VISI
HAL EHWAL MURID
Melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi,
bersikap positif dan unggul dalam semua
bidang.
MISI
HAL EHWAL MURID
Mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif dan persekitaran sekolah
yang selamat.
0
CARTA ORGANISASI HEM SJKC BERTAM VALLEY
TAHUN 2020
GURU BESAR GPK PENTADBIRAN BIASISWA & KEBAJIKAN RMT
TAN AH CHOY OOI EE THEN TEE SIOW WEI POON CHEONG KIT
GPK HEM BIMBINGAN & KAUSELING KANTIN
WONG PON HING YEE PHUI WEN ELAINE LEE ZHUAN LI
TAN SEOW LEE
GPK KOKURIKULUM KWAMP, YAYASAN PAHANG
CHONG CHUAY LEE DISPLIN CHANG YEW WAI
THENG ZING LING TAN SEOW LEE
SEOW HAN LUN
KEBERSIHAN & KECERIAAN
SPBT 3R CHANG WUI LING
LOK YIN CHEE
KHAIRUL ZAMAN MURAL
SEOW HAN LUN
3K
CHONG JEE JING KEBERSIHAN & KECERIAAN
SYAHINDAH
DENGGI
LOO CHING YEANG KESELAMATAN
LEE ZHI HANG
CHONG JEE JING
KESIHATAN
KPJ & PPDa REKHA
CHAI HOR YAN
YEE PHUI WEN
BENCANA ALAM & KECEMASAN
KHAIRUL ZAMAN
LEE ZHI HANG
E-SARANA
YAP FOONG RONG
APDM
PAIRI
AMANI
[1]
Jawatankuasa Hal Ehwal Murid ( HEM ) 2020
Pengerusi : Pn. Tan Ah Choy ( GURU BESAR )
Naib Pengerusi : Cik Ooi Ee Then ( GPK PENTADBIRAN )
( GPK KK )
Setiausaha Cik Chong Chuay Lee ( GPK HEM )
Penolong S/U : Pn. Wong Pon Hing ( KETUA PENYELARAS PSS )
: Cik Tan Seow Lee
Ketua Penyelaras : Ketua Penyelaras Bidang Tugas Am
Jawatankuasa Pn. Theng Zing Menubuhkan badan pengawas sekolah dan membuat
Ling jadual bertugas.
1. Pengurusan Disiplin
Murid Menyediakan peraturan sekolah.
Menyediakan laporan yang berhubung kait dengan
hukuman.
Mengkaji dan mengesyorkan tindakan disiplin sekolah.
2. Perkhidmatan Pn. Yee Phui Wen Menjalankan kerja-kerja bimbingan dan kaunseling.
Bimbingan dan Mengadakan aktiviti-aktiviti yang sesuai kepada warga
Kaunseling
sekolah.
3. Biasiswa dan Bantuan Pn. Tee Siow Wei Menyelaras pengurusan Jawatankuasa Biasiswa dan
Lain Bantuan Lain.
Rancangan Makanan En. Poon Menyelaras pengurusan Rancangan Makanan
Tambahan.
Tambahan Cheong Kit
Pengurusan Cik Elaine Lee Menyelaras pengurusan kantin di sekolah dengan
Kantin/PS Zhuan Li
sempurna.
Memastikan kebersihan kantin, makanan, minuman dan
barang jualan bermutu dan selamat.
Menyelaras pengurusan Projek Susu.
KWAPM , Yayasan En. Chang Menyelaras pengurusan bantuan kebajikan dan
biasiswa murid seperti KWAPM, e-KASIH, Yayasan
Pahang dan lain-lain Yew Wai Pahang dan lain-lain lagi.
4. 3K Pn. Chong Jee Jing Menyelaras pengurusan 3K.
Menjaga dan menyelia kebersihan kawasan sekeliling
(Kebersihan dan sekolah dari semasa ke semasa.
Keceriaan, Keselamatan, Merancang dan mengindahkan kawasan sekolah.
Kesihatan) Menjaga dan menyelia kebersihan tandas dari semasa
ke semasa.
Kebersihan & Keceriaan
Bangunan Sekolah
[2]
3R (Reduce, Reuse Cik Chang Wui Merancang dan mengurus segala urusan program 3R
& Recycle) Ling (Pengurang, Guna semula & Kitar Semula).
Mural En. Seow Han Merancang dan mengurus segala urusan melukis mural
Lun di kawasan sekolah.
• Pertandingan • Pn. Syahindah Mengawasi kebersihan bilik darjah dari semasa ke
Kebersihan & semasa.
Mengurus pertandingan kebersihan antara kelas.
Keceriaan Kelas • En. Lee Zhi Mengawas dan menjaga keselamatan murid termasuk
• Keselamatan Hang keselamatan melintas jalan raya dan aktiviti-aktiviti
latihan.
Menyediakan peta bersurai semasa kecemasan.
Merancang dan mengurus raptai bersurai semasa
kecemasan.
Mengenalpasti alat pemadam api supaya berfungsi.
• Kesihatan • Cik Rekha Menyelaras pengurusan rawatan kesihatan, perubatan
dan pergigian murid-murid sekolah.
Menyusun dan menempatkan Buku Rekod Kesihatan
dan kad pergigian murid-murid dengan teratur.
Mengingatkan guru kelas mengisi BMI murid ke dalam
Buku Rekod Kesihatan.
Menyediakan dan memastikan bahan-bahan perubatan
dalam peti kecemasan adalah cukup dan sesuai.
5. Jawatankuasa Skim Pn. Lok Yin Chee Menyelaras pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks.
Pinjaman Buku Teks
(SPBT) Merancang, mengatur, melaksana dan memantau
aktiviti-aktiviti yang berkaitan tentang pencegahan
6. Pengurusan Pendidikan Cik Loo Ching denggi di sekolah.
Pencegahan Denggi Yeang
7. Kelab Pencegahan Cik Chai Hor Yan Menyelaras pengurusan KPJ & PPDa.
Jenayah (KPJ) & Menyediakan Sudut KPJ & PPDa di kawasan sekolah /
Program Pendidikan
Dadah (PPDa) pusat sumber.
Mengurus hal-hal jenayah yang berlaku di sekolah.
8. Bencana Alam dan Mengesan murid-murid sekolah yang terlibat dalam kes
Kecemasan
dadah.
En. Khairul Zaman Menyelaras pengurusan latihan kecemasan kebakaran
dan banjir.
Menubuhkan Jawatankuasa pusat pemindahan mangsa
banjir peringkat sekolah.
Memastikan ada jadual bertugas guru-guru semasa
sekolah dijadikan pusat pemindahan.
