The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by msazuin, 2021-06-18 05:30:39

TAHUN 4 PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

PSSAS_(M Pembelajaran)_Thn_4

UN IT

7 BENTUK MUKA BUMI

Mei Mei dan keluarganya menaiki kereta kabel
di Pulau Langkawi.

Wah, cantiknya
Pulau Langkawi!

Apakah yang dapat Mei Mei lihat dari situ?

45

Bentuk Muka Bumi Kita

Terdapat beberapa bentuk muka bumi. Kenal pasti
bentuk muka bumi yang dilabelkan.

gunung

tasik sungai

tebing tinggi pantai

7.1.1
7.1.2
46

Bentuk muka bumi dapat dikelaskan kepada
tanah tinggi, tanah pamah dan pinggir laut.

bukit tanah
tinggi terdiri
paya
daripada
pinggir gunung dan
laut terdiri
daripada bukit
tebing tinggi
dan pantai tanah
pamah terdiri

daripada
tasik, sungai

dan paya

Cari enam gambar bentuk
muka bumi. Kelaskannya
kepada tanah tinggi, tanah
pamah dan pinggir laut.

Buku Aktiviti 47
Halaman

37-40

Kepentingan Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi mempunyai banyak kepentingannya.
Antara kepentingan tersebut termasuklah dari segi
ekonomi, kawasan tadahan air dan pelancongan.

1. ekonomi

Pertanian di kawasan tanah pamah dan perikanan
di pinggir laut dapat menjanakan sumber pendapatan.
2. kawasan tadahan air

Tanah tinggi berperanan sebagai kawasan tadahan air.

7.1.3
48

3. pelancongan

Pinggir laut dan
tanah tinggi
dapat dijadikan
sebagai tempat
tarikan dan pusat
pelancongan.

Nyatakan kepentingan kawasan tanah
tinggi di bawah.

Buku Aktiviti 49
Halaman

39-43

Mari Cipta Model Alat dan Bahan

Membina Model Bentuk Muka Bumi

doh pita pelekat kotak pasir surat khabar

pokok renek rumput label bentuk muka bumi

Langkah-langkah

1 Lakar kedudukan bentuk 2 Gumpal surat khabar

muka bumi di atas kotak. untuk membina model
bukit dan gunung.

3 Lekat model bentuk muka bumi 4 Label bentuk

di atas lakaran. Hiaskan dengan muka bumi.
pasir, rumput dan pokok renek.

7.1.4

50

Model Bentuk Muka Bumi

Hasilkan model bentuk muka bumi mengikut Buku Aktiviti
kreativiti kamu. Halaman

Nota Guru 44
Doh boleh dihasilkan dengan menggunakan
bahan-bahan seperti tepung, garam, minyak dan
pewarna makanan.

51

1. Bentuk muka bumi terdiri daripada gunung, bukit,
sungai, paya, tasik, tebing tinggi dan pantai.

2. Bentuk muka bumi dapat dikelaskan kepada:
(a) tanah tinggi, iaitu gunung dan bukit,
(b) tanah pamah, iaitu sungai, paya dan tasik, dan
(c) pinggir laut, iaitu tebing tinggi dan pantai.
3. Bentuk muka bumi penting untuk:
(a) ekonomi,
(b) kawasan tadahan air, dan
(c) pelancongan.

Jawab semua soalan dalam buku latihan.
1. Namakan bentuk muka bumi di bawah.

(a) (b) (c)
2. Kelaskan bentuk muka bumi yang berikut:

gunung tebing tinggi bukit
sungai
pantai tasik paya


3. Apakah kepentingan bentuk muka bumi?

Apakah yang akan berlaku sekiranya
bukit digondolkan?

52

UN IT

8 BENCANA ALAM

Amir dan keluarganya sedang menonton televisyen
di ruang tamu.

Cuaca tidak menentu Ya, hari-hari hujan
sekarang ini. lebat. Abang takut.

Kita perlu berhati-hati
dan sentiasa mendengar
arahan pihak berkuasa.

Mengapakah Amir berasa takut apabila hujan lebat
setiap hari?

