliputi permanfaatan web dan email, jaringan Local Area Network (LAN)Wide Area Network (WAN) serta sistem menjana dokumen pemerintahan.selanjutnya pada 2000 Malaysia menginvestasikan US154,3 juta untuk mengembangkan lebih jauh konfigusi sistem ICT yang telah adaa dengan mengoptimalkan akses internet.instalasi jaringan yang mengintegrasikan seluruh sistem dan aplikasi pemerintahan,serta pengembangan portal web.itu dilakukan pada 2001.berbagai konsep pembangunan seperti e-goverment, e-procurement, e-learling dan e-commerce diperkenalkan. Yang menariknya Malaysia dapat memanfaatkan telekomunikasi dan teknologi informasa sebagai pendukung dalam permulihan ekonomi.Bahkan saat ini ICT sudah menjadi program printis dalam pembangunan nasional di Malaysia. Secara dasarnya terdapat tujuh projek yang mendasari pembangunan ICT di Malaysia, yang meliputi Government Office Environment (GOE) , Human resources Management Information System (HRMIS), e-services, e-government dan Public Management Security (PMS). Kesekuruhan infrastruktur ICT di Malaysia berbaris open source dengan total investasi mencapai US31 .199.023,784. 2.0 Perkembangan ICT di Malaysia 6


2.1 Menerangkan evolusi komputer secara ringkas Komputer merupakan peralatan penting dalam kehidupan sekarang. Boleh dikatakan, setiap rumah mesti dilengkapi sekurang-kurangnya sebuah komputer peribadi (PC) atau komputer riba (Laptop). Menurut sejarah komputer, peralatannya sering dirujuk melalui generasigenerasi. Mengikut aras teknologi semasa komputer itu dibangunkan seperti berikut: Genarasi Pertama (1940-1956) Semasa komputer generasi pertama dibangunkan, ia dilengapi dengan tiub vakum (vacuum tubes). Diperbuat daripada kacadan beroperasi sebagai komponen penyimpanan dan pemprosesan data. Masalah yang dihadapi dan pemprosesan data. Masalah yang dihadapi komputer generasi ini ialah, ia menghasilkan haba dengan kuantiti banyak yang boleh merosakkan komputer itu sendiri. Malah tiub vakum ini sendiri mudah terbakar. Contih kompter pada generasi ini ialah, ENIAC. Komputer ini mempunyai timbangan sehingga 30 ton,mempunyai ~18000 tiub vakum, memenuhi ruang 30 sehingga 50 kaki dan menggunakan sekurang-kurangnya 16000 watt tenaga elektrik Generasi Kedua (1956-1963) Transistor mula digunakan mengantikan tiub vakum dalam sistem komputer. Transistor ialah peralatan bersiaz kecil yang memindahkan signal elektronik melalui perintang (resistor).Saty transistor berfungdi menyamai 40 tiub vakum. Ia tidak menghasilkan haba dengan kuantiti yang banyak dan kurang menggunakan tenaga elektrik berbanding tiub vakum. Ia lebih pantas, murah dan kecil berbanding tiub vakum menjadikan komputer pada generasi ini lebih pantas, kecil dan lebih dipercayai. Generasi Ketiga (1964-1971) Pada generasi ini, pembuat komputer mula mengantikan transistor dengan litar bersepadu atau lebih dikenali sebagai IC (intergrated circuitt). Ia adalah sejenis litar elektronik lengkap yang terbina di atas cip silikon yang dipanggil sebagai semikonduktor. Sudah semestinya komputer pada zaman ini lebih kompak dan lebih dipercayai berbanding komputer dari generasi kedua pada zaman ini,sistem operasi (operating syste) mula menampung pelaksanaan tugas serentak (multi-task).Dikatakan juga komputer mula digunakan secara meluas pada zaman ini kerana saiz yang semakin kecil dan semakin murah berbanding genarasi sebelumnya. Generasi Keempat (1971-sekarang) Mikropemproses (microprocessor) mula diperkenalkan di mana, terdapat ribuan IC dibina di atas satu cip silikom.Apa yang ada pada generasi pertama yang memenuhi ruang seluas 30-50 kaki, kini dipadatkan ratusan kali ganda. Antara mikropemproses yang diperkanalkan pada permulaan generasi ini ialah cip Intel 4004. Segala-galanya diletakkan dalam satu cip. Generasi Kelima (sekarang-akan datang) Ia berdasarkan kecerdasan buatan (artificial intelligence-AI). Masih dalam pembangunan, namun telah diterapkan ke dalam beberapa peralatan elektronik pada hari ini. Contohnya, pengaplikasian Siri pada telefon pintar iPhone 14 Pro Max milik syarikat Apple. 7


Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur. Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan Malaysia. Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap. Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Sesungguhnya, masa itu emas. Urusan kewangan melalui mesin teler automatik (ATM) dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan lancar. Jika ditinjau secara lebih mendalam lagi, ICT bukan sahaja membantu dalam pentadbiran dan pengurusan negara, malah ICT penting dalam ramalan cuaca dan panduan pelayaran. Jika dahulu, pelayar merujuk kepada kedudukan bintang di langit untuk dijadikan sebagai “kompas” semasa belayar. Jika dahulu ada yang merujuk keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca ataupun mempercayai ramalan ahli nujum. Sekarang, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan seterusnya kita dapat meramalkan keadaan cuaca dunia. Persediaan awal dapat kita buat untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa. Banjir, ribut taufan, tsunami, dan gempa bumi adalah antara contoh fenomena alam yang tidak dapat tidak kita sebagai manusia perlu untuk mengawalnya dengan membuat persediaan rapi kerana kita perlu sediakan payung sebelum hujan. Dengan ramalan fenomena El Nino dan La Nina yang tepat itu, kita dapat membuat persediaan awal. Sebagai contohnya, sistem satelit aeronautik (USA) dapat menghubungi kapal terbang yang melintasi Lautan Atlantik dan Pasifik. Teknologi komunikasi pelayaran juga penting dalam sistem pengangkutan udara dan laut. Teknologi ini berfungsi sebagai panduan pelayaran. Sistem Satelit Laut (IMMARISAT) dapat mengesan kapal-kapal yang menghadapi masalah di samping berfungsi sebagai panduan. KKEEPPEENNTTIINNGGAANN IICCTT 8


KEPENTINGAN ICT KEPENTINGAN ICT TERBAHAGI KEPADA TERBAHAGI KEPADA 33AASSPPEEKK PENDIDIKAN KESIHATAN ALAM SEKITAR 9


KEBAIKAN ICT KEPADA GENERASI MUDA 10


menjimatkan masa peluang pekerjaan platform perniagaan memudahkan dalam urusan pembelajaran KESAN POSITIF ICT KEPADA GENERASI MUDA Maklumat Melalui internet, kita akan menerima maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat juga tidak dihadkan. Maklumat carian juga bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik. Bermacam-macam maklumat kita bole dapati melalui internet. Ada berita, laporan cuaca, sukan, pasaran saham, hiburan dan kadang-kadang kita akan berjumpa maklumat yang kita sendiri tak pernah fikirkan. Malah kita juga bole membaca surat khabar menerusi internet. Sekalipun kita sudah terlepas is terbitan cetakannya tetapi kini kita mash ada peluang membacanya menggunakan internet.. Hal in adalah sangat penting kerana dapat mendedahkan pelajar kepada dunia teknologi yang semakin berkembang pesat dalam usaha meletakkan mereka seiring dengan kemajuan IT 11


KEBURUKAN ICT KEPADA GENERASI MUDA PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 12