Memastikan semua kemudahan asas seperti bekalan
elektrik, air, alat-alat pertolongan cemas, tandas dan
[3]
9. Aplikasi Pangkalan Data Pn. Pairi lain-lain diselenggara dengan baik dan boleh
Murid digunakan.
Memastikan bilik-bilik yang dijadikan pusat
10. e-Sarana Setiausaha PIBG perpindahan dalam keadaan bersih dan terurus.
Memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa
banjir dan kebakaran.
Menyelaras pengurusan APDM.
Mengemaskini kedatangan murid-murid setiap hari.
Menyelaras pengurusan e-Sarana.
Kemaskini: 11.12.2019
[4]
Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil di bawah
Unit Hal Ehwal Murid
( HEM )
1. Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Murid
Pengerusi : Pn. Tan Ah Choy ( Guru Besar )
Naib Pengerusi : Cik Ooi Ee Then ( GPK Pentadbiran )
Cik Chong Chuay Lee ( GPK KK )
Setiausaha : Pn. Wong Pon Hing ( GPK HEM )
Ketua Penyelaras : Pn.Theng Zing Ling
Penolong Ketua Penyelaras : En. Seow Han Lun
AJK : Semua Guru
2. Jawatankuasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Pengerusi : Pn. Tan Ah Choy ( Guru Besar )
Naib Pengerusi : Cik Ooi Ee Then ( GPK Pentadbiran )
Cik Chong Chuay Lee ( GPK KK )
Setiausaha : Pn. Wong Pon Hing ( GPK HEM )
Ketua Penyelaras : Pn. Yee Phui Wen
Penolong Ketua Penyelaras : Cik Tan Seow Lee
AJK : Semua Guru
3. Jawatankuasa Biasiswa Dan Kebajikan Murid
Pengerusi : Pn. Tan Ah Choy ( Guru Besar )
Naib Pengerusi
Setiausaha : Cik Ooi Ee Then ( GPK Pentadbiran )
Ketua Penyelaras
Penolong Ketua Penyelaras Cik Chong Chuay Lee ( GPK KK )
AJK : Pn. Wong Pon Hing ( GPK HEM )
: Pn. Tee Siow Wei
: En. Poon Cheong Kit
(Rancangan Makanan Tambahan)
Cik Elaine Lee Zhuan Li
(Kantin)
Encik Chang Yew Wai
(KWAPM, Yayasan Pahang dan Bantuan Lain)
: 1. Pn. Tang Siew Kim ( Wakil Lembaga Pengelola )
[5]
2. Pn. Lo Yee Ann ( Wakil PIBG )
3. En. Wong Seng Yee ( Wakil Persatuan Alumni )
4. Semua Guru
4. Jawatankuasa 3K
Pengerusi : Pn. Tan Ah Choy ( Guru Besar )
Naib Pengerusi
Setiausaha : Cik Ooi Ee Then ( GPK Pentadbiran )
Ketua Penyelaras
Penolong Ketua Penyelaras Cik Chong Chuay Lee ( GPK KK )
AJK : Pn. Wong Pon Hing ( GPK HEM )
: Pn. Chong Jee Jing
: Cik Chang Wui Ling, Cik Chai Hor Yan
(Kebersihan & Keceriaan Sekolah – 3R)
En. Seow Han Lun
(Kebersihan & Keceriaan Sekolah – Mural)
Pn. Syahindah
(Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas)
En. Lee Zhi Hang (Keselamatan)
Cik Rekha (Kesihatan)
: Semua Guru
5. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Pengerusi : Pn. Tan Ah Choy ( Guru Besar )
Naib Pengerusi : Cik Ooi Ee Then ( GPK Pentadbiran )
Cik Chong Chuay Lee ( GPK KK )
Setiausaha : Pn. Wong Pon Hing ( GPK HEM )
Ketua Penyelaras : Pn. Lok Yin Chee
Penolong Ketua Penyelaras : En. Khairul
AJK : Semua Guru Kelas
6. Jawatankuasa Kantin
Pengerusi : Pn. Tan Ah Choy ( Guru Besar )
Naib Pengerusi : Cik Ooi Ee Then ( GPK Pentadbiran )
Cik Chong Chuay Lee ( GPK KK )
Setiausaha : Pn. Wong Pon Hing ( GPK HEM )
Ketua Penyelaras : Cik Elaine Lee Zhuan Li
Penolong Ketua Penyelaras : En. Poon Cheong Kit
AJK : Semua Guru
[6]
7. Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi
Pengerusi : Pn.Tan Ah Choy ( Guru Besar )
Naib Pengerusi : Cik Ooi Ee Then ( GPK Pentadbiran )
Cik Chong Chuay Lee ( GPK KK )
Setiausaha : Pn. Wong Pon Hing ( GPK HEM )
Ketua Penyelaras : Cik Loo Ching Yeang
Penolong Ketua Penyelaras : Pn. Chong Jee Jing
AJK : Semua Guru
8. Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah ( KPJ )
dan Program Pendidikan Dadah (PPDa)
Pengerusi : Pn. Tan Ah Choy ( Guru Besar )
Naib Pengerusi : Cik Ooi Ee Then ( GPK Pentadbiran )
Cik Chong Chuay Lee ( GPK KK )
Setiausaha : Pn. Wong Pon Hing ( GPK HEM )
Ketua Penyelaras : Cik Chai Hor Yan
Penolong Ketua Penyelaras : Pn. Yee Phui Wen
AJK : Semua Guru
9. Jawatankuasa Bencana Alam dan Kecemasan
Pengerusi : Pn. Tan Ah Choy ( Guru Besar )
Naib Pengerusi : Cik Ooi Ee Then ( GPK Pentadbiran )
Cik Chong Chuay Lee ( GPK KK )
Setiausaha : Pn. Wong Pon Hing ( GPK HEM )
Ketua Penyelaras : En. Md Khairul Zaman
Penolong Ketua Penyelaras : En. Lee Zhi Hang
AJK
1. Floor Warden
a. Block A (Bangunan PRA) : Pn.Yip Pooi Leng
b. Block B dan Kantin (Bangunan Bilik Sains) : En. Seow Han Lun
c. Block C (Bangunan Kelas 3M, 2R dan 3R) : Pn. Yee Phui Wen
d. Block D – Tingkat Bawah (Kelas Tahun 1) : Pn. Syahindah
e. Block D – Tingkat Satu (Bilik Guru) : En. Lee Zhi Hang
f. Block D – Tingkat Dua (Dewan Sebarguna) : Cik Chai Hor Yan
g. Block D – Tingkat Tiga (Kelas Tahun 6) : Cik Rekha
2. Checker : Semua guru kelas
[7]
3. Keselamatan Murid Semasa Bersurai : Semua Warga Sekolah
10. Jawatankuasa APDM
Pengerusi : Pn. Tan Ah Choy ( Guru Besar )
Naib Pengerusi : Cik Ooi Ee Then ( GPK Pentadbiran )
Cik Chong Chuay Lee ( GPK KK )
Setiausaha : Pn. Wong Pon Hing ( GPK HEM )
Ketua Penyelaras : Pn. Pairi (Pembantu Tadbir Pejabat)
Penolong Ketua Penyelaras : Pn. Amani (Pembantu Operasi)
AJK : Semua Guru Kelas
11. Jawatankuasa e-Sarana
Pengerusi : Pn.Tan Ah Choy ( Guru Besar )
Naib Pengerusi
: Cik Ooi Ee Then ( GPK Pentadbiran )
Setiausaha
Ketua Penyelaras Cik Chong Chuay Lee ( GPK KK )
AJK
: Pn. Wong Pon Hing ( GPK HEM )
: Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru
: Semua Guru
Kemaskini: 11.12.2019
[8]
PENGURUSAN
HAL EHWAL MURID
1. Guru Pengurusan Disiplin Murid
Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Murid bagi memilih pengawas.