53

Banjir dan Tanah Runtuh

Banjir ialah keadaan air yang menenggelami
kawasan yang luas.

Tanah runtuh ialah tanah yang menggelongsor dari
kawasan tinggi ke kawasan rendah.

8.1.1
8.1.2
54

Punca banjir dan tanah runtuh dapat dilihat berdasarkan
keadaan di bawah.

Hujan lebat yang berterusan
boleh menyebabkan banjir
dan tanah runtuh.

Penebangan pokok
yang tidak terkawal
boleh menyebabkan
tanah runtuh.

Saliran sungai yang
terhalang menyebabkan
air sungai melimpah dan
mengakibatkan banjir.

Buku Aktiviti 55
Halaman

45-46

Kesan Banjir dan Tanah Runtuh

Banjir dan tanah runtuh menyebabkan perubahan terhadap
persekitaran dan memberikan kesan kepada kehidupan.

perbezaan persekitaran sebelum dan selepas banjir

sebelum banjir selepas banjir

kesan banjir kecederaan
dan kematian
kegiatan
harian terjejas

8.1.3
56

perbezaan persekitaran sebelum dan selepas tanah runtuh

sebelum tanah runtuh selepas tanah runtuh

kesan tanah runtuh

terputus kemusnahan
hubungan harta benda

Ceritakan kesan kejadian banjir dan
tanah runtuh yang kamu lihat.

Buku Aktiviti 57
Halaman

47-48

Keselamatan Keutamaan Kita

Yang berikut ialah langkah-langkah keselamatan semasa
berlaku banjir dan tanah runtuh yang perlu kita patuhi:

Jangan melalui Jangan
kawasan yang
Jangan ditimpa bencana. menyentuh
bermain
air banjir. 2 suis atau

1 Awas! 3 kabel
Amalkan! elektrik.

Pindah 3 2 1 Dengar

segera ke arahan
tempat yang ibu bapa.

selamat.

Hubungi
pihak berkuasa.

Bagaimanakah cara kamu menjaga keselamatan diri
sekiranya berlaku banjir dan tanah runtuh?

8.1.4 Buku Aktiviti
58 Halaman

49

Cara Mengatasi Banjir dan Tanah Runtuh

Kita boleh mengatasi masalah banjir dan tanah runtuh
melalui cara-cara seperti yang berikut:

membersihkan
persekitaran sungai
supaya aliran air
tidak terganggu

menanam semula
pokok di lereng bukit

Secara berkumpulan, bincangkan memelihara
cara lain yang boleh mengatasi hutan
masalah banjir dan tanah runtuh.

Mari hasilkan buku skrap berkaitan
dengan kejadian banjir dan tanah runtuh.

Nota Guru Buku Aktiviti
8.1.5 Gambar banjir dan tanah runtuh boleh diperoleh Halaman

daripada pelbagai sumber. 50

59

1. Antara bencana alam yang berlaku di negara
kita termasuklah banjir dan tanah runtuh.

2. Punca banjir dan tanah runtuh ialah:
(a) hujan lebat yang berterusan,
(b) penebangan pokok yang tidak terkawal, dan
(c) air sungai yang melimpah.
3. Kesan kejadian banjir dan tanah runtuh ialah:
(a) kegiatan harian terjejas,
(b) kecederaan dan kematian,
(c) terputus hubungan, dan
(d) kemusnahan harta benda.
4. Antara langkah-langkah keselamatan diri

semasa banjir dan tanah runtuh termasuklah
tidak bermain air banjir dan sentiasa mendengar
arahan ibu bapa.
5. Cara mengatasi banjir dan tanah runtuh ialah:
(a) membersihkan persekitaran sungai, dan
(b) menanam semula pokok di lereng bukit.

Jawab semua soalan dalam buku latihan.
1. Apakah itu banjir dan tanah runtuh?
2. Jelaskan punca kejadian banjir dan tanah runtuh.
3. Huraikan kesan banjir dan tanah runtuh.
4. Apakah langkah-langkah keselamatan semasa

kejadian banjir dan tanah runtuh?
5. Sebutkan cara-cara mengatasi banjir dan tanah runtuh.