KESAN NEGATIF ICT TERHADAP GENERASI MUDA BEBAS MELAYARI LAMAN WEB LUCAH MENYEMAI SIFAT MALAS TERDEDAH KEPADA JENAYAH SIBER KURANG PERHATIAN KEPADA PEMBELAJARAN 13 13


maklumat LAMAN WEB LUCAH Mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa tanpa kawalan. Bahan lucah seperti ini merupakan budaya yang patut dibuang terhadap diri masing-masing kerana ia dapat merosakkan akidah dan jati diri seorang pelajar atau masyarakat. MENYEMAI SIFAT MALAS Penggunaan internet secara berlebihan dan tapa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pelajar kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini amat merisaukan kerana ia mendatangkan banyak kesan negatif. Antaranya, pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Hal in tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan prestasi pelajar sewaktu di dalam kelas. Aktiviti sukan yang dianjurkan oleh institusi pengajian bertujuan untuk mencergaskan badan di samping mencerdaskan minda. Oleh yang demikian pelajar harus bergiat aktif untuk melahirkan pelajar yang mantap dari segi lahiriah dan rohaniah. Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, penggunaan internet tanpa had juga mendedahkan pelajar kepada jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program tau data komputer, pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan ole pihak tertentu untuk melakukan jenayah. Berdasarkan sumber akhbar Berita Harian laporan terkini dikeluarkan pihak CyberSecurity menunjukkan kadar jenayah siber di negara in meningkat sehingga 88 peratus pada tahun lalu berbanding hanya 8.090 kes pada tahun sebelumnya. TERDEDAH KEPADA JENAYAH SIBER KURANG PERHATIAN KEPADA PELAJARAN internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang patut diperuntukkan ontuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya. Namun demikian jika pelajar terdedah dengan laman sosial yang terlalu bebas tapa sebarang kawalan boleh menjerumus pelajar melakukan jenayah. 14


Kesimpulannya adalah penggunaan ICT kepada generasi adalah amat penting kerana pada era sekarang semuanya dihujung jari sekiranya kita tidak mempelajarinya maka kita akan ditelan zaman. Antara faedah dalam menguasai teknologi maklumat adalah meningkatkan pengetahuan am dalam kalangan para remaja. Mutakhir ini, generasi muda tidak gemar atau ambil peduli terhadap isu-isu semasa atau maklumat terkini dek kerana lebih gemar bermain permainan video dan leka dengan rancangan-rancangan hiburan. Remaja seharusnya bersikap cakna dengan perkembangan isu-isu semasa yang berlaku secara domestik mahupun antarabangsa. Isu yang berat seperti perkembangan politik, pengurusan kewangan dan masalah kesihatan lazimnya tidak mendapat perhatian daripada golongan ini. Tetapi dengan perkembangan teknologi maklumat seperti media sosial, segala maklumat boleh diperoleh dengan pantas tanpa mengira sempadan waktu dan tempat. Penularan berita juga adalah lebih pantas sekiranya dimuat naik ke laman sosial yang menjadi lubuk informasi terkini. Pengetahuan am ini adalah penting supaya golongan remaja mengenali dan mengetahui hak mereka serta dapat memberikan pendapat atau solusi berkenaan isu-isu semasa yang membuatkan negara asing bergolak. Tambahan pula, mereka dapat mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di negara lain dan tidak mengulangi kesilapan yang sama di negara ini. Intihannya, dengan mempelajari teknologi maklumat, ia membantu melahirkan golongan remaja yang berpengetahuan luas dan tidak bersikap seperti katak di bawah tempurung. PENUTUP 15


https://www.canva.com/design/DAFc0ijSY4A/1Rrx8WrSMdGIRoL_8LnIpg/edit? utm_content=DAFc0ijSY4A&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=sharebutton https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_maklumat_dan_komunikasi https://sinarharapan3.blogspot.com/2012/06/innitys-site-requirements-for.html https://www.slideshare.net/NaveenSegaran/kesan-positif-dan-negatif-penggunaan-internet-dalam-kalanganpelajar https://www.ipendidikan.my/faedah-menguasai-teknologi-maklumat.html RUJUKAN 16


Click to View FlipBook Version