Membentuk AJK Pengawas dan menyusun tugas masing-masing.
Mengawal disiplin pengawas dan mengambil tindakan jika perlu.
Mengawas masalah-masalah murid yang melanggar disiplin dan mengambil tindakan jika perlu.
Menggubal undang-undang disiplin sekolah.
Menjadi penasihat kepada AJK Pengawas.
Menguatkuasakan pekeliling ikhtisas mengenai pakaian dan disiplin murid.
Menyediakan buku rekod disiplin mengenai disiplin murid.
Membuat laporan pengesahan kes salahlaku dalam SSDM pada setiap hari Jumaat.
Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
Memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dikuatkuasakan.
Mengambil tindakan yang bersesuaian terhadap kes-kes murid yang melanggar disiplin,peraturan,
tatatertib dan salahlaku.
Sentiasa bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Badan Pengawas Sekolah.
Mengadakan Kursus Kepimpinan.
2. Guru Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Bekerjasama dengan guru-guru lain dalam mengesan kecacatan murid dan membuat rujukan
kepada perbadanan-perbadanan wajar.
Menemu duga murid-murid berdasarkan masalah murid-murid perseorangan yang dikenali dan
rujukan-rujukan oleh guru-guru (misalnya ponteng, berbohong, menipu dan lain-lain).
Mengelola kajian latar belakang murid-murid yang bermasalah dan jika difikirkan perlu
menasihat guru-guru lain tentang perkara ini.
Menyediakan laporan dan sijil ujian aptitud bagi murid-murid tahun 3 dan tahun 6.
Mengadakan pertalian hubungan dengan perbadanan yang berkenaan (misalnya Jabatan
Kesihatan, Jabatan Hal Ehwal Masyarakat, Kelab Rotari dan lain-lain lagi) atas tujuan
membimbing dan menolong murid-murid.
Melaksanakan sebarang arahan lain mengenai bimbingan dari Kementerian Pendidikan.
3. Guru Biasiswa Dan Bantuan Lain
Mengesan murid-murid miskin dan mengedarkan borang permohonan biasiswa kepada mereka.
Mengadakan mesyuarat jawatan kuasa untuk memilih murid-murid yang layak menerima
biasiswa.
Menyemak dan memproses borang-borang permohonan murid-murid.
Menghantar borang-borang permohonan kepada pihak berkenaan.
Mengagihkan bayaran biasiswa kepada murid-murid yang berjaya dalam permohonan mereka.
[9]
Guru RMT
Menguruskan pelaksanaan RMT.
Menguruskan maklumat dan permohonan RMT.
Memastikan perjalanan RMT dan mengikut menu yang ditetapkan.
Membuat laporan tentang RMT yang dijalankan.
Memastikan segala rekod dikemaskini dan disimpan dengan baik.
Guru PS (Susu)
Menguruskan pelaksanaan PS.
Menguruskan maklumat dan permohonan .
Membuat laporan tentang PS yang dijalankan.
Memastikan segala rekod dikemaskini dan disimpan dengan baik.
4. Guru 3K
Mengurus mesyuarat JK 3K Sekolah.
Menyediakan pelan tindakan projek keceriaan sekolah.
Menyelia keceriaan dan kebersihan sekolah.
Menguruskan projek-projek sampingan mengikut keperluan semasa.
Menyelaras sumber-sumber bagi melaksanakan keceriaan sekolah.
Guru Kebersihan dan Keceriaan Sekolah – 3R (Reuse, Reduce and Recycle)
Merancang dan mengurus segala urusan program 3R (Mengurang, Guna semula & Kitar Semula).
Guru Kebersihan dan Keceriaan Sekolah – Mural
Merancang dan mengurus segala urusan melukis mural di kawasan sekolah.
Guru Kebersihan dan Keceriaan Kelas
Mengawasi kebersihan bilik darjah dari semasa ke semasa.
Mengurus pertandingan kebersihan antara kelas.
Guru Keselamatan
Mengawas dan menjaga keselamatan murid termasuk keselamatan melintas jalan raya dan
aktiviti-aktiviti latihan.
Menyediakan peta bersurai semasa kecemasan.
Merancang dan mengurus latihan bersurai semasa kecemasan.
Mengenalpasti alat pemadam api supaya berfungsi.
[10]
Guru Kesihatan
Menyelaras urusan rawatan kesihatan, perubatan dan pergigian murid-murid sekolah.
Menyelaras pengurusan rawatan kesihatan, perubatan dan pergigian murid-murid sekolah.
Menyusun dan menempatkan Buku Rekod Kesihatan dan kad pergigian murid-murid dengan
teratur.
Mengingatkan guru kelas mengisi BMI murid ke dalam Buku Rekod Kesihatan.
Menyediakan dan memastikan bahan-bahan perubatan dalam peti kecemasan adalah cukup dan
sesuai.
5. Guru SPBT
Memahami dan meneliti semua arahan yang berkaitan sama ada dari JPNP/kementerian.
Menerima dan menentukan bilangan buku yang diterima dari pembekal.
Memasukkan penerimaan buku-buku ke dalam Buku Stok.
Memberi taklimat kepada guru darjah mengenai peraturan-peraturan SPBT.
Mengedar buku-buku sebelum cuti hujung tahun.
Menyenaraikan buku-buku yang rosak untuk tindakan hapus kira.