Mengapakah kamu perlu mengelakkan diri
daripada bermain air banjir?

60

UN IT

9 KITAR SEMULA

Bulan purnama bersinar indah,
Berkelip cahaya bintang kejora;

Kitar semula banyak faedah,
Bumi dipelihara hidup sejahtera.

Apakah objek yang digunakan sebagai bekas untuk
menanam pokok-pokok di atas?

61

Apakah Kitar Semula?

Botol, Tin dan Kotak sedang berbual di taman.
Mari kita ikuti perbualan mereka.

Hai, Tin dan Kotak!
Adakah kamu pernah
mendengar tentang
kitar semula?

Tidak, Botol. Kitar Kitar semula ialah cara
semula itu apa? memproses bahan-bahan
buangan supaya dapat
digunakan semula.

9.1.1 Buku Aktiviti
62 Halaman

51

Bahan yang Boleh Dikitar Semula

Terdapat pelbagai bahan buangan di sekeliling kita
yang dapat dikitar semula. Antara bahan buangan
tersebut termasuklah kertas, kaca, tin dan plastik.
Mari kita kenal pasti bahan yang boleh dikitar semula
berdasarkan label di bawah.

kotak

A

tin minuman

B

botol kaca

C plastik

Berdasarkan gambar di atas, adakah bahan yang
bertanda A, B dan C boleh dikitar semula?

9.1.2 Buku Aktiviti
Halaman
63
52

Kenali Simbol dan Warna
Tong Kitar Semula

Cikgu Sani menunjukkan tempat Pengumpulan
Barangan Kitar Semula kepada Stacy dan Dev.
Mari kita ikuti dialog di bawah.

Cikgu, ini
tempat apa?

Ini ialah tempat Pengumpulan
Barangan Kitar Semula.

Bahan buangan hendaklah
dimasukkan ke dalam tong
kitar semula yang betul.

9.1.3
64

Kitar semula mempunyai simbol
seperti di sebelah. Simbol ini dapat
dilihat pada tong kitar semula.

Tong kitar semula dibezakan mengikut warna
seperti yang berikut:

Biru untuk Coklat untuk
kertas sahaja. kaca sahaja.

Jingga untuk tin
atau plastik sahaja.

Bolehkah kamu bezakan warna tong kitar
semula mengikut jenis bahan? Nyatakan.

Buku Aktiviti 65
Halaman

53-54

Kepentingan Kitar Semula

Kitar semula mempunyai banyak kepentingan
kepada alam sekitar. Antara kepentingannya
termasuklah seperti yang berikut:

1 mengurangkan bahan buangan di tapak
pelupusan sampah

2 mengurangkan penggunaan bahan semula jadi

Kitar semula juga dapat memulihara dan memelihara
alam semula jadi.

Terangkan kepentingan kitar semula kepada alam sekitar.

9.1.4 Buku Aktiviti
66 Halaman

55

Bekas Alat Tulis

Alat dan Bahan

Langkah-langkah

1 Ukur bahagian botol yang 2 Potong bahagian ukuran
hendak dipotong. untuk membuat lubang.

3 Gam penutup botol pada 4 Hiaskan botol mengikut

bahagian tepi botol. kreativiti kamu.

Hasilkan bekas alat tulis Buku Aktiviti
bersama-sama dengan Halaman
rakan kamu di dalam kelas.
56
Nota Guru
9.1.5 Botol boleh digantikan dengan bahan lain

mengikut kesesuaian.

67

1. Kitar semula ialah cara memproses bahan-bahan
buangan supaya dapat digunakan semula.

2. Bahan yang boleh dikitar semula ialah kertas,
kaca, tin dan plastik.

3. Simbol Jenis Bahan Warna Tong

kertas biru

kaca coklat

kitar semula tin/plastik jingga

4. Kepentingan kitar semula kepada alam
sekitar ialah:

(a) mengurangkan bahan buangan di tapak
pelupusan sampah, dan

(b) mengurangkan penggunaan bahan semula jadi.