6. Guru Kantin
Menubuhkan jawatankuasa kantin.
Bertanggungjawab bagi menyelia pengurusan kantin di sekolah dengan sempurna.
Menyelia perjalanan kantin.
Memastikan kebersihan kantin, makanan, minuman dan barang jualan bermutu.
Memastikan perniagaan dan kakitangan mendapat kelulusan kesihatan daripada doktor.
Mengadakan peraturan-peraturan kantin.
Mengisi Laporan Kendiri.
Memastikan murid-murid membeli makanan mengikut peraturan yang baik.
Melaporkan kepada Guru Besar apa-apa masalah yang berkaitan dengan urusan kantin.
7. Guru Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi
Merancang, mengatur, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti yang berkaitan tentang
pencegahan denggi di sekolah.
Mengadakan gotong-royong dari semasa ke semasa.
8. Guru Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) dan Program Pendidikan Dadah (PPDa)
Menyelaras pengurusan KPJ & PPDa.
Menyediakan Sudut KPJ & PPDa di kawasan sekolah / pusat sumber.
Mengurus hal-hal jenayah yang berlaku di sekolah.
Mengesan murid-murid sekolah yang terlibat dalam kes dadah.
9. Guru Bencana Alam dan Kecemasan
a. Kebakaran
i. Menyediakan jadual Latihan Kebakaran.
ii. Mengadakan demonstrasi atau Kawad Kecemasan.
iii. Mendedahkan penggunaan alat pemadam api.
iv. Memastikan alat pemadam api dalam keadaan baik.
v. Menyediakan pelan keluar dan tempat berkumpul waktu kecemasan/latihan.
vi. Mengadakan latihan bersurai semasa kecemasan.
vii. Menentukan loceng kecemasan berfungsi.
[11]
b. Kemalangan
i. Memastikan peti ubat pertolongan cemas dapat digunakan pada bila-bila masa.
ii. Mengambil tahu sedikit sebanyak mengenai pertolongan cemas.
iii. Menghubungi pihak rumah sakit atau klinik yang berhampiran jika perlu.
iv. Mengadakan kempen keselamatan.
v. Mengurus hal murid-murid yang ditimpa kemalangan untuk mendapat rawatan segera.
vi. Memberitahu ibu bapa atau penjaga bila terdapat murid-murid yang ditimpa kemalangan
jika perlu.
c. Bencana Alam
i. Menyediakan skuad Bencana Alam.
ii. Megenalpasti bangunan/blok selamat bagi menempatkan pelajar.
iii. Mengenalpasti bangunan/blok selamat menyimpan stok makanan.
iv. Menyediakan peralatan pertolongan cemas ketika bencana.
v. Mengenalpasti alamat dan telefon agensi berkaitan.
vi. Menyampaikan maklumat berkenaan kepada pelajar supaya sentiasa berwaspada.
vii. Bekerjasama dengan unit kebakaran dalam latihan menyelamat diri.
viii. Menyediakan pasukan petugas khas bencana alam.
ix. Menjalankan raptai kebakaran dan banjir.
d. Persekitaran
i. Mengenalpasti lalulintas pelajar di jalan raya.
ii. Menyediakan jadual ceramah lalulintas ( maklumat semasa perhimpunan ).
iii. Mengenalpasti keadaan pagar sekolah.
iv. Mengenalpasti dan menyediakan ‘pass’ keluar masuk pelajar dari kelas.
v. Mengenalpasti pintu keluar masuk pelajar dari kawasan sekolah.
vi. Mengenalpasti pintu pagar sekolah terkawal.
vii. Mengenalpasti setiap pintu masuk ( bukan utama ) diawasi atau berkunci).
10. Penyelaras APDM
Menyelaras dan mengemaskini maklumat APDM kepada guru kelas dari semasa ke semasa.
Mengemaskini kedatangan murid-murid setiap hari.
11. Guru e-Sarana
Menyelaras segala pengurusan e-Sarana.
Kemaskini: 11.12.2019
[12]
金马仑巴登威利华校校规
1. 不可无故缺席及迟到,应养成守时的好习惯。
2. 值日生应提早到达学校执行其任务。
3. 未获得校方许可,不可擅自离开校园。
4. 注意仪表,校服要整洁并佩戴校徽以示爱校。
5. 不可蓄留长指甲及标新立异之发型。
6. 女生长发须绑整齐,不准佩戴首饰。
7. 保持课室、食堂及校园的整洁和美观,不可乱丢垃圾及随地吐痰。
8. 要爱护公物,不可蓄意破坏或涂污。
9. 小心使用学校的用具,用过后应放回原处。
10. 食堂的用具,用过之后不可乱丢,必须放在指定的地方。
11. 必须出席周会及学校召开的任何集会。
12. 进出教室、集会、在食堂购物都要排队及保持安静。
13. 不可相骂、欺骗、打架或欺负弱小的同学。
14. 要有礼貌,不可说方言或粗话。
15. 保持课室的安静,不可大声嚷叫。
16. 上课之前及休息时,不可逗留在课室内玩耍或吃东西。
17. 尊重并服从师长、巡察员及班长的指示。
18. 必须按时交功课,养成今日事今日毕的习惯。
19. 不可进行危险的玩意,如爬树、拨弄电掣等,以免发生意外。
20. 不准赌博或玩赌博性质的游戏。
21. 不可在校园内嬉戏或奔跑。
22. 不可破坏校誉。
[13]
PERATURAN DAN KAWALAN KESELAMATAN
MURID-MURID SEKOLAH
1. Menepati Masa
a) Murid-murid MESTI menepati masa, tidak boleh ponteng atau balik awal (termasuk kegiatan
kokurikulum).
b) Pelajar yang tidak hadir ke sekolah MESTI mempunyai kenyataan bertulis daripada ibu bapa
atau surat akuan doktor(sijil sakit).Sekiranya tidak hadir pelajar akan dianggap ponteng dan
boleh dikenakan tindakan
c) Murid DIWAJIBKAN memberitahu guru kelas jikalau lewat ke sekolah atau balik awal.
d) Murid-murid MESTI menjalankan tugas membersihkan bilik darjah mengikut jadual tugas.
e) Menyiapkan semua kerja rumah dan latihan dan serahkan kepada guru TEPAT pada masanya.
2. Kesopanan
a) Murid-murid HENDAKLAH mengucapkan salam sejahtera kepada guru dan pelawat di
kawasan sekolah.
b) Murid-murid HENDAKLAH berdiri dan memberi hormat kepada guru sebelum dan selepas
waktu belajar.
c) Murid-murid HENDAKLAH menghormati guru, mematuhi Rukun Negara, selalu mengikuti
pelajaran dan nasihat guru serta bersopan dengan murid-murid lain.
d) Murid-murid HENDAKLAH mengangkat tangan dan berdiri terlebih dahulu sebelum menjawab
ataupun menanya sebarang soalan.
3. Kebersihan
a) Kebersihan Diri
i. Kuku HENDAKLAH sentiasa pendek,bersih dan TIDAK DIBENARKAN mewarnakan
kuku mengguna penggilap kuku.
ii. Keadaan rambut, pakaian, kasut dan stoking MESTI kemas dan bersih.
iii. Tanda nama murid dan lencana sekolah MESTI ada di sebelah kiri baju sekolah.
iv. Tanda nama murid mesti dijahit di sebelah bawah lencana sekolah.
v. Murid lelaki MESTI berambut pendek dan kemas.
vi. Murid perempuan yang berambut panjang MESTILAH mengikat rambut dengan
menggunakan pengikat rambut berwarna putih, hitam atau biru gelap.
vii. Semua murid TIDAK DIBENARKAN mewarnakan rambut dengan sebarang jenis
warna.
viii. Semua murid TIDAK DIBENARKAN memakai barang-barang kemas atau sebarang
perhiasan seperti rantai, cincin, subang dan gelang.
ix. Pakaian sukan HANYA boleh dipakai semasa waktu persekolahan pada hari yang ada
waktu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
[14]
b) Kebersihan Persekitaran Sekolah
i. Sentiasa menjaga kebersihan bilik darjah, kawasan sekolah, kantin dan tandas.
ii. Murid DILARANG berludah di merata-rata tempat.
iii. Murid DILARANG menconteng dinding, meja dan kerusi.
iv. Murid DILARANG membuang sampah di merata tempat.
v. Sentiasa menjaga kebersihan tandas selepas digunakan.
vi. Sampah dan bekas makanan HENDAKLAH dimasukkan ke tempat yang disediakan
selepas makan di kantin.
vii. Semua murid DIKEHENDAKI makan dan minum di kawasan kantin sahaja.
viii. Bahan yang boleh kitar semula perlu dibersihkan sebelum letak ke dalam tong kitar
semula.
4. Tatatertib
a) Sebelum waktu pertama dan selepas rehat, murid DIKEHENDAKI beratur di koridor sambil
membaca bahan bacaan sementara menunggu guru masuk kelas.
b) Murid-murid DILARANG menconteng papan putih atau dinding.
c) Murid MESTILAH menjaga ketenteraman kelas dan kawasan sekolah sepanjang masa.
d) Murid yang hendak keluar dari kelas dan kawasan sekolah MESTILAH mendapat kebenaran
guru.
e) Gunakan lampu dan kipas dengan cermat dan jimat untuk mengelakkan pembaziran elektrik.
f) Semua murid DIKEHENDAKI beratur semasa membeli makanan dan minuman.
g) Murid DILARANG memanjat bumbung, pagar atau mana-mana tempat yang boleh
mendatangkan bahaya.
h) Murid DILARANG berlari di kawasan koridor.
i) Murid DILARANG mengunci pintu bilik darjah sesuka hati.
j) Murid-murid DILARANG menconteng, merosakkan atau mencuri barang-barang rakan.
k) Pintu kelas akan dikunci pada 5:30 petang
5. Hormat-menghormati
a) Murid MESTI menghormati lambang-lambang kebesaran negara, negeri dan sekolah (misalnya
lagu/bendera kebangsaan dan lain-lain).
b) Murid MESTI berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah.
c) Murid-murid DILARANG memalsukan tandatangan ibu bapa atau penjaga dalam buku
kemajuan pelajaran atau lain-lain dokumen.
d) Murid MESTI mendapat Pas Keluar Kelas jika keluar dari kelas.
e) Murid MESTILAH mematuhi arahan ketua kelas dan pengawas apabila tiada guru di dalam
kelas.
[15]
6. Kasih Sayang
a) Sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan rakan-rakan.
b) Sayang kepada harta benda sekolah, barang-barang rakan dan barang-barnag sendiri.
c) Jika sesuatu harta benda sekolah, termasuk buku SPBT dirosakkan atau dihilangkan sama ada
sengaja atau tidak sengaja, murid terlibat BERTANGGUNGJAWAB mengganti kerosakan atau
kehilangan itu.
d) Murid DILARANG memetik bunga atau merosakkan tumbuh-tumbuhan di persekitaran sekolah.
7. Lain-lain
a) Murid DILARANG membawa sebarang alat elektronik seperti telefon bimbit dan jam tangan
GPS, alat permainan, buku lucah atau video ke sekolah.
b) Murid yang tidak dapat mengikuti Pendidikan Jasmani atau sukan HENDAKLAH
membuktikannya dengan mengemukakan Surat Akuan Doktor.
c) Murid DILARANG berjudi atau menjalankan kegiatan berkaitan dengan judi.
d) Murid DILARANG menjual barang-barang kepada rakan-rakan tanpa kebenaran pihak sekolah.
e) Murid MESTILAH belajar dengan bersungguh-sungguh, menyertai kegiatan kokurikulum
secara aktif untuk menjamin nama baik sekolah.
f) Selalu menjaga disiplin diri sendiri, tidak merosakkan nama sekolah.
g) Pihak sekolah akan mengambil tindakan sewajarnya jika didapati murid melanggar disiplin
sekolah.