Kitar semula juga dapat memulihara dan memelihara
alam semula jadi.

Jawab semua soalan dalam buku latihan.
1. Apakah maksud kitar semula?
2. Senaraikan bahan yang boleh dikitar semula.
3. Nyatakan warna tong kitar semula mengikut bahan:
(a) kertas : _____________________________
(b) kaca : _____________________________
(c) tin/plastik : _____________________________
4. Jelaskan kepentingan kitar semula kepada

alam sekitar.

Apakah yang perlu kita lakukan
kepada sisa makanan?

68

UN IT

10 KENALI MALAYSIA

Cikgu Sani membawa
murid-murid melawat
Tugu Negara. Perhatikan
situasi di bawah.

Murid-murid, ini ialah Tugu Negara.
Tugu ini dibina bagi mengingati pejuang
yang terkorban di medan perang.

Pada pendapat kamu, mengapakah Cikgu Sani
membawa murid-muridnya melawat Tugu Negara?

69

Negaraku Merdeka

Negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Pada tarikh tersebut, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
telah mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)

10.1.1
70

Siapakah Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj?

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)

BIODATA

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tarikh Lahir : 8 Februari 1903
Gelaran : Bapa Kemerdekaan

Imbas Saya
Layari laman sesawang www.youtube.com/
watch?v=dgWwgpBMSZo untuk mendengar lagu
Tanggal 31 Ogos oleh Ahmad CB. (Dicapai pada
2 Ogos 2019)

Ceritakan tentang kemerdekaan negara kita kepada 71
rakan kamu.

Buku Aktiviti
Halaman

57

Benderaku

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang.
Gambar di bawah menunjukkan Jalur Gemilang.
Warna dan simbol pada Jalur Gemilang mempunyai
maksud tertentu.

Imbas Saya

Layari laman sesawang
www.youtube.com/
watch?v=qU8hnTglkgs
untuk mendengar lagu
Jalur Gemilang. (Dicapai
pada 2 Ogos 2019)

Warna/Simbol Maksud

warna biru melambangkan perpaduan

warna putih melambangkan kesucian

warna merah melambangkan keberanian

warna kuning melambangkan warna bagi
Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
anak bulan melambangkan Islam sebagai
agama rasmi
bintang pecah 14 dan 14 jalur merah serta
putih melambangkan 14 buah negeri
termasuk Wilayah Persekutuan

Apakah maksud warna merah dan simbol anak bulan
yang terdapat pada Jalur Gemilang?

10.2.1 Buku Aktiviti
72 Halaman

59

Lagu Negaraku

Lagu Negaraku merupakan lagu kebangsaan bagi
negara Malaysia.

Mari kita bersama-sama
menyanyikan lagu Negaraku.

Imbas Saya
Layari laman sesawang
www.youtube.com/
watch?v=AMDlAXdyKZM untuk
mendengar lagu Negaraku.
(Dicapai pada 2 Ogos 2019)

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku

Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan

Raja kita
Selamat bertakhta

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan

Raja kita
Selamat bertakhta

Kita perlu berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku
dengan penuh semangat.

10.2.2 Buku Aktiviti
Halaman
73
58-59

Sayangi Malaysiaku

Lagu Negaraku dapat mendidik semangat patriotik.
Mari kita ikuti perbualan di bawah.

Apakah kaitan antara Negaraku
lagu Negaraku dengan Tanah tumpahnya darahku
semangat patriotik? Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Memupuk semangat
setia dan sanggup
berkorban demi negara.

Hidup bersatu padu.

Taat setia
kepada raja.

Sebutkan rangkap lagu Negaraku yang berkaitan
dengan semangat bersatu padu.

10.2.3 Buku Aktiviti
74 Halaman

60

Ibu Negaraku

Amir dan rakannya sedang membaca maklumat
di papan kenyataan sekolah. Lakonkan situasi mereka.

Cantik betul Ini ialah Bangunan
bangunan ini. Sultan Abdul Samad.
Apakah nama
bangunan ini?