Kemaskini: 11.12.2019
[16]
学生纪律规则及安全指南
1. 守时 每天准时上课,不得无故旷课或早退(包括课外活动)。
(一) 缺席须事前请假,迟到应向师长报告,早退先得到师长许可。
(二) 如欲请假,需呈交书面请假信。
(三) 值日生必须按时轮流打扫课室。
(四) 按时完成及交上教师所指定的功课或作业。
(五)
2. 礼貌 任何时候遇到师长或访客都要请安。
(一) 无论上下课,必须起立向师长致敬。
(二) 要尊敬师长及遵守国家原则。
(三) 服从师长的教导,对同学要亲爱有礼。
(四) 教师询问时,须起立回答;学生要发问,须先举手。
(五)
3. 整洁 个人卫生
(一) 指甲必须时常修剪,以保持清洁。不可涂指甲油。
头发、衣服和鞋袜都必须清洁整齐。
(甲) 校服左边须缝上校徽(姓名贴在下,校徽在上)。
(乙) 男生须剪短发,女生前额头发长度不宜超过眉毛,头发及肩者须将
(丙) 头发整齐束起。发饰只可使用以下三种颜色:黑色、深蓝色或白色,
(丁)
只许单色,不可花俏。
(戊) 男女生都不可染发。
(己) 男女生皆不准穿戴任何首饰。
(庚) 上体育课时,必须穿运动衣。
(二) 学校环境
(甲) 随时保持课室、校园、食堂和厕所的清洁卫生。
(乙) 不可随地吐痰和丢垃圾。
(丙) 不涂鸦墙壁、桌椅或其它校园设备。
(丁) 用过厕所后,要冲水。
(戊) 在食堂里用餐后,必须将碗碟放进所准备的桶里。
(己) 除了食堂,学生不可在校园内其它场地进食。
(庚) 可回收物品需清理干净,然后放进回收箱里。
[17]
4. 秩序
(一) 上课前必须在课室外排队进行阅读环节,老师来了才进课室。
(二) 不可擅自在白板上涂写。
(三) 上课时间,没经教师许可,不得随意进出教室或擅自离开学校范围。
(四) 如有需要才开电灯和风扇,以节省电源。
(五) 离开教室前,必须关上电灯、风扇及门。
(六) 不可在教室内外吵闹,干扰同学上课。
(七) 购买食物时,不可争先恐后。
(八) 不可攀爬任何有危险性的地方,如斜坡、栏杆、围墙等。
(九) 不可在走廊奔跑。
(十) 课室的门不可随意上锁。
(十一) 不准涂污、损坏或偷窃同学的物品。
(十二) 课室将在下午五时三十分上锁。
5. 尊重 必须尊敬国歌、国旗、州歌、州旗、校歌和校旗。
(一) 唱国歌、州歌及校歌时,学生必须竖立。
(二) 学生不可私自签署成绩册或任何文件。
(三) 上课时,若要离开课室,必须佩戴“准证”。
(四) 当老师不在课室时,须遵从班长或巡察员的指示。
(五)
6. 仁爱 尊敬师长,爱护幼小。
(一) 爱护学校公物、爱护自己及同学的东西。
(二) 凡是弄破或遗失属于学校的物品,必须按价赔偿。
(三) 不可采摘、伤害花草树木。
(四)
7. 其它
(一) 不可携带手机、任何玩具、游戏机、不良读物、录像带光碟及智能
追踪手表到校。
(二) 学生如有健康问题,如食物敏感、哮喘病、心脏病等必须通知校方,
并呈上医生证明书。
(三) 不准赌博或玩赌博性质的游戏。
(四) 禁止向同学售卖物品。
(五) 学生必须勤奋求学,踊跃参加各项课外活动,为校争光。
(六) 无论校内校外,需留意言行举止,不可做出破坏校誉的行为。
(七) 凡违反校规者,当受纪律处分。
[18]
DASAR PELAKSANAAN
HAL EHWAL MURID
1. DASAR AM PENGURUSAN KELAS
1.1. Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) (Kelas PRA)
1.1.1 Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan.
1.1.2 Tandakan BJKM pada setiap persekolahan sebelum pukul 8:30 pagi.
1.1.2.1 Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah.
1.1.2.2 Murid yang datang selepas 2 jam masih dikira hadir ke sekolah.
1.1.3. Tandakan BJKM seperti berikut:
1.1.3.1 Tandakan / sekiranya murid hadir.
1.1.3.2 Tandakan O sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
1.1.3.3 Tandakan L dalam bulatan sekiranya murid lewat sekolah (dikira hadir).
1.1.3.4 Elakkan budaya comot. Cecair pemadam tidak boleh digunakan. Segala kesilapan
hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas.
1.1.4 Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi memaklumkan
ketidakhadiran murid disimpan dalam buku ini oleh guru kelas.
1.1.5 Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung/buang sekolah yang
dikeluarkan juga disimpan dalam buku ini.
1.1.6 Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di bilik guru sekolah dan ditanda selewat-
lewatnya pada jam 8:30 pagi setiap hari.
1.1.7 BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 1 haribulan tiap-tiap bulan berikutnya.
1.1.8 BJKM perlu dihantar dan disemak oleh GPK HEM setiap akhir bulan.
1.1.9 Pastikan maklumat kehadiran sama dengan laman web APDM.
1.2. Fail APDM
1.2.1 Semua maklumat murid dari kelas Pra Sekolah hingga Tahun 6 wajib disimpan dalam fail
ini. Fail ini mesti disimpan di bilik GPK HEM selepas dikemaskini.
1.2.2 Sila pastikan senarai nama kelas dan nama Guru Kelas ditulis pada helaian pertama fail.
1.2.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, dan
maklumat yang difikir perlu mesti disimpan dalam fail ini.
1.2.4 Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di bilik
rawatan.
1.2.5 Maklumat fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan
persekolahannya atau bertukar sekolah.
1.3. Pendaftaran Murid Baru
1.3.1 Mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang APDM yang dilengkapkan oleh
ibu bapa/penjaga. Jika murid membawa borang APDM dari sekolah asal, sila pastikan
maklumat adalah lengkap dan terkini.
1.3.2 Guru kelas menerima murid baharu daripada GPK HEM.
[19]
1.3.3 Penyelaras APDM akan memasukkan data murid baharu dan mengemaskini data kelas
APDM secara online.
1.3.4 Guru kelas menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan
melaporkan kepada Guru Biasiswa dan Bantuan Lain.
1.3.5 Guru kelas mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan kepada GPK
HEM.
1.3.6 Guru kelas menyemak latar belakang murid jika anak yatim/murid miskin dan
memaklumkan kepada GPK HEM.
1.3.7 PK HEM mendapatkan laporan disiplin, dan data APDM dari sekolah terdahulu.
1.4. Buku Teks
1.4.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
1.4.2 Guru kelas membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan pemulangan buku teks.
1.4.3 Guru kelas membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks.
1.4.4 Guru kelas memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar, nama
serta kelas dan murid yang tidak balut buku akan diminta membalut.
1.4.5 Buku dalam Ops Balut.
1.4.6 Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat-lewatnya pada hari pertama
persekolahan.
1.5. Murid Keluar/Bertukar/Berpindah
1.5.1 Mempastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
1.5.2 Mencatatkan maklumat/butiran dalam BJKM kelas.
1.5.3 Menyerahkan satu salinan borang bertukaran sekolah kepada Guru SPBT.
1.5.4 Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan diserahkan kepada
murid berkenaaan pada hari akhir persekolahan (bergantung kepada keadaan).
1.6. Pengurusan & Organisasi Kelas:
1.6.1 Melantik Pemimpin pelajar bagi setiap kelas:
Ketua Kelas
Penolong Ketua Kelas
AJK Kebersihan
AJK Matapelajaran
1.6.2 Menyelaras penyediaan perkara berikut:
Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas
Jadual Tugas Kebersihan ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas.