Di manakah terletaknya
bangunan ini, Dev?

Bangunan ini terletak
di ibu negara kita,
iaitu Kuala Lumpur.

Apakah nama ibu negara kita? Buku Aktiviti
Halaman
10.3.1
61
75

Malaysia Negaraku

Negeri-negeri di Malaysia mempunyai bendera dan ibu
negeri masing-masing. Mari kita perhatikan peta di bawah.

Perlis Kelantan
Kangar Kota Bharu

1 Terengganu
Kuala Terengganu
Kedah 2 10
Alor Setar
11
3

Pulau Pinang
George Town 4

Perak 9 Pahang
Ipoh 5 Kuantan

Selangor 14
Shah Alam 14

6

7

8

Negeri Sembilan Johor
Seremban Johor Bahru

Melaka
Bandaraya Melaka

10.3.2

76

Negara kita mempunyai 14 buah negeri termasuk
Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan terdiri
daripada Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Kata kunci:

- bendera
- negeri
- ibu negeri

Sabah
Kota Kinabalu

Wilayah 14 13
Persekutuan 12
Sarawak
Labuan Kuching
Kuala Lumpur
Putrajaya

Kenali bendera, negeri dan ibu negeri di negara kita.

Mari hasilkan buku skrap berkaitan dengan 77
sejarah kemerdekaan negara Malaysia.

Buku Aktiviti
Halaman

62

1. Negara kita merdeka pada 31 Ogos 1957.
2. Kemerdekaan negara kita telah diisytiharkan

di Stadium Merdeka.
3. Bapa Kemerdekaan negara ialah

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
4. Simbol dan warna Jalur Gemilang mempunyai

maksud yang tertentu.
5. Lagu kebangsaan negara kita ialah lagu Negaraku.
6. Lagu Negaraku dapat mendidik semangat patriotik.
7. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur.
8. Setiap negeri mempunyai ibu negeri dan

bendera masing-masing.

Jawab semua soalan dalam buku latihan.
1. Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?
2. Di manakah pengisytiharan kemerdekaan dilakukan?
3. Siapakah Bapa Kemerdekaan negara kita?
4. Apakah maksud warna putih pada

Jalur Gemilang?
5. Sebutkan nama lagu kebangsaan negara kita.
6. Apakah kaitan antara lagu Negaraku dengan

semangat patriotik?
7. Apakah nama ibu negara Malaysia?
8. Sebutkan nama negeri dan ibu negeri di Malaysia.

Mengapakah kita perlu mempunyai
semangat patriotik?

78

UN I T MASYARAKAT

11 DI MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Damai Utama telah mengadakan
Karnival Kebudayaan. Stacy dan rakan-rakannya telah
menyertai pertunjukan pakaian mengikut kaum.

KARNIVAL KEBUDAYAAN
SK DAMAI UTAMA

Apakah pendapat kamu tentang pakaian kaum di atas?

79

Kaum Utama di Malaysia

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.
Kita boleh mengenali kepelbagaian kaum berdasarkan
identiti masing-masing. Cuba kamu perhatikan gambar
di bawah.

Melayu Cina India

Peribumi

Namakan kaum utama di Malaysia. Buku Aktiviti
Halaman
11.1.1
11.1.2 65-66
80

Makanan Kaum Utama di Malaysia

Identiti kaum di Malaysia juga boleh dikenali melalui
makanan. Mari kita kenali makanan tersebut.

Melayu Cina India
1 2 3

ketupat kuih bakul tose
4
KadPaeIzrbaibanundmuisun
56

pinarasakan manuk lemang
pansuh

Apakah makanan tradisi kaum utama di Malaysia?

11.1.2 Buku Aktiviti
Halaman
81
67-68

1. Malaysia mempunyai empat kaum utama, iaitu
Melayu, Cina, India dan Peribumi.

2. Setiap kaum dapat dikenali berdasarkan pakaian
dan makanan mereka.

Jawab semua soalan dalam buku latihan.
1. Namakan kaum-kaum utama di Malaysia.
2. Tulis nama kaum berdasarkan pakaian mereka.