Papan kenyataan milik kelas tersebut
Semua murid perlu menghafal Misi & Visi Sekolah dalam Bahasa Malaysia dan
ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas.
Sudut Bacaan Kelas
Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa ditampal pada papan
kenyataan di belakang kelas.
Alatan pembersihan
Pelan bersurai semasa kecemasan.
1.6.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.
1.6.4 Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang rosak.
[20]
1.6.5 Kebersihan kelas:
Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru yang masuk ke
kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula
mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.
Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap
hari. Memetik suis lampu dan kipas serta memutup pintu sebelum meninggalkan kelas.
1.6.7 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab
pihak kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak
1.6.8 Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak sekolah (Guru
Besar).
Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas
dengan cekap dan penuh dedikasi.
1.7 Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun)
1.7.1 Menyediakan senarai tersebut mengikut format yang disediakan. Serahkan satu set
senarai nama kepada GPK Pentadbiran, GPK HEM dan GPK KK selewat-lewatnya pada
minggu kedua sesi persekolahan. Di samping itu, muat naikkan senarai nama ke Google
Drive sekolah.
1.8 Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa Sebab
1.8.1 Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri.Kumpulan murid ini
adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama persekolahan, tanpa
sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit.
1.8.2 Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah dan surat
buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
2. DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN
2.1 Ponteng Sekolah
2.1.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak
membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
2.1.2 Guru kelas hendaklah menandakan 0 dalam buku rekod kehadiran kelas.
2.1.3 Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:
Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng
Berkala/Tidak Berurutan
Amaran 1 3 hari berturut-turut 10 hari
Amaran 2 7 hari selepas Surat Amaran 1 10 hari selepas Surat Amaran 1
Amaran 3 7 hari selepas Surat Amaran 2 20 hari selepas Surat Amaran 2
2.1.4 Guru kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod
Ponteng Sekolah. Rekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga.
2.1.5 Semua surat amaran boleh didapati dari pejabat sekolah.
[21]
2.1.6 Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:
Amaran 1 Ditandatangani oleh GPKHEM
Amaran 2 Ditandatangani oleh GPKHEM
Amaran 3 Ditandatangani oleh Guru Besar
Salinan 1 ( untuk ibu bapa/penjaga )
Salinan 2 ( untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku )
Salinan 3 ( untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru kelas )
2.2. Pas Keluar Kelas
2.2.1 Semua guru kelas hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada GPK HEM
pada awal tahun.
2.2.2 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan
sebagainya mesti memakai pas berkenaan.
2.2.3 Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas
dari guru dalam kelas.
2.3 Disiplin Murid
2.3.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah
memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
2.3.2 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu
melakukan kesalahan disiplin.
2.3.3 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada
Ketua Guru Pengurusan Disiplin atau GPK HEM.
2.3.4 Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestllah
berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid
tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.
2.3.5 Hukuman berganda (double punishment) tidak boleh dikenakan kepada murid untuk satu
salahlaku yang dilakukan.
2.3.6 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatifguru yang boleh
menimbulkan prasangka kepada murid.
2.4 Kawalan/Tanggungjawab Guru
2.4.1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha
bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang
individu.
2.4.2 Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah
disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.
2.4.3 Jangan mulakan proses PdP jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau sedang bising.
2.4.4 Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid
lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
2.4.5 Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk koridor kelas dan mengarahkan
murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera.
2.4.6 Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak
membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan
ambil tindakan yang sewajarnya.
2.4.7 Penyemakan buku akan dilakukan mengikut jaduan yang ditetapkan oleh pentadbir.
[22]
2.5 Dasar Umum Disiplin
2.5.1 Setiap murid wajib memiliki buku yang menampal peraturan sekolah dan mesti dibawa
ke sekolah setiap hari.
2.5.2 Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan
penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang
dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui forum disiplin.
2.5.3 Pemeriksaan Mengecut
2.5.3.1 Pemeriksaan mengecut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid
semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak
pentadbir.
2.5.3.2 Guru disiplin/guru bertugas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran
dengan bantuan pengawas akan menjalankan pemeriksaan mengecut dengan
disaksikan oleh murid berkenaan.
2.5.3.3 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh
guru disiplin dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang dipegang
oleh guru disiplin.
2.5.3.4 Barang larangan akan disimpan di dalam bilik GPK HEM.
2.5.3.5 Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut balik
oleh ibu bapa/penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM.
2.5.3.6 Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-
murid diri sendiri.
3. DASAR AM KEBAJIKAN MURID
3.1 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
3.1.1 Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari
pertama sesi baru persekolahan.
3.1.2 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama
(Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) 17Mac 2008).
3.1.3 Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli sendiri buku teks di pasaran
terbuka dengan menghubungi penerbit.
3.1.4 Guru kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas
dan ditulis nama.
3.1.5 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh
yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.
3.2. Pengurusan Biasiswa dan Bantuan lain
3.2.1 Guru-guru kelas boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa.
3.2.2 Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada
satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja.
3.2.3 Guru kelas mesti memastikan bahawa murid-murid berkenaan dapat menyumbang
semula bantuan yang diterima dengan menyerahkan borang permohonan mereka yang
lengkap kepada Guru Biasiswa berkenaan.
[23]
3.3 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (Perkhid. B&K)
3.3.1 Guru B&K mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid
terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan
sendiri masalah emosi- sosial yang dihadapinya.
3.3.2 Perkhid. B&K harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala
maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang
bersama membantunya sahaja.
3.3.3 Guru B&K boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama
ada secara individu atau kelompok.
3.3.4 Guru B&K juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang, mengelola dan
menjalankan program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-
kemahiran belajar kepada pada murid.
3.3.5 Guru Disiplin mahupun guru kelas boleh merujuk kepada kaunselor tentang murid yang
memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.
3.4 Kebajikan murid
3.4.1 Guru kelas mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau murid
yang memerlukan bantuan agar mereka ini dapat diberikan bantuan. Sila dapatkan
maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan.
3.4.2 Guru kelas hendaklah memaklumkan kepada GPK HEM sekiranya ada di kalangan
muridnya yang menghidap penyakit denggi atau penyakit mudarat yang lain atau murid
yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
3.4.3 Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana seperti
kematian saudara terdekat (ibu bapa) atau diri sendiri.
4. DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
4.1 Rekod Kesihatan Murid
4.1.1 Guru kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan.
4.1.2 Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah
lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.
4.1.3 Jika guru kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, sila
dapatkan daripada GPK HEM.
4.1.4 Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan
apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi diberikan
kepada murid oleh pegawai kesihatan.
4.1.5 Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan
disertakan bersama maklumat peribadi murid berkenaan.
4.2 Kad Pergigian Murid
4.2.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun.
4.2.2 Guru kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa/penjaga murid untuk
mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak/anak
jagaannya.
4.2.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan
pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan
berkenaan.
[24]
4.3. Surat Rawatan Murid
4.3.1 Guru kelas hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka boleh mendapatkan
surat rawatan ini di pejabat sekolah.
4.3.2 Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar atau mana-mana Penolong
Kanan.
4.3.3 Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-
mana hospital atau klinik kerajaan.
4.4 Murid Sakit
4.4.1 Sekiranya ada murid yang sakit pada sebelah pagi mereka perlu berhubung dengan
pejabat.
4.4.2 Guru bertugas atau guru kelas boleh menghubungi ibu bapa/penjaga berkenaan untuk
datang ke sekolah sekiranya perlu.
4.4.6 Guru bertugas atau guru kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri
ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah. Murid yang sakit boleh
berada di pejabat atau bilik guru.
4.4.7 Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas mestilah menghubungi
ibu bapa/penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau
ke rumah murid berkenaan.
4.4.8 Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku
Laporan Bertugas dan Buku Rekod di bilik guru.
4.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
4.5.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri,
kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah.
4.5.2 Guru-guru kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga
kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.
4.5.3 Guru-guru kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka
agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam
proses PdP.
4.5.4 Guru-guru kelas bertanggungjawab memastikan kelas mereka dibersihkan pada setiap
hari.
4.5.5 Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau bilik khas dibersihkan
sebelum murid keluar.
4.6 Kantin Sekolah
4.6.1 Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin
mengamalkan kebersihan dalam penyediaan, penjualan dan menjaga seluruh kawasan
kantin.
4.6.2 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan menyemak
Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN.
4.6.3 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika
berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.
4.6.4 Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya mengamalkan
pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual
[25]
di luar kawasan sekolah.
4.6.5 Guru Disiplin serta Guru Bertugas mesti berada di kantin bersama-sama pengawas
bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
4.6.6 Guru Disiplin serta Guru Bertugas mesti memastikan murid menepati masa untuk beredar
dari kantin dan masuk kelas apabila loceng dibunyikan.
4.6.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan/minuman di luar waktu rehat kecuali dengan
kebenaran khas.
4.6.8 Penggunaan plastik minuman dan polisterin adalah dilarang sama sekali.
4.7 Kebersihan Kelas
4.7.1 Murid mesti membersihkan kelas sebelum waktu pertama dan selepas waktu terakhir.
4.7.2 Guru Bertugas harian membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa sepanjang
minggu bertugas.
4.7.3 Markah diisi oleh guru bertugas dalam borang tertentu untuk menentukan kelas terbersih
atau terkotor pada minggu tersebut.
4.7.4 Guru bertugas akan mengira purata markah menentukan kelas /terkotor mengikut
mingguan.
4.7.5 Keputusan diumumkan pada hari Isnin.
4.7.6 Kelas yang mendapat tempat pertama paling banyak sepanjang penggal sekolah akan
diberi hadiah oleh pihak sekolah.
5. DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH
5.1 Latihan Kecemasan/Kebakaran
5.1.1 Memastikan bahawa latihan kawad kebakaran (fire drill) dan latihan kawad banjir
dijalankan 2 kali setahun.
5.1.2 Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil.
5.1.3 Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
5.1.4 Guru-guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas dengan
segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau
OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka.
5.1.5 Guru-guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta
bekalan gas ditutup sebelum keluar.
5.1.6 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke
tempat berkumpul.
5.1.7 Guru kelas mestilah mengambil BJKM kelas masing-masing di tempat berkumpul dan
mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah
dimaklumkan kepada pentadbir dengan serta-merta.
5.2 Polisi Sekolah Selamat
5.2.1 Pihak sekolah mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah:
- Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
- Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
- Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.
5.2.2 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan
setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah.
[26]
5.3 Kenderaan Guru dan Ibu Bapa
5.3.1 Guru-guru dan ibu bapa mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah
dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
5.3.2 Guru-guru dan ibu bapa diingatkan supaya berhati-hati apabila memandu kenderaan
mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
5.3.3 Semua kenderaan guru-guru dan ibu bapa dilarang membawa masuk ke dalam kawasan
sekolah kecuali situasi yang tidak dapat dielakkan dan perlu mendapatkan kebenaran
guru besar.
5.4 Pondok Kawalan Keselamatan
5.4.1 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka
mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.
5.4.2 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin
berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan
mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.
5.4.3 Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir keselamatan yang
terpapar di pondok kawalan keselamatan sekolah.
5.5 Menangani Bencana
5.5.1 Menyelaras dan membekalkan data sekolah dan murid bila dikehendaki.
5.5.2 Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah.
5.5.3 Menggubal dan melaksanakan panduan dan peraturan tindakan penggunaan bantuan
kemudahan dan tenaga.
5.5.4 Meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam.
5.5.5 Meningkatkan kesiagaan menghadapi bencana di sekolah.
Tarikh kemaskini: 11.12.2019
[27]
28
[
[29]
JADUAL GURU BERTUGAS PROGRAM GURU PENYAYANG TAHUN 2020
Bil. Bulan Tarikh Guru yang bertugas
1 Januari 02.01.2020 OOI EE THEN & WONG PON HING
2 Februari 03.02.2020 CHONG CHUAY LEE & LOO CHING YEANG
3 Mac 02.03.2020 LOK YIN CHEE & YEE PHUI WEN
4 April 06.04.2020 TAN SEOW LEE & THENG ZING LING
5 Mei 04.05.2020 TEE SIOW WEI & CHANG WUI LING
6 Jun 08.06.2020 LEE ZHI HANG & YIP POOI LENG
7 Julai 06.07.2020 ELAINE LEE ZHUAN LI & POON CHEONG KIT
8 Ogos 03.08.2020 MARDHIAH ANI SYAHINDAH BT MARZUKI &
YAP FOONG RONG
9 September 07.09.2020 MD KHAIRUL ZAMAN BIN MD YUSOF & CHAI
HOR YAN
10 Oktober 05.10.2020 CHANG YEW WAI & SEOW HAN LUN
11 November 02.11.2020 CHONG JEE JING & REKHA
** Guru yang bertugas pada tarikh yang ditentukan dikehendaki berada di
pintu masuk utama sekolah pada 7.00 pagi untuk menyambut kedatangan
murid.
30