(a) (b) (c) (d)


3. Senaraikan makanan bagi kaum utama di Malaysia.

Kaum Makanan
(a) Melayu

(b) Cina

(c) India

(d) Peribumi

Bagaimanakah cara kamu mengenali
rakan kamu daripada kaum yang lain?

82

UN I T KEMAHIRAN SOSIAL

12 DI TEMPAT AWAM

Amir dan bapanya pergi ke pasar raya menaiki bas.
Perhatikan situasi di bawah.

Amir! Kamu
hendak ke mana?

XYZ 456 Saya hendak pergi
ke pasar raya.

Pada pendapat kamu, mengapakah Amir dan bapanya
pergi ke pasar raya?

83

Pasar Raya di Tempat Saya

Amir dan bapanya membeli-belah di pasar raya.
Mari kita lihat suasana di pasar raya.

12.1.1
84

Banyak barang keperluan boleh didapati di pasar raya
seperti susu, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Di pasar raya, kemudahan seperti bakul, troli dan kaunter
bayaran turut disediakan.

Ceritakan suasana pasar raya di tempat kamu.

Buku Aktiviti 85
Halaman

69-70

Komunikasi di Pasar Raya

Komunikasi yang baik adalah dengan mengamalkan
ucapan yang sopan. Mari kita lihat dialog dalam
situasi ini. Lakonkan.

Ini bakinya.
Terima kasih, cik.

Sama-sama.

12.1.2
86

Bagaimanakah kamu ingin meminta pertolongan
daripada penjual untuk mengambil barang di tempat
yang tinggi?

Cik, di manakah saya boleh
dapatkan pensel warna?

Di sebelah sana.

Buku Aktiviti 87
Halaman

71-72

Ucapan dan Tingkah Laku Baik

Mei Mei dan ibunya telah selesai membeli barang
di pasar raya. Mari kita lihat cara Mei Mei menggunakan
ucapan dan tingkah laku yang baik dengan ibunya.

Biar saya tolong ibu
masukkan barang.
Terima kasih, Mei Mei.

Sama-sama, ibu.

Bagaimanakah tingkah laku kamu ketika berada
di kantin sekolah?

12.2.1 Buku Aktiviti
88 Halaman

74-75

Jamuan Kelas Akhir Tahun

Kelas kamu akan mengadakan jamuan akhir
tahun. Kamu dan rakan-rakan diminta untuk
membeli barang keperluan di pasar raya.

Langkah-langkah

1. Lakukan aktiviti secara berkumpulan.
2. Dapatkan senarai semak barangan yang hendak

dibeli daripada guru.
3. Jalankan aktiviti membeli-belah bersama-sama

dengan guru.

Senarai Semak Senarai Semak
Kumpulan A Kumpulan B

Makanan dan Peralatan
Minuman ……tisu
……belon
……kek ……cawan kertas
……coklat ……pinggan kertas
……biskut ……plastik sampah
……kacang
……buah epal
……jus minuman

Ceritakan pengalaman kamu ketika membeli-belah
di pasar raya.

12.2.2 Buku Aktiviti
Halaman
89
76

1. Pasar raya ialah tempat membeli barang-barang
keperluan harian.

2. Contoh ucapan yang sopan ketika berkomunikasi
di pasar raya adalah seperti ucapan “terima kasih”
dan “sama-sama”.

3. Kita harus mengamalkan tingkah laku yang baik.
Contohnya, membantu ibu bapa ketika membeli
barang keperluan.

Jawab semua soalan dalam buku latihan.
1. Ceritakan keadaan di pasar raya.
2. Nyatakan cara berkomunikasi yang baik ketika

berada di pasar raya.
3. Berikan contoh ucapan sopan ketika berada

di pasar raya.
(a) ____________________________________
(b) ____________________________________
4. Apakah yang patut kamu lakukan apabila

menemani ibu bapa membeli-belah?
(a) ____________________________________
(b) ____________________________________

Mengapakah kamu perlu mengamalkan
ucapan dan tingkah laku yang baik?

90


Click to View FlipBook